penjelasan emosi

10
14 5.0 Penjelasan Pengurusan Emosi Dalam Situasi Mencabar Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu perumahan haram.Hal ini digambarkan melalui skrip drama yang bertajuk Tamu Bukit Kenny.Emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.Sebagaimana yang kita ketahui, emosi seseorang harus diurus secara berpatutan dan bijaksana serta digunakan sesuai mengikut keadaansupaya dapat mengelakkan masalah-masalah yang bakal menempuhi. Dalam situasi skrip drama tersebut, emosi-emosi negatif dapat dilihat dengan jelasnya melalui watak utama, Mamat seperti yang berikut: Emosi Marah Kehadiran emosi marah menyebabkan Mamat bertindak cepat tanpa berfikir dengan waras dan tanpa menghirau akan kesan sikap terburu-burunya pada masa hadapan. Keadaan ini dapat dilihat apabila Mamat menunjukkan parang kepada pegawai-pegawai Reserve Unit tanpa berfikir bahawa mereka ialah pegawai-pegawai yang berkuasa. PEGAWAI: Jadi, engkau hendak menetak orang? MAMAT: Saya hendak menggertak sahaja, tetapi apabila saya lihat mata-mata datang, mata-mata bertopi merah itu encik, mata-mata apa namanya- mata mata filem unit! Pada hemat saya, sekiranya saya berada dalam situasi Mamat, saya akan mengawal emosi marah supaya ia tidak meletup secara meluap-luap. Walaupun masa itu saya tertekan dengan emosi marah, saya akan mengawal tingkah laku di hadapan pegawai-pegawai yang berkuasa kerana sekiranya saya bertindak tanpa berfikir dengan waras pastinya keadaan sedemikian akan membawa kesan yang buruk kepada diri

Upload: asihwiniy-viniy

Post on 03-Jul-2015

1.184 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

hope it was helpful

TRANSCRIPT

Page 1: Penjelasan emosi

14

5.0 Penjelasan Pengurusan Emosi Dalam Situasi Mencabar

Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir umat manusia di segenap empat penjuru

dunia ini tentang isu perumahan haram.Hal ini digambarkan melalui skrip drama yang

bertajuk Tamu Bukit Kenny.Emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran

tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang

berbeza-beza untuk bertindak.Sebagaimana yang kita ketahui, emosi seseorang harus

diurus secara berpatutan dan bijaksana serta digunakan sesuai mengikut

keadaansupaya dapat mengelakkan masalah-masalah yang bakal menempuhi.

Dalam situasi skrip drama tersebut, emosi-emosi negatif dapat dilihat dengan

jelasnya melalui watak utama, Mamat seperti yang berikut:

Emosi Marah

Kehadiran emosi marah menyebabkan Mamat bertindak cepat tanpa berfikir

dengan waras dan tanpa menghirau akan kesan sikap terburu-burunya pada masa

hadapan. Keadaan ini dapat dilihat apabila Mamat menunjukkan parang kepada

pegawai-pegawai Reserve Unit tanpa berfikir bahawa mereka ialah pegawai-pegawai

yang berkuasa.

PEGAWAI: Jadi, engkau hendak menetak orang?

MAMAT: Saya hendak menggertak sahaja, tetapi apabila saya lihat mata-mata

datang, mata-mata bertopi merah itu encik, mata-mata apa namanya-

mata – mata filem unit!

Pada hemat saya, sekiranya saya berada dalam situasi Mamat, saya akan

mengawal emosi marah supaya ia tidak meletup secara meluap-luap. Walaupun masa

itu saya tertekan dengan emosi marah, saya akan mengawal tingkah laku di hadapan

pegawai-pegawai yang berkuasa kerana sekiranya saya bertindak tanpa berfikir dengan

waras pastinya keadaan sedemikian akan membawa kesan yang buruk kepada diri

Page 2: Penjelasan emosi

15

saya.Saya juga akan mengakui kesalahan saya sendiri dengan pegawai Reserve Unit

tersebut dan meminta maaf terhadap mereka atas kesilapan saya selain marah

mereka.Saya akan mengetepikan Emosi marah dan tidak akan bercakap dengan

meninggikan suara terhadap pegawai-pegawai tersebut kerana ia boleh membawa

kepada pergaduhan yang besar.

Emosi Geram

Emosi geram ditonjolkan oleh Mamat apabila dia mengamuk di hadapan

pegawai-pegawai Reserve Unit apabila rumahnya dirobohkan, sedangkan diri dia

sendiri yang bersalah membina rumah haram.

PEGAWAI: Kenapa kau begini? [CIK PUAN manjenguk keluar]Kau nak

mengamuk?Kenapa mengamuk di sini?

MAMAT: Di sana tadi saya nak mengamuk, encik. Tapi tak jadi.

Sekiranya saya berada dalam keadaan di atas, saya akan pendamkan emosi

geram tersebut untuk mengatasi situasi tersebut. Pada masa yang sama juga saya

tidak akan menyalahkan orang lain atas kesilapan saya sendiri yang membina rumah

haram. Dalam konteks ini, pertuturan saya akan lebih lemah lembut untuk menjelaskan

keadaan saya pada pegawai-pegawai tersebut dan meminta masa yang lebih untuk

saya berpindah rumah kerana keadaan saya masih dikawal lagi.

Emosi Pilu

Emosi pilu juga dapat dilihat pada watak Mamat.Situasi ini dapat dilihat padanya

apabila dia menceritakan bahawa dia melaburkan jumlah wang yang banyak untuk

membina rumah yang dirobohkan itu.

MAMAT: Tidak encik, tetapi mula-mulanya marah juga … siapa yang tidak

marah kalau rumahnya kena roboh. Encik tahu, $400 duit saya lebur

buat rumah itu.

PEGAWAI: Salah kau juga, kenapa membina rumah haram?

Page 3: Penjelasan emosi

16

Sekiranya saya berada dalam situasi Mamat di atas, saya tidak akan memberi

kesempatan untuk emosi pilu mengambil tempat dalam diri saya kerana saya

memahami bahawa itu adalah balasan daripada Tuhan atas perbuatan salah saya.

Walaupun masa itu saya sakit hati membina rumah dengan melabur jumlah wang yang

banyak, tetapi saya akan menyesal melabur wang yang banyak membina rumah haram.

Emosi Takut

Emosi takut pada watak Cik Puan dapat dilihat dengan jelas pada awal cerita.Cik

Puan takut dengan kehadiran Mamat dengan parang sehingga dia terus masuk ke

dalam.

MAMAT: Encik… Encik…!

[PEGAWAI dan CIK PUAN terkejut.CIK PUAN terus masuk ke dalam, PEGAWAI lari ke pintu bilik. Mukanya pucat dan takut]

Pada hemat saya, saya akan mengawal emosi saya untuk tidak terkejut akan

Mamat yang berlari dengan parang panjang di tanggannya memekik-mekik dan

memberanikan diri saya ke hadapan untuk mendengar masalah Mamat.

Di samping Cik Puan, Emosi takut juga jelas terpapar pada watak

Pegawai.Beliau takut menghadapi Mamat yang mempunyai parang panjang di

tangannya.

MAMAT: [Mendekati PEGAWAI.PEGAWAI undur] Tolong saya encik… tolong

saya…

Sekiranya saya berada di tempat Pegawai, saya akan mencuba sedaya-upaya

untuk mengawal emosi saya supaya keadaan tersebut tidak menjadi serius.

Memandangkan peribahasa berani kerana betul, takut kerana salah saya akan

memberanikan diri menghadapi Mamat.

Di samping itu, Mamat juga seorang yang mementingkan diri sendiri.Hal ini

digambarkan apabila Mamat mementingkan nyawa sendiri, takut ditembak lalu dia

berlari ke rumah Pegawainya. Tetapi dia tidak kisah akan nyawa orang lain apabila dia

Page 4: Penjelasan emosi

17

mengkibas-kibaskan parang untuk menggertak pegawai-pegawai yang merobohkan

rumahnya.

MAMAT: Ha, Reserve Unit !Saya lihat tangan mata-mata itu sudah ke pistolnya,

encik.Oleh itu, tidak jadilah saya mengamuk, encik. Manalah tahu,

entah-entah ditembaknya saya, encik, tumpas pula saya.

PEGAWAI: Tahu pun engkau.

MAMAT: Nyawa encik.

PEGAWAI: Habis nyawa orang lain?

MAMAT : Saya hanya hendak menggertak sahaja, bukan betul-betul. Apabila

saya melihat mata-mata itu lain macam nampaknya … saya pun

cabut larilah, encik. [Ketawa]

Sekiranya saya berada dalam situasi di atas, saya tidak akan takut dengan

kedatangan pegawai-pegawai berkuada tersebut. Malah, saya akan memberanikan diri

untuk menghadap pegawai-pegawai tersebut. Berani kerana betul, takut kerana

salah.Dalam keadaan sedemikian saya akan menghargai nyawa orang lain seperti

mana menghargai nyawa diri saya sendiri.

Emosi Sedih

Mamat berasa amat sedih mengenang keadaanya sekarang yang tidak

mempunyai tempat tinggal.Keadaan ini tentunya merisaukan Mamat untuk mencari

tempat tinggal untuk ahli keluarga supaya mereka dapat bermalam.

MAMAT: Habis kena roboh. [Semakin sedih] Ke manalah saya hendak pergi?Di

manalah anak isteri saya hendak tinggal?Di manakah kami hendak

tidur malam ini?Kalau saya seorang, tidak mengapalah, di masjid pun

saya boleh tidur.Anak saya yang kecil itu dedar pula badannya.

Page 5: Penjelasan emosi

18

[Menundukkan muka dengan sedih, mengesat-ngesat mata yang tak

berair]

Jikalau saya di tempat Mamat, saya tidak akan memberi kesempatan untuk

emosi sedih kerana emosi sedih akan mengganggu pemikiran yang jelas. Tambahan

pula, saya akan menanggung akibat yang menjelang atas sebab membina rumah

haram. Saya akan sedar bahawa membina rumah haram tidak akan menjamin

kehidupan masa depan yang berkualiti. Lagipun, setelah nasi sudah menjadi bubur

tidak ada apa lagi untuk dibuat untuk memperbaikinya.

Emosi Tamak

Emosi tamak dapat dilihat pada watak Mamat yang mencuba menyalahgunakan

kuasanya yang dia ialah seorang ahli politik dan dia berasa berhak untuk membina

rumah haram.Walaupun demikian, emosi tamak menguasai Mamat di mana dia tidak

berasa bahawa dirinya bersalah dan menyuruh Pegawai untuk menelefon pegawai

Reserve unit dan menyuruh berbincang dengannya mengenai masalahnya supaya dia

dapat membina sebuah rumah haram lagi.

MAMAT: Tolonglah, encik. Kalau dapat encik telefonlah pegawai yang

berkenaan, biarlah dapat bina rumah sebuah lagi.Tak lama, encik,

membuat rumah kilat itu, satu malam saja sudah siap.Sementara itu

biarlah saya menumpang di mana-mana. [Sedih dan mengesat lagi

mata yang tak berair itu]

Sekiranya saya di tempat Mamat, saya tidak membenarkan emosi tamak

menguasai saya. Saya percaya bahawa kehadiran emosi tamak akan memusnahkan

diri seseorang. Selain itu, saya juga tidak akan mencuba menyalahgunakan kuasa yang

diberi sewenang-wenangnya untuk kegunaan sendiri untuk membina rumah atas tanah

orang lain.

Page 6: Penjelasan emosi

19

Emosi Cemas

Emosi cemas membuatkan dia tergopoh-gapah sehingga terambil sarung golok

dan ia menyebabkan parangnya tidak dapat disarungkan.

MAMAT: Bukan menghunus, mak encik. Saya tadi tergopoh-gapah.Jadi, sudah

terambil sarung golok pula.Jadi, parang initidak boleh disarungkan.

Jika saya di tempat Mamat, saya tidak akan cemas pada masa itu kerana emosi

cemas akan membuatkan seseorang bertindak seperti kehilangan akal. Walaupun

emosi saya tertekan pada masa itu, saya akan bertindak secara berhati-hati tanpa

terburu-buru.

BerterimaKasih dan Bersyukur

Pada masa yang sama juga Mamat berasa penuh terima kasih dan bersyukur

dengan bantuan Pegawai dan isterinya, Cik Puan. Emosi ini dapat dibuktikan apabila

dia mengucapkan ribuan terima kasih atas pertolongan Pegawai dan Cik Puan apabila

masalah dia dapat diselesaikan untuk sementara dengan bantuan mereka berdua.

PEGAWAI: Tak payalah, Mamat. Dengar apa kata mak encik engkau. Bawalah

keluarga engkau ke mari. Bawa kereta tu.

MAMAT: [Penuh terima kasih] Terima kasih banyak, encik. Biar saya pergi

sekarang [Bergerak ke pintu]

Sekiranya saya berada dalam situasi di atas, saya akan berkelakuan seperti

mana Mamat bertindak. Saya juga akan mengucapakan ribuan terima kasih atas

pertolongan Pegawai dan isterinya, Cik Puan yang mengatasi masalah saya walaupun

buat sementara sahaja. Menghargai bantuan orang lain ialah sikap yang paling mulia di

dunia ini.

Page 7: Penjelasan emosi

20

Selain itu, pada masa ini juga emosi-emosi positif dapat dilihat pada watak

Pegawai dan isterinya, Cik Puan.

Beramanah

Pegawai dalam cerita tersebut merupakan seorang yang beramanah dalam

kehidupannya.Beliau tidak ingin melakukan sebarang kesalahan yang salah disisi

undang-undang. Pernyataan ini dapat dibuktikan apabila Pegawai tersebut tidak

bersetuju dengan pendapat Mamat dan enggan menelefon Pegawai Reserve Unit yang

merobohkan rumah Mamat untuk berbincang kerana beliau memahami bahawa apa

yang Mamat telah lakukan adalah salah sebenarnya.

PEGAWAI: Tak boleh, tak boleh. [Mengeleng-gelengkan kepala] Ini kerja salah!

Kau baliklah dahulu, tengok anak isteri engkau.

Sekiranya saya berada dalam situasi Pegawai saya juga akan bertindak seperti

beliau di mana saya tidak mengikut-ikut kata Mamat kerana ia adalah salah di sisi

undang-undang. Di samping itu, saya perlu beramanah dalam kehidupan saya selaku

sabagai seorang pegawai.Walaupun saya belas kasihan akan keadaan Mamat, saya

tidak akan membuat sebarang kelakuan yang salah disisi undang-undang.

Emosi Sabar

Selain daripada itu, Pegawai juga merupakan seorang yang sabar.Walaupun

pada mulanya beliau terkejut melihat Mamat, beliau tetap sabar mendengar masalah

Mamat dan memberi nasihat kepadanya dengan penuh bertanggungjawab.

PEGAWAI: Kau gila nak mengamuk?

Sekiranya saya di tempat Pegawai, saya akan sama seperti beliau. Saya akan

sabar mendengar masalah Mamat tanpa mengatakan itu bukan masalah saya.

Tambahan pula, sebagai seorang manusia kita harus sedia mendengar masalah orang

lain walaupun tidak dapat dibantu. Memberi nasihat mahupun tunjuk ajar yang baik

adalah tanggungjawab seseorang manusia yang berguna.

Page 8: Penjelasan emosi

21

Emosi Empati

Emosi empati juga dapat dilihat pada diri Pegawai semasa beliau mengizinkan

Mamat dan seisi keluarganya tinggal bersama tanpa melihatkan status yang Mamat

merupakan pemandu untuknya.Keputusan yang dibuat oleh Pegawai menunjukkan

bahawa beliau ialah seorang yang berhati mulia dan sedia menghulurkan bantuan

kepada sesiapa yang berada dalam kesusahan.

PEGAWAI: Tak payalah, Mamat. Dengar apa kata mak encik engkau. Bawalah

keluarga engkau ke mari. Bawa kereta tu.

Jikalau saya dalam situasi di atas, saya juga akan menhulurkan bantuan yang

semampunya untuk mengatasi masalah Mamat dengan menyuruhnya menumpang

tempat kediaman saya. Walaupun Mamat merupakan seorang pemandu saya juga

tidak akan membandingkan status untuk membantunya. Sebagai seorang manusia,

saya akan berhati mulia untuk membantunya tanpa ada perasaan apa jua sekalipun.

Lazimnya, dalam keadaan sedemikian saya akan membantu Mamat sama ada

menyuruhnya menumpang tempat tinggal saya untuk sementara menyelesaikan

masalahnya atau menyediakan tempat tinggal yang lain untuknya.

Selain itu, Cik Puan juga tidak terkecuali dalam menonjolkan emosi

empati.Emosi tersebut dapat dilihat apabila Cik Puan meminta Mamat dan seisi

keluarganya tinggal bersama.

CIK PUAN: Bawalah keluarga engkau tinggal sementara di sini. Kalau kau cuti

lama, susah pula encik kau. Tadi dia sendiri yang

memandu kereta, badannya penat, kena marah pula.

Saya juga akan berkelakuan seperti mana Cik Puan mengatasi masalah Mamat

dengan meminta Mamat menumpang tempat tinggal saya sehingga dia menyelesaikan

masalahnya. Walaupun memerlukan kebenaran suaminya, saya akan memberi idea

bahawa menyuruh Mamat menumpang tempat tinggal saya pada masa itu, supaya

suami saya dapat membuat tindakan yang baik untuk kesejahteraan bersama.

Page 9: Penjelasan emosi

22

Rasa Ingin Tahu

Walaupun Cik Puan pada mulanya agak terkejut dengan kedatangan Mamat

dengan parang, tetapi dia sedia mendengar masalah Mamat dengan penuh prihatin.

CIK PUAN: Buat apa kau hunus parang kau ke mari?

Sekiranya saya di tempat Cik Puan saya juga akan mempunyai rasa ingin tahu

ini untuk mengetahui masalah Mamat di mana dia berlari dengan parang. Pastinya saya

ada ingin tahu untuk bertanya lanjut tujuan dia lari ke mari dengan parang. Hal ini

sedemikian kerana saya akan lebih faham dan boleh mendapat maklumat tambahan

dengan adanya rasa ingin tahu ini. Ada juga pepatah Melayu yang berkata, ‘malu

tanya,sesat jalan’.

Kasih Sayang

Cik Puan merupakan seorang isteri yang penuh prihatin terhadap kesihatan

suaminya, Pegawai.Kenyataan ini dapat dibuktikan apabila Cik Puan memarahi

suaminya yang penat memandu kereta seorang diri. Walaupun emosi marah

merupakan emosi negatif, tetapi memandangkan keadaan Cik Puan, dia memarahi

suaminya atas dasar kasih sayang terhadap suaminya.

CIK PUAN: Bawalah keluarga engkau tinggal sementara di sini. Kalau kau cuti

lama,susah pula encik kau. Tadi dia sendiri yang memandu kereta,

badannya penat, kena marah pula.

Saya juga akan menunjukkan emosi kasih sayang ini terhadap suami saya

sekiranya saya berada dalam situasi tersebut. Saya pasti akan lebih prihatin terhadap

kesihatan suami saya di mana melarang kelakuannya yang menyebabkan kesihatannya

terjejas.

Page 10: Penjelasan emosi

23

Memahami orang lain

Cik Puan juga seorang yang berhati mulia kerana dia memahami orang lain.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan, Cik Puan peka kepada masalah

Mamat.Apabila suaminya, menyuruh Mamat balik dahulu, Cik Puan yang membenarkan

Mamat menumpang tempat tinggalnya tanpa menanyakan pendapat suaminya.Hal ini

menggambarkan bahawa Cik Puan memahami situasi Mamat yang tidak mempunyai

rumah untuk bermalam dan kemana hendak dia membawa ahli keluarganya. Pada

masa yang sama juga dia menyelesaikan masalah Mamat buat sementara sehingga

Mamat membina sebuah rumah lagi.

CIK PUAN: Kalau tidak ada rumah bagaimana hendak bermalam? Mamat,

bawalah anak isteri engkau ke mari. Tinggallah di sini sementara ada

rumah lain.

Sekiranya saya di situasi di atas, saya juga akan memahami keadaan Mamat

sekarang yang tiada tempat tinggal untuk bermalam lagipun bersama seisi keluarganya.

Pastinya saya akan membantu dia untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi

olehnya supaya dia dan seisi keluarganya dapat berada dalam keadaan yang selamat.

Sikap memahami antara satu sama lain dapat menjamin kesejahteraan bersama.

Secara tuntasnya, pola penggiatan automatik yang berbeza membawa

pengalaman emosi yang berlainan.Oleh itu, emosi-emosi yang telah dijelaskan di atas

seperti emosi takut, marah cemas dan sebagainya adalah berdasarkan atas persepsi

yang tertentu dan penggaitan automatik yang dialami.Ringkasnya, emosi memainkan

peranan sebagai pengarah di bawah kesedaran (subconscious) kepada perhatian kita

yang wujud sebelum perasaan kita ditunjukkan.