penilaian perisian ppbk

Upload: thiyagu

Post on 14-Apr-2018

313 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    1/25

    188 OUM

    PENILAIAN PERISIAN PPBK TOPIK 9

    TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

    PENGENALAN

    Penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) telah menjadi

    perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun penggunaanperlulah secara berfikrah dan terancang bagi menghasilkan impak yang postif. Aspek

    penilain dan pemilihan perisian merupakan perkara yang amat penting, dalam usahamenyediakan guru-guru yang dapat menggunakan perisian pengajaran pembelajaran

    berbantukan komputer (PPBK) secara berfikrah dan terancang

    OBJEKTIF

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. menerangkan maksud penilaian perisian pengajaran pembelajaran berbantukankomputer (PPBK);

    2. menerangkan maksud pemilihan perisian pengajaran pembelajaran berbantukan

    komputer (PPBK) untuk pengajaran dan pembelajaran;

    3. menyatakan dan mencirikan fasa penilaian perisian pengajaran pembelajaran

    berbantukan komputer (PPBK);

    4. menyatakan dan mencirikan fasa pemilihan perisian pengajaran pembelajaran

    berbantukan komputer (PPBK) untuk pengajaran dan pembelajaran; dan

    5. membezakan penilaian dan pemilihan dalam perisian pengajaran pembelajaran

    berbantukan komputer (PPBK).

    PETA MINDA

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    2/25

    OUM 189

    TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

    9.1 PENGENALAN PENILAIAN PERISIAN PPBK

    Penilaian ialah satu prinsip untuk mengukur pencapaian secarasistematik (Robiah Sidin 1992). Penilaian terhadap perisian perlulah

    sentiasa dilakukan kerana keberkesanan sesuatu perisian diketahuisetelah penilaian dibuat.

    Terdapat dua jenis bentuk penilaian yang akan dibincangkan dalam topik ini iaitu:

    Penilaian pertama ialah penilaian pembanguan perisian, penilaian ini digunakan bagi menguji

    kelancaran perisian yang dibangunkan. Penilaian perlu untuk menjamin satu sistem perisianberjalan dengan lancar dan mencapai objektif.

    Penilaian yang kedua ialah pemilihan perisian, penilian ini dilakukan oleh tenaga pengajar

    dan pakar. Tujuan penilian ini ialah bagi melihat kesesuaian perisian dalam prosespengajaran dan pembelajaran.

    Rajah 9.1: Dua Jenis bentuk penilaian

    Menurut Hamidah (1999), di Malaysia pelbagai pihak telah mencipta perisian

    pendidikan namun perisian-perisian yang dibina tidak menepati kehendak kurikulumkerana ianya lebih ke arah komersial. Menurut Shaifol (2003), salah satu faktor utama

    kegagalan guru-guru bestari menggunakan perisian pengajaran dan pebelajaran

    berbantukan komputer sebagai alat bahan bantu mengajar dan belajar secara optimumadalah disebabkan kelemahan teknik menggunakan perisian dan kegagalan menilai

    perisian.

    Menyedari hakikat ini, untuk membentuk proses pengajaran dan pembelajaranmenggunakan perisian secara terancang dan berfikrah, guru mestilah dilatih teknik

    mengguna dan memilih perisian. Proses penilian dan pemilihan alat bantu mengajardan belajar perlu dilakukan secara terperinci dan terancang bagi menjamin perisian

    yang dipilih dapat digunakan dan objektif serta sesuai dengan kehendak kurikulum danmempunyai nilai murni.

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    3/25

    190 OUM

    PENILAIAN PERISIAN PPBK TOPIK 9

    9.1.1 Pemilihan Perisian

    Sewaktu anda membuat keputusan memilih perisian yang ingin anda

    pelajari, apakah kriteria yang anda tetapkan? Bagaimanakah sesuatupenilaian tersebut dilakukan?

    Pemilihan perisian adalah proses membuat pertimbangan bagi memastikan perisian

    yang hendak digunakan bersesuaian dengan kurikulum serta mencapai objektif

    pengajaran dan pembelajaran. Pendidik tidak seharusnya menjadi pengguna perisianyang pasif tetapi mereka perlu menilai perisian yang sesuai bagi tujuan pengajaran dan

    pembelajaran.

    Justeru itu para pendidik perlulah dilengkapkan dengan kemahiran memilihan perisian.

    Penilaian perisian haruslah menjadi tugas yang berterusan di kalangan pendidik.Tanggapan bahawa penggunaan perisian dalam pengajaran dan pembelajaran akanmemberi impak yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan

    tanggapan yang salah.

    Kesilapan guru dalam memilih perisian boleh menyebabkan empat perkara berikut:

    pembaziran masa dan tenaga,

    menghalang penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dengan lebih produktif,

    menjurus kearah penyalahgunaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi, serta

    mengelirukan pelajar

    9.1.2 Kaedah Penggunaan Perisian

    Bagi menggunakan perisian untuk pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah mahir

    mengenal pasti dan memilih mod pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, guru

    seharusnya menentukan jenis mod pengajaran dan pembelajaran terlebih dahulusebelum menggunakan perisian dalam pengajaran dan pembelajaran. Rajah 9.1 di

    bawah menunjukkan pengkelasan perisian pendidikan .

    Dalam proses pengajaran menggunakan perisian, guru menggunakan komputer untuk

    menyampaikan maklumat kepada pelajar. Guru hanya menayangkan perisian kepadapelajar dan pelajar melihat perisian yang ditayangkan oleh LCD atau televisyen, denganmenggunakan teknik ini, guru boleh melaksanakan pengajaran dengan menggunakan

    hanya satu set komputer dan satu alat tayangan. Pengajaran menggunakan teknik iniboleh dilakukan di dalam bilik darjah dan pelajar tidak memerlukan kemahiran teknologi

    yang tinggi.

    Proses pengajaran menggunakan perisian boleh dibahagikan kepada dua teknik iaitu;

    persembahan dan

    tunjuk cara.

    Dalam pengajaran yang menggunakan teknik persembahan, guru menggunakan perisiansebagai media untuk menyampaikan maklumat. Sementara dalam proses pengajaran

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    4/25

    OUM 191

    TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

    yang menggunakan kaedah tunjuk cara, guru menggunakan perisian komputer sebagaialat untuk membuat demonstrasi. Kaedah ini digunakan bagi menerangkan cara, tingkah

    laku, tugas, tindak balas atau eksperimen yang hendak dijalankan. Lazimnya demostrasi

    dilaksanakan disebabkan ekseperimen sebenarnya terlalu mahal, mustahil atau bahayauntuk dilaksanakan.

    Rajah 9.2 : Pengkelasan perisian pendidikan

    Dalam proses pembelajaran menggunakan perisian, perisian dikawal dan digunakan

    oleh pelajar. Pelajar berinteraksi sepenuhnya dengan komputer. Proses pembelajaranmenggunakan perisian ini membolehkan pelajar belajar dengan aktif dan dapat

    meneroka maklumat dengan penuh minat. Pengajaran menggunakan teknik inimembolehkan pelajar belajar mengikut kemampuan sendiri dan belajar di luar waktu

    kelas. Pembelajaran menggunakan teknik ini memerlukan set komputer yang banyakdan kemahiran pelajar yang agak tinggi.

    Proses pembelajaran yang menggunakan perisian boleh dibahagikan kepada empatteknik iaitu tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam proses pembelajaran

    menggunakan kaedah tutorial, kandungan pelajaran dalam perisian adalah berdasarkankepada urutan yang telah ditetapkan oleh pembangun perisian. Urutan pembelajaran

    tutorial merangkumi penerangan, demonstrasi dan latihan atau latih tubi.

    Proses pembelajaran yang menggunakan kaedah penerokaan memerlukan pelajarmenggunakan perisian sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat.

    Proses pembelajaran ini menggunakan perisian sebagai alat aplikasi (alat membantumurid melaksanakan tugas dalam pembelajaran) bukan sebagai mekanisma penyalur

    maklumat.

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    5/25

    192 OUM

    PENILAIAN PERISIAN PPBK TOPIK 9

    Dalam pembelajaran yang menggunakan kaedah komunikasi, perisian digunakan untukberkomunikasi. Dengan kaedah ini, pelajar akan dapat berkomunikasi dan berbincang

    dengan rakan-rakan dan guru, biar pun mereka berada diluar kawasan sekolah.

    Latihan 9.1

    Nyatakan kesan negatif hasil daripada kesilapan guru dalam memilih

    perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)

    9.2 PEMILIHAN PERISIAN YANG SESUAI

    Semasa anda membuat keputusan memilih profesion guru sebagai

    kerjaya anda. Pasti terdapat beberapa kriteria pekerjaan seperti gaji yang

    baik, kemudahan-kemudahan sebagai kakitangan awam sertakepentingan yang memenuhi kehendak anda dan pasaran kerja ketika

    itu. Pastinya kita memilihnya berdasarkan kesan baik dan keburukannya.Berdasar pemilihan itu dapatkah anda kaitkan dengan keperluan memilih

    perisian komputer yang sesuai.

    9.2.1 Keperluan Memilih Perisian

    Dewasa ini, terlalu banyak syarikat atau orang perseorangan yang membangunkan

    perisian pendidikan tetapi kebanyakan perisian yang dibangunkan itu tidak memenuhikriteria yang dikehendaki, contohnya:

    Perisian yang dibina tidak mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran

    Perisian yang dibina tidak mengikut kurikulum pengajaran dan pembelajaran

    Perisian yang dibina tidak sesentif terhadap kebudayaan dan agama

    Penggunaan media yang tidak bersesuai dengan golongan sasaran

    Perisian yang dibina mengganggu tumpuan pengguna

    9.2.3 Kriteria Pemilihan

    Pihak guru perlu berhati-hati semasa memilih perisian. Berikut adalah tujuh kriteria yang

    perlu difikirkan oleh guru sebelum memilih perisian:

    Rajah 9.3 : Tujuh kriteria pemilihan perisian

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    6/25

    OUM 193

    TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

    (a) Sumber & Literasi

    Jadual 9.1 : Sumber dan Literasi

    1 Kenal pasti penerbit perisian, tarikh perisian dan pastikan perisian ini diterbitkan

    oleh penerbit yang berkarisma dan berwibawa.

    2 Kenal pasti tenaga pakar yang membina perisian. Dalam menerbitkan perisian

    pendidikan, pakar dalam bidang pendidikan perlu ada bagi memastikan perisian

    tersebut dapat mengaplikasikan segala aspek pedagogi atau andragogi dengan baik.

    3 Kenal pasti pengedar yang mengedarkan perisian. Pengedar yang baik akan sentiasa

    memastikan barang yang diedar mempunyai kualiti yang tinggi.

    4 Buat perb incangan dengan rakan se jawat atau rakan-rakan yang pernah

    menggunakan perisian. Perbincangan dengan rakan sejawat tentang perisian yang

    hendak digunakan cukup penting bagi mengenal pasti kekurangan dan kelebihanperisian.

    5 Buat perbincangan dengan rakan-rakan yang pernah menggunakan perisian.

    Pengalaman mereka yang pernah menggunakan perisian ini boleh menjadi panduan

    yang baik dalam memilih perisian ini.

    6 Sekiranya perisian tersebut mempunyai manual. Pembangun perisian perlu membaca

    manual dengan teliti. Manual membolehkan pengguna menilai kesesuaian perisian

    dengan corak pengajaran yang hendak digunakan dalam kelas.

    7 Sekiranya terdapat perbincangan dalam majalah atau jurnal yang membincangkan

    tentang perisian terbaru, lakukan bacaan untuk menambahkan maklumat.

    8 Terdapat perisian yang diperkenalkan dalam persidangan, seminar dan pameran.

    Oleh itu guru seharusnya peka dengan maklumat terkini yang boleh didapati daripada

    program seumpama ini.

    Sebagai contoh perisian Adobe Photoshop CS2 merupakan perisian yang telahdipertingkatkan kemampunanya. Perisian ini bukan sahaja digunakan secara meluas

    diindustri media cetak dan media massa, malah juga digunakan untuk tujuan pendidikan.

    Rajah 9.4 : Perisian Adobe Photoshop CS2

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    7/25

    194 OUM

    PENILAIAN PERISIAN PPBK TOPIK 9

    (b) Tentukan Strategi P&P menggunakan perisian(i) Tentu dan pastikan strategi pedagogi yang digunakan oleh perisian seperti dalam

    rajah 9.4 di bawah:

    Rajah 9.5 : Strategi P&P menggunakan perisian

    (ii) Tentukan tujuan atau objektif perisian

    (iii) Kenal pasti pengetahuan sedia ada yang perlu ada pada pengguna perisian itu

    (c) Mesra Pengguna

    Jadual 9.2 : Mesra Pengguna

    1 Adakah arahan yang diberikan dalam perisian ini mudah difahami?

    2 Adakah corak interaktif dalam perisian ini sesuai dengan golongan sasaran?

    3 Adakah bahasa yang digunakan mudah untuk difahami dan dapat membantu pengguna?

    4 Adakah reka bentuk skrin dalam perisian ini menarik dan mudah digunakan?

    5 Adakah terdapat gangguan teknikal di sepanjang penggunaan perisian ini?

    6 Adakah perisian ini dapat menyeronokan pengguna?

    7 Adakah perisian ini dapat memberi motivasi kepada pengguna?

    8 Adakah manual penggunaan perisian ini mudah difahami?

    9 Adakah perisian ini banyak bercabang ke bahagian-bahagian yang berkaitan?

    10 Adakah ikon yang digunakan dalam perisian ini senang dikenal pasti fungsinya?

    11 Adakah ikon yang digunakan dalam perisian ini tersusun dan kemas?

    12 Adakah ikon yang digunakan dalam perisian ini mudah difahami?

    13 Adakah ikon perisian ini dalam bentuk piawai?

    14 Adakah interaktiviti dalam perisian ini sentiasa berpandu?

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    8/25

    OUM 195

    TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

    Pihak Open University Malaysia ada menyediakan perisian pembelajaran tambahan

    kepada para pelajarnya. Walau bagaimanapun perisian ini hanya berdasarkan kepadamodul-modul tertentu sahaja yang diedarkan kepada semua pelajar-pelajar OUMdiseluruh negara. Reka bentuk kandungan ini telah memenuhi kriteria yang ditetapkan

    seperti jadual 9.2 di atas.

    15 Adakah perisian ini membenarkan pengguna keluar daripada perisian pada bila-bila masa

    yang dikehendaki?

    16 Adakah aktiviti pembelajaran dalam perisian itu menarik minat pengguna?

    17 Adakah perisian ini boleh digunakan di mana-mana komputer?

    18 Adakah arahan dalam perisian ini jelas dan mudah?

    19 Adakah persembahan dalam perisian tidak memerlukan arahan fasilitator?

    20 Adakah maklumat yang terdapat di menu mencukupi?

    21 Adakah perisian ini mudah dikendalikan oleh pelajar walaupun baru pertama kali

    menggunakannya?

    Rajah 9.6 : Ciri-ciri perisian yang

    mesra pengguna

    (d) Kandungan

    (i) Adakah maklumat yang terdapat di dalam perisian ini tepat mengikut kurikulum?

    (ii) Adakah maklumat dalam perisian ini disusun dengan teratur ?

    (iii) Adakah masa penggunaan perisian ini mencukupi dengan masa yang diperuntukkandi dalam jadual ?

    (iv) Adakah contoh yang diberi dalam perisian mencukupi untuk pengguna memahami

    tajuk pembelajaran ?

    (v) Adakah contoh yang diberi dalam perisian ini realistik ?

    (vi) Adakah contoh yang diberikan dalam perisian ini bersesuaian dan bertepatan ?

    (vii) Adakah isi kandungan perisian ini ringkas dan mudah difahami ?

    (viii) Adakah pengguna lebih mudah memahami pembelajaran selepas menggunakanperisian ini ?

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    9/25

    196 OUM

    PENILAIAN PERISIAN PPBK TOPIK 9

    (e) Media(i) Adakah penggunaan klip video di dalam perisian ini banyak membantu pengguna

    memahami tajuk itu ?

    (ii) Adakah penggunaan teks dalam perisian ini jelas dan mudah dibaca ?

    (iii) Adakah warna yang digunakan dalam perisian ini sesuai dan berkesan ?

    (iv) Adakah kadar amplitiut audio yang digunakan berpatutan dan tidak mengganggutumpuan pengguna?

    (v) Adakah penggunaan grafik yang digunakan dalam perisian ini dapat membantu

    pengguna memahami pembelajaran ?

    (vi) Adakah penggunaan grafik yang digunakan dalam perisian ini menarik ?(vii) Adakah animasi yang digunakan dapat membantu proses pengajaran dan

    pembelajaran?

    (viii) Adakah animasi yang digunakan tidak menganggu tumpuan pengguna ?

    (ix) Adakah audio yang digunakan membantu proses pengajaran dan pembelajaran?

    Rajah 9.7 : Contoh kandungan dalam perisian Adobe Photoshop

    Rajah 9.8 : Penggunaan animasi dalam pengajaran dan pembelajaran

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    10/25

    OUM 197

    TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

    (f) Proses pengajaran dan pembelajaran perisian

    (i) Adakah maklumat perisian berkaitkan dengan pengetahuan sebenar?

    (ii) Adakah objektif pengajaran perisian ini ditulis dengan jelas?

    (iii) Adakah pengguna boleh memilih mana-mana tajuk yang disukai dengan

    menggunakan perisian ini?

    (iv) Adakah terdapat rujukan serta pautan laman web dalam perisian ini?

    (v) Adakah ujian yang disediakan membantu pengguna memahami pembelajaran?

    (vi) Adakah set induksi yang digunakan menarik dan berkesan?

    (vii) Adakah skrin persembahan pengajaran memberi maklumat kepada pengguna?

    (viii) Adakah skrin persembahan pengajaran menarik?

    (ix) Adakah penyampaian pengajaran dan pembelajaran perisian ini menarik dan

    tersusun?

    (x) Adakah penyampaian pengajaran dan pembelajaran perisian ini sesuai dengan gaya

    pembelajaran pengguna?

    (xi) Adakah perisian ini merangsang pengguna berfikir?

    (xii) Adakah perisian ini merangsang pengguna bertindak dengan aktif?

    (xiii) Adakah perisian ini menyediakan refleksi di akhir pembelajaran?

    (xiv) Adakah perisian ini mempunyai penutup yang baik dan berkesan?

    (xv) Adakah objektif perisian ini dapat dicapai dengan mudah ?

    (xvi) Adakah perisian ini berupaya meningkatkan pengalaman pengguna?

    Rajah 9.9 : Contoh objektif pengajaran

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    11/25

    198 OUM

    PENILAIAN PERISIAN PPBK TOPIK 9

    (g) Kesuaian Pasarana(i) Keupayaan minumun komputer untuk menggunakan perisian

    (ii) Bilangan komputer yang boleh digunakan untuk menjalankan perisian

    (iii) Keluasan bilik tayangan yang bersesuaian dengan kejelasan media

    (iv) Jenis alatan tayangan

    (v) Keupayaan bilik komputer menampung bilangan pelajar

    (vi) Keupayaan bekalan elektrik jika semua komputer digunakan

    Rajah 9.10 : Keupayaan minimun komputer

    Latihan 9.2

    Huraikan keperluan pemilihan perisian pengajaran pembelajaran

    berbantukan komputer (PPBK)?

    9.3 PROSES PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN

    Cuba anda nyatakan faktor penyebab mengapa kita sebagai pendidik,

    perlu memilih perisian yang sesuai, dalam menghasilkan PengajaranPembelajaran Berbantukan Computer (PPBK) serta apakah kesan

    sekiranya kita tidak memilihnya berhati-hati.

    Dalam membangunkan perisian, terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian sumatif danformatif. Fasa penilaian ini melibatkan responden yang pelbagai dan biasanya

    menggunakan instrumen yang terdiri daripada soal selidik, senarai semak dan temubual.

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    12/25

    OUM 199

    TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

    9.3.1 Penilaian Formatif

    Penilaian formatif ialah penilaian yang dilaksanakan di sepanjang proses pembangunan

    perisian multimedia. Tujuan penilaian formatif dilakukan adalah untuk:(a) Menilai halangan yang terdapat dalam pembinaan aplikasi.

    (b) Menganalisis perubahan mengikut kehendak pengguna.

    (c) Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pengguna dalam menggunakan aplikasi

    perisian.

    Penilaian formatif dilaksanakan bagi menjamin kualiti dan keperluan pengguna sertamemastikan objektif pembelajaran tercapai. Penilaian formatif juga membantu

    meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem yang sedang dibangunkan.

    Penilaian formatif perisian secara ringkasnya bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas untuk memperbaiki perisian yang sedang dibina. Oleh itu, penilaian formatifmelibatkan masa yang panjang, kumpulan responden yang banyak dan alat pengujian

    yang pelbagai. Jadual 9.1 di bawah menunjukkan contoh alat pengujian dan respondenyang terlibat dalam ujian formatif.

    Jadual 9.1 : Contoh alat pengujian dan responden yang terlibat dalam ujian formatif

    Rajah 9.11 : Pemerhatian penyelidik melalui senarai semak

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    13/25

    200 OUM

    PENILAIAN PERISIAN PPBK TOPIK 9

    9.3.2 Penilaian Sumatif

    Penilaian sumatif ialah penilaian yang dilakukan di akhir proses

    membangunkan perisian.

    Penilaian sumatif secara amnya bertujuan membantu pembangun perisian mengetahui

    sama ada perisian yang dibangunkan berjaya menepati keperluan yang telah ditetapkan.Selain daripada itu, penilaian sumatif juga berfungsi sebagai titik rujukan yang menjamin

    sesebuah perisian yang dibangunkan menepati matlamat dan objektif.

    Penilaian sumatif dilakukan di penghujung proses pembangunan yang bertujuan untuk

    memberi penilaian secara keseluruhan. Penilaian sumatif membolehkanpengubahsuaian dilaksanakan pada versi yang akan datang. Penilaian sumatif dilakukan

    bagi memastikan perisian yang telah siap dibina mencapai matlamat dan objektif yangingin dicapai oleh pembangun perisian.

    Penilaian sumatif melibatkan dua jenis penilaian iaitu pakar dan pengguna seperti dalam

    Jadual 9.2. Penilaian pakar bertujuan untuk memastikan perisian yang dibina memenuhikeperluan teknikal dan teori yang ditonjolkan. Penilaian pengguna bertujuan menentukan

    perisian yang digunakan memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran pelajar.Jadual di bawah menunjukkan contoh set penilaian sumatif.

    Rajah 9.12 : Penilaian sumatif temubual pakar di akhir proses pembangunan

    Jadual 9.2 : Contoh Set Penilaian Sumatif

    Penilaian Instrumen Responden Lampiran

    Sumatif Soal selidik 20 orang peserta kursus D

    Sumatif Soal selidik 15 orang pensyarah kursus E

    Sumatif Temu bual 3 Pakar F

    Latihan 9.3

    Cuba anda difinisikan dan huraikan proses penilaian sumatif

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    14/25

    OUM 201

    TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

    RUMUSAN

    Bab ini membincangkan cara menilai dan memilih perisian pengajaran dan pembelajaran

    berbantukan komputer (PPBK). Perbincangan menilai perisian ditumpukan dalamaspek untuk membangunkan perisian sementara memilih ditumpukan kepada cara

    memilih perisian untuk pengajaran dan pembelajaran. Dalam bab ini juga disertakancontoh instrument yang digunakan seperti soal selidik, senarai semak dan skrip temu

    bual.

    GLOSARI

    Teori Konsep pembangnan dan prinsip yang menyumbang kepada

    pengetahuan

    Alat aplikasi alat membantu murid melaksanakan tugas dalam pembelajaran

    Penilaian Merupakan domin tekno logi , menen tukan kesempurnaan

    perisian

    Penilaian formatif penilaian yang dilaksanakan di sepanjang proses pembangunan

    perisian multimedia

    Penilaian sumatif peni la ian yang di lakukan di akhir proses membangunkanperisian.

    UJIAN 1

    1. Nyatakankan dua bentuk penilaian perisian pengajaran pembelajaran berbantukan

    komputer (PPBK).

    2. Huraikan keperluan memilih perisian?

    3. Huraikan serta perincikan kriteria proses pengajaran dan pembelajaran dalam pemilihanperisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).

    4. Definisikan dan huraikan proses penilaian formatif.

    UJIAN 2

    1. Huraikan dan jelaskan kaedah penggunaan perisian pengajaran pembelajaranberbantukan komputer (PPBK) dalam pengajaran dan pembelajaran.

    2. Huraikan serta perincikan kriteria pemilihan perisian pengajaran pembelajaran

    berbantukan komputer (PPBK).

    3. Nyatakan dua jenis penilaian dalam proses penilian pembangunan perisian.

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    15/25

    202 OUM

    PENILAIAN PERISIAN PPBK TOPIK 9

    RUJUKAN

    Hamidah Baba. 1999. Pemikiran dan hala tuju pembangunan perisian kursus multimedia

    pendidikan interaktif. Kertas kerja Kursus Penilaian Grafik Adobe Photoshop.Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuching, 6-10 September.

    Robiah Sidin. 1992. Keberkesanan program penyediaan guru-guru KBSR satu tinjauan

    literature. Jurnal Pendidikan Guru 4(3): 248-259.

    Shaifol Bahary Sulaiman. 2003. Latihan dalam perkhidmatan 12 minggu sekolah bestari.Prosiding Seminar Aliran Terkini Teknologi Maklumat dan Komunikasi, hlm 29-38.

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    16/25

    OUM 203

    TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

    LAMPIRAN A

    Arahan: tandakan () pada kotak yang disediakan serta berikan komen dengan jujur

    dan ikhlas

    A. KANDUNGAN

    B. HASIL PEMBELAJARAN

    C. MESRA PENGGUNA

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    7.

    8.

    9.

    10.

    11.

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    17/25

    204 OUM

    PENILAIAN PERISIAN PPBK TOPIK 9

    D. CIRI-CIRI MULTIMEDIA

    E. STRATEGI PEMBELAJARAN

    12.

    13.

    14.

    15.

    16.

    17.

    18.

    19.

    20.

    21.

    22.

    23.

    24.

    25.

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    18/25

    OUM 205

    TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

    LAMPIRAN B

    TEMU BUAL PENSYARAH

    Temu bual pensyarah kursus dibuat setelah mereka selesai menggunakan perisian yangdibangunkan.

    1. Adakah kandungan perisian ini bersesuaian dengan Kurikulum Kursus Dalam

    Perkhidmatan 12 Minggu Sekolah Bestari (Penggunaan TMK dalam Pengajaran danPembelajaran )? Di harap tuan dapat memberi ulasan .

    2. Apakah komen tuan terhadap kelancaran program ini dari segi teknikal dan kandungan ?

    3. Pada pandangan tuan adakah perisian ini dapat membantu tuan memberi tumpuan

    terhadap pelajar-pelajar yang agak lemah?

    4. Apakah pandangan tuan tentang penggunaan menu yang mengunakan carta dalam

    perisian ini serta butang-butang arahan yang lain?

    5. Diharap tuan dapat memberikan ulasan tentang penggunaan arahan dalam perisian ini

    apakah ia mudah difahami atau sebaliknya ?

    6. Apakah pendapat tuan tentang pilihan yang diberikan kepada pengguna untuk memilih

    tajuk-tajuk yang sesuai untuk dipelajari.

    7. Perisian ini membenarkan pengguna membuat ulangan berkali-kali sehingga penggunamemahami tajuk ini. Apakah komen tuan?

    8. Apakah pendapat tuan mengenai latihan yang di berikan. Adakah latihan mempunyai

    kaitan dan memudahkan pelajar memahami tajuk ini ?

    9. Perisian ini cuba mengaplikasikan teori pembelajaran tingkah laku dan kognatif. Padapendapat tuan, adakah perisian ini dapat mengaplikasikan kedua-dua teori pembelajaran

    ini ? Diharap tuan dapat memberi komen.

    10. Perisian ini cuba mengaplikasikan strategi pembelajaran anjal dan aktif. Pada pendapattuan, adakah perisian ini dapat mengaplikasikan kedua-dua strategi pembelajaran ini ?

    Diharap tuan dapat memberi komen.

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    19/25

    206 OUM

    PENILAIAN PERISIAN PPBK TOPIK 9

    LAMPIRAN C

    Instrumen ini membuat pemerhatian ketika peserta kursus sedang menggunakan

    perisian multimedia ini. Tujuannya untuk melihat reaksi peserta kursus semasamenggunakan perisian multimedia.

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    20/25

    OUM 207

    TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

    LAMPIRAN D

    BORANG SOAL SELIDIK PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIATAJUK PENGGUNAAN TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Arahan sila bulatkan jawapan anda mengikut skala di bawah jawab dengan jujur dan ikhlas

    Borang Penilaian

    1. Sangat tidak setuju

    2. Tidak Setuju

    3. Tidak Pasti

    4. Setuju

    5. Sangat Setuju

    A. KANDUNGAN

    B. HASIL PEMBELAJARAN

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    21/25

    208 OUM

    PENILAIAN PERISIAN PPBK TOPIK 9

    C. MESRA PENGGUNA

    D. CIRI-CIRI MULTIMEDIA

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    22/25

    OUM 209

    TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

    LAMPIRAN E

    BORANG SOAL SELIDIK PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIATAJUK PENGGUNAAN TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Arahan: Sila bulatkan jawapan anda mengikut skala di bawah ini. Jawab dengan jujur dan

    ikhlas.

    Borang Penilaian

    1. Sangat tidak setuju

    2. Tidak Setuju

    3. Tidak Pasti

    4. Setuju

    5. Sangat Setuju

    KANDUNGAN

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    23/25

    210 OUM

    PENILAIAN PERISIAN PPBK TOPIK 9

    HASIL PEMBELAJARAN

    MESRA PENGGUNA

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    24/25

    OUM 211

    TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

    CIRI-CIRI MULTIMEDIA

  • 7/27/2019 Penilaian Perisian PPBK

    25/25

    PENILAIAN PERISIAN PPBK TOPIK 9

    LAMPIRAN F

    TEMU BUAL DENGAN PAKAR

    Temu bual pakar dibuat setelah mereka menggunakan perisian yang dibangunkan.

    1 Apakah komen tuan mengenai perisian ini, dari segi kandungan kurikulum bagi memenuhiKurikulum Kursus Dalam Perkhidmatan 12 Minggu Sekolah Bestari?.

    2 Diharap tuan dapat memberi ulasan tentang keupayaan perisian ini untuk memenuhi

    hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam topik ini.

    3 Disepanjang tuan menggunakan perisian ini, apakah pandangan tuan tentang keupayaanperisian ini dari segi memenuhi keperluan konsep mesra pengguna?

    4 Perisian multimedia terdiri daripada gabungan pelbagai media. Diharap tuan dapat

    memberi komen setiap media yang terdapat dalam perisian ini.

    5 Adakah pendapat tuan dengan keupayaan perisian ini mengaplikasikan teoripembelajaran tingkah laku dan teori pembelajaran kognatif?

    6 Apakah pandangan tuan tentang keupayaan perisian ini mengaplikasikan strategi

    pembelajaran anjal dan aktif?

    7 Setiap benda di dunia ini mempunyai kekuatan dan kelemahan. Diharap tuan dapatmemberikan ulasan kelemahan perisian ini.