penulisan jurnal reflektif m1

3
PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU KEDUA (8 FEBRUARI 2015 – 12 FEBRUARI 2015) Masalah : Setelah dua seminggu saya berada di Sekolah Kebangsaan Pendang, saya dapati murid tidak memahami arahan yang diberi. Namun begitu, saya beranggapan masalah yang berlaku ini merupakan cabaran untuk saya sebagai bakal guru kelas. Analisis : Apa yang telah saya fikirkan, mungkin terdapat beberapa perkara yang saya terlepas pandang menyebabkan masalah ini berlaku seperti: 1.Murid tidak memahami bahasa yang digunakan. 2. Laras bahasa yang terlalu tinggi. 3.Suara guru yang perlahan menyebabkan murid tidak dapat mendengar dengan baik. 4.Kurang ketegasan memberi arahan kepada murid. 5. Guru tidak dapat mencuri perhatian murid. Cadangan: 1.Guru perlulah menggunakan bahasa yang mudah ketika menyuruh murid senyap. Gunakan ayat yang mudah dan jelas dan pastikan mempunyai ‘eye contact’ supaya murid faham apa yang cuba disampaikan. 2. Penggunaan laras bahasa yang rendah perlu digunakan untuk kanak-kanak prasekolah kerana penggunaan laras bahasa yang

Upload: nur-arifah

Post on 23-Dec-2015

11 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

penulisan jurnal reflektif

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan Jurnal Reflektif m1

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

MINGGU KEDUA

(8 FEBRUARI 2015 – 12 FEBRUARI 2015)

Masalah :

Setelah dua seminggu saya berada di Sekolah Kebangsaan Pendang, saya dapati murid

tidak memahami arahan yang diberi. Namun begitu, saya beranggapan masalah yang

berlaku ini merupakan cabaran untuk saya sebagai bakal guru kelas.

Analisis :

Apa yang telah saya fikirkan, mungkin terdapat beberapa perkara yang saya terlepas

pandang menyebabkan masalah ini berlaku seperti:

1.Murid tidak memahami bahasa yang digunakan.

2. Laras bahasa yang terlalu tinggi.

3.Suara guru yang perlahan menyebabkan murid tidak dapat mendengar dengan

baik.

4.Kurang ketegasan memberi arahan kepada murid.

5. Guru tidak dapat mencuri perhatian murid.

Cadangan:

1.Guru perlulah menggunakan bahasa yang mudah ketika menyuruh murid senyap.

Gunakan ayat yang mudah dan jelas dan pastikan mempunyai ‘eye contact’ supaya

murid faham apa yang cuba disampaikan.

2. Penggunaan laras bahasa yang rendah perlu digunakan untuk kanak-kanak

prasekolah kerana penggunaan laras bahasa yang tidak sesuai menyebabkan murid

tidak dapat mematuhi arahan yang diberikan dengan baik.

3. Guru perlulah mempunyai suara yang jelas dan lantang bagi menarik minat murid

mendengar apa yang cuba disampaikan. Guru juga boleh menggunakan intonasi dan

penegasan bagi mengawal tingkah laku yang tidak diingini. Aktiviti peneguhan positif

juga boleh dilakukan dengan cara memberi hadiah atau pujian kepada murid yang

tidak berbuat bising dan sebagainya.

Page 2: Penulisan Jurnal Reflektif m1

4.Guru perlulah tegas dalam memberi arahan supaya senyap kepada murid. Apabila

murid tidak dapat dikawal, pastikan guru mengambil tindakan supaya mereka tidak

mengulangi perbuatan berbuat bising dan sebagainya.

Tempoh Masa:

Saya akan cuba untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang telah saya analisis tadi dari

semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan

baik selama saya menjalani praktikum.

Tindakan Susulan:

Menggunakan ayat yang mudah dan ringkas dalam arahan.

Penilaian kejayaan:

Apabila guru memberi arahan, murid dapat mengikuti proses pembelajaran dengan baik

seperti mengikut setiap arahan yang diberikan semasa aktiviti berlangsung. Guru perlu

membuat pemerhatian ke atas beberapa orang murid yang telah dikenalpasti mempunyai

masalah seperti tidak memahami arahan atau bahasa supaya murid tersebut dapat dibantu.