pernyataan profesional

2
PERNYATAAN PROFESIONAL Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu, saya wajib menjalani latihan mengajar atau juga dikenali praktikum selama 4 minggu untuk fasa pertama. Praktikum untuk sesi ini ialah opsyen Pendidikan Jasmani. Sehubungan dengan itu, untuk praktikum yang pertama ini saya telah ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa bermula pada 12 April sehingga 7 Mei 2015. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru supaya bakal-bakal guru IPG diberi latihan yang kursus sebelum menamatkan pembelajaran. Sebelum menjejakkan kaki ke IPG ini juga saya pernah terdengar dan mendengar berkaitan latihan mengajar di mana guru pelatih akan pergi ke sekolah dalam tempoh masa tertentu untuk latihan mengajar sebelum ditauliahkan. Sebelum menjalani praktikum ini juga saya pernah bertanya kepada guru pelatih senior berhubung pandangan dan pengalaman mereka semasa menjalani praktikum di sekolah ini. Mereka berpendapat bahawa praktikum yang mereka jalani membawa pengalaman yang menyeronokkan dan seolah-olah sudah bekerja. Selain itu, berbagai ragam murid dapat mereka kenali dan belajar bagaimana mengatasinya. Oleh sebab itu, teori-teori yang dipelajari melalui kuliah-kuliah yang diberikan misalnya kursus profesional seperti Murid dan Alam Belajar, Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, Perkembangan Kanak-kanak dan Budaya & Pembelajaran, Kurikulum dan Pedagogi PJ dan PK diharapkan dapat saya gunakan semasa pengajaran kelak. Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung pada 5 April 2015 di Dewan AL-Khindi. Sesi taklimat praktikum ini disampaikan oleh En. Yusof bagi sesi pertama dan sesi kedua Ust. Azman. Untuk taklimat praktikum kali ini, penekanan adalah berkenaan prosedur perlaksanaan praktikum peranan dan tanggungjawab pelajar, kehadiran praktikum, wajaran praktikum dan garis panduan perlaksanaan kokurikulum di sekolah.

Upload: chippyz-like

Post on 27-Sep-2015

240 views

Category:

Documents

7 download

DESCRIPTION

pp

TRANSCRIPT

Selain daripada untuk memperoleh pengalaman dalam persekitaran sekolah, azam dan harapan saya sebagai bakal guru ialah untuk membina jati diri seorang guru. Oleh itu, saya perlu memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan dunia perguruan dan Pendidikan Jasmani khususnya. Selain itu, melalui praktikum ini juga saya berharap dapat memahami dan mengenali sepenuhnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal seperti ini sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sepanjang tempoh praktikum ini juga, saya berharap agar dapat sentiasa mengemaskini portfolio praktikum dan semua buku rancangan pengajaran harian setiap hari dan minggu tanpa bertangguh. Perkara ini penting agar dapat mendidiplinkan diri selepas tamat praktikum kelak.Semoga saya akan dapat mengambil dan menimba ilmu sebanyak mungkin serta pengalaman-pengalaman semasa praktikum nanti dapat digunakan dan diaplikasikan semasa mengajar kelak.Di samping itu, harapan saya untuk praktikum yang pertama ini juga ialah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Kehadiran saya di sekolah ini juga diharap dapat diterima oleh guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya harus sentiasa menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Secara tidak langsung saya dapat menjalinkan hubungan profesional dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Hubungan professional ini dapat dijalin dengan sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Jika perhubungan dengan pihak sekolah baik, secara tidak langsung saya dapat membantu meningkatkan prestasi diri dan murid dengan lebih baik lagi tanpa mempunyai rasa tekanan. Akhir sekali, saya juga dapat meningkatkan prestasi diri dan kemahiran saya dalam bidang pendidikan terutama bidang Pendidikan Jasmani. Seterusnya, harapan saya sepanjang minggu praktikum berlangsung saya dapat aplikasikan semua ilmu yang diberikan oleh pensyarah terutama pensyarah Pendidikan Jasmani yang banyak mengajar saya ilmu yang perlu ada dalam Pendidikan Jasmani. Dalam pada masa yang sama, saya juga berharap murid-murid dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran supaya saya dapat mengaplikasikan teori-teori pengajaran yang telah dipelajari sebelum ini. Akhir kata, diharapkan seluruh warga SJKC Chung Hwa dapat menerima kehadiran saya di sekolah dengan menimba banyak perkara berguna disitu sebagai persediaan saya untuk bergelar seorang guru.