penyatuan negara bangsa jerman

Download Penyatuan Negara Bangsa Jerman

Post on 23-Jun-2015

2.331 views

Category:

Education

18 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SEJARAH STPM PENGGAL 1 . My 3rd presentation after a long time..after a few years..I'm back again to share something...hope u guys can gain some knowledge from this..thank you ! * sebab tak bukak adalah kerana lupa password ^^ *

TRANSCRIPT

  • 1. PENYATUAN NEGARA BANGSA JERMAN

2. HASIL PEMBELAJARAN Membincangkan proses penyatuan negara bangsa. 3. Sebelum abad ke-19, Jerman terdiri daripada 360 buah negeri-negeri kecil yang mempunyai pemerintahan sendiri. Menjelang abad ke-19, seluruh benua Eropah termasuk Jerman ditawan oleh tentera Perancis di bawah pemerintahan Napoleon Bonaparte.Napoleon Bonaparte Beliau telah melakukan beberapa perubahan semasa pemerintahannya. 4. Napoleon telah melakukan beberapa perubahan semasa pemerintahannya. Antaranya ialah :-Turunkan takhta raja-raja di EropahKurangkan bilangan negeri-negeri di Jerman dan mencantumkan negerinegeri kecilUbah sempadan negara-negara EropahMerombak semula struktur pemerintahan negeri Eropah Pemerintahan Napoleon berakhir setelah tentera daripada negara-negara Eropah berjaya menewaskan Perancis. 5. Pada tahun 1815, para pemimpin Eropah mengadakan satu persidangan bagi menamatkan Perang Napoleon. Persidangan tersebut dikenali sebagai Kongres Vienna. Keputusan untuk membahagikan Jerman kepada 39 buah negeri disuarakan oleh para pemimpin Eropah. Negeri-negeri tersebut bergabung dalam persekutuan yg longgar yg dikenali sbg Pergabungan Negara Jerman. Antara negeri-negeri yg menyertai pegabungan itu ialah Austria, Prusia, Bavaria dan lain-lain. Pemimpin dari Austria dilantik sbg ketua Pergabungan Negara Jerman.Kongres Vienna 6. LANGKAH LANGKAH KE ARAH PENYATUAN Penubuhan Zollevein Revolusi Jerman 1848 Peranan Otto Von Bismarck 7. Zollevein ialah Kesatuan Kastam yg ditubuhkan di Prusia pada tahun 1818. Ianya ditubuhkan disebabkan perkembangan perdagangan yg pesat berlaku di dalam dan luar negara. Prusia mengenakan cukai kastam ke atas barang yg dimasukkan ke dalam negara. [ bahan mentah yg dibawa masuk tidak dikenakan cukai manakala barang buatan kilang dikenakan cukai import sebanyak 10% ] Berlaku kerumitan sewaktu memungut cukai kerana Prusia bersempadan dgn 28 buah negeri. Pada tahun 1818, Prusia menghapuskan cukai antara wilayah wilayah dalam Prusia bagi menggalakkan aktiviti perdagangan. Tindakan tersebut mendorong negeri-negeri Jerman menyertai kesatuan ekonomi kecuali Austria. Kegiatan perdagangan yg berjalan lancar di seluruh Jerman menyebabkan negeri-negeri Jerman memandang Prusia sbg pemimpin politik. 8. Menjelang tahun 1848, fahaman liberal mula berkembang dalam kalangan penduduk negara Eropah. Golongan liberal menuntut kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar diberikan kepada rakyat . Hal ini menyebabkan tercetusnya pemberontakan terhadap pemerintahan monarki mutlak di beberapa negara Eropah. Perkembangan fahaman liberal ini menyebabkan rakyat Jerman menuntut negeri Jerman disatukan. Raja Frederick William IV mengadakan persidangan kebangsaan di Frankfurt kesan desakan rakyat. Akan tetapi keputusan menyatukan negeri-negeri Jerman mendapat tentangan daripada Austria kerana bimbang kehilangan kuasa sbg pemimpin Pergabungan Negara Jerman. Austria juga menentang atas alasan bimbang pemerintahan raja digulingkan. Pada masa yg sama, Raja Frederick tidak mahu menjadi maharaja bagi negara Jerman atas ancaman Austria. Canselor Austria juga menentang usaha utk menyatukan Jerman. Usaha ini akhirnya menemui kegagalan. 9. Tokoh yang menyatukan negara Jerman Dilahirkan dlm kalangan keluarga bangsawan di Brandenburg, Prusia Beliau menuntut dlm jurusan Undangundang & Sains Politik Pernah berkhidmat dgn Jabatan Perkhidmatan Awam Prusia Mula menguruskan ladang yg dimiliki ayahnya Pada tahun 1847, Bismarck telah dipilih menjadi ahli Parlimen Prusia (Diet Bersatu)Beliau bertindak menentang golongan liberal ketika berkhidmat sbg anggota Parlimen Pada tahun 1849, beliau menentang Perlembagaan Frankfurt dlm Parlimen Prusia 10. Pada 1851, beliau dilantik sbg wakil kerajaan Prusia Beliau juga mempertahankan Konfederasi Jerman yg wujud pd masa itu.Sikap angkuh Austria menyebabkan Bismarck mengamalkan sikap antiAustria Pada tahun 1859, beliau disingkirkan drpd Diet Bersekutu oleh kerajaan baru Beliau dilantik sbg duta Prusia ke Rusia pd tahun 1859 setelah ditamatkan perkhidmatan Setelah itu beliau dihantar utk berkhidmat sbg Duta Prusia di Paris 11. KRISIS PERLEMBAGAAN Menjelang tahun 1862, Raja William I cuba mendapatkan kelulusan daripada Parlimen utk membesarkan angkatan tentera namun tuntutan tersebut diabaikan. Golongan liberal menuntut agar raja dan menteri berada di bawah kawalan Parlimen. Kesannya hubungan antara Raja dgn Parlimen menjadi tegang. Raja William membuat keputusan utk memanggil kembali Bismarck dan melantik beliau sbg Ketua Menteri Prusia. Setelah bergelar Ketua Menteri, Bismarck tidak menghiraukan pandangan yg dikemukakan oleh golongan liberal dlm Parlimen. Beliau juga mendapatkan wang yg diperlukan utk memperbesarkan angkatan tentera drpd pembendaharaan dan mengabaikan bantahan Parlimen. 12. MATLAMAT BISMARCK Antara matlamat utama beliau ialah :Mengukuhkan dominasi Prusia di utara Jerman Mengekang pengaruh Austria dlm hal ehwal JermanMenetang liberalisme dan demokrasiMengekang kebebasan akhbarBeliau ingin menguasai negara-negara Jerman yg terletak di utara Sungai Main. Beliau tidak suka Austria campur tangan dlm hal ehwal Jerman. Beliau juga memujuk raja Prusia agar tidak menghadiri persidangan raja-raja di Austria. Beliau juga memperbaharui perjanjian Zollverein. Bismarck dari awal menentang golongan yang mengamalkan fahaman liberal dan demokrasi. Beliau juga mengambil langkah mengekang kebebasan akhbar. 13. Main River in Wurzburg 14. PENDEKATAN BISMARCK Bismarck merupakan seorang yg bijak mengatur sesuatu situasi demi mencapai matlamatnya. Antara taktik yg digunakan oleh beliau adalah :~ DASAR MEMENCILKAN MUSUH ~ Beliau menggunakan kebijaksanaan diplomasi bg memastikan Austria (1866) dan Perancis (1870) tidak mempunyai rakan sekutu. Menjalinkan hubungan baik dgn negara-negara yg menjadi sekutu kpd musuhnya. ~ MENGGUNAKAN KUASA TENTERA SECARA EFEKTIF ~ Beliau bergantung kpd kekuatan tentera Prusia dlm medan peperangan bagi mencapai matlamatnya. Menggunakan pendekatan darah dan besi bg mencapai matlamatnya. 15. PENYATUAN JERMAN OLEH BISMARCK Penyatuan Jerman oleh BismarckPeringkat Pertama (1864 1870)Peringkat Kedua (selepas 1871) Pada peringkat pertama beliau melancarkan perperangan menentang negara asing yg menguasai negeri-negeri Jerman. Pada peringkat kedua, beliau bertindak mengukuhkan negeri-negeri yg dibebaskan oleh kuasa asing. 16. Bismarck telah melancarkan peperangan menentang Denmark, Austria dan Perancis. Sebelum berperang beliau bertindak mengukuhkan angkatan tenteranya dgn memberi latihan yg cukup bg menghadapi musuh. Beliau juga menyediakan senjata-senjata moden. Bismarck bertindak dgn bijak ketika melancarkan peperangan terhadap Denmark, Austria dan Perancis. Beliau tidak melancarkan perang pada masa yg sama. Sebelum melancarkan sesuatu perang tersebut, beliau terlebih dahulu menentukan dgn cara diplomasi yg bijak agar negeri-negeri lain tidak bersatu menentangnya. *DASAR DIPLOMASI sebuah hubungan yg dilakukan antara negara secara negosiasi yg bertujuan mengetengahkan kepentingan sesuatu negara dgn cara damai dan apabila tidak berhasil dlm tujuan yg diinginkan maka ia menggunakan kekerasan spt berperang. 17. PEPERANGAN DENGAN DENMARK Peperangan pertama Bismarck terhadap Denmark berlaku pd tahun 1864 atas isu daerah Schleswig dan Holstein. Kedua-dua daerah ini berada di bawah pemerintahan raja Denmark (Raja Christian IX) Pada tahun 1863, kerajaan Denmark mengeluarkan perlembagaan baru utk menyatukan negeri-negeri tersebut dgn Denmark tetapi ia bertentangan dgn tujuan Bismarck yg ingin menyatukan negeri tersebut dgn Jerman. Bismarck menuntut supaya Denmark kembalikan Schleswig dan Holstein kpd Jerman namun Denmark enggan berbuat demikian. Kesannya Bismarck lancarkan perang. Sebelum berperang, Bismarck menggunakan pendekatan diplomasi dgn mengajak Austria membantu Prusia dan akhirnya Prusia berjaya dgn mudah. 18. Austria diberi hak mentadbir Holstein manakala Prusia mentadbir Schleswig. Keputusan ini ialah kesan drpd Perjanjian Gastein (20 Ogos 1865) Kemenangan tersebut memberi beberapa kesan. Antaranya ialah : Kuasa-kuasa Eropah mula sedar akan kekuatan tentera Prusia. Kaedah menyelesaikan tuntutan selepas perang ke atas kedua-dua daerah di Denmark itu boleh dijadikan alasan oleh Bismarck utk berperang dgn Austria. 19. PEPERANGAN DENGAN AUSTRIA Setelah mengalahkan Denmark, beliau mengalihkan tumpuan kpd Austria dan melancarkan peperangan bg mengurangkan kuasa dan pengaruh negara itu. Wilayah jajahan Jerman berada di bawah penguasaan Austria dan Bismarck menganggap ia sbg penghalang rancangannya utk menyatukan negara Jerman. Sebelum melancarkan perang, Bismarck menggunakan kebijaksanaannya bg memujuk Perancis, Itali dan Rusia agar menyokongnya. Dengan menggunakan dasar diplomasi, beliau berjaya memencilkan Austria. Beliau menuduh Austria memberi layanan buruk kpd orang Jerman di negaranya sbg langkah memulakan perang. Bismarck mendapatkan persetujuan Raja Prusia bg menyerang Austria. Ketua tentera juga berpihak kepadanya. Bagaimanapun, Bismarck menghadapi masalah di Parlimen (Diet Bersekutu) kerana mereka menentang tindakan beliau. 20. Bismarck menggunakan tipu daya menentang Austria di Holstein. Beliau menuduh Austria melanggar Perjanjian Gastein. Prusia menghantar tenteranya ke Holstein pada tahun 1866 dan tentera Austria diusir dari wilayah tersebut. Peperangan Prusia-Austria ini mengambil masa selama tujuh minggu (Perang Tujuh Minggu) Satu perjanjian ditandatangani antara Prusia dan Austria pd tahun 1866, iaitu Perjanjian Prague. Menurut perjanjian tersebut :a) Austria dikehendaki menyerah kembali Holstein kpd Prusia b) Austria juga dikehendaki serahkan kembali Venetia kpd Itali Dengan kemenangan ini, Bismarck menyatukan negeri-negeri Jerman di utara dan menamakannya Pergabungan Jerman Utara. 21. PEPERANGAN DENGAN PERANCIS