peranan guru.ppt

40
dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Upload: changfooyung

Post on 06-Feb-2016

547 views

Category:

Documents


39 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERANAN GURU.ppt

Peranan guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Page 2: PERANAN GURU.ppt

Definisi Guru• Guru merupakan tenaga ikthisas dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Ikthisas bermaksud pekerjaan yang memerlukan latihan dan pendidikan yang mendalam. (Mok Soon Sang, 1998) 

Page 3: PERANAN GURU.ppt

WF Connell (1972) membahagikan tujuh peranan seorang guru iaitu (1) pendidik (nurturer), (2) model, (3) pengajar dan pembimbing, (4) pelajar (learner), (5) komunikator terhadap

masyarakat setempat,(6) pekerja administrasi, serta (7) kesetiaan terhadap lembaga.

Page 4: PERANAN GURU.ppt

• Peranan guru sebagai pendidik (nurturer) merupakan peranan yg berkaitan dgn tugas-tugas memberi bantuan & dorongan (supporter), tugas-tugas pengawasan & pembinaan (supervisor) serta tugas-tugas yg berkaitan dgn mendisiplinkan pelajar-pelajar agar mereka patuh terhadap peraturan sekolah & norma hidup dlm keluarga & masyarakat.

• Tugas-tugas ini berkaitan dgn meningkatkan pertumbuhan & perkembangan para pelajar utk memperoleh pengalaman-pengalaman lbh lanjut spt penggunaan kesihatan jasmani.

Page 5: PERANAN GURU.ppt

• Peranan guru sebagai model atau contoh bagi pelajar. Setiap pelajar mengharapkan guru mereka dapat menjadi contoh atau model baginya. Oleh kerana itu tingkah laku pendidik baik guru, orang tua atau tokoh-tokoh masyarakat harus sesuai dengan norma-norma yang dianuti oleh masyarakat, bangsa dan negara.

Page 6: PERANAN GURU.ppt

• Peranan guru sebagai pengajar dan pembimbing dalam pengalaman belajar. Setiap guru harus memberikan pengetahuan, keterampilan dan pengalaman lain di luar fungsi sekolah seperti kehidupan keluarga, hasil belajar yang berupa tingkah laku peribadi dan spiritual dan memilih pekerjaan di masyarakat, hasil belajar yang berkaitan dengan tanggungjawab sosial tingkah laku sosial pelajar.

Page 7: PERANAN GURU.ppt

• Peranan guru sebagai pelajar (learner). Seorang guru haruslah selalu menambah pengetahuan dan keterampilan supaya pengetahuan dan keterampilan yang dimilikinya tidak ketinggalan zaman. Pengetahuan dan keterampilan yang dikuasai tidak hanya terbatas pada pengetahuan yang berkaitan dengan pengembangan tugas profesional, tetapi juga tugas kemasyarakatan mahupun tugas kemanusiaan.

Page 8: PERANAN GURU.ppt

• Peranan guru sebagai setiawan dalam lembaga pendidikan. Seorang guru diharapkan dapat membantu kawannya yang memerlukan bantuan dalam mengembangkan kemampuannya. Bantuan dapat diberi secara langsung melalui pertemuan-pertemuan rasmi mahupun pertemuan insidental.

• Peranan guru sebagai komunikator pembangunan masyarakat. Seorang guru diharapkan dapat berperanan aktif dalam pembangunan dalam segala bidang yang dilakukan. Ia dapat mengembangkan kemampuannya pada bidang-bidang yang dikuasainya.

Page 9: PERANAN GURU.ppt

• Guru sebagai administrator. Seorang guru tdk hanya sbg pendidik

dan pengajar, tetapi juga sbg administrator pd bidang pendidikan dan pengajaran. Oleh kerana itu, seorang guru perlulah bekerja scr administrasi teratur. Segala pelaksanaan dlm kaitannya proses belajar dan mengajar perlu diadministrasikan dgn baik. Administrasi yg dikerjakan spt membuat rencana mengajar, mencatat hasil belajar dan sebagainya merupakan dokumen berharga yg sbg bukti melaksanakan tugasnya dgn baik.

Page 10: PERANAN GURU.ppt

PERANAN GURU DALAM

MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN (FPK)

Page 11: PERANAN GURU.ppt

• Usaha guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah ditumpukan kepada penekanan-penekanan berikut:

1. Pelaksanaan kurikulum & kokurikulum yang dapat berjaya memperkembangkan potensi murid dari aspek intelek, jasmani, emosi, dan rohani secara keseluruhan & bersepadu.

Page 12: PERANAN GURU.ppt

2. Pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraan prasarana supaya kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum, serta dalam keadaan yang baik dan selamat.

Page 13: PERANAN GURU.ppt

3.Pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat dengan mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dpt membantu pembangunan sekolah, baik dlm sumber kewangan mahupun tenaga yg diperlukan.

Page 14: PERANAN GURU.ppt

• Sesungguhnya, Misi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah selaras dgn matlamat Pendidikan Kebangsaan iaitu memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, serta membangunkan sistem pendidikan negara supaya menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan bertaraf dunia.

Page 15: PERANAN GURU.ppt

•Pencapaian misi dan matlamat pembentukan sistem pendidikan bertaraf dunia meliputi komponen-komponen berikut:i.Prasarana yang berkualiti; ii.Aplikasi teknologi yang canggih (ICT);iii.Warga pendidikan yang proaktif;iv.Kurikulum yang kemas kini dan bersesuaian dengan perkembangan kini; v.Peluang diadakan untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D); vi.Ada Dasar Pendidikan terbuka.

Page 16: PERANAN GURU.ppt

PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)• Guru hendaklah melengkapkan

diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan.

Page 17: PERANAN GURU.ppt

• Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

• Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru.

Page 18: PERANAN GURU.ppt

• Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan.

• Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan merangsang perkembangan pelajar.

Page 19: PERANAN GURU.ppt

• Guru juga perlu berubah sikap dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya serta profesionalnya dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia.Guru merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan.

Page 20: PERANAN GURU.ppt

Secara keseluruhannya, guru perlu:

1.Mempertingkatkan Profesionalime

• Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan

mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah-kaedah pengajaran dan pendidikan terkini.

Page 21: PERANAN GURU.ppt

• Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yg dianjurkan oleh pihak-pihak

berwajib agar dpt mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yg semakin kompleks ini.

Page 22: PERANAN GURU.ppt

2. Mahir IT dan ICT.

• Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dgn perkembangan teknologi yg semakin canggih ini.

• Ilmu IT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai golongan yang akan menyebar luaskan kepada para pelajar.

Page 23: PERANAN GURU.ppt

• Guru juga perlu melengkapkan diri dgn kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yg berteraskan penggunaan komputer sbg satu btk kurikulum wawasan negara

Malaysia utk menjadikan negara maju menjelang 2020.

• Guru harus memperlengkapkan diri secara global kerana dlm era teknologi maklumat masa kini, masyarakat terpaksa berdepan dgn pelbagai peralatan elektronik dlm kehidupan harian sbg cara hidup moden.

Page 24: PERANAN GURU.ppt

• Pembestarian sekolah sptprojek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dgn menggunakan

semaksima mungkin.

• Guru juga tdk menjadikan alasan teknologi yg dibekalkan sbg satu masalah kpd mereka.

Page 25: PERANAN GURU.ppt

3. Berpengetahuan dan berdaya fikir dan berakhlak.

• Guru yg berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan utk peningkatan ilmu serta dpt membawa isu-isu semasa utk

dibincang & mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dgn kekeluargaan & komuniti, ekonomi & politik.

• Guru yg berpengetahuan dpt melahirkan generasi anak didik yg cemerlang di kemudian hari.

Page 26: PERANAN GURU.ppt

• Profesion keguruan perlu menyediakan diri dengan

amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan

nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kpd bangsa dan negara .

Page 27: PERANAN GURU.ppt

4. Berupaya membuat keputusan & menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif.

•Para pendidik bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.

Page 28: PERANAN GURU.ppt

5. Menyedari tanggungjawab.

• Menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing pelajar utk mencapai Kemajuan & wawasan, para guru perlu melaksanakan

tanggungjawab terhadap:

a. Tanggungjawab terhadap pelajar.b.Tanggungjawab terhadap ibu

bapa.c. Tanggungjawab terhadap

masyarakat dan negara.d.Tanggungjawab terhadap rakan

sejawat dan profesion.

Page 29: PERANAN GURU.ppt

Tanggungjawab Terhadap Pelajar

1.Mengutamakan kebajikan & keselamatan pelajar.

2.Adil terhadap setiap org pelajar.

3.Merahsiakan maklumat ikhtisas / sulit mengenai pelajar kecuali kpd mereka yg berhak mengetahuinya.

Page 30: PERANAN GURU.ppt

4.Membimbing/mengajar seseorg pelajar dlm darjah sendiri atau dlm matapelajaran yg diajar di bilik darjah tanpa sebrg bayaran.

5.Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan & tingkah laku yg dpt memberikan contoh yg baik kpd pelajar.

6.Memelihara & membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat / seminar supaya pengajaran mencapai mutu yg setinggi-tingginya.

Page 31: PERANAN GURU.ppt

Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa

1.Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak & berusaha mewujudkan hubungan mesra & kerjasama yg erat di atr institusi

pendidikan dgn rumahtangga.

2.Menganggap semua maklumat yg diberikan kpd ibu bapa berhubung dgn keadaan rumahtangga / berkaitan dgn anak mereka sbg sulit.

Page 32: PERANAN GURU.ppt

3.Memberikan maklumat kpd ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka

& mengutamakan maklumat yg diterima drpd ibu bapa scr teliti & bijaksana.

4.Mengelakkan diri drpd dipengaruhi oleh kedudukan sosial & ekonomi ibu bapa pelajar.

5.Mengelakkan diri drpd mengeluarkan kata-kata / melakukan sesuatu yg blh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa penjaga mereka.

Page 33: PERANAN GURU.ppt

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara

1.Mengelakkan diri drpd menyebarkan sesuatu ajaran yg blh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yg bertentangan dgn Rukun Negara.

Page 34: PERANAN GURU.ppt

2.Memupuk sikap & nilai dlm diri setiap pelajar yg dpt membantu, & membimbing mereka utk menjadi warganegara yg taat setia, bertanggungjawab & berguna, menghormati budaya,

keturunan & agama bangsa lain.

3.Menghormati masyarakat tempat berkhidmat & memenuhi segala tanggungjawab sbg seorg warganegara & sentiasa sanggup mengambil bhgian dlm sebrg kegiatan masyarakat.

Page 35: PERANAN GURU.ppt

4.Menggalakkan kerjasama & persefahaman antara guru dgn ibu bapa, institusi pendidikan dgn masyarakat.

5.Memberikan sumbangan cergas utk meninggikan kehidupan

moral, kebudayaan & kecendiakawan masyarakat.

6.Berpegang kpd tingkah laku yg sopan yg diterima oleh masyarakat & menjalani kehidupan seharian dgn baik.

Page 36: PERANAN GURU.ppt

Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat & Profesion Perguruan

1.Mengelakkan diri drpd membuat sbrg kenyataan/ ulasan yg blh mencemarkan nama baik seseorg guru di hadapan pelajar / ibu bapa / berbuat sesuatu yg blh menjatuhkan maruah seseorg guru.

2.Tidak melibatkan diri dlm kegiatan yg blh menjejaskan kecekapan sbg guru.

Page 37: PERANAN GURU.ppt

3.Berusaha dgn sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dgn rajin & bersungguh-sungguh &

mengekalkannya sejajar dgn kemajuan ikhtisas & sosial.

4.Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yg baru dlm profesion perguruan.

5.Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

6.Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

Page 38: PERANAN GURU.ppt

6. Menjadi guru yang berkualiti.

• Seseorang guru hendaklah mempunyai kualiti-kualiti berikut:Peribadi Profesional Sosial

penyayangadilkelonggaranpandai berjenakategasdedikasitoleransi

dedikasipekamengingati keperluan negarasikap positif untuk pelajarinovatif

inovasibermoralpenyesuaiankepimpinanpeka terhadap alam sekitartoleransi

Page 39: PERANAN GURU.ppt

Secara ringkasnya, untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru, pihak sekolah dan guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan strategi-strategi yang ditentukan dan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 40: PERANAN GURU.ppt

Terima kasih!!