penilaian ppbk

22
Pengenalan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer ( PPBK ) Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer atau singkatannya PPBK merupakan satu kaedah baharu yang mula mendapat tempat dalam dunia pendidikan kini di Malaysia. Pelbagai usaha yang sedang dan telah dilaksanakan untuk menggalakkan penggunaan kaedah PPBK. PPBK merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer yang dikendalikan menggunakan suatu perisian kursus .Di Amerika, PPBK dikenali sebagai Computer Assisted Instruction singkatannya ( CAI ) dan di United Kingdom, PPBK dikenali sebagai Computer Aided Learning. Perisian kursus merupakan istilah yang digunakan merujuk kepada perisian komputer untuk pengajaran dan pembelajaran. Perisian kursus ini menggabungkan pelbagai elemen seperti video, audio, teks , grafik dan animasi.Tujuan gambungan elemen ini adalah untuk menghasilkan suatu perisian kursus yang interaktif dan menarik minat pelajar untuk menggunakannya. Terdapat banyak kebaikan apabila guru atau pelajar menggunakan perisian ini.Antaranya ialah: 1. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran. 2. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. 3. Melaksanakan eksperimen yang sukar , mahal , mustahil dan bahaya untuk dibuat. 4. Mengulangi pembelajaran sekerap yang dikehendaki. 1

Upload: juliah-sidik

Post on 12-Aug-2015

141 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penilaian PPBK

Pengenalan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer ( PPBK )

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer atau singkatannya PPBK merupakan satu

kaedah baharu yang mula mendapat tempat dalam dunia pendidikan kini di Malaysia. Pelbagai usaha yang

sedang dan telah dilaksanakan untuk menggalakkan penggunaan kaedah PPBK.

PPBK merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer yang

dikendalikan menggunakan suatu perisian kursus .Di Amerika, PPBK dikenali sebagai Computer

Assisted Instruction singkatannya ( CAI ) dan di United Kingdom, PPBK dikenali sebagai Computer

Aided Learning.

Perisian kursus merupakan istilah yang digunakan merujuk kepada perisian komputer untuk

pengajaran dan pembelajaran. Perisian kursus ini menggabungkan pelbagai elemen seperti video, audio,

teks , grafik dan animasi.Tujuan gambungan elemen ini adalah untuk menghasilkan suatu perisian kursus

yang interaktif dan menarik minat pelajar untuk menggunakannya.

Terdapat banyak kebaikan apabila guru atau pelajar menggunakan perisian ini.Antaranya ialah:

1. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran.

2. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

3. Melaksanakan eksperimen yang sukar , mahal , mustahil dan bahaya untuk dibuat.

4. Mengulangi pembelajaran sekerap yang dikehendaki.

5. Membantu pelajar belajar secara kendiri hingga mereka memahami isi pelajaran.

Keberkesanan penggunaan perisian kursus ini telah dikaji oleh beberapa pakar pendidikan seperti

Jensen ( 1996 ) dan Lockard ( 1989 ).Jensen mendapati pencapaian pelajar yang belajar menggunakan

perisian kursus adalah jauh lebih baik berbanding dengan pelajar yang tidak menggunakannya

Begitu juga dengan Lockard (1989) yang telah mengkaji keberkesanan kursus ini terhadap kanak-

kanak.Hasil kajian beliau mendapati guru yang menggunakan perisian kursus semasa mengajar dapat

mengekalkan tumpuan yang lebih lama terhadap isi pelajarannya.

1

Page 2: Penilaian PPBK

Jenis-Jenis Pengajaran dan pembelajaran Berbantukan Komputer

Elemen-elemen jenis PPBK terdiri daripada enam jenis iaitu:

Penilaian Perisian PPBK

Sebelum guru menggunakan perisian kursus di dalam bilik darjah ,penilaian hendaklah

dilakukan terlebih dahulu terhadap perisian tersebut. Tujuan penilaian ini untuk menentukan

keberkesanan perisian yang akan digunakan . Menurut Robiah Sidin (1991),penilaian ialah pengukur

pencapaian secara sistematik.

2

Page 3: Penilaian PPBK

Walaupun penilaian mengambil masa untuk dilaksanakan , namun ianya suatu yang penting agar

pemilihan perisian yang benar-benar sesuai sahaja yang akan digunakan.Di antara kriteria yang perlu

dinilai ialah:

i. isi kandungan

ii. aspek teknikal

iii. dokumentasi

Penilaian dapat dijalankan secara formatif dan sumatif.Penilaian yang paling mudah adalah secara

formatif menggunakan borang soal selidik.Dalam kajian ini , borang soal selidik telah diedarkan kepada

10 pelajar dan 5 orang guru. Pelajar yang dipilih terdiri daripada pelajar Cina , Melayu dan India.

Dari aspek isi kandungan , didapati 80% murid menjawab YA. Ini menunjukkan murid-murid

memahami isi kandungan perisian.Jelas menunjukkan objektif tercapai. Dari segi aspek teknikal pula,

73% murid menjawab YA. Peratusan ini menunjukkan murid boleh mengendalikan pengoperasian

komputer. Murid yang selebihnya kurang mahir menggunakan komputer kerana tidak memiliki komputer

di rumah.

Aspek dokumentasi mendapat peratusan komen terbanyak daripada murid-murid.98% murid

menyatakan perisian kursus tidak menarik kerana gambar yang digunakan tidak berwarna.Tambahan pula

gambar yang digunakan bukan imej yang sebenar.

Selain murid, soal selidik ini juga dijalankan kepada 5 orang guru yang terdiri daripada guru

matapelajaran dan guru yang mahir menggunakan komputer.Hasil soal selidik mendapati :

i. Keseluruhan persembahan perisian kursus tidak menarik.

ii. Pembangun perisian kursus tidak peka dengan objektif pelajaran yang akan dicapai. Contoh

yang ketara ialah objektif Aras 1 menyatakan symbol-simbol cuaca.Dalam perisian ini

simbol cuaca tidak ditunjukkan dengan jelas.

iii. Terdapat banyak kesalahan ejaan dan struktur ayat yang tidak tepat.

iv. Pemilihan warna tulisan dan latar belakang tidak seimbang.

3

Page 4: Penilaian PPBK

Perisian Kursus Yang Dimuat Turun.

Mata pelajaran : Kajian Tempatan

Tahun : Empat

Tajuk : Cuaca

Objektif : Aras 1 - Menerangkan maksud symbol-simbol cuaca.

Aras 2 - Menghubungkaitkan cuaca dengan kehidupan seharian.

Aras 3 - Membincangkan pengaruh cuaca seperti hujan lebat, cuaca panas

dan angin kencang terhadap kegiatan harian.

Alamat Web : Skbtkurau.blogspot.com/2009/05/kajian-tempatan-tahun-4.html

Perisian yang dimuat turun merupakan perisian kursus yang dibangunkan menggunakan power

point. Terdapat 23 slaid yang digunakan oleh pembangun perisian kursus.Namun begitu hanya 20 slaid

yang digunakan sepenuhnya.

Slaid ini telah ditayangkan kepada murid-murid tahun 4Pintar .Borang soal selidik juga telah

diedarkan kepada murid-murid dan lima orang guru untuk menilai sama ada perisian kursus menepati

objektifnya ataupun sebaliknya.Terdapat banyak kelemahan yang dikenal pasti pada slaid yang

dibangunkan.

Kelemahan Aspek Isi Kandungan

1. Isi kandungan tidak disusun secara berperingkat. Slaid 1 hingga slaid 8 mengandungi

nota-nota pelajaran yang terkandung dalam objektif 1.

2. Slaid 4 – 8 tumpuan lebih kepada gambar situasi bukannya simbol cuaca.

3. Nota diselangi dengan cabaran minda pada slaid yang ke -9.Seterusnya isi pelajaran

disambung semula pada slaid 10 hingga 14 yang mengandungi objektif 2.

4. Objektif 3 tidak dinyatakan dengan terperinci. Hanya pengaruh hujan lebat sahaja yang

dinyatakan dalam slaid 15 hingga 21.

5. Tidak ada aktiviti pengkayaan atau pemulihan.

4

Page 5: Penilaian PPBK

Penambahbaikan Aspek Isi Kandungan

Isi kandungan disusun secara berperingkat agar guru dapat menyampaikan pengajaran dengan

baik. Isi pelajaran disusun bermula dari objektif 1 , diikuti dengan objektif 2 seterusnya objektif 3 tanpa

sebarang gangguan.

Slaid 3 hingga 7 menerangkan objektif 1 iaitu menyatakan maksud simbol-simbol cuaca.Lima

slaid yang dibangunkan boleh digabungkan menjadi satu slaid.Contoh slaid yang telah dibangunkan

semula adalah seperti di bawah.

Contoh Slaid Asal Slaid Cadangan

Cabaran minda pada slaid yang ke -9 sepatutnya disusun sebelum murid membuat latihan.

Jumlah soalan cabaran minda perlu ditambah daripada 2 kepada 5 soalan. Soalan yang disediakan

hendaklah disertakan dengan contoh jawapan sebagai pengukuhan kepada murid.

Tiga slaid kosong pada bahagian akhir boleh digunakan untuk memuatkan aktiviti pengkayaan

dan pemulihan untuk tujuan penilaian dan pengukuran sama ada objektif tercapai atau pun

tidak.Bertepatan dengan pendapat Gay ( 1985 ) , yang menyatakan “ penilaian ialah suatu proses yang

sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan ada sesuatu objektif yang telah

ditetapkan itu telah tercapai.

Azizi Ahmad (2006), menyatakan pengukuran sebagai satu proses untuk mendapatkan penjelasan

secara numerik tentang sebanyak mana pelajar mempunyai sesuatu cirri yang diukur dengan

menggunakan alat tertentu.

5

Page 6: Penilaian PPBK

Pembaziran slaid 15 hingga 21 kerana tidak dimuatkan dengan isi pelajaran yang sepatutnya

seperti yang ditunjukkan di bawah;

Slaid 15 hingga 21 sepatutnya dibangunkan dengan isi kandungan yang releven dengan sub tajuk

iaitu membincangkan pengaruh cuaca seperti hujan lebat, cuaca panas, dan angin kencang terhadap

kegiatan harian. Contoh perisian yang sesuai dimuatkan ialah video banjir atau kemarau panjang.

6

Page 7: Penilaian PPBK

SLAID ASAL CADANGAN

Slaid 10 hingga 13 membincangkan objektif aras 2 iaitu menghubungkaitkan cuaca dengan

kegiatan harian.Gambar pada slaid di atas menunjukkan contoh situasi yang berlaku pada cuaca yang

ditunjukkan. Dalam slaid asal simbol cuaca hanya menjadi bahan sisipan tidak seperti yang dinyatakan

dalam sukatan pelajaran yang menekankan penggunaan simbol cuaca sebagai suatu elemen yang penting

dan sepatutnya diketahui oleh murid.Kenyataan ini ditegaskan berdasarkan sukatan pelajaran Kajian

Tempatan tahun 4, Topik 4 , objektif aras 1 menerangkan maksud simbol-simbol cuaca.

Simbol cuaca yang dinyatakan sepatutnya menjadi fokus utama dalam setiap slaid diikuti dengan

contoh-contoh aktiviti yang dapat dilakukan semasa cuaca tersebut .Kepelbagaian contoh yang diberi

mampu merangsang minda murid untuk berfikir secara bercapah.

Tiga slaid kosong pada bahagian akhir boleh digunakan untuk memuatkan aktiviti pengkayaan

dan pemulihan untuk tujuan penilaian dan pengukuran sama ada objektif tercapai atau pun

tidak.Bertepatan dengan pendapat Gay ( 1985 ) , yang menyatakan “ penilaian ialah suatu proses yang

7

Page 8: Penilaian PPBK

sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan ada

sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

Azizi Ahmad (2006), menyatakan pengukuran sebagai satu proses

untuk mendapatkan penjelasan secara numerik tentang sebanyak mana

pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu.

Justeru itu, sebagai seorang guru perlu menggunakan alat yang tepat seperti soalan-soalan formatif

untuk mengukur sejauh mana kefahaman murid tentang isi pelajaran yang disampaikan.

Kelemahan berkaitan isi kandungan yang seterusnya ialah pembangun perisian kursus tidak

menggunakan contoh-contoh yang tepat pada fakta yang dinyatakan. Kelemahan tersebut dapat dilihat

pada slaid di bawah.

Fakta “ Cuaca hujan.Bapa menonton televisyen , ibu menjahit , saya dan kakak bermain komputer”

seelok-eloknya diubah kerana waktu hujan biasanya diikuti dengan petir dan kilat.Aktiviti menonton

televisyen dan bermain komputer tidak sesuai kerana ditakuti litar akan dipanah petir.Hal ini akan

menyebabkan perkakasan elektrik rosak.

Fakta tersebut boleh diubah seperti “ Waktu Petang: Cuaca hujan. Ayah membaca majalah, ibu

menjahit, saya dan kakak bermain catur.”

8

Page 9: Penilaian PPBK

Kelemahan Dari Aspek Teknikal

Aspek teknikal terdiri daripada kategori navigasi, ciri-ciri penyimpanan rekod ,persembahan dan

kualiti suatu perisian kursus. Kelemahan yang dapat dikesan ialah :

i. Visual hitam putih tidak menarik minat murid.

ii. Visual tidak menggunakan imej sebenar.

iii.Perisian kursus tidak mengandungi audio dan animasi

Penambahbaikan Aspek Teknikal.

SLAID ASAL SLAID CADANGAN

Keseluruhan slaid yang dibangunkan menggunakan gambar yang tidak berwarna. Slaid hitam putih

di atas merupakan salah satu contoh slaid yang dibangunkan oleh pembangun perisian. Lebih baik jika

9

Page 10: Penilaian PPBK

gambar yang dipilih berwarna kerana warna adalah salah satu elemen visual. Tambahan pula sasaran

persembahan ini ialah murid-murid tahun empat.Kanak-kanak lebih tertarik kepada objek yang terang dan

berwarna-warni. Imej yang dipaparkan mudah dilihat dan dibezakan antara satu objek dengan objek yang

lain.Keadaan ini memudahkan mesej diterima oleh murid-murid. Hal ini ditegaskan lagi dengan sokongan

pendapat Wan Zah (2005) yang menyatakan penggunaan warna yang kontras antara latar belakang dengan

subjek juga dapat menimbulkan kesan penegasan.

Sebagai contoh, slaid di atas menyatakan suasana panas . Suasana itu tidak dapat diperhatikan

dengan jelas kerana tidak ada perbezaan warna pada objek dan latar belakangnya. Sebagaimana yang

dinyatakan oleh pendapat Wan Zah (2005), warna yang digunakan mencorak rupa paras suatu permukaan

dan dapat menonjolkan mesej yang hendak disampaikan.

Selain warna, gambar yang digunakan juga tidak sesuai , tidak menarik minat dan membosankan

murid. Untuk membangunkan satu perisian kursus interaktif yang menarik, pembangun kursus hendaklah

tekun dan sabar memilih imej sebenar yang sesuai yang boleh dimuat turun dari internet .

Cadangan penambahbaikan telah dilakukan.Untuk menghasilkan perisian kursus yang interaktif ,

di dalam satu slaid dimuatkan dengan beberapa keping gambar untuk menunjukkan aktiviti harian yang

boleh dilakukan mengikut keadaan cuaca semasa. Untuk menjadikan persembahan lebih

interaktif,hyperlink telah dilakukan .Hyperlink dapat menjimatkan masa.Pengguna perisian hanya perlu

klik pada ikon yang disediakan dan carian yang diminta akan dipaparkan

Di samping itu ,pembangun perisian kursus seharusnya mempunyai ilmu untuk menyusun dan

meletak media pada paparan bagi membentuk persembahan yang menarik.Prinsip CASPER iaitu Contras ,

Alignment ,simplicity , Proximity , Emphasis , Repetition merupakan satu panduan menyusun media

seperti grafik , teks, animasi dan video pada suatu persembahan yang dapat merangsang minda, perhatian

dan minat penonton.

Persembahan Slaid ini secara keseluruhannya tidak bersifat interaktif. Slaid –slaid yang

dipaparkan tidak mengandungi audio , animasi , hyperlink , dan video.Hanya gambar pegun dipaparkan

pada keseluruhan slaid.Persembahan perisian yang bersifat tutorial ini mendatar . Murid-murid hanya

10

Page 11: Penilaian PPBK

menonton tayangan yang diselang- seli dengan penerangan guru

sekiranya perisian ini digunakan di dalam bilik darjah.Jika murid

menggunakan perisian secara kendiri, mereka hanya mendapat

maklumat isi kandung topik ini sahaja.

Untuk membangunkan sebuah perisian yang menarik dan bersifat interaktif, pembangun perisian

hendaklah mempelbagaikan variasi slaid seperti memasukkan unsur animasi pada slaid yang “bersesuaian.

Selain itu , gambar video juga sesuai dimasukkan dalam slaid ini.Contohnya video ‘ banjir’. Rakaman

video yang ditayangkan mampu menarik minat murid. Murid mendengar , melihat dan berfikir tentang

peristiwa yang berlaku. Sehubungan itu murid dapat memperoleh dan menyatakan maklumat secara

lisan.Tayangan ini membantu murid berfikir secara kreatif dan kritis.

Kelemahan Dari Aspek Dokumentasi

Persembahan elektronik digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berfungsi sebagai alat saluran

maklumat daripada guru kepada pelajar.Fungsinya sebagai alat bantu belajar pula, pelajar dapat

berinteraksi dengan perisian kursus. Oleh itu perisian kursus sebaik-baiknya bebas daripada kesilapan agar

pengguna perisian dapat menggunakannya dan memahami objektif pembelajaran semaksimum mungkin.

Slaid yang dibangunkan hanya mengandungi slaid pembuka.Tiada slaid penutup yang

dibangunkan menjadikan tayangan slaid ini seolah-olah tergantung tanpa penghujungnya. Dicadangkan

pembangun perisian ini memurnikan lagi slaid pembuka yang dibina dan membina slaid penutup.Pada

slaid pembuka dicadangkan di tulis maklumat asas tentang mata pelajaran yang akan diajar.

Contoh slaid cadangan adalah seperti di bawah.

SLAID ASAL

11

Page 12: Penilaian PPBK

SLAID CADANGAN

Setiap visual biasanya tidak hanya dipenuhi dengan gambar dan lukisan.Bagi memantapkan

maksud , elemen verbal seperti perkataan dan ayat disatukan.Penggunaan perkataan dan ayat akan dapat

meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan visual. Selain itu, perkataan juga dapat menarik perhatian

dan mengelakkan sesuatu visual disalah tafsirkan. Dalam penggunaan huruf, tujuh perkara perlu diambil

perhatian iaitu :

i. stail huruf

ii. bilangan stail huruf

iii. huruf besar dan huruf kecil

iv. warna huruf

v. saiz huruf

vi. jarak antara huruf

vii. jarak antara baris

Dalam slaid perisian kursus ini kelemahan yang dikenal pasti ialah penggunaan saiz huruf yang

tidak sama antara satu slaid dengan slaid yang lain.Ada tajuk yang bersaiz huruf 32 , 36 dan 44 . Nota

yang dihasilkan pula menggunakan saiz huruf 32 , 40 dan 44.

Untuk menghasilkan susunan slaid yang menarik semasa ditayangkan , saiz huruf yang digunakan

hendaklah diseragamkan. Saiz yang sesuai untuk tajuk ialah 40 dan saiz huruf 32 untuk isi kandungan.

Perbezaan saiz huruf memudahkan murid membezakan antara tajuk dan isi kandungan. Saiz huruf 40

boleh dilihat dengan jelas pada jarak 6 kaki keluasan bilik darjah.Oleh itu semua murid dapat melihat dan

boleh membaca perkataan yang ditayangkan.

12

Page 13: Penilaian PPBK

Times New Roman

Terdapat beratus-ratus stail huruf pada perisian komputer. Namun begitu stail huruf ini bolehlah

dikelaskan kepada lima kategori iaitu huruf roman , huruf gotik , huruf sambung atau cursive , huruf teks

dan huruf novelti.Dalam perisian kursus ini pembangun perisian menggunakan stail Times New Roman.

Huruf roman mempunyai strok yang berselang seli antara strok nipis dan strok tebal.Ia memunyai garis

melintang di tapak huruf.

Kumpulan sasaran yang akan menggunakan perisian ini ialah murid-murid tahun empat. Lebih

elok jika stail huruf yang digunakan menggunakan stail dari kategori gotik . Ini kerana huruf stail gotik

tidak mempunyai serif. Huruf-huruf ini mudah dibaca kerana menyerupai hasil tulisan tangan.Ianya amat

sesuai digunakan dalam pembinaan slaid.Ramlah Hamzah dan rakan-rakan (2005) menyatakan stail huruf

gotik banyak digunakan dalam reka bentuk visual kerana sifatnya yang ‘bold’ sesuai untuk pelbagai

bentuk mesej.Tambahan pula stail huruf gotik banyak digunakan dalam penerbitan buku.

Warna huruf juga turut menyumbang kepada mesej yang akan disampaikan.Justeru , pemilihan

warna huruf perlu diberi perhatian yang serius.Warna putih atau hitam amat sesuai digunakan kerana

ianya bersifat neutral. Huruf berwarna putih dalam perisian ini sesuai dengan warna biru yang dipilih

sebagai latar belakangnya.Warna oren yang dipilih menimbulkan kesan kegarangan , kekuatan dan

kedekatan kerana ianya tergolong dalam kumpulan warna panas kerana dikaitkan dengan matahari dan

api.

Perisian kursus yang dihasilkan hendaklah disunting terlebih dahulu sebelum digunakan Tujuan

penyuntingan ialah untuk menyemak kesilapan yang ada dan membaikinya. Namun begitu perisian kursus

ini tidak disemak oleh pembangunnya. Terdapat dua kesalahan ejaan yang sepatutnya tidak berlaku iaitu

berdasarakan dan pernahkan .

13

Century Gotik

Page 14: Penilaian PPBK

Disamping itu , susunan perkataan pada slaid 9 dan 14 perlu diambil perhatian.Ejaan perkataan

pertama dan seterusnya perlu dijarakkan supaya mudah dibaca.

Kesimpulan

Penilaian terhadap perisian kursus PPBK adalah sangat penting kerana ia akan menentukan

keberkesanan perisian terrsebut di dalam pengajaran dan pembelajaran. Walaupun proses penilaian

perisian ini mengambil masa untuk dilaksanakan , namun ianya merupakan suatu langkah yang amat

penting bagi memastikan hanya perisian yang benar-benar sesuai dan mencapai objektif sahaja yang akan

digunakan di sekolah-sekolah.

Jika perisian PPBK gagal dinilai maka perisian kursus tidak mencapai matlamatnya dan tidak

dapat digunakan sepenuhnya.Shaifol (2003), menyatakan kegagalan menilai akan membawa kepada

kegagalan pelaksanaan perisian kursus PPBK secara optimum.

Rujukan

1. Skbtkurau.blogspot.com/2009/05/kajian-tempatan-tahun-4.html

2.http://ishakothman.tripod.com/ppbk3.htm

3.W.A.Wan Zah, H.Ramlah,A.Rosini (2005), Prinsip Teknologi Pengajaran HBEF3103,OUM,Kuala

Lumpur.

4. Z.Omar, B.S Shaifol (2006),Teknologi Maklumat dalam Pendidikan HBEF2303, OUM , Kuala

Lumpur.

14

Page 15: Penilaian PPBK

15