perkembangan pendidikan islam di malaysia

21
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIDIKAN ISLAM NAMA GURU PELATIH: SITI AISAH IBRAHIM NUR ATIKAH SHAHRUDDIN SITI NUR SYAHIRAH MOHD SUKRI FATIN NUR ALYANI SUKUR NAMA PENSYARAH: PN. SODAH BT HJ AHAMAD

Upload: kebahagiaanaisyah

Post on 02-Aug-2015

130 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia

PIM 3101PENGENALAN

KURIKULUM PENDIDIDIKAN ISLAM

NAMA GURU PELATIH: SITI AISAH IBRAHIMNUR ATIKAH SHAHRUDDINSITI NUR SYAHIRAH MOHD SUKRI

FATIN NUR ALYANI SUKUR

NAMA PENSYARAH: PN. SODAH BT HJ AHAMAD

Page 2: Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI

MALAYSIA HINGGA KINI(Selepas Merdeka)

Page 3: Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia

PENYATA RAHMAN TALIB (1960)

LAPORAN HUSSEIN ONN (1971)

AKTA PELAJARAN (1961)

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA SELEPAS MERDEKA

Page 4: Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia

PENDIDIKAN ISLAM SELEPAS MERDEKA

• Pendidikan Islam telah berjalan di bawah zaman penjajahan selama lebih 400 tahun sehinggalah wujud Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960 (Zainal Abidin Abdul Kadir 1995)

• Dalam kedua-dua penyata tersebut, pendidikan Islam telah dibicarakan untuk diletakkan “bersama” di dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

• Akta Pelajaran 1961 telah memasukkan mata pelajaran agama Islam di dalam jadual waktu dengan peruntukkan masa belajar nya sebanyak 120 mnt seminggu.

Page 5: Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia

Penyata Rahman Talib 1960• Satu Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran

Kebangsaan telah ditubuhkan pada Jun 1960 dan dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.

• Tanggungjawab jawatankuasa tersebut adalah:- Menyemak semula pelaksanaan Dasar Pelajaran

Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Penyata Razak.

Memperbaiki sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu.

Page 6: Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia

Antara cadangan-cadangan Penyata Rahman Talib :-

Menghapuskan semua sekolah rendah yang menggunakan bahasa ibunda dan digantikan dengan sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.Pendidikan secara percuma di sekolah rendah.Peperiksaan penilaian Darjah 5 diwujudkan.Pendidikan moral dititik beratkan.Pelajaran Agama Islam diajar jika terdapat 15 orang murid sekurang-kurangnya.Program latihan perguruan diberi penekanan.

Page 7: Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia

Akta Pelajaran 1961• Satu dasar pendidikan Persekutuan

bertujuan untuk menubuhkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang akan memupuk perkembangan kebudayaan, ekonomi, dan politik negara ini.

• Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

• Hanya aspek-aspek yang berkaitan dengan tahap pendidikan dan pengajian Pendidikan Islam diberi tumpuan.

Page 8: Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia

ASPEK HURAIAN

Tahap Pendidikan Terdiri daripada :-Pendidikan tahap rendah.Pendidikan tahap menengah rendah.Pendidikan tahap menengah atas.Pendidikan di institusi pendidikan.

Pendidikan Rendah Wajib bagi semua kanak-kanak yang mencapai umur persekolahan.

Diberi secara percuma. Ditawarkan di sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah

jenis kebangsaan.

Pendidikan Menengah Ditawarkan di sekolah-sekolah :-Menengah rendah biasa.Menengah atas biasa.Menengah atas trade.Menengah atas teknik.Menengah atas vokasional.Menengah yang diluluskan oleh Menteri Pelajaran.

Pendidikan Islam Ditawarkan jika terdapat 15 orang atau lebih murid yang beragama Islam.Diajar oleh guru-guru agama terlatih.Diadakan sekurang-kurangnya 2 waktu seminggu pada waktu persekolahan.

Page 9: Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia

Laporan Hussein Onn (1971)

Diketuai oleh Hussein Onn, Menteri Pelajaran ketika itu.

Tujuannya ialah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur persekolahan.

Menurut Laporan Hussein Onn (1971)“ Sistem pendidikan kebangsaan direka

bentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya,

sosial, ekonomi dan politik. Mulai 1968, Bahasa Melayu telah mula menggantikan

Bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai bahasa penghantar di sekolah-sekolah

aliran Inggeris.”

Page 10: Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia

Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara. Ini di atas rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang amat penting dan penguasaan bahasa itu boleh mempertingkatkan pembangunan negara.

“Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolah kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi dan

perdagangan dan juga hal- ehwal antarabangsa. Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi

menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi

latihan untuk hasil yang baik. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua.”

Page 11: Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji

Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 • September 1974, satu Jawatankuasa Kabinet yang

dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan Timbalan Menteri Pelajaran (Tun) Dr. Mahathir Mohamad telah ditubuhkan.

• Tujuan jawatankuasa ini ditubuhkan ialah:Untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan sekarang, dengan tujuan memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan ini memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih.

Page 12: Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia

Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kabinet

• Pembentukan masyarakat Malaysia yang bermoral dan berdisiplin.

• Masa untuk pelajaran agama Islam ditambah dan pendidikan Islam perlu diajar di maktab perguruan.

• Mata pelajaran agama Islam/ Tamadun Islam diajar di pusat pengajian tinggi.

• Universiti Islam hendaklah diwujudkan & mata pelajaran agama Islam wajib diambil dalam peperiksaan awam.

• Cadangan telah diterima oleh pemerintah dan segala tuntutan menjadi kenyataan pada akhir tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an.

Page 13: Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia

KESIMPULAN• Akhir tahun 1980-an merupakan tahun reformasi dan

penjelmaan kembali pendidikan Islam dalam Sistem Pendidikan Negara.

• FPN telah menjadikan “kepercayaan kepada Tuhan” sebagai teras dan dasar penjurusan segala aktiviti pendidikan.

• FPN telah meletakkan “pembinaan insan seimbang” dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani ke arah melahirkan insan sepadu yang tunduk dan patuh kepada Tuhan.

• Wujud SMKA, kelas aliran agama di sekolah-sekolah menengah kebangsaan dan wujudnya mata pelajaran elektif seperti Tasawur Islam.

Page 14: Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia

SISTEM PENDIDIKAN ISLAM HINGGA KINI

• Kewujudan institusi pendidikan agama atau sekolah agama (Arab) dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan atau Majlis Agama Islam Negeri, Kementerian Pendidikan, biaya sendiri oleh individu/lembaga pengurus.

• Dari segi pentadbiran boleh dibahagikan kepada 3 :

1. Sek. Men. Keb. Agama (SMKA)2. Sek. Agama Kerajaan Negeri (SAN)3. Sek. Agama Rakyat (SAR)

Page 15: Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia

1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

• Dikelola oleh Kementerian Pendidikan• Semua urusan ditadbir mengikut susunan tertentu melalui

pejabat pendidikan dari peringkat daerah hingga peringkat negeri dan pusat

• Keputusan utama dan dasar dibuat oleh kementerian

2. Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN) Dikelola oleh Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri Di sesetengah negeri , SAN diletakkan di bawah badan tertentu

yang bertanggungjawab menggubal dasar serta mentadbir sekolah berkenaan

Misalnya di Kelantan, SAN diselenggara oleh Yayasan Islam Kelantan

Page 16: Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia

3. Sekolah Agama Rakyat (SAR)• Dikendalikan oleh rakyat dari segi pentadbiran, kewangan,

perguruan, sukatan pelajaran dan lain- lain. • Dikelola oleh lembaga/jawatankuasa sekolah masing-masing.• Menurut Undang2 Pentadbiran Agama Islam di sesetengah

negeri, Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri bertanggungjawab ke atas pelajaran Agama Islam.

• SAR digalakkan supaya mendaftar dengan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri untuk memudahkan pihak kerajaan menyalurkan apa2 bantuan dan nasihat kepada sekolah2 berkenaan.

• Peperiksaan bagi mata pelajaran Agama di SMKA diuruskan oleh Kementerian Pendidikan & sijil2 dikeluarkan oleh kementerian tersebut.

• Peperiksaan pelajaran agama Islam di SAN & SAR dikendalikan oleh Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri masing2.

Page 17: Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia

• Lahirnya Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)- Peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi membolehkan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al- Azhar dan yang setaraf dengannya.

- Peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau semasa di Tingkatan Enam.

Page 18: Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia

Mata pelajaran yang diambil untuk STAM:-

• S101 – Hifz Al-Qur’an dan Tajwid• S102 – Fiqh• S103 – Tauhid dan Mantiq (ilmu akal logik)• S104 – Tafsir dan Ulumuhu• S105 – Hadith dan Mustolah• S106 – Nahu (tatabahasa) dan Sarf• S107 – Insya’ dan Mutalaah• S108 – Adab dan Nusus• S109 – ‘Arudh dan Qafiyah• S110 – Balaghah (kesusateraan)

Page 19: Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia

• Wujudnya program j- QAF.- Usaha memperkasakan Pendidikan Islam

melalui penekanan khusus dalam pengajaran jawi, al- Quran, B. Arab dan fardu ain yang dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah.

- Objektif:-1. Menguasai bacaan dan tulisan jawi.2. Khatam al- Quran.3. Menguasai B. Arab.4. Memantapkan dan menghayati amalan fardu

ain.

Page 20: Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia

RUJUKAN

• http://ms.wikipedia.org/wiki/Sijil_Tinggi_Agama_Malaysia

• Kurikulum, Metadologi dan Pedagogi Pengajian Islam- Ahmad Mohd Salleh (2011)

Page 21: Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia

SEKIAN…

TERIMA KASIH