bola tampar 2014

17
Sample of good assignment 1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MAY / TAHUN 2012 HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN )

Upload: ivodan

Post on 27-Jun-2015

925 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: bola tampar 2014

Sample of good assignment

1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MAY / TAHUN 2012

HBPE3103

KEGIATAN PROFESIONAL ( PERMAINAN )

Page 2: bola tampar 2014

Sample of good assignment

2

BIL ISI KANDUNGAN M/SURAT

1.0 Pengenalan 3-5

2.0 Permainan Serangan dan Jaring 6-12

3.0 Kemahiran Asas dalam kategori Serangan dan

Jaring

12-13

4.0 Rumusan 14-15

5.0 Refleksi 15-16

6.0 Bibliografi 17

Page 3: bola tampar 2014

Sample of good assignment

3

1.0 Pengenalan

Di Malaysia, permainan menjadi tunjang utama dalam sukatan pelajaran Pendidikan

Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Permainan adalah tunjang utama dalam pendidikan jasmani

dan semestinya disertai oleh semua lapisan murid tanpa mengira tahap kebolehan kemahiran

(Holt, Strean & Bengoecha, 2002; Rovengno, Nevett & Babiarz, 2001).Pendidikan Jasmani

merupakan subjek teras di setiap sekolah yang mana ianya tidak diabaikan kerana subjek ini

melibatkan ketahanan fizikal dan mental malahan kita juga boleh melibatkannya dengan

pendekatan rohaniah.

Menurut Disney dan Adlan (2003), mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

dapat dijadikan asas untuk menyelesaikan masalah kemerosotan mutu sukan dan permainan

negara, menggalakkan murid menyertai aktiviti permainan melalui program latihan seterusnya

meningkatkan prestasi permainan, tahap kesihatan dan kecergasan mereka

Bagi murid sekolah rendah dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun merupakan lingkungan

untuk mempelajari sesuatu yang baru. Ketika ini kanak-kanak suka akan sesuatu yang baharu

malahan mereka juga akan lebih dekat dengan alam jika dipupuk. Hal ini disebabkan

pertumbuhan mereka seiring dengan perkembangan otak dan minda mereka yang ingin

mengenali dunia.Maka, oleh itu, permainan kecil amat sesuai untuk mereka kerana ianya tidak

melibatkan terlalu banyak pergerakan malahan ianya bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan

dan otak selain ianya juga menyeronokkan.Aplikasi permainan kecil ini melibatkan penggunaan

bahan dan juga hanya menggunakan tempat yang sederhana sahaja.

Setiap permainan kecil tersebut hendaklah berasaskan TGFU iaitu Teaching Games For

Understanding. TGFU mempunyai empat asas yang mana telah diterokai oleh Rod Thorpe dan

David Bunker sekitar tahun 1970-an dan awal 1980-an. Perkembangan penggunaan asas TGFU

ini semakin berkembang hingga ke hari ini setelah beberapa kajian dan sebab relevan dalam

aplikasi TGFU.

Page 4: bola tampar 2014

Sample of good assignment

4

Menurut Turner (1996) pendekatan model kemahiran terlampau berstrukturdan tidak

memberi peluang kepada murid untuk bermain secara berkesan dalamsituasi permainan.Dalam

model kemahiran, berikut adalah aktiviti pelajaran yangdikatakan berstruktur.Mula-mula

dijalankan aktiviti memanaskan badan.Diikuti puladengan fasa kemahiran yang merupakan

tumpuan utama pelajaran dan hanya padapenghujung pelajaran murid-murid diberi peluang

untuk bermain. Model kemahirandianggap tidak sesuai digunakan dalam situasi permainan

kerana pemain tidakdapat memindahkan kemahiran yang dipelajari dalam situasi permainan

(Mitchell,Griffin & Oslin,1994; Werner, Thorpe & Bunker,1996). Mereka menyarankan

modeltaktikal atau TGFU (Teaching Games for Understanding) sebagai pendekatan

yangmemberi peluang untuk murid bermain secara berkesan dalam situasi permainan.Berikut

adalah aktiviti latihan model TGFU, dimulakan dengan aktiviti memanaskanbadan, diikuti

dengan aktiviti situasi permainan mini dan menganalisis permainan.Seterusnya disambung

dengan aktiviti situasi permainan mini dan aktivitimenyejukkan badan sebagai aktiviti penamat

pelajaran atau latihan (Crespo, Reid &Mileyo, 2004; Turner & Martinek, 1999).

Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan

pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti

Loughboroungh. TGFU merupakan suatu pengajaran permainan untuk kefahaman yang dapat

menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak

berasa bosan. (rujuk kepada buku Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani yang ditulis oleh Mohd

Sofian Omar Fauzee).

TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap

permainan.Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan

tertentu.TGFU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal.Waktu Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu

menjalankan TGFU supaya pelajar-pelajar dapat berseronok dalam aktiviti fizikal. TGFU juga

menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang sesuai untuk persaingan,

motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan ini dijalankan dengan sihat

dan menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama di

antara pelajar. Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah

Page 5: bola tampar 2014

Sample of good assignment

5

yang tinggi dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk pelajar untuk belajar

membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses

permainan. TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan.Ini

disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok.

Falsafah TGFU masih diubahsuai dan diperkembangkan dari semasa ke semasa untuk

menghasilkan suatu idea yang lagi cemerlang. Pada tahun 2004 Webb dan Pearson telah

mengkategorikan permainan kepada 4 kategori utama iaitu:

1. Sasaran (Target)

Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapatkan

mata.Murid-murid mempunyai sasaran tertentu dan permainan ini berfokus terhadap

tempat sasaran itu. Contoh permainan adalah seperti bowling, achery dan golf

2. Striking/ Fielding

Perlawanan yang melibatkan dua pihak iaitu pasukan striking dan pasukan fielding.

Pasukan striking akan bermain dengan bersungguh untuk mendapat markah manakala

pasukan fielding akan cuba sedaya upaya untuk menghalang pasukan striking mendapat

lebih markah. Mata dikumpul melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan

dalam masa atau pusingan yang ditetapkan.Contoh permainan adalah seperti baseball,

softball dan criket.

3. Jaring/ dinding (net/wall)

Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding.Kedua-dua pihak bermian dengan

suatu alat manipulasi seperti bola.Mata dikumpul melalui menghantar objek ke

gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat menghantar balik dalam

kawasan gelanggang.Contoh permainan adalah seperti badminton, squash dan table

tennis.

4. serangan (Invasion)

Permainan berpasukan.Dalam jangkaan masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan

pihak lawan dan mengumpulkan mata.Contoh permainan seperti soccer, basketball dan

handball.

Page 6: bola tampar 2014

Sample of good assignment

6

2.0 Permainan Serangan dan Jaring

2.1 Objektif

Terdapat tiga objektif utama yang telah disenaraikan oleh Bucher dan Thaxton

(1979):

1. Objektif Pembangunan Kemahiran Motor.

Membangunkan kemahiran lokomotor.

Membangunkan kemahiran bukan lokomotor.

Membangunkan kemahiran pengawalan bola.

Membangunkan kecergasan fizikal.

2. Objektif Pembangunan Kognitif

Meningkatkan keupayaan mematuhi peraturan.

Menolong dalam pemahaman peraturan.

Menggalakkan kreativiti dan imaginasi.

Menambah perbendaharaan kata kanak-kanak.

3. Objektif Pembangunan Afektif-sosial.

Mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam situasi sosial.

Menggalakkan keadilan.

Menggalakkan mematuhi peraturan-peraturan.

Membangunkan semangat kesukanan yang baik.

Membangunkan kualiti kepimpinan.

Membangunkan semangat kerjasama.

Oleh itu, melalui aktiviti permainan serangan dan jaring ini, murid-murid dapat:

Memperolehi pengetahuan asas tentang peraturan, kemahiran dan taktik

dalam kategori permainan kanak-kanak.

Berupaya menggunakan pelbagai jenis alat permainan dengan gaya yang

betul dan selamat dalam sesuatu aktiviti permainan.

Page 7: bola tampar 2014

Sample of good assignment

7

Memperkembangkan kemahiran sosialisasi mereka dan meningkatkan cara

kominunikasi dengan pelajar yang lain.

Mencipta aktiviti permainan atau menggubah variasi dalam permainan-

permainan lama yang boleh membantu mereka dalam usaha

menyelesaikan masalah.

Melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya imaginasi mereka

untuk mencipta sesuatu permainan yang bermakna serta menyeronokkan.

Berlatih dalam suatu permainan yang dirancang untuk mengeksploitasi

segala kemahiran mereka.

Mewujudkan peluang bermain sambil belajar kepada murid agar mereka

boleh belajar dalam suasana yang menggembirakan dan selesa.

Menyedari kepentingan nilai murni seperti nilai kerjasama dan tolak-ansur

ketika sesuatu aktiviti permainan dijalankan.

Menyemaikan rasa keyakinan diri dan ketenangan diri terutamanya dalam

penyelesaian sesuatu masalah.

2.2 Struktur Permainan Serangan dan Jaring

Misi

Melalui aktiviti permainan serangan dan jaring ini, murid-murid dapat:

Memperkembangankan dari segi pertumbuhan fisiologikal, psikologikal

dan sosiologikal mereka pada setiap peringkat perkembangannya.

Mengembangkan potensi yang terpendam dan bakat mereka juga dapat

dicungkil melalui aktiviti permainan dengan berbagai-bagai cara dan tidak

lagi hanya terbatas kepada pergerakan fizikal dan senaman biasa.

Memperolehi kemahiran-kemahiran baru, lebih memahami konsep-

konsep tertentu serta pelbagai latar perhubungan bagi sesuatu permainan

ketika mereka mencipta dan merangka sesuatu permainan yang baru.

Mempelajari cara-cara untuk mengawal pergerakan, mempertingkatkan

ketangkasan pergerakan serta berupaya menggunakan anggota badan dan

minda sebagai alat dalam sesuatu permainan yang penuh saingan.

Page 8: bola tampar 2014

Sample of good assignment

8

Membentuk dan memperkembangkan personaliti dan kognitif mereka.

Membina situasi dan persekitaran sesuai untuk pertumbuhan fizikal,

mental dan sosial yang sihat.

Menambah pengetahuan tentang bahagian-bahagian anggota tubuh badan

dan memahami mekanisme serta fungsi otot-otot badan dalam tubuh

badan mereka.

Penghayatan dan amalan nilai murni dapat dipupuk semasa menjalankan

permainan sesama ahli dalam kumpulan.

Visi

Mempertingkatkan dan memantapkan mutu permainan sukan terutamanya dalam

permainan serangan dan jaring di Malaysia menerusi program pembangunan

untuk atlet dan kepegawaian.

Ciri-ciri Penting dalam Permainan Serangan dan Jaring:

Memerlukan kemahiran-kemahiran asas.

Mengandungi peraturan-peraturan yang minimum.

Sedikit atau tiada alat yang digunakan.

Tidak menggunakan masa yang panjang.

Ruang permainan yang sederhana atau kecil.

Perjalanan permainan data diubahsuai.

Senang untuk dijalankan.

2.3 Taktik dan strategi Permainan Serangan dan Jaring

Berikut adalah beberapa taktik dan strategi bagi permainan serangan dan jaring:

1. Beberapa strategi permainan perlu disusun bagi menentukan corak permainan

dan strategi menyerang serta menjaring untuk mencapai kemenangan.

2. Strategi yang digunakan adalah khusus untuk memperdaya pasukan lawan

semasa bertahan, menyerang mahupun semasa membuat jaringan.

Page 9: bola tampar 2014

Sample of good assignment

9

3. Pasukan tersebut akan dapat bermain dengan lebih cemerlang jika strategi

mereka tidak dapat dikesan oleh pasukan lawan, terutamanya semasa

membuat hantaran tengah, hantaran ke dalam atau lambungan.

4. Strategi ini diperlu ditekankan dengan bersungguh-sungguh supaya pemain

dapat memahami serta mengaplikasikannya dalam permainan yang sebenar.

5. Latihan intensif diperlukan untuk membiasakan pemain-pemain dengan

strategi yang dirancang. Jika tidak, strategi ini tidak akan dapat dilaksanakan

dengan berkesan.

2.4 Contoh Permainan Serangan dan Jaring

Kategori Serangan

Permainan dilaksanakan dalam secara berpasukan.Berusaha menyerang untuk

memasuki kawasan pihak lawan bertujuan untuk memperolehi mata.Kawasan

sendiri disebut sebagai kawasan bertahan, iaitu berusaha menyekat pasukan lawan

memasukinya bagi mendapatkan mata.

Kategori Jaring

Permainan dilaksanakan dalam secara berpasukan.Berusaha menjaring untuk

untuk memperolehi mata.Bagi kategori ini, setiap pasukan berusaha mendapatkan

mata dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Permainan Serangan

NAMA PERMAINAN : Gelung Kon

ALATAN : Gelung, pundi kacang dan kon.

BILANGAN PEMAIN : 3 orang setiap kumpulan

ORGANISASI:

1. Bahagikan dua kumpulan.

2. Setiap kumpulan sekurang-kurangnya 3 ahli.

3. Letakkan satu kon di tempat yang rata.

4. Letakkan penanda untuk tempat melontar dengan jarak 2 meter dari kon.

Page 10: bola tampar 2014

Sample of good assignment

10

OBJEKTIF:

Melatih kemahiran dalam menyerang dengan menggunakan gelung.

Melatih kemahiran dalam pertahanan dengan mengganggu atau

melengahkan kumpulan semasa bermain.

Kedua-dua kemahiran menjadikan sesorang tersebut peka dan juga cekap

dalam sesuatu permainan.

CARA BERMAIN:

1. Permainan dimulakan oleh kumpulan A yang memainkan peranan untuk

melontar gelung.

Page 11: bola tampar 2014

Sample of good assignment

11

2. Gelung tersebut hendaklah masuk ke dalam kon.

3. Kumpulan A hanya boleh melontar gelung sebanyak tiga kali dengan hanya

menggunakan satu gelung sahaja.

4. Kumpulan B pula berperanan untuk menganggu kumpulan A daripada berjaya

memasukkan gelung ke dalam kon.

5. Ahli kumpulan B akan cuba menjatuhkan kon tersebut dengan pundi kacang

dengan jarak yang sama dengan tempat kumpulan A melontar gelung.

6. Sekiranya kon tersebut jatuh sebelum kumpulan A berjaya memasukka gelung

tersebut, mereka dianggap kalah.

7. Giliran diteruskan kepada kumpulan B untuk melontar gelung.

Permainan Jaring

NAMA PERMAINAN : TUNG TUNG

ALATAN : Bola tenis dan bakul.

ORGANISASI:

1. Bahagikan dua kumpulan.

2. Permainan dikendalikan sekurang-kurangnya dua orang.

3. Meletakkan penanda untuk membaling bola tenis dengan jarak 2 meter.

4. Jarak antara bakul dan dinding ialah 1 meter.

BILANGAN PEMAIN : Sekurang-kurangnya 2 orang.

OBJEKTIF :

Melatih kemahiran dalam menggunakan alatan dan tempat sekeliling.

Kedua-dua kemahiran menjadikan sesorang tersebut peka dan juga cekap

dalam sesuatu permainan.

CARA BERMAIN :

1. Permainan dimulakan dengan seorang pelajar memasukkan bola tenis ke

dalam bakul dengan melantunkan bola tenis tersebut ke dinding.

2. Permainan akan berlangsung selama 1 minit.

Page 12: bola tampar 2014

Sample of good assignment

12

3. Peserta yang membuat balingan bola tenis terbanyak di dalam bakul akan

dikira pemenang.

3.0 Kemahiran Asas dalam kategori Serangan dan Jaring

Kemahiran-kemahiran dalam apa jenis sukan sekalipun merupakan pergerakan-

pergerakan yang diperlukan untuk bermain dengan lebih berjaya. Setiap sukan

mempunyai kemahiran-kemahiran tersendiri.

Kemahiran Asas Serangan

Ketika Menyerang, objektif permainan ini adalah untuk melakukan skor lebih daripada

pasukanbertahan. Untuk mencapai matlamat ini, pemain perlu membawa bola

menghampirigarisan skor pasukan bertahan. Ketika ini, taktikal yang dicipta oleh

pasukanmenyerang akan menambah lagi peluang untuk bergerak ke hadapan dan

seterusnyamenghampiri garisan skor pihak bertahan.

Page 13: bola tampar 2014

Sample of good assignment

13

Dalam pertahanan, ketika bertahan, pemain bertahan perlu berusaha untuk memintas

masa dan ruangpihak lawan dengan bergerak ke hadapan untuk mengelakkan pasukan

menyerang darimenghampiri dan menguasai kawasan skor.

Kemahiran Asas Jaring

1. Jaringan Bahu

Jaringan bahu adalah cara yang paling mudah dan digemari oleh pemain kerana

pergerakan yang terlibat adalah secara natural. Jaringan ini sering digunakan oleh

pemain yang mempunyai kekuatan pada tangan.

2. Jaringan Lompat

Teknik jaringan ini dikenali sebagai jaringan lompat.Cara jaringan ini sangat

berkesan jika dilaksanakan dengan teknik yang betul.Anda memerlukan kemahiran

koordinasi dan ritma yang betul, bermula dengan menyambut bola, melonjak ke udara

dan membaling ke arah gol.Selalunya tindakan ini berakhir dengan pendaratan yang

selamat.

3. Jaringan Dive

Teknik menjaring secara dive pula amatlah menarik sekali. Pemain akan melonjak

atau dive ke dalam ruang kawasan gol untuk membaling bola dari jarak terdekat

dengan pintu gol. Bola hendaklah dilepaskan sebelum mana-mana bahagian

menyentuh gelanggang.

4. Jaringan Rendah

Jaringan rendah akan membuat anda membaling bola ke bawah paras lutut dengan

menujukan bola itu ke sudut kiri atau kanan pintu gol. Balingan boleh dibuat dengan

melantunkan bola secara rendah. Untuk melakukan jaringan rendah biasanya anda

perlu merendahkan badan dengan cara kaki yang hadapan dibengkokkan.

Page 14: bola tampar 2014

Sample of good assignment

14

4.0 Rumusan

Permainan kanak-kanak merupakan permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak

kecil.Permainan kanak-kanak biasanya dimainkan oleh beberapa kanak-kanak di kawasan

perumahan atau kampung pada masa lapang.Permainan-permainan begini perlu dimainkan selalu

supaya badan sihat dan mengisi masa lapang denganpenuh faedah.Permainan ini berpandukan

kepada kaedah jaringan dan serangan. Kedua-dua pihak akan sentiasa berwaspada kerana pihak

penyerang akan menumpukan perhatian untuk menyerang mangsa mengikut kemampuan mereka

manakala pihak pemain pula akan mengelakkan diri daripada serangan untuk menyelamatkan

diri. Tambahan pula permainan ini juga merangsangkan pemikiran kedua-dua pihak.

Tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak memang suka dengan aktiviti yang banyak

melibatkan pergerakan sama ada pergerakan jenis lokomotor atau bukan lokomotor. Mereka

kelihatan lebih cergas dan telah menunjukkan sikap inkuiri yang tinggi apabila aktiviti

permainan dijalankan sekira dibandingkan dengan aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan

dalam bilik darjah. Jadi, program Teaching Games for Understanding (TGFU) memang sesuai

untuk pelajar-pelajar yang belajar pada peringkat sekolah rendah.

Program TGFU ini telah menghubungkaitkan ilmu pengetahuan dengan aktiviti- aktiviti

permainan. Dengan kata lain, pelajar-pelajar boleh belajar sambil bermain melalui program ini.

Dalam program ini, pelajar boleh banyak didedahkan kepada prinsip gerakan yang umum dalam

sesuatu permainan seperti bola tampar dan sebagainya. Oleh sebab permainan bukan aktiviti

yang hanya melibatkan seorang tetapi adalah lebih, justeru pelajar harus mempelajari cara

bergiat dalam permainan jenis persaingan serta memupuk nilai kerjasama dengan rakan

perjuangan dengan menggunakan taktik yang seuai berdasarkan peraturan-peraturan ditetapkan.

Secara ringkasnya, program ini banyak mendatangkan manfaat kepada para pelajar.

Kesimpulannya, para pendidik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memainkan peranan

yang penting untuk mendedahkan pelajar kepada aktiviti permainan yang berbagai-bagai jenis

supaya mereka ini lebih memahami terhadap organisasi permainan-permainan dan juga

mempelajari gerakan yang tepat bagi aktiviti permainan tertentu. Selain itu, pendidik wajib

Page 15: bola tampar 2014

Sample of good assignment

15

menekankan aspek kemahiran asas, aktiviti latihan, dan permainan- permainan yang bersesuaian

dalam waktu jasmani kerana segala pengetahuan yang dipelajari pada peringkat sekolah akan

mempengaruhi pandangannya terhadap permainan yang seterusnya. Dengan kata lain, pendidik

perlu membuat persediaan yang secukupnya dalam perancangan aktiviti permainan dalam setiap

pengajaran terutamanya dalam permainan kategori sasaran, pukulan, jaring/dinding dan

serangan.

5.0 Refleksi

Ketika proses membuat tugasan permainan kanak-kanak ini, saya telah menerima banyak

faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai guru. Setelah membuat banyak rujukan

dan perbincangan bersama rakan-rakan guru yang lain, saya mula lebih mengenali apa itu

pergerakan asas dan permainan kanak-kanak. Saya juga mula merasai kepentingan subjek ini

terhadap diri saya sebagai guru. Contohnya melalui tugasan ini, saya mula mempelajari apa itu

pendekatan bermain sambil belajar. Saya mula memahami bahawa kebanyakan murid belajar

melalui bermain.Pembelajaran yang bermakna berlaku terutama ketika bermain.Keseimbangan

bermain dan belajar ataupun membuat kerja, menjadi rangka kerja yang penting bagi membentuk

kurikulum dan persekitaran pembelajaran kanak-kanak.Pemahaman guru berkenaan teori-teori

perkembangan dan pembelajaran serta interaksi kanak-kanak dengan guru dan rakan dapat

membantu merancang pembelajaran melalui bermain.Di samping itu juga, saya juga perlu

menguruskan masa sebaik mungkin agar tugasan ini dapat disiapkan tepat pada waktunya

walaupun mempunyai pelbagai halangan dan rintangan.

Tambahan pula, melalui tugasan ini, saya menyedari bahawa cara bermain, peraturan

dan syarat permainan adalah penting dalam pelaksanaan suatu permainan. Untuk menjadikan

aktiviti permainan itu menarik dan diminati oleh pelajar, pertamanya peraturan dan syarat

permainan yang ditetapkan mesti mudah difahami dan pendek. Seterusnya, guru Pendidikan

Jasmani harus memberi peluang untuk murid mempelajari, melakukan dan merasai keriangan

bergerak dalam situasi persaingan mengikut keperluan, kebolehan dan minat individu masing-

masing. Kemudian, kadang-kala guru boleh membiarkan pelajar memodifikasi permainan demi

Page 16: bola tampar 2014

Sample of good assignment

16

menyuburkan pemikiran kreatif mereka serta menyebabkan mereka lebih memahami konsep bagi

permainaan tertentu. Secara keseluruhannya, saya berasa berpuas hati dari semuaaspek,

penganjuran, pengelolaan, kepimpinan dan juga kepengadilan.Biarpun terpaksa berhadapan

dengan beberapamasalah dari segi kesempitan masa dan juga kurang kerjasama daripada peserta,

namun segala masalah dapat diatasi dengan penuh jayanya hasil kegigihan semua pihak yang

terlibat.

Permainan „Gelung Kon‟ ini ialah hasil daripada modifikasipermainan bola baling.Oleh

kerana permainan inidisasarkan kepada pelajar sekolah rendah dan Bunker & Top

menekankantujuan untuk keseronokan dalam kalangan pelajar, maka saya mengubahsupaya

permainan ini menjadi lebih seronok di samping aspek-aspek yangterjaga.Antaranya, saya

menggunakan gelung sebagai ganti bola, kon sebagai pengganti tiang gol dan pundi kacang

sebagai halangan.Kesemua alatan ini digunakan bagi menggantikan bola baling kerana ianya

lebih ringan dan lebih selamat dimainkan.Selain itu, saya mengubahsaiz gelanggang supaya lebih

sesuai untuk dimainkan oleh kanak-kanak iaitu jaraknya adalah 2 meter dari kon.

Permainan „Tung Tung‟ pula merupakan permainan kategori jaring.Permainan ini hasil

daripada modifikasi permainan bola jaring.Saya turut mengubah gaya permainan supaya

permainan ini menjadi lebih seronok di kalangan kanak-kanak yang terdiri daripada murid

sekolah rendah. Saya menggunakan bola tenis menggantikan bola jaring kerana ianya lebih kecil

dan juga ringan.Bakul pula digantikan tiang gol bola jaring.Dalam permainan bola jaring, hanya

pemain „GA‟ dan „GS‟ yang perlu memasukkan dalam jaring tiang gol. Sebaliknya, dalam

permainan ini, saya mengubah cara permainan dimana setiap pemain perlu memasukkan bola

tenis ke dalam bakul dalam masa yang telah ditetapkan iaitu 1 minit.

Didapati kedua-dua permainan ini berjaya dilaksanakan dengan teratur.Kesemua pemain

menunjukkan sikap yang positif dan berminat dalam permainan yang diadakan ini iaitu kategori

serangan dan jaring.Akhir sekali, melalui proses membuat tugasan ini telah memberikan banyak

faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta

menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan

modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

Page 17: bola tampar 2014

Sample of good assignment

17

6.0 Bibliografi

Abdul Hafidz Bin Haji Omar, Husain Bin Ayob& Zalawati Binti Sufian (2003) Pendidikan

Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Buku Teks. Malaysia:

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Buucher, C. A (1993), Faudations of Physical Education and Sport (th Edision, St Louis: VC

Mosby

Caly Setiawan & Soni Nopembri.(2004). “Teaching Games for Understanding (Konsep dan

Implikasinya dalam Pembelajaran Pendidikan Jasmani)”.Jurnal Nasional Pendidikan

Jasmani dan Ilmu Keolahragaan. Hal : 54-61. Direktorat Jenderal Olahraga Depdiknas.

Hamzah Dadu (1994).Pola-pola permainan dan pengurusan aktiviti permainan di pusat

pendidikan kanak-kanak prasekolah.Tesis Sarjana Pendidikan (tidak diterbitkan). Bangi:

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hussain Ahmad (1996). Dasar, status perlaksanaan dan masa depan pendidikan prasekolah di

Malaysia. Seminar Kebangsan Pendidikan Prasekolah. Pulau Pinang: Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan.

Mohd Sofian Omar Fauzee (2006).Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani Karisma Publications

Sdn. Bhd.

Pangrazi dauer (1995), dynamic education For Elementery School Children ; 11th United states

of Amarica allyn and Bacon Inc

Pauline Wetton (1987) bright idea games for PE, Great Britain, Schoolantis Publications Ltd

P.Y Ramakrisnan (1998), pendidikan pergerakan Mudah, Shah Alam, Siri Pendidikan fajar bakti

Teng Boon Tong (1992), pendidikan Jasmani di sekolah rendah, Edisi Kedua, Selangor , siri

Pendidikan Longman

Vasudevan T. Arasoo (1991), pengajaran Pendidikan Jasmani untuk sekolah-sekolah rendah,

Selangor, siri pendidikan Fajar bakti