peranan sejarah

4
Hijrah dan perubahan umat Peranan sejarah Sejarah Islam merupakan aset yang paling berharga bagi umat Islam. Sejarah Islam juga merupakan sumber kekuatan umat Islam kerana ia mampu memberi motivasi dan inspirasi untuk umat Islam. Dengan memahami sejarah Islam umat ini mampu mengenal kekuatan dan kelemahan diri mereka sendiri. Ini kerana hakikat sejarah itu akan sentiasa berputar seperti putaran roda. Allah berfirman : "...Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman dan sebaliknya..." [Ali-Imran : 140] Dalam mendalami sejarah Islam, apa yang paling penting adalah bagaimana kita memahami peranan sejarah itu dalam membangunkan umat ini. Bukanlah ia hanya sekadar menjadi bahan perbincangan ilmiah semata. Sebagai contoh, saban tahun kita akan melalui peristiwa- peristiwa bersejarah umat Islam seperti maulidur Rasul, maal hijrah, Israk mikraj, peperangan Badar, penurunan Al-Quran dan lain-lain lagi. Tapi, sejauh mana peristiwa-peristiwa tersebut mampu memberi kesan kepada diri, masyarakat dan umat Islam seluruhnya? Hijrah dan kepentingannya Peristiwa Hijrah merupakan salah satu episod dari seerah Rasulullah s.a.w yang mempunyai banyak pengajaran dan pedoman. Setiap orang mempunyai sudut pandang masing-masing dalam mengambil pengajaran dan pedoman. Kebiasaannya, orang akan kaitkan peristiwa ini dengan penghijrahan diri dari keburukan kepada kebaikan, pengorbanan Rasulullah dan para sahabat dalam melakukan hijrah, kasih sayang dan cinta saidina Abu Bakar kepada Rasulullah dan kemeriahan penduduk Yathrib(Madinah Munawwarah) ketika menyambut kedatangan Rasulullah sedangkan mereka belum pernah berjumpa dengan baginda s.a.w. Tetapi kita tidak boleh melupakan peranan dan kepentingan hijrah itu sendiri dalam mengubah timeline sejarah tamadun manusia. Hijrah nabi s.a.w dan para sahabat bukan sahaja untuk menyelamatkan aqidah dan

Upload: ahmad-nawal

Post on 31-Jan-2016

244 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

artikel tentang peranan sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan sejarah

Hijrah dan perubahan umat

Peranan sejarah

Sejarah Islam merupakan aset yang paling berharga bagi umat Islam. Sejarah Islam juga merupakan sumber kekuatan umat Islam kerana ia mampu memberi motivasi dan inspirasi untuk umat Islam. Dengan memahami sejarah Islam umat ini mampu mengenal kekuatan dan kelemahan diri mereka sendiri. Ini kerana hakikat sejarah itu akan sentiasa berputar seperti putaran roda. Allah berfirman : "...Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman dan sebaliknya..." [Ali-Imran : 140]

Dalam mendalami sejarah Islam, apa yang paling penting adalah bagaimana kita memahami peranan sejarah itu dalam membangunkan umat ini. Bukanlah ia hanya sekadar menjadi bahan perbincangan ilmiah semata. Sebagai contoh, saban tahun kita akan melalui peristiwa-peristiwa bersejarah umat Islam seperti maulidur Rasul, maal hijrah, Israk mikraj, peperangan Badar, penurunan Al-Quran dan lain-lain lagi. Tapi, sejauh mana peristiwa-peristiwa tersebut mampu memberi kesan kepada diri, masyarakat dan umat Islam seluruhnya?

Hijrah dan kepentingannya

Peristiwa Hijrah merupakan salah satu episod dari seerah Rasulullah s.a.w yang mempunyai banyak pengajaran dan pedoman. Setiap orang mempunyai sudut pandang masing-masing dalam mengambil pengajaran dan pedoman. Kebiasaannya, orang akan kaitkan peristiwa ini dengan penghijrahan diri dari keburukan kepada kebaikan, pengorbanan Rasulullah dan para sahabat dalam melakukan hijrah, kasih sayang dan cinta saidina Abu Bakar kepada Rasulullah dan kemeriahan penduduk Yathrib(Madinah Munawwarah) ketika menyambut kedatangan Rasulullah sedangkan mereka belum pernah berjumpa dengan baginda s.a.w.

Tetapi kita tidak boleh melupakan peranan dan kepentingan hijrah itu sendiri dalam mengubah timeline sejarah tamadun manusia. Hijrah nabi s.a.w dan para sahabat bukan sahaja untuk menyelamatkan aqidah dan iman semata, tetapi ia merupakan perancangan nabi s.a.w dalam mebina sebuah kehidupan baru untuk umat Islam.

Dari kehidupan yang menyeksakan di Mekah kepada kehidupan yang aman di Madinah. Dari berdakwah secara bersembunyi kepada dakwah yang lebih terbuka dan praktikal. Pengarahan Al-Quran dari bentuk imaniah dan aqidi kepada bentuk hukum-hakam dan pembentukan masyarakat dan negara. Semua perubahan-perubahan yang berlaku ini telah menguatkan umat Islam dan menggerunkan musuh. Ini dapat dibuktikan dengan peristiwa peperangan Badar Al-Kubro.

Hijrah dan peranan pemuda

Hakikatnya, hijrah nabi s.a.w bukanlah semudah yang disangka. Ia memerlukan kekuatan iman, jiwa pemuda dan semangat yang tinggi dalam melaksanakannya. Antara sebab kejayaan hijrah nabi s.a.w hingga mampu mengubah landskap dakwah islamiyah pada ketika itu adalah golongan pemuda yang

Page 2: Peranan sejarah

beriman dan bersungguh dalam melaksanakan perintah hijrah. Ia merupakan aset yang berharga dalam peristiwa hijrah.

Bermula dari pengislaman enam orang dari penduduk Madinah pada musim haji tahun ke-11 kenabian, bai'ah Aqabah pertama, penghantaran Mus'ab bin Umair ke Madinah sebagai duta Islam di sana, kemudian dakwah terus berkembang dengan kekuatan 12 orang meningkat kepada 72 orang sehingga peristiwa bai'ah Aqabah kedua. Kemudian berlakulah penghijrahan sahabat beramai-ramai ke Madinah. Antara sahabat yang terawal dalam melakukan hijrah adalah Abu Salamah bersama isteri dan anak-anak iaitu setahun sebelum bai'ah aqabah kedua.

Pelbagai peristiwa dan pengorbanan yang dilakukan oleh golongan pemuda ini dalam melakukan hijrah. Ada yang terpaksa meninggalkan anak isteri, ada yang terpaksa mengorbankan kesemua hartanya, ada yang terpaksa mengorbankan nyawanya dan lain-lain. Semua yang berlaku itu tidak akan mampu dilakukan melainkan mereka yang memiliki jiwa pemuda yang beriman dan memiliki semangat yang tinggi. Asas kepada kekuatan dakwah nabi s.a.w adalah pada golongan pemuda yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk nyawa, merasa kemanisan berjihad dan tidak takut apa-apa melainkan Allah s.w.t. Allah berfirman : ".. sesungguhnya mereka itu golongan pemuda yang beriman kepada tuhan mereka, kemudian kami tambah kepada mereka hidayah dan petunjuk" [Al-Kahfi : 13]

Persoalannya di sini, adakah generasi pemuda hari ini sedar akan peranannya dalam mengubah nasib umat Islam hari ini?

Kepentingan aqidah dan agama dalam mengalahkan musuh

Berpegang teguh dengan aqidah Islam yang sebenar dan mengambil agama ini keseluruhannya merupakan dua kekuatan untuk berhadapan dengan tekanan musuh. Apa yang menjadikan kaum muhajirin tetap berpegang teguh dengan agama ini selama 13 tahun di Mekah dengan pelbagai ujian dan penyeksaan adalah keimanan yang tinggi terhadap Allah dan rasul serta hari akhirat. Pandangan mereka jauh merentasi dunia hingga segala penyiksaan yang dihadapi terasa kecil berbanding penyiksaan di hari akhirat.

Keyakinan terhadap Allah dan rasul serta hari akhirat ini telah menghubungkan ikatan sesama Aus dan Khazraj dan menghapuskan permusuhan sesama mereka sejak sekian lama. Ia juga telah menjadikan kaum Ansar sanggup memberikan apa sahaja yang dimiliki kepada kaum muhajirin yang mereka tidak pernah mengenalinya tanpa berasa susah hati dan berhajat kepada balasan kepada pemberiannya itu. Allah berfirman : "Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat.." [Al-Hashr : 9]

Akhirnya dengan dengan berpegang teguh kepada agama ini menjadikan umat Islam di Madinah kuat hingga dapat menghalau orang Yahudi yang selama ini memonopoli ekonomi di Madinah serta memecah-belahkan penduduk Madinah.

Page 3: Peranan sejarah

Penutup

Masalah umat Islam hari ini bukanlah pada bilangan yang sedikit kerana bilangan umat Islam pada hari ini merupakan yang paling ramai. Tetapi kebanyakannya tidak berpegang teguh dengan agama bahkan sanggup menjual agama demi kepentingan peribadi. Mereka yang memiliki tampuk pemerintahan pula dayus dan lemah kerana sentiasa mengikut telunjuk barat dan golongan kafir.

Umat Islam hari ini perlu bangkit dengan cara ketika awal ia bangkit. Umat Islam perlu kembali berpegang teguh dengan agama dan mendalaminya dengan cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w bukan dengan cara yang ditunjukkan oleh barat.

Semoga ruh dan maksud hijrah itu dapat menyerap ke dalam jasad kita dalam mengubah nasib umat ini. Allah berfirman : "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" [Ar-Ra'd : 11]