borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · 2.4.1 klasifikasi ppbk 21 2.4.2 jenis-jenis ppbk 22...

43
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ° JUDUL : PEMBANGUNAN WEB PORTAL PENDIDIKAN BERASASKAN MULTIPLY BAGI MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT BERTAJUK CHEMICAL FORMULAE AND EQUATIONS. SESI PENGAJIAN : 2011/2012 Saya NUR AZAWANEE BINTI MOHD YUSOF mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : Tarikh: Tarikh: CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ° Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan PSM. PSZ 19:16(Pind. 1/97) PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN (NAMA PENYELIA) NO. 17, Jalan Bukit Jana Indah 2, Bukit Jana Indah, 34600 Kamunting, Perak. 16 JANUARI 2012 16 JANUARI 2012

Upload: vohanh

Post on 11-Aug-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS °

JUDUL : PEMBANGUNAN WEB PORTAL PENDIDIKAN

BERASASKAN MULTIPLY BAGI MATA PELAJARAN

KIMIA TINGKATAN EMPAT BERTAJUK CHEMICAL

FORMULAE AND EQUATIONS.

SESI PENGAJIAN : 2011/2012

Saya NUR AZAWANEE BINTI MOHD YUSOF

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan

untuk tujuan pengajian sahaja

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

Tarikh: Tarikh:

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD.

°Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan PSM.

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN

(NAMA PENYELIA) NO. 17, Jalan Bukit Jana Indah 2,

Bukit Jana Indah,

34600 Kamunting,

Perak.

16 JANUARI 2012 16 JANUARI 2012

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan (Kimia)”

Tandantangan :

Nama Penyelia : PROF. AZIZ BIN NORDIN

Tarikh : 16 JANUARI 2012

iii

PEMBANGUNAN WEB PORTAL PENDIDIKAN BERASASKAN MULTIPLY

BAGI MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT BERTAJUK

CHEMICAL FORMULAE AND EQUATIONS

NUR AZAWANEE BINTI MOHD YUSOF

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2012

iv

“Saya akui bahawa tesis yang bertajuk Pembangunan Web Portal Berasaskan

Multiply Mata Pelajaran Kimia Tingkatan Empat Bertajuk Chemical Formulae and

Equations ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………………………

Nama : NUR AZAWANEE BINTI MOHD YUSOF

Tarikh : 16 JANUARI 2012

v

DEDIKASI

Khas buat ibu bapaku yang tersayang

Tuan Haji Mohd Yusof bin Haji Man

Puan Hajjah Noor Azimah binti Ariffin

Serta adik-adikku yang dikasihi

Nur Athirah binti Mohd Yusof

Nur Amirah binti Mohd Yusof

Nur Amanina binti Mohd Yusof

Doa dan sokongan kalian menjadi pemangkin semangat buat

diriku .

Buat teman seperjuangan

Atifah Aziz

Hafiza Hassan

Hanizatul Azna Nahrawi@Ahmad

Khairill Helme Ramli

Noor Ashilla Razali

Norul Huda Che Embi

Nor Shuhada Abdullah

Siti NurWahyu Mohd Jonid

Segala jasa dan bantuan serta dorongan kalian semua dalam

menyiapkan projek ini amatlah dihargai. Abadikan kenangan

indah kita bersama kerana ianya adalah sebuag memori yang

indah.

vi

Penghargaan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta izinNya saya

dapat menyempurnakan projek sarjana muda saya ini dengan baik. Sepanjang

menjalankan projek ini, pelbagai rintangan dan halangan serta cabaran yang terpaksa

ditempuh dalam usaha untuk menjayakan projek ini. Alhamdulillah, semuanya dapat

saya atasi dengan penuh kesabaran dan dedikasi. Secara tidak langsung dapat

mendidik diri saya untuk menjadi lebih bersabar dan teguh dalam menempuhi

cabaran pada masa akan datang.

Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada

penyelia projek sarjana muda saya, Prof. Madya Aziz bin Nordin di atas segala

bantuan serta buah fikiran yang dihulurkan dalam menjayakan projek ini. Teguran,

bimbingan, dorongan serta cadangan yang diberikan sepanjang menjalankan projek

ini selama satu tahun amatlah dihargai.

Turut tidak ketinggalan, buat ibu bapa serta adik beradik saya yang selama ini

banyak memberikan sokongan kepada saya untuk menyiapkan projek saya ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kerana banyak memberikan bantuan kepada saya

terutama dari segi bantuan kewangan.

Tidak dilupakan juga kepada sahabat seperjuangan yang banyak memberikan

dorongan serta bantuan kepada saya dalam menempuhi pelbagai cabaran serta

rintangan sepanjang menghasilkan projek ini. Ribuan terima kasih saya

ucapkan.Sehubungan itu, segala penghargaan turut disampaikan kepada semua yang

terlibat secara lansung dan secara tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan

dan dibentangkan.

vii

ABSTRAK

Projek pembangunan web portal pendidikan yang bertajuk Chemical

Formulae and Equations ini dibangunkan adalah bertujuan untuk menyediakan

bahan bantu mengajar kepada guru dan juga bahan sokongan untuk proses

pembelajaran kepada murid. Selain itu, web portal ini juga boleh dijadikan sebagai

alternatif untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Web portal

pendidikan ini dibangunkan dengan menjadikan Multiply sebagai pelantar utama

pembinaan web portal. Sehubungan itu, bahan pengajaran dan pembelajaran yang

dimuat naik ke laman web portal dihasilkan dengan menggunakan perisian Microsoft

Power Point 2010, Adobe Photoshop CS2, Ulead Cool 3D, Sony Sound Forge 8.0,

Sony Vegas 7.0, Ulead Gif Animator dan Easy Ulead Gif Animator. Teori

konstruktivisme adalah teori asas yang diaplikasikan dalam pembinaan bahan

pengajaran dan pembelajaran yang bertajuk Chemical Formulae and Equations.

Model reka bentuk ADDIE dijadikan sebagai panduan untuk pembangunan web

portal pendidikan yang berasaskan Multiply ini. Dalam web portal pendidikan ini

turut juga dimuat naik penilaian yang berbentuk sumatif dan juga formatif yang

dibina menggunakan perisian Hotpotatoes. Selain itu, terdapat juga permainan

pendidikan, forum dan juga kamus yang turut dibangunkan dan diselitkan dalam web

portal ini. Dewasa ini, teknologi maklumat dan komunikasi berperanan sebagai

medium perantaraan untuk mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung

memberikan satu anjakan paradigma kepada sistem pendidikan negara dalam usaha

untuk menjadikan sistem pendidikan setanding dengan negara maju yang lain dalam

usaha untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

viii

ABSTRACT

Education portal website development project entitled Chemical Formulae

and Equations was developed in order to provide teaching aids for teachers and

learning support materials for students. In addition, the web portal can also be used

as an alternative for teaching and learning process become more effective. This

educational portal website was developed by making Multiply as the main platform.

Consequently, teaching and learning materials which uploaded to the portal website

was created by using Microsoft Power Point 2010, Adobe Photoshop CS2, ULEAD

Cool 3D, Sony Sound Forge 8.0 Sony Vegas 7.0, ULEAD Gif Animator and Easy

Ulead Gif Animator 5. Constructivism theory is applied in the construction of

teaching and learning materials entitled Chemical Formulae and Equations. ADDIE‟s

design model was used as a guideline for the development of this educational portal

website. In this education portal website, it also has been uploaded with the

assessment in the form of summative assessment and formative assessment which is

built by using the Hotpotatoes‟ software. In addition, there are also educational

games, forums and the dictionary was developed and inserted in the educational

portal website. Nowadays, information and communication technologies serve as a

medium for obtaining information. Indirectly it gives a paradigm shift to our national

educational system so that our educational system able to stand in an equal ground

with other developed countries in order to achieve developed nation status and high

income.

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN iv

ABSTRAK v

KANDUNGAN ix

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xviii

SENARAI LAMPIRAN xix

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.2.1 Bilangan pelajar 5

1.2.2 Masa 6

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Projek 8

1.5 Rasional Projek 8

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 9

1.7 Kepentingan Projek 10

1.7.1 Guru 10

1.7.2 Pelajar 11

1.8 Skop Projek 11

1.9 Definisi Istilah 12

1.9.1 Multiply 12

1.9.2 Web Portal 12

1.9.3 Multimedia 12

1.10 Penutup 13

x

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Pembinaan Laman Web Portal 15

2.3 Masalah dan Kesukaran Pembelajaran Kimia 16

2.3.1 Kelemahan Pelajar dalam tajuk “Chemical 17

Formulae and Equations”

2.4 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer 19

2.4.1 Klasifikasi PPBK 21

2.4.2 Jenis-jenis PPBK 22

2.4.3 Implikasi PPBK 23

2.5 Pengaplikasian Multimedia dalam Pendidikan 24

2.6 Penggunaan Internet dalam Pendidikan 25

2.7 Model ADDIE 28

2.7.1 Analisis 28

2.7.2 Reka Bentuk 29

2.7.3 Pembinaan 29

2.7.4 Perlaksanaan 29

2.7.5 Penilaian 29

2.8 Web Portal Berasaskan Multiply 30

2.8.1 Ciri-ciri Multiply 31

2.8.1.1 Blog 31

2.8.1.2 Perkongsian Gambar Tanpa Had 32

2.8.1.3 Video 32

2.8.1.4 Chat 32

xi

2.8.1.5 Kalendar 33

2.8.1.6 Links 33

2.8.1.7 Catatan 33

2.8.2 Pemilihan Multiply sebagai Asas

Pembinaan Web Portal 33

2.9 Teori Konstruktivisme 35

2.10 Penutup 37

xii

BAB 3 PROSEDUR PEMBINAAN

3.1 Pengenalan 39

3.2 Reka Bentuk Pengajaran 40

3.2.1 Definisi Reka Bentuk Pengajaran 40

3.2.2 Kepentingan Reka Bentuk Pengajaran 40

3.3 Model Reka Bentuk Pengajaran Bersistem 41

3.3.1 Model ASSURE 41

3.3.2 Model Hannafin and Peck 42

3.3.3 Model Dick and Carey 42

3.3.4 Model ADDIE 43

3.3.5 Model Robert Glasea 44

3.3.6 Model Waterfall 45

3.4 Pemilihan Model Reka Bentuk Pengajaran 45

3.5 Fasa Analisis 46

3.5.1 Analisis terhadap Kumpulan Sasaran 46

3.5.2 Analisis terhadap tajuk da nisi pelajaran 47

3.6 Fasa Reka Bentuk 49

3.6.1 Penentuan Objektif Pengajaran 49

3.6.2 Teori Pembelajaran yang diaplikasikan 50

3.6.3 Perkakasan Pembinaan 50

3.6.4 Spesifikasi Cadangan Perkakasan Kepada

Pengguna 52

3.6.5 Pemilihan Perisian Pembinaan 53

xiii

3.6.5.1 AdobePhotoshop CS2 53

3.6.5.2 Ulead Cool 3D 3.5 53

3.6.5.3 Ulead Gif Animator 5.0 54

3.6.5.4 Sony Sound Forge 8.0 54

3.6.5.5 Windows Movie Maker 54

3.6.5.6 HotPotatoes 55

3.7 Fasa Pembangunan 55

3.7.1 Pembinaan Nota Pengajaran dan

Pembelajaran 55

3.7.2 Pembinaan Kuiz dan Latihan 56

3.7.3 Pembinaan Ruangan Forum dan

Perbincangan 56

3.8 Fasa Perlaksanaan 57

3.9 Fasa Penilaian 57

3.10 Penutup 57

xiv

BAB 4 PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN

4.1 Pengenalan 59

4.2 Objektif 59

4.3 Penghasilan Bahan Web Portal 60

4.3.1 „Sign-up‟ 61

4.3.2 „Sign-in‟ 62

4.3.3 „Main Menu‟ 64

4.3.4 Blog atau Lesson 66

4.3.4.1 Modul Pengajaran dan Pembelajaran 66

4.3.4.2 Penilaian 67

4.3.4.2.1 Tutorial Subjektif 67

4.3.4.2.2 Tutorial HotPotatoes 68

4.3.4.3 Permainan Interaktif 72

4.3.5 Video 74

4.3.6 Gambar 75

4.3.7 Pautan Tambahan 75

4.3.8 Ruangan Sembang 76

4.3.8.1 „Guestbook‟ 76

4.3.8.2 Forum 77

4.3.8.3 Chat dalam talian 78

4.4 Penilaian Laman Web Portal 80

4.5 Penutup 80

xv

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 82

5.2 Perbincangan 83

5.3 Kelebihan Web Portal Berasaskan Multiply 84

5.4 Kelemahan Web Portal „Chemical Formulae and Equations‟85

5.5 Permasalahan dalam Proses Pembangunan Web Portal 86

5.5.1 Kurangnya Kemahiran dan Kepakaran 86

5.5.2 Tempoh yang terhad 87

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 87

5.7 Kesimpulan 88

RUJUKAN 89

LAMPIRAN 96

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Carta Alir Model ADDIE 28

3.1 Carta Alir Model Waterfall 45

4.1 Paparan utama Multiply 61

4.2 Paparan Pendaftaran 62

4.3 Paparan Tambah Kenalan 63

4.4 Paparan „Inbox‟ 63

4.5 Paparan Menu Utama atau „Home‟ 64

4.6 Paparan „Welcome Page‟ 65

4.8 Paparan Tajuk Subtopik 66

4.9 Paparan „Home‟ 66

4.10 Paparan Objektif 67

4.11 Paparan Lesson 67

4.12 Paparan muka depan tutorial subjektif 68

4.13 Paparan arahan tutorial subjektif 68

4.14 Paparan soalan tutorial subjektif 68

4.15 Paparan jawapan tutorial subjektif 68

4.16 Paparan utama JCloze 69

4.17 Paparan utama JQuiz 70

4.18 Paparan utama JMatch 71

4.19 Paparan utama JCross 72

4.20 Paparan muka depan permainan interaktif 73

4.21 Paparan permainan interaktif 73

4.22 Paparan soalan permainan interaktif 73

4.23 Paparan jawapan permainan interaktif 73

4.24 Paparan ruangan jawapan yang disediakan 74

4.25 Paparan video 74

4.26 Paparan contoh koleksi gambar 75

xvii

4.27 Paparan Guestbook 77

4.28 Paparan ruangan forum 78

4.29 Paparan ruangan chat 79

xviii

SENARAI SINGKATAN

BBM - Bahan Bantu Mengajar

TMK - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

P&P - Proses Pengajaran dan Pembelajaran

PPBK - Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

xix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Kebenaran Pihak Universiti 96

B Borang Soal Selidik 1 97

C Borang Soal Selidik 2 103

D Borang Soal Selidik 3 108

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan adalah aspek utama yang dilihat untuk mengklasifikasikan

sesebuah negara itu berstatus negara maju. Ianya dapat diukur pada sejauh mana

keberkesanan ilmu itu dapat diadaptasikan kepada murid dan diaplikasikan dalam

kehidupan seharian mereka untuk melahirkan generasi yang keintelektualannya

tinggi serta dapat menyumbang kepada kemajuan negara. Ini adalah kerana

keintelektualan adalah teras kepada kemajuan negara. Menurut kata seorang ahli

falsafah India yang terkemuka, Mahatma Gandhi (1869-1948), “Live as if you were

to die tomorrow. Learn as if you were to live forever.” Pernyataan ini memberikan

pengertian dengan ilmu pengetahuan yang kita miliki dapat membantu untuk

menjalani kehidupan yang lebih sempurna. Oleh yang demikian, ilmu pengetahuan

itu amat penting untuk setiap individu masyarakat. Pernyataan “Knowledge is

Power” yang dikeluarkan oleh seorang ahli falsafah Barat terkemuka Francis Bacon

(1561 – 1626) mempunyai maksud yang tersirat di mana dengan ilmu pengetahuan

yang dimiliki dapat membantu untuk menguasai dunia dan sekaligus mengurangkan

penindasan terhadap negara. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia mengambil langkah

bijak melakukan pelaburan dalam pendidikan agar bidang ini sealir dan standing

dengan negara maju yang lain.

2

Sebagai lanjutan kepada pernyataan diatas, pada sesi pembentangan Bajet

Belanjawan 2011 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5, Yang Amat Berhormat Dato’

Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berlandaskan tema “Transformasi Ke Arah

Negara Maju Berpendapatan Tinggi” menggarapkan empat strategi utama yang mana

strategi kedua daripada empat strategi berikut adalah berfokuskan kepada sektor

pendidikan Malaysia iaitu Membangunkan Modal Insan. Berikutan kepada

Belanjawan 2011, Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah besar

kewangan Negara iaitu sebanyak RM 29.3 bilion kepada Kementerian Pelajaran

Malaysia untuk memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti, memperkasakan

pendidikan awal serta memantapkan pendidikan sekolah rendah dan menengah

dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan

berpengalaman, kreatif serta inovatif dan ianya juga adalah sebagai prasyarat bagi

mencapai status negara maju berpendapatan tinggi sekaligus dapat meningkatkan

kualiti pendidikan negara.

Rentetan itu, jika disingkapkan kembali Wawasan Negara iaitu Wawasan

2020 yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr.

Mahathir Mohamad yang mana beliau telah menggarapkan sembilan cabaran utama

yang perlu dicapai oleh rakyat Malaysia untuk mencapai status negara maju dan

berdiri setanding dengan negara maju yang lain menjelang tahun 2020. Melalui

cabaran yang keenam di dalam Wawasan 2020, kewujudan masyarakat saintifik dan

progresif, yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan jauh yang

bukan sekadar pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains

dan teknolog. Untuk mencapai objektif menjadikan Malaysia sebagai negara maju

pada tahun 2020 penggunaan sains dan teknologi secara maksimum amat perlu

(Mahathir,1991).

Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang membangun

memberikan anjakan paradigma kepada pendidikan negara kerana penggunaan TMK

dalam pembelajaran telah menjadi satu budaya di era globalisasi kini. Ini adalah

selaras dengan objektif yang ingin dicapai menjelang tahun 2020. Sehubungan

dengan itu, Institusi-institusi pengajian tinggi terus memainkan peranan mereka

dengan memperkasakan penggunaan TMK dalam proses P&P. Sebagai contoh

3

sistem muat turun nota pembelajaran melalui sistem pembelajaran elektronik atau

lebih dikenali sebagai E-pembelajaran (e-learning).

E-pembelajaran (e-learning) adalah salah satu kaedah P&P (P&P) yang

diaplikasikan dalam pendidikan kini. Ianya berkembang sekitar tahun 1990an dan

digunakan sebagai mod pengajaran di mana bahan P&P (P&P), soalan latih tubi serta

maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh komputer melalui

internet khususnya laman web portal, cakera keras, CD-ROM, atau melalui sistem

jaringan (Jamaludin Mohaiadin, 2000). Secara ringkasnya, bahan P&P disediakan

dalam bentuk modul bahan bantu mengajar secara elektronik atau yang lebih tepat

melalui teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) (Sharuddin Yusuf, 2002).

Sehubungan itu, hal ini bukan hanya diperkasakan di institusi-institusi

pengajian tinggi sahaja malahan di sekolah juga pengaplikasian teknologi mencapai

tahap maksimum. Para guru disekolah digesa untuk menggunakan teknologi dalam

proses P&P seperti pengaplikasian power point dan juga bahan bantu mengajar yang

berasaskan elektronik. Menurut Abd. Rahman (2000), sekolah-sekolah di Malaysia

telah menggunakan pelbagai alat teknologi pendidikan (ATP) dalam P&P sejak awal

tahun 50an lagi. Akan tetapi, penggunaan ATP adalah terhad. Oleh itu, pelbagai

kemudahan untuk kegunaan teknologi pendidikan seperti peti televisyen, perakam

video dan OHP (overhead projector) disediakan oleh pihak kerajaan pada masa itu

melalui peruntukan daripada pinjaman Bank Dunia kepada sekolah yang menelan

belanja jutaan ringgit.

Sebagai usaha untuk menyemai dan memupuk minat serta berfikiran positif

terhadap perkembangan teknologi, sistem pendidikan di Malaysia kini telah

menggabungkan teknologi dalam kurikulum sekolah. Antara teknologi yang selalu

digunakan adalah penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar (BBM)

malah ianya bukan suatu yang baru dalam sejarah perkembangan komputer.

Dalam konteks ini, para guru perlu peka dan mengikuti arus semasa

perkembangan teknologi agar ianya selaras dengan kehendak dunia global dalam

4

menyediakan bahan pengajaran yang interaktif dan menarik yang menggabungkan

unsur multimedia seperti video, animasi, grafik, atau bahan cetak diimbas serta

lembaran kerja. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat murid serta memastikan

proses P&P dapat dijalankan dengan baik selain dapat meningkatkan kefahaman

murid

“Teacher must be sensitive to the needs of their student and dedicated

themselves to improvement of student learning as their primary professional

objectives.” (NCTM, 1980,25).

Berdasarkan pernyataan diatas dapat disimpulkan bahawa sebagai seorang

guru matlamat dan objektif utama adalah meningkatkan tahap pembelajaran murid.

Oleh yang demikian, guru yang berjaya adalah guru yang peka dengan kehendak

murid dan bersikap penuh dedikasi untuk meningkatkan tahap pembelajaran

muridnya.

Pengaplikasian TMK dalam pendidikan boleh dilihat daripada beberapa sudut

penting antaranya dalam penyampaian P&P, penggunaan perisian khusus P&P atau

Teaching and Learning Software dalam pencarian ilmu pengetahuan (Samat Buang,

2007). Terdapat fakta menyatakan bahawa 75 peratus keupayaan murid untuk

mengingat adalah berdasarkan kepada pendengaran, penglihatan dan perlakuan,

keupayaan mengingat hanya 40 peratus apabila murid hanya melihat dan mendengar

manakala keupayaan murid mengingat berkurang kepada 20 peratus tatkala murid

hanya mendengar semata-mata. Oleh hal yang demikian, pengaplikasian TMK

dengan gabungan unsur multimedia dalam P&P adalah penting dalam usaha untuk

membantu menyokong kekuatan ingatan murid itu sendiri yang mana ianya tidak

sepatutnya diabaikan dalam dunia moden kini kerana ianya memberikan impak

positif dalam proses P&P.

Oleh hal yang demikian, amat wajar sekiranya penggunaan TMK digunakan

secara meluas dalam pendidikan negara kerana ianya bukan sahaja memberikan

5

kebaikan kepada masyarakat sejagat malah menyumbang kepada kemajuan negara

dalam usaha untuk mencapai status negara maju.

1.2 Latar Belakang Masalah

Penggunaan komputer dan TMK dalam pendidikan tidak lagi asing bagi

masyarakat di era globalisasi kini. Bahkan, ianya adalah satu keperluan asas yang

amat diperlukan dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat berteknologi selaras

dengan hasrat Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat tersebut, bidang pendidikan

sekaligus mengalami transformasi yang hebat. Unjuran daripada proses transformasi

ini, para guru perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk

mempelbagaikan kaedah P&P. Penggunaan komputer dan TMK sebagai bahan bantu

mengajar sebenarnya sedikit sebanyak dapat membantu agar proses P&P dapat

berjalan dengan baik sekali.

Seperti yang kita sedia maklum, ekoran daripada transformasi dalam ini,

setiap sekolah di Malaysia, telah pun dilengkapi dengan kemudahan teknologi

antaranya pembinaan makmal komputer sekolah, pembekalan LCD Projector,

komputer riba kepada guru serta murid dan lain-lain. Penggunaan komputer dan

TMK sebagai medium perantaraan di antara guru dan murid sebenarnya adalah

sangat penting dalam usaha untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran. Berdasarkan

perkara yang dinyatakan di atas, antara faktor-faktor yang mempengaruhi

keberkesanan penggunaan komputer serta TMK dan pengaplikasian multimedia

sewaktu proses P&P adalah:

1.2.1 Bilangan Pelajar

Menurut Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad, Fakulti Pendidikan, Universiti

Malaya, (Utusan Malaysia, 2004), faktor utama yang menghalang proses P&P

dijalankan dengan baik adalah berfokuskan kepada bilangan murid yang terlalu

ramai di dalam bilik darjah. Oleh hal yang demikian adalah menjadi satu perkara

6

yang mustahil untuk guru memberikan tumpuan kepada setiap murid sekaligus ini

dapat mempengaruhi penglibatan murid ketika proses P&P berlangsung. Ini

membuatkan suasana pembelajaran di bilik darjah menjadi kurang selesa. Tambahan

pula keluasan bilik darjah dengan bilangan murid tidak praktikal. Berdasarkan

kepada pengalaman mengikuti sesi latihan mengajar di sekolah, di dalam sesebuah

bilik darjah itu ianya mempunyai lebih daripada 40 orang murid. Bilangan murid

yang ramai ini menyumbang kepada permasalahan kelancaran proses P&P dalam

bilik darjah. Interaksi secara dua hala di antara guru dan murid memainkan peranan

dalam mewujudkan suasana P&P yang berkesan. Berikutan dari permasalahan ini,

mod pengajaran sebegini sukar dilaksanakan. Oleh hal yang demikian, ianya dapat

memberikan kesan negatif kepada murid terutama kepada murid yang lemah dan

kurang daya pembelajaran untuk mengikuti pembelajaran dengan baik.

1.2.2 Masa

Faktor masa ini adalah berkenaan masa yang diperuntukkan untuk sesi P&P

bagi setiap mata pelajaran di sekolah. Lazimnya, masa yang diperuntukkan adalah di

antara 30 sehingga 40 minit setiap kali dan beberapa kali seminggu bergantung

kepada kehendak kurikulum untuk sesuatu mata pelajaran berikut. Ianya adalah

jangka waktu yang amat terhad bagi seseorang guru itu untuk menjalankan proses

P&P dengan berkesan. Masa menjadi lebih terhad apabila berlaku unjuran waktu

daripada sesi P&P yang sebelumnya. Tambahan pula, dengan adanya cuti umum

menyebabkan sesi persekolahan tidak dapat dijalankan dan sekaligus menghadkan

proses P&P di sekolah.

Lanjutan perkara itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah

mengambil inisiatif dengan mengarahkan setiap sekolah untuk menggantikan sesi

persekolahan yang tergendala disebabkan oleh cuti umum digantikan pada hari

Sabtu. Kekangan masa yang dialami ini menyebabkan guru terpaksa mengejar masa

pengajaran bagi menamatkan sukatan yang telah dirancangkan untuk masa tersebut.

Faktor kekangan masa sebenarnya membuatkan guru tidak dapat menjelaskan

sesuatu fakta itu dengan lebih terperinci dan menyebabkan murid tidak dapat

mengikut proses P&P dengan baik. Ekoran itu, ia menyebabkan murid yang lemah

7

terus tercicir. Selain itu, aktiviti pengajaran tidak dapat dijalankan dengan baik dan

berkesan seperti yang dirancang serta objektif pengajaran tidak tercapai sepenuhnya.

Walhal yang demikian, penggunaan komputer dan TMK serta pengaplikasian

multimedia sebagai bahan bantu mengajar amatlah digalakkan. Berdasarkan

pemerhatian, murid lebih tertarik dan berminat untuk belajar dengan adanya animasi-

animasi dan juga simulasi di dalam power point yang menggabungkan unsur-unsur

multimedia dan mudah bagi mereka untuk memahami sekaligus dapat menyuntik

semangat untuk belajar. Melalui aplikasi sebegini mereka dapat mengetahui situasi

sebenar yang berlaku dan merangsang daya pemikiran mereka. Selain itu, ianya

dapat memberikan kesedaran kepada murid bahawa proses P&P ini sebenarnya

adalah proses yang menyeronokkan selain dapat menambahkan ilmu.

Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan Malaysia sejajar dengan

perkembangan teknologi semasa, maka, adalah amat wajar untuk membangunkan

laman web portal bertajuk Chemical Formulae and Equations berasaskan Multiply

yang mana ianya dapat membantu untuk mengatasi segala faktor-faktor yang

menyebabkan proses P&P di dalam bilik darjah tidak dapat berjalan dengan baik dan

berkesan.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang dinyatakan, pembinaan

laman web portal berasaskan Multiply sebagai bahan bantu mengajar bagi mata

pelajaran kimia Tingkatan Empat adalah sangat efektif serta dapat membantu guru

mengatasai masalah yang menghalang proses P&P daripada berjalan dengan lancar.

Dengan adanya inisiatif yang sebegini, dapat memudahkan murid untuk belajar tanpa

mengira waktu dan tempat. Secara ringkasnya, murid bebas untuk belajar di mana

dan juga pada bila-bila masa yang sesuai dengan mereka. Umum mengetahui, murid

di zaman global kini lebih tertarik minat dengan aplikasi multimedia. Sehubungan

itu, sekiranya terdapat kemusykilan yang sukar difahami, mereka boleh bertanya

8

secara terus melalui ruangan forum yang disediakan dalam laman web portal. Ini

menunjukkan, proses pembelajaran bukan hanya di dalam bilik darjah malah di luar

bilik darjah juga. Selain itu, murid boleh saling bertukar-tukar pandangan dengan

rakan-rakan yang turut serta di dalam forum tersebut. Berdasarkan situasi ini, guru

dapat mengenalpasti punca serta masalah yang dihadapi oleh murid. Justeru, dengan

pengaplikasian sebegini, ianya dapat membantu proses P&P agar dapat berjalan

dengan berkesan.

1.4 Objektif Projek

Pembangunan projek ini adalah berpaksikan kepada tiga objektif utama iaitu;

Membangunkan laman web portal pendidikan berasaskan Multiply.

Menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran bersifat interaktif yang

mengandungi unsur-unsur multimedia seperti animasi, teks, grafik, audio,

video dan lain-lain simulasi yang menarik.

1.5 Rasional Projek

Pembinaan laman web portal ini dijadikan sebagai satu alternatif dalam

proses P&P. Dengan adanya gabungan animasi dan juga simulasi grafik, teks, audio,

video akan lebih menarik minat murid yang kini telah banyak terdedah dengan

penggunaan TMK. Pembinaan laman web portal ini juga diklasifikasikan sebagai

bahan bantu mengajar yang lebih interaktif yang dapat merangsang minat murid dan

mengatasi masalah pengajaran yang hanya berdasarkan buku semata-mata yang

menyebabkan proses P&P menjadi tidak menarik dan membosankan.

9

Dengan adanya laman web portal ini dapat menjadikan proses P&P berlaku

secara dua hala dan tidak tertumpu hanya kepada guru (teacher-centered) sahaja.

Aktiviti pembelajaran melalui penerokaan yang dijalankan dalam proses P&P dapat

menarik minat murid untuk melibatkan diri sekaligus dapat mewujudkan interaksi

secara dua hala antara guru dan murid. Selain itu, guru dan murid boleh memuat

turun segala bahan P&P daripada laman web portal yang mana ianya boleh diakses

pada bila-bila masa sahaja kerana ianya tidak mempunyai masa yang terhad dan

menjadi satu kemudahan kepada guru dan murid. Wujudnya web portal sebegini

banyak memberikan manfaat terutamanya kepada murid.

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk

Tajuk yang dipilih untuk laman web portal yang dibina adalah Bab 3 mata

pelajaran kimia Tingkatan Empat iaitu Chemical Formulae and Equations. Tajuk ini

banyak memberikan penekanan kepada jisim dan isipadu sesuatu bahan, konsep mol

serta kaitannya dalam membina formula dan persamaan kimia. Tajuk ini dipilih

sebagai tajuk untuk laman web portal yang dibina ini kerana ianya merupakan antara

tajuk yang terpenting di dalam mata pelajaran kimia. Dalam erti kata lain, tajuk ini

adalah asas kepada tajuk-tajuk yang berikutnya. Oleh hal yang demikian, kurangnya

kefahaman dalam tajuk ini memberikan kesukaran kepada murid untuk memahami

tajuk-tajuk yang berikutnya seperti Elektrokimia, Asid dan Bes, Termokimia dan

lain-lain. Rentetan daripada itu, tahap penguasaan murid terhadap tajuk itu rendah

disebabkan masalah ketidakfahaman yang dialami.

Puan Raihan binti Haji Hasbullah, merupakan guru Kimia yang berkhidmat di

Maktab Rendah Sains Mara Beseri, Perlis dan mempunyai pengalaman mengajar

mata pelajaran kimia selama 24 tahun menyatakan bahawa tajuk Chemical Formulae

and Equations ini adalah antara tajuk yang sukar difahami oleh murid-murid. Beliau

juga berpendapat bahawa tajuk ini memerlukan bahan bantu mengajar berbentuk

elektronik supaya dapat membantu guru dalam proses P&P. Selain itu, penyediaan

latihan kendiri yang berbentuk permainan atau modul ringkas juga dapat membantu

proses P&P bagi taju ini. Sehubungan itu, penekanan dan pendekatan berasaskan

10

kepada teori konstruktivisme perlu diaplikasikan dalam kaedah mengajar mata

pelajaran kimia pada era kini kerana ianya dapat mengembangkan pemikiran murid

(Lee Yeng Hong .2010).

1.7 Kepentingan Projek

Muktahir ini, penggunaan komputer dan TMK serta pengaplikasian

multimedia ketika proses P&P bukan lagi satu isu yang asing dalam bidang

pendidikan malahan ianya dianggap sebagai satu anjakan paradigma kepada sistem

pendidikan negara dalam usaha untuk melahirkan generasi yang mempunyai daya

keintelektualan tinggi dan berketerampilan serta berfikiran jauh. Ini kerana

keintelektualan adalah teras kepada kebangkitan dan kemajuan sesebuah negara.

Selaras dengan kehendak zaman maka, laman web portal ini dibina untuk

mempelbagaikan kaedah P&P serta menjadikan proses P&P lebih menyeronokkan

dan menarik selain mengatasi masalah kekurangan bahan bantu mengajar (BBM)

yang sukar diperolehi disamping dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.

Antaranya adalah:

1.7.1 Guru

Laman web portal yang dibina bertindak sebagai saluran ilmu serta dapat

membantu guru untuk berkongsi bahan pengajaran sesama sendiri selain daripada

mempelbagaikan kaedah pengajaran agar proses P&P dijalankan dengan baik dan

lebih berkesan. Sehubungan itu, laman web portal ini dapat menjimatkan masa guru

dalam mencari bahan alternatif untuk proses P&P. Bentuk bahan pengajaran yang

disediakan dalam laman web portal adalah berbentuk Microsoft Power Point dan

cara penggunaannya mudah untuk dikendalikan oleh guru.

11

1.7.2 Pelajar

Dalam konteks ini, laman web portal yang dibina memberi kebebasan kepada

murid untuk memilih masa yang sesuai untuk proses pembelajaran kendiri. Ini adalah

kerana segala maklumat yang terkandung dalam web portal boleh diakses tanpa

mengira waktu dan tiada had yang ditetapkan. Oleh itu, ianya tidak menjadi halangan

kepada murid untuk mengulangkaji pelajaran mengikut cara dan keadaan yang sesuai

dengan mereka. Selain itu, dapat mengukuhkan pengetahuan murid dengan mencuba

latihan yang berbentuk soalan formatif dan sumatif yang disediakan dalam bentuk

grafik yang menarik. Sehubungan itu, penguasaan murid terhadap sesuatu konsep itu

lebih baik. Laman web portal yang dibina bersifat kreatif dan isi kandungan yang

menarik dengan gabungan pelbagai unsur multimedia sekaligus dapat menarik minat

murid untuk melayari portal tersebut. Justeru itu, murid yang bersifat kreatif, kritis

dan inovatif dapat dilahirkan melalui proses pembelajaran bercorakkan konstruktif

sebegini.

1.8 Skop Projek

Tajuk yang dipilih untuk laman web yang dibina ini adalah bertajuk

“Chemical Formulae and Equations” bagi mata pelajaran kimia Tingkatan Empat.

Subtajuk yang terkandung dalam bab ini adalah “Relative Atomic Mass and Relative

Molecular Mass”, “The Mole and the Number of Particles”, “The Mole and the Mass

of Substances”, “The Mole and the Volume of Gas”, “Chemical Formulae” dan

“Chemical Equation”. Kandungan kepada bahan P&P yang dimuatkan dalam laman

web portal ini adalah berasaskan sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) yang disahkan oleh Pusat Pembinaan Kurikulum, Kementerian

Pelajaran Malaysia. Bahan P&P meliputi dua aspek iaitu secara teori yang mana

merangkumi definisi dan istilah, cara penggunaan dan pengaplikasian formula

pengiraan serta aspek amali melalui soalan-soalan serta kuiz interaktif yang

disediakan. Sasaran utama bagi projek ini adalah guru-guru yang mengajar mata

12

pelajaran kimia serta murid Tingkatan Empat Aliran Sains Tulen yang mana mata

pelajaran kimia adalah mata pelajaran teras yang wajib di ambil.

1.9 Definisi Istilah

Terdapat beberapa istilah terkandung dalam laman web portal ini yang akan

dijelaskan maksudnya secara terpirinci. Antaranya ialah:

1.9.1 Multiply

Multiply merupakan sebuah perkhidmatan rangkaian sosial yang mana

memberikan penekanan kepada pengguna dan membolehkan mereka untuk

berkongsi media seperti foto, video dan lain-lain dengan rangkaian dunia nyata. Pada

masa ini, ianya adalah rangkaian yang terbesar di Asia Tenggara dengan lebih dari

70,000 pengguna serta 20 juta pelawat. Sehubungan itu, merujuk kepada

pengaplikasian Multiply ianya dapat dilihat sebagai salah satu rangkaian yang

dijadikan sebagai asas untuk laman web portal yang dibina.

1.9.2 Web Portal

Web portal adalah laman yang menyajikan maklumat dari pelbagai sumber

dengan cara bersepadu. Perkhidmatan lain yang ditawarkan melalui web portal

adalah seperti emel, berita dan maklumat selain dari ciri-ciri standard carian enjin

yang diperolehi. Sehubungan itu, laman web portal membolehkan kita untuk mencari

sumber seperti bahan P&P, dan juga mampu mengendalikan enjin carian (Jennifer

Burke, 2001). Oleh yang demikian, maklumat yang terkandung dalam laman web

portal dapat membantu guru mendapatkan bahan P&P dan juga murid untuk

mendapatkan bahan pembelajaran tambahan secara tidak langsung merangsang

keseronokan dalam pembelajaran.

13

1.9.3 Multimedia

Menurut Richard E.Mayer (2005), multimedia didefinisikan sebagai

persembahan perkataan seperti teks secara lisan atau teks bercetak dan gambar

seperti illustrasi, foto, video dan animasi. Selain itu, multimedia juga adalah bahan

yang berbentuk gambar yang dibentangkan merangkumi grafik statik seperti ilustrasi,

graf, gambar rajah peta dan grafik dinamik seperti animasi dan video. Ianya juga

dikatakan sebagai bahan elektronik yang mana terdiri daripada gabungan multimedia

yang sesuai dijadikan sebagai BBM ketika proses P&P berlangsung di dalam bilik

darjah dalam pada masa yang sama dapat menarik minat murid (Slavin, 2006).

1.10 Penutup

Sistem pendidikan negara mengalami transformasi yang hebat selaras dengan

hasrat Wawasan 2020 ingin mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif

dan mempunyai daya perubahan yang tinggi, berpandangan ke depan serta bukan

sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun

saintifik dan teknologi masa depan. Lanjutan daripada itu, Kementerian Pelajaran

Malaysia telah mengatur strategi dan berusaha untuk meningkatkan sistem

pendidikan negara agar ianya setanding dan sebaris dengan sistem pendidikan di

negara-negara maju yang lain. Selain itu, ianya dapat memenuhi kehendak semasa di

abad ini dan sebagai persediaan untuk menghadapi segala cabaran di masa hadapan.

Justeru itu, guru seharusnya memberikan sokongan yang padu kepada usaha kerajaan

untuk memantapkan pendidikan negara dengan penuh komited dan dedikasi serta

berkeyakinan tinggi dalam menjalankan tugas sebagai guru kerana sejarah seseorang

itu terlakar bermula daripada insan yang bergelar guru.

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Bab ini berkisarkan mengenai kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk

semasa yang sedang dijalankan yang mana ianyanya dijadikan sebagai rujukan. Di

dalam bab ini akan membincangkan beberapa aspek yang dititikberatkan dan akan

disentuh secara menyeluruh agar laman web portal yang dibina ini lebih relevan dan

memenuhi capaian matlamat serta objektif yang ditetapkan. Antara aspek yang akan

disentuh dan dibincangkan adalah mengenai faktor pembinaan web yang mana ianya

berkaitan dengan permasalahan dalam pembelajaran tajuk yang dipilih, penggunaan

komputer serta TMK dalam proses P&P dan pengaplikasian multimedia serta

pengadaptasian teori konstruktivisme dalam pembelajaran kimia.

15

2.2 Pembinaan Laman Web Portal

Portal atau pun dalam erti kata lain adalah laluan yang merupakan asas kepada

pengguna apabila mereka dihubungkan dengan web. Ia merupakan pusat perhentian

pengguna internet yang membolehkan pengguna dan memudahkan mereka untuk

mencari maklumat mengikut mata pelajaran tertentu kerana ianya dikumpulkan di suatu

tempat (Searchcio, 2002). Maklumat yang diperlukan dapat dicapai dengan mudah serta

ianya dapat dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Menurut Nadia (2009), laman web portal dibina menggunakan perisisan

Microsoft Power Point 2007 sebagai pelantar kepada bahan P&P, disamping beberapa

perisian sokongan yang lain seperti Adobe Photoshop, Sony Vegas 8.0, Gif Animator 5.0,

Sound Forge 8.0 dan Ulead Cool 3D Production Studio. Selain itu, bahan P&P yang

bersifat interaktif dimuatkan dalam laman web portal yang dibina bertujuan untuk

meningkatkan kefahaman dan mengukuhkan ingatan murid. Laman web portal boleh

dilayari pada bila-bila masa sahaja mengikut kesesuaian waktu pengguna dengan

kemudahan internet kerana tiada had masa yang ditetapkan untuk melayari laman web

portal. Sehubungan itu, laman web portal yang dibina turut menyediakan ruangan chat

sebagai kemudahan untuk berinteraksi antara pengguna. Melalui laman web portal yang

dibina dapat merangsang minat murid untuk mengikuti pelajaran. Tan Bee Lian (1991)

menyatakan bahawa suasana yang membosankan di dalam bilik darjah ketika proses

P&P menyebabkan murid tidak dapat megembangkan minat terhadap pembelajaran

lantas mereka ketinggalan unutk mengikuti proses P&P dengan baik dan berkesan.

Sebagai sokongan, laman web portal yang dibina dapat merangsang minat murid

untuk menerokai maklumat mengikut kemampuan dan minat terhadap mata pelajaran

yang dipelajari dengan adanya unsur-unsur multimedia yang diaplikasikan seperti audio,

video, serta animasi grafik (Nazri, 2009). Justeru itu, laman web portal yang dibina

memberikan manfaat kepada pengguna dan dapat dijadikan sebagai BBM kepada para

guru dan sebagai bahan rujukan tambahan kepada murid. Menurut Salasiah Panot

16

(2010), laman web portal yang dibina perlu mengetengahkan konsep yang ceria supaya

dapat menarik minat murid dan menjadikan laman web portal ini sebagai satu rujukan

penting.

2.3 Masalah dan kesukaran Pembelajaran Kimia.

Kimia adalah salah satu cabang ilmu yang penting dalam sains dan ianya bersifat

abstrak dan kompleks. Topik yang terkandung dalam mata pelajaran kimia saling

berkaitan antara satu sama lain dan berasaskan kepada struktur bahan. Ini membuktikan

kimia adalah mata pelajaran yang sukar untuk dipelajari dan difahami oleh murid

(Ghassen Sirhan, 2007). Akan tetapi ilmu kimia dapat membantu murid untuk

memahami keadaan yang belaku disekeliling mereka.

Mata pelajaran kimia adalah mata pelajaran wajib murid aliran sains tulen di

peringkat sekolah menengah. Mata pelajaran ini juga mempunyai perkaitan dengan dua

mata pelajaran sains yang lain iaitu biologi dan juga fizik. Kajian mengenal jirim, kajian

mengenal konsep dan kajian mengenai penggunaannya adalah tiga bidang kajian asas

untuk kursus sains kimia (Suriati Awang, 1999 dalam Norhidayah Alias, 2007). Tiga

bidang kajian asas ini berkepentingan untuk mendekati dan memahami kimia. Ini adalah

kerana terdapat beberapa konsep kimia yang penting untuk proses P&P. Sehubungan itu,

adalah penting untuk murid memahami konsep kimia kerana tanpa pemahaman dan

penguasaan konsep kimia yang baik menyebabkan murid ketinggalan dalam proses

P&P.

Kaedah yang digunakan oleh guru dalam proses P&P turut mempengaruhi

kefahaman murid terhadap mata pelajaran kimia. Oleh hal yang demikian, guru kimia

perlu mengaplikasikan kaedah pengajaran yang berkesan supaya masalah dalam P&P

dapat diatasi. Ini adalah kerana konsep kimia adalah konsep yang abtsrak dan

memerlukan kefahaman yang tinggi untuk sesuatu konsep bukan sekadar menghafal

17

fakta. Kaedah pengajaran yang diaplikasikan adalah berkesan apabila guru dapat

membina konsep kimia dengan baik dan dapat disusun dalam minda murid (Mohammad

Nazri, 2009).

Pengetahuan kimia dipelajari pada tiga peringkat iaitu „sub-miroscopic‟,

„macroscopic‟ dan „symbolic‟ serta hubungan diantara setiap peringkat hendaklah diajar

dengan secara jelas (Johnstone, 1991; Gabel, 1992; Harrison dan Treagust, 2000;

Ebenezer, 2001; Ravialo, 2001; Treagust et al., 2003). Oleh yang demikian, sekiranya

murid mengalami kesukaran pada salah satu peringkat, ia akan mempengaruhi peringkat

yang lain dan memberi kesan kepada murid menguasai konsep kimia dengan baik.

Selain itu, untuk memahami sesuatu konsep kimia, perlu wujudnya interaksi secara dua

hala dan juga membincangkan mengenai perbezaan kerana itu merupakan ciri-ciri

penting dalam mempelajari kimia.

Sehubungan itu, tanpa pemahaman konsep yang kukuh murid perlu menghafal

setiap fakta yang terdapat dalam mata pelajaran kimia dan akhirnya mereka merasakan

kimia adalah mata pelajaran yang membosankan. Akan tetapi, jika hanya menghafal

fakta, ia memberikan kesukaran kepada murid untuk mengaplikasikannya dalam

penyelesaian masalah apabila sesuatu situasi atau masalah diberikan. Tidak dinafikan

bahawa mata pelajaran kimia mengandungi pelbagai konsep kimia yang terkandung

dalan setiap isi mata pelajaran tersebut yang memerlukan pemahaman yang tinggi oleh

murid.

2.3.1 Kelemahan pelajar dalam tajuk “Chemical Formula and Equations”

Tajuk ini adalah tajuk melibatkan konsep yang abstrak yang sering memberi

masalah kepada pelajar dari konteks pemahaman konsep yang sebenar. Dalam

mempelajari topik ini, pelajar perlu memahami mengenai konsep jisim atom relatif dan

jisim molekul realtif. Selain itu, pelajar juga perlu memahami konsep mol dan kaitannya

dengan nombor zarah, jisim dan juga isipadu. Pemahaman yang tinggi oleh murid

mengenai konsep kimia amat diperlukan kerana ianya berkaitan dengan pembinaan

18

formula kimia dan juga persamaan kimia. Selain itu, murid perlu mahir untuk

menyeimbangkan persamaan kimia dengan betul.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Nor Hidayah (2007) mendapati bahawa

formula empirik untuk sesuatu sebatian tidak dapat ditulis dengan betul oleh murid. Oleh

yang demikian, persamaan kimia yang dibina tidak dapat diseimbangkan dengan betul.

Disamping itu, kajian tersebut juga mendapati murid tidak dapat membuat pengiraan

mol yang betul. Sehubungan itu, melalui kajian yang dijalankan, kesukaran yang

dialami oleh murid dalam meguasai konsep mol adalah disebabkan oleh definisi konsep

mol itu sendiri mengikut SI (Diecks, 1981). Selain itu, murid tidak mempunyai

pengetahuan yang kukuh dan sempurna dalam memahami mengenai maksud „unit‟

dalam definisi mol (Shanti dan Howe, 1994). Disebabkan kegagalan murid untuk

memahami konsep mol, murid tidak dapat membuat pengiraan mol dengan betul dan

tidak dapat mengaitkannya dalam membina persamaan kimia yang seimbang dan tepat.

Ini adalah kerana persamaan yang seimbang adalah penting untuk menulis persamaan

kimia dengan betul.

Untuk memahami konsep mol dengan lebih terperinci murid mesti didedahkan

dengan perkaitan antara jisim atom relatif dan jisim molekul relatif. Guru akan

memperkenalkan definisi mol kepada murid dan akan mengaitkannya dengan subkonsep

yang telah dipelajari (Allsop, 1977). Kemudiannya, dapat diaplikasikan dalam

pembinaan persamaan kimia dan menyeimbangkan persamaan kimia yang dibina.

Persamaan kimia yang ditulis adalah berdasarkan tindak balas kimia yang berlaku.

Proses tindak balas adalah konsep yang abstrak dan sukar untuk difahami melainkan

murid mempunyai tahap pemikiran yang tinggi (Nor Hidayah, 2007). Kegagalan murid

dalam mengaitkan konsep mol serta stoikiometri untuk penulisan persamaan kimia

menyebabkan murid menghadapi masalah untuk menulis persamaan kimia dengan betul

dan tepat.

Selain itu, kelemahan murid di dalam matematik juga menyebabkan murid

kurang menguasai topik dengan baik. Dalam topik ini, murid banyak didedahkan dengan

konsep pengiraan. Oleh itu, kemahiran matematik amat penting untuk diaplikasikan

19

ketika pembelajaran topik ini. Kurang kemahiran dalam matematik menyebabkan murid

menghadapi masalah dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan mol, jisim,

isiapdu dan sebagainya.

Oleh itu, untuk mengatasi kelemahan-kelemahan ini, guru seharusnya

memainkan peranan untuk memikirkan strategi pengajaran dan mencari kaedah yang

sesuai untuk mengajar mata pelajaran kimia supaya dapat mengatasi masalah

ketidakfahaman murid.

2.4 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

Menurut Richard (1998), PBK merujuk kepada penggunaan komputer dalam

proses P&P untuk mengajar bahasa kedua atau bahasa asing. PBK adalah strategi yang

digunakan dalam proses P&P dengan menggunakan komputer sebagai medium

perantaraan untuk menyampaikan isi kandungan mata pelajaran agar ianya mudah

difahami oleh murid. Kebiasaannya, ia dipersembahkan dalam pelbagai aplikasi seperti

CD-ROM dan E-pembelajaran. Bahan P&P yang menggunakan aplikasi CD-ROM

contohnya, bahan P&P dipakejkan dalam bentuk perisian (Norasykin dan Normashita,

2007).

Sehubungan dengan itu, P&P Berbantukan Komputer (PPBK) dapat ditakrifkan

sebagai papan kapur elektrik. Ini adalah kerana setiap pengajaran yang dipersembahkan

ditulis dan dipadamkan oleh komputer sebagaimana reka bentuknya telah diprogramkan

untuk menjadi suatu perisian yang sesuai dan efektif. Oleh hal yang demikian, beberapa

pakar telah mentakrifkan definisi mengenai P&P Berbantukan Komputer (PPBK)

berdasarkan kefahaman, pandangan serta pengalaman mereka tersendiri.

Sloane (1989) mentakrifkan P&P Berbantukan Komputer sebagai;

20

“Computer assisted instruction (CAI) is like an electronic blackboard, the

lessons are written and erased by the computer itself properly designs. CAI acts as an

electronic blackboard where the programmer’s instructions, in the form of software, act

as master teacher with a finely sensitility to student needs.”

Secara ringkasnya, P&P berbantukan komputer ini bertindak sebagai papan

hitam elektronik di mana setiap arahan adalah di dalam bentuk perisian yang bertindak

sebagai guru yang mana ianya memenuhi kehendak dan keperluan semasa murid.

Sebagai lanjutan daripada itu, dapat dikaitkan disini bahawa PPBK adalah satu

pendekatan yang menggunakan komputer dan diadaptasikan dalam proses P&P. Ianya

merupakan program terancang atau menggunakan komputer untuk mempelajari sesuatu

secara berturutan iaitu langkah demi langkah secara penemuan yang memberikan

kebebasan kepada pelajar untuk meneroka maklumat melalui komputer (Baharuddin,

Rio dan Manimegalai, 2002). Criswell (1989) pula mendefinisikan P&P berbantukan

komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan

pengajaran dan melibatkan murid secara aktif serta membolehkan maklum balas

diberikan dengan cepat dan pantas.

Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan

sebagai media pelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki

oleh media pembelajaran yang lain. Dalam konteks ini, berpendapat, perisian PPBK

adalah merupakan perisian yang digunakan dalam pendidikan. Penggunaan perisian ini

yang lebih bersifat kepada „mengajar‟ dan juga antara perisian popular yang

diaplikasikan adalah yang berbentuk tutorial, latih tubi dan juga simulasi.

Secara kesimpulannya, PPBK adalah suatu pendekatan yang digunakan dalam

proses P&P yang membolehkan murid mengikut keupayaan, kehendak, keselesaan,

minat serta masa yang sesuai. Justeru itu, ianya dapat membantu guru dalam

menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan dan lancar.

21

2.4..1 Klasifikasi PPBK

Secara ringkasnya, merujuk kepada Robert Taylor (1980) PBK diklasifikasikan

kepada tiga kategori (Baharuddin Aris et al., 2002). Tiga kategori tersebut adalah;

i) Tutor

Fungsi tutor adalah untuk mengajar. Oleh itu, dalam PBK komputer adalah

berperanan sebagai tutor di mana ianya berfungsi untuk mengajar pelajar. Antara yang

tergolong sebagai perisian dalam kelas tutor adalah latih tubi, tutorial, simulasi,

permainan pendidikan dan penyelesaian masalah.

ii) Tool

Tool sendiri bermaksud alat. Hal yang demikian, kompter adalah alat untuk

membantu guru dan murid melakukan sesuatu kerja. Antara perisian yang terdapat

dalam kategori tool adalah pemprosessan perkataan, pangkalan data, grafik, hamparan

elektronik, telekomunikasi dan penerbitan.

iii) Tutee

Di dalam kategori Tutor komputer bertindak sebagai pengajar, akan tetapi untuk

kategori Tutee pelajar yang bertindak “mengajar” komputer dengan menggunakan

bahasa pengaturcaraan. Bahasa Logo, BASIC dan pascal adalah antara bahasa

pengaturcaraan yang lazimnya digunakan.

22

2.4.2 Jenis-jenis PPBK

Di dalam proses P&P, terdapat pelbagai strategi yang dapat diaplikasikan untuk

tujuan P&P. Sehubungan itu, terdapat pelbagai PBK yang pouplar yang boleh diadaptasi

untuk proses P&P dalam bilik darjah (Baharuddin Aris et al.,2002; Suzana che harun,

2000; Stephen M. Alessi dan Stanley 1985). Antaranya ialah;

i) Tutorial

Salah satu kaedah perpindahan pengetahuan di mana pendekatan sebegini adalah

sebahagian daripada proses P&P. Hal yang demikian kerana ianya bersifat interaktif dan

khusus berbanding buku. Seterusnya tutorial adalah pendekatan pengajaran melalui

contoh dan menyumbangkan informasi unutk menyiapkan sesuatu tugasan yang

diberikan.

ii) Latih tubi

Menurut Abd. Samad (1998), perisian latih tubi adalah perisian yang dapat

menyediakan latihan secara berulang kali dan berterusan dalam usaha meningkatkan

kemampuan melatih mengingat kembali fakta-fakta kefahaman, melatih kemahiran

mengingat dan mengaplikasikan konsep berkenaan. Selain itu, perisian latih tubi juga

bertujuan untuk menilai semula pelajaran yang telah diajar oleh guru (Baharuddin et. al.,

2001)

iii) Simulasi

Simulasi adalah gambaran abstrak yang sebebnar di mana ianya memerlukan

pelajar untuk berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranana masing-masing untuk

menyelesaikan sesuatu masalah. Seterusnya, pendekatan ini adalah satu pendekatan yang

23

realistik digunakan untu mengajar sesuatu konsep dan pendekatan ini sesuai untuk

diaplikasikan untuk pengajaran secara individu atau kumpulan kecil.

iv) Permainan Pendidikan

Menurut Allessi dan Trollip (1991), permainan ialah satu aktiviti yang

melibatkan proses pembelajaran secara tidak formal. Permainan mampu mewujudkan

suatu suasana yang dapat merangsangkan pembelajaran atau pengawasan sesuatu

kemahiran. Perisian permainan dalam pendidikan dalah bercorak kompetitif dan

berbentuk seperti strategi tutorial akan tetapi ianya lebih memotivasikan murid

(Baharuddin et. al., 2001).

v) Penyelesaian masalah

Penyelesaian masalah boleh ditakrifkan sebagai satu proses kognitif yang

berperingkat tinggi serta memerlukan pengawasan kemahiran-kemahiran yang lebih

rutin atau asas (Goldstein and Levin, 1987). Disamping itu, melalui kaedah penyelesaian

masalah dapat mewujudkan proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid dan

mengakibatkan penglibatan murid secara aktif dalam proses P&P.

2.4.3 Implikasi PPBK

Terdapat pelbagai implikasi yang berkesan terhadap pengaplikasian P&P

Berasaskan Komputer (PPBK) dalam proses P&P. Menurut Aris (2007), dengan

menggunakan kaedah PBK, murid dapat menguasai kemahiran berfikir dengan lebih

baik dan berkesan. Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran merupakan

komponen yang penting untuk memotivasikan minat murid terhadap mata pelajaran

yang dipelajari (Moores, 1987). Selain dari meningkatkan motivasi murid, melalui

24

aplikasi kaedah yang pelbagai membantu murid untuk meneroka dan mempelajari ilmu

yang baru.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, P&P berbantukan komputer (PPBK) dapat

memberi impak yang baik dalam proses P&P murid terutamanya murid yang berada

pada tahap pencapaian akademik yang rendah. Ini kerana murid yang di tahap

pencapaian akademik rendah memerlukan pelbagai kombinasi medium dalam

pembelajaran mereka seperti visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik di

mana gabungan unsur multimedia ini boleh didapati di dalam P&P berbantukan

komputer (Aris, 2007). Hal ini bertepatan dengan satu peribahasa Cina yang

menyatakan, “saya dengar, saya akan lupa, saya lihat saya akan ingat, dan apabila saya

lakukan saya akan faham.” (Hizamnuddin Awang, 1997 dalam Fazilah, 1998). Oleh hal

yang demikian, dapat dinyatakan bahawasanya kefahaman adalah sesuatu yang amat

diperlukan oleh murid untuk mereka lebih mengingati apa yang dipelajari.

Kajian yang dijalankan oleh Ashfahani (2001), mendapati bahawa prestasi murid

berkebolehan rendah adalah lebih tinggi berbanding prestasi murid berkebolehan tinggi

dalam penggunaan komputer. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pengaplikasian PPBK

berpotensi tinggi untuk memenuhi kehendak dan keperluan murid secara individu.

Selain itu, mereka juga dapat memperolehi kemahiran untuk menyelesaikan sebarang

masalah pembelajaran secara praktis. Oleh yang demikian, murid mampu

mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dengan baik.

2.5 Pengaplikasian Multimedia Dalam Pendidikan

Aplikasi multimedia dalam pendidikan mampu mengatasi masalah kebosanan

dalam proses P&P dengan menggabungkan unsur multimedia ke dalam bahan P&P yang

disediakan. Terdapat lima unsur utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio,

video dan animasi (Jamaluddin dan Zaidatun, 2003). Selain itu, interaktiviti juga