perkembangan pendidikan di jerman

3
Perkembangan Pendidikan di Jerman & Perancis Pengenalan Perkembangan pendidikan di negara-negara Eropah banyak dipengaruhi oleh perubahan yang berlaku semasa zaman renaisans. Zaman renaisans menyaksikan berlakunya gerakan intelek termasuk di Perancis dan Jerman. A. PENDIDIKAN DI PERANCIS Zaman Pencerahan merupakan permulaan gerakan intelek di Perancis. Revolusi Saintifik mempergiatkan lagi perkembangan bidang pendidikan. Kemajuan dalam bidang percetakan telah memberi impak besar kepada kadar celik huruf. Pendidikan tidak lagi terhad kepada golongan tertentu. Pada tahun 1880, Jules Ferry [Menteri Pelajaran Perancis] telah memperkenalkan sistem pendidikan asas kepada semua golongan. Setiap bandar dan kampung dibina sekolah dan ditempatkan guru yg terlatih. Beliau mewajibkan pendidikan percuma dan bebas dari kawalan gereja. Faktor perkembangan pendidikan di Perancis i. Gelombang renaisans iaitu gerakan intelektual yg bermula di Itali sebelum berkembang ke seluruh Eropah. ii. Revolusi sains yg mencetuskan pemikiran saintifik dan meninggalkan kepercayaan yg dianggap karut. iii. Peranan badan keagamaan / gereja / mubaligh iv. Pengiktirafan kerajaan yg mula sedar tentang kepentingan dan manfaat jika rakyat berpendidikan.

Upload: adzila

Post on 15-Sep-2015

200 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sejarah penggal 1

TRANSCRIPT

Lalala

Perkembangan Pendidikan di Jerman & Perancis

PengenalanPerkembangan pendidikan di negara-negara Eropah banyak dipengaruhi oleh

perubahan yang berlaku semasa zaman renaisans. Zaman renaisans menyaksikan

berlakunya gerakan intelek termasuk di Perancis dan Jerman.

A.PENDIDIKAN DI PERANCISZaman Pencerahan merupakan permulaan gerakan intelek di Perancis.Revolusi Saintifik mempergiatkan lagi perkembangan bidang pendidikan.Kemajuan dalam bidang percetakan telah memberi impak besar kepada kadar celik huruf.

Pendidikan tidak lagi terhad kepada golongan tertentu.Pada tahun 1880, Jules Ferry [Menteri Pelajaran Perancis] telah memperkenalkan sistem pendidikan asas kepada semua golongan.Setiap bandar dan kampung dibina sekolah dan ditempatkan guru yg terlatih.Beliau mewajibkanpendidikan percuma dan bebas dari kawalan gereja.

Faktor perkembangan pendidikan di PerancisGelombang renaisansiaitu gerakan intelektual yg bermula di Itali sebelum berkembang ke seluruh Eropah.

Revolusi sainsyg mencetuskan pemikiran saintifik dan meninggalkan kepercayaan yg dianggap karut.

Peranan badan keagamaan/ gereja / mubaligh

Pengiktirafan kerajaanyg mula sedar tentang kepentingan dan manfaat jika rakyat berpendidikan.

Perubahan dalam keperluan kerjayayg mengkehendaki mereka yg berpendidikan.

Kekangan bagi wanita Perancis dalam bidang pendidikan;Berlaku kekangan pengelibatan golongan wanita dalam pendidikan. Hal ini disebabkan oleh;

Ketaksamaan gender: pendidikan yg diterima oleh kanak2 perempuan adalah terhad berbanding lelaki.

-Contoh 1: kanak2 perempuan tidak dibenarkan mempelajari sains dan politik.

-Contoh 2: Kanak2 perempuan dianggap lemah dan hanya sesuai mempelajari hal berkaitan rumah tangga.

B.PENDIDIKAN DI JERMANPada abad ke-18, Raja Frederick II mewajibkan pendidikan rendah.Pendidikan rendah ini merupakan kursus 8 tahun [kanak2 berumur 5 13 tahun].Golongan elit berpeluang mengikuti sekolah swasta selama 4 tahun di peringkat menengah.Rakyat biasa pula hampir tidak berpeluang mengikuti pendidikan menengah.

Pada tahun 1819, Jerman memperkenalkan sistem pendidikan 3 peringkat.Pendidikan ini menekankan sistem kawalan pemikiran @ minda. Antara peringkat pendidikan yg diperkenalkan ialah;

Sekolah realschule: menekankan pemikiran saintifik.

Sekolah volkschulen: kanak2 diajar tentang keharmonian dan kepatuhan.

Ciri-ciri sistem pendidikan di Jerman ketika itu;Sistem pembacaan ayat secara keseluruhan bagi memudahkan ia dihafal.

Menggantikan sistem abjad pengajaran dengan bunyi @ fonetik. Oleh yg demikian, kanak2 boleh membaca walaupun tidak memahami maksudnya.

Menekankan kehadiran wajib dan tadika mandatori, latihan keguruan, kurikulum kebangsaan dan ujian peringkat nasional.

Pada tahun 1810, Pensijilan guru diperkenalkan untuk menaik taraf pengajaran.Seterusnya, dalam tahun 1871, peperiksaan akhir,abiturdiperkenalkan dan menjadi syarat dalam profesion yg dipelajari atau perkhidmatan awam.

Selepas Jerman bersatu, persekolahan berpusat diperkenalkan.Lebih banyak sekolah menengah ditubuhkan untuk melahirkan anak muda yg berpendidikan.Kerajaan berkuasa mutlak dalam menyelia sekolah2 baru ini.Terdapat 4 jenis sekolah menengah telah dibangunkan iaitu;

KesimpulanPerkembangan pesat pendidikan di Jerman dan Perancis telah melahirkan masyarakat yang celik huruf dan berpengetahuan. Peningkatan kadar literasi membolehkan masyarakat Eropah khususnya menguasai banyak bidang pengetahuan sehingga menjadi negara yang pesat membangun.