cadangan kaedah sistem penyampaian kandungan melalui internet dari sudut ppbk

23
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA JANUARI 2015 HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN MATRICULATION NO : 640110035016001 IDENTITY CARD NO. : 640110035016 TELEPHONE NO. : 0196903115 E-MAIL : [email protected]/ [email protected] LEARNING CENTRE : NEGERI SEMBILAN

Upload: ieka-adila

Post on 06-Sep-2015

229 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

oum

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2015

HBEF2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

MATRICULATION NO: 640110035016001IDENTITY CARD NO.: 640110035016TELEPHONE NO.: 0196903115E-MAIL : [email protected]/ [email protected] CENTRE: NEGERI SEMBILAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN (HBEF2303)

7

ISI KANDUNGAN

TAJUK BAHAGIAN A : JADUAL GARIS MASA PERKEMBANGANTEKNOLOGI INTERNET

BAHAGIAN B : KERTAS CADANGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGIMAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

RUJUKAN

BAHAGIAN A :JADUAL GARIS MASA PERKEMBANGAN TEKNOLOGI INTERNET

BAHAGIAN B :KERTAS CADANGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.0 PENGENALAN

Tidak dapat dinafikan bahawa kepelbagaian kaedah penyampaian semasa proses prengajaran dan pembelajaran berlangsung mampu memberikan motivasi tempatan kepada pelajar terhadap pengajaran tersebut. Penggunaan kaedah tradisional iaitu chalk and talk kini menjadi kurang relevan. Isu ini sering dijadikan bahan perbualan dalam kalangan pentadbir pendidikan dalam usaha memartabatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Dalam hal ini, penggunaaan instrument pengajaran dan pembelajaran juga semakin meningkat. Ini kerana peranan komputer kini dikatakan mendominasi sistem pengajaran dan pembelajaran. Mengapa berlaku demikian ? Ini semua disebabkan oleh konsep komputer itu sendiri yang dpaat memberikan sangat pilihan kepada penggunaannya seperti video, audio, grafik dan sebagainya.

Oleh itu, Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) telah menjadi suatu perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana penggunaan PPBK ini secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu. Di sekolah-sekolah dalam negara kita, perisian PPBK ini selalunya dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan. Menurut Sander (1987), Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer merupakan suatau situasi pembelajaran iaitu pelajar berinteraksi dan dibimbing komputer melalui satu proses pembelajaran yang terancang untuk mencapai matlamat pembelajaran tertentu. Manakala Moursund (1980) pula menyatakan PPBK ini adalah untuk menyampaikan pengajran kepada pelajar iaittu berlakunya interaksi antara komputer dengan pelajar untuk membantu mereka memahami tentang bahan yang dipelajari.

Secara umumnya, PPBK ini mengandungi nota, soalan dan ulangkaji. Kebolehan komputer dalam mengintegrasikan unsur-unsur video, bunyi, teks dan grafik untuk membentuk perisian ini. Ini sudah tentu membawa makna yang besar dalam bidang pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam bidang pendidikan. Dengan kata lain, Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer ini merujuk kepada penggunaaan alat pengarangan yang mengabungkan media video, bunyi , teks, animasi dan grafik bagi tujuan menyamapaikan makalumat melalui cara yang bermutu serta berkesan sesuai denagn perkembangan globalisasi.

2.0CADANGAN KAEDAH SISTEM PENYAMPAIAN KANDUNGAN MELALUI INTERNET DARI SUDUT PPBK

Pengajaran pembelajaran berasaskan komputer merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa kini yang popular dalam kalangan para pendidik. Penggunaan kaedah PPBK adalah seiring dengan kemajuan pesat serta tuntutan kerajaan dan celik IT dalam kalangan murid-murid. Oleh itu, terdapat cadangan kaedah penyampaian kandungan melalui internet dari sudut PPBK iaitu pembelajaran secara E-learning yang dapat membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

2.1DEFINISI E-LEARNINGDefinisi e-learning atau electronik learning ini seringkali berubah selaras dengan kemajuan teknologi yang pesat. Secara umumnya, e-learning adalah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik seperti LAN, WAN atau internet untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Kaedah ini juga melibatkan internet, intranet, satelit, tape audio atau video, tv interaktif dan CD ROM.

Pengajaran boleh dijalankan secara synchronously iaitu pada waktu yang sama atau asynchronously iaitu pada waktu yang berbeza. Bahan pengajaran dan pembelajaran boleh disampaikan melalui e-learning yang mempunyai ciri-ciri multimedia seperti teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Kaedah ini juga menyediakan kemudahan untuk discussion group serta membolehkan bimbingan dijalankan dalam talian online.

2.2PERKEMBANGAN E-LEARNING DI MALAYSIAPerkembangan e-learning di Malaysia masih baru jika dibandingkan dengan negar-negara lain terutamanya barat. Kaedah ini hanya terarah kepada pembelajaran jarak jauh dan online yang kebanyakkan ditawarkan pada peringkat universiti serta kolej swasta di Malaysia.

Selain itu, agenda IT Kebangsaan (NITA) memberikan garis panduan iaitu teknologi maklumat dan komunikasi, ICT dapat digunakan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara maju selaras dengan wawasan 2020. Salah satu inisiatif awal National IT Council (NITC) adalah mewujudkan Koridor Raya Multimedia. Strategi yang telah dirancangkan oleh NITC ialah e-community, e-public service, e-learning, e-economy dan e-sovereignty.

Kementerian Pendidikan Malaysia dan sector swasta seperti MIMOS dan Kumpulan Utusan telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan e-learning. Memetik ucapan YB Tan Sri Musa bin Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia semasa perasmian Seminar Pembangunan Pendidikan 2001-2010 iaitu :

kepesatan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, pembangunan pendidikan yang dirancang ini turut mengambil kira pembudayaan dan penguasaan ICT dalam kalangan pelajar di Negara ini. Usaha ini juga untuk merapatkan jurang digital terutamanya menyedia kemudahan komunikasi melalui internet ke sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Ia melibatkan perubahan dasar utama pendidikan Negara bagi menjana pengeluaran sumber tenaga manusia menjadi Negara maju berasaskan sains dan teknologi tanpa mengabaikan kepentingan pembangunan aspek rohani, jasmani dan emosi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan warganegara yang progresif, dinamik, patriotik dan bersatu padu.

2.3PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN TRADISIONAL DAN E-LEARNING

Dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Hal ini kerana guru dianggap sebagai orang yang serba tahu untuk menyalurkan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Ini adalah terpulang kepada guru sama ada menggunakan konsep suap, tipu sunat atau pelbagai teori telah dipelajarai dahulu seperti teori kecergasan pelbagai. Modul pengajaran pula hanya bergantung kepada buku teks dan pengetahuan pelajar sangat terhad iaitu setakat kandungan dalam buku teks sahaja.

Sekiranya pelajar tidak faham dalam kelas atau malu bertanya maka pelajar tersebut tidak akan memahami isi pelajaran yang diajar. Perhatian guru kurang dapat diberikan secara individu kerana bilangan pelajar adalah ramai. Jika kelas dipecahkan maka bilangan guru perlu ditambah. Penyampaian isi pelajaran adlah bergantung kepada guru untuk mewujudkan pesekitaran belajar yang menarik dan menyeronokkan. Pengajaran dan pembelajaran hanya dijalankan secara formal iaitu dalam bilik darjah.

Manakala, pembelajaran e-learning adalah berfokus kepada pelajar. Suasana pembelajaran e-learning akan memaksa pelajar menjadi berdikari dan lebih aktif dalam pembelajarannya kerana perancangan pelajaran dilakukan oleh pelajar itu sendiri. Pelajar akan membuat perancangan dan mencari maklumat dengan daya usaha dan inisiatif sendiri.

Pencarian maklumat adalah tidak terhad dan terkini kerana bahan pengajaran boleh dipilih sendiri oleh pelajar sama ada dirasakan sesuai atau tidak. Pelajar tidak perlu rasa malu untuk mengulangi tajuk pembelajaran yang sama untuk mencapai tahap kepuasan pemahaman mereka sebelum beralih ke tajuk pelajaran yang lain. Selain itu, masa lebih fleksibel dan kurang tekanan kerana ianya boleh dilakukan di mana sahaja asalkan ada komputer dan internet.

2.4APLIKASI E-LEARNING DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANE-learning membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Bahan pengajaran dan pembelajaran e-learning yang dirancang serta disediakan secara professional dan baik. Kaedah e-learning menggunakan ciri-ciri multimedia untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta mengikut kesesuaian mereka. Pelajar tidak perlu rasa malu untuk bertanya dan berpeluang belajar tajuk yang susah secara berulang kali sehingga pemahaman mereka tercapai.

Pertanyaaan boleh dibuat dalam talian. Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada. E-learning yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar, guru, mentor atau fasilitator.

Penggunaan sumber ICT yang terancang, menarik dan isi pelajaran yang berkesan akan menghasilkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang berikut :1. pelajar yang bertanggungjawab terhadap pelajaran.2. Pelajar yang dapat menentukan keperluan bahan untuk pembelajaran.3. Pelajar yang bebas melakukan pencarian maklumat mengikut keperluan, tahap pencapaian dan pengetahuan.4. Pelajar yang dapat membina pengetahuan baru melalui pencarian maklumat, komunikasi dua hala serta penemuan kendiri.

Ciri-ciri yang menarik yang ada pada e-learning serta minat pelajar terhadap fungsi-fungsi dalam internet, maka sudah tiba masanya ia digunakan dengan meluas bagi tujuab pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, agenda e-learning kebangsaan (NITA) banyak bergantung kepada pelaksanaan ICT di sekolah. Jika pelajar dapat dibimbing untuk menggunakan e-learning dengan cara berfaedah maka ia dapat mengurangkan penggunaan elemen negative yang lain.

2.5STRATEGI PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN E-LEARNING.Empat model dicadangkan untuk pelaksanaan e-learning di sekolah di Malaysia. Setiap model yang dicadangkan mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Pemilihan bergantung kepada infrastruktur telekomunikasi dan perkakasan yang sedia ada di sekolah. Model-model tersebut ialah :a) Selective ModelJika bilangan komputer sangat terhad, tetapi bahan e-learning berkualiti. Model ini hanya dapat ditunjukkan kepasa pelajar sebagai bahan demonstrasi sahaja. Jika ada beberapa komputer, pelajar diberi peluang untuk mendapatkan sedikit pengalaman hands-on.

b) Sequential ModelJika bilangan komputer sedikit. Guru mempunyai beberapa sumber yang berbeza untuk mencapai objektif pengajaran yang sama. Bahan e-learning digunakan oleh beberapa kumpulan pelajar manakala pelajar lain menggunakan sumber lain untuk capai objektif pelajaran yang sama.

c) Static Station ModelJika bilangan komputer sedikit. Guru mempunyai beberapa sumbaer berbeza untuk mencapai objektif pengajaran yang sama. Bahan e-learning digunakan oleh beberapa kumpulan pelajar manakala pelajar lain menggunakan sumber lain untuk capai objektif pelajaran yang sama.

d) Laboratory ModelJika bilangan komputer mencukupi untuk semua pelajar, maka bahan e-learning dapat digunakan oleh semua pelajar sebagai bahan pengajaran kendiri. Model ini boleh digunakan jika sekolah mempunyai makmal komputer yang dilengkapi dengan talian internet.

2.0 CADANGAN PERKAKASAN DAN BAJET UNTUK E-LEARNING

Perkakasan asas yang diperlukan untuk pembelajaran e-learning ialah komputer, CD ROM Interaktif dan rangkaian internet. Perkakasan ini perlu ada bagi membantu kelancaran pembelajaran e-learning agar berkesan kepada pelajar.

Bajet perbelanjaan untuk pembelajaran ini memakan kos yang tinggi kerana melibatkan barang elektronik. Seperti yang diketahui, barang elektronik kebiasaanya dijual denga harga yang mahal dan hanya orang yang berkemampuan sahaja mampu membelinya. Jadi, pembelian perkakasan pembelajaran e-learning berdasarkan keperluan pelajar dan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada sekolah. Antara perkakasan pembelajaran e-learning ialah :

i. KomputerKomputer adalah alat atau mesin automatik yang boleh menerima arahan dari pengguna kemudian memproses dan menyimpan maklumat untuk kegunaan kemudian. Fungsi utama komputer adalah untuk memproses data menjadi maklumat. Penggunaan komputer membolehkan pelajar berkongsi maklumat dengan rakan yang lain. Selain itu, komputer membolehkan bahan pembelajaran dari internet dimuat turun serta disimpan dalam data komputer untuk jangka masa yang lama. Belajar menggunakan komputer akan menjadi aktiviti pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Hal ini kerana setiap pelajar berasa seronok dan ingin melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif.

Komputer yang lengkap ini boleh didapati di pasaran dengan harga yang berpatutan dan biasanya berharga dalam lingkungan RM 2,000.00. Pembelian komputer biasanya mengikut keperluan sekolah dan peruntukan oleh kerajaan. Jadi, guru boleh mengaplikasikan model pembelajaran e-learning mengikut bilangan komputer yang disediakan dalam makmal komputer atau bilik darjah.

ii. Perisian InternetInternet ialah jaringan komputer yang saling terhubung secara global yang membolehkan pengguna internet saling bertukar maklumat dan data melalui jaringan internet. Internet adalah sistem komunikasi data berskala global, suatu infrastruktur yang terdiri dari hardware dan software yang menghubungkan komputer yang berada di jaringannya. Untuk mendapatkan sambungan internet, pengguna memerlukan kelengkapan seperti komputer yang dilengkapi WAP (Wireless Application Protocol).

Selain itu, penggunaan internet membolehkan perkongsian maklumat antara pelajar. Projek Jaringan Pendidikan (JP) dibawah kelolaan Kementerian Pelajaran dan MIMOS merupakan salah satu aktiviti dalam program komputer dalam pendidikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Disamping itu, bahan pembelajaran e-learning yang berkualiti dapat diperolehi secara percuma dari internet. Internet boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar di dalam bilik darjah. Internet mempunyai komponen pengajaran seperti grafik, animasi atau audio visual. Dengan adanya kepelbagaian komponen dalam internet, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan mampu meningkatkan minat pelajar. Anggaran perbelanjaan untuk rangkaian internet adalah bergantung kepada keperluan guru dan murid semasa pengajaran dan perbelanjaan. Sekarang, sekolah sudah disediakan rangkaian internet secara percuma oleh pihak kerajaan untuk memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran. Biasanya, rangkaian internet untuk 10 gb berharga dalam lingkungan RM 150.00.

iii. CD ROM InteraktifCD ROM Interaktif merupakan sebuah media yang menegaskan sebuah format multimedia dapat dikemas dalam sebuah CD (Compact Disk) dengan tujuan aplikasi interaktif dalamnya. CD ROM (Read Only Memory) merupakan satu-satunya menggabungkan suara, video teks program untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Kelebihan CD ROM Interaktif ialah kandungan pelajaran mempunyai ciri multimedia yang menggabungkan grafik, video, audio, bunyi dan sebagainya untuk menjadikan pembelajaran seronok dan menarik perhatian pelajar. Selain itu, nota yang ringkas dan padat, beranimasi, warna yang menarik dan mempunyai solan pengukuhan beserta jawapan penyelesaian bagi setiap topik. Anggaran perbelanjaan CD ROM pembelajaran e-learning yang original untuk satu mata pelajaran ialah RM 39.90.

4.0KESIMPULAN

Pengintegrasi pembelajaran e-learning di Malaysia masih lagi berada di tahap permulaan. Namun, kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi telah memberi desakan ke atas penggunaan aplikasi ini sebagai medium pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh yang demikian, golongan pendidik perlu mempertingkatkan kemahiran dengan mengasah bakat bagi merealisasikan penggunaan e-learning sebagai kaedah penyampaian kandungan pembelajaran terkini melalui internet dari sudut PPBK. Menjayakannya adalah satu cabaran . maka, semua pihak perlu berkerjasama dengan memastikan kejayaan penggunaan pembelajaran e-learning pada masa kan datang.

Perlaksanaan penggunaan e-learning diharapkan dapat mempertingkatkan lagi kesediaan guru mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, penghasilan guru adalah sejajar dengan abad-21 dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pelajar juga memperoleh manfaat menerusi pembelajaran menggunakan e-learning. Pelajar mempunyai ruang, masa dan pilihan sendiri dalam menentukan pembelajaran mereka. Adalah penting bagai para pendidik bagi membantu pelajar memahami segala maklumat yang mereka peroleh dengan memberi mereka masa dan peluang menggambarkan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh semasa proses pembelajaran.

Perbezaan kebolehan dalam memahami ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru kepada pelajar menyebabkan mereka mempunyai cara yang berbeza dalam memahami ilmu semasa proses pembelajaran. Adalah tidak wajar sekiranya kita menganggap kesemua pelajar memperoleh ilmu dalam masa yang sama melalui cara pengajaran yang sama. Penggunaan pembelajaran e-learning sememangnya berlainan dengan kaedah penyampaian yang lain. Penggunaan visual, audio. Grafik dan kepantasan teknologi simulasi telah memberikan impak signifikan kepada pelajar. Hasilnya, pelajar semakin memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang interaktif terkini.

Oleh yang demikian, semua pihak harus memberikan komitmen penuh dalam merealisasikan penggunaan e-learning dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai kejayaan yang lebih gemilang selaras dengan Wawasan 2020.

RUJUKANChua Siwe Geok. 2002. Pembinaan PBBK perkakasan komputer bagi subjek pendidikan komputer. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pembangunan Dan Penilaian Perisian Multimedia Bagi Kursus Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Sekolah Bestari. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Buletin Board (2001). [Dalam Talian] http://www.ppk.kpm.my/wwwboard/multipageboard.htm [001, June 13 Clarke A (1992) The Principles of Screen Design for Computer-based Learning Materials Sheffield: Dept. for Education and Employment http://www.E-Learning Distance Education for Oregon K-12 Schools - Oregon Department of Education.htm http://www.E-Learning (elearning) Guru 100's of Articles & White papers & Tools.htm Learnframe (2001). [Dalam Talian] http://www.elearningshowcase.com/elearnfaq [2001, May 31] Media Asia (1999). Cue. Volume 26, Number 3, 176 National Information Technology Council, NITC (2001). [Dalam Talian] http://www.nitc.org.my/nita/index.html [2001, Jun 15] Portal Pendidikan [Dalam Talian] www.tutor.com.my Prosiding Seminar Pembangunan Pendidikan 2001-2010 : Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan : Kementerian Pendidikan Malaysia: [2001, MS 10]