Download - Penulisan Full
ALAT BANTU DENGAR DALAM SALURAN TELINGA SEPENUHNYA
(COMPLETELY-IN-THE-CANAL)
Rajah 1: Komponen-komponen alat bantu dengar Completely-In-The-Canal (CIC)
Alat bantu dengar dalam saluran telinga sepenuhnya merujuk kepada alat bantu
dengar Completly-In-The-Canal (CIC). Alat bantu dengar jenis CIC merupkan sebuah
alat bantu dengar yang paling kecil jika dibanding dengan alat bantu dengar yang lain.
CIC lebih kurang sama dengan alat bantu dengar dalam saluran telinga atau In-The-Canal
(ITC) namun CIC dimasukkan lebih lagi ke dalam saluran telinga dalam berbanding ITC
bagi memaksimumkan potensi untuk mendengar dan juga bagi memaksimumkan masalah
dari segi luaran atau penampilan. CIC adalah sejenis alat bantu dengar yang sesuai bagi
golongan yang bermasalah pendengaran ringan sehingga sederhana namun ianya tidak
sesuai untuk digunakan bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran.
Antara komponen yang terdapat pada alat bantu dengar CIC adalah mikrofon,
removal cord, battery compartment, sound channel dan lavel. Mikrofon berfungsi untuk
menangkap gelombang bunyi dan menukarkanya kepada suatu tenaga elektrik. Ianya
kemudian menghantarnya kepada amplifier yang terdapat di dalam CIC. Removal cord
merupapakan sebuah wayar plastik yang kecil yang diletakkan di CIC bagi memudahkan
pengguna untuk menanggalkan alat bantu dengar CIC. Battery compartment merupakan
suatu tempat di mana bateri disimpan dan sound channel berfungsi untuk menghantar
bunyi ke gegendang telinga.
Kelebihan bagi CIC adalah ianya merupakan alat bantu dengar yang bersaiz kecil dan
amat sesuai bagi pengguna yang mementingkan penampilan dan tidak ingin diketahui
oleh orang lain mengenai penggunaannya. Tambahan pula, bunyi yang diperdengarkan
adalah jelas disebabkan kedudukannya yang berada di dalam telinga dan alat ini adalah
kurang sensitif dengan bunyi-bunyi angin. Kebiasaannya, ia berfungsi dengan baik
apabila pengguna menggunakan telefon. Selain daripada itu, bentuk alat bantu dengar
CIC adalah sesuai dan mengikut bentuk semulajadi telinga manusia.
Kekurangan bagi alat bantu dengar CIC pula adalah saiz alat bantu dengar CIC akan
menyukarkan sesetengah pihak untuk mengendali dan menggunakannya terutama bagi
pengguna yang atritis. Pengguna atritis merujuk kepada golongan yang menghidap
penyakit atritis. Penyakit atritis merupakan sebuah penyakit yang melibatkan penyakit
kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Ini akan
menyebabkan pesakit akan mengalami kesukaran dalam menanggalkan alat bantu dengar
CIC kerana saiznya yang terlalu kecil. Saiz yang terlampau kecil akan menyukarkan
pengguna untuk mengawal volume dan mengeluarkannya apabila tidak digunakan. Bateri
yang bersaiz kecil adalah tidak tahan lama dan kemungkinan besar akan diseliputi dengan
tahi telinga dan memerlukannya untuk dibaiki.
ALAT BANTU DENGAR DALAM SALURAN TELINGA (IN-THE-CANAL)
Rajah 2: Komponen-komponen alat bantu dengar In-The-Canal (ITC)
Alat bantu dengar dalam saluran telinga turut dikenali sebagai alat bantu dengar In-
The-Canal (ITC). ITC merupakan sebuah alat bantu dengar individu yang diperbuat dari
acuan bentuk telinga manusia dan ianya adalah sebuah alat dalam satu bentuk sahaja. ITC
dibuat dengan acuan telinga khas dan dipasang dengan selesa di bahagian saluran telinga.
Acuan telinga dimuatkan di dalam salur telinga, dan sebahagian kecilnya menghadap
bahagian luar telinga, Ianya akan menghalakan bunyi secara terus ke dalam telinga untuk
memastikan prestasi yang optimum. Alat bantu dengar ITC adalah selamat dan selesa di
bahagian telinga luar dan sesuai untuk individu yang mempunyai masalah pendengaran
tahap ringan ke sederhana.
Komponen yang terdapat didalam alat bantu dengar ITC adalah seperti mikrofon,
bateri, speaker atau receiver, sound processor dan program button. Mikrofon biasanya
berfungsi sebagai menangkap gelombang bunyi dan menukarkanya kepada suatu tenaga
elektrik. Bateri membekalkan tenaga elektrik kepada alat bantu dengar ITC untuk
membuatkannya berfungsi dengan baik. Bagi speaker atau receiver pula, ianya berfungsi
untuk menangkap bunyi dan menghantarkan gelombang bunyi ke dalam telinga. Sound
processor mengambil alih tugas untuk menapiskan bunyi yang didengar oleh pengguna
bagi memudahkan mereka untuk mendapat dan memahami apa yang disampaikan
manakala program button merujuk kepada suatu bahagian yang akan digunakan untuk
mengawal alat dengan menekan butang on atau off.
Kelebihan bagi alat bantu dengar ITC adalah ianya sesuai untuk kegunaan pengguna
yang mempunyai masalah pendengaran di tahap ringan sehingga teruk. Ianya juga kurang
kelihatan jika dibanding dengan alat bantu dengan yang lain dan kurang sensitif dengan
bunyi angin. ITC juga merupakan salah satu alat bantu dengar yang tidak mudah untuk
disedari oleh masyarakat. Ianya turut membantu dalam mengurangkan bunyi angin atau
bunyi bendesing.
Kekurangan alat bantu dengar ITC ianya tidak sesuai untuk digunakan bagi golongan
yang bermasalah pendengaran yang teruk dan saiznya yang kecil menyebabkan ianya
sukar untuk dilaraskan. Tambahan pula, bateri bagi alat bantu dengar jenis ini adalah
mahal dan tidak mampu untuk dibeli dan harga bagi alat bantu dengar itu sendiri juga
mahal dan tidak mampu untuk dimiliki.
ALAT BANTU DENGAR DALAM TELINGA (IN-THE-EAR)
Rajah 3: Komponen-komponen alat bantu dengar In-The-Ear (ITE)
Alat bantu dengar telinga merujuk kepada alat bantu dengar yang telah diletakkan ke
dalam telinga. Dibuat dengan acuan telinga khas dan dipasang dengan selesa di bahagian
luar telinga. Ianya menghalakan bunyi secara terus ke dalam telinga untuk memastikan
prestasi yang optimum. Ianya adalah selamat dan membuatnya dengan acuan telinga khas
dan dipasang dengan selesa di bahagian luar telinga
Alat tersebut menghalakan bunyi secara terus ke dalam telinga untuk memastikan
prestasi yang optimum dan ianya adalah selamat dan selesa di bahagian luar telinga. ITE
amat mudah dikendalikan dan sesuai untuk masalah pendengaran tahap sederhana ke
tahap yang teruk.
Kelebihan alat bantu dengar jenis ini adalah kebiasaannya ia mengandungi mikrofon
kembar dan mikrofon jenis ini menyampaikan bunyi yang lebih jelas apabila bunyi di
persekitaran adalah sangat bising. Ianya amat mudah untuk mengawal volume malah
sesuai untuk masalah pendengaran di tahap ringan sehingga sederhana.
Kekurangan bagi alat bantu dengar jenis ITE pula adalah alat bantu pendengaran ITE
lebih berkecenderungan untuk mengalami masalah terdedah dengan kelembapan dan tahi
telinga. Oleh sebab itu, adalah perlu bagi pengguna untuk membersihkannya setiap hari.
ITE juga lebih terdedah untuk dibaiki dengan lebih kerap berbanding dengn BTE. ITE
adalah sangat sensitif terhadap bunyi angin dan adalah tidak sesuai untuk pengguna yang
mengalami masalah.
RUJUKAN
Maryanne Tate Malbty & Pamela Knight. (2000). Audiology: An Introduction for
Teachers and Other Professions. Great Britain: David Fulton Publishers.
Wayne Olsen. (2004). Mayo Clinic On Hearing. United States of America: Mason Crest
Publishers.
William M. Luxford, M. Jennifer Derebery & Karen I. Berliner. (2010). The Complete
Idiot’s guide to Hearing Loss. United States of America: House Clinic.