penulisan full

8
ALAT BANTU DENGAR DALAM SALURAN TELINGA SEPENUHNYA (COMPLETELY-IN-THE-CANAL) Rajah 1: Komponen-komponen alat bantu dengar Completely-In-The- Canal (CIC) Alat bantu dengar dalam saluran telinga sepenuhnya merujuk kepada alat bantu dengar Completly-In-The-Canal (CIC). Alat bantu dengar jenis CIC merupkan sebuah alat bantu dengar yang paling kecil jika dibanding dengan alat bantu dengar yang lain. CIC lebih kurang sama dengan alat bantu dengar dalam saluran telinga atau In-The-Canal (ITC) namun CIC dimasukkan lebih lagi ke dalam saluran telinga dalam berbanding ITC bagi memaksimumkan potensi untuk mendengar dan juga bagi memaksimumkan masalah dari segi luaran atau penampilan. CIC adalah sejenis alat bantu dengar yang sesuai bagi golongan yang bermasalah pendengaran ringan sehingga sederhana namun ianya tidak sesuai untuk digunakan bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran. Antara komponen yang terdapat pada alat bantu dengar CIC adalah mikrofon, removal cord, battery compartment, sound channel

Upload: ebronicaivy

Post on 10-Jul-2016

224 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan Full

ALAT BANTU DENGAR DALAM SALURAN TELINGA SEPENUHNYA

(COMPLETELY-IN-THE-CANAL)

Rajah 1: Komponen-komponen alat bantu dengar Completely-In-The-Canal (CIC)

Alat bantu dengar dalam saluran telinga sepenuhnya merujuk kepada alat bantu

dengar Completly-In-The-Canal (CIC). Alat bantu dengar jenis CIC merupkan sebuah

alat bantu dengar yang paling kecil jika dibanding dengan alat bantu dengar yang lain.

CIC lebih kurang sama dengan alat bantu dengar dalam saluran telinga atau In-The-Canal

(ITC) namun CIC dimasukkan lebih lagi ke dalam saluran telinga dalam berbanding ITC

bagi memaksimumkan potensi untuk mendengar dan juga bagi memaksimumkan masalah

dari segi luaran atau penampilan. CIC adalah sejenis alat bantu dengar yang sesuai bagi

golongan yang bermasalah pendengaran ringan sehingga sederhana namun ianya tidak

sesuai untuk digunakan bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran.

Antara komponen yang terdapat pada alat bantu dengar CIC adalah mikrofon,

removal cord, battery compartment, sound channel dan lavel. Mikrofon berfungsi untuk

menangkap gelombang bunyi dan menukarkanya kepada suatu tenaga elektrik. Ianya

kemudian menghantarnya kepada amplifier yang terdapat di dalam CIC. Removal cord

merupapakan sebuah wayar plastik yang kecil yang diletakkan di CIC bagi memudahkan

pengguna untuk menanggalkan alat bantu dengar CIC. Battery compartment merupakan

suatu tempat di mana bateri disimpan dan sound channel berfungsi untuk menghantar

bunyi ke gegendang telinga.

Kelebihan bagi CIC adalah ianya merupakan alat bantu dengar yang bersaiz kecil dan

Page 2: Penulisan Full

amat sesuai bagi pengguna yang mementingkan penampilan dan tidak ingin diketahui

oleh orang lain mengenai penggunaannya. Tambahan pula, bunyi yang diperdengarkan

adalah jelas disebabkan kedudukannya yang berada di dalam telinga dan alat ini adalah

kurang sensitif dengan bunyi-bunyi angin. Kebiasaannya, ia berfungsi dengan baik

apabila pengguna menggunakan telefon. Selain daripada itu, bentuk alat bantu dengar

CIC adalah sesuai dan mengikut bentuk semulajadi telinga manusia.

Kekurangan bagi alat bantu dengar CIC pula adalah saiz alat bantu dengar CIC akan

menyukarkan sesetengah pihak untuk mengendali dan menggunakannya terutama bagi

pengguna yang atritis. Pengguna atritis merujuk kepada golongan yang menghidap

penyakit atritis. Penyakit atritis merupakan sebuah penyakit yang melibatkan penyakit

kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Ini akan

menyebabkan pesakit akan mengalami kesukaran dalam menanggalkan alat bantu dengar

CIC kerana saiznya yang terlalu kecil. Saiz yang terlampau kecil akan menyukarkan

pengguna untuk mengawal volume dan mengeluarkannya apabila tidak digunakan. Bateri

yang bersaiz kecil adalah tidak tahan lama dan kemungkinan besar akan diseliputi dengan

tahi telinga dan memerlukannya untuk dibaiki.

ALAT BANTU DENGAR DALAM SALURAN TELINGA (IN-THE-CANAL)

Page 3: Penulisan Full

Rajah 2: Komponen-komponen alat bantu dengar In-The-Canal (ITC)

Alat bantu dengar dalam saluran telinga turut dikenali sebagai alat bantu dengar In-

The-Canal (ITC). ITC merupakan sebuah alat bantu dengar individu yang diperbuat dari

acuan bentuk telinga manusia dan ianya adalah sebuah alat dalam satu bentuk sahaja. ITC

dibuat dengan acuan telinga khas dan dipasang dengan selesa di bahagian saluran telinga.

Acuan telinga dimuatkan di dalam salur telinga, dan sebahagian kecilnya menghadap

bahagian luar telinga, Ianya akan menghalakan bunyi secara terus ke dalam telinga untuk

memastikan prestasi yang optimum. Alat bantu dengar ITC adalah selamat dan selesa di

bahagian telinga luar dan sesuai untuk individu yang mempunyai masalah pendengaran

tahap ringan ke sederhana.

Komponen yang terdapat didalam alat bantu dengar ITC adalah seperti mikrofon,

bateri, speaker atau receiver, sound processor dan program button. Mikrofon biasanya

berfungsi sebagai menangkap gelombang bunyi dan menukarkanya kepada suatu tenaga

elektrik. Bateri membekalkan tenaga elektrik kepada alat bantu dengar ITC untuk

membuatkannya berfungsi dengan baik. Bagi speaker atau receiver pula, ianya berfungsi

untuk menangkap bunyi dan menghantarkan gelombang bunyi ke dalam telinga. Sound

processor mengambil alih tugas untuk menapiskan bunyi yang didengar oleh pengguna

bagi memudahkan mereka untuk mendapat dan memahami apa yang disampaikan

manakala program button merujuk kepada suatu bahagian yang akan digunakan untuk

mengawal alat dengan menekan butang on atau off.

Kelebihan bagi alat bantu dengar ITC adalah ianya sesuai untuk kegunaan pengguna

yang mempunyai masalah pendengaran di tahap ringan sehingga teruk. Ianya juga kurang

kelihatan jika dibanding dengan alat bantu dengan yang lain dan kurang sensitif dengan

bunyi angin. ITC juga merupakan salah satu alat bantu dengar yang tidak mudah untuk

Page 4: Penulisan Full

disedari oleh masyarakat. Ianya turut membantu dalam mengurangkan bunyi angin atau

bunyi bendesing.

Kekurangan alat bantu dengar ITC ianya tidak sesuai untuk digunakan bagi golongan

yang bermasalah pendengaran yang teruk dan saiznya yang kecil menyebabkan ianya

sukar untuk dilaraskan. Tambahan pula, bateri bagi alat bantu dengar jenis ini adalah

mahal dan tidak mampu untuk dibeli dan harga bagi alat bantu dengar itu sendiri juga

mahal dan tidak mampu untuk dimiliki.

ALAT BANTU DENGAR DALAM TELINGA (IN-THE-EAR)

Page 5: Penulisan Full

Rajah 3: Komponen-komponen alat bantu dengar In-The-Ear (ITE)

Alat bantu dengar telinga merujuk kepada alat bantu dengar yang telah diletakkan ke

dalam telinga. Dibuat dengan acuan telinga khas dan dipasang dengan selesa di bahagian

luar telinga. Ianya menghalakan bunyi secara terus ke dalam telinga untuk memastikan

prestasi yang optimum. Ianya adalah selamat dan membuatnya dengan acuan telinga khas

dan dipasang dengan selesa di bahagian luar telinga

Alat tersebut menghalakan bunyi secara terus ke dalam telinga untuk memastikan

prestasi yang optimum dan ianya adalah selamat dan selesa di bahagian luar telinga. ITE

amat mudah dikendalikan dan sesuai untuk masalah pendengaran tahap sederhana ke

tahap yang teruk.

Page 6: Penulisan Full

Kelebihan alat bantu dengar jenis ini adalah kebiasaannya ia mengandungi mikrofon

kembar dan mikrofon jenis ini menyampaikan bunyi yang lebih jelas apabila bunyi di

persekitaran adalah sangat bising. Ianya amat mudah untuk mengawal volume malah

sesuai untuk masalah pendengaran di tahap ringan sehingga sederhana.

Kekurangan bagi alat bantu dengar jenis ITE pula adalah alat bantu pendengaran ITE

lebih berkecenderungan untuk mengalami masalah terdedah dengan kelembapan dan tahi

telinga. Oleh sebab itu, adalah perlu bagi pengguna untuk membersihkannya setiap hari.

ITE juga lebih terdedah untuk dibaiki dengan lebih kerap berbanding dengn BTE. ITE

adalah sangat sensitif terhadap bunyi angin dan adalah tidak sesuai untuk pengguna yang

mengalami masalah.

RUJUKAN

Maryanne Tate Malbty & Pamela Knight. (2000). Audiology: An Introduction for

Teachers and Other Professions. Great Britain: David Fulton Publishers.

Wayne Olsen. (2004). Mayo Clinic On Hearing. United States of America: Mason Crest

Publishers.

William M. Luxford, M. Jennifer Derebery & Karen I. Berliner. (2010). The Complete

Idiot’s guide to Hearing Loss. United States of America: House Clinic.