modul ppg 2013 - permainan bola tampar & bola baling

63
TAJUK 1 PENGENALAN PERMAINAN BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING SINOPSIS Tajuk dalam modul ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang perkembangan bola tampar di Malaysia serta didedahkan dengan peraturan dan undang-undang permainan. HASIL PEMBELAJARAN 1. Pelajar dapat mengetahui, memahami dan menguasai kemahiran-kemahiran dalam permainan bola tampar. 2. Pelajar dapat mengaplikasi undang-undang dan peraturan asas pada situasi yang sebenarnya KERANGKA TAJUK-TAJUK 1

Upload: iman-hakimi

Post on 29-Oct-2015

441 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

modul

TRANSCRIPT

TAJUK 1 PENGENALAN PERMAINAN BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING

SINOPSIS

Tajuk dalam modul ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang perkembangan bola tampar di Malaysia serta didedahkan dengan peraturan dan undang-undang permainan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Pelajar dapat mengetahui, memahami dan menguasai kemahiran-kemahiran dalam permainan bola tampar.

2. Pelajar dapat mengaplikasi undang-undang dan peraturan asas pada situasi yang sebenarnya

KERANGKA TAJUK-TAJUK

1.0 Sejarah Bola Tampar Antarabangsa

1

Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895.Orang pertama

yang mempelopori permainan ini ialah William G. Morgan iaitu seorang pengarah sukan

YMCA,di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. Nama asal permainan ini ialah

‘minoneete’ dan kemudian digantikan dengan nama ‘volleyball’ oleh Dr. A. Halstead

pada tahun 1896.Sejak diperkenalkan,permainan bola tamper terus menjadi satu

permainan rekreasi yang popular. Bagaimanapun, peraturan rasmi yang pertama hanya

diperkenalkan pada tahun 1916. Antara perubahan teknikal dan perkembangan yang

penting yang berlaku dalam permainan bola tamper adalah seperti berikut:

1900 - Sistem skor 21 poin diamalkan.

1912 - system ‘bergilir’ (rotation)diperkenalkan.

1916 - Undang – undang permainan diterbitkan.

1917 - Sistem skor 15 poin diamalkan.

1918 - Bilangan pemain ditetapkan 6 orang sebelah dan tingi jaring ditetapkan

pada ketinggian 2.4 meter.

1921 - Garis tengh diwujudkan dalam gelanggang bola tampar.

1922 - Sentuhan tiga kali diperkenalkan.

1923 - Saiz gelanggang 9 meter x 18 meter dipiawaikan dan kekal sehingga masa ini.

1947 - IVBF (International Volleyball Federation) iaitu Persekutuan Bola Tampar

Antarabangsa ditubuhkan di Paris untuk mengawal permainan bola tampar.

1949 - Kejohanan bola tampar sedunia untuk lelaki buat kali pertama diadakan di

Prague.

1964 - Permainan bola tampar (lelaki dan perempuan) menjadi salah satu acara sukan

dalam Olimpik di Sukan Olimpik di Tokyo.

1.1 Sejarah Bola Tampar Di Malaysia

Di Malaysia,permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong Kong

dan Negara China pada tahun 1930-an.Ketika itu banyak perlawanan persahabatan

dan pertunjukan telah diadakan di Bandar utama seperti Pulau Pinang,Kuala Lumpur

dan Singapura atas usaha persatuan dan kelab kebajikan di Tionghua yang wujud pada

masa itu. Di Malaysia,permainan bola tampar dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar

2

Amatur Malaysia (MAVA – Malaysian Amateur Volleyball Association) yang ditubuhkan

pada tahun 1959.

Permainan ini adalah salah satu acara sukan yang dipertandingkan oleh

pasukan sekolah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah – Sekolah Malaysia (MSSM).

Selain itu, terdapat juga pertandingan di antara kelab-kelab, jabatan-jabatan kerajaan

dan bukan kerajaan yang dianjurkan untuk sukan bola tampar ini.

1.2 Peraturan dan Undang-undang Bola Tampar1.2.0 Susunan Giliran (Rotation Order)

Susunan giliran untuk setiap pasukan yang ditetapkan pada permulaan

permainan haruslah kekal di sepanjang set permainan.

3 pemain berada dalam gelanggang. 3pemain berada di sepanjang jaring yang

dikenali sebagai pemain hadapan.

3 pemain belakang pula terdiri daripada pemain kiri yang menduduki posisi 5,

pemain tengah berada pada posisi 6 menakala pemain kanan di posisi.

3

Rajah 1: Susunan Giliran Pemain

1.2.1 Bola Dalam

Dikatakan apabila bola menyentuh lantai gelanggang permainan, termasuk

garisan sempadanya.

1.2.2 Bola Keluar.

Istilah bola keluar dikira apabila:

a) Bola yang menyentuh lantai gelanggang berada di luar garisan sempadan

gelanggang.

b) Bola menyentuh sesuatu berada di luar gelanggang seperti siling atau orang

yang beradsa di luar gelanggang permainan.

c) Bola menyentuh antena, tali, tiang @ bahagian jaring yang berada di luar antena

penjalur tepi.

d) Bola berjaya melintasi satah tegak jaring dengan keseluruhan atau sebahagian

bola berada di luar ruang lintasan.

1.2.3 Sentuhan Serentak.

2 atau 3 pemain boleh menyentuh bola dalam masa yang sama. Apabila 2 ahli

daripada pasukan yang sama meyentuh bola secara serentak, ia akan diambil

kira sebagai 2 pukulan kecuali semasa menghadang.

Sekiranya 3 pemain daripada pasukan yang sama menyentuh bola dengan

serentak, ia juga akan diambil kira sebagai 3 pukulan.

Jika 2 atau 3 pemain daripada pasukan yang sama menghulur tangan untuk

memukul bola tetapi hanya seorang sahaja yang menyentuhnya, maka ia hanya

dikira sebagai satu pukulan.

Untuk sentuhan serentak oleh kedua-dua pihak lawan di atas jaring dan bola

masih kekal dalam gelanggang, pasukan yang menerima bola masih berhak

membuat 3 pukulan lagi.

Jika sentuhan serentak oleh kedua-dua pihak lawan mengakibatkan bola pegang

(held ball), maka ia dikenali sebagai kesalahan serentak dan permainan akan

dimainkan semula.

1.2.4 Kesalahan Semasa Bermain Bola

Anda tidak dibenarkan melakukan perkara berikut:

4

(a) Pasukan yang menerima servis tidak boleh melakukan lebih daripada 3

sentuhan. Contohnya, pasukan tersebut memukul bola sebanyak 4 kali sebelum

bola dikembalikan kepada pihak lawan.

(b) Pukulan yang dilarang (irregular hit) ialah apabila bola menyentuh bahagian

bawah lutut seorang pemain.

(c) Pukulan yang dibantu (assisted hit) iaitu pemain yang menerima bantuan

daripada rakannya atausebarang objek supaya dapat mencapai bola

dalam kawasan gelanggang.

(d) Bola pegang (held ball) iaitu apabila pemain tidak memukul bola dengan betul.

Contohnya bola dipegang, diangkat, ditolak, dibawa atau dilontar.

(e) 2 sentuhan (double contact iaitu pemain memukul bola 2 kali berturut-turut atau

bola menyentuh beberapa bahagian badanya secara berturutan.

1.2.5 Kesalahan Pemain di Jaring.

Anda tidak dibenarkan melakukan berikut:

a) Menyentuh bola atau pihak lawannya di dalam kaawasan lawan sebelum atau

semasa pukulan dilakukan oleh pihak lawannya.

b) Masuk ke dalam kawasan pihak lawan di bawah jaring dan mengganggu pihak

lawan bermain.

c) Masuk gelanggang lawan, sama ada secara sengaja atau tidak.

d) Menyentuh jaring.

1.2.6 Servis Pertama Bagi Sesuatu Set.

Pasukan yang akan memulakan servis akan ditentukan oleh lambungan duit

syiling.

Melakukan Servis:

a) Mesti memukul bola dalam masa 5 saat selepas pengadil meniup wisel.

b) Seandainya bola yang telah dilambung oleh pemain yang membuat servis

mendarat tanpa disentuh, ia dianggap sebagai satu percubaan servis.

c) Semasa melakukan pukulan servis atau melonjak bagi servis lompat, anda tidak

boleh menyentuh gelanggang, termasuk garisan belakang atau lantai di luar zon

servis.

5

Kesalahan Servis

Keslahan-kesalahan berikut akan mengakibatkan berlakunya pertukaran servis

kepada pihak lawan, sekiranya pemain yang membuat servis ;

(a) Melanggar susunan atau aturan servis

(b) Tidak melakukan servis dengan betul

(c) Melanggar peraturan percubaan servis

1.2.7 Kesalahan Pukulan Serangan.

Beberapa contoh kesalahan pukulan serangan (attach hit Faults) yang sering

dilakukan oleh pemain ialah:

a) Pemain memukul bola daripada pihak lawan (the playing space of the opposing

team).

b) Pemain memukul bola keluar.

c) Pemain barisan belakang melengkapkan pukulan serangan dari zon depan dan

keseluruhan bola itu berada di atas paras atas jaring semasa pukulan dibuat.

d) Pemain melengkapkan sesuatu pukulan serangan ke atas servis lawan apabila

keseluruhan bola itu berada di zon depan dan di atas paras atas jaring.

1.2.8 Kesalahan Menghadang.

a) Penghadang menyentuh bola dalam kawasan lawan sama ada sebelum @

serentak dengan pukulan serangan lawan.

b) Bola menyentuh penghadang pada sebarang bahagian bawah lututnya.

c) Sebagai pemain barisan belakang, dia melengkapkan satu hadangan @

menyertai sesuatu hadangan yang lengkap.

(d) Pemain menghadang bola dalam kawasan lawan dari luar antena.

(e) Pemain menghadang bola servis pihak lawan.

(f) Bola dihantar keluar melelui hadangan.

1.2.9 Gangguan Biasa Dalam Permainan.

Gangguan atau pemberhentian sementara yang biasa berlaku dalam permainan

bola tampar merujuk kepada masa berhenti (time-out) dan penggantian

pemain(player substitution)

Tempoh masa bagi sesuatu masa berhenti ialah 30 saat. Setiap pasukan berhak

meminta untuk berhenti tidak lebih daripada 2 kali untuk setiap set. Pada waktu

6

berhenti, pemain-pemain yang sedang bernain mestilah pergi ke zon bebas yang

berhampiran dengan bangku pasukan mereka.

Setiap pasukan berhak menggantikan enam pemain untuk setiap set. Pada

ketika permintaan dibuat, pemain-pemain mesti bersedia untuk masuk atau

berdiri berhampiran dengan jurulatih. Jika tidak, penggantian itu tidak akan

dibenarkan dan pasukan tersebut akan dikenakan denda kerana lewat membuat

penggantian.

1.3 Undang-Undang Am Bola Tampar

Perlawanan atau permainan rasmi bola tampar dimainkan oleh dua pasukan dan

memerlukan sebiji bola dan sebuah gelanggang yang dibahagi kepada 2

bahagian oleh jaring.

Setiap pasukan terdiri daripada 6 orang pemain yang mempunyai kemahiran

asas untuk menampar bola melepasi jaring supaya pasukan lawan tidak dapat

menyambut pukulan bola tersebut.

Setiap pasukan dibenarkan untuk memukul bola sebanyak 3kali sebelum

dihantar ke pasukan lawan. Bola juga bolah ditampar sekali atau 2 kali sahaja

untuk melepasi jaring.

1.3.0 Kedudukan Pemain

Pemain-pemain hendaklah berada pada kedudukan iaitu 3 orang di barisan

hadapan dan 3 orang di barisan belakang.

1.3.1 Putaran atau Edaran

Setiap pemain boleh membuat servis beberapa kali berturut-turut

sehingga pasukannya melakukan kesalahan atau permainan tamat.

Putaranm mengikut arah jam.

1.3.2 Bermain di Jaring

Apabila anda bermain di jaring anda boleh melompat setinggi yang boleh tetapi

tidak boleh meyentuh bola yang masih berada di kawasan lawan iaitu semasa

lawan sedang membuat serangan.

1.3.3 Pemain Gantian

Seorang pemain simpanan boleh menggantikan setiap pemain dalam

pasukannya tetapi dia mesti mengambil kedudukan pemain yang digantinya.

7

1.3.4 Peralatan

Gelanggang.

Berukuran 18m x 9m termasuk garisan tepi selebar 5cm. Satu lagi garisan lebar

5cm dipanggil “garisan tengah” membahagikan gelanggang kepada 2 bahagian

yang sama besar.

Setiap kawasan ini mengandungi satu garisan 5cm lebar selari dan sejauh 3.05m

dari garisan tengah. Garisan ini dipanggil garisan merejam di belakang

gelanggang.

1.3.5 Bola

Mempunyai ukur lilit sepanjang 64cm-66cm dan berat antara 255g-284g.

Buat terdiri daripada 12 keping kulit yang tidak terlalu lembut.

1.3.6 Jaring

Berukuran 1m lebar dan panjang sekurang-kurangnya 9.50m. Jaringan selebar

10cm dan tebal berganda sebanyak 5m yang menggunakan bahan kanvas @

linen yang lebar direntasi di bahagian atas jaring.

Tinggi jaring di bahagian tengah hendaklah 2.43m untuk lelaki dan 2.24m bagi

wanita.

1.3.7 Pelanggaran Undang-undang dan Penalti

Pelanggaran undang-undang tertentu boleh didenda dengan memberi 1 mata

kepada pasukan lawan. Anda terkeluar daripada kedudukan anda apabila:

a) Anda membuat servis dan tidak berada di kawasan servis sebelum bola itu

disentuh.

b) Anda tidak berada pada tertib putaran ketika bola disentuh.

c) Pemain-pemain daripada pasukan yang membuat servis cuba menghalang

pandangan pasukan penerima semasa servis.

d) Anda membuat servis bukan pada giliran anda.

e) Pemain baris belakang cuba membuat halangan pada jaring.

f) Pemain di bahagian belakang gelanggang memasuki kawasan merejam

gelanggang hadapan untuk membuat rejaman.

g) Pemain gantian memasuki semula gelanggang untuk meneruskan

perlawanan tetapi pada tempat selain daripada tempat pemain yang

8

digantikan olehnya sebelumnya.

Melibatkan Penggantian dan Masa Berhenti

(a) Pemain ganti tidak melaporkan diri kepada pencatat masa.

(b) Pemain memasuki gelanggang perlawanan lebih daripada 3 kali.

(c) Pasukan mengambil lebih daripada 2 masa berhenti yang dibenarkan.

Melibatkan Kelakuan

(a) Cuba mengalihkan atau mengganggu perhatian pihak lawan dengan menjerit

atau menghentakkan kaki.

(b) Pemain, pemain gentian, jurulatih atau pengurus mengeluarkan kata-kata kesat,

menghina dan kurang sopan terhadap pasukan lawan.

(c) Pemain gentian, jurulatih atau wakil pasukan memasuki gelanggang ketika

perlawanan sedang berlangsung.

(d) Pemain, pemain gentian, jurulatih atau pengurus cuba menangguhkan

perlawan.

Situasi yang menyebabkan perlawanan dimulakan semula.

(a) Apabila pengawai tersilap membunyikan wisel dan menghentikan perlawanan.

(b) Apabila objek asing termasuk ke dalam gelanggang semasa bermain.

(c) Apabila kemalangan berlaku semasa perlawanan dan pegawai merasakan

adalah lebih baik menghentikan permainan atas sebab-sebab keselamatan.

(d) Apabila pemain daripada kedua-dua pasukan melakukan kesalahan serentak.

9

1.4 Sejarah Bola Baling

Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan

satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti

Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta

Raffbold di Jerman. Semasa perang dunia kedua permainan ini dikenali

sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917,

bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di

padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman.

Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah

menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan

ini. Pada tahun tersebut juga, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa

(IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada

tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan

Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah negara telah menyertainya dan

negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada tahun 1938 sekali lagi,

Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10

buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946 (IAHF) telah ditukar

kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini

menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang sepasukan. Sekali lagi

Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini

Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956, undang-undang

permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini.

Antara negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman,

Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan juga

Poland. Di Asia, Jepun, China dan juga Korea adalah antara negara

yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi

pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan

lelaki telah memenangi pingat perak.

10

1.5 Perkembangan Permainan Bola Baling di Malaysia

Bola baling mempunyai sejarah asal usulnya di Malaysia. Sukan bola baling

bermula di Malaysia pada tahun 1976. Sukan ini mula diperkenalkan oleh Encik Lim

Hock Han, iaitu Pengarah Unit Sukan Universiti Malaya, setelah sekembalinya beliau

dari Sukan Olimpik pada tahun 1976. Beliau juga telah membawa balik rakaman

permainan bola baling dari Temasya Sukan Olimpik itu. Beliau  telah memberi kursus

asas permainan ini kepada sekumpulan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di

negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun itu.

Pada tahun 1978, kursus pengadil bola baling yang pertama diadakan untuk 60

orang guru seluruh Malaysia di Selangor. Pada tahun yang sama juga, sempena

meraikan Hari Anugerah Olahragawan dan Olahragawati kebangsaan pada tahun 1978,

permainan bola baling telah diadakan di Stadium Negara sebagai acara pertunjukan

pada waktu itu.

Satu jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk penubuhan Persatuan Bola

Baling Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada  September 1979

di Morib, Selangor. Pada 7 Disember 1985, buat julung kalinya telah berlangsung

Kejohanan Bola Baling peringkat kebangsaan di padang SMK Sri Aman, Petaling Jaya,

Selangor. Pada tahun 1987 pula, permainan ini telah  menjadi acara sukan tahunan

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Kejohanan yang pertama telah diadakan di

Kelang, Selangor bagi kategori umur bawah 12 tahun dan 15 tahun lelaki dan

perempuan. Terdapat beberapa kejohanan seperti MSSN (peringkat negeri), MSSM

(peringkat kebangsaan), KAGUM (peringkat Maktab Perguruan), MASUM (peringkat

universiti) dan yang terbaru SIPMA (Sukan Antara Institusi Kementerian Pelajaran

Malaysia) yang telah menjadikan pemainan bola baling sebagai acara rasmi dalam

kejohanan-kejohanan tersebut.

Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan

En. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai Presiden MAHF yang pertama manakala En.

Kan Tong Leong sebagai Setiausaha Kehormatnya. Pada tahun 1986, Presiden  MAHF

telah menjadi salah seorang ahli gabungan bersama Asia Handball Federation (AHF).

11

Pada tahun 1990 pula, beliau menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Baling

Komanwel (CHF) dan pada tahun 1994 beliau menjadi ahli gabungan  International

Handball Federation (IHF). MAHF telah menyertai Persekutuan Bola Baling Asia

Tenggara (SEAHAF) pada  Mei 2004. Persekutuan Bola Baling Malaysia telah berdaftar

dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Akta Sukan Kebangsaan 1997, pada 

27 Mei 2000.

Presiden MAHF  yang memegang jawatan ini sejak tahun 2000 sehingga kini

ialah Y. Bhg. Dato’ Haji Suhaimi bin Haji Yacob. Beliau juga memegang beberapa

jawatan  di peringkat antarabangsa seperti:

(a)     Naib Presiden Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF)

(b)     Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Promosi Bola Baling Persekutuan

Bola Baling Asia (AHF)

(c)     Timbalan Presiden Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF)

(d)    Ahli Majlis Persekutuan Bola Baling Asia (AHF)

Pihak AHF telah meletakkan kepercayaan kepada Malaysia untuk menganjurkan

satu kejohanan di peringkat antarabangsa, iaitu  1st Martyr Sheikh Fahad Al-Ahmad Al-

Sabah Cup Championship untuk negara-negara  yang baru dalam pembangunan bola

baling.

1.6 Peraturan dan Undang-undang Bola Baling

1.6.0 Peraturan.

Gelanggang permainan.

Gelanggang permainan berukuran 40m panjang dan 20m lebar termasuk

dua kawasan gol.

Garisan sempadan yang panjang dipanggil garisan tepi dan garisan yang

lebih pendek dipanggil garisan gol (antara tiang gol).

12

Garisan 7m ialah garisan di luar kawasan garisan gol dan dibuat sepanjang

1m dan dikenali sebagai garisan penalti.

Garisan penantian pemain untuk setiap pasukan terletak di antara garisan

tengah dengan ukuran jarak sepanjang 4.5m dari kawasan garisan tepi.

Kawasan gol berukuran 6m dari kawasan garisan gol. Garisan balingan

percuma (garisan 9m) ialah garisan putus-putus yang berada 3m di luar

kawasan garisan gol.

Tiang gol diletakkan di tengah-tengah antara garisan gol. Ukuran untuk tiang

gol adalah 2m panjang dan 3m lebar.

Tiang gol mesti dilengkapi dengan jaring, kerana sekiranya bola yang

dilontar mencecah jaring, bola itu dianggap telang dijaringkan dan mata

diperolehi.

13

Rajah 2: Ukuran Gelanggang Bola Baling

1.6.1 Masa Permainan, Isyarat Akhir dan Masa Rehat.

(A)Masa Permainan.

Masa permainan yang biasa untuk semua pasukan bagi pemain berumur 16

tahun ke atas ialah 30 minit untuk setiap separuh masa.

Masa rehat ialah selama 10 minit. Bagi peringkat remaja bagi umur 12

hingga 16 tahun ialah umur 8 hingga 12 tahun ialah 20 minit untuk setiap

separuh masa.

Masa rehat untuk kedua-dua kategori ini juga adalah selama 10 minit.

Jikalau sesuatu perlawanan berakhir dengan seri, perlawanan masa

tambahan akan diadakan terdiri daripada dua separuh masa dalam tempoh 5

minit untuk setiap separuh masa pertama tanpa masa rehat di antaranya

beserta dengan pertukaran tempat gol.

Sekiranya seri lagi, balingan 7meter @ balingan penalti sebanyak 5 kali

untuk setiap pasukan untuk menentuka pemenang.

14

Rajah 3: Ukuran Tiang Gol

(B)Isyarat Akhir.

Masa perlawanan dimulakan dengan tiupan wisel untuk balingan permulaan.

Masa perlawanan tamat juga ditentukan dengan isyarat automatik melalui

jam awam @ melalui isyarat penjaga masa.

(C) Memberhentikan perlawanan (time-out).

Pemberhentian masa sementara (time-out) adalah dibenarkan sekiranya

berlaku situasi seperti:

Seorang pemain yang dikenakan penalti 2 minit keluar padang

Diminta oleh pasukan yang bermain.

Melalui isyarat wisel dari penjaga masa @ teknikal pertandingan.

Setiap pasukan dibenarkan menerima @ membuat 1 panggilan time-out

selama 1 minit untuk setiap separuh masa, tetapi ini tidak dibenarkan

semasa masa tambahan.

1.6.2 Bola Perlawanan

Bola yg digunakan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik dan mestilah

berbentuk bulat.

Bagi perlawanan lelaki ukuran lilit bola yg digunakan mestilah 58cm-60cm

dan berat antara 425g-475g (IHF berukuran 3), manakala bagi pemain

wanita pula ukur lilit bola ialah 54cm-56cm dan beratnya di antara 325g-

400g.

Bola mini hanya digunakan untuk perlawanan bola baling di peringkat

sekolah rendah dan bola yang sama saiznya digunakan untuk pemain lelaki

dan pemain perempuan.

Pada setiap perlawanan diwajibkan terdapat dua biji bola yang mempunyai

spesifikasi yang ditetapkan dalam perlawanan.

Bola simpanan juga mesti diletakkan berdekatan dengan meja penjaga masa

semasa perlawanan.

1.6.3 Pasukan, Pertukaran Pemain dan Peralatan.

(A)Pasukan.

Setiap pasukan terdiri daripada 14 pemain di mana 7 daripadanya adalah

pemain utama dan selebihnya adalah simpanan.

15

Seorang penjaga gol setiap pasukan. Setiap pasukan perlu mempunyai 5

pemain di dalam gelanggang untuk memulakan sesuatu perlawanan.

4 pegawai sahaja dibenarkan bagi setiap pasukan semasa perlawanan

berlangsung dan pegawai pasukan ini tidak boleh ditukar semasa

perlawanan sedang berlangsung.

Hanya seorang yang boleh berurusan dengan penjaga masa @ penjaga skor

dan juga pengadil.

Pegawai pasukan juga tidak dibenarkan memasuki gelanggang semasa

perlawanan sedang berlangsung dan sekiranya perkara ini berlaku,

pengadil akan terus memberikan balinagan percuma kepada pihak lawan.

(B) Pertukaran Pemain.

Boleh dilakukan pada bila-bila masa dan seberapa kerap yang boleh tanpa

perlu memberitahu penjaga skor @ penjaga masa tetapi salah seorang

pemain pasukan mestilah telah keluar dari garisan pertukaran terlebih

dahulu.

Penggantian secara tidak formal akan didenda dan pemain yang salah akan

digantung daripada permainan selama dua minit dan salah seorang pemain

pauskanya akan dikeluarkan.

Satu balingan percuma kepada pihak lawan juga akan diberikan sekiranya

berlaku kesalahan tersebut.

16

Rajah 4: Cara Pertukaran Pemain

Rajah 4 : Ukuran Tiang Gol

1.6.4 Peralatan.

Setiap pemain dalam sesuatu pasukan diwajibkan untuk memakai jersi

pasukan masing-masing.

Rekaan dan warna jersi mestilah jelas dan berbeza di antara setiap pasukan.

Pemain mestilah memakai nombor jersi yang berukuran 20cm tinggi di

belakang jersi dan 10cm tinggi di bahagian depan jersi.

Nombor yang dipakai mestilah di antara 1-20 dan warnanya perlulah lebih

jelas.

Antara barang yang tidak dibenarkan di dalam permainan ialah pelindung

kepala, topeng muka, jam, cincin rantai dan cermin mata. Ini kerana untuk

mengelakkan orang lain tercedera.

1.6.5 Penjaga Gol

Seorang penjaga gol dibenarkan:

(A)Menyentuh bola denganmana-mana anggota badan semasa menjaga gol di

dalam kawasan gol.

(B)Bergerak bersama bola di dalam kawasan gol dan sekiranya dia bermain di

luar kawasan gol, maka dia haruslah mematuhi peraturan permainan

sebagai seorang pemain.

Penjaga gol tidak dibenarkan:

(A)Melakukan kekasaran kepada pihak lawan semasa bertahan.

(B)Menyentuh bola di luar kawasan gol selepas dia membuat balingan kecuali

bola balingan tersebut menyentuh seorang pemain.

(C)Menyentuh bola yang berada di dalam pegun @ yg bergolek di luar kawasan

gol.

(D)Mengambil bola ke kawasan gol apabila bola itu berada di dalam keadaan

pegun @ yg bergolek di atas gelanggang di luar kawasan gol.

(E)Menyentuh bola dengan kaki apabila bola sedang bergerak keluar dari

kawasan gol.

1.6.6 Kawasan Gol

17

Hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan gol.

Sekiranya pemain menyentuhnya @ memasukinya, denda akan diberikan

terhadap pemain tersebut.

Balingan percuma akan diberikan kepada pihak lawan.

Contoh situasi yang sering berlaku ialah:

(A)Pemain tersebut memasuki kawasan tersebut bersama bola.

(B)Pemain tersebut memasuki kawasan gol tanpa bola di bawah keadaan yang

memanfaatkan pemain tersebut.

(C)Satu balingan 7 meter @ penalti akan diberikan apabila pemain hadangan

(defence) yang memasuki kawasan gol untuk bermain samasa jaringan gol

hendak dilakukan oleh pihak lawan.

1.6.7 Syarat-syarat Permainan

Pemain dibenarkan:

(A) Membaling, menangkap, menolak, memberhentikan @ memukul bola

dengan menggunakan seluruh tangan, menggunakan kepala, lengan dan

juga paha.

(B) Memegang bola tidak melebihi 3 saat.

(C) Membawa bola dan berjalan tidak melebihi daripada 3 langkah.

(D) Apabila berdiri @ berlari:

Melantun bola sekali dan menangkapnya dengan satu @ dua tangan

Melantun bola berulang kali dengan satu tangan (menggelecek) dan

Kemudian menagkap kembali dengan satu @ dua tangan.

Menggolek bola di atas lantai dengan menggunakan satu tangan dan

18

Rajah 5 : Kawasan Gol

Kemudian menangkap kembali dengan satu @ dua tangan

(E) Menggerakkan bola dari satu tangan ke tangan yang lain.

(F) Bermain bola semasa duduk @ meniarap di atas lantai, contohnya ketika

hendaklah melakukan hantaran.

Pemain tidak dibenarkan:

(A)Menyentuh bola dengan menggunakan bahagian bawah kaki.

(B)Menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergolek @ pegun di atas

lantai.

(C)Meneruskan permainan sekiranya bola terkena pengadil ketika di dalam

gelanggang.

1.6.8 KESALAHAN PERMAINAN

Perhatikan pula kesalahan-kesalahan yang sering berlaku:

Pemain dibenarkan:

(A)Menggunakan lengan @ tangan untuk menahan bola @ mendapat

penguasaan bola itu.

(B)Menggunakan tangan yang terbuka untuk menampar @ menepis bola

menjauhi pihak lawan.

(C)Menggunakan badan untuk menghalang lawan walaupun ketika itu pihak

lawan tidak menguasai bola.

Pemain tidak dibenarkan:

(A)Menarik @ menumbuk bola keluar daripada tangan pihak lawan.

(B)Menghalang secara kasar menggunakan lengan, tangan dan kaki.

(C)Menarik baju @ menolak lawan secara kasar.

(D)Membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan mencederakannya.

19

1.6.9 Jaringan Gol

Apabila memasuki kawasan gol secara lengkap dan penjaringnya tidak

melakukan sebarang kesalahan semasa melakukan balingan tersebut, maka

ia dikira sebagai jaringan yang sah.

Suatu jaringan yang telah diberikan @ diputuskan oleh pengadil adalah

muktamad.

1.6.10 Balingan Mula

Pasukan yang menang undian akan memulakan balingan mula sekiranya dia

memilih untuk memulakan permainan.

Jika pasukan yang menang undian ingin memilih kawasan gol permainan,

maka pihak lawannya akan memulakan permainan tersebut.

Untuk memulakan separuh masa kedua, balingan mula akan dilakukan oleh

pasukan yang berlawanan tadi.

1.6.11 Balingan Masuk

Apabila bola secara keseluruhannya melepasi garisan tepi maka ia akan

dikira sebagai bola keluar.

Apabila bola keluar daripada kawasan permainan, pemain boleh mengambil

suatu balingan masuk tanpa menunggu tiupan wisel pengadil.

Untuk membuat balingan pembaling haruslah berdiri dengan kaki menyentuh

garisan tepi dan semasa balingan masuk dibuat pihak lawan mesti berada 3

meter jauh dari pembaling itu.

20

Rajah 6: Satu kesalahan untuk membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan untuk mencederakan.

1.6.12 Balingan Penjaga Gol

Penjaga gola akan diberikan kebebasan membuat balingan apabila:

a) Kawasan gol dimasuki pemain lawan.

b) Bola yang dibaling pihak lawan berjaya dikawal @ bola tersebut bergolek masuk

ke kawasan gol.

c) Pemain daripada pasukan lawan menyentuh bola yang bergolek di atas lantai

dan bola itu berada di dalam kawasan gol.

1.6.13 Balingan Percuma

Penyerang mestilah berada sejauh 9 meter dari tiang gol semasa balingan

percuma diberikan.

Pasukan lawan pula mestilah berada sejauh 3 meter dari penyerang.

Balingan percuma akan diambil di tempat di mana kesalahan @ kekasaran itu

terjadi.

21

Rajah 7: Balingan ke dalam dilakukan dengan sebelah kaki mesti memijak garisan tepi.

Rajah 8: Semua pemain penyerang mesti berada di luar garisan 9 meter dan penghadang mesti berada sejauh 3 meter dari pembaling.

Rajah 8 : Semua pemain penyerang mesti berada di luar gasisan 9 meter dan penghadang mesti berada sejauh 3 meter dari pembaling.

1.6.14 Balingan 7 Meter

Balingan 7 meter diberi apabila:

a) Sesuatu situasi yang jelas di mana percubaan untuk menjaringkan gol dihalang

dengan kasar oleh pihak lawan untuk mendapatkan bola.

b) Seseorang pemain itu melakukan kekasaran yang tidak dibenarkan di kawasan

gol.

c) Selepas sahaja wisel dibunyikan oleh pengadil, balingan 7 meter hendaklah

dibuat ke arah gol dalam masa 3 saat. Pemain yg hendak membuat balingan 7

meter hendaklah berdiri di belakang garisan 7 meter.

1.6,15 Balingan Pengadil

Pengadil akan melakukan balingan semula sebelum memulakan perlawanan

jika:

a) Kedua-dua pasukan yang bertanding melakukan kesalahan serentak.

b) Apabila bola menyentuh siling @ balingan terkena bumbung gelanggang

perlawanan.

c) Tiada pemain yang memegang bola @ tiada sebarang kesalahan yang

dilakukan.

22

Rajah 9: Contoh balingan pengadil untuk memulakan permainan.

1.6.16 Denda dan Hukuman Permainan

(a) Amaran / Kad Kuning

Kerap melakukan kesalahan @ melanggar peraturan permainan.

Perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan.

(b) Hukuman / Gantung Dua Minit

Tidak meletakkan meletakkan bola ke lantai selepas sesuatu kesalahan.

Perlanggaran peraturan permainan.

Kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan.

(c) Pembatalan / Pemberhentian Pemain.

Melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan.

Telah melakukan kesalahan penggantungan dua minit untuk kali yang ketiga.

Tingkah laku dan tindakan yang keterlaluandan merbahaya.

Menggugut pemain di luar gelanggang pemain.

Kekasaran hingga mencederakan pihak lawan.

Kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh

dibatalkan penyertaan.

23

TAJUK 2 KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN MENYEDIAKAN GELANGGANG DAN KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR

SINOPSIS

Tajuk dalam modul ini memberi pengetahuan berkenaan aspek teknikal dalam permainan bola tampar terhadap ukuran dan kawasan permainan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Pelajar dapat mengenalpasti aspek-aspek teknikal berkaitan dengan permainan bola tampar.

2. Pelajar mengetahui ukuran dan kawasan permainan bola tampar.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

24

2.0 Ukuran Dan Kawasan Gelanggang Bola Tampar

2.1 Kemahiran Asas Bola Tampar

25

Permainan bola tampar dipertandingkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Permainan bola tampar boleh dimainkan di gelanggang sama ada di luar atau di

dalam dewan. Di peringkat sekolah rendah, permainan ini dikenali sebagai bola

tampar mini.

Kemahiran asas dalam permainan bola tampar ialah :

Servis

Menyangga

Mengumpan

Merejam

Menghadang

2.1.0 Kemahiran Servis Permainan dimulakan dengan servis. Oleh itu ia merupakan kemahiran yang

penting dalam permainan. Terdapat tiga kaedah servis yang dibenarkan :

i. Servis cedok atau servis bawah

ii. Servis gaya tenis

iii. Servis lompatan

Servis yang baik memerlukan keseragaman, kecekapan dan ketepatan daripada

pembuat servis. Putaran boleh ditambah dalam kesemua tiga kaedah itu dengan

memukul merentasi dan melalui bola semasa membuat servis.

Pembuat servis mesti berdiri di mana-mana bahagian sepanjang garisan

belakang gelanggang. Pembuat servis tidak boleh memijak garisan gelanggang

sebelum bola dipukul. Selepas melakukan servis, dia boleh masuk ke dalam

26

gelanggang. Jika bola jatuh ke tanah tanpa disentuh oleh pembuat servis, servis itu

dibuat sekali lagi iaitu dalam masa 8 saat setelah wisel ditiup oleh pengadil.

Servis dianggap betul jika bola bergerak :

melepasi bahagian atas jarring, masuk ke dalam gelanggang pihak lawan.

di antara dua antenna tegak yang menandakan lebar gelanggang.

Servis adalah batal jika bola :

menyentuh jaring dan jatuh di dalam gelanggang sendiri

melepasi atau di luar antenna jarring

menyentuh seorang pemain atau sesuatu objek sebelum sampai ke

gelanggang pihak lawan.

melepasi bahagian bawah jarring.

mendarat di luar had kawasan gelanggang.

2.1.1 Kemahiran Menyangga (Dig)

27

Menyangga ialah kemahiran mengawal bola yang diterima. Kemahiran ini juga

bertujuan untuk menaikkan atau melambungkan bola ke udara. Hantaran ini adalah

hantaran bawah tangan yang menggunakan kedua belah tangan (a two handed

underhand pass). Ia digunakan terutamanya untuk menerima servis dan serangan-

serangan daripada pihak lawan. Kemahiran ini juga digunakan apabila bola terlalu

dekat lantai dan permain tidak sempat mengambil posisi yang baik. Kemhiran ini juga

digunakan sebagai teknik menahan bagi menyelamatkan hantaran dan juga mengawal

bola.

Kemahiran menyangga dari atas juga merupakan kemahiran mengumpan. Istilah

"mengumpan" (setting) digunakan apabila hantaran dibuat supaya rejaman dapat

dilakukan oleh seorang pemain yang lain.

2.1.2 Kemahiran Mengumpan (Setting)

Mengumpan ialah kemahiran melambungkan bola ke udara bagi membolehkan

rakan sepasukan melakukan rejaman. Mengumpan boleh dilakukan sama ada melalui

atas kepala (overhead) atau bawah tangan (underarm). Posisi pemain, posisi bola dan

kelajuannya akan menentukan jenis hantaran yang akan dibuat.

2.1.3 Hantaran atas kepala (overhead)

Kemahiran ini digunakan untuk menghantar bola (in passing), mengumpan (in

setting) dan menghantar bola yang tinggi dan jauh (plying long high balls) ke belakang

gelaggang lawan. Kadangkala ia juga digunakan untuk menjatuhkan bola secara

ringanmelintasi jaring. Hantaran atas kepala menggunakan dua belah tangan untuk

memastikan bola dalam posisinya supaya dapat mengumpan untuk serangan, atau

menghantar bola melintasi jarring.

28

2.1.4 Kemahiran Merejam (Smesy)

Merejam ialah kemahiran untuk mematikan bola dalam gelanggang pihak lawan

bagi mendapatkan mata. Pemain perlu memukul bola dengan tapak tangan dengan

kencang ke kawasan pihak lawan. Kemahiran ini digunakan untuk mendapat skor.

Merejam adalah bola yang dihantar dengan menbuat smesy ke bawah dalam

gelanggang lawan. Perejam berdiri dekat dengan jaring, menghadap arah daripada

mana bola akan datang. Semasa bola mula menurun, perejam melompat tinggi ke

udara dan menghayunkan tangan kanan atau kiri ke atas untuk memukul bola ke

bawah ke dalam gelanggang pihak lawan.

Rejaman terbahagi kepada dua iaitu :

Rejaman berdiri

Rejaman sambil berlari

Rejaman Berdiri

Rejaman sambil berlari

29

Mengumpan bola dari bawah

2.1.5 Kemahiran Menghadang (Blocking)

Menghadang ialah kemahiran untuk menghalang rejaman yang dilakukan oleh

pihak lawan. Kemahiran ini memerlukan kuasa otot kaki semasa melakukan lompatan.

Lazimnya tindakan menghadang diamalkan untuk menentang smesy yang dilakukan

oleh pihak lawan. Hadangan (blocking) yang berkesan akan menyebabkan bola mati

dalam gelanggang pihak yang membuat smesy. Menyentuh jaring semasa hadangan

adalah satu kesalahan.

TAJUK 3 KEMAHIRAN TEKNIKAL MENYEDIAKAN PADANG

30

Menghadang

BOLA BALING

SINOPSIS

Tajuk dalam modul ini memberi pengetahuan berkenaan aspek teknikal dalam permainan bola baling terhadap ukuran dan kawasan permainan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Pelajar dapat mengenalpasti aspek-aspek teknikal berkaitan dengan permainan bola baling.

2. Pelajar mengetahui ukuran dan kawasan permainan bola baling.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

3.0 Ukuran dan Kawasan Padang Bola Baling

31

3.1 Bola Perlawanan

32

Ukuran Padang Bola Baling

Ukuran Tiang Gol

Bola yg digunakan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik dan mestilah

berbentuk bulat.

Bagi perlawanan lelaki ukuran lilit bola yg digunakan mestilah 58cm-60cm

dan berat antara 425g-475g (IHF berukuran 3), manakala bagi pemain

wanita pula ukur lilit bola ialah 54cm-56cm dan beratnya di antara 325g-

400g.

Bola mini hanya digunakan untuk perlawanan bola baling di peringkat

sekolah rendah dan bola yang sama saiznya digunakan untuk pemain lelaki

dan pemain perempuan.

Pada setiap perlawanan diwajibkan terdapat dua biji bola yang mempunyai

spesifikasi yang ditetapkan dalam perlawanan.

Bola simpanan juga mesti diletakkan berdekatan dengan meja penjaga masa

semasa perlawanan.

3.2 Kemahiran Asas Bola Baling

Hantaran

(a) Hantaran Bahu

(b) Hantaran Lantun

(c) Hantaran Aras Dada

(d) Hantaran Lompat

(e) Hantaran Sisi

Kawalan

(a) Menghadang pemain yang memiliki bola dengan cara satu lawan satu

(b) Mengawasi pemain-pemain yang lain untuk memintas hantaran.

(c) Mengganggu penjaring dengan melaksanakan sisitem pertahan yang sesuai.

(d) System zon atau system kumpulan.

Menjaring

(a) Jaringan bahu

(b) Jaringan Lompat

(c) Jaringan ‘Dive’

(d) Jaringan Rendah

33

3.3 Strategi Permainan

(a) Serangan : Sistem 3 --- 3 dan sistem 2 --- 4

(b) Pertahanan : sistem 6 --- 0, sistem 5 --- 1, sistem 4 --- 2 dan sistem 3 ---2 --- 1

34

Sistem Pertahanan

Sistem Serangan

TAJUK 4 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN

SINOPSIS

Tajuk dalam modul ini memberi pengetahuan berkenaan aspek pengurusan, pengelolaan dan pengendalian dalam sesuatu kejohanan atau pertandingan. Pelajar juga akan didedahkan dengan jenis-jenis sistem pertandingan yang digunapakaikan dalam kejohanan atau pertandingan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Pelajar dapat mengetahui jenis-jenis sistem pertandingan yang ada.2. Pelajar dapat menguasai kemahiran untuk menguruskan pertandingan mengikut

sistem pertandingan yang bersesuaian. 3. Pelajar dapat mengetahui urutan dalam menguruskan kejohanan seperti

pembentukan jawatankuasa dan peranan jawatankuasa.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

35

4.1 Sistem Pertandingan

4.1.0 Kalah Mati

Bidang sukan dan permainan

Digunakan apabila masa/tempoh pengelolaan yang terhad

Dua kaedah iaitu sistem bye dan tanpa bye

Tanpa bye digunakan apabila jumlah pasukan adalah asas lapan iaitu 8,

16, 24

Bye pula sebaliknya

Formula penentuan jumlah perlawanan = n – 1 ( n ialah jumlah peserta)

4.1.1 Liga

36

Biasa diaksanakan dalam bidang sukan dan permainan

Menentukan pasukan yang terbaik

Tempoh masa yang lama dalam menentukan pemenang

Sistem yang memerlukan banyak pertandingan

Jadual pertandingan yang perlu dilakukan dengan teliti. Untuk mengelakkan

pertembungan perlawanan

melibatkan pertembungan semua pasukan dalam kumpulan

Penyusunan pertandingan antara nombor genap dan ganjil adalah berbeza

Nombor genap lebih senang berbanding nombor ganjil

4.2 Tindakan Yang Perlu Dilakukan Untuk Pengelolaan Pertandingan Bola Baling

37

4.2.0 Fasa Sebelum Pertandingan

Taklimat dengan guru penasihat/jurulatih,ketua,peserta

Latihan asas(warming up)

Latar belakang(sejarah sakit peserta)

Alat pertolongan cemas

Langkah berjaga-jaga

Kebenaran rasmi,ibu bapa

Kod keselamatan

Alat selamat digunakan

Borang markah

Pegawai yang dilantik mencukupi.

4.2.1 Fasa Semasa Pertandingan

Taklimat

Pakaian bersesuaian

pemeriksaan alat,dalam keadaan baik,sesuai dan teknik penggunaan yang

betul

Jumlah peserta tepat

Pegawai dilantik mencukupi

Borang catatan mata / markah.

4.2.2 Fasa Selepas Pertandingan

Menyemak bil peserta

Memastikan peserta sihat dalam keadaan baik.

Mengemas kini borang markahdan menayangkan kepada peserta.

Alat yang digunakan cukup dan tidak rosak.

Laporan lengkap perlu dibuat:

Pengenalan(jenis pertandingan,tempat,masa)

Dif jemputan

Aturcara pertandingan

Jawatan kuasa pengelola.

Senarai hakim dan pegawai

Penyertaan

38

Keputusan

Laporan AJK

Cadangan penambahbaikan

4.3 Pembentukan Jawatankuasa

4.3.1 Pendahuluan

Di sekolah, terdapatnya pelbagai jenis pertandingan yang dianjurkan pada setiap

tahun dan ada di antaranya dimasukkan ke dalam takwim perancangan. Apabila

sesuatu pertandingan atau kejohanan yang ingin dianjurkan oleh pihak penganjur,

beberapa perkara utama perlu diberi perhatian oleh penganjur seperti menubuhkan

jawatankuasa dan menyiapkan kertas kerja terhadap penganjuran kejohanan atau

pertandingan yang akan diadakan.

Menurut Ab. Halim Abd Rahman (1994), penubuhan sesuatu jawatankuasa

untuk penganjuran adalah amat penting dan pihak penganjur perlu membentuk dua

jawatankuasa iaitu jawatankuasa kerja dan jawatankuasa kecil. Kedua-duanya

mempunyai bidang tugas yang berbeza-beza. Jawatankuasa kerja akan membuat

perancangan, pengagihan tugas, pengurusan urusetia, urusan kewangan dan

sebagainya. Ada dalam kalangan penganjur menamakan jawatankuasa kerja sebagai

jawatankuasa induk, jawatankuasa pengelola dan sebagai tapi fungsi utamanya adalah

menguruskan kerja seperti yang dinyatakan. Jawatankuasa kecil pula ditubuhkan

berfungsi untuk melaksanakan tugas mengikut peranan masing-masing. Jumlah dan

nama jawatankuasa kecil yang ditubuhkan adalah bergantung kepada jawatankuasa

kerja. Penubuhan jawatankuasa kecil ini bergantung kepada keperluannya agar dapat

menjayakan sesuatu pertandingan atau kejohanan yang diadakan.

Jawatankuasa kerja yang juga dikenali sebagai jawatankuasa induk mempunyai

ahli yang terdiri daripada Penaung, Penasihat, Pengerusi, Timbalan Pengerusi,

Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK)

mengikut keperluan yang bersesuaian. Kebiasaannya, jawatankuasa kerja inilah yang

akan mengetuai jawatankuasa kecil.

Jawatankuasa kecil pula ditubuhkan mengikut keperluan yang diputuskan dalam

jawatankuasa kerja. Portfolio yang menjadi kebiasaan dalam penubuhan jawatankuasa

kecil seperti persiapan tempat, upacara sambutan, pendaftaran, penginapan,

39

pertandingan dan teknikal, siaraya, hadiah dan sebagainya mengikut kesesuaian

penubuhannya.

Kesimpulannya perancangan sesuatu kejohanan harus dirancang dengan teliti dan

cermat agar tidak membazir. Banyak tenaga, kewangan dan idea harus di

curahkan untuk menjayakan sesuatu kejohanan atau pertandingan. Namun jika

kejohanan ini telah dilaksanakan sebelum ini kita boleh mengkaji sejarah

pengelolaan kejohanan sebelum ini untuk di jadikan panduan dan teladan. Oleh

itu laporan mesyuarat post mortem merupakan rujukan yang amat penting.

Laporan post mortem yang baik akan mendedahkan faktor kejayaan, kegagalan

dan cadangan untuk penambahbaikan.

4.3.2 Membentuk Jawatankuasa

Ahli jawatankuasa kerja dan kecil yang dilantik akan dibuat pengesahan oleh pihak

penganjur semasa mesyuarat pertama penubuhan jawatankuasa. Dalam merancang

sesuatu kejohanan atau pertandingan, dua bentuk jawatankuasa perlu dibentuk

sepertimana yang telah dinyatakan di atas. Dalam topik ini kita akan

membincangkan tugas dan tanggung jawab jawatankuasa kerja dan jawatankuasa

kecil secara khusus seperti di bawah:

4.3.3 Pembentukan Jawatankuasa Kerja/Induk

Penaung

Penasihat

(Kedua-dua jawatan ini dilantik mengikut kesesuaian dan keperluan. Biasanya lantikan

terus oleh penganjur dan terdiri daripada Pengarah atau wakilnya mengikut susunan

jawatan utama)

Pengerusi

Timbalan Pengerusi

Setiausaha

Penolong Setiausaha

Bendahari

Ahli Jawatankuasa Kerja (Bilangan mengikut keperluan)

4.3.4 Bidang Tugas dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Kerja

40

Adalah lebih baik sekiranya pihak jawatankuasa induk menyediakan senarai

tugas untuk menjadi rujukan kepada setiap ahli jawatankuasa. Senarai tugas ini perlu

di cetak dan diedarkan kepada semua jawatankuasa supaya pegawai yang terlibat

dapat memahami dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Contoh

bidang tugas tersebut disenaraikan di bawah:

Bagi jawatan Penaung dan Penasihat, kebiasaannya lantikan mereka adalah

dalam kalangan pegawai-pegawai yang tertinggi di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri

(JPN) dan juga Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Pengisiannya juga berdasarkan tahap

penganjuran sesuatu kejohanan atau pertandingan yang dijalankan. Jika penganjuran

tersebut merupakan penganjuran peringkat negeri maka Penaung mestilah Pengarah

JPN atau wakilnya dan Penasihat pula mestilah Pegawai PPD atau wakilnya mengikut

kesesuaian. Begiulah seterusnya jika kejohanan ini pada peringkat daerah atau zon.

4.3.4.0 Pengerusi

Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran, kewangan dan aktiviti.

Memastikan arahan daripada penasihat program dapat dijalankan. Memberi arahan

yang tepat dan jelas kepada jawatankuasa dalam melaksanakan tugas atau

aktiviti. Menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan atau usul ahli

kepada pihak yang berkenaan. Bertanggung jawab menentukan hala tuju kejohanan

atau pertandingan yang dianjurkan.

4.3.4.1 Timbalan Pengerusi

Membantu Pengerusi dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti. Memangku tugas

Pengerusi semasa ketiadaannya.

4.3.4.2 Setiausaha

Bertanggungjawab kepada Pengerusi dalam bidang pengurusan dan

pentadbiran. Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua fail-fail untuk

rujukan. Bertanggungjawab untuk hadir setiap mesyuarat dalam perlaksanaan

program. Menguruskan urusan surat menyurat kepada pihak yang berkenaan.

Memanggil ahli jawatankuasa untuk bermesyuarat. Menyedia dan mengedarkan

catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang berkenaan. Bersama

Pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat. Mewujudkan

rasa kekitaan dan kerja berkelompok di kalangan ahli jawatankuasa. Menyediakan

41

kertas kerja yang diperlukan oleh program. Menyusun dan menyediakan tempat dan

kemudahan mesyuarat.

4.3.4.4 Timbalan Setiausaha

Membantu setiausaha dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti. Memangku tugas

setiausaha semasa ketiadaannya.

4.3.4.5 Bendahari

Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan pentadbiran

kewangan. Menyedia dan menyimpan buku akaun untuk kejohanan. Menerima dan

menyimpan cek-cek dan wang tunai milik kejohanan. Menyimpan semua resit-resit,

baucar-baucar, buku rekod wang keluar masuk dan lain-lain yang berkaitan

dengan pengurusan kewangan. Menjaga dan menguruskan harta benda bagi

kejohanan dengan baik. Menyediakan laporan wang masuk dan keluar setiap kali

mesyuarat. Memberi pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah

kewangan bagi perlaksanaan kejohanan. Menandatangani cek-cek bersama

pengarah atau setiausaha atau kedua-duanya sekali.

4.3.4.6 Pengurus Kejohanan/Pertandingan

Menyelaras dan menguruskan semua aktiviti yang berkaitan dengan

perlaksanaan kejohanan. Mengadakan taklimat kepada pegawai atau pihak

pengurusan tentang aktiviti. Bertanggungjawab menyusun jadual acara kejohanan.

Menentukan peraturan am dan undang-undang kejohanan. Mempengerusikan

Jawatankuasa Teknik.

4.3.4.7.Urus Setia

Merupakan tempat rujukan jawatan kuasa kecil sekiranya terdapat kekeliruan.

Memastikan kejohanan olah raga untuk memantau perjalanan kejohanan. Urus setia

di pengerusi oleh setiausaha jawatankuasa induk. Setiap pengerusi ahli

jawatankuasa menjadi ahli urus setia.

4.3.4.8 Jawatankuasa Kewangan

Menerima anggaran perbelanjaan dari jawatankuasa kecil lain untuk dimajukan

kepada jawatankuasa pusat. Segala permohonan perbelanjaan perlu diluluskan

oleh jawatankuasa pusat terlebih dahulu. Membuat pesanan barangan dan

perkhidmatan mengikut keperluan. Menyediakan surat tawaran (lo) dan baucar

42

bagi urusan pentadbiran dan pengurusan kejohanan. Bertanggungjawab dengan

menyimpan bil-bil yang terlibat dan kunci kira-kira dalam kejohanan. Mengawal

dan menyelia segala perbelanjaan perjalanan kejohanan.

4.3.4.9 Jawatankuasa Teknikal Alatan

Membentuk satu jawatan kuasa kecil. Menyediakan alatan dan membantu

jawatankuasa pertandingan memeriksa alatan dan memastikan mengikut

spesifikasi. Menyediakan tempat pertandingan padang dan gelanggang. Menempah

tempat pertandingan. Menyediakan segala keperluan berkaitan teknikal bagi

melicinkan perlaksanaan program. Mengemas kini alatan dan mengawal pergerakan

alatan. Bertanggungjawab terhadap peralatan yang digunakan semasa sesuatu

aktiviti atau projek dilaksanakan. Menyedia dan menghantar anggaran

perbelanjaan kepada ahli jawatankuasa kewangan.

Membantu dan menyediakan senarai nama pembantu untuk:

a. Jawatankuasa Peralatan

b. Jawatankuasa Kemudahan

c. Jawatankuasa Pertandingan

4.3.4.10 Jawatankuasa Teknik Pertandingan

Membentuk satu jawatankuasa kecil. Memastikan keadaan padang dalam

bentuk yang sempurna lengkap dan sedia untuk digunakan. Memberi taklimat

kepada para pembantu pertandingan, peralatan dan kemudahan. Mengedar

serta mendapat borang penyertaan dari pasukan-pasukan yang bertanding.

Mengadakan undian bagi lorong atau acara yang bertanding. Meneliti syarat

penyertaan serta memberi pengesahan penyertaan bagi pasukan-pasukan yang

bertanding. Memastikan gelanggang yang di bina mengikut ukuran yang betul.

Memastikan alatan yang di gunakan mengikut spesifikasi. Menyimpan dan

merekodkan keputusan pertandingan.

4.3.4.11 Jawatankuasa Teknik Kepegawaian

Mendapat dan menyusun senarai pegawai, petugas, pembantu, ahli

jawatankuasa dan peserta. Mendapat pengesahan penyertaan para pengadil,

pegawai, referi yang berkenaan. Memastikan pegawai diberi kemudahan seperti

43

minuman dan makanan. Bertanggung jawab dengan jawatan kuasa lain dalam

merancang atau menetapkan masa bagi pertandingan.

4.3.4.12 Jawatankuasa Buku Program

Membentuk satu jawatankuasa kecil. Mereka bentuk kulit luar buku program.

Mendapatkan bahan dan perkara yang perlu di masukkan atau di muatkan dalam

buku program daripada ahli jawatankuasa kecil lain. Mencadangkan harga-harga

iklan serta bekerjasama dengan jawatankuasa promosi untuk mendapat iklan-

iklan untuk di muatkan di dalam buku program. Mendapatkan senarai nama ahli

jawatankuasa serta para pegawai daripada ahli jawatankuasa yang terlibat untuk

dimasukkan dalam buku program.

Mendapatkan atur cara majlis dari jawatankuasa atur cara yang terlibat

untuk dimasukkan dalam buku program. Mendapat jadual acara daripada

jawatankuasa teknikal yang terlibat yang terlibat untuk dimasukkan dalam buku

program. Mendapatkan kata-kata aluan VIP rujuk kepada jawatankuasa protokol

untuk dimuatkan dalam buku program. Menyusun buku program untuk dihantar

untuk dicetak dan memastikan buku siap dicetak tepat pada masanya. Menyediakan

dan mengedarkan buku program sebelum dan semasa kejohanan. Menyediakan

dan menghantar laporan kewangan kepada jawatankuasa kewangan.

4.3.4.13 Jawatankuasa Atur Cara

Bekerjasama dengan jawatankuasa protokol bagi menyediakan atur cara

pembukaan dengan menentukan:

i. Protokol

ii. Masa

iii. Tempat duduk

iv. Cara masuk para peserta perbarisan

v. Muzik atau perbarisan

vi. Persembahan

Bekerjasama dengan jawatankuasa teknikal dalam menyusun jadual

pertandingan atau atur cara majlis mengikut kesesuaian sepanjang sesuatu

aktiviti atau projek berlangsung. Bekerjasama dengan jawatankuasa teknikal dalam

menyediakan atur cara bagi penyampaian hadiah. Menguruskan keseluruhan

44

perlaksanaan atur cara kejohanan serta bekerjasama dengan jawatankuasa buku

program dan mengedarkan kepada semua yang hadir.

4.3.4.14 Jawatankuasa Protokol

Membentuk satu jawatan kuasa kecil. Memastikan para peserta telah bersedia

lebih awal ketika acara perasmian atau penutup. Menyenaraikan atau menentukan

tetamu jemputan atau VIP yang akan hadir. Menyediakan roset untuk jemputan

yang bersesuaian. Menyediakan dan menentukan jadual latihan bagi upacara

pembukaan dan upacara penutup. Menyediakan teks ucapan tetamu kehormat

untuk majlis perasmian atau penutup. Menyediakan naskhah bacaan ikrar

kejohanan. Melantik dan melatih pembaca ikrar kejohanan. Menyediakan teks

bacaan doa. Melantik dan melatih pembaca doa. Membantu jawatankuasa hadiah

dan cenderahati dalam menyediakan keperluan-keperluan berkaitan dengan

penyampaian hadiah seperti cara penyampaian dilakukan, muzik yang

bersesuaian dan lain-lain. Menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan

untuk upacara pembukaan atau penutup kejohanan seperti

i. Tiang bendera

ii. Bendera pasukan

iii. Papan tanda pasukan

Menjaga kawalan peserta ketika upacara perasmian dan penutup. Menyediakan

anggaran perbelanjaan untuk di hantar dan dipertimbangkan kepada

jawatankuasa kewangan.

4.3.4.15 Jawatankuasa Jemputan

Merangka surat atau kad jemputan ke kejohanan olahraga serta

menghantar untuk dicetak. Menulis dan menghantar kad jemputan kepada

tetamu kehormat dan jemputan khas. Menjemput dan mendapatkan senarai

tetamu kehormat dan jemputan khas yang sepatutnya hadir pada hari

penyampaian hadiah. Mengedarkan senarai nama jemputan khas kepada

jawatankuasa hadiah, buku program dan sambutan. Menyedia dan menghantar

anggaran perbelanjaan.

45

4.3.4.15 Jawatankuasa Sambutan

Menyelia susun atur kerusi bagi jemputan atau tetamu kehormat di dalam

astaka. Menyediakan prosedur menyambut tetamu khas dan jemputan.

Menyediakan acara sambutan kedatangan tetamu kehormat, jemputan khas dan

segala persiapan untuk keperluan sambutan. Menyambut para jemputan, hadirin

dan peserta serta mengarahkan mereka ke tempat duduk yang sepatutnya.

4.3.4.17 Jawatankuasa Perbarisan

Menyediakan peserta untuk perbarisan. Menyediakan dan memantau pasukan

seragam yang menyertai perbarisan di acara pembukaan kejohanan. Melantik

dan melatih pembawa bendera dan papan tanda bagi setiap pasukan yang

bertanding. Menentukan tempat untuk permulaan perarakan perbarisan.

Menentukan jumlah peserta perbarisan untuk setiap pasukan.

4.3.4.18 Jawatankuasa Pengacaraan

Bertanggungjawab mendapatkan Pengacara Majlis (MC) bagi setiap acara

pembukaan, penutup dan sepanjang kejohanan. Melatih dan menyediakan teks

pengacara majlis. Mendapatkan senarai pemenang dan penyampai hadiah dari

Jawatankuasa Hadiah untuk kemudahan pengacara majlis mengumumkan

pemenang. Membuat pengumuman yang berkaitan.

4.3.4.19 Jawatankuasa Promosi/Publisiti

Membentuk satu jawatan kuasa kecil. Merancang bentuk dan konsep hebahan

yang boleh menarik minat peserta. Menghebahkan serta mempromosikan butiran

berkaitan dengan kejohanan olahraga melalui:

i. poster-poster

ii. kain rentang

iii. Iklan-iklan

iv. Media cetak dan media elektronik

Mendapatkan penaja bagi keperluan promosi, pengiklanan dan hebahan

mengenai sesuatu kejohanan. Menyediakan maklumat mengenai kejohanan

secara ringkas untuk promosi, maklumat perlu terdiri daripada:

i. Jadual Pertandingan

ii. Atur cara kejohanan

46

iii. Peta tempat berlangsung

Menjemput wartawan untuk membuat liputan. Menyedia dan menghantar

anggaran perbelanjaan kepada Jawatankuasa Kewangan.

4.3.4.20 Jawatankuasa Hiasan Astaka

Merangka pelan tempat duduk di astaka untuk jemputan khas, pegawai peserta

dan jemputan. Menghubungi pihak berkenaan untuk peminjaman alatan yang

diperlukan seperti kerusi, bunga dan lain-lain. Menyusun dan menghiasi astaka.

Menyedia dan menghantar anggaran perbelanjaan kepada Jawatankuasa

Kewangan.

4.3.4.21 Jawatankuasa Khemah Peserta

Merangka pelan-pelan kedudukan khemah. Menempah atau menghubungi

pihak berkenaan untuk mendapat alatan seperti kerusi-kerusi dan peralatan yang

berkaitan. Menyusun dan memastikan keceriaan khemah. Menyedia dan

menghantar anggaran perbelanjaan kepada Jawatankuasa Kewangan.

4.3.4.22 Jawatankuasa Audio dan Visual

Memastikan peralatan audio dan visual berkeadaan baik dan sentiasa

boleh digunakan di sepanjang kejohanan. Menyediakan peralatan audio dan

visual sepanjang kejohanan terutama ketika perasmian dan penutup.

Menyediakan anggaran perbelanjaan kepada Jawatankuasa Kewangan.

4.3.4.23 Jawatankuasa Persiapan/Keceriaan

Membentuk satu jawatan kuasa kecil. Memastikan perjalanan program lancar.

Menghubungi pihak berkenaan untuk peminjaman alat yang di perlukan.

Bekerjasama dengan jawatankuasa kebersihan bagi memastikan tapak program

sentiasa bersih serta selesa. Membuat back-drop untuk pentas bersesuaian

dengan sesuatu projek atau aktiviti. Melantik para petugas untuk menjaga

keceriaan. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk di majukan kepada

Jawatankuasa Kewangan.

4.3.4.24 Jawatankuasa Kebersihan

Memastikan keadaan padang yang akan digunakan dalam keadaan bersih

sebelum, semasa dan sesudah kejohanan. Menghubungi pihak berkenaan untuk

peminjaman alat yang di perlukan. Menghubungi pihak berkenaan untuk

47

perkhidmatan memungut sampah. Melantik para petugas untuk menjaga kebersihan

padang sebelum, semasa dan selepas kejohanan.

48