pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

32
PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Disediakan oleh: Estefa Dumang Anak Benjamin Jackson Bin Stanis Nurul Alifah Binti Talibali Sonia Jeane Anak Usup 3 PISMP MT/PJ/BI/BM2

Upload: no-name

Post on 11-Jan-2015

6.066 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN

ETNIK DI MALAYSIADisediakan oleh:Estefa Dumang Anak BenjaminJackson Bin StanisNurul Alifah Binti TalibaliSonia Jeane Anak Usup3 PISMP MT/PJ/BI/BM2

Page 2: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

TAJUK TUTORIAL

1) Menjelaskan hubungan etnik dalam konteks modenisasi di Malaysia.

2) Membincangkan ciri-ciri etnik dalam konteks demografi, politik dan ekonomi.

3) Menganalisis pembangunan lima tahun sebelum 1970.

Page 3: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS MODENISASI DI

MALAYSIA.

Page 4: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

KONSEP MODENISASI

• Suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.

• Perubahan berlaku secara berencana atau tidak berencana.

• Perubahan berencana – suatu proses di mana matlamat, kaedah dan ukuran pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum suatu perubahan dilaksanakan.

• Dua aspek modenisasi:i. Pembangunan ekonomi danii. Pembangunan politik.

Page 5: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

MODENISASI DI MALAYSIA

• Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan kehadiran kolonial Inggeris.

• Sebagaimana negara ‘baru’ yang lahir setelah Perang Dunia Kedua, melakukan pembangunan politik dan ekonomi.Dua komponen penting untuk modenissasi:

I. EkonomiII. Politik

Page 6: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS MODENISASI DI MALAYSIA

Komponen ekonomi adalah penting dalam konteks modenisasi Malaysia sama ada pada zaman kolonial atau pasca-kolonial, khususnya dalam aspek pembangunan faktor pengeluaran (tanah, buruh, modal).

Cita-cita pembinaan negara-bangsa selalu gagal jika pembangunan ekonomi tidak mantap.

Page 7: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

Komponen ekonomi adalah penting dalam konteks modenisasi Malaysia sama ada pada zaman kolonial atau pasca-kolonial, khususnya dalam aspek pembangunan faktor pengeluaran (tanah, buruh, modal).

Cita-cita pembinaan negara-bangsa selalu gagal jika pembangunan ekonomi tidak mantap.

Page 8: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

Di Malaysia, ekonomi dan etnisiti mempunyai hubungan bagai ‘aur dengan tebing’.

Dalam aspek demografi, secara statistik, Melayu ialah kelompok etnik yang majoriti, namun majoriti dalam aspek demografi dan politik tidak semestinya majoriti dalam aspek ekonomi.

Kelompok etnik Cina yang minoriti dalam aspek demografi pula merupakan kelompok majoriti dalam ekonomi.

Keadaan sedemikian menjadi isu dalam konteks pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi berdasarkan kelompok etnik.

Page 9: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

Di Malaysia, isu pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial terutamanya isu kemiskinan dan agihan kekayaan menurut golongan etnik.

Isu agihan pendapatan dapat dilihat daripada 2 sudut iaitu di antara kelas sosial yg berbeza (kelas atas, menengah dan bawah) dan antara kelompok etnik yg berbeza iaitu antara Melayu, Cina dan India.

Isu ini cuba diselesaikan menerusi dasar – dasar pembangunan ekonomi negara seperti DEB dan DPN.

Page 10: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

CIRI-CIRI ETNIK DALAM KONTEKS DEMOGRAFI, POLITIK DAN EKONOMI.

Page 11: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

11

CIRI-CIRI ETNIK DALAM KONTEKS MAJORITI DEMOGRAFI, POLITIK DAN EKONOMI

Demografi bermaksud kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk

(dari segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian dsb) dalam

tempoh waktu tertentu.

Dalam aspek demografi, secara statistik, Melayu merupakan etnik

yang majoriti, manakala Cina dan India ialah kelompok minoriti.

66%

26%8%

Bancian Penduduk Etnik

Melayu CinaIndia Lain-lain

Page 12: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

12

Jumlah keseluruhan penduduk Malaysia bertambah daripada

18.38 juta orang pada tahun 1991 kepada 23.27 juta pada

tahun 2000.

Ketuanan politik etnik Melayu dalam konteks politik di

Malaysia tidak hanya dikaitkan dengan aspek sejarah tetapi

juga aspek demografi kerana secara umum jumlah suatu

kelompok etnik menentukan secara langsung jumlah undi

yang akan diperolehi dalam pilihanraya.

Atas dasar itulah terdapat kebimbangan di kalangan etnik

Cina tentang kenyataan yang menunjukkan bahawa jumlah

penduduk etnik Cina mengalami kemerosotan.

Page 13: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

Kebimbangan tersebut cukup berasas kerana mereka ingin memastikan etnik Cina kekal berpengaruh dan mengimbangi kuasa politik.

Namun begitu, penurunan jumlah penduduk etnik Cina perlu dilihat tidak hanya dalam konteks isu politik, tetapi juga masalah nasional, iaitu terkait dengan masalah buruh dan produktiviti nasional.

Meskipun etnik Melayu merupakan etnik majoriti dalam aspek demografi dan politik tetapi ia tidak bermakna etnik Melayu turut majoriti dalam bidang yang lain.

Page 14: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

Dalam bidang ekonomi, faktor yang menentukan siapa yang menjadi majoriti bukan ditentukan oleh aspek demografi tetapi ditentukan oleh kuantiti hak milik kekayaan.

Dalam hal ini, etnik Cina merupakan majoriti kerana mempunyai hak milik kekayaan yang lebih tinggi berbanding etnik yang lain. Perkara ini yang menjadi isu dalam konteks pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi berdasarkan etnik.

Page 15: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

15

Isu ekonomi juga dikatakan menjadi punca berlakunya rusuhan kaum paling berdarah dalam tahun 1969. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah berupaya menjalankan dasar yang mengutamakan keseimbangan kepentingan setiap etnik yang ada di Malaysia.

Di sebalik tumpuan kerajaan untuk mengutamakan pembangunan ekonomi dan menjadikan Malaysia salah sebuah negara moden dan maju di Asia, aspek keharmonian dan bekerjasama antara etnik tidak dilupakan.

Page 16: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN SEBELUM 1970

Page 17: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

RANCANGAN PEMBANGUN

AN LIMA TAHUN

Menerangkan :1. Pencapaian langkah – langkah

pembangunan dalam tempoh lima tahun sebelumnya

2. Matlamat pembangunan yang ingin dicapai bagi tempoh lima tahun akan datang

3. Dasar – dasar penting ekonomi yang dilaksanakan bagi mencapai matlamat tersebut

Page 18: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

Transisi era kemerdekaan yang dikenali

sebagai Rancangan

Malaya Pertama (1956-

1960)

Rancangan Malaya Kedua

(1961-1965)

Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)

Rancangan Malaysia

Kesembilan (2006-2010)

Pelancaran Rancangan Pembangunan Lima Tahun

Page 19: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956-1960)

MATLAMAT

Membangunkan sektor ekonomi luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan penduduk luar bandar dengan penduduk bandar.

Mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat

Page 20: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

STRATEGI PEMBANGUNAN LIMA TAHUN PERTAMA

1. Strategi pembangunan lima tahun pertama dimulakan dengan memulihkan perusahaan getah supaya dapat bersaing dengan getah tiruan dengan matlamat meningkatkan pendapatan penduduk melalui kenaikan harga di pasaran.

2. Menubuhkan Lembaga Pembangunan Perusahaan Luar Bandar (RIDA) yang kini telah ditukarkan kepada MARA sejak tahun 1966.

3. RIDA berperanan untuk merancang dan menyediakan rancangan untuk pembangunan ekonomi masyarakat desa, melalui pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur.

4. MARA pula berperanan menggalakkan, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera dalam pelbagai bidang sosial dan pendidikan serta ekonomi dan pelaburan. Selain itu, ia juga berperanan untuk melahirkan sebuah masyarakat pengusaha dan peniaga Bumiputera yang maju dan berdikari bagi megubah cara hidup mereka supaya mempunyai nilai – nilai keusahawanan

Page 21: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

5. Menubuhkan LKTP pada tahun 1956 sebagai usaha memperbaiki hidup penduduk luar bandar. Agensi ini kemudiannya ditukar kepada FELDA pada tahun 1971 untuk ditugaskan membuka tanah baharu bagi tujuan penempatan semula, menambahkan hasil pertanian dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.

Page 22: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

ANALISIS

Rancangan Malaya Pertama melibatkan perbelanjaan berjumlah RM1, 100 juta. Daripada jumlah ini, sebanyak 44.5% digunakan untuk pembangunan ekonomi dan bakinya untuk perbelanjaan keselamatan dan pertahanan bagi menghadapi ancaman pengganas komunis.

Page 23: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961-1965)

TUMPUAN

Menyediakan lebih banyak kemudahan asas

Mengalakkan kepelbagaian ekonomi di kawasan luar bandar

Page 24: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961 – 1965)

MATLAMAT

1. Mengurangkan perbezaan taraf hidup antara kawasan2. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk luar

bandar3. Menyediakan kemudahan asas seperti kemudahan

kesihatan, pelajaran serta perumahan penduduk luar bandar

4. Mempelbagaikan kegiatan pertanian dengan menekankan pengeluaran pertanian sebagai tambahan kepada tanaman getah.

Page 25: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

STRATEGI PERLAKSANAAN

Menggalakkan penyertaan rakyat dalam perancangan program pembangunan dan perlaksanaan dan perancangan program oleh kerajaan berdasarkan permintaan masyarakat setempat.

Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyelaraskan kegiatan pembangunan pada peringkat kampung dan daerah melalui sistem Bilik Gerakan.

Bilik Gerakan berperanan mengadakan kawalan rapi terhadap pembangunan ekonomi dengan mengumpulkan segala maklumat tentang perangkaan, peta dan carta yang menunjukkan kemajuan setiap kawasan pembangunan yang dilancarkan .

Page 26: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)

TUMPUAN

1. Pembangunan negara secara menyeluruh yang meliputi semua bidang ekonomi. Program pembangunan negara melalui rancangan ini berasaskan satu rancangan bersepadu berikutan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia

Page 27: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)

MATLAMAT

1. Mengurangkan pergantungan terhadap getah dan bijih timah.

2. Mengadakan peluang pekerjaan sebagai usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran.

3. Meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah.

4. Mempercepatkan integrasi dalam kalangan penduduk dan negeri di Malaysia.

Page 28: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

STRATEGI PERLAKSANAAN

1. Melaksanakan skim pembangunan tanah di luar bandar dengan mengadakan rancangan pembukaan tanah secara besar-besaran di samping menyediakan kemudahan infrastruktur. Bagi melaksanakan program ini, sebanyak RM4, 500 juta telah dibelanjakan untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin di luar bandar.

2. Memberikan bantuan kredit luar bandar untuk mengatasi masalah kekurangan modal bagi mengelakkan para petani daripada ditindas oleh orang tengah. Beberapa institusi ditubuhkan seperti Lembaga Pertubuhan Peladang, Koperasi Luar Bandar dan Bank Pertanian Malaysia.

3. Agensi Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah ditubuhkan bagi menyokong usaha di atas.

Page 29: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

STRATEGI PERLAKSANAAN

4. FELCRA ditubuhkan untuk membantu pembangunan ekonomi luar bandar yang dijalankan oleh FELDA.

5. MARDI pula ditugaskan untuk menjalankan penyelidikan berkaitan dengan pemasaran dan pengeluaran hasil – hasil tanaman kecuali getah.

6. Bagi memajukan bidang perindustrian, pada peringkat awal ini, beberapa langkah diambil iaitu seperti meluluskan Akta Pelaburan 1968 untuk menggalakkan perkembangan industri – industri baharu, menubuhkan Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan memberikan taraf perintis kepada industri – industri baharu yang diberikan pengecualian cukai selama lima tahun.

Page 30: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

ANALISIS

Penghujung Rancangan Malaysia Pertama ini, iaitu pada tahun 1970, pendapatan purata isi rumah Melayu meningkat sedikit iaitu RM172 sebulan. Namun, kadar ini masih jauh dibelakang isi rumah kaum-kaum lain. Pendapatan isi rumah keluarga Cina ialah RM 394 sebulan manakala kaum India RM304 sebulan.

Page 31: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

Pemilikan modal dan harta yang kecil boleh disabitkan sebagai punca kemiskinan. Sebanyak 63% modal negara adalah dimiliki oleh rakyat asing (Malaysia, 1971:46; Malaysia, 1976:99). Lanjutan daripada kelemahan – kelemahan inilah membawa kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971.

Page 32: Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

SEKIAN, TERIMA KASIH…