psz 19:16 (pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau...

26
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab atau tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP TAHAP KETANGKASAN PEMAIN- PEMAIN BOLA SEPAK PASUKAN JOHOR (PBNJ), BAWAH 18 TAHUN SEBELUM DAN SELEPAS MENGIKUTI PROGRAM LATIHAN FIZIKAL BAGI MEREBUT PIALA MILO 2003 SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya: SITI ROHAIZAT BINTI ABDUL WAHAB ( HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 41 KG SG BADAK, TN. HJ ABDUL HAMID BIN RAHABAH 09700 KARANGAN, KULIM, NAMA PENYELIA KEDAH DARUL AMAN. Tarikh: 20 FEBRUARI 2004 Tarikh: 20 FEBRUARI 2004

Upload: doannhu

Post on 10-Mar-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab atau tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : KAJIAN TERHADAP TAHAP KETANGKASAN PEMAIN-

PEMAIN BOLA SEPAK PASUKAN JOHOR (PBNJ), BAWAH 18 TAHUN SEBELUM DAN SELEPAS MENGIKUTI PROGRAM LATIHAN FIZIKAL BAGI MEREBUT PIALA MILO 2003

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya: SITI ROHAIZAT BINTI ABDUL WAHAB

( HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh __________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 41 KG SG BADAK, TN. HJ ABDUL HAMID BIN RAHABAH 09700 KARANGAN, KULIM, NAMA PENYELIA KEDAH DARUL AMAN. Tarikh: 20 FEBRUARI 2004 Tarikh: 20 FEBRUARI 2004

Page 2: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

“Saya akui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.

Tandatangan : ……………………………

Nama Penyelia : Tuan. Hj. Abdul Hamid bin Rahabah

Tarikh : 20 Februari 2004

Page 3: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

KAJIAN TERHADAP TAHAP KETANGKASAN PEMAIN-PEMAIN BOLA

SEPAK PASUKAN JOHOR (PBNJ), SEBELUM DAN SELEPAS MENGIKUTI

PROGRAM LATIHAN FIZIKAL

SITI ROHAIZAT BINTI ABDUL WAHAB

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 4: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

Saya akui karya ini hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………………….

Nama : Siti Rohaizat binti Abdul Wahab

Tarikh : 20 Februari 2004

Page 5: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

iii

Dedikasi

“Alhamdulillah, kepadaMU ilahi kupanjatkan kesyukuran”

Buat ibu dan ayah yang disayangi dan sentiasa diingati

“ Segala jasa dan pengorbananmu selama ini amat kuhargai, hanya doa kepada yang

ESA yang mampu kuhadiahkan sebagai balasan untukmu berdua yang sangat kukasihi”

Kepada abang-abangku yang jauh di mata

“Segala nasihat dan ilmu yang diberikan terpahat didada, akan kusimpan agar dapat

dijadikan pedoman hidupku. Jutaan terima kasih kuucapkan kepada kalian berdua”

Untuk yang tersayang

Mohamad Noh bin Hj. Omar

“ Sokongan dan doronganmu menguatkan semangatku untuk terus berusaha dan

berjaya, tq very much sayang”

Dan buat kawan-kawanku sekalian,

“ Terima kasih atas segalanya. Tanpa kalian semua, siapalah aku di bumi UTM ini”

Page 6: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

iv

PENGHARGAAN

Dengan rasa rendah diri penulis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada penyelia tesis, Tuan Haji Abd. Hamid bin Rahabah di atas segala

nasihat dan tunjuk ajar serta kerjasama yang telah beliau berikan dalam usaha

menyelesaikan penyelidikan ini.

Seterusnya, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ibubapa saya yang

banyak menyokong serta memberi dorongan kepada bagi menyelesaikan penyelidikan

yang dijalankan ini.

Penghargaan dan ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada Persatuan Bola

Sepak Johor, pengurus pasukan, jurulatih serta pemain-pemain bola sepak bawah 18

tahun yang akan mewakili Johor bagi Kejohanan Piala Milo 2003 yang telah

memberikan kerjasama kepada saya dalam menjayakan penyelidikan ini.

Tidak lupa juga kepada individu-individu yang telah terlibat sama ada secara

langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini. Doa dan harapan saya

agar segala jasa dan bakti yang telah diberikan, Allah jua yang memberkatinya.

Page 7: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

v

ABSTRAK

Kajian yang berbentuk eksperimental ini bertujuan untuk mengukur dan melihat

kesan program latihan fizikal yang diberikan oleh jurulatih terhadap peningkatan

ketangkasan seseorang pemain bola sepak. Subjek terdiri daripada 20 orang pemain bola

sepak PBNJ di mana kesemua mereka adalah subjek lelaki dan berusia antara 16 tahun

hingga 18 tahun. Min umur bagi kesemua subjek tersebut ialah 17 tahun. Kesemua

subjek merupakan pemain bola sepak bawah 18 tahun yang mewakili negeri Johor ke

Kejohanan Piala Milo 2003. Ujian Larian Boomerang diberikan kepada subjek untuk

mengukur dan melihat tahap ketangkasan subjek. Subjek dikehendaki berlari mengikut

‘trek’ atau laluan yang telah ditetapkan di mana terdapat beberapa biji kon yang telah

ditetapkan kedudukannya yang berfungsi sebagai petunjuk landasan larian bagi ujian ini.

Hasildapatan ini mendapati terdapat perbezaan yang signifikan ( p < 0.05 ) di antara

ujian pra dan ujian pos.

Page 8: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

vi

ABSTRACT

This experimental study was an attempt to measure and to see the effect of

program training for the football player’s agility. There were 20 male subjects involved

in this study. Their age ranges from 16 to 18 years and their mean age is 17 years old.

All the subjects in this study have been represented Johor in the FAM Youth Cup 2003.

Boomerang Agility Run Test has been used to measure and see the level agility among

the subject. All the subjects need to run on the test track and there were cones that have

been place to guide the subjects during the test. The result from this study showed that

there have a significant different (p<0.05) between the pre test and post test.

Page 9: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Isi Kandungan vii-x

Senarai Jadual xi-xii

Senarai Rajah xiii-xiv

Senarai Lampiran xv

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 8

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Persoalan Kajian 10

1.5 Kepentingan Kajian 10

1.5.1 Pengkaji 10

Page 10: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

viii

1.5.2 Jurulatih dan PBNJ 11

1.5.3 Atlit 11

1.6 Objektif Kajian 12

1.7 Limitasi Kajian 12

1.8 Hipotesis Kajian 13

1.9 Definisi Operasional 14

a) Ketangkasan 14

b) Program Latihan Fizikal 14

c) Ujian Ketangkasan 14

d) Pemain-pemain Bola Sepak 14

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Kajian Yang Berkaitan 18

2.3 Rumusan 27

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 29

3.3 Persampelan 29

3.4 Instrumen Kajian 30

3.4.1 Lokasi Kajian 30

3.4.2 Alat Pengukuran Kajian 30

3.5 Prosedur Ujian 31

3.6 Pembolehubah Kajian 34

3.7 Kaedah Penganalisaan Data 35

Page 11: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

ix

IV PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan 37

4.2 Penganalisaan Deskriptif 38

4.2.1 Analisis Biodata Subjek 38

4.2.2 Analisis Tahap Ketangkasan

Subjek 43

4.2.3 Paparan Skor Ketangkasan Bagi

Setiap Subjek 50

4.3 Penganalisaan Inferensi

4.3.1 Analisis Ujian-t 70

V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 72

5.2 Ringkasan Kajian 73

5.3 Masalah-masalah Yang Dihadapi 77

5.3.1 Subjek 77

5.3.2 Cuaca 78

5.3.3 Padang 78

5.4 Cadangan 78

5.4.1 Persampelan 79

5.4.2 Kesugguhan Subjek Kajian Patut

Dikawal 79

5.4.3 Kelengkapan Diri Subjek 79

5.4.4 Program / Jadual Latihan 80

5.4.5 Ujian Diperbanyakkan 81

5.4.6 Kajian Dijalankan Secara Berterusan

Meliputi Ketiga-tiga Fasa 81

Page 12: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

x

5.5 Kesimpulan 82

RUJUKAN 83-85

LAMPIRAN 86-101

Page 13: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Norma Ujian Larian Boomerang 35

4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Subjek Mengikut Umur 38

4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Subjek Mengikut Berat

Badan 40

4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Subjek Mengikut Ketinggian 41

4.4 Perbandingan Skor Bagi Ketangkasan Subjek Di Antara

Ujian Pra dan Ujian Pos 43

4.5 Perbandingan Frekuensi Tahap Ketangkasan Subjek Dalam

Ujian Pra dan Ujian Pos 45

4.6 Pengkelasan Tahap Ketangkasan Subjek Berdasarkan Norma

Skor Bagi Ujian Larian Boomerang 48

4.7 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 01 50

4.8 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 02 51

4.9 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 03 52

4.10 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 04 53

4.11 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 05 54

4.12 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 06 55

4.13 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 07 56

4.14 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 08 57

Page 14: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

xii

4.15 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 09 58

4.16 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 10 59

4.17 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 11 60

4.18 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 12 61

4.19 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 13 62

4.20 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 14 63

4.21 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 15 64

4.22 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 16 65

4.23 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 17 66

4.24 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 18 67

4.25 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 19 68

4.26 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 20 69

4.27 Analisis Ujian-t Ketangkasan Subjek Pada Ujian Pra dan Ujian

Pos 70

Page 15: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Ujian Larian Boomerang (Gates and Sheffield) 33

4.1 Peratusan Subjek Mengikut Umur 39

4.2 Peratusan Subjek Mengikut Berat Badan 41

4.3 Peratusan Subjek Mengikut Ketinggian 42

4.4 Perbandingan Skor Bagi Ujian Pra dan Ujian Pos 45

4.5 Perbandingan Peratusan Tahap Ketangkasan Subjek Dalam

Ujian Pra dan Ujian Pos 47

4.6 Peratus Peningkatan Bagi Setiap Subjek 49

4.7 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 01 50

4.8 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 02 51

4.9 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 03 52

4.10 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 04 53

4.11 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 05 54

4.12 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 06 55

4.13 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 07 56

4.14 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 08 57

4.15 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 09 58

4.16 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 10 59

Page 16: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

xiv

4.17 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 11 60

4.18 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 12 61

4.19 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 13 62

4.20 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 14 63

4.21 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 15 64

4.22 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 16 65

4.23 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 17 66

4.24 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 18 67

4.25 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 19 68

4.26 Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Subjek 20 69

4.27 Lengkungan Normal Ujian-t Ketangkasan Subjek Bagi Ujian

Pra dan Ujian Pos 71

Page 17: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Litar Ujian Larian Ketangkasan Boomerang 86

B Prosedur Ujian 87

C Rekod Kecergasan Diri Dan Borang Skor 88

D Jadual Bagi Program Latihan 90

E Skor Mentah Ketangkasan 93

F Analisis SPSS 94

G Jadual Nilai Kritikal 101

Page 18: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bola sepak boleh dianggap sebagai sukan yang paling popular di dunia pada

masa kini. Walaupun demikian asal usul permainan ini masih kabur tentang negara atau

di manakah bermulanya permainan ini. Mengikut sejarah sukan ini, pada tahun 2000

S.M terdapat orang Mesir yang melibatkan diri dalam permainan menendang bola.

Begitu juga di negara-negara tamadun awal seperti China, Greek, dan Empayar Rome

ada catatan sejarah yang menceritakan tentang permainan di mana pemain-pemain

menyepak bola. Adalah dipercayai dari Rome permainan bola sepak diperkenalkan ke

England pada abad ke – 9. Sungguhpun demikian, perkembangan pesat permainan bola

sepak sebagai satu sukan hanya bermula pada abad ke – 19.

Persatuan Bola Sepak England yang ditubuhkan pada tahun 1863 merupakan

pertubuhan bola sepak yang pertama di dunia. Piala F.A yang diperkenalkan pada tahun

1871 untuk pemain amatur telah membuka pintunya kepada pemain professional pada

Page 19: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

2

tahun 1885. Peraturan sebelas pemain untuk satu pasukan ditetapkan pada tahun 1870.

Di peringkat antarabangsa badan induk bola sepak dunia iaitu Persatuan Bola Sepak

Antarabangsa atau yang lebih dikenali sebagai FIFA ( Federation of International

Football Associations ) ditubuhkan di Paris pada tahun 1904. Pertandingan bola sepak

piala dunia yang berlangsung empat tahun sekali adalah pertandingan bola sepak yang

paling berprestij di peringkat antarabangsa. Uruguay telah menjadi tuan rumah

pertandingan piala dunia yang pertama pada tahun 1930.

Di Malaysia, permainan bola sepak telah dibawa masuk ke negara ini oleh askar

British pada abad ke – 19 ketika mereka datang bertugas. Kini, bola sepak adalah

permainan yabg paling popular di kalangan pelajar lelaki dan kaum belia di negara kita.

Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM ( Fooball Association of Malaysia ) yang

ditubuhkan pada tahun 1927 adalah badan bola sepak kebangsaan yang mengawal

perkembangan permainan bola sepak di seluruh Malaysia melalui persatuan bola sepak

di peringkat negeri. Pesta Bola Merdeka, Piala FAM, Piala Malaysia dan Liga Semi –

Pro adalah antara beberapa pertandingan yang dianjurkan oleh FAM.

Dalam membangun dan meningkatkan mutu permainan bola sepak, pelbagai

langkah diambil dan dijalankan bagi meraih sesuatu kejayaan atau sasaran dalam sesuatu

pertandingan. Secara umumnya, setiap pemain bola sepak seharusnya mempunyai ciri-

ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang pemain yang berjaya. Selain dari faktor

semulajadi, faktor utama yang penting iaitu faktor kecergasan fizikal perlu diambil kira

bagi membolehkan seseorang pemain bola sepak itu bermain dengan cemerlang dan

mendapat kepuasan bermain sepenuhnya. Bagi mencapai matlamat ini, seharusnya kita

memiliki pengetahuan dan pendekatan yang lebih efektif dan tersusun agar

pembangunan dan penyelidikan lebih berlandaskan kepada prinsip-prinsip sains sukan.

Aspek-aspek dan faktor-faktor genetik, biomekanik sukan, program latihan, aspek

psikologi serta motivasi perlu diberikan penekanan utama. Faktor-faktor ini memainkan

Page 20: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

3

peranan yang amat penting dalam menentukan kejayaan seseorang pemain atau sesebuah

pasukan bola sepak itu sendiri.

Tahap ketangkasan yang baik amat diperlukan dalam permainan bola sepak. Ini

kerana setiap pemain harus peka terhadap pergerakan bola. Ia secara tidak langsung

mendorong mereka melakukan pergerakan kaki dan badan dengan cepat dan pantas

untuk mengejar bola tersebut. Pemain perlu berlari untuk mendapatkan bola yang diberi

oleh rakan sepasukan atau untuk mengejar pasukan lawan yang merampas bola yang

dibawa. Kadangkala setiap hantaran dan tendangan yang dilakukan oleh penjaga gol

adalah tidak menentu arahnya, ditambah pula di dalam keluasan padang yang agak

besar. Jadi pemain harus bersedia dari segi fizikal dalam konteks pergerakan tubuh

badannya. Bagi pemain yang mempunyai tahap ketangkasan yang tinggi sudah tentu

dapat menyelamatkan keadaan dengan memastikan bola yang dihantar oleh penjaga gol

tidak terlepas ke pihak lawan. Misalnya bagi pemain penyerang dan pemain pertahanan

perlu bertindak pantas terhadap rangsangan bola sama ada untuk mengawal,

menjaringkan gol ataupun semasa menghalang pihak lawan daripada menjaringkan gol.

Situasi yang melibatkan penguasaan tahap ketangkasan yang baik ialah bagi penjaga gol

apabila perlu merebahkan badannya untuk menepis bola yang dirembat oleh pemain

lawan dan kemudian bangun untuk menepis bola yang datang kembali jika tepisan

pertama tadi melantun semula ke arah pihak lawan. Keadaan ini menunjukkan

kepantasannya mengubah kedudukan dan arah pergerakannya dengan pantas dan licin.

Situasi yang sama juga mungkin berlaku terhadap pemain-pemain di posisi lain di mana

mereka perlu menggunakan tahap ketangkasan masing-masing untuk mengejar,

membawa dan mengawal bola. Jadi, sumbangan dan peranan pemain di semua posisi

amat penting bagi memastikan sesebuah pasukan itu berjaya.

Di dalam permainan bola sepak atau permainan berpasukan yang lain, semua

pemain harus berkerjasama dan bergabung tenaga untuk memperolehi kejayaan.

Kejayaan tidak akan dicapai sekiranya sesebuah pasukan itu hanya bergantung kepada

Page 21: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

4

tenaga dan kebolehan individu-individu tertentu sahaja di dalam pasukan tersebut. Oleh

itu, setiap pemain perlu menguasai semua kemahiran dengan baik di samping

mempunyai tahap kecergasan fizikal yang lengkap seperti daya tahan kardiovaskular,

kekuatan, daya tahan otot, kelembutan, imbangan, masa tindak balas dan sebagainya.

Bagi pemain bola sepak yang dapat menguasai kemahiran-kemahirannya dengan baik

perlulah disertakan dengan tahap ketangkasan yang tinggi. Tanpa ketangkasan

pergerakannya, seseorang pemain itu tidak mungkin mempunyai peluang bagi menunjuk

atau menggunakan kemahiran yang dikuasainya itu. Justeru itu, jika seseorang pemain

bola sepak berhasrat untuk menjadi pemain yang mempunyai kemampuan untuk

bergerak khususnya untuk mengubah arah pergerakan tubuh badan dengan baik ke

pelbagai arah ketika bermain maka dia harus memberi penekanan terhadap ketangkasan

pergerakannya. Secara tidak langsung ia telah meningkatkan kemampuan seseorang

pemain itu dari segi kawalan dan penguasaan kawasan padang. Bagi membolehkan

seseorang pemain bertahan dengan prestasi permainan yang sama sepanjang tempoh

perlawanan, maka pemain-pemain memerlukan tahap kecergasan fizikal yang tinggi

yang memerlukan mereka mengikuti program latihan fizikal dengan betul dan

bersungguh-sungguh bermula dari awal lagi.

Program latihan fizikal yang perlu diikuti oleh pemain-pemain bola sepak

mestilah merangkumi semua aspek kecergasan seperti kekuatan, kuasa, daya tahan otot,

daya tahan kardiovaskular, fleksibiliti, kordinasi dan ketangkasan khususnya.

Menyentuh mengenai ciri-ciri yang disebutkan di atas, ia sebenarnya dirangkumkan

sebagai kebolehan motor seseorang. Pernahkan anda melihat seorang peninju bergerak

dengan tangkas untuk mengelakkan daripada serangan lawan dan membalas tumbukan

dengan cepat serta ke kiri, ke kanan, ke depan dan ke belakang untuk mengacah lawan

dengan tumbukannya?. Pergerakannya yang tangkas dapat menyelamatkan diri sekaligus

menyerang lawan tanpa lawan sempat berfikir dan mengelak. Ataupun pernah melihat

pemain tennis bergerak ke kiri, kanan, depan dan belakang untuk menyelamatkan bola?

Dan pernahkah anda melihat situasi dalam aktiviti harian di mana seorang konduktur bas

bergerak ke hadapan, ke belakang, ke kiri serta ke kanan dengan cepat untuk memungut

Page 22: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

5

wang sebelum penumpang turun dalam keadaan bas yang sedang bergerak? Apa yang

dapat dilihat secara kasar dari pertanyaan-pertanyaan di atas adalah keupayaan

pergerakan dalam pelbagai arah dengan cekap dan pantas. Bagi memperolehi pergerakan

tersebut, ia memerlukan latihan yang kerap, tersusun dan berterusan. Terdapat beberapa

faktor yang mempengaruhi atau membolehkan sesuatu pegerakan itu dapat dilakukan

dengan sempurna iaitu keseimbangan, kuasa, masa reaksi dan koordinasi otot. Selain itu,

faktor-faktor utama lain yang dikenalpasti ialah pengetahuan berkenaan dengan motor,

saiz badan, ketinggian, berat, daya, keseimbangan dan ketangkasan.

Fenomena ketangkasan ini adalah untuk bertindak terhadap rangsangan yang

diterima di samping penggunaan sistem tenaga anaerobic ATP ( Adenesine

Triphosphate). Ini bersesuaian dengan bentuk asal lakuan permainan ini iaitu ‘berhenti

dan pergi’ atau ‘stop & go’. Misalnya bagi pemain penyerang yang sepantas mungkin

membawa bola ke kawasan gol lawan sebaik sahaja mendapat umpanan dari pemain

pertahanan. Tindakan yang cepat dan pantas akan membuahkan hasil. Ataupun situasi

dimana pemain membuat tendangan sudut yang mengkehendaki pemain pasukannya

bersedia dan dengan pantas dan tangkas cuba melakukan percubaan gol pada sasaran

yang tepat. Situasi ini dapat memperlihatkan satu tindakan atau tingkahlaku yang normal

seseorang terhadap kebolehan sebahagian atau keseluruhan anggota badan bertindak

sebaik sahaja menerima rangsangan.

Seorang ahli sukan yang mempunyai tahap ketangkasan yang baik mestilah

berupaya mengubah kedudukan badan dengan cepat disamping mengawal pergerakan

dan mengekalkan keseimbangan badan. Oleh itu, bagi pemain bola sepak yang

mempunyai tahap ketangkasan yang baik mestilah dapat mengawal bola dan melakukan

hantaran atau tendangan tepat pada sasaran tidak kira di mana sasarannya berada sama

ada di depan, belakang, kanan dan di kirinya. Bagi pemain yang seringkali melakukan

tandukan pula, semestinya dapat mengekalkan keseimbangan badan ketika melompat

untuk melakukan tandukan dan ketika mendarat selepas melakukan tandukan tersebut.

Page 23: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

6

Selain itu, permainan bola sepak secara kasarnya juga melibatkan aktiviti-aktiviti dan

kemahiran lain seperti menggelecek, voli dan menguis di mana kesemua kemahiran ini

melibatkan pelbagai lakuan motor yang berlandaskan kepada komponen kecergasan

fizikal. Aspek yang paling ketara melibatkan ketangkasan seseorang pemain khususnya

ketika bergerak di dalam padang sewaktu bermain. Ini kerana pergerakan bola adalah

pelbagai arah mengikut mengikut rangsangan luar iaitu hantaran, tendangan dan

tandukan dari pemain-pemain lain. Situasi ketangkasan ini dapat digambarkan dengan

jelas di dalam permainan sepak takraw ketika seorang perejam hendak membuat libasan.

Perejam perlu bergerak dari satu arah yang sesuai dengan ketepatan masa serta-merta

melompat dan seterusnya membuat libasan melepasi net. Di dalam aktiviti harian pula,

pergerakan ketangkasan jelas dilihat ketika seorang pemburu ingin melepaskan

tembakan ke sasaran yang bergerak. Di sini pemburu perlu bertindak setangkas yang

boleh supaya tidak terlepas item yang hendak ditembak.

Untuk memastikan setiap pemain memperolehi tahap ketangkasan yang baik,

pemain-pemain perlulah menguatkan daya tahan iaitu kecergasan fizikal masing-masing

dengan mengikuti program latihan fizikal yang disediakan oleh jurulatih dengan sebaik-

baiknya. Secara amnya, setiap pemain bolasepak perlu mempunyai tahap kecergasan

fizikal yang tinggi untuk mendapat keupayaan tenaga bagi menghasilkan prestasi yang

cemerlang, mengurangkan risiko kecederaan dan mempercepatkan kadar pemulihan (J.

Kenneth Doherty, 1963). Program latihan yang disediakan dan dirancang untuk pemain

perlulah benar-benar berkesan bagi meningkatkan kemahiran di samping tahap

kecergasan fizikal pemain-pemain. Seperti kata panel jurulatih MSSM iaitu proses

melahirkan atlit-atlit yang berpotensi di dalam bidang sukan tertentu memerlukan satu

program yang dirancang dan dilaksanakan secara sistematik dan terperinci dalam jangka

masa panjang. Mengikuti program latihan fizikal sangat penting kerana ia dapat

menyediakan keperluan tenaga di samping mengatasi segala kelemahan yang ada

dengan menguasai kemahiran atau ‘skill’ dalam permainan bola sepak ini. Kemahiran

berlari pantas, menggelecek dengan cekap, dan bergerak sambil menukar arah dengan

tepat dan pantas diberi keutamaan dalam program latihan di mana kebolehan yang ada

Page 24: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

7

perlu dilatih hingga benar-benar mahir dan dapat benar-benar menguasai sesuatu

kemahiran.

Program latihan fizikal yang diikuti oleh pemain merangkumi semua aspek

kecergasan dan kemampuan motor. Latihan seharusnya dilakukan secara sistematik

dalam jangka masa yang lebih awal. Latihan memerlukan persediaan dari segi fizikal,

teknikal, intelektual, psikologikal dan persediaan moral atlit melalui proses yang

terancang.sekiranya latihan diberi secara sempurna, latihan akan memberi kesan yang

mendalam ke atas perubahan dalam tisu. Pemain yang mengikuti program latihan fizikal

dalam jangka masa yang awal sebelum pertandingan akan memperolehi tahap

kecergasan yang baik dan mencukupi bagi meningkatkan prestasi permainannya. Secara

tidak langsung ia dapat mempengaruhi peningkatan tahap ketangkasan seseorang di

mana semua komponen kecergasan fizikal diserapkan dalam latihan dan permainan.

Kesimpulannya dapat dilihat bahawa aspek ketangkasan sangat penting dalam

permainan bola sepak bagi memastikan sesebuah pasukan itu mencapai kepuasan

bermain seterusnya kejayaan dalam pertandingan. Untuk memperolehi tahap

ketangkasan yang baik, ia sangat berkait rapat dengan rancangan program latihan fizikal

yang disediakan. Tanpa program latihan fizikal yang berkuliti, seseorang pemain itu

tidak akan dapat memperolehi tahap ketangkasan yang baik. Oleh itu setiap pemain

perlulah mengikuti program latihan fizikal terlebih dahulu bagi memastikan tubuh

badannya mendapat keperluan secukupnya yang merupakan semua komponen

kecergasan fizikal baik dari segi kesihatan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan

otot, kekuatan dan kelembutan atau dari segi kemahiran seperti ketangkasan, imbangan,

koordinasi, masa tindak balas dan kelajuan.

Page 25: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

8

1.2 Latar belakang masalah

Sukan bola sepak merupakan sukan yang paling digemari oleh semua lapisan

masyarakat di dalam mahupun luar negeri sejak berzaman lagi. Semua penggemar sukan

ini sentiasa memberi sokongan dan mengharapkan pasukan-pasukan kesayangan mereka

mendapat kejayaan di dalam setiap kejohanan. Tidak wajar sekiranya pemain-pemain

bagi pasukan tersebut menghampakan hati peminat sukan ini. Jadi, untuk mencapai

kejayaan pemain-pemain perlulah mempunyai tahap ketangkasan yang baik disamping

menguasai semua kemahiran yang ada.

Seseorang pemain yang tidak mempunyai ketangkasan dalam pergerakkannya

ketika di dalam padang akan menghadapi masalah untuk mendapatkan bola sama ada

untuk menjaringkan gol atau menyelamatkan bola daripada dijaring oleh pihak lawan.

Semua pemain di semua posisi perlu mempunyai ketangkasan untuk bergerak dan

menukar arah kedudukan badan dengan cepat dan tepat sama ada ketika mengejar,

membawa dan menendang bola. Kemungkinan besar aspek ini akan menjadi punca

utama kekalahan pasukan itu sekiranya ia tidak diberikan penekanan utama dalam

melatih pemain-pemainnya.Oleh itu ketangkasan pergerakan setiap pemain perlu

diberi perhatian yang serius bagi mencapai keputusan cemerlang dalam permainan

bola sepak .

Masalah ini harus ditinjau dari peringkat awal agar ketidakmampuan untuk

mencapai tahap yang lebih cemerlang di kalangan atlit dapat dikenalpasti dan diatasi.

Untuk mendapatkan tahap ketangkasan yang baik bergantung kepada jenis program

latihan yang diberikan. Kajian yang dijalankan ini bertepatan dengan permasalahan

setiap pemain kerana setiap pemain mempunyai tahap ketangkasan yang berbeza selepas

menjalani program latihan yang sama. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh faktor baka

atau bentuk fisiologi badan seseorang yang berbeza antara satu sama lain.

Page 26: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN TERHADAP

9

Kajian dijalankan untuk melihat ketangkasan pemain bola sepak PBNJ bawah 18

tahun sebelum dan selepas menjalani program latihan selama 6 minggu bagi merebut

Piala Milo 2003. Melalui kajian ini juga boleh membuktikan keberkesanan program

latihan yang diberikan oleh jurulatih dari segi kecergasan fizikal khasnya dan aspek

ketangkasan khususnya

1.3 Pernyataan Masalah

Kebelakangan ini sering diperkatakan tentang prestasi pemain dalam sukan

dan permainan di negara ini. Pencapaian keputusan juga tidak menunjukkan tahap

yang membanggakan terutama dalam permainan berpasukan khasnya dalam sukan

bola sepak.

Jika diteliti cara permainannya, sukan ini mengambil masa selama 90 minit dan

pada situasi-situasi tertentu akan dibawa sehingga masa tambahan untuk menghabiskan

sesuatu perlawanan. Oleh itu, daya tahan untuk mengekalkan tahap ketangkasan setiap

pemain hendaklah sentiasa dikekalkan dari awal hingga akhir perlawanan agar pasukan

itu tidak kecundang. Penyelidik menjalankan kajian ini untuk mengkaji sejauh mana

tahap ketangkasan yang dimiliki oleh pemain-pemain bola sepak PBNJ bawah 18 tahun

setelah menjalani latihan fizikal dengan menggunakan kaedah Ujian Larian Boomerang.

Ujian yang dijalankan ke atas pemain-pemain ini dapat mengukur ketangkasan larian

dan menukar arah dengan tepat.