pembangunan bahan bantu mengajar menerusi … · 2.3.3 simulasi 14 2.3.4 permainan 15 2.3.5...

21
PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI ANIMASI BERKOMPUTER BAGI TAJUK JIRIM, KIMIA TINGKATAN EMPAT ROHANA BINTI ABDUL WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: ngoquynh

Post on 17-Mar-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI … · 2.3.3 Simulasi 14 2.3.4 Permainan 15 2.3.5 Penyelesaian masalah 15 2.3.6 Penemuan 15 ... PPBK 20 2.5.2 Kelebihan menggunakan teori

PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI ANIMASI BERKOMPUTER BAGI TAJUK JIRIM, KIMIA

TINGKATAN EMPAT

ROHANA BINTI ABDUL WAHAB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI … · 2.3.3 Simulasi 14 2.3.4 Permainan 15 2.3.5 Penyelesaian masalah 15 2.3.6 Penemuan 15 ... PPBK 20 2.5.2 Kelebihan menggunakan teori
Page 3: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI … · 2.3.3 Simulasi 14 2.3.4 Permainan 15 2.3.5 Penyelesaian masalah 15 2.3.6 Penemuan 15 ... PPBK 20 2.5.2 Kelebihan menggunakan teori
Page 4: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI … · 2.3.3 Simulasi 14 2.3.4 Permainan 15 2.3.5 Penyelesaian masalah 15 2.3.6 Penemuan 15 ... PPBK 20 2.5.2 Kelebihan menggunakan teori

PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI ANIMASI

BERKOMPUTER BAGI TAJUK JIRIM, KIMIA TINGKATAN EMPAT

ROHANA BINTI ABDUL WAHAB

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI … · 2.3.3 Simulasi 14 2.3.4 Permainan 15 2.3.5 Penyelesaian masalah 15 2.3.6 Penemuan 15 ... PPBK 20 2.5.2 Kelebihan menggunakan teori
Page 6: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI … · 2.3.3 Simulasi 14 2.3.4 Permainan 15 2.3.5 Penyelesaian masalah 15 2.3.6 Penemuan 15 ... PPBK 20 2.5.2 Kelebihan menggunakan teori

iii

Buat Ba’ dan Mak yang sangat dikasihi..,

En. Abdul Wahab Bin Abdul Rahman

dan Pn Hasmah Binti Daik. Pengorbananmu tiada nilai taranya dan tiada balasan yang

setimpal dapat ku berikan. Semoga berbahagia dengan apa yang

dicapai dan bersyukur dengan segala apa yang diperolehi.

Buat adik beradik..,

Rozaini, Romainor, Rozaidah, Rohaya, Rohayati, Rozman,

Rohaizan, Rohaizah dan Rohaniza. Terima kasih di atas segalannya.

Buat rakan-rakan dan pensyarah..,

Suka duka bersama kalian akan tetap dikenang dan menyusuri

pengalaman bersama kalian kekal dalam ingatan...

Page 7: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI … · 2.3.3 Simulasi 14 2.3.4 Permainan 15 2.3.5 Penyelesaian masalah 15 2.3.6 Penemuan 15 ... PPBK 20 2.5.2 Kelebihan menggunakan teori

iv

PENGHARGAAN

Pertama-tamanya syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt, Tuhan Yang

Maha Pemurah, Pengasih serta Penyayang. Tanpa pertolonganNya tidak mungkin sama

sekali projek ini dapat disiapkan.

Sekalung penghargaan buat penyelia projek, Pn Noor Azean binti Atan di atas

segala tunjuk ajar, panduan serta nasihat yang diberikan. Segala teguran serta dorongan

pastinya akan menjadi ingatan sepanjang masa. Tidak lupa buat semua pensyarah lain

yang banyak memberikan ilmu berkaitan dengan bidang Multimedia. Tanpa ilmu-ilmu

ini pastinya projek ini tidak dapat dibangunkan mengikut aturan yang betul dan

menepati keperluannya.

Seterusnya, tidak dilupakan rakan-rakan sepengajian serta rakan-rakan sekolej,

segala bantuan, dorongan, serta sebarang bentuk bantuan yang diberikan amatlah

dihargai dan jutaan terima kasih diucapkan. Setiap detik bersama kalian amatlah

dihargai dan pastinya menjadi kenangan manis seumur hidup.

Akhirnya, buat ayahbonda tercinta, serta keluarga tersayang. Pengorbanan yang

tiada nilai taranya dan tiada balasan yang setimpal dapat diberikan. Semoga berbahagia

dengan apa yang dicapai dan bersyukur dengan segala apa yang diperolehi. Akhir kata,

terima kasih buat semua yang terlibat.

Page 8: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI … · 2.3.3 Simulasi 14 2.3.4 Permainan 15 2.3.5 Penyelesaian masalah 15 2.3.6 Penemuan 15 ... PPBK 20 2.5.2 Kelebihan menggunakan teori

v

ABSTRAK

Pembelajaran jirim di dalam subjek Kimia Tingkatan Empat merupakan satu

topik yang abstrak dan sukar untuk digambarkan serta difahami oleh pelajar. Justeru itu

sebagai seorang guru, teknik pengajaran yang baik perlu diolah dan diimplementasikan

dalam pengajarannya. Pembangunan Bahan Bantu Mengajar (BBM) menerusi animasi

berkomputer bagi topik jirim merupakan satu kaedah yang dicadangkan untuk mengatasi

kesukaran penyampaian pengajaran guru sekaligus membantu pelajar belajar dengan

lebih mudah dan efektif. Pembangunan BBM berkomputer ini dihasilkan dengan

kombinasi elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, audio dan animasi.

Kandungan utama perisian ini ialah nota berkaitan jirim, eksperimen yang berkaitan

dengan teori kinetik jirim, latihan yang berkaitan jirim serta glosari berkaitan istilah

kimia yang digunakan. Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Macromedia

Authorware sebagai platform pembangunan di samping Macromedia Flash MX, Adobe

Photoshop dan Sonic Foundry Sound Forge sebagai perisian sokongan bagi

menghasilkan perisian yang lebih menarik. Dengan pembangunan Bahan Bantu

Mengajar (BBM) menerusi animasi berkomputer ini diharapkan dapat memudahkan

proses pengajaran guru dan dapat memudahkan pemahaman pelajar, menarik minat serta

motivasi pelajar dan juga menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam

memahami konsep-konsep berkaitan dengan jirim.

Page 9: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI … · 2.3.3 Simulasi 14 2.3.4 Permainan 15 2.3.5 Penyelesaian masalah 15 2.3.6 Penemuan 15 ... PPBK 20 2.5.2 Kelebihan menggunakan teori

vi

ABSTRACT

Matter, one of the subtopic in Chemistry Form Four is an abstract topic which is

difficult for student to understand and imagine. Therefore as a teacher, a good technique

of teaching need to be adjust and implemented in their teaching. The development of

teaching aids based on computer animation is one way that has been suggested to

overcome the problem in delivering knowledge and as well as to help students to study

easily and more effectively. This teaching aids was developed by combination of

multimedia elements such as text, graphic, audio and animation. The main content of

this software are the notes of matter, experiments about kinetic theory of matter,

exercises about the matter and the chemistry glossary. This software was developed by

using Macromedia Authorware as the platform within the support of other software such

as Macromedia Flash MX, Adobe Photoshop and Sonic Foundry Sound Forge to make

this software more interesting. Therefore, the development of teaching aids based on

computer animation hopes the learning process easily so that the student can understand

the concepts about the matter easily, increase the student motivation and also to

stimulate the students to take part in learning process actively.

Page 10: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI … · 2.3.3 Simulasi 14 2.3.4 Permainan 15 2.3.5 Penyelesaian masalah 15 2.3.6 Penemuan 15 ... PPBK 20 2.5.2 Kelebihan menggunakan teori

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.2 Pernyataan Masalah 4

1.3 Objektif projek 5

1.4 Rasional Projek 5

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 6

1.6 Batasan kajian 7

Page 11: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI … · 2.3.3 Simulasi 14 2.3.4 Permainan 15 2.3.5 Penyelesaian masalah 15 2.3.6 Penemuan 15 ... PPBK 20 2.5.2 Kelebihan menggunakan teori

viii

1.7 Istilah/Definisi 7

1.7.1 Bahan Bantu Mengajar(BBM)) 7

1.7.2 Animasi 7

1.7.3 Multimedia 8

1.7.4 Perisian 8

1.7.5 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan

Komputer(PPBK) 8

1.8 Kesimpulan 8

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 9

2.1 Multimedia dalam pendidikan 11

2.2 Pengajaran dan Pembelajarn Berbantukan

Komputer(PPBK) 12

2.3 Jenis-jenis PBK 13

2.3.1 Latih tubi 13

2.3.2 Tutorial 14

2.3.3 Simulasi 14

2.3.4 Permainan 15

2.3.5 Penyelesaian masalah 15

2.3.6 Penemuan 15

2.3.7 Eksperimen 16

2.4 Teori Pembelajaran 16

2.5 Teori Konstruktivisme

2.5.1 Aplikasi teori konstruktivisme dalam

perisian PPBK 20

2.5.2 Kelebihan menggunakan teori

konstruktivisme 21

2.6 Model reka bentuk pengajaran 22

2.7 Model ADDIE 24

Page 12: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI … · 2.3.3 Simulasi 14 2.3.4 Permainan 15 2.3.5 Penyelesaian masalah 15 2.3.6 Penemuan 15 ... PPBK 20 2.5.2 Kelebihan menggunakan teori

ix

2.7.1 Fasa analisis 24

2.7.2 Fasa reka bentuk 25

2.7.3 Fasa pembangunan 25

2.7.4 Fasa perlaksanaan 26

2.7.5 Fasa penilaian 26

2.8 Kesimpulan 27

BAB 3 REKA BENTUK PERISIAN

3.0 Pengenalan 28

3.1 Fasa analisis 29

3.1.1 Pemilihan tajuk 29

3.1.2 Objektif perisian 29

3.1.3 Sasaran pengguna 30

3.1.4 Pengumpulan sumber maklumat 30

3.2 Fasa reka bentuk 30

3.2.1 Kandungan perisian 30

3.2.2 Carta alir 32

3.2.3 Papan cerita 32

3.3 Fasa pembangunan 33

3.3.1 Spesifikasi sistem pembangunan 33

3.3.1.1 Spesifikasi perkakasan komputer 33

3.3.1.2 Spesifikasi perisian 34

3.3.2 Elemen mutimedia yang digunakan 35

3.4 Fasa perlaksanaan 36

3.5 Fasa penilaian 36

3.6 Kesimpulan 37

Page 13: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI … · 2.3.3 Simulasi 14 2.3.4 Permainan 15 2.3.5 Penyelesaian masalah 15 2.3.6 Penemuan 15 ... PPBK 20 2.5.2 Kelebihan menggunakan teori

x

BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN

4.0 Pengenalan 38

4.1 Kandungan perisian 38

4.1.1 Montaj intro 39

4.1.2 Menu utama 40

4.1.3 Panduan Pengguna 40

4.1.4 Glosari 41

4.1.5 Nota 42

4.1.6 Aktiviti makmal 44

4.1.7 Kuiz 45

4.1.8 Keluar 46

4.1.9 Montaj kredit penamat 47

4.2 Kesimpulan 48

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.0 Pengenalan 49

5.1 Kekangan yang dihadapi 49

5.1.1 Masa 50

5.1.2 Kurang kemahiran 50

5.1.3 Kretiviti 51

5.2 Kelebihan Perisian 51

5.2.1 Antaramuka 52

5.2.2 Gabungan elemen multimedia yang pelbagai 52

5.2.3 Menambahkan perisian berbahasa Inggeris

di pasaran 52

5.2.4 Tingkatkan penggunaan dan kemahiran ICT 53

5.2.5 Hasil dapatan penilaian 53

5.3 Kelemahan aplikasi 54

5.3.1 Tiada elemen video 54

Page 14: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI … · 2.3.3 Simulasi 14 2.3.4 Permainan 15 2.3.5 Penyelesaian masalah 15 2.3.6 Penemuan 15 ... PPBK 20 2.5.2 Kelebihan menggunakan teori

xi

5.3.2 Tiada elemen audio 54

5.3.3 Skop yang kecil 55

5.4 Cadangan memperbaiki perisian 55

5.4.1 Elemen 3 dimensi 55

5.4.2 Elemen video 55

5.4.3 Elemen audio 56

5.4.4 Skop tajuk yang lebih luas 56

5.5 Kesimpulan 57

RUJUKAN 58 LAMPIRAN A 61

Page 15: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI … · 2.3.3 Simulasi 14 2.3.4 Permainan 15 2.3.5 Penyelesaian masalah 15 2.3.6 Penemuan 15 ... PPBK 20 2.5.2 Kelebihan menggunakan teori

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Antaramuka Montaj Intro 39

4.2 Antaramuka Menu Utama 40

4.3 Antaramuka Panduan Pengguna 41

4.4 Antaramuka Glosari 42

4.5 Antaramuka Nota 43

4.6 Antaramuka Isi Kandungan Dalam Bahagian

Nota 43

4.7 Antaramuka Aktiviti Makmal 44

4.8 Antaramuka Isi Kandungan Dalam Bahagian

Aktiviti Makmal 45

4.9 Antaramuka Kuiz 46

4.10 Antaramuka Keluar 47

4.11 Antaramuka Montaj Kredit Penamat 48

Page 16: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI … · 2.3.3 Simulasi 14 2.3.4 Permainan 15 2.3.5 Penyelesaian masalah 15 2.3.6 Penemuan 15 ... PPBK 20 2.5.2 Kelebihan menggunakan teori

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

Lampiran A Carta Alir Pembangunan Bahan Bantu Mengajar menerusi animasi berkomputer Bagi Tajuk Jirim 61

Page 17: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI … · 2.3.3 Simulasi 14 2.3.4 Permainan 15 2.3.5 Penyelesaian masalah 15 2.3.6 Penemuan 15 ... PPBK 20 2.5.2 Kelebihan menggunakan teori

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Sebahagian daripada kaedah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan

kemahiran kepada pelajar adalah dengan menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM).

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) terbukti berkesan dan menampakkan

kecekapan guru di dalam mempersembahkan pengajaran mereka. Penggunaan Bahan

Bantu Mengajar (BBM) ini telah tersebar luas sejajar dengan arus kemajuan yang

berlaku di dalam dunia pendidikan hari ini. Kebanyakkan daripada ciptaan Bahan Bantu

Mengajar (BBM) telah direkabentuk berasaskan komputer.

Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang dihasilkan berasaskan teknologi moden

dapat digunakan secara praktik dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Oleh itu, tidak

dapat dinafikan bahawa bidang teknologi juga memainkan peranan penting dalam

bidang pendidikan masa kini. Perkembangan teknologi pendidikan pada masa kini dapat

memberi kesan yang positif kepada guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan

kemahiran. Selain itu, ia juga dapat mempercepatkan proses pembelajaran di kalangan

pelajar.

Page 18: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI … · 2.3.3 Simulasi 14 2.3.4 Permainan 15 2.3.5 Penyelesaian masalah 15 2.3.6 Penemuan 15 ... PPBK 20 2.5.2 Kelebihan menggunakan teori

2

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) memberi sumbangan yang amat

besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan

pelajar. Bahan Bantu Mengajar (BBM) ini juga dapat menyelesaikan berbagai-bagai

masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran

zaman.

Selain itu, dengan penggunaan Bahan Bantu mengajar (BBM) yang sesuai ia

dapat mencetuskan minat pelajar terhadap apa yang dipelajari. Penggunaan bahan-bahan

ini juga dapat membentuk daya pemikiran kreatif dan mengukuhkan persepsi pelajar.

Sekiranya Bahan Bantu Mengajar (BBM) digunakan dengan baik, maka keberkesanan

penyampaian pengajaran oleh guru akan bertambah dan ini secara tidak langsung akan

memberi kesan yang cukup positif terhadap pencapaian pelajar.

1.1 Latar belakang masalah

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) menjadi semakin

penting dalam zaman Koridor Raya Multimedia (MSC) dan kemajuan hari ini. Salah

satu agenda dalam MSC adalah konsep Sekolah Bestari. Kemunculan Sekolah Bestari

menjadi pemangkin kepada perubahan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi

guru dan pelajar di sekolah. Guru perlu bersedia untuk menukar corak pengajaran

tradisional kepada pengajaran berasaskan teknologi moden dan canggih.

Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini telah banyak

membawa perubahan dalam sektor pendidikan. Jika dahulu proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah adalah berkonsepkan ‘chalk and talk’ tetapi kini komputer

dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif dan menarik.

Menurut Heinich, Molenda dan Rusell (1993) banyak perisian komputer boleh

digunakan dalam setiap aspek pendidikan.

Page 19: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI … · 2.3.3 Simulasi 14 2.3.4 Permainan 15 2.3.5 Penyelesaian masalah 15 2.3.6 Penemuan 15 ... PPBK 20 2.5.2 Kelebihan menggunakan teori

3

Penggunaan komputer yang semakin meluas ini telah mula merubah senario

pengajaran dan pembelajaran di kelas. Komputer digunakan sebagai pemudahcara

seperti pembangunan animasi berkomputer yang dapat membantu pelajar dalam

memahami konsep Sains yang abstrak dengan lebih mudah. Justeru itu, mutu pengajaran

dan pembelajaran di kelas juga dapat diperbaiki serta ditingkatkan dengan wujudnya

Bahan Bantu Mengajar (BBM) berasaskan komputer ini. Mengikut kajian yang telah

dijalankan oleh Diamond, Theimer, Charp, Howell, (1971), Hess dan Tenezakis, (1973),

pengajaran berbantukan komputer yang dirancang dengan teliti mampu

mempertingkatkan pengetahuan dan merubah sikap pelajar.

Hasil kajian yang telah dijalankan oleh Osborne, Bell, Gilbert, (1983)

menunjukkan bahawa pelajar-pelajar menghadapi beberapa kesukaran dalam

pembelajaran konsep Sains. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakkan pelajar

menghadapi pelbagai masalah serta halangan dalam mempelajari Sains dengan mudah.

Masalah yang dihadapi oleh pelajar ini ialah berkenaan dengan konsep Sains yang

terlalu abstrak, fenomena yang kurang berkaitan dengan kehidupan seharian dan skop

pelajaran yang terlalu umum. Selain daripada itu pelajar juga mempunyai masalah untuk

melakukan eksperimen bagi membuktikan konsep Sains yang telah dipelajarinya

memandangkan pada kebiasaannya kelengkapan alat radas di makmal adalah tidak

mencukupi.

Ekoran daripada masalah yang dihadapi oleh pelajar ini, maka guru perlu

memikirkan satu alternatif baru dan mengambil inisiatif dengan menggunakan Bahan

Bantu Mengajar (BBM) agar ia dapat memudahkan pemahaman pelajar terhadap konsep

Sains yang abstrak. Selain itu ia juga dapat menarik minat serta motivasi pelajar,

memberi pengalaman baru kepada pelajar serta mengekalkan tumpuan pelajar terhadap

apa yang dipelajari.

Page 20: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI … · 2.3.3 Simulasi 14 2.3.4 Permainan 15 2.3.5 Penyelesaian masalah 15 2.3.6 Penemuan 15 ... PPBK 20 2.5.2 Kelebihan menggunakan teori

4

1.2 Pernyataan masalah

Salah satu daripada matapelajaran Sains yang sukar untuk dipelajari oleh pelajar

ialah matapelajaran Kimia di mana ia banyak melibatkan unsur-unsur yang abstrak,

tidak nampak serta sukar untuk digambarkan. Selain itu, terdapat bahan kimia yang

mempunyai saiz yang amat kecil sehinggakan ianya amat sukar untuk dilihat dengan

mata kasar. Contohnya ialah atom, ion dan molekul yang membentuk zarah. Begitu juga

dengan konsep cas negatif dan cas positif serta pergerakan ion-ion seperti dalam topik

elektrokimia.

Memandangkan jirim merupakan subtopik pertama bagi struktur atom dan ia

merupakan satu subtopik pengenalan yang penting untuk para pelajar memahami apa itu

Kimia sebelum melangkah ke topik yang seterusnya. Justeru itu, pelajar perlu

mempunyai asas yang kukuh dalam tajuk ini. Walaubagaimanapun terdapat beberapa

masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari dan memahami tajuk jirim ini.

Antara masalah yang pada kebiasaannya dihadapi oleh pelajar di dalam

mempelajari tajuk jirim ini ialah jirim adalah merupakan satu tajuk yang melibatkan

unsur-unsur yang abstrak, tidak nampak serta sukar untuk digambarkan. Selain itu, tajuk

jirim ini juga merupakan satu tajuk yang baru, maka adalah sukar bagi seseorang pelajar

itu untuk memahaminnya dan seterusnya akan menyebabkan pelajar akan merasa bosan

dan kurang berminat untuk terus mempelajari tajuk ini sekiranya ia diajar dengan situasi

yang kurang berkesan dan pendekatan yang kurang bersesuaian oleh guru. Justeru itu,

sebagai seorang guru yang ingin menyampaikan pengajarnnya dengan lebih efektif serta

menyeronokkan, maka teknik pengajaran yang baik perlu diolah dan diimplementasikan

dalam pengajarannya.

Selain daripada itu, pelajar juga menghadapi masalah di dalam melakukan

eksperimen bagi pembuktian teori kinetik jirim. Ini adalah disebabkan kelengkapan serta

alat radas di makmal tidak mencukupi untuk membolehkan semua pelajar terlibat secara

Page 21: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENERUSI … · 2.3.3 Simulasi 14 2.3.4 Permainan 15 2.3.5 Penyelesaian masalah 15 2.3.6 Penemuan 15 ... PPBK 20 2.5.2 Kelebihan menggunakan teori

5

aktif dalam melakukan eksperimen. Oleh itu, untuk membolehkan semua pelajar

dapat melihat serta mendapat gambaran mengenai situasi sebenar berkaitan eksperimen

yang dijalankan maka guru perlu mencari inisiatif dengan menggunakan Bahan Bantu

Mengajar (BBM) yang dapat membantu mereka membuat gambaran visualisasi.

Bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dinyatakan, maka satu perisian

Bahan Bantu Mengajar (BBM) dengan mengimplementasikan animasi berkomputer

akan dibangunkan bagi tajuk jirim yang merangkumi sifat-sifat jirim, teori kinetik jirim,

zarah yang membina jirim, perubahan keadaan jirim dan eksperimen bagi pembuktian

teori kinetik jirim.

1.3 Objektif projek

Objektif utama projek ini adalah untuk :

i. Membina satu perisian sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk

memudahkan pengajaran guru.

ii. Membangunkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dengan mengimplementasikan

animasi berkomputer.