permainan bola tampar

8
PERMAINAN BOLA TAMPAR

Upload: afzan-razali

Post on 26-May-2015

4.947 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Permainan bola tampar

PERMAINAN

BOLA TAMPAR

Page 2: Permainan bola tampar

Bola Tampar

Bola tampar di Malaysia telah bermula di Pulau Pinang dan Selangor sejak tahun 1926. Permainan ini telah diperkenalkan oleh bekas mahasiswa dari universiti di Shanghai, China. Pada tahun 1927, kejohanan pertama bola tampar di Malaysia yang dikenali sebagai Liga Selangor telah dianjurkan.

Di peringkat sekolah-sekolah, pertandingan bola tampar dianjur atau dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Dalam sesuatu pertandingan bola tampar, kejayaan sesebuah pasukan bergantung pada strategi permainan, penguasaan kemahiran, kecergasan fizikal yang tinggi dan kekuatan mental. Selain itu, persefahaman yang tinggi dan komunikasi yang berkesan antara pemain juga merupakan faktor yang mendorong kepada kejayaan sesebuah pasukan.

Page 3: Permainan bola tampar

Bola Tampar

Permainan bola tampar ialah gabungan dua jenis permainan iaitu penggunaan net dari sukan lawn tennis dan bola daripada bola keranjang. Permainan ini telah diperkenalkan oleh William G. Morgan pada tahun 1895.

Pada awalnya, permainan ini dikenali sebagai “minonette”sebelum digantikan dengan nama “volleyball” oleh Alfred Halstead pada tahun 1896.

Page 4: Permainan bola tampar

KEMUDAHAN DAN PERALATAN BOLA

TAMPARA. Gelanggang Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat

daripada simen atau sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelanggang bola tampar juga boleh dibuat di atas padang rumput dan permukaan tanah liat.

 B. Tiang, Jaring dan Antena Tiang yang digunakan perlu berbentuk silinder. Ketinggian tiang

dan jaring adalah mengikut peringkat umur dan jantina. Jaring diikat pada dua batang tiang yang berada di luar gelanggang.

Ketinggian jaring diukur pada bahagian tengahnya. Sepasang antena diletakkan di kedua-dua hujung jaring serenjang dengan garisan tepi gelanggang. Antena diwarnakan putih berbelang merah.

Page 5: Permainan bola tampar

KEMUDAHAN DAN PERALATAN BOLA

TAMPARKategori Pertandingan dan Ketinggian Jaring Lelaki bawah 18 tahun - 2.43 m Perempuan bawah 18 tahun - 2.24 m Lelaki bawah 15 tahun - 2.25 m Perempuan bawah 15 tahun - 2.10 m

C. Bola Bola tampar berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit

atau bahan sintetik yang ringan dan lembut. Bahan ini penting untuk menyerap hentakan pada tangan ketika bola disentuh.

Kesesuaian tekanan angin dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola dari ketinggian aras kepala. Bola tersebut akan melantun semula pada ketinggian aras pinggang.

Page 6: Permainan bola tampar

UNDANG-UNDANG DAN PERATURANAntara undang-undang asas permainan bola tampar adalah seperti berikut:

i. Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu pengadil pertama dan pengadil kedua.

ii. Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya enam orang pemain dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar.

iii. Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wisel.iv. Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah.v. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang.vi. Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh menyentuh bola dengan

mana-mana bahagian badan.vii. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tiga sentuhan

sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini tidak termasuk sentuhan bagi mengadang.

viii. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan.ix. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar kawasan serangan.x. Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jarring atau memasuki kawasan pihak

lawan.xi. Setiap pasukan boleh meminta dua kali ‘time out’ dalam satu set permainan dengan

kebenaran pengadil.xii. Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set permainan bila-bila

masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar perlu diganti dengan pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula.

xiii. Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan pingpong. Apabila kedudukan mata 24-24, lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan.

xiv. Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan

xv. Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam kawasan permainan semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan.

Page 7: Permainan bola tampar

KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR

A. MenyanggaB. ServisC. MengumpanD. MerejamE. Mengadang

Page 8: Permainan bola tampar

RUMUSAN Kita perlu menguasai semua kemahiran

asas permainan bola tampar untuk menjadi pemain yang baik.

Sebagai sebuah pasukan, setiap pemain perlu bekerjasama, cepat dan bijak membuat keputusan ketika beraksi menentang pihak lawan.

Pengetahuan berkaitan permainan bola tampar akan melahirkan pemain yang berkemahiran tinggi, membentuk sikap pemain yang berdisiplin dan beretika.