aplikasi android dalam ppbk

25
730710016627001 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN ROMZI BIN ZAINAL 730710016627001 730710-01-6627 018-7610670 [email protected] [email protected] Nama tutor: EN. OMAR BIN DRAHMAN Pusat pembelajaran: Batu Pahat SEMESTER MEI 2014

Upload: romzi-bin-zainal

Post on 10-Jul-2015

160 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

0

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

ROMZI BIN ZAINAL

730710016627001

730710-01-6627

018-7610670

[email protected]

[email protected]

Nama tutor: EN. OMAR BIN DRAHMAN

Pusat pembelajaran: Batu Pahat

SEMESTER MEI 2014

Page 2: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

1

Isi kandungan

Isi Muka surat

1. Pengenalan 2

2. Aplikasi Android "Kingsoft Office" 4

2.1 Pengenalan 4

2.2 Fungsi Hamparan Elektronik 5

2.3 Fungsi Pemprosesan perkataan 6

2.4 Fungsi Aplikasi persembahan 7

3. Penilaian sumatif PPBK aplikasi Android 9

3.1 Kaedah pengumpulan maklumat 9

3.2 Borang penilaian sumatif aplikasi "Kingsoft Office" 11

4. Laporan penilaian aplikasi Android 15

4.1 Matlamat pengajaran 16

4.2 Objektif pembelajaran 17

4.3 Penerapan Nilai Murni 18

4.4 Penyebatian Unsur-unsur KBKK 19

4.5 Kesesuaian Kandungan 20

4.6 Pedagogi 21

4.7 Gaya persembahan 22

5. Kesimpulan 23

6. Rujukan 38

Page 3: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

2

1. PENGENALAN

Sistem pendidikan era masa kini telah mengalami perubahan yang amat pesat sekali.

Pelbagai kaedah telah diperkenal serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi

lebih efisien dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. Dalam abad ke-21ini kaedah

pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK), telah mula diperkenalkan dan

kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, ianya semakin

mendapat perhatian ramai. Perkembangan dalam teknologi multimedia pula menjanjikan

potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara

menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Multimedia juga menyediakan pelbagai

peluang kepada para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran dan pelajar pula

diberi peluang untuk memegang kuasa kawalan bagi sesuatu sesi pembelajaran. Pelajar juga

berpeluang untuk menentukan teknik belajar yang bersesuaian dengan mereka, membentuk

pengetahuan berdasarkan keperluan masing-masing serta mengalami suasana pembelajaran

yang lebih menarik dan berkesan.

Buku yang tebal dan membebankan pelajar akan ditukarkan ke dalam versi digital

dengan perantaraan "Smartphone" dan "Tablet PC". Semua pelajar sekolah dari segenap usia

dapat menggunakan isi dari buku teks yang ada dengan perantaraan beberapa gadget tersebut.

Dalam konteks ini, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi yang agak

radikal bermula sekitar tahun 1990-an sebagai reaksi kepada perubahan di peringkat global.

Beberapa perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran telah diperkenalkan seperti Sekolah Bestari, Projek Sekolah Net, .Projek Smart

Lab dan Projek Sekolah Vista. Terdapat beberapa contoh aplikasi multimedia boleh

digunakan dalam bidang pendidikan seperti Kamus multimedia elektronik, eksperimen sains,

simulasi latihan, bahan sejarah, sumber rujukan elektronik, pendidikan permainan dan

berhibur, peta dan sebagainya. Terdapat beribu aplikasi pendidikan yang telah dibina oleh

pencipta sama ada dalam sistem aplikasi Android mahu pun iOS.

Sistem operasi (OS. yang popular di dunia kini adalah iOS (Apple. dan Android

(Google.. Sering sahaja menjadi pergaduhan dan perdebatan di serata dunia termasuklah di

negara Malaysia. iOS dibangunkan oleh Syarikat Apple pada awal tahun 2004 (Kajian sejak

tahun 2000., dan iOS ditunjukkan kepada umum dengan pengenalan iPhone pada tahun 2007.

iOS hanya boleh dijalankan pada peranti khusus sahaja iaitu iPhone dan Ipad. Sementara

Android boleh dijalankan pada sebarang "Smartphone" yang direka menggunakan platform

OS Android. Hampir kesemua syarikat pengeluar telefon menggunakan OS Android seperti

Page 4: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

3

Syarikat Samsung, Sony, HTC, Acer, Asus, Acatel, Lenovo dan banyak lagi kecuali Nokia

yang menggunakan OS Syambian dan Windows Phone. Di negara kita majoriti pengguna

memilih Android berbanding Apple kerana harga iPhone yang mahal sekitar RM 2400 jika

dibandingkan dengan telefon pintar jenama lain. Telefon pintar jenama Lenovo dengan harga

yang serendah RM250-300 sudah boleh menggunakan aplikasi Android tanpa sebarang

masalah.

Aplikasi Android adalah yang direka cipta oleh beribu syarikat yang dapat dijalankan

pada sebarang peranti yang berplatformkan OS Android. Tidak kira apa jenama dan saiz

peranti atau komputer tablet yang berukuran 3 hingga 10 inci persegi, mempunyai fungsi

“touch screen” pada layar paparannya. Aplikasi Android boleh dikatakan mirip sebuah mini

laptop, yang boleh mendukung fungsi multimedia serba guna di mana pengguna boleh

membaca buku (e-book., menonton video, mendengar muzik, bermain permainan dan

melayari internet. Peranti Android juga mempunyai fungsi-fungsi yang sama seperti netbook

iaitu kamera, wifi dan Bluetooth serta bermacam lagi menyokong kepelbagaian sistem

operasinya.

Paparan muka depan Android

Page 5: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

4

2. APLIKASI "KINGSOFT OFFICE" DALAM PERANTI ANDROID

2.1 Pengenalan

"Kingsoft Office" adalah aplikasi Android lesen kelas ketiga yang direka cipta oleh

Syarikat Kingsoft Coporation. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma dari laman

sesawang Gedung Play dengan jumlah 44.32MB saiz aplikasinya. "Kingsoft Office"

dilengkapi dengan pelbagai jenis templat dan mudah untuk mewujudkan formula serta

dilengkapi juga dengan jadual dinamik dan carta. Selain itu, terdapat juga pemprosesan

perkataan kata, hamparan elektronik, dan aplikasi persembahan yang sempurna seperti mana

di dalam aplikasi Microsoft Word, Excel, dan PowerPoint. Selain itu juga ianya boleh

membuka dokumen yang dihasilkan dalam bentuk PDF.

Aplikasi Kingsoft Office versi: 5.12.16222

Paparan muka hadapan aplikasi

Page 6: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

5

2.2 Fungsi Hamparan Elektronik

Dengan hamparan elektronik, ianya boleh memindahkan jadual, carta, grafik, dan teks

di mana-mana halaman yang guru mahu. Misalnya, apabila mengubah saiz semula jadual,

ciri-ciri yang terdapat di dalam jadual tersebut akan secara automatik menyesuaikan diri

dengan apa jua bentuk. Di samping itu penggunaan hamparan elektronik membolehkan guru

mereka banyak jadual yang diperlukan dalam mata pelajaran Matematik. Guru juga boleh

menukar bentuk fon, saiz, warna, gaya dan bingkai. Menurut Ismail (2002., aplikasi

multimedia boleh menjadi pemudah cara yang kuat bagi pengajaran dan pembelajaran dengan

sebab-sebab dan kebijaksanaan untuk berjaya. Sebagai contoh, seorang guru boleh

menggunakan aplikasi hamparan elektronik dalam subjek matematik untuk memperolehi nilai

tambah, tolak, bahagi dan darab melalui simbol ‘Autosum’. Keadaan ini bukan sahaja dapat

memberi satu pendekatan pengajaran yang baharu tetapi memberi satu nilai tambah kepada

para pelajar terutamanya murid-murid di sekolah rendah bagi meminati subjek matematik

yang dikatakan susah.

Selain itu, hamparan elektronik juga mempunyai pelbagai formula yang memudahkan

segala latihan yang berkaitan dengan nombor atau pengiraan. Dengan menggunakan formula,

guru boleh memilih lebih daripada 50 fungsi yang terdapat dalam hamparan elektronik.

Malah, dengan adanya "Tooltips" dan "help" dapat membantu memberikan penjelasan yang

lebih jelas dan ringkas bagi setiap pemboleh ubah yang digunakan. Senarai formula akan

menunjukkan setiap pengiraan dalam "sheet" sekali gus. Dan dengan beberapa klik pada

"toolbar", kita boleh membuat jadual dan carta serta menambah imej dan grafik. Kita juga

Page 7: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

6

boleh mencari fon dan format gaya teks di bar format sama seperti di Microsoft Excel di

dalam komputer.

2.3 Fungsi Pemprosesan perkataan

Guru boleh menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan ini untuk paparan murid

menyalin nota dan juga menjawab soalan latihan serta perbincangan dalam sesuatu tajuk

karang. Fungsi pemprosesan perkataan ini boleh memaparkan misalnya, gambar, graf, dan

apa jua bentuk. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis menggunakan

aplikasi pemprosesan perkataan sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer

mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan

penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang

digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan

(Yahya Othman, 2007.. Di samping itu penggunaan pemprosesan perkataan membolehkan

guru mereka banyak nota dan dikongsi bersama murid dengan menyimpannya di dalam

aplikasi Dropbox melalui menu "Cloud storage".

Perkongsian nota dan latihan

Page 8: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

7

Maka pelajar bila-bila masa sahaja dengan capaian internet boleh mengakses nota dan

latihan tanpa perlu menyalin menggunakan alat tulis dengan masa yang lama. Dengan

kreativiti guru, penggunaan warna pada perkataan juga memberi kesan kepada keberkesanan

pembelajaran pelajar. Isi-isi penting pelajaran boleh di warnakan dengan warna terang seperti

merah dan dibesarkan.

2.4 Fungsi Aplikasi persembahan

Fungsi aplikasi persembahan di dalam aplikasi "Kingsoft Office" ini adalah yang

paling baik digunakan dalam PPBK di dalam kelas. Ini kerana fungsinya yang sama dan boleh

menjalankan dokumen fail Microsoft PowerPoint. Ini memudahkan guru melakukan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dalam semua tahap pelajar. aplikasi persembahan oleh

dipersembahkan kepada pelajar dalam kaedah peta minda, nota, latihan interaktif dan

beberapa fungsi lain yang sememangnya menarik minat pelajar dan mudah di bawa ke mana-

mana sahaja di dalam peranti Android yang kecil. Merujuk kepada Shaifol (2004.,

penggunaan media unsur animasi, grafik, audio, video dan teks dalam satu persembahan

pengajaran akan membuatkan sesuatu persembahan elektronik atau multimedia tersebut

menjadi lebih menarik minat murid, dapat memberi motivasi kepada murid-murid dan juga

guru dan mudah difahami oleh semua kelompok di sekolah.

Latihan Sains tahun 5

Page 9: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

8

Aplikasi persembahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

dijalankan menerusi paparan slaid demi slaid menjadikan persembahan multimedia boleh

digunakan sebagai pelantar dalam membuat gerakkan animasi tanpa ‘rendering’. Pada

kebiasaannya, persembahan elektronik ini biasanya digunakan sebagai 'preview' di peringkat

awal sebelum animasi disusun. Tujuan gerakkan animasi ini adalah bagi menilai gerakkan

tanpa menggunakan proses 'rendering' yang mengambil masa yang lama.

Cara mengoperasikan aplikasi persembahan ini lebih kepada mesra pengguna di mana

butang arahan mudah difahami dan tidak perlu menggunakan pengaturcaraan. Justeru, oleh

kerana sifat aplikasi persembahan multimedia yang menarik di mana boleh menggabungkan

lima elemen media iaitu video, animasi, grafik, audio dan teks, aplikasi ini sangat sesuai

digunakan dalam membentuk latar belakang persembahan dalam apa jua program atau majlis

yang diadakan di sekolah mahupun di luar sekolah. Oleh yang demikian, penggunaan aplikasi

persembahan elektronik digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dalam kelas. Persembahan multimedia menerusi aplikasi persembahan dalam pengajaran di

dalam kelas menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik serta

berkeupayaan mengilustrasikan idea-idea yang sukar dan dapat memotivasikan murid-murid

secara keseluruhannya.

Aplikasi persembahan: Kejadian gerhana Matahari tahun 6

Page 10: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

9

3. PENILAIAN SUMARTIF PPBK APLIKASI ANDROID

Penilaian aplikasi PPBK ini memerlukan satu perancangan yang teliti seperti apa

yang hendak dinilai, bagaimana menilainya serta siapa yang akan menjalankan penilaian ini

serta sasaran penilai. Penilaian aplikasi pembelajaran PPBK ini dijalankan agar bahan yang

dihasilkan benar-benar dapat menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu

bagi pereka aplikasi atau pembinanya ,proses penilaian ini akan menjamin mutu penghasilan

bahan untuk mendapatkan pengiktirafan dari pihak tertentu. Penilaian aplikasi PPBK ini

merangkumi kandungan pelajaran, reka bentuk pengajaran, grafik , ciri-ciri teknikal dan

instrumen penilaian yang disediakan untuk kegunaan penilai.

Penilaian ini akan dijalankan selepas tamat penghasilan dan penggunaan sesuatu

aplikasi. Dalam penilaian sumatif kaedah yang digunakan ialah kaedah tinjauan. Instrumen

yang digunakan untuk penilaian ini ialah item-item soal selidik yang berdasarkan jawapan ya

atau tidak dengan ruangan komen akan disediakan untuk diisi oleh sasaran penilaian. Penilai

sasaran terdiri daripada guru sahaja mengikut arahan tugasan. Guru yang terlibat secara

langsung dalam proses pengajaran mata pelajaran Sains Tahun 6 akan memberikan

maklumbalas mengenai aplikasi ini dengan mengisi borang senarai semakan yang disediakan.

Satu sesi temubual juga akan dilakukan dengan guru berkenaan untuk mendapatkan beberapa

maklumat mengenai mutu aplikasi, kesesuaian kandungan ,grafik,audio , dan kesesuaian

aplikasi .

3.1 Kaedah pengumpulan maklumat

a. Temubual

Pada peringkat awalnya penulis akan membuat temubual secara terancang dengan

beberapa orang guru yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Sains. Tujuan temubual ini dilakukan ialah untuk mendapatkan maklumbalas dan juga

seberapa banyak maklumat yang tepat dan berkaitan dengan masalah yang wujud dalam

proses pembelajaran sekarang. Maklumat yang diperolehi itu akan dikumpulkan dan

direkodkan .Soalan- soalan yang akan dikemukakan itu berdasarkan kepada satu senarai

semak yang mengandungi item-item berikut.

i. Kandungan tajuk yang sedang dipelajari

ii. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.

iii. Aktiviti dan latihan yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran

Page 11: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

10

iii. Bahan bantu mengajar yang digunakan.

iv. Proses penilaian yang dilakukan .

v. Bahan sokongan lain yang digunakan untuk proses pengajaran pembelajaran

b. Pemerhatian

Proses pemerhatian akan dibuat terhadap perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran

mata pelajaran Sains Tahun 6 . Satu senarai semak akan digunakan oleh penulis semasa

proses pemerhatian ini . Melalui senarai semak ini pemerhati hanya perlu merekodkannya

pemerhatiannya. Pemerhatian dibuat ke atas proses pembelajaran asas perkakasan komputer

bagi mendapatkan gambaran yang tepat tentang proses pembelajaran di dalam kelas ini.

Pemerhatian berpandukan senarai semak yang telah dibina oleh penulis yang merangkumi

beberapa perkara, antaranya ialah :

i. Tindak balas pelajar semasa proses pembelajaran.

ii. Cara guru merangsangkan pelajar.

iii. Ciri -ciri pengajaran yang menyukarkan pelajar untuk memahami proses latihan.

iv. Reaksi pelajar terhadap aplikasi ini yang menggunakan bahasa Inggeris.

v. Cara guru mengendalikan alat bantuan mengajar.

vi. Cara guru menilai kefahaman pelajar.

vii. Respon pelajar terhadap contoh latihan yang diberikan kepada mereka.

viii. Sifat kerja sama antara pelajar semasa membuat latihan.

xi. Strategi yang digunakan semasa proses pembelajaran.

x. Kesan strategi pengajaran yang digunakan.

c. Senarai semak

Dalam penilaian aplikasi "Kingsoft Office" ini senarai semak akan digunakan oleh

guru semasa fasa reka bentuk .Senarai semak akan bertindak sebagai panduan kepada guru

semasa proses reka bentuk. Panduan ini akan membantu guru untuk membuat bahan

pengajaran dan pembelajaran berdasarkan matlamat dan objektif yang telah dirangka. Ianya

akan digunakan oleh guru sebagai proses refleksi semasa proses reka bentuk dijalankan.

Page 12: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

11

3.2 Borang penilaian sumatif aplikasi "Kingsoft Office"

Sila lengkapkan borang penilaian ini. Soal selidik ini bertujuan meningkatkan mutu

pembangunan aplikasi dan mendapatkan maklum balas anda.

Nama Penilai :

Kumpulan Sasar :

Jawatan :

Mata pelajaran :

Tarikh :

Jenis peranti Android :

Saiz Ingatan :

Versi Android :

Strategi Pengajaran :

A. Sila bulatkan pilihan anda.

Amat tidak setuju 1 2 3 4 5 Amat setuju

Perkara 1 2 3 4 5

1. Objektif pengajaran dan pembelajaran jelas dinyatakan

dengan jelas ada awal aplikasi. 1 2 3 4 5

2. Objektif relevan dengan peringkat pembelajaran

pelajar. 1 2 3 4 5

3. Aspek kandungan yang bersesuaian secara bersiri atau

berturutan. 1 2 3 4 5

4. Maklumat dalam kandungan aplikasi sesuai dan terkini .

1 2 3 4 5

5. Tahap kesukaran bersesuaian dengan tahap umur dan

peringkat pembelajaran. 1 2 3 4 5

Page 13: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

12

6. Guru boleh mengubahsuai isi kandungan.

1 2 3 4 5

7. Terdapat cadangan aktiviti lain yang bersesuaian

dengan objektif. 1 2 3 4 5

8. Kandungan dapat ditukar atau dipindahkan serta

kesimpulan yang menyeluruh. 1 2 3 4 5

9. Aplikasi menyediakan kepada pengguna panduan

penggunaan 1 2 3 4 5

10. Aplikasi bebas daripada stereotaip.

1 2 3 4 5

11. Kandungan pengajaran menggambarkan rangka

kurikulum daripada tajuk. 1 2 3 4 5

12. Aras bahasa bersesuaian dengan aras pelajar.

1 2 3 4 5

13. Aplikasi ini menggunakan bahasa Malaysia dan tidak

terdapat sebarang kesalahan ejaan. 1 2 3 4 5

14. Maklumat yang dipersembahkan ada kaitan

dengan pengetahuan lepas . 1 2 3 4 5

15. Aplikasi memberi maklumbalas yang jelas dan

bersesuaian dengan pelajar. 1 2 3 4 5

16. Maklumbalas yang diberikan dapat membantu pelajar.

1 2 3 4 5

17. Aplikasi ini bersifat mesra pengguna dan mudah

dikendalikan oleh pelajar . 1 2 3 4 5

18. Penggunaan paparan, warna,bunyi yang pelbagai dan

mod respon yang bersesuaian. 1 2 3 4 5

19. Bunyi boleh dibuka dan ditutup serta penggunaannya

bersesuaian. 1 2 3 4 5

20. Reka bentuk dan paparan skrin sesuai dan menarik.

1 2 3 4 5

21. Integrasi teks dalam aplikasi ini jelas dan membantu

pengguna. 1 2 3 4 5

22. Pemilihan fon ,saiz dan warna teks bersesuaian dengan

paparan skrin 1 2 3 4 5

23. Susunan tajuk dan sub tajuk mudah dikendalikan

pelajar 1 2 3 4 5

24. Aplikasi ini menyediakan butang bantuan .

1 2 3 4 5

25. Susunan soalan memudahkan pengguna

menjalankan aktiviti penilaian. 1 2 3 4 5

26. Pelajar dapat menggunakan aplikasi secara bebas dan

tiada gangguan teknikal. 1 2 3 4 5

27. Penggunaan butang bantu (Help) dapat digunakan 1 2 3 4 5

Page 14: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

13

B. Berdasarkan soalan di bawah , sila berikan komen anda .

1. Kandungan aplikasi ini menepati sukatan dan objektif pengajaran dan

pembelajaran .

2. Nyatakan beberapa elemen multimedia yang menarik tentang reka bentuk aplikasi ini .

3. Aktiviti dan latihan yang disediakan dalam aplikasi ini sesuai dengan tahap pelajar

dengan berkesan .

28. Pelajar dapat menjelajah ke mana-mana menu tanpa

mengikut prosedur tertentu . 1 2 3 4 5

29. Panduan dan arahan penggunaan disediakan dengan

jelas. 1 2 3 4 5

30. Gaya persembahan aplikasi ini dapat menarik minat

pelajar. 1 2 3 4 5

31. Ada aktiviti pelajar dipelbagai ,sesuai dan menarik

minat pengguna. 1 2 3 4 5

32. Dalam aplikasi terdapat unsur-unsur yang boleh

memotivasikan pelajar dan memberikan rangsangan

untuk terus menggunakan aplikasi ini.

1 2 3 4 5

33. Aplikasi ini akan terus dapat meningkatkan

motivasi pelajar. 1 2 3 4 5

34. Aplikasi ini dapat menyediakan pembelajaran

kendiri 1 2 3 4 5

35. aplikasi ini dapat menyediakan pembelajaran

koperatif. 1 2 3 4 5

36. Aplikasi ini dapat menerapkan nilai-nilai yang baik

terhadap pengguna 1 2 3 4 5

37. Aktiviti dan latihan yang disediakan relevan dan

mudah dilaksanakan 1 2 3 4 5

Page 15: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

14

dan dapat membantu mengukuhkan pengetahuan pelajar .

4. Berikan beberapa cadangan anda untuk membantu meningkatkan mutu persembahan

aplikasi ini.

Page 16: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

Skala Kriteria

1

2

3

4

5

Matlamat pengajaran - - 7 12 21

Objektif pembelajaran - - 10 19 11

Penerapan nilai murni - - - 13 27

Pensebatian Unsur-unsur KBKK - 7 15 10 8

Kesesuaian kandungan - - - 5 35

Pedagogi - 3 2 10 25

Gaya persembahan - - - 14 26

Graf 1: Analisa skor keseluruhan kriteria yang dinilai bagi 40 orang guru

4. LAPORAN PENILAIAN APLIKASI ANDROID "KINGSOFT OFFICE"

15

Page 17: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

16

4.1 Matlamat pengajaran

Kandungan aplikasi tersebut sesuai dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran

dan mencapai objektif.

Keseluruhan kandungan sukatan dalam aplikasi menepati kehendak kurikulum

pendidikan Sains tahun 6.

1 2 3 4 5

Matlamat pengajaran 7 12 21

Graf 2: Skor matlamat pengajaran

Page 18: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

17

4.2 Objektif pembelajaran

Aplikasi ini boleh membantu mencapai objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran.

Mempunyai maklumat yang bersesuaian dan membantu pelajar memahami tajuk.

Pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran pembelajaran.

Suasana pembelajaran yang menyeronokkan dengan adanya integrasi elemen-elemen

multimedia seperti animasi dan audio.

Proses pembelajaran dijalankan mengikut keupayaan pelajar.

Menyediakan latihan dan aktiviti susulan yang sesuai.

1 2 3 4 5

Objektif pembelajaran 10 19 11

Graf 3: Skor objektif pembelajaran

Page 19: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

18

4.3 Penerapan Nilai Murni

Terdapat penerapan unsur-unsur nilai murni dalam aplikasi seperti :

Menghargai kepentingan dan sumbangan teknologi maklumat dalam menyelesaikan

sesuatu tugas.

Melakukan sesuatu tugas mengikut prosedur yang betul.

Mengambil bahagian dan bertolak ansur dalam kerja kumpulan.

Berkeupayaan untuk berkomunikasi secara verbal dan non verbal untuk mendapat dan

menyampaikan maklumat.

Memandang tinggi sumbangan multimedia.

1 2 3 4 5

Penerapan Nilai murni 13 27

Graf 4: Skor Penerapan nilai murni

32%

68%

Page 20: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

19

4.4 Penyebatian Unsur-unsur KBKK

Kebolehan menyusun dan menyenggara sistem Android serta menggunakannya untuk

berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.

Kebolehan mengenalpasti dan menyelesaikan masalah mengikut perancangan yang

dibuat dengan bantuan aplikasi.

Kebolehan membuat bandingan beza.

0

5

10

15

12

34

5

Bila

nga

n

Pensebatian Unsur-Unsur KBKK

1 2 3 4 5

Penyebatian Unsur KBKK

7 15 10 8

Graf 5: Skor Penyebatian unsur KBKK

20%

25%

38%

17%

Page 21: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

20

4.5 Kesesuaian Kandungan

Kandungan aplikasi menepati kandungan kurikulum.

Isi kandungan menepati dan boleh mencapai objektif yang dinyatakan.

Aplikasi ini tidak mengalami kesilapan fakta dan ejaan.

Penggunaan bahasa Malaysia yang mudah dan sesuai dengan sasaran.

Aplikasi menggalakkan interaksi pelajar melalui latihan bagi menggalakkan

maklumbalas oleh pelajar.

Aplikasi menggalakkan pembinaan pengetahuan pelajar dengan bantuan guru dan

sesama pelajar melalui pendekatan konstruktivisme supaya pelajar lebih efektif.

Aplikasi yang dibina menyediakan ruang perbincangan dan aktiviti susulan yang boleh

memperkembangkan kognitif pelajar.

1 2 3 4 5

Kesesuaian Kandungan

5 35

Graf 6: Skor kesesuaian kandungan

88%

12%

Page 22: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

21

4.6 Pedagogi

Aplikasi ini sesuai dengan peristiwa atau langkah pengajaran seperti mana yang

telah digariskan oleh Gagne (1985) di mana terdapat sembilan peristiwa pengajaran

semasa mengajar seperti

Mendapatkan perhatian

Menyampaikan objektif pelajaran

Mengingatkan semula pelajaran lepas

Menyampaikan objektif pelajaran

Memberikan contoh yang baik dan sesuai

Memberikan latihan

Mendapatkan maklumbalas

Memberikan ujian untuk mengukur prestasi

Menyediakan aktiviti pengayaan

Aplikasi yang dibina ini boleh difahami oleh kumpulan sasaran

1 2 3 4 5

Pedagogi 3 2 10 25

Graf 7: Skor pedagogi

Page 23: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

22

Maklumat yang terdapat dalam aplikasi adalah tepat dan relevan dengan objektif

pengajaran serta boleh meningkatkan motivasi pelajar.

Aplikasi juga mudah dikendalikan oleh pelajar dengan bantuan minimum daripada

guru.

Aplikasi dapat menarik perhatian pelajar seperti penggunaan warna yang

sesuai,animasi,grafik,audio dan sebagainya untuk meningkatkan motivasi pelajar.

Aplikasi ini juga perlu mempunyai menu atau pilihan untuk memenuhi keperluan

pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan.

4.7 Gaya persembahan

Unsur-unsur teks , arahan dan naratif yang jelas ,padat dan teratur juga akan

dipaparkan pada skrin.

Jumlah teks yang digunakan pada latar belakang tidak terlalu banyak sehingga

menyukarkan pembacaan pelajar.

Teks yang berkaitan dan jelas . warna ,saiz huruf kontras dengan latar belakang

disamping saiz huruf yang sesuai untuk dilihat dan dibaca dengan jelas.

1 2 3 4 5

Gaya persembahan 14 26

Graf 8: Skor Gaya persembahan

35%

65%

Page 24: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

23

Penggunaan visual dan animasi yang berkeupayaan untuk membantu pelajar

memahami tajuk, menjelaskan konsep tentang isi kandungan aplikasi komputer. Imej

statik digunakan untuk memberikan gambaran tentang sesuatu objek,fakta atau

konsep.

Pemilihan corak latar belakang yang mengambil kira perkara berikut.

Kapasiti paparan warna pada skrin

Penggunaan gambar imbasan yang berkualiti dan menarik.

Penggunaan video yang relevan dengan tema aplikasi.

Format tataletak skrin adalah sekata dalam keseluruhan aplikasi.

Warna jelas,selesa dipandang dan mempunyai kontras yang baik antara latar belakang

dengan imej. Jumlah warna yang digunakan tidak lebih daripada empat warna dalam

satu skrin.

5. KESIMPULAN

Perkembangan dalam teknologi multimedia dan internet merupakan satu fenomena

yang tidak dapat disangkal lagi akan kepentingannya. Teknologi aplikasi Android ini semakin

popular dan digunakan dalam kebanyakan aspek kehidupan manusia sama ada secara

langsung atau tidak langsung. Dunia pendidikan juga tidak terkecuali daripada merasai

bahang daripada teknologi ini dan ianya semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Oleh yang

demikian, setiap pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan sama ada sebagai pendidik,

pelajar, pentadbir dan sebagainya haruslah bersedia untuk bergerak seiring dengan arus

perkembangan teknologi tersebut. Ini bagi memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan

tidak ketinggalan dan seterusnya mungkin tidak lagi relevan dengan keperluan semasa.

Tambahan lagi, pelajar-pelajar era celik teknologi komunikasi dan informasi ini mempunyai

capaian terhadap maklumat yang tidak terbatas dan mereka tidak lagi hanya tertumpu pada

buku teks dan penerangan guru semata-mata. Maka, sewajarnya seseorang guru itu seiring

dengan dunia pelajar masa kini dengan berani melibatkan diri serta mendalami dunia

multimedia ini sepenuhnya.

Page 25: aplikasi android dalam ppbk

730710016627001

24

6. RUJUKAN

Yusup Hashim (1997). Media pengajaran untuk pendidikan dan latihan. Shah

Alam:Penerbit Fajar Bakti.

Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001). Modul Pengajaran Secara Konstruktivisme.

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Osman Bakar. (2003). Globalisasi dan peradaban. In Globalisasi dalam peradaban

di Malaysia, ed. A. Aziz Deraman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Zahwan .(1998). Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran Di Abad Ke 21: Satu

Perbincangan. Diambil pada 25hb. Mei 2014, daripada

http://myais.fsktm.um.edu.my/5147/1/1.pdf

Wikipedia Insiklopedia ( 2014). Komputer Tablet. Diakses pada 25hb. Mei 2014, jam 10.30

malam. URL :http://id.wikipedia.org/wiki/Komputer_tablet