sistempertandingan bola tampar mala

54
PERMAINAN BOLA TAMPAR Bola tampar di Malaysia telah bermula di Pulau Pinang dan Selangor sejak tahun 1926. Permainan ini telah diperkenalkan oleh bekas mahasiswa dari universiti di Shanghai, China. Pada tahun 1927, kejohanan pertama bola tampar di Malaysia yang dikenali sebagai Liga Selangor telah dianjurkan. Di peringkat sekolah-sekolah, pertandingan bola tampar dianjur atau dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Dalam sesuatu pertandingan bola tampar, kejayaan sesebuah pasukan bergantung pada strategi permainan, penguasaan kemahiran, kecergasan fizikal yang tinggi dan kekuatan mental. Selain itu, persefahaman yang tinggi dan komunikasi yang berkesan antara pemain juga merupakan faktor yang mendorong kepada kejayaan sesebuah pasukan. OBJEKTIF Setelah mempelajari topik ini, kita akan dapat: Melakukan sekurang-kurangnya empat kemahiran asas bola tampar dengan teknik yang betul dan selamat Menyatakan sekurang-kurangnya empat kesalahan teknik lakuan dalam permainan bola tampar. Menyatakan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil perhatian dalam permainan bola tampar. 1

Upload: harini-rini

Post on 13-Dec-2015

130 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

sistem pertandingan

TRANSCRIPT

Page 1: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

PERMAINAN

BOLA TAMPAR

Bola tampar di Malaysia telah bermula di Pulau Pinang dan Selangor sejak tahun 1926.

Permainan ini telah diperkenalkan oleh bekas mahasiswa dari universiti di Shanghai, China. Pada

tahun 1927, kejohanan pertama bola tampar di Malaysia yang dikenali sebagai Liga Selangor

telah dianjurkan.

Di peringkat sekolah-sekolah, pertandingan bola tampar dianjur atau dikelolakan oleh Majlis

Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Dalam sesuatu pertandingan bola tampar, kejayaan

sesebuah pasukan bergantung pada strategi permainan, penguasaan kemahiran, kecergasan

fizikal yang tinggi dan kekuatan mental. Selain itu, persefahaman yang tinggi dan komunikasi

yang berkesan antara pemain juga merupakan faktor yang mendorong kepada kejayaan sesebuah

pasukan.

OBJEKTIF

Setelah mempelajari topik ini, kita akan dapat:

Melakukan sekurang-kurangnya empat kemahiran asas bola tampar dengan teknik yang

betul dan selamat

Menyatakan sekurang-kurangnya empat kesalahan teknik lakuan dalam permainan bola

tampar.

Menyatakan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil perhatian dalam permainan

bola tampar.

Menyatakan undang-undang dan peraturan asas dalam permainan bola tampar.

Mengenal pasti sekurang-kurangnya lima otot utama dalam permainan bola tampar.

Merancang strategi asas dalam permainan bola tampar.

1

Page 2: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Permainan bola tampar ialah gabungan dua jenis permainan iaitu penggunaan net dari sukan

lawn tennis dan bola daripada bola keranjang. Permainan ini telah diperkenalkan oleh William

G. Morgan pada tahun 1895. Pada awalnya, permainan ini dikenali sebagai “minonette”sebelum

digantikan dengan nama “volleyball” oleh Alfred Halstead pada tahun 1896.

KEMUDAHAN DAN PERALATAN BOLA TAMPAR

Bola tampar boleh dimainkan di luar atau di dalam dewan. Semua ukuran peralatan yang

digunakan dalam permainan ini adalah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh

Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB)

A. Gelanggang

Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat daripada simen atau sebarang

permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelanggang bola tampar juga boleh dibuat di atas

padang rumput dan permukaan tanah liat.

2

Page 3: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

B. Tiang, Jaring dan Antena

Tiang yang digunakan perlu berbentuk silinder. Ketinggian tiang dan jaring adalah mengikut

peringkat umur dan jantina. Jaring diikat pada dua batang tiang yang berada di luar gelanggang.

Ketinggian jaring diukur pada bahagian tengahnya. Sepasang antena diletakkan di kedua-dua

hujung jaring serenjang dengan garisan tepi gelanggang. Antena diwarnakan putih berbelang

merah.

Kategori Pertandingan Ketinggian Jaring

Lelaki bawah 18 tahun 2.43 m

Perempuan bawah 18 tahun 2.24 m

Lelaki bawah 15 tahun 2.25 m

Perempuan bawah 15 tahun 2.10 m

C. Bola

Bola tampar berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik yang ringan dan

lembut. Bahan ini penting untuk menyerap hentakan pada tangan ketika bola disentuh.

Kesesuaian tekanan angin dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola dari ketinggian aras

kepala. Bola tersebut akan melantun semula pada ketinggian aras pinggang.

65-67 CM

Dimensi bola tampar

3

Page 4: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

POSISI PEMAIN BOLA TAMPAR

Susunan posisi pemain bola tampar dalam gelangang adalah mengikut strategi sesebuah pasukan.

Susun atur ini menentukan giliran servis setiap pemain sepanjang permainan. Arah pergerakan

giliran melakukan servis antara pemain adalah mengikut arah jam. Ketika servis dilaksanakan,

setiap pemain perlu berada pada posisi giliran yang betul.

KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR

Setiap pemain perlu mempelajari dan menguasai beberapa kemahiran asas dalam permainan bola

tampar. Kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam permainan bola tampar ialah

menyangga, servis, mengumpan, merejam dan mengadang.

A. Menyangga

Menyangga ialah kemahiran menerima dan menghantar bola dengan kedua-dua belah tangan.

Kemahiran ini digunakan untuk menahan dan mengawal bola servis atau rejaman pihak lawan.

Keupayaan megawal dan menghantar bola tepat kepada rakan dapat menghasilkan tindak balas

yang berkesan.

Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau 'dig'. Hantaran ini

dilakukan pada aras bawah tangan yang menggunakan dua belah tangan (a two-handed

underhand pass) dan merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola

tampar. Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat dengan lantai

dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala.

Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk menyelamatkan

hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabila pihak lawan merejam bola atau

bola dimainkan ke satu posisi yang tidak membolehkan penerima menggunakan hantaran atas

kepala maka penerima hantaran akan menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan tersebut.

4

Page 5: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Teknik-teknik Menyangga:

Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.

Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.

Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke hadapan.

Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan

untuk menerima hantaran.

Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran sebelum

bermain bola.

Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.

Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.

Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.

Kendurkan bahagian atas tubuh.

Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan baik oleh

ahli pasukan yang lain.

B. Servis

Permainan bola tampar dimulakan dengan servis dari kawasan servis yang ditetapkan. Servis

ialah kemahiran menghantar bola melepasi jaring melalui dua antena ke gelanggang pihak lawan.

Kegagalan melakukan servis yang sempurna akan mengakibatkan pasukan hilang servis dan

pihak lawan memperoleh mata. Antara kemahiran asas servis ialah servis bawah tangan dan

servis atas kepala atau gaya tenis. Servis merupakan salah satu kemahiran yang terpenting yang

perlu dikuasai oleh semua pemain. Kepentingan servis antaranya ialah:

(a) Mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan

membuat servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu pasukan yang memiliki pemain handal

membuat servis berpeluang untuk mendapatkan skor dan mengekalkan servis.

5

Page 6: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

(b) Semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran tertentu, pemain tersebut

boleh menentukan di mana kedudukan bola yang hendak dihantar olehnya. Satu servis yang kuat

dan pantas boleh membuatkan pemain yang lemah daripada pasukan lawan yang menerima

hantaran bola tersebut membuat kesilapan seperti terlepas bola, membuat faul atau membuat

hantaran lemah (poor pass).

C. Mengumpan

Mengumpan ialah kemahiran menghantar dan menyediakan bola untuk memudahkan rakan

sepasukan melakukan rejaman. Dalam situasi pertandingan, kebiasaannya, seseorang pemain

akan diberi tugas untuk melakukan umpanan. Mengumpan boleh dilakukan sama ada di tepi

jarring atau tengah gelanggang mengikut strategi permainan. Kemahiran ini memerlukan

persefahaman yang tinggi antara pengumpan dengan pemain yang akan melakukan rejaman.

Mengumpan atau membuat umpanan (setting) adalah pergerakan di mana pemain 'setter' akan

menghantar bola mengikut ketinggian dan arah tertentu kepada rakannya bagi membolehkannya

pasukan membuat rejaman untuk memperolehi mata. Tanpa umpanan yang baik dan tepat

daripada setter, ia akan menyulitkan perejam. Pengumpan dan perejam mestilah memiliki tahap

persefahaman yang tinggi. Pengumpan seharusnya tahu akan arah dan corak lambungan bola

6

Page 7: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

yang dikehendaki perejam sebelum dia membuat rejaman. Dua perkara asas dalam kemahiran

membuat umpanan ialah pergerakan badan dan kaki yang harus selesa dan seimbang. Tangan

diletakkan di hadapan muka dengan ibu jari serta jari jari lain mengucup.

D. Merejam

Merejam ialah kemahiran menyerang dengan memukul bola secara kencang ke dalam

gelanggang pihak lawan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan mata servis lawan. Merejam

adalah kemahiran yang kompleks. Kita perlu mempunyai koordinasi tubuh yang baik bagi

melakukan larian, lompatan, pergerakan di udara, memukul bola dan mendarat. Rejaman boleh

dilakukan dengan baik apabila bola berada dekat dengan jaring. Pemain barisan belakang hanya

boleh melakukan rejaman di belakang garisan serangan.

Kemahiran merejam digunakan oleh pemain serangan untuk mendapatkan skor atau mata dengan

membuat pukulan smesyi (smash) ke dalam gelanggang pihak lawan. Anda perlu bersedia berdiri

berdekatan jaring dan menghadap ke arah bola yang akan dihantar oleh rakan sepasukan anda.

Semasa bola mula menjunam turun, anda perlu melompat tinggi ke udara dan menghayunkan

7

Page 8: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

tangan anda ke atas untuk memukul bola masuk ke dalam gelanggang pihak lawan. Pergerakan

ini samalah seperti smash dalam permainan badminton. Mata akan diperolehi seandainya bola

tidak dapat ditangkis oleh pemain pasukan lawan dan berjaya menjejaki ke lantai dalam

gelanggang.

E. Mengadang

Mengadang ialah kemahiran menghalang rejaman pihak lawan yang dilakukan dekat dengan

jaring pada aras atas jaring. Pengadang adalah lapisan pertahanan yang pertama menghalang

serangan pihak lawan. Kemahiran ini memerlukan ketepatan mengagak rejaman lawan dan kuasa

otot kaki ketika melompat. Mengadang hanya boleh dilaksanakan oleh pemain barisan hadapan

Lazimnya tindakan menghadang diamalkan untuk menentang rejaman oleh pihak lawan.

Hadangan yang berkesan akan menyebabkan bola mati dalam gelanggang pihak yang membuat

rejaman.

Cara-cara Menghadang

a) Menolak kedua-dua belah kaki, tangan diluruskan ke atas

b) Bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah pihak lawan

8

Page 9: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Otot-otot utama yang terlibat dalam kemahiran bola tampar

Kemahiran Otot-otot utama

Menyangga Deltoid

Servis Deltoid, Pectoralis major

Mengumpan Deltoid

Mengadang Gastrocnemius, Quadriceps, Deltoid

Merejam Gastrocnemius, Erector spinae,Quadriceps,

Deltoid

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

Pertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut Undang-undang Persatuan Bola Tampar

Amatur Malaysia (MAVA) dan peraturan-peraturan am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia

(MSSM). Antara undang-undang asas permainan bola tampar adalah seperti berikut:

1. Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu pengadil pertama dan

pengadil kedua.

2. Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya enam orang pemain dan tidak

melebihi 12 orang pemain yang berdaftar.

3. Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wisel.

4. Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah.

5. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang.

6. Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh menyentuh bola dengan

mana-mana bahagian badan.

9

Page 10: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

7. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tiga sentuhan

sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini tidak termasuk sentuhan

bagi mengadang.

8. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan.

9. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar kawasan serangan.

10. Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jarring atau memasuki kawasan pihak

lawan.

11. Setiap pasukan boleh meminta dua kali ‘time out’ dalam satu set permainan dengan

kebenaran pengadil.

12. Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set permainan bila-bila

masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar perlu diganti dengan pemain yang

sama apabila pertukaran dibuat semula.

13. Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan pingpong. Apabila

kedudukan mata 24-24, lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan.

14. Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan dua mata diperlukan

untuk menentukan kemenangan

15. Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam kawasan permainan

semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan.

Kita perlu menguasai semua kemahiran asas permainan bola tampar untuk menjadi pemain yang

baik. Sebagai sebuah pasukan, setiap pemain perlu bekerjasama, cepat dan bijak membuat

keputusan ketika beraksi menentang pihak lawan. Pengetahuan berkaitan permainan bola tampar

akan melahirkan pemain yang berkemahiran tinggi, membentuk sikap pemain yang berdisiplin

dan beretika.

10

Page 11: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Tajuk :

Pertandingan bola tampar antara PPISMP semester 3 peringkat IPG Kampus Pulau

Pinang.

Tema :

Majulah sukan untuk ipgm kampus pulau pinang

Rasional :

Pada akhir perlawanan ini, para peserta yang terdiri daripada guru-guru pelatih PPISMP

IPGM KAMPUS PULAU PINANG akan mendapat serba sedikit pengalaman berkenaan

dengan Bola Tampar sekaligus dapat mengeratkan lagi semangat perpaduan dalam

kalangan guru-guru pelatih dan seterusnya dapat merealisasikan hasrat kerajaan

berlandaskan konsep “1 Malaysia” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia

Dato’ Seri Najib Bin Abdul Razak

Objektif :

Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan penuntut IPGM Kampus Pulau Pinang

Mencungkil bakat-bakat baru

Suatu aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan

11

Page 12: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Mewujudkan suasana harmoni

Merealisasikan hasrat kerajaan

Memberikan pengetahuan awal

Melahirkan pelatih yang mahir

TARIKH / MASA / TEMPAT

 

Tarikh          : 229 April 2013  ( Isnin )

Masa           : 2.00 hingga 7.00 petang

Tempat        : Gelanggang Bola Tampar, IPG Pulau Pinang

Penyertaan 

Pertandingan tersebut akan disertai oleh 4 kelas, iaitu:

3 Pengajian Tamil

3 Mt1

3 Mt2

3 Pemulihan

Dif Perasmi

Pertandingan ini akan dirasmikan oleh pengarah IPGM Kampus Pulau Pinang,

iaitu En. Khalid b. Ahmad

Tempat: gelanggang bola tampar IPGM kampus Pulau Pinang

Syarat Pertandingan

Pertandingan tersebut akan dibahagi kepada dua kategori iaitu lelaki dan

perempuan.

Setiap kelas PPISMP semester 3 ambilan Disember 2011 akan menghantar satu

pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan.

12

Page 13: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Kelas yang tidak mempunyai bilangan lelaki atau perempuan yang mencukupi

boleh meminjam pelajar dari kelas lain.

Pertandingan kategori perempuan akan dijalankan dahulu dan diikuti oleh

kategori lelaki.

Perkara Bayaran (RM) Jumlah bayaran (RM)

Hamper

Tempat pertama

Tempat kedua

Tempat ketiga

20.00

15.00

10.00

45.00

Sijil

penghargaan

Tempat pertama

Tempat kedua

Tempat ketiga

Pengadil

Penjaga garisan

2.60

2.60

2.60

0.60

2.40

10.80

Sijil penyertaan

Untuk semua

peserta

16.80 16.80

Makanan ringan

untuk pengadil

dan penjaga

garisan

27.40 27.40

Jumlah keseluruhan 100.00

Perbelanjaan

13

Page 14: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Sistem Pertandingan

Sesuatu kejohanan atau pertandingan tidak semestinya dikelolakan dengan cara

yang sama. Terdapat pelbagai sistem pertandingan untuk mengelolakan sesuatu

pertandingan.Terdapat dua cara pertandingan bagi menguji kemajuan individu:

(a) Pertandingan melawan pencapaian individu dengan skor yang terdahulu atau

melawan skor purata.

(b) Pertandingan melawan individu lain.

Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk

memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. Format sistem

pertandingan dipengaruhi oleh undang-undang asas persatuan, kesesuaiana cara

dipertandingkan, jumlah kumpulan yang menyertai pertandingan dan peringkat

pertandingan.

Terdapat banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan dalam

sesuatu kejohanan mengikut kesesuaian sesuatu jenis sukan. Sistem pertandingan

yang lazim dipraktikkan di Negara ini ialah:

14

Page 15: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

15

Sistem Pertandingan

Pertandingan berbentuk kejohanan

Pertandingan ligaPertandingan kalah mati

Pertandingan cabar mencabar

Liga Satu pusingan

Liga 2 kumpulan

Liga 3 kumpulan

Jenis-jenis Sistem Pertandingan

Page 16: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Pertandingan Kalah Mati

Sistem pertandingan kalah mati ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Ia

diadakan bagi pertandingan dengan masa terhad dengan pesertanya banyak. Proses

ini akan berterusan sehinggahanya terdapat seorang atau satu pasukan peserta yang

tinggal. Sistem pertandingan ini sesuai untuk bilangan pasukan yang besar dimana

keputusannya / pemenangnya perlu ditentukan dalam masa yang singkat. Pasukan yang menang

dalam perlawanan pertamanya sahaja akan layak kepusingan seterusnya. Dua pasukan awal yang

menang dalam peringkat ini akan masuk ke Peringkat Akhir di mana Johan dan Naib Johan akan

dikenal pasti. Dua pasukan lain yang kalah dalam Peringkat Separuh Akhir akan berlawan untuk

menentukan Tempat Ke 3 dan Ke 4. Biasanya system pertandingan kalah mati sekali ini

dilaksanakan mengikut acara tertentu dalam bidang sukan atau permainan. Terdapat

dua variasi pertandingan kalah mati.

16

Jenis Pertandingan Kalah Mati

Page 17: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Terdapat beberapa kelebihan dan juga kelemahan dalam sistem kalah mati ini

antaranya ialah seperti berikut:

17

Pertandingan Kalah Mati

Kalah Mati

Sekali

Kalah Mati

dua kali

Jadual sistem ini mudah difahami oleh peserta

Sangat berguna untuk menentukan juara atau pemain pilihan untu kpertandingan-pertandingan

akan datang

Dapat menentukan juara dalam masa yang singkat

Boleh dilaksanakan dengan alatan yang terhad

Mampu menerima penyertaan yang banyak

Kelebihan Sistem Kalah Mati

Page 18: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

18

1Peserta hanya bertanding sekali sahaja

2Penggunaan kemudahan yang minimum

3Penentuan pemain pilihan adalah penting

4Separuh daripada peserta akan tewas pada peringkat awal

Kelemahan Sistem Pertandingan Kalah Mati

Page 19: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Pertandingan Kalah Mati Sekali

Sistem kalah mati bermaksud seseorang peserta atau pasukan akan bermain sekali sahaja. Peserta

yang kalah akan tersingkir manakala peserta yang menang akan meneruskan pertandingan

sehingga diisytiharkan sebagai johan. Cara pertandingan kalah mati sekali ini paling

mudah dan ringkas dikelolakan. Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan

pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber

kewangan, tempat, kemudahan, peralatan, dan sumber manusia. Namun, system ini

bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

19

Kriteria-kriteria Sistem KalahMati Sekali

Kriteria-kriteria Sistem KalahMati Sekali

Penempatan petanding

pilihan( seeded)

Bilangan peserta

menunggu/ byeBilangan perlawanan

Page 20: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Bilangan Perlawanan

Bilangan perlawanan ini bermaksud kiraan jumlah perlawanan yang diperlukan untuk

menyelesaikan sesuatu pertandingan. Bilangan perlawanan yang dijalankan dapat dikira

dengan cara menolak angka 1 daripada jumlah peserta atau pasukan.

Bilangan peserta menunggu/ bye

Bilangan menunggu/bye dalam system pertandingan kalah mati sekali ini boleh

dikira dengan menggunakan angka ganda dua (power of two), iaitu angka 2, 4, 8, 16,

32 dan seterusnya. Semua angka ganda dua ini tidak memerlukan ‘byes’. Manakala

semua angka yang lain memerlukan ‘byes’.

 

Contohnya : 14 pasukan bertanding

Bilangan penyertaan

14 pasukan

Angka pangkat dua yang melebihi bilangan penyertaan

16

Tolakkan angka pangkat dua dengan bilangan penyertaan

16 -14 = 2

Hasil tolak adalah bilangan peserta menunggu /bye

Peserta menunggu akan disebarkan dengan sama banyak di antara

kumpulan atas dan kumpulan bawah.

20

Formula: (N-1)

N :JumlahPetandingContoh : 12 Petanding

KiraanBilanganPerlawanan = N – 1= 12 – 1 = 11 Perlawanan

Page 21: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Angka 16 adalah 4 kuasa 2. Olehitu, bilangan pusingan ialah 4. Ini

bermakna peserta johan akan berlawan sebanyak 4 pusingan.

Dua peserta yang mendapat bye akan diagihkan kepada dua, iaitu

kumpulan atas dan kumpulan bawah.

Sekiranya dua bye yang diperuntukkan, bye akan diberi kepada

peserta pilihan pertama dan kedua.

21

Formula: N1 – N

N1 :angkagandadua yang lebihbesardaripadabilanganpetanding.

N :bilanganpetanding.

Kiraanbilanganpesertamenunggu= 24–N = 16-14 = 2 bye

Page 22: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

22

Perbandingan Bilangan Penyertaan Pasukan

Angka

pangkat dua

(2n)

Jumlah pasukan

yang mengambil

bahagian (N)

Jumlah pasukan

menunggu/bye

21 2 -

22 3 1

22 4 -

23 5 3

23 6 2

23 7 1

23 8 -

24 9 7

24 10 6

24 11 5

24 12 4

24 13 3

24 14 2

24 15 1

Page 23: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Sistem Kalah Mati dengan ‘bye’

‘Bye’ bermaksud kumpulan atau peserta perlu menunggu tanpa memasuki pusingan

pertama. Ia boleh terus bertanding dalam  pusingan kedua dan  seterusnya. Jumlah pasukan

atau penyertaan tidak mencukupi atau melebihi asas lapan.

23

Page 24: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

24

Carta Pertandingan Kalah Mati Sekali bagi 12 Pasukan dan 4 Bye

Page 25: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Sistem Kalah Mati Tanpa ‘bye’

Jumlah pasukan atau peserta berasaskan lapan ataul ebih.Contoh bilangan petanding ialah

8, 16, 24, 32 dan seterusnya.

25

Page 26: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Penempatan Pilihan atau ‘Seeded’

Petanding pilihan merujuk kepada petanding yang terkenal atau sudah membuktikan

kekuatan sebelum pertandingan bermula. Petanding-petanding pilihan ditempatkan dalam kumpulan

berasingan untuk mengelakkan mereka bertemu di pusingan awal. Biasanya, mereka diberi ‘bye’

pada pusingan pertama. Peserta-peserta pilihan hendaklah ditempatkan secara adil

dengan sebarannya yang menyeluruh. Panduan menempatkan peserta pilihan dalam

pertandingan kalah mati adalah seperti berikut:

Peserta pilihan sepatutnya ditempatkan secara simetrikal

Jika terdapat 2 penalti, satu ditempatkan di bawah sekali dan satu lagi di

atas sekali.

Jika terdapat 4 penalti, aturan berikut perlu digunakan:

Penanti pertama ditempatkan di atas sekali dalam kumpulan atas.

Penanti kedua ditempatkan di bawah sekali dalam kumpulan

bawah.

Penanti 4 diletakkan di bawah dalam kumpulan dan penanti 3 diletakkan di atas dalam

kumpulan bawah atau penanti 3 dan 4 membuat undian menentukan kedudukan

masing-masing.

26

Page 27: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Sistem Liga

Sistem liga merupakan sistem pertandingan yang melibatkan beberapa orang peserta

atau beberapa pasukan dikumpulkan ke dalam satu kumpulan atau beberapa buah

kumpulan. Pasukan diberi peluang bermain atau bertanding secara maksimum. Hal ini

kerana setiap pasukan akan bertanding antara satu sama lain sehingga setiap pasukan

telah bermain dengan semua pasukan yang berada dalam kumpulannya. Pengelola

yang akan menentukan sama ada liga itu satu pusingan atau dua pusingan. Penentuan

dilakukan bergantung kepada jumlah pasukan yang menyertai pertandingan tersebut.

Sistem Liga Satu Pusingan

Jika hanya lima buah pasukan yang menyertai pertandingan ini, maka setiap pasukan

akan berpeluang bertanding sebanyak empat kali sahaja sebelum pemenang sebenar

pertandingan tersebut diumumkan.

Sistem Liga Dua Pusingan

Liga dua pusingan memerlukan peserta atau pasukan tersebut bertanding dengan

lawan yang sama sebanyak dua kali. Sistem ini dipraktikkan pada pertandingan Liga

Perdana Inggeris.

Sistem Separa Liga

Sistem ini menggabungkan sistem liga satu pusingan atau dua pusingan diperingkat

awal dengan sistem kalah mati di peringkat suku akhir, separuh akhir danakhir untuk

mendapatkan pemenangnya. Sistem ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu Separa Liga 4

Kumpulan, Separa Liga 3 Kumpulan dan Separa Liga 2 Kumpulan.

27

Page 28: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Sistem Liga

Formula Pengiraan Sistem Liga

Atau

Tulis angka 1,2,3,4,5,6

28

JENIS SISTEM LIGA

LIGA BIASA

LIGA LOMBARDLIGA KUMPULAN/SEPARA LIGA

Formula:N (N-1) N = Jumlah Pasukan

2

Contohnya : 6 pasukan yang mengambil bahagian

= 6(6-1)

2

= 15 pasukan

Page 29: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Potong angka tertinggi iaitu 6

Tambahkan kemua nombor tersebut

Ini bermakna jika 6 pasukan yang mengambil bahagian, jumlah

perlawanan yang perlu disusun ialah 15 perlawanan.

Contoh Pengusunan Sistem Liga

Formula untuk menyusun jadual sistem liga ialah angka 1 dikekalkan

kedudukannya, manakala angka-angka lain yang beralih mengikut

pusingan jam atau sebaliknya.

Contoh Pengusunan Perlawanan 6 Pasukan

29

Perlawanan 1 Perlawanan 2 Perlawanan 3

Perlawanan 4 Perlawanan 5 Perlawanan 6

1 lawan 2

6 lawan 3

5 lawan 4

1 6 5

Lwn Lwn Lwn

2 3 4

1 lawan 2

6 lawan 3

5 lawan 4

1 lawan 2

6 lawan 3

5 lawan 4

1 lawan 2

6 lawan 3

5 lawan 4

1 lawan 2

6 lawan 3

5 lawan 4

1 lawan 2

6 lawan 3

5 lawan 4

1 lawan 2

6 lawan 3

5 lawan 4

Page 30: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Pasukan P M S K J G Mata Kedudukan

A 3 2 1 0 9 1 5 1

B 3 2 1 0 5 0 5 2

C 3 1 0 2 2 9 2 3

D 3 0 0 3 0 5 0 4

30

Lazimnya pasukan yang menang bagi setiap pertandingan akan diberi dua mata, seri satu mata dan kalah tiada mata.

SIMBOL MAKSUD

P Jumlah Pertandingan

M Bilangan Menang

S Bilangan Seri

K Bilangan Kalah

J Jumlah Jaringan Dibuat

G Bilangan gol bolos

Page 31: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Sistem Liga Biasa

Juga dikenali sebagai liga ringkas yang melibatkan pertandingan dalam satu

kumpulan.

Memberi peluang kepada pasukan yang bertanding untuk melawan setiap

pasukan dalam kumpulannya.

‡ Contoh: Liga Super Malaysia dan Liga Hoki Kebangsaan.

Kelebihan dan Kelemahan Sistem Liga Biasa

KELEBIHAN KELEMAHAN

Keputusan mutlak Melibatkan bilangan permainan yang

banyak

Peserta-peserta lain mendapat kedudukan

dalam pertandingan

Kebanyakkan permainan berkemungkinan

besar tidak diadili dengan baik.

Permain tidak disingkirkan sehingga

selesai pusingan

Menggunakan peserta bukan pilihan

Penggunaan gelenggang dengan banyak

dan berkesan.

Peserta tidak perlu menunggu peserta

lain kecuali lawan yang telah dijadualkan.

31

Page 32: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Sistem Liga Berkumpulan / Separa Liga

Lazimnya melibatkan 12 pasukan atau lebih pasukan yang menyertai pertandingan.

Pasukan yang bertanding akan dipecahkan kepada 4 kumpulan dan mereka akan

bermain secara liga bagi pusingan pertama. Kedudukan pasukan dalam pembahagian

kumpulan akan ditentukan mengikut pilihan (seeded).

Pusingan Pertama (12 pasukan atau lebih)

Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan

ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:

Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D

Johan Naib Johan Ketiga Keempat

Undi Undi Undi Undi

Undi Undi Undi Undi

Undi Undi Undi Undi

Pusing Kedua (Suku Akhir)

Pemenang 1 dan pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan masuk kepusingan suku

akhir dan pertandingan akan diadakan secara kalah mati.

Perlawanan ditetapkan sepertiberikut:

1. undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama Kumpulan akan didahulukan untuk

ditempatkan di Kedudukan 1, 3, 5 dan7.

2. Undian bagi 2 pasukan Pemenang Kedua Kumpulan untuk ditempatkan

dikedudukan 2 atau4, jika Pasukan Pemenang Pertama Kumpulannya telah

diundi dan ditempatkan dikedudukan 5 atau7. Manakala 2 Pasukan Pemenang

Kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan dikedudukan 6 atau8.

32

Page 33: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

3. Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan

memasuki perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan NaibJohan, sementara

pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat Ketiga

dan Keempat.

33

Suku akhirSeparuh akhir

Johan

Page 34: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

LIGA 3 KUMPULAN

Pusingan Pertama ( 9 hingga 11 pasukan )

Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan

dalam kumpulan seperti berikut:

Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C

Johan Naib Johan Ketiga

Undi Undi Undi

Undi Undi Undi

Pusingan Kedua

Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan X

danY dengan mengadakan undian.

Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.

Dari 3 Johan kumpulan, satu akan ditempatkan dalam Kumpulan X dan dua

ditempatkan dalam Kumpulan Y.

Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan dikumpulan lain dari Johan

kumpulannya.

Contoh :

Kumpulan A Kumpulan B

Johan B Johan A

Naib Johan A Johan C

Naib Johan C Naib Johan B

34

Page 35: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Pusingan Akhir

Pemenang pertama dalam Kumpulan X lawan pemenang pertama

Kumpulan Y untuk tentukan kedudukan Johan dan Naib Johan.

Pemenang kedua Kumpulan X lawan pemenang kedua Kumpulan Y untuk

menentukan tempat ke-3 danke-4.

Liga 2 Kumpulan

Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan

dalam Kumpulan A manakala Naib Johan danTempat Ketiga akan ditempatkan

dalam Kumpulan B.

Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan

dalam Kumpulan A manakala NaibJohan danTempat Ketiga akan ditempatkan

dalam Kumpulan B.

Kumpulan A Kumpulan B

Johan Naib Johan

Tempat Keempat Tempat Ketiga

Undi Undi

Undi Undi

35

Page 36: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Pusingan Kedua

36

Separuh akhir

Akhir

Johan

Pemenang 1 kump A

Kumpulan X

Pemenang 1 kump B

Pemenang 1 kump B

Kumpulan Y

Pemenang 1 kump A

Pasukan dalam Kumpulan X dan Kumpulan Y akan bermain secara sistem kalah mati.

Page 37: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Pusingan Terakhir

Pemenang Kumpulan X akan melawan pemenang Kumpulan Y untuk

menentukan Johan dan Naib Johan.

Kalah Kumpulan X akan melawan kalah Kumpulan Y untuk menentukan tempat

ketiga dan keempat.

Liga 1 kumpulan

Sekirannya lima atau kurang daripada lima pasukan yang bertanding,

pertandingan secara liga satu pusingan dijalankan.

Pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira sebagai Johan.

Lazimnyapertandingancaraligasatupusingandiadakanapabila:

(i) Bilangan pasukan yang kecil

(ii) Masa

(iii) Sumber kewangan

(iv) Kemudahan

(v) Bilangan pegawai

Sistem Liga Lombard

Pertandingan boleh ditamatkan dalam masa satu hari atau dalam masa

beberapa jam sahaja.

Sistem ini sesuai untuk 6 hingga12 pasukan dengan menggunakan 2 / 3

gelanggang

Contoh: pertandingan bola keranjang yang melibatkan 6 pasukan melibatkan

masa 30minit. Dalam hal ini, setiap pasukan bertanding dengan lima

pasukan untuk pertandingan yang singkat.

37

Page 38: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

Contoh pengiraan mata dan penentuan kedudukan pertandingan bola keranjang

yang melibatkan 6 pasukan.

Bilangan pasukan: 6 (A, B, C, D, E danF)

Masa: 30 minit

Jumlah permainan setiap pasukan: 5 kali

Jumalh masa setiap kali bermain: 30/5 = 6 minit

Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3 Pusingan 4 Pusingan 5

9A x F5 14A x E16 7Ax D4 20A x C6 18A x B20

12B x E11 12F x D4 10E x C4 14D x B8 16C x F18

7C x DA 18B x C9 8F x B15 8E x F4 10 D x E2

38

Page 39: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

SISTEM CABAR – MENCABAR

Sesuai untuk pertandingan tidak formal atau pertandingan berbentuk

perseorangan/individu. Dalam sistem ini, peserta ditempatkan

Peserta yang berada di kedudukan bawah boleh mencabar peserta di bahagian

atas mengikut kedudukannya

Dalam sistem ini, peserta ditempatkan mengikut kebolehan/ kemampuan

masing-masing

Jenis sukan :tenis, skuasy, tinju dan badminton

JENIS- JENIS PERTANDINGAN

SISTEM TANGGA

Semua peserta diletakkan dalam lajur tegak

Pemain dibawah boleh mencabar pemain diatas

Jika pemain yang mencabar menang, dia akan menggantikan kedudukan

pemain yang dikalahkan.

Pemenang pertandingan adalah pemain yang berada dipuncak.

39

corong piramid tanggga

Page 40: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

SISTEM PIRAMID

Bilangan peserta yang ramai diletakkan pada satu aras pyramid

Peserta berlawan sesame sendiri mengikut aras masing-masing pada peringkat awal

Pemenang aras tersebut dibenarkan mencabar peserta yang berada diaras satu atau

dua diatasnya

Peserta yang berjaya akan naik setingkat demi setingkat sehingga kepuncak

40

Siew Choo 7

Li Lian 6

Sarojini 5

Fauziah 4

Jane Tham 3

Ezen Wee 2

Jenny 1

Page 41: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

SISTEM CORONG

Ciri-ciri pertandingan sama dengan sistem pyramid dan tangga

Peserta yang berada diaras paling atas akan turun kebawah corong setingkat

demi setingkat

Peserta yang berada dibawah sekali dikira sebagai pemenang

41

Page 42: SistemPertandingan Bola Tampar Mala

KELEBIHAN PERTANDINGAN JENIS PIRAMID DAN CORONG

Elakkan peserta berasa malu dan rendah diri dengan prestasinya

Letakkan ramai peserta yang ada kebolehan yang sama disatu aras

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM CABAR MENCABAR

KELEBIHAN KELEMAHAN

Beri peluang kepada 2 peserta yang

hamper sama kebolehan untuk bermain.

Bilangan permainan bergantung kepada

inisiatif peserta untuk mencabar.

Semua peserta bertanding secara terus

tanpa disingkirkan.

Ia tidak menarik minat peserta lagi selepas

satu tempoh tertentu.

Pemain yang terlibat lebih bersemangat. Selepas beberapa ketika,pemain-pemain yang

sama akan bertanding antara satu sama lain.

Memerlukan sedikit pengawasan sahaja.

Boleh diadakan dalam satu tempoh masa

yang berbeza.

Penutup :

Pihak kami berharap agar pertandingan ini akan mendapat sambutan yang

memberangsangkan sekaligus berjaya mencapai objektif pertandingan. Harapan kami

agar pertandingan ini akan dianjurkan pada setiap tahun.

42