kemahiran asas bola tampar

Upload: mokhzani-mohamed

Post on 17-Jul-2015

562 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

KE MA H I RA N A SA S BO L A TA MPA RMONDAY, MAY 4, 2009

Menghadang

Lazimnya tindakan menghadang diamalkan untuk menentang rejaman oleh pihak lawan. Hadangan yang berkesan akan menyebabkan bolamati dalam gelanggang pihak yang membuat rejaman.

Cara-cara Menghadang a) Menolak kedua-dua belah kaki, tangan diluruskan ke atas

b) Bahagian lengan dan tapak tangan

condong ke sebelah pihak

lawan

POSTED BY

KEMAH IR AN AS AS BO LA TAMP AR LIN KS TO TH IS P O S T

AT

3: 32 AM 0 C OMMENTS

Reactions:

Merejam

Kemahiran merejam digunakan oleh pemain serangan untuk mendapatkan skor atau mata dengan membuat pukulan smesyi (smash) ke dalam gelanggang pihak lawan. Anda perlu bersedia berdiri berdekatan jaring dan menghadap ke arah bola yang akan dihantar oleh rakan sepasukan anda. Semasa bola mula menjunam turun, anda perlu melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan anda ke atas untuk memukul bola masuk ke dalam gelanggang pihak lawan. Pergerakan ini samalah seperti smesyi dalam permainan badminton. Mata akan

diperolehi seandainya

bola tidak dapat

ditangkis oleh pemain pasukan lawan dan berjaya menjejaki ke lantai dalam

gelanggang.

POSTED BY

KEMAH IR AN AS AS BO LA TAMP AR LIN KS TO TH IS P O S T

AT

3: 29 AM 0 C OMMENTS

Reactions:

Mengumpan

Mengumpan atau membuat umpanan (setting) adalah pergerakan di mana pemain 'setter' akan menghantar bola mengikut ketinggian dan arah tertentu kepada rakannya bagi membolehkannya pasukan membuat rejaman untuk memperolehi mata. Tanpa umpanan yang baik dan tepat daripada setter, ia akan menyulitkan perejam. Pengumpan dan perejam mestilah memiliki tahap persefahaman yang tinggi. Pengumpan seharusnya tahu akan arah dan corak lambungan bola yang dikehendaki perejam sebelum dia membuat rejaman. Dua perkara asas dalam kemahiran membuat umpanan ialah pergerakan badan dan kaki yang harus selesa dan seimbang. Tangan diletakkan di hadapan muka dengan ibu jari serta jari jari lain mengucupPOSTED BY

KEMAH IR AN AS AS BO LA TAMP AR LIN KS TO TH IS P O S T

AT

3: 25 AM 1 C OMMENTS

Reactions:

Hantaran ServisServis adalah suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola dihantar dari kawasan servis oleh seorangb pemain yang memegang giliran untuk melakukan untuk melakukan servis. Servis merupakan salah satu kemahiran yang terpenting yang perlu dikuasai oleh semua pemain. Kepentingan servis antaranya ialah:

(a) Mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan membuat servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu pasukan yang memiliki pemain handal membuat servis berpeluang untuk mendapatkan skor dan mengekalkan servis.

(b) Semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran tertentu, pemain tersebut boleh menentukan di mana kedudukan bola yang hendak dihantar olehnya. Satu servis yang kuat dan pantas boleh membuatkan pemain yang lemah daripada pasukan lawan yang menerima hantaran bola tersebut membuat kesilapan seperti terlepas bola, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass).

POSTED BY

KEMAH IR AN AS AS BO LA TAMP AR LIN KS TO TH IS P O S T

AT

1: 03 AM 0 C OMMENTS

Reactions:

MenyanggaSebelum anda mahir dalam permainan bola tampar anda perlu menguasai kemahiran asas ini. Kemahiran menyangga penting agar anda dapat menguasai cara menghantar bola ke pihak lawan. Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau 'dig'. Hantaran ini dilakukan pada aras bawah tangan yang menggunakan dua belah tangan (a two-handed underhand pass) dan merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola tampar. Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat dengan lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala.

Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk menyelamatkan hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabila pihak lawan merejam bola atau bola dimainkan ke satu posisi yang tidak membolehkan penerima menggunakan hantaran atas kepala maka penerima hantaran akan menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan tersebut.

Teknik-teknik Menyangga:

Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari. Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain. Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke hadapan. Kaki dijarakkan denga sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan untuk menerima hantaran. Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran sebelum bermain bola. Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum. Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola. Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil. Kendurkan bahagian atas tubuh. Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan baik oleh ahli pasukan yang lain.

POSTED BY

KEMAH IR AN AS AS BO LA TAMP AR LIN KS TO TH IS P O S T

AT

12: 46 AM 0 C OMMENTS

Reactions:SUNDAY, MAY 3, 2009

KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR

Pengenalan Bola Tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895. Orang pertama yang mempelopori permainan ini ialah William G. Morgan iaitu seorang Pengarah Sukan YMCA di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. Peraturan rasmi yang pertama hanya diperkenalkan pada tahun 1916. Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong Kong dan negeri China pada tahun 1930-an. Permainan ini dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar amatur Malaysia (MAVA-Malaysian Amatuer Volleyball Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959. Permainan ini dimainkan oleh sepasukan 6 orang di dalam gelanggang yang berukuran 18mX19m dan jaring setinggi 2.5m. Pertandingan bola tampar di kawal oleh 2 orang referi. Pergerakan servis mesti dilakukan dalam masa 5 saat dari bunyi wisel referi. Permainan boleh kontek bola dengan menggunakan mana-mana bahagian badannya. Kemahiran Asas Bola Tampar i) Menyangga ii) Servis iii) Merejam iv) Menghadang v) Mengumpan

Penyediaan Badan Untuk PermainanPERMAINAN BOLA TAMPAR Mempunyai skill atau kemahiran ialah bekebolehan untuk membuat atau mempunyai kemahiran didalam sesuatu bidang, didalam permainan bola tampar kemahiran menguasai permainan ini amatlah penting. Dengan menguasai kemahiran yang sepatutnya ada pada sesaorang pemain menjadikan sesabuah pasukan itu dapat menguasai permainan tersebut. Perkara ini amat ditekankan oleh saorang jurulatih terhadap setiap pemain.Diantara kemahiran itu ialah membuat hantaran hadapan ( digging/ forearm pass), merejam(spike), Mengumpan ( setting) menyangga (Dig)

dan servis, semua ini seharusnya ada untuk memperlihatkan satu kualiti permainan yang baik. Permainan Bola Tampar / peraturan Permainan bola tampar terdiri daripada 6 orang pemain utama daripada 12 orang pemain, ianya dimainkan diatas gelanggang yang berukuran 9m x 18m persegi, dimana pada bahagian hadapan terdapat satu garisan serangan yang berukuran 3m dengan ketinggian jaring 2.43m Lelaki dan 2.41m Perempuan. Panjang jaring ialah 9.5 m dengan kelebaran 1m, ketinggian tiang 2.55m dengan jarak daripada garisan 50cm hingga 100cm dan kelebaran garisan sekeliling ialah 5cm. Menyediakan badan untuk permainan Terdapat urutan Latihan yang perlu diikuti sebelum memulakan latihan, anda perlu melakukan latihan memanaskan badan selama 8 hingga 10 minit untuk menaikkan kadar nadi dan kefleksibeliti dan selepas latihan perlu juga melakukan sesi penyejukan badan selama 5 minit. Proses ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengelakan daripada kecederaan dalaman semasa melakukan latihan. Latihan untuk mengerakkan peredaran darah 1. Latihan melontar , mengutip, melambung dan gaya larian posture sekeliling gelanggang. Latihan Fleksibeliti Latihan ini adalah bertujuan untuk merenggangkan otot yang bakal digunakan dalam melakukan gerakan bola tampar. gerakan rengangan ini dilakukan selama 5 hingga 7 saat . KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR

1. Kemahiran servis Servis dilakukan untuk memulakan permainan. Servis dilakukan dari bahagian belakang luar gelanggang.Terdapat dua jenis servis,iaitu servis bawah tangan dan servis atas kepala. Servis atas kepala Gambarajah menunjukkan lakuan servis atas kepala. 1) Fasa Permulaan

Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu. Kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan tangan kanan. Pegang bola dalam tangan lambungan(tossing hand) lebih kurang satu kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan. Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand).

2) Fasa Perlaksanaan

Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan bahu lengan yang membuat servis. Memindah berat badan dari belakang ke hadapan. Menghayun lengan yang membuat servis seperti seperti aksi membaling bola. Memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola. Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan putar depan

3) Fasa ikut lajak

Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.

Servis bawah tangan Gambarajah menunjukkan lakuan servis bawah. 1) Fasa Permulaan Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang luas bahu. Kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan tangan kanan (right handed server). Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan. Bengkokkan sedikit lutut. Badan menghadap ke hadapan. Letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan dan sebelah kanan badan. Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan belakang. 2) Fasa Perlaksanaan Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit. Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan Tangan akan memukul bola tersebut (striking hand). Semasa bola dilambungkan tangan yang membuat servis di tarik kebelakang mengikut pergerakkan buah bandul jam Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan akan dipindahkan dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan. Kontak bola dimulakan tangan memukul (sama ada dengan bahagian

bawah tangan, tapak tangan atau buku lima). Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yang lurus. 3) Fasa Ikut Lajak Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan. Pergerakan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola. Memastikan mata sentiasa mengikut laluan bola.

BOLA TAMPAR SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA Permainan bola tampar diperkenalkan kira-kira seratus sepuluh tahun (110 tahun) yang lalu, iaitu pada tahun 1895. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkannya ialah William G. Morgan. Beliau telah memperkenalkan permainan tersebut di Holyoke, Massachussetts, Amerika Syarikat. Ketika itu beliau mendapati permainan bola keranjang agak lasak dan bercadang untuk memperkenalkan permainan yang seumpamanya tetapi kurang lasak. Pada mulanya, permainan ini dinamakan Mintonette, tetapi ditukar kepada volley ball kerana permainan tersebut banyak menggunakan pergerakan secara lambung atau lambungan. Permainan tersebut menjadi agak popular. Tambahan pula ia menggunakan tiub bola keranjang yang lebih lembut dan dapat mengurangkan kecederaan dan kesakitan pada tangan para pemain. Permainan ini mula dipopularkan di luar Amerika Syarikat pada 1900 di Kanada, Cuba 1905, Puerto Rico 1909, Filiphina 1910, Uruguay 1912, China 1913 dan Jepun 1917. Ia terus berkembang selepas Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, terutamanya oleh tenteratentera Amerika Syarikat. Pertubuhan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris pada tahun 1947. Kejohanan Antarabangsa Pertama pula diadakan pada tahun 1949, iaitu hanya untuk kaum lelaki sahaja. Hanya pada tahun 1952, kejohanan tersebut membuka penyertaan kepada kaum wanita. Permainan ini kemudian maju setapak lagi apabila diterima dan dipertandingkan di Sukan Olimpik, pada tahun 1964 Di Malaysia, permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1927. Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia atau MAVA ditubuhkan pada tahun 1959. BAGAIMANA BOLA TAMPAR DIMAINKAN Bola tampar ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan pada satu-satu masa di mana sesebuah pasukan dibarisi oleh enam orang pemain utama dan enam pemain simpanan. Mata diperoleh dengan meletakkan atau memasukkan bola ke kawasan lawan masing-masing. Para pemain hanya dibenarkan menggunakan mana-mana anggota badan daripada bahagian atas pinggang untuk memukul atau memainkan bola. Permainan bermula sebaik sahaja wisel ditiup iaitu selepas undian untuk memulakan servis dilakukan. Skor (Pengiraan Mata)

1. Di peringkat antarabangsa, pertandingan dijalankan sebanyak 5 set. Di peringkat sekolah pula, pertandingan atau permainan dijalankan dalam 3 set sahaja. Pasukan yang paling banyak memenangi set permainan, akan diisytiharkan sebagai pemenang. 2. Skor bagi permainan di peringkat antarabangsa dan kejohanan serta perlawan bukan penentuan ialah 25 mata. Bagi perlawanan atas set penentuan, skornya ialah 15 mata, dengan minimun kelebihan 2 mata. 3. Pemain yang membuat servis akan berdiri di sebelah belakang iaitu di sepanjang garisan luar gelanggang. Servis perlu dilakukan dalam tempoh 5 saat selepas wisel dibunyikan. Servis dilakukan bergilir-gilir. Setiap pemain (atas), berpeluang melakukan servis. Pemain yang menghasilkan mata (bawah), akan berpeluang membuat servis sekali lagi dan seterusnya jika markah diperoleh. PUKULAN-PUKULAN DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR 1. Pukulan Menyangga (Digging) Teknik untuk menyangga. Rapatkan kedua-dua ibu jari Luruskan lengan untuk menyangga dengan baik Rendahkan badan supaya bola yang disangga melepasi jaring 2. Pukulan Mengumpan (Setting) Buka jari-jari supaya membentuk tiga segi seperti di dalam gambar dan sentuh bola pada ketinggian kepala Kemahiran mengumpan bola penting supaya rakan sepasukan dapat membuat rejaman 3. Pukulan Rejam/Rejaman (Spiking) Pukulan rejaman dibuat dengan tapak tangan terbuka dan dikeraskan

4. Menghalang (Blocking) Teknik Pukulan Rejaman Lonjakan bagi menghalang pukulan hendaklah dilakukan serentak dengan lonjakan pemain lawan yang merejam bola 4. Cara Servis 4 cara 1 . Pergerakan secara turutan kemahiran servis bawah tangan dengan menggunakan bahagian pangkal tapak tangan yang keras atau bahagian belakang tapak tangan 2. Pergerakan secara turutan bagi kemahiran servis menggunakan teknik pusing 2 belakang 3. Pergerakan secara turutan kemahiran servis gaya putar dengan bola dilambungkan sambil tangan memukul pada bahagian tepi bola. 4. Pergerakan secara turutan kemahiran servis ala tenis dengan bola dilambungkan dengan ketinggian yang agak munasabah dan mudah bagi seseorang pemain untuk memukulnya. PERMAINAN RELI (RALLY) Reli adalah keadaan di mana kedua-dua pasukan berbalas-balas pukulan. Pasukan yang sama handal akan membuatkan permainan berpanjangan dan menjadi menarik. Reli yang panjang membuat sesuatu permainan itu menjadi menarik

CADANGAN LATIHAN RALLY 1. Servis Membuat latihan servis ke arah dinding Tandakan pada dinding, garisan melintang yang mempunyai ketinggian dua meter, dua meter setengah dan tiga meter. Pemain dikehendaki berdiri sejauh lima meter daripada jaring dan melakukan servis secara pukulan atas bahu ke dinding. Arahkan pukulan ke sasaran secara berperingkat-peringkat. Kemudian ulangi pukulan pada setiap sasaran sebanyak lima kali. Bola

dipukul secara berperingkat-peringkat untuk latihan servis sehinggalah melepasi jaring Latihan servis ke dinding secara pukulan atas bahu. 2. Latihan Pukulan Sangga Latihan Mengumpan Bola Latihan menyangga bersendirian Melambung dan menangkap bola dengan ketinggian paras dahi Latihan menyangga bola ke dinding bersama rakan Latihan menyangga boleh dilakukan ke arah dinding pada jarak 1 meter dan pada arah ketinggian kira-kira 1.8 meter. 3. Latihan mengumpan dan menyangga pada dinding Latihan mengumpan dan menyangga pada dinding secara berpasangan Latihan mengumpan dengan menggunakan gelung rotan. Latihan mengumpan bersama rakan 4. Latihan rejaman. semasa membuat rejaman, tangan tidak boleh menyentuh atau melintasi jaring 5. Latihan Menghalang/Membuat Hadangan (Blocking) Lonjakan serentak di hadapan jaring Melonjak dan memukul bola melepasi jaring untuk latiham merejam bola