sejarah bola tampar

31
SEJARAH BOLA TAMPAR Bola tampar berkembang pesat sejak mula dimainkan serta dinikmati oleh masyarakat di seluruh dunia. Walaupun sukan bola tampar bermula secara sederhana di Amerika Syarikat, sukan ini member kesan yang sungguh mendalam serta tidak diduga di seluruh dunia. Permainan bola tampar pada hari ini dimainkan dengan cara yang amat berbeza daripada permainan asalnya yang telah diciptakan sejak lebuh satu kurun yang lalu. Permainan bola tampar dicipta oleh William G. Morgan, seorang pengarah pendidikan jasmani YMCA di Holyoke, Massachusetts pada tahun 1895. Morgan mengambil keputusan menggabungkan elemen daripada beberapa permainan lain, iaitu bola keranjang, besbol, tenis dan bola baling, dalam mewujudkan satu permainan baru. Pada mulanya Morgan yang mencipta permainan ini, dikenali pertama kali sebagai mintonette , bagi menawarkan aktiviti fizikal kepada dan ketenangan yang kurang menggunakan tenaga fizikal kepada ahli perniagaan. Morgan meminjam net yang digunakan dalam permainan tenis untuk permainan ciptaannya, tetapi dibentangkan pada ketinggian 6 kaki, 6 inci (kira-kira 2 meter), hanya lebih tinggi sedikit daripada purata ketinggian kepala seseorang. Pada 1896, dua pasukan yang setiap satunya mengandungi lima orang pemain telah mengambil bahagian buat pertama kalinya dalam permainan sebenar mintonette di Springfield, Massachusetts. Ketika permainan sedang berlangsung, kira-kira setahun kemudian, seorang pensyarah telah menyuarakan pendapatnya bahawa lelaki yang sedang bermain kelihatan seolah-olah menampar bola bolak- balik melintasi jaring, maka permainan ini lebih sesuai dipanggil sebagai bola tampar. Morgan menyukai pandangan itu lantas menukar nama permainan tersebut. Bola yang pertama kali digunakan merupakan tiub daripada bola keranjang, namun Morgan mendapati ia terlalu ringan dan lambat. Beliau cuba menggunakan bola keranjang tetapi terlalu besar dan berat. Memandangkan ibu pejabat syarikat Spalding terletak di Holyoke, dan syarikat itu menghasilkan peralatan sukan, Morgan meminta A.G Spalding menghasilkan bola untuk permainan

Upload: sylvia-wong

Post on 23-Dec-2015

882 views

Category:

Documents


26 download

DESCRIPTION

pj

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Bola Tampar

SEJARAH BOLA TAMPAR

Bola tampar berkembang pesat sejak mula dimainkan serta dinikmati

oleh masyarakat di seluruh dunia. Walaupun sukan bola tampar bermula

secara sederhana di Amerika Syarikat, sukan ini member kesan yang

sungguh mendalam serta tidak diduga di seluruh dunia.

Permainan bola tampar pada hari ini dimainkan dengan cara yang

amat berbeza daripada permainan asalnya yang telah diciptakan sejak lebuh

satu kurun yang lalu. Permainan bola tampar dicipta oleh William G. Morgan,

seorang pengarah pendidikan jasmani YMCA di Holyoke, Massachusetts

pada tahun 1895. Morgan mengambil keputusan menggabungkan elemen

daripada beberapa permainan lain, iaitu bola keranjang, besbol, tenis dan

bola baling, dalam mewujudkan satu permainan baru. Pada mulanya Morgan

yang mencipta permainan ini, dikenali pertama kali sebagai “mintonette”, bagi

menawarkan aktiviti fizikal kepada dan ketenangan yang kurang

menggunakan tenaga fizikal kepada ahli perniagaan. Morgan meminjam net

yang digunakan dalam permainan tenis untuk permainan ciptaannya, tetapi

dibentangkan pada ketinggian 6 kaki, 6 inci (kira-kira 2 meter), hanya lebih

tinggi sedikit daripada purata ketinggian kepala seseorang.

Pada 1896, dua pasukan yang setiap satunya mengandungi lima orang

pemain telah mengambil bahagian buat pertama kalinya dalam permainan

sebenar mintonette di Springfield, Massachusetts. Ketika permainan sedang

berlangsung, kira-kira setahun kemudian, seorang pensyarah telah

menyuarakan pendapatnya bahawa lelaki yang sedang bermain kelihatan

seolah-olah menampar bola bolak-balik melintasi jaring, maka permainan ini

lebih sesuai dipanggil sebagai bola tampar. Morgan menyukai pandangan itu

lantas menukar nama permainan tersebut.

Bola yang pertama kali digunakan merupakan tiub daripada bola

keranjang, namun Morgan mendapati ia terlalu ringan dan lambat. Beliau

cuba menggunakan bola keranjang tetapi terlalu besar dan berat.

Memandangkan ibu pejabat syarikat Spalding terletak di Holyoke, dan

syarikat itu menghasilkan peralatan sukan, Morgan meminta A.G Spalding

menghasilkan bola untuk permainan ciptaannya. Maka satu bola khas telah

dihasilkan untuk sukan ini pada tahun 1900.

Page 2: Sejarah Bola Tampar

Dalam meniti perkembangan bola tampar, kelemahan paling ketara

ialah dari segi popularitinya kerana peraturan kerap berubah-ubah. Jurulatih

menghadapi kesukaran mengajar permainan bola tampar kerana peraturan

permainan ini berubah setiap beberapa tahun. Kebanyakan perubahan

melibatkan bola yang digunakan serta saiz gelanggang. Bilangan pemain di

setiap gelanggang bergantung kepada keluasan ruang yang ada, dan pemain

tidak bertukar tempat secara bergilir.

Pada masa dahulu, peralatan dan peraturan permainan sangat mudah.

Peraturan permainan yang pertama telah disiarkan dalam sebuah artikel di

dalam “YMCA Athletic Handbook” pada 1897. Gelanggang pula berukuran 40

kaki dan 80 kaki (12 meter dan 24 meter) dengan net yang membahagikan

gelanggang dipasang pada ketinggian 6 kaki sehingga 6 ½ kaki (1.8 meter

hingga 2 meter). Setiap pasukan mempunyai empat pemain dan setiap

permainan mempunyai empat inning. Penservis menggunakan bet untuk

melakukan servis bola melintasi jaring. Jika servis gagal melintasi jaring, ia

dianggap servis salah dan penservis keluar (tamat). Sekiranya penservis

tersebut merupakan pemain terakhir dalam pasukannya yang melakukan

servis, pasukannya keluar (tamat). Servis, serta hantaran balas, perlu dipukul

sangga (voli), dan bukan dimainkan dua kali berturut-turut oleh pemain yang

sama. Hanya penservis boleh mendapatkan mata untuk pasukannya.

Permainan ini kemudiannya diubahsuai bagi membolehkan bilangan

pemain dalam sesuatu pasukan tidak terhad kepada sesuatu jumlah.

Permainan merangkumi pergerakan bola yang tidak berhenti melintasi jaring,

iaitu satu kombinasi permainan tenis dan bola baling. Permainan diteruskan

dengan hantaran bola bolak-balik sehinggalah satu pasukan gagal membalas

hantaran bola atau bola itu mencecah lantai. Ini dikira sebagai satu skor bagi

satu pasukan, atau satu “penservis keluar” (kini, istilah yang digunakan ialah

“sebelah keluar”) untuk pasukan lawan.

Pada 1896, sukan ini juga diperkenalkan di Dayton. Ohio, dan

kebanyakan peraturan diubah. Ketinggian jaring diselaraskan kepada 7 kaki 6

inci (2.3 meter); kelecek dihapuskan dan setiap permainan dimainkan

sehingga ke mata 21. Bola tampar terus popular dengan cepat di seluruh

dunia. Permainan ini diperkenalkan ke negara Filipina dan China pada tahun

1910, ke Jepun pada 1913, ke Siberia dan tentera Poland pada 1915, ke

Page 3: Sejarah Bola Tampar

Uruguay pada 1916, ke Brazil pada 1919, dan Syria pada 1922. Di Filipina,

lebih kurang pada 1916, satu stail pertahanan menghantar bola dengan

lambungan melengkung tinggi untuk dipukul oleh pemain lain, iaitu umpan

dan rejam, diperkenalkan. Pemain di negara itu juga memperkenalkan

hantaran “bomba”, atau “kill” dan menggelar orang yang membuat hantaran

bola itu sebagai “bomberino”.

Pada 1919, Pasukan Tentera Ekspedisi Amerika (American

Expeditionary Forces) telah mengagihkan hampir 16 000 bola tampar kepada

tentera negara itu serta sekutunya. Pengarah YMCA telah dihantar ke Eropah

pada penghujung Perang Dunia Pertama iaitu lebih kurang pada 1919 untuk

membantu dalam pemulihan tentera bersekutu, telah memperkenalkan

permainan bola tampar di kebanyakan negara Eropah. Ini merupakan

rangsangan utama pengembangan sukan ini di peringkat antarabangsa. Pada

1920, peraturan tiga sentuhan setiap sebelah dan serangan barisan belakang

dilaksanakan.

Pada 1920-an dan 1930-an, banyak university di Amerika Syarikat

mula mengadakan kelas bola tampar serta menubuhkan pasukan dalaman

kolej. Pada 1949, Florida State University menjadikan bola tampar sebagai

sukan universiti bagi kaum lelaki, dan merupakan yang pertama menawarkan

biasiswa bola tampar dan jurulatih sepenuh masa di negara itu.

Pada 1952, NCAA bersetuju untuk membiayai permainan bola tampar

dan menganjurkan kejohanan kebangsaan. Persatuan Kebangsaan Olahraga

Antara Kolej (National Association of Intercollegiate Athletics) atau ringkasnya

NAIA, menjadi tuan rumah kejohanan bola tampar buat pertama kalinya pada

1967. Pada 1974, Persatuan Kebangsaan Persatuan Sekolah Tinggi

(National Federation of High School Association/ NFHS) telah

mempromosikan kejohanan negeri pada peringkat kebangsaan.

YMCA mempunyai pengaruh kuat dalam bola tampar dalam tempoh 20

tahun pertama perkembangan sukan ini. Pada 1920, kejohanan kebangsaan

pertama YMCA diadakan di Brooklyn, New York, dan 27 pasukan dari 11

negeri mengambil bahagian. Pada 1925, Persatuan Olahraga Amatur (AAU)

mula menguasai permainan ini, dan pada 1928, Persatuan Bola Tampar

Amerika Syarikat (USVBA) ditubuhkan bagi mentadbir dan mengurus

permainan ini di peringkat kebangsaan dan antarabangsa kerana

Page 4: Sejarah Bola Tampar

pertandingan dan peraturan perlu diadakan. Kejohanan Terbuka Amerika

Syarikat yang pertama telah diadakan dan penyertaan juga dibuka kepada

pasukan bukan YMCA.

Pada 1930-an, program sukan rekreasi merupakan sebahagian

daripada aktiviti penting kehidupan harian rakyat Amerika. Ketika itu bola

tampar pantai dua sepasukan dimainkan. Pada 1934, pengadil bola tampar

kebangsaan diiktiraf sebagai antara yang diperlukan dalam permainan ini.

Pada 1937, sewaktu konvensyen AAU di Boston, tindakan diambil bagi

mengiktifar USVBA sebagai badan induk kebangsaan bagi bola tampar di

Amerika Syarikat. Pada 1946, satu kajian rekreasi di Amerika Syarikan

mendapati bola tampar berada pada kedudukan kelima dalam kalangan

sukan berpasukan yang sedang dipromosi dan dianjurkan.

USVBA merupakan ahli cawangan Federation Internationale de

Volleyball (FIVB) yang ditubuhkan pada 1947 di Paris, Perancis. Pada 1948,

kejohanan bola tampar tepi pantai dua sepasukan diadakan buat pertama

kalinya. USVBA membiayai Kejohanan Terbuka Wanita Kebangsaan yang

julung kali diadakan pada 1949, Kejohanan Tentera Kebangsaan dari tahun

1952 ke tahun 1964, dan Kejohanan Kolej Kebangsaan pada tahun 1949.

Pada tahun 1949 juga, USVBA menambahkan kategori (division) kolej bagi

pasukan kolej yang bertanding.

Bagaimanapun, dalam tempoh 10 tahun yang pertama, pertandingan

kolej amat kurang. Pelajar dan guru yang berminat membentuk pasukan

masing-masing. Banyak pasukan dibubarkan apabila pemain yang berminat

menamatkan pengajian. Pasukan berdaya saing terdapat di merata tempat,

dan tiada badan pentadbiran khusus untuk memberi kepimpinan dalam sukan

bola tampar pada peringkat ini. Menjelang 1951, bola tampar dimainkan oleh

lebih 50 juta orang setiap tahun di lebih 60 negara di seluruh dunia.

USVBA membiayai pasukan Amerika Syarikat yang pertama di

Kejohanan Dunia yang julung kali diadakan pada 1949, di Sukan Seluruh

Amerika (Pan Amerika Games) pertama pada 1955, dan di Sukan Olimpik

pada 1964. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menyenaraikan bola

tampar sebagai Sukan Olimpik pada 1957 dan mengambil keputusan untuk

memasukkan sukan ini ke dalam pertandingan Olimpik pada 1964.

Page 5: Sejarah Bola Tampar

Pada 1959, Persatuan Sukan Universiti Antarabangsa (FISU),

menganjurkan Sukan Universiti buat pertama kalinya di Turin, Itali. Bola

tampar merupakan antara lapan acara yang dipertandingkan. Pada tahun

1960, beberapa institusi di Midwestern menubuhkan Persatuan Bola Tampar

Antara Kolej Midwest (MIVA), dan pada 1964 Persatuan Bola Tampar Antara

Kolej di Southern California ditubuhkan. Pada tahun 1960, teknik baru

diserapkan dalam permainan, termasuk rejam lembut (dink), hantaran bawah

lengan (bump), blok di jaring, dan terpa (dive) dan pusing (roll) untuk

bertahan. Bola yang digunakan dalam Sukan Olimpik 1964 diperbuat

daripada serpihan getah yang mempunyai panel kulit. Bola yang hampir

serupa digunakan pada hari ini.

Pada 1965 Persatuan Bola Tampar Pantai California ditubuhkan, dan

pada 1968, NAIA menjadikan bola tampar sebagai salah satu sukan yang

kompetitif. Pada lewat 1960-an NCAA menyarankan agar bola tampar

dijadikan sebagai tambahan kepada program sukan yang ditawarkan.

Pertandingan bola tampar disiarkan secara langsung di televisyen buat

pertama kalinya pada Kejohanan Sedunia 1974 di Mexico.

Walaubagaimanapun, siaran langsung itu hanya boleh ditonton di Jepun.

Pada tahun 1975, USVBA mewujudkan program latihan sepenuh masa

untuk pasukan wanita kebangsaan di Pasadena, Texas, dan pada 1977

pasukan lelaki Amerika Syarikat menubuhkan pusat latihan sepenuh masa di

Dayton, Ohio. Dengan pelaksanaan Title IX, Persatuan Antara Kolej Wanita

(AIAW) mengembangkan peluang bersukan bagi kaum wanita di sekolah

tinggi dan kolej. Biasiswa kolej dan jurulatih sepenuh masa untuk pasukan

wanita ditawarkan buat pertama kalinya pada 1975. Pada 1981, NCAA

mengiktiraf perkembangan bola tampar dalam kalangan kanak-kanak

perempuan dan wanita dan buat pertama kalinya menganjurkan kejohanan

kebangsaan untuk wanita. AIAW diserapkan ke dalam NCAA kerana NCAA

menjadi badan induk bola tampar kolej lelaki dan wanita. Dalam tahun 1983

Persatuan Bola Tampar Profesional (AVP/ Association of Volleyball

Professional) ditubuhkan.

Selepas Amerika Syarikat memulaukan Sukan Olimpik Musim Panas

pada 1980 di Moscow, pasukan bola tampar Olimpik lelaki Amerika Syarikat

memenangi pingat emas Olimpik pertama dalam sejarah bola tampar Amerika

Page 6: Sejarah Bola Tampar

Syarikat pada 1984: pada sukan yang sama, pasukan wanita negara itu

memenangi pingat perak. Mulai 1985 sehingga 1988, pasukan bola tampar

lelaki Amerika Syarikat telah memenangi Tiga Kejuaraan FIVB (FIVB Triple

Crown), iaitu Piala Dunia 1985, Kejohanan Dunia 1986, dan pingat emas

Olimpik 1988.

Pada tahun 1986, Persatuan Bola Tampar Profesional Wanita (WPVA)

telah ditubuhkan, dan pada 1987, FIVB mengadakan Siri Kejohanan Dunia

Bola Tampar Pantai (Beach Volleyball World Championship). Dalam tahun

1990 Liga Dunia diadakan, yang disertai pasukan dari seluruh dunia bagi

memenangi hadiah wang tunai yang banyak. Pada 1992, Pertandingan Bola

Tampar Pantai Empat Sepasukan dimulakan di Amerika Syarikat. Pada tahun

yang sama kedua-dua pasukan bola tampar Olimpik lelaki dan wanita

Amerika Syarikat memenangi pingat gangsa.

Bola tampar merayakan ulang tahunnya yang ke-100 pada 1995. Pada

1996, bola tampar pantai dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik secara rasmi,

dan pasukan lelaki Amerika Syarikat memenangi pingat emas dan perak.

Dalam pertandingan bola tampar pantai tahun 2000, satu pasukan lelaki

Amerika Syarikat memenangi pingat emas lagi, dan pada 2004, pasukan

wanita Amerika Syarikat pula memenangi pentandingan pantai buat pertama

kalinya, dengan memenangi pingat emas dan gangsa.

Di Amerika Syarikat, terdapat kejohanan bola tampar yang dianjurkan

oleh NCAA untuk pasukan lelaki dan wanita. Di peringkat antarabangsa pula,

terdapat pelbagai pertandingan dan kejohanan berdasarkan penganjuran

Sukan Olimpik yang diadakan setiap empat tahun sekali. Sukan bola tampar

telah meningkat dan berkembang ke seluruh dunia. Walaupun berasal dari

Amerika Syarikat namun bola tampar disambut baik d seluruh dunia. Antara

sukan popular yang disertai, ranking bola tampar berada hanya di belakang

bola sepak. Kini, lebih 46 juta rakyat Amerika bermain bola tampar. Di seluruh

dunia pula, 800 juta pemain mengambil bahagian dalam bola tampar

sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Page 7: Sejarah Bola Tampar

SEJARAH PERKEMBANGAN BOLA TAMPAR DI MALAYSIA

Di Malaysia, permainan bola tampar telah diperkenalkan oleh pasukan

pelawat iaitu pasukan pemain dari Hong Kong dan Negara China pada tahun

1930-an. Pada ketika itu, banyak perlawanan persahabatan dan pertunjukan

bola tampar telah diadakan di Bandar-bandar utama seperti Pulau Pinang,

Kuala Lumpur dan Singapura atas usaha persatuan dan kelab kebajikan di

Tionghua yang wujud pada masa tersebut.

Permainan bola tampar di Malaysia adalah dikawal dan di bawah

pengelolaan Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA - Malaysian

Amateur Volleyball Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959. Pada

tahun 1990-an, pelbagai program perkembangan bola tampar dan kejohanan

kebangsaan bola tampar yang berjaya telah diperkenalkan dan dilaksanakan

di Malaysia.

Permainan bola tampar mini (bawah 12 tahun) telah diperkenalkan dan

diperkembangkan permainannya. Permainan bola tampar adalah merupakan

salah satu acara sukan yang dipertandingkan oleh pasukan sekolah di bawah

kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Permainan Bola

Tampai Pantai Kebangsaan pula telah diperkenalkan pada 1992 di Malaysia.

Pada tahun 1993 pula, Liga Semi-pro pula diperkenalkan di Malaysia.

Permainan bola tampar ini merupakan permainan yang agak unik

sedikit jika dibandingkan dengan permainan bola yang lain seperti bola

keranjang, bola jaring dan bola baling. Ciri unik permainan ini dapat dilihat

dari segi cara bola itu dimainkan oleh para pemainnya. Kemahiran

menghantar bola yang ditunjukkan oleh pemain-pemain dalam permainan

bola tampar ini adalah luar biasa dan bukan cara kebiasaan yang biasa

kelihatan dalam aktiviti permainan lain yang menggunakan bola. Tambahan

pula, permulaan permainan bola tampar ini dilakukan di luar gelanggang

berbeza dengan permainan lain.

Page 8: Sejarah Bola Tampar

KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR

Pengenalan

Bola Tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895. Orang pertama yang

mempelopori permainan ini ialah William G. Morgan iaitu seorang Pengarah

Sukan YMCA di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. Peraturan rasmi

yang pertama hanya diperkenalkan pada tahun 1916.

Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong

Kong dan negeri China pada tahun 1930-an. Permainan ini dikawal oleh

Kesatuan Bola Tampar amatur Malaysia (MAVA-Malaysian Amatuer

Volleyball Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959.

Permainan ini dimainkan oleh sepasukan 6 orang di dalam gelanggang yang

berukuran 18mX19m dan jaring setinggi 2.5m. Pertandingan bola tampar di

kawal oleh 2 orang referi. Pergerakan servis mesti dilakukan dalam masa 5

saat dari bunyi wisel referi. Permainan boleh kontek bola dengan

menggunakan mana-mana bahagian badannya.

Kemahiran Asas Bola Tampar

i) Menyangga

ii) Servis

iii) Merejam

iv) Menghadang

v) Mengumpan

Page 9: Sejarah Bola Tampar

i) Menyangga

Sebelum anda mahir dalam permainan bola tampar anda perlu menguasai

kemahiran asas ini. Kemahiran menyangga penting agar anda dapat

menguasai cara menghantar bola ke pihak lawan. Hantaran bawah tangan

juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau 'dig'. Hantaran ini dilakukan

pada aras bawah tangan yang menggunakan dua belah tangan (a two-

handed underhand pass) dan merupakan jenis hantaran yang lazim

digunakan dalam permainan bola tampar. Kemahiran menyangga juga

digunakan apabila bola berada terlalu dekat dengan lantai dan pemain tidak

sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas

kepala.

Kemahiran Menyangga juga digunakan sebagai teknik menahan,

terutamanya untuk menyelamatkan hantaran dan juga mengawal semula

bola. Contohnya, apabila pihak lawan merejam bola atau bola dimainkan ke

satu posisi yang tidak membolehkan penerima menggunakan hantaran atas

kepala maka penerima hantaran akan menggunakan dig untuk

menyelamatkan pukulan tersebut.

Teknik-teknik Menyangga:

Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.

Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.

Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan

diluruskan ke hadapan.

Kaki dijarakkan denga sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut

dibengkokkan untuk menerima hantaran.

Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap

sasaran sebelum bermain bola.

Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.

Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.

Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.

Kendurkan bahagian atas tubuh.

Page 10: Sejarah Bola Tampar

Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut

dengan baik oleh ahli pasukan yang lain.

ii) Servis

Servis adalah suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan

dengan bola dihantar dari kawasan servis oleh seorang pemain yang

memegang giliran untuk melakukan untuk melakukan servis. Servis

merupakan salah satu kemahiran yang terpenting yang perlu dikuasai oleh

semua pemain. Kepentingan servis antaranya ialah:

(a) Mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti

berada dalam kedudukan membuat servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu

pasukan yang memiliki pemain handal membuat servis berpeluang untuk

mendapatkan skor dan mengekalkan servis.

(b) Semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran

tertentu, pemain tersebut boleh menentukan di mana kedudukan bola yang

hendak dihantar olehnya. Satu servis yang kuat dan pantas boleh

membuatkan pemain yang lemah daripada pasukan lawan yang menerima

hantaran bola tersebut membuat kesilapan seperti terlepas bola, membuat

faul atau membuat hantaran lemah (poor pass).

Antara merupakan tiga jenis servis, iaitu servis bawah tangan

(underhand), servis atas kepala (overhead) dan servis gelombang (floata).

Servis bawah tangan (underhand)

Servis yang senang dilakukan dan adalah tepat, konsisten dan memerlukan

hanya sedikit keupayaan fizikal.

Cara-cara melakukan servis ini :

Page 11: Sejarah Bola Tampar

1) Posisi bermula

Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang luas bahu. Kaki

kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan tangan kanan

(right handed server). Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan

ditujukan. Bengkokkan sedikit lutut. Badan menghadap ke hadapan. Letak

bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan dan sebelah kanan

badan. Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan

belakang.

2) Lambungan

Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit. Pada masa yang

sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan tangan sekaligus tangan

akan memukul bola tersebut (striking hand).

April 5,

3) Aksi tangan / kontak

Semasa bola dilambungkan tangan yang menbuat servis ditarik ke

belakang mengikut pergerakan buah bandul jam. Apabila bola yang

dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan akan dipindahkan dan

hayunan tangan ke hadapan dimulakan. Kontak bola dimulakan tangan

memukul (sama ada dengan bahagian bawah tangan, tapak tangan atau

buku lima). Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yang

lurus. Seterusnya, ikut lajak dengan lengan servis dihadkan. Pergerakan

tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola dan memastikan mata

sentiasa mengikut laluan bola.

Page 12: Sejarah Bola Tampar

Servis atas kepala (overhead)April 5,

Servis ini adalah senang untuk dikuasai dan ia lebih kuat (harder) serta berat

(heavier) berbanding dengan servis bawah tangan.

Cara-cara membuat servis atas kepala :

1) Posisi bermula

Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu.

Kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan tangan kanan.

Pegang bola dalam tangan lambungan(tossing hand) lebih kurang satu

kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan

kanan.

Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand).

2) Lambungan / pemindahan beratan

Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di

hadapan bahu lengan yang membuat servis.

Memindah berat badan dari belakang ke hadapan.

3) Aksi tangan kontak

Menghayun lengan yang menbuat servis seperti seperti aksi

membaling bola.

Memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola.

Page 13: Sejarah Bola Tampar

Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan

putar depan.

Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan.

Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.

Servis gelombang (floata)

Servis ini dilakukan selepas memukul bola di tengahnya dengan tapak tangan

yang terbuka, tangan berhenti dengan serta-merta tanpa diteruskan lagi. Ini

menyebabkan bola terapung atau meluncur tanpa diteruskan lagi dan juga

menyebabkan bola terapung atau meluncur tanpa putaran langsung.

Gelombang ini bergerak dengan laju melintasi jaring dan tiba-tiba pecah atau

mati (breaks or dies) jadi penerima mungkin terganggu sementara

imbangannya.

Cara-cara menbuat servis gelombang :

April 5,

1) Posisi bermula

Berdiri menghadap jaring, kaki berjarak seluas bahu.

Kaki kiri di hadapan untuk peservis yang menggunakan tangan kanan.

Kaki depan harus menuju dengan tepat ke tempat di mana bola yang

diarahkan.

Lutut dibengkokkan sedikit.

Berdiri di antara 2 hingga 10 kaki jauh daripada garisan belakang.

2) Lambungan dan pemindahan berat badan

Berat badan tertumpu di kaki belakang semasa dalam posisi bersedia.

Lengan lambungan dengan bola diletakkan di tapak tangan harus

direntang ke hadapan.

Meletak tangan servis di atas bola menghadap ke bawah (untuk

menolong kawalan bola).

Bengkokkan lutut sedikit ke belakang, pada masa yang sama naikkan

lengan lambungan.

Tangan servis masih berkontak dengan bola selama yang boleh.

Lambungan diteruskan dengan lengan tangan bergerak ke atas secara

Page 14: Sejarah Bola Tampar

berlanjutan dan lutut diluruskan.

Tidak ada pergerakan di pergelangan tangan yang membuat

lambungan.

Melambungkan bola terus ke atas, di hadapan bahu tangan servis

tidak lebih daripada 18 inci tingginya.

Berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki depan apabila

lambungan telah mencapai kemuncaknya.

3) Aksi tangan dan kontak

Menghayun lengan memukul dengan mengunakan aksi membaling

seperti dalam perrmainan besbol.

Memulakan hayunan lengan ke hadapan apabila berat badan

dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan.

Memukul bola dengan bahagian bawah tapak tangan (heel of the

hand).

Memastikan pergelangan tangan adalah tegar.

Kontak bola dengan meletakkan tangan di tengah atau sedikit di

bawah bahagian tengah bola dengan lengan yang cukup lurus.

Mata memandang bola semasa servis dilakukan.

.

iii) Merejam

Kemahiran ini digunakan untuk mendapat skor. Merejam adalah bola yang

dihantar dengan menbuat smesy ke bawah dalam gelanggang lawan.

Perejam berdiri dekat dengan jaring, menghadap arah daripada mana bola

akan datang. Semasa bola mula menurun, perejam melompat tinggi ke udara

dan menghayunkan tangan kanan atau kiri ke atas untuk memukul bola ke

bawah ke dalam gelanggang pihak lawan.

Rejam berdiri

Page 15: Sejarah Bola Tampar

Tidak ada run-up

Melonjak dengan kedua-dua kaki bertolak dari setempat.

Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan ke

belakang dan ke atas.

Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di belakang bahu

untuk merejam bola.

Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak tangan

terbuka atau menadahkan tangan.

Pukulan boleh dibuat dengan buku lima tangan, tapak tangan terbuka

atau menadahkan tangan.

Pergerakan pergelangan tangan penting untuk menbawa bola turun.

Rejam sambil berlari (running spike)

Page 16: Sejarah Bola Tampar

Perejam berdiri dua hingga tiga meter dari jaring.

Berlari (run up) tiga langkah.

Langkah pertama adalah bermasa (a timing pace).

Langkah kedua akan menbawa perejam di bawah bola dan kedua-dua

belah kaki akan hampir bersama.

Memukul bola dengan buku lima, tapak tangan terbuka atau

menadah tangan.

Cara-cara merejam :

1) Posisi bersedia

Berat badan diagihkan dengan seimbang.

Dalam posisi untuk melihat dengan apa yang berlaku.

Bengkokkan lutut.

Bahagian tubuh badan mengendur.

Bahu ke hadapan.

Jarak dari jaring di antara dua hingga tiga meter.

2) Pergerakkan

Bergerak ke arah bola.

Melangkah dengan kaki kiri untuk pemain yang menggunakan tangan

kanan.

Bergerak sambil melihat kelajuan bola.

Page 17: Sejarah Bola Tampar

Lengan-lengan mula digerakkan ke belakang.

Turunkan badan secara beransur-ansur dalam persediaan untuk

melakukan lompatan.

Lengan-lengan ke belakang dan ke hadapan dengan seberapa yang

boleh.

Melangkah dengan kaki kanan yang mengambil kebanyakan berat

badan.

Menghayunkan lengan-lengan ke bawah di sisi badan.

3) Kontak

Kontak mestilah dilakukan diatas bahagian bola.

Kontak bola dengan hujung tangan.

Pergelangan tangan bengkok dengan serta-merta ke depan dengan

tapak tangan dan jari-jari melindungi bola.

Mendepakan jari seluas-luas yang boleh untuk mengawal spike atau

menadah tangan untuk mendapatkan kuasa.

Hayunan lengan megikut lajak sehingga ke pertengahan badan.

4) Daratan.

Mendarat di atas jari

Lutut dibengkok sedikit untuk menyerap tekanan.

Mendarat di tempat yang sama semasa tempat menbuat lonjakan.

iv) Menghadang

Lazimnya tindakan mengadang diamalkan untuk menentang smesy oleh

pihak lawan. Hadangan (blocking) yang berkesan akan menyebabkan bola

mati dalam gelanggang pihak yang smesy. Menyentuh jaring semasa

hadangan adalah satu kesalahan.

Page 18: Sejarah Bola Tampar

Cara-cara Menghadang :

(a) Melonjak kedua-dua belah kaki, tangan dihulurkan lurus ke atas.

(b) Bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah pihak lawan.

v) Mengumpan

Mengumpan atau membuat umpanan (setting) adalah pergerakan di mana

pemain 'setter' akan menghantar bola mengikut ketinggian dan arah tertentu

kepada rakannya bagi membolehkannya pasukan membuat rejaman untuk

memperolehi mata. Tanpa umpanan yang baik dan tepat daripada setter, ia

akan menyulitkan perejam. Pengumpan dan perejam mestilah memiliki tahap

persefahaman yang tinggi. Pengumpan seharusnya tahu akan arah dan corak

lambungan bola yang dikehendaki perejam sebelum dia membuat rejaman.

Dua perkara asas dalam kemahiran membuat umpanan ialah pergerakan

badan dan kaki yang harus selesa dan seimbang. Tangan diletakkan di

hadapan muka dengan ibu jari serta jari jari lain mengucup

Page 19: Sejarah Bola Tampar

PEMAIN LIBERO

Pemain Libero merupakan permain yang boleh menggantikan mana-mana

pemain barisan belakang dan digantikan dengan pemain asal apabila

bergerak ke kedudukan hadapan. Setiap pasukan boleh mendaftarkan satu

atau dua orang pemain Libero yang memakai jersiyang berlainan warna

daripada jersi pasukan. Selain itu, pemain Libero tidak boleh membuat servis,

menghadang, menyerang dengan bola di atas paras jaring atau mengumpan

atas kepala semasa berada di zon depan untuk serangan.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA TAMPAR

Kawasan Permainan (Rajah 3)

Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas.

Gelanggang permainan adalah satu segi empat yang berukuran 16m x 8m

dikelilingi oleh satu zon bebas yang berukuran minimum 3m lebarnya dari

tepi gelanggang permainan dan 7m tinggi dari permukaan permainan.

Garisan Gelanggang Permainan

Gelanggang permainan ditandakan oleh garisan yang lebarnya 5sm. Garisan

ini ditandakan oleh dua garisan tepi dan dua garisan hujung. Kesemua

garisan ini termasuk dalam ukuran gelanggang permainan. Dua garisan yang

lain ialah garisan tengah dan garisan serangan. Garisan tengah berukuran

8m panjangnya dan terletak tepat di bawah jaring manakala garisan serangan

dilukis 2.7m dari paksi garisan tengah menandakan zon depan.

Page 20: Sejarah Bola Tampar

Zon-Zon dan Kawasan

Zon Depan

Zon ini dihadkan oleh paksi garisan tengah dan belakang garisan serangan.

Zon depan dianggap sebagai pemanjangan menjangkaui garisan tepi hingga

zon bebas.

Zon Belakang

Zon belakang pula dihadkan dari belakang garisan serangan (tidak termasuk

garisan serangan) hingga ke belakang garisan hujung.

Zon Servis

Zon servis ialah kawasan yang lebarnya 8m di belakang garisan hujung. Zon

servis dihadkan oleh 2 garisan pendek setiap satu 15sm panjang dan dilukis

20sm ke belakang garisan hujung sebagai pemanjangan garisan tepi.

Zon Penggantian

Zon ini dihadkan antara garisan serangan dengan meja pencatat skor.

Kawasan Memanaskan Badan

Berukuran 3m x 3m terletak pada kedua-dua penjuru bersebelahan bangku

di luar zon bebas.

Kawasan Penalti

Berukuran 1m x 1m dengan sebuah kerusi terletak di kawasan kawalan di

luar garisan hujung.

Petikan Undang-Undang Yang Berkaitan

Objektif permainan ini bertujuan untuk menghantar bola melepasi jaring

serta mematikan bola di gelanggang pihak lawan dan menghalang usaha

yang sama oleh pihak lawan. Setiap pasukan mempunyai tiga pukulan untuk

menghantar balik bola itu (tidak termasuk sentuhan menghadang).

a. Pengiraan mata

Setiap pasukan mendapat mata setiap kali ia berjaya mematikan bola atau

pihak lawan melakukan kesilapan. Jika pasukan yang menerima servis

memenangi satu rali, pasukan mendapat servis dan juga satu mata. Setiap

perlawanan dimainkan berdasarkan 2 set terbaik daripada 3 set (Best of

3) dengan kiraan mata rali 25 mata bagi set pertama dan set kedua (perlu

memperoleh kelebihan 2 mata jika seri pada mata 24-24) manakala bagi set

Page 21: Sejarah Bola Tampar

penentuan, iaitu set ketiga, ia dimainkan dengan kiraan mata rali 15 mata

(perlu memperoleh kelebihan 2 mata jika seri pada mata 14-14). Untuk set

penentuan, pasukan bertukar gelanggang apabila mana-mana pasukan

mencapai mata 8.

b. Putaran

Apabila pasukan yang menerima servis memenangi hak untuk membuat

servis, semua pemain mesti memutar satu kedudukan mengikut putaran

jam: pemain di posisi 2 berputar ke posisi 1 untuk membuat servis, pemain

posisi 1 akan berputar ke posisi 6 dan seterusnya.

Rali

Setiap pasukan akan kehilangan rali jika satu daripada perkara yang berikut

berlaku :

Bola menyentuhi lantai dalam gelanggang permainan sendiri.

Bola menyentuh seseorang pemain dan keluar dari gelanggang.

Bola dimainkan melebihi 3 kali kecuali menghadang.

Bola disentuh oleh pemain yang sama sebanyak 2 kali berturut-turut.

Seorang pemain menyentuhi jaring simpai / pita putih atas jaring.

Seorang pemain melintasi garisan tengah dan masuk ke gelanggang

pihak lawan.

Page 22: Sejarah Bola Tampar

Seorang pemain tidak boleh memegang, membawa atau membaling

bola.

Seorang pemain barisan belakang merejam bola atas paras jaring

dalam kawasan serangan 3m.

Libero merejam bola atas paras jaring atau berusaha untuk

menghadang di jaring.

Libero mengumpan di kawasan serangan 3m untuk perlakuan rejaman.

PERALATAN DAN PAKAIAN PEMAIN

Bola

Bola tampar saiz lima adalah yang paling biasa untuk semua peringkat bola

tampar, daripada kanak-kanak kepada remaja dan seterusnya dewasa. Untuk umur

yang rendah dan pemain dewasa yang baru, USVBA mencadangkan bola yang lebih

ringan dengan impak yang lebih rendah. Berikut adalah saiz bola yang sesuai bagi setiap

peringkat umur.

Peralatan individu pemain adalah kurang mahal dan mudah diperolehi. Berikut

adalah senarai yang diperlukan bagi menjamin keselamatan pemain semasa bermain:-

Pakaian seragam

Pakaian seragam boleh daripada seluar pendek dan kemeja-T atau kemeja lengan

panjang. Sebilangan pemain suka berlengan panjang kerana dapat melindungi serta

mengurangkan kesakitan apabila mengambil bola pada lengan. Pakaian seragam

selalunya diperlukan untuk pasukan sekolah atau kelab-kelab yang diberikan secara

percuma atau dengan diskaun.

Kasut

Kasut bola tampar atau gelanggang sudah memadai. Kasut untuk berlari tidak sesuai

kerana ia tidak memberikan sokongan yang lateral. Kasut bola tampar mestilah selesa

dan dipakai sebentar sebelum dipakai untuk aktiviti yang lasak. Kasut yang baik

menyokong lengkungan dan menggalas tumit dan jari.

Pad lutut

Pad lutut ada dalam pelbagai bentuk dan saiz. Kebanyakan diperbuat daripada busa

atau getah yang dibalut dengan bahan elastikyang lembut. Pad patut muat dan selesa

untuk masa yang lama. Oleh kerana pad direka untuk melindungi lutut, pad lutut ini

Page 23: Sejarah Bola Tampar

membuatkan sentuhan atas lantai lebih mudah kepada atlet-atlet muda. Sekiranya kedai

tempatan tidak menjual pad lutut, pemesanan melalui majalah atau katalog adalah amat

mudah.

http://kemahiranasasbolatampar.blogspot.com/

http://www.slideshare.net/muzlimi/bola-tampar-sekolah-menengah

Page 24: Sejarah Bola Tampar