penilaian

Upload: gennie-law

Post on 13-Jan-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Penilaian

TRANSCRIPT

1.Konsep Penilaian

Penilaian (evaluation) boleh dijalankan untuk menentukan sama ada matlamat dan objektif sesuatu kurikulim tercapai pada keseluruhannya. Penilaian bukan sahaja menrangkumi proses taksiran ke atas pencapaian para pelajar, tetapi juga kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran pembelajaran, dan kesesuaian kurikulum untuk para pelajar.

Penilaian yang diadakan sepanjang proses pembelajaran dan perkembangan sesuatu program, penilaian ini dipanggil penilaian formatif, manakala penilaian yang diadakan pada peringkat penghujung program, penilaian ini dipanggil penilaian sumatif. Penilaian yang berkesan bergantung kepada pernyataan objektif yang jelas serta penggunaan instrumen pengukuran yang cekap untuk mengesan sebarang perubahan pembelajaran dengan merujuk kepada objektif kurikulum.

Hasil penilaian boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti berikut:

i.Maklumat untuk guru. Guru memerlukan maklumat tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sedia ada pada pelajarnya sebelum bermulanya sesuatu tajuk pembelajaran. Menurut konsep konstruktivisme, pembelajaran baru harus dimulakan berdasarkan apa yang telah diketahui oleh pelajar. Selain itu, sepanjang proses pengajaran pembelajaran, guru juga perlu megetahui progres pelajarnya supaya pengajarannya boleh ditumpukan untuk membantu pelajar menguasai objektif pembelajaran dengan lebih berkesan seperti membetulkan sebarang miskonsepsi.

ii.Maklumat untuk pelajar. Pelajar, khususnya yang bermotivasi, dapat menggunakan maklumat penilaian untuk meningkatkan kesan pembelajarannya. Kebolehan penggunaan maklumat sebegini melibatkan kemahiran metakognitif. Pelajar dapat mengetahui kedudukan pencapaiannya lalu membuat keputusan yang bijak tentang cara untuk belajar dengan lebih berkesan. Usaha seterusnya dijalankan untuk menyusun langkah demi meningkatkan kesan pembelajarannya secara kawalan kendiri.

iii.Sebab Motivasi. Penilaian juga boleh memastikan pelajar berusaha mengikut program pembelajaran. Jika dilaksanakan dengan cekap, penilaian boleh memotivasikan pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah disenaraikan dengan jelas.

iv. Maklumat laporan. Hasil penilaian diperlukansebagai laporan untuk ibu bapadan lembaga peperiksaan. Laporan ini merupakan maklum balas tentang pencapaian pembelajaran pelajar serta merupakan laporan akauntabiliti pihak sekolah kepada ibu bapa dan Kementerian Pendidikan.