kemahiran bola tampar

10
1. Pengenalan Pengenalan kepada Bola Tampar Bola tampar adalah suatu permainan yang dimainkan oleh 6 orang pemain dalam satu pasukan. Manakala sesuatu pasukan bisanya mempunyai maksimum 12 orang pemain. Per mainan bola tampar mer upa kan salah sat u per mainan yan g dipertand ingkan di dalam senarai suk an dalam sukan Oli mpik. Per mainan ini merupakan permainan dimana ia dua pasukan dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan. Setiap pasukan dibenarkan memukul bola tersebut ti ga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul. Bola tampar merupaka satu sukan yan g akt if ker an ban yak memerlukan serangan memukul bola dan melakukan lompatan. Sejarah Permainan Bola Tampar Asal usul bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak jelas, adalah dipercayai bahawa permainan yang hampir sama den gan bola tampar tela h dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Ame rik a Tengah dan Selatan serta di Asia Tenggara. Howard Keith (1942) di dalam bukunya Spor ts and Games telah melaporkan bahawa bola tamp ar di Amer ika telah diubahsuai daripada Fraust Ball yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. Begi tu juga dengan permai nan Mi nt on yang di bawa ke Amer ika ol eh Davi d McConnau gh ly Jr. pa da tahun 1895. Ke du a- du a je nis permainan tersebut mempunyai ci ri -ciri yang ha mpir sama de ngan bola tampar Morgan. Wa lau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar. Per mainan bola tampar mula dip erk ena lka n pad a tah un 189 5 di Gimnas ium Y.M.C. A., Spr ingfields, Massachusettes, Amerika Sya rikat oleh Prof.William J. Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang peng arah fizik al telah diper tang gungj awabk an untuk menc ipta suatu permainan

Upload: ebak

Post on 29-May-2018

310 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Bola Tampar

8/8/2019 Kemahiran Bola Tampar.

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-bola-tampar 1/10

1. Pengenalan

Pengenalan kepada Bola Tampar 

Bola tampar adalah suatu permainan yang dimainkan oleh 6 orang pemain

dalam satu pasukan. Manakala sesuatu pasukan bisanya mempunyai maksimum 12

orang pemain. Permainan bola tampar merupakan salah satu permainan yang

dipertandingkan di dalam senarai sukan dalam sukan Olimpik. Permainan ini

merupakan permainan dimana ia dua pasukan dipisahkan oleh satu jaring tinggi

menggunakan tangan atau bahagian badan lain untuk memukul atau menampar 

sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan. Setiap pasukan dibenarkan memukul

bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam

gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan

bola dengan betul.

Bola tampar merupaka satu sukan yang aktif keran banyak memerlukan

serangan memukul bola dan melakukan lompatan.

Sejarah Permainan Bola Tampar 

Asal usul bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun

asal usulnya tidak jelas, adalah dipercayai bahawa permainan yang hampir sama

dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika

Tengah dan Selatan serta di Asia Tenggara. Howard Keith (1942) di dalam bukunya

Sports and Games telah melaporkan bahawa bola tampar di Amerika telah

diubahsuai daripada Fraust Ball yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893.

Begitu juga dengan permainan Minton yang dibawa ke Amerika oleh David

McConnaughly Jr. pada tahun 1895. Kedua-dua jenis permainan tersebut

mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau

bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta

permainan bola tampar.

Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium

Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J.

Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorangpengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan

Page 2: Kemahiran Bola Tampar

8/8/2019 Kemahiran Bola Tampar.

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-bola-tampar 2/10

rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada

peringkat mula, bola keranjang dipukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara.

Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring

ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah

menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan

seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu

yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini

terus diminati dan diterima oleh Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola

tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H.

T. Halstead pada tahun 1896.

Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi negara

pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang

sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba

(1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum

ianya diperkenalkan ke Eropah.

Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan

permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan Poland

(1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah

berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang

dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan

antarabangsa dan komisi khas telah bermula. Pada tahun 1936, usaha diteruskan

semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua.

Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar 

ditubuhkan. Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928

dan diikuti oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali

dan Belgium masingmasing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun

1936,1945 dan 1946. Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball

(FIVB), iaitu sebuah badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli.

Presiden pertama badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang

 jawatan selama 37 tahun.

Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau 

Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti

Chi-Nan, Shanfhai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain

Page 3: Kemahiran Bola Tampar

8/8/2019 Kemahiran Bola Tampar.

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-bola-tampar 3/10

2. Kemahiran-kemahiran asas

a) Servis

Servis dilakukan untuk memulakan permainan. Servis dilakukan dari

bahagian belakang luar gelanggang. Terdapat dua jenis servis, iaitu servis

bawah tangan dan servis atas kepala. Servis adalah satu tindakan untuk

memulakan permainan dari kawasan servis.

Servis bawah tangan (underhand)

i. Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang seluas bahu.

ii. Bengkok sedikit lutut

iii. Badan menghadap ke hadapan, ke gelanggang lawan.

Page 4: Kemahiran Bola Tampar

8/8/2019 Kemahiran Bola Tampar.

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-bola-tampar 4/10

iv. Bola dilambungkan terus ke atas di hadapan tangan sekaligus tangan

akan memukul bola tersebut.

v. Semasa bola dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan

akan dipindahkan dan hayunkan tangan kehadapan.

vi. Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yang lurus.

vii. Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan.

Servis atas kepala (overhead)

i. Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu.

ii. Melambungkan bole lebih kurang 3 kaki di kepala dan dihadapan bahu

lengan yang membuat servis.

iii. Memindah berat badan dari belakang ke hadapan.

iv. Menghayun lengan yang membuat servis seperti aksi membaling bola

v. Memukul denga tapak yangan dan jari di sekeliling bola.

vi. Ikut lajak dnegan lengan servis ke pertengahan badan.

Page 5: Kemahiran Bola Tampar

8/8/2019 Kemahiran Bola Tampar.

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-bola-tampar 5/10

b) Menyangga

kemahiran menyangga penting agar anda dapat menguasai cara menghantar 

bola ke pihak lawan. Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran

menyangga atau 'dig'. Hantaran ini dilakukan pada aras bawah tangan yang

menggunakan dua belah tangan (a two-handed underhand pass) dan

merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola tampar.

Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat

dengan lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk

menggunakan hantaran atas kepala. Kemahiran dig juga digunakan sebagai

teknik menahan, terutamanya untuk menyelamatkan hantaran dan juga

mengawal semula bola. Teknik-teknik Menyangga:

Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.

Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.

Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan

ke hadapan.

Kaki dijarakkan denga sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut

dibengkokkan untuk menerima hantaran.

Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap

sasaran sebelum bermain bola.

Page 6: Kemahiran Bola Tampar

8/8/2019 Kemahiran Bola Tampar.

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-bola-tampar 6/10

Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.

Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.

Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.

Kendurkan bahagian atas tubuh.

Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut

dengan baik oleh ahli pasukan yang lain

c) Mengumpan

Mengumpan ialah kemahiran melambungkan bola ke udara bagi membolehkan

rakan sepasukan melakukan rejaman.

Fleksi kedua-dua belah lutut

Kedua-dua belah tangan di atas kepala

Kontak bola di hadapan dahi

Luruskan siku dan lutut serentak

Kedua-dua belah tangan arah ke sasaran.

Page 7: Kemahiran Bola Tampar

8/8/2019 Kemahiran Bola Tampar.

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-bola-tampar 7/10

d) Merejam

Merejam ialah kemahiran untuk mematikan bola ke dalam gelanggang pihak

lawan bagi mendapatkan mata. Pemain perlu memukul bola dengan tapak

tangan dengan kencang ke kawasan pihak lawan.

i. Rejam berdiri

ii. Rejam sambil berlari (running spike)

Page 8: Kemahiran Bola Tampar

8/8/2019 Kemahiran Bola Tampar.

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-bola-tampar 8/10

Cara-cara merejam.

Dalam posisi untuk melihat dengan apa yang berlaku

Bergerak ke arah bola sambil melihat kelajuan bola

Lengan mula digerakkan ke belakang dalam persediaan untuk

melakukan lompatan

Menghayunkan lengan-lengan ke bawah di sisi badan

Pergelangan tangan bengkok dengan serta merta ke depan denga

tapak tangan dan jari-jari melindungi bola

Mendepakan jari seluas-luas yang boleh untuk mengawal spike atau

menadahkan tangan untuk mendapatkan kuasa

Hayunan tangan mengikut lajak sehingga ke pertengahan badan

Mendarat di atas jari kaki

Lutut dibengkokkan sedikit untuk menyerap tekanan dan mendarat di

tempat yang sama semasa membuat lonjakan

e) Menghadang

Tindakan menghadang bola dilakukan untuk menentang spike oleh pihak

lawan. Hadangan (blocking) yang berkesan akan menyebabkan bola mati

dalam gelanggang pihak lawan.

Cara-cara menghadang

Page 9: Kemahiran Bola Tampar

8/8/2019 Kemahiran Bola Tampar.

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-bola-tampar 9/10

Badan dan tapak tangan menghadap jaring

Lompat dengan kedua-dua belah kaki

Luruskan kedua-dua tangan ke atas

Jarakkan jari-jari tangan

Mata pandang arah pergerakan bola

Fleksikan kedua-dua belah lutut semasa mendarat

Kelengkapan dan peralatan

i. Peralatan pemain terdiri daripada jersi, seluar yang sesuai dan kasut

sukan yang sesuai

Page 10: Kemahiran Bola Tampar

8/8/2019 Kemahiran Bola Tampar.

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-bola-tampar 10/10

ii. Jersi, seluar dan stokin mestilah seragam, bersih dan sama warna untuk

sebuah pasukan.

iii. Kasut mestilah ringan dan mudah lentur dengan tapak getah atau kulit

tanpa tumit.

iv. Jersi pemain mestilah bernombor dari 1-18 dan terletak pada bahagian

depan dan belakang.

v. Warna nombor mestila jelas dan mudah dibezakan daripada warna jersi

dan mempunyai ketinggian minimum 10cm di depan dan 1cm

dibelakang. Jalur yang membentukkan nombor-nombor tersebut

hendaklah sekurang-kurangnya 2cm.

vi. Bola

Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada satu lapisan

kulit yang mudah lentur dengan satu pundi getah atau bahan yang

serupa dalamnya.

Warna : seragam dan cerah

Ukur lilit : 65-67 cm

Berat : 260-280 gram

Tekanan di dalam : 0.30-0.325g/cm

vii. Jaring

Ukuran : 1 m lebar dan 9.5 m panjang

Dijalin dengan tali berwarna hitam supaya membentuk lubang-

lubang segi empat sama 10 cm.

Atas jaring terdapat kanvas berwarna putih 5 cm

Tinggi jaring : 2.43 m bagi dewasa lelaki dan 2.24 bagidewasa wanita

: 18 tahun, 2.35 m untuk lelaki dan 2.20

bagi wanita

: 15 tahun, 2.30 m lelaki dan 2.10 m wanita

viii. Tiang-tiang :bulat dan licin

: tinggi 2.55 m dan dipasang 0.5-1m

daripada garisan tepi gelanggang.