graf penilaian

49
*Bentuk-bentuk grafik yang popular dalam peperiksaan : 1. Graf bar (kompaun / komponen) 2. Graf garis (kompaun / komponen) 3. Graf gabungan bar dengan garis 4. Graf piramid / berpasang (kompaun / komponen) 5. Carta pai (tunggal, berbanding atau silinder) 6. Graf bar memesong atau imbangan http://www.kmk.intan.my/alatan_det.php?display=graf GRAF GRAF merujuk kepada hasil analisis data statistik (nombor) yang ditunjukkan dalam bentuk gambarajah yang membolehkan pemahaman dengan sekali pandang. Dalam lain perkataan, graf merupakan penyataan data gambarajah yang dapat menarik minat kepada penglibatan manusia dalam menyampaikan secara cepat dan tepat rumusan maklumat tersebut. KESAN-KESAN GRAF Graf mempunyai kesan-kesan berikut. PENGGAMBARAN DATA Graf membolehkan perbandingan di antara nombor kecil dengan yang besar serta hubungan di antara bahagian dengan keseluruhan, dan perubahan dalam masa. Oleh itu, graf berguna bagi membaca maklumat dengan cepat dan memahami maklumat tersebut dengan mendalam. PEMAHAMAN SECARA INTUITIF Untuk menyatakan keadaan dalam bentuk rajah yang tidak dapat difahami melalui huruf an nombor, sebagaimana yang dinyatakan oleh nombor kecil dan besar atau perubahan garisan dan kedudukan di peta. Oleh itu, memang berkemungkinan menguatkan imej kandungannya.

Upload: princess-nikko

Post on 01-Jul-2015

1.348 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Graf penilaian

*Bentuk-bentuk grafik yang popular dalam peperiksaan :

1. Graf bar (kompaun / komponen)2. Graf garis (kompaun / komponen)3. Graf gabungan bar dengan garis4. Graf piramid / berpasang (kompaun / komponen)5. Carta pai (tunggal, berbanding atau silinder)6. Graf bar memesong atau imbangan

http://www.kmk.intan.my/alatan_det.php?display=graf

GRAF

GRAF merujuk kepada hasil analisis data statistik (nombor) yang ditunjukkan dalam bentuk gambarajah yang membolehkan pemahaman dengan sekali pandang. Dalam lain perkataan, graf merupakan penyataan data gambarajah yang dapat menarik minat kepada penglibatan manusia dalam menyampaikan secara cepat dan tepat rumusan maklumat tersebut.

KESAN-KESAN GRAF

Graf mempunyai kesan-kesan berikut.

PENGGAMBARAN DATA

Graf membolehkan perbandingan di antara nombor kecil dengan yang besar serta hubungan di antara bahagian dengan keseluruhan, dan perubahan dalam masa. Oleh itu, graf berguna bagi membaca maklumat dengan cepat dan memahami maklumat tersebut dengan mendalam.

PEMAHAMAN SECARA INTUITIF

Untuk menyatakan keadaan dalam bentuk rajah yang tidak dapat difahami melalui huruf an nombor, sebagaimana yang dinyatakan oleh nombor kecil dan besar atau perubahan garisan dan kedudukan di peta. Oleh itu, memang berkemungkinan menguatkan imej kandungannya.

BEBAS DARIPADA MEMBACA

Membaca memerlukan usaha dan sedikit kesusahan. Inilah sebabnya pengiklanan dipindahkan daripada surat khabar dan majalah kepada radio dan televisyen. Graf mengandungi kurang diskripsi dan oleh itu graf membebaskan kita daripada usaha

Page 2: Graf penilaian

membaca.

MENARIK MINAT

Masyarakat pada hari ini kaya dengan maklumat. Oleh itu, perlulah untuk menarik pembaca bagi menggiat minta mereka. Ini boleh wujud dengan menggunakan graf dan ianya sesuai bagi menarik perhatian orang lain seperti kakitangan di bahagian perhubungan awam syarikat, atau apabila memberi penerangan kepada ketua dan sebagainya.

MUDAH DISEDIAKAN

Graf boleh disediakan dengan mudah oleh sesiapa sahaja kerana ia tidak memerlukan pengiraan yang rumit dan seseorang tidak perlu mempunyai latarbelakang matematik yang baik atau kebolehan melukis.Sebagaimana yang diterangkan pada awalnya, graf mempunyai beberapa kelebihan sebagai alat perhubungan maklumat dan kaedah menganalisis data statistik. Oleh itu, graf merupakan sesuatu alat kawalan dan peningkatan aktiviti yang wajib di tempat kerja.

Jenis-jenis Graf dan Cara Penggunaannya

Terdapat berbagai jenis graf yang boleh diklasifikasikan mengikut tujuan penggunaan dan kaedah persembahan.

KLASIFIKASI MENGIKUT TUJUAN PENGGUNAAN 1. BAGI PENERANGAN – Bagi menunjukkan pergerakan kadar

kecacatan, kuantiti keluaran, jualan, nisbah perkongsian pasaran dan sebagainya, atau untuk menunjukkan hasil aktiviti penurunan kecacatan.

2. BAGI ANALISIS – Menganalisis data yang lepas dan semasa supaya dapat menyiasat sebab-sebab dan mencari cara untuk melaksanakan penambahbaikan.

3. BAGI KAWALAN – Untuk mengawal cirri-ciri nilai harian dan bulanan seperti kuantiti keluaran, kadar kecacatan, bilangan kecacatan, dimensi-berat, suhu dan sebagainya.

4. BAGI PERANCANGAN – Untuk menunjukkan perancangan harian atau perancangan keluaran pada graf.

5. BAGI PENGIRAAN – Menjimatkan masa bagi pengiraan dan mengelakkan kesilapan, graf boleh digunakan sebagai carta penukaran. Sebagai contoh, suhu dengan tenaga output atau untuk melihat bilangan kecacatan dan had kawalan pada Carta Kawalan.

KLASIFIKASI MENGIKUT KAEDAH PENYATAAN

Page 3: Graf penilaian

1. GRAF BAR – Graf ini menyatakan variasi dalam saiz atau kuantiti item mengikut perbezaan pada ketinggian bar dan sesuai bagi melihat hubungan dalam kuantiti numeric.

2. GRAF GARISAN – Pada mulanya, data diplotkan di atas graf dan garisan dilukis untuk menyambungkan titik-titik. Graf ini sesuai untuk menunjukkan perubahan kuantiti dengan masa.

3. GRAF PIE – Di dalam graf ini, kawasan setiap sector yang berbentuk kipas menunjukkan nisbah atau peratus berbanding dalam membandingkan dengan bulatan keseluruhan yang mewakili 100%. Graf ini digunakan untuk melihat nisbah atau peratus berbanding bahagian relatif kepada keseluruhan, atau bahagian ke bahagian.

4. GRAF KAWASAN – Segi empat bujur, memanjang ke sebelah tepi seperti tali pinggang, dibahagikan kepada beberapa bahagian, kawasan setiap bahagian menyatakan kuantiti. Graf ini sesuai untuk menunjukkan nisbah bahagian kepada keseluruhan atau bahagian ke bahagian.

5. GRAF Z – Pada satu graf, kuantiti harian atau bulanan dan kuantiti kumulatifnya, serta jumlah berubah (atau garisan sasaran) ditunjukkan. Graf ini sesuai untuk kawalan keadaan pencapaian nilai sasaran.

6. CARTA RADAR – Garisan lurus sebanyak bilangan perkara yang diklasifikasikan dilukis secara bercabang keluar daripada pusat bulatan (seperti radar) dan kuantiti ditanda pada garisan. Graf ini sesuai menunjukkan saiz berstruktur secara berbanding dan perbezaan di antara perkara berlainan yang diklasifikasikan.

Sebagaimana yang dinyatakan, terdapat berbagai-bagai jenis graf. Oleh itu, tujuan penggunaan graf perlu dijelaskan sebelum memilih graf yang bersesuaian dengan tujuan.

HISTOGRAM

HISTOGRAM ialah jadual kekerapan bergambarajah yang disediakan dengan membahagikan julat data yang sedia ada, kepada kelas tertentu dengan mengira berlakunya kekerapan data sesuatu kelas.

Angka ditulis mengikut skel di atas kertas graf atau kertas yang bersesuaian. Paksi mendatar menunjukkan julat nilai ciri dan paksi menegak menunjukkan kekerapan. Histogram ialah satu daripada keadah alat QC yang sering digunakan.

Perkara asas tetang kualiti kawalan ialah untuk memahami sebaran penyebab atau variasi dalam kualiti dan seterusnya mengawal serta memperbaiki kualiti tersebut.

Page 4: Graf penilaian

Untuk melakukan ini, kita perlu memahami perubahan keadaan nilai cirri yang dinyatakan dalam kualiti terlebih dahulu,. Histogram ialah teknik yang boleh menunjukkan nilai cirri secara visual.

Berikut ialah “ PERANAN HISTOGRAM”

Untuk membolehkan taburan lebih mudah dilihat dan difahami secara visual.

1. Untuk membolehkan taburan lebih mudah dilihat dan difahami secara visual. 2. unutk membolehkan kita mengetahui nilai pusat (nilai penengah) dan

sebaran data.

3. untuk membolehkan kita mengetahui bentuk taburan.

CARA MELIHAT HISTOGRAM DAN MENGGUNAKAN HISTOGRAM

(1) Cara Melihat Histogram

Untuk mendapatkan maklumat daripada histogram berhubung dengan sekumpulan data, dinasihatkan supaya memberikan tumpuan kepada keseluruhan bentuk data dan mengabaikan sebarang ketidaksamaan. Perkara yang perlu diperiksa secara amnya seperti berikut.

Di manakah pusat taburan?

1. Bagaimanakah bentuk / sebaran data? 2. Adakah taburan berat ke kanan atau ke kiri?

3. Adakah taburan mempunyai puncak yang tajam atau mendatar?

4. Adakah terdapat sebarang data yang terasing daripada taburan utama?

5. Adakah terdapat ketidaksamarataan dalam bentuk taburan seperti terdapat ruang yang kosong?

6. Adakah terdapat dua puncak?

7. Adakah taburan kiri atau kanan jenis bertebing?

8. Adakah stratafikasi diperlukan dan apakah bentuk taburan dengan stratafikasi?

9. Adakah terdapat sebarang data yang terkeluar daripada had yang telah ditetapkan?

10.Adakah pusat taburan terletak dalam had spesifikasi yang telah ditetapkan?

Page 5: Graf penilaian

11.Adakah taburan terletak di antara julat had spesifikasi yang telah ditetapkan?

Perkara-perkara tersebut boleh dipanggil “PUSAT PEMERIKSAAN HISTOGRAM”

Nilai ukuran histogram secara amnya menunjukkan puncak yang berbentuk simetrik di bahagian tengah dan rendah di bahagian kiri dan kanan.

 

(2) Cara Menggunakan Histogram

Histogram di gunakan di dalam kes – kes berikut:

UNTUK MEMAHAMI PROSES PENGELUARAN YANG TIDAK NORMAL DENGAN MELIHAT TABURAN

Pengumpulan data histogram semasa proses pengeluaran normal sacara amnya adalah berbentuk simetrik. Walau bagaimanapun kadang kala terdapata bentuk yang tidak normal seperti data berbentuk pulau terasing atau bentuk tebing . Oleh itu, kita boleh mengetahui jenis ketidaknormalan yang berlaku dalam proses pengeluaran dengan melihat kepada bentuk histogram.

UNTUK MEMERIKSA SAMA ADA KELUARAN BERADA DI DALAM HAD PIAWAI

Page 6: Graf penilaian

Kita dapat mengetahui bilangan kecacatan yang berlaku apabila kita telah menetapkan had piawai atau nilai sasaran di dalam histogram. Dalam kes ini, adalah mustahak untuk memerhatikan dengan teliti dan mencari sama ada masalah itu disebabkan oleh nilai min atau sisihan piawai. Seterusnya, dilaksanakan tindakan pembetulan yang bersesuaian.

UNTUK MEMERIKSA PENYEBAB SERAKAN DAN BIAS

Kita dapat mengetahui penyebab serakan dan bias apabila kita melukis dan membandingkan perbezaaan data histogram yang telah diklasifikasikan mengikut peralatan, bahan, pekerja, kaedah operasi dan sebagainya. Melalui stratafikasi, kita dapat memahami penyebab kepada masalah, iaitu,

Page 7: Graf penilaian

sama ada dalam proses atau keluaran.

Rajah Jenis Penerangan Berbentuk Titik Pemeriksaan

(a) Jenis Am Bersimitrik dengan kekerapan tertinggi di tengah dan kekerapan menurun ke bahagian tepi.

Bentuk biasa di dapati

(b) Jenis bergigi yang kehilangan atau bentuk sikat

Bentuk bergigi yang kehilangan atau sikat dengan setiap bar mempunyai kekerapan yang lebih rendah.

Adlah perlu unutk memeriksa samada selang kelas pertengahan telah dikira dengan mendarabkan unit terkecil pengukuran dengan nilai yang tepat atau sekiranya terdapat bias pada diri pengukur.

(c) Jenis menjalar ke kanan ( jenis menjalar ke kiri)

Tidak bersimitrik dengan min berpindah dari bahagian menurun dengan cerun kiri dari bahagian kanan menurun sedikit demi sedikit dan berbentuk menjalar.

Bentuk ini terjadi apabila had bawah dikawal secara teori atau oleh nilai piawai, iaitu semasa pengumpulan data tidak dilakukan di bawah nilai tertentu. Ini berlaku bila komponen tidak asli atau bilangan kegagalan atau kecacatan menghampiri sifar.

(d) Jenis tebing di kiri (jenis tebing kanan)

Tidak bersimitrik dengan nilai min berpindah ke bahagian kiri pusat taburan. Bahagian kiri menurun dengan cerun. Bahagian kanan secara beransur-ansur menurun dan berbentuk menjalar.

Bentuk ini wujud apabila data dibawah had spesifikasi dikeluarkan setelah pemilihan keseluruhan dibuat. Semak dan perhatikan samada terdapat pengukuran yang bias atau pemeriksaan yang salah atau kesilapan dalam pengukuran.

(e) Jenis daratan (Plateau)

Bentuk daratan wujud kerana kekerapan setiap kelas adalah sama.

Bentuk ini wujud apabila terdapat percampuran taburan dengan perbezaan kecil dalam nilai min. Sediakan pengkelasan histogram dan seterusnya buat perbandingan.

(f) Jenis dua puncak Kekerapan yang tertumpu di bahagian tengah adalah rendah dan terdapat puncak pada kedua-dua

Terdapat dua taburan dengan nilai purata berbeza. Perbezaaan boleh dilihat apabila pengkelasan

Page 8: Graf penilaian

bahagian histogram dibuat bagi kes yang terdapat perbezaan diantara dua mesin atau peralatan yang berbeza.

(g) Jenis pulau terasing

Di bahagian kiri atau kanan histogram biasanya terdapat “pulau” yang berasingan.

Jenis ini wujud apabila percampuran data yang berkuantiti kecil daripada taburan yang berbeza. Periksa latarbelakang data dan pastikan samada terdapat keganjilan dalam proses pengeluaran, kesilapan pengukuran, atau percampuran data dengan data proses yang lain dan sebagainya.

  UNTUK MEMERIKSA KESAN PEMBAIKAN MELALUI STRATAFIKASI

SEBELUM DAN SELEPAS PENAMBAHBAIKAN

Apabila tindakan pembetulan untuk masalah telah dilaksanakan melalui aktiviti kumpulan QC atau pasukan QC, kita boleh memahami kesan penambahbaikan apabila kita klasifikasi dan bandingkan nilai cirri sebelum dan selepas penambahbaikan.

http://abdulmuhaimin9.blogspot.com/2010_01_01_archive.html

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian)

Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan

panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.

Kepentingan JSU

· Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan

secara terancang dan rapi.

· Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk

atau objektif pelajaran

Page 9: Graf penilaian

· Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

· Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.

· Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.

· Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)

JSU mengandungi maklumat tentang:

· Bentuk dan panjangnya ujian

· Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji

· JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan

kebolehpercayaan ujian itu.

· Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan

penegasan yang diberi dalam pengajaran.

· Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan

diuji.

· Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan

subjektif.

· Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.

· Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

Langkah pertama

1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji

Page 10: Graf penilaian

2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

Langkah dua

1. Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan

objektif (bergantung kepada format)

2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

<!--[if !vml]-->

<!

--[endif]-->

Langkah tiga

1. Menentukan aras kesukaran

2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)

3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

Langkah empat

1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.

2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain.

(bergantung kepada format)

Page 11: Graf penilaian

Langkah Lima

1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen

2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)

3. Menetapkan pemarkahan.

Langkah enam

1. Menyatakan matapelajaran

2. Tingkatan atau kelas

3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

DICATAT OLEH ABDUL MUHAIMIN DI 17:28 0 ULASAN

A H A D , 2 0 1 0 J A N U A R I 1 7

ISL Minggu 2

Taksonomi Bloom

Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan

Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi)

Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar

Tahap Istilah

Pengetahuan

Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hokum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.

Nyatakan,

Terangkan,

Namakan,

labelkan

Kefahaman Pilih,

Page 12: Graf penilaian

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.

Terangkan,

Tulis semula.

Penggunaan

Menggunakan maklumat dalam situasai yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.

selesaikan,

ramalkan,

cari,

kesilapan,

bina alat.

Analisis

Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

Bezakan,

pasti,

pilih.

Sintesis

Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Bina,

hasilkan,

susun,

kembangkan.

Penilaian

Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik.

Pilih,

berikan alasan,

kritikan,

buktikan.

Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

Domain Krathwohl

Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali

menggunakan terminologi ‘afektif’ (affective) dalam memperkenalkan satu lagi

domain penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif

Page 13: Graf penilaian

pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah

diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. Krathwohl

mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving),

tindak-balas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing

a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks

(characterizing by value complex).

<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->

<!--[endif]-->

Diasaskan oleh, David R. Krathwohl

Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.

Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan

satu suasana pembelajaran yang baik.

Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid

yangmdapat membentuk sikap positif.

<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->

<!--[endif]-->

PENERIMAAN

Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.

Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap

ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain

afektif.

Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar,

menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab

dengan lengkap.

Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu:

1. Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku

Page 14: Graf penilaian

semasa kehadiran mereka.

2. Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam

satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.

3. Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan

keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan

kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian

<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->

<!--[endif]-->

GERAK BALAS

Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan

daripadanya.

Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah

terhadap sesuatu objek atau situasi.

<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->

<!--[endif]-->

MENILAI

Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang

telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.

Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang

berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->

<!--[endif]-->

ORGANISASI

Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.

Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa

Page 15: Graf penilaian

nilai digunakan.

Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara

nilai-nilainya.

DICATAT OLEH ABDUL MUHAIMIN DI 05:49 0 ULASAN

S A B T U , 2 0 1 0 J A N U A R I 0 9

ISL Minggu 1

PENILAIAN

Penilaian membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah

ditetapkan tercapai atau tidak. Penilaian juga sebagai satu cara untuk mendapatkan

bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Penilaian dapat menyelesaikan masalah

tentang pencapaian matlamat yang telah ditetapkan seperti menguasai kemahiran

membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah.

Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan

dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara.

Stufflebeam et al.(1971:xxv) menyatakan nilai sebagai "proses delineating, mencari

dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-

alternatif keputusan"

Gay (1985) berpendapat bahawa "penilaian adalah satu proses yang sistematik

semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu

objektif yang telah ditetapkan itu tercapai". Ini seterusnya membolehkan guru

membuat pertimbangan atau keputusan yang telah berhubung pengajaran dan

pembelajaran.

Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu

tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.

Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran

Page 16: Graf penilaian

dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya.

Penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk

kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali.

Penilaian meliputi 3 proses utama;

1. Menentukan ukuran

2. Menganalisis ukuran

3. Menyatakan nilai / interpretasi ukuran

Istilah "pentaksiran" digunakan dalam penilaian pencapaian.

Popham (2000) menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran

digunakan secara silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran

melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau

piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran,

merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan

menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu

tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran

dinyatakan salam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk

memastikan keadilan kepada pelajar dan juga untuk mengekalkan kewibawaan

institusi pentaksiran.

PENGUKURAN

Pengukuran bermaksud "suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara

numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana pelajar mempunyai sesuatu ciri

yang diukur dengan menggunakan alat tertentu". Secara ringkasnya pengukuran

ialah proses menentukan sejauh mana sesorang memiliki ciri-ciri tertentu.

Pengukuran boleh menentukan tahap prestasi/ciri tertentu seseorang

individu/pelajar mengikut alat yang ditentukan. Pengukuran juga boleh dibuat tanpa

menggunakan pengujian. Pengukuran boleh dianggap sebagai proses untuk

mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala

Page 17: Graf penilaian

pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut.

Pengukuran tidak bersifat mutlak. Contohnya, pengukuran keupayaan mental

sesorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian

fizikalnya. Justeru, sesorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi

menghasilkan ukuran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan,

maka sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat.

PENGUJIAN

Menurut Cronbach (1970), "Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk

memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya

dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori".

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar dikukuhkan

oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:

"Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang

diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat

yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau

pengadilan". (Raminah 1991:2)

Pengujian menjelaskan tahap pencapaian prestasi pelajar yang diuji. Proses

pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti

pelaksanaan/pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan.

Melalui pengujian, guru akan mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah

menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikannya.

Kesimpulannya, hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian,

pengukuran dan penilaian yang tepat.

DICATAT OLEH ABDUL MUHAIMIN DI 10:18 0 ULASAN

Laman utama

Page 18: Graf penilaian

Langgan: Catatan (Atom)

P E N G I K U T

A R K I B B L O G

▼   2010 (3) o ▼   Januari (3)

ISL Minggu 3

ISL Minggu 2

ISL Minggu 1

M E N G E N A I S A Y A

ABDUL MUHAIMIN LIHAT PROFIL LENGKAP SAYA

http://stylobmm89.blogspot.com/

PENTAKSIRAN

Merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

DEFINISI PENTAKSIRAN

Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Page 19: Graf penilaian

TUJUAN PENTAKSIRAN

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa P&P.

Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang P&P.

Memperbaiki proses P&P.

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN

Keobjektifan – ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan. Kebolehtadbiran – kelicinan dan kerja-kerja susulan yg dilaksanakan secara berpusat

atau berasaskan sekolah.

Kemudahtafsiran – maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskriminasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.

Kekomprehensifan – mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.

PENGUJIAN

DEFINISI

Tuckman (1975) – ujian ialah satu jenis atau kumpulan alat pengukuran yang biasanya digunakan untuk mengetahui tentang seseorang.

Gagne (1970) pual mendefinisikan adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang individu (perkaitan dengan pembelajaran)

KEPENTINGAN PENILAIAN DAN UJIAN

a) Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada murid-murid dalam perkara-perkara yang hendak diajar.b) Membantu guru mengetahui sejauh manakah murid-murid mereka telah dapat menguasai atau mempelajari akan apa yang telah disampai.c) Bertujuan untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Ini penting untuk penilaian perpektif pencapaian atau prestasi seseorang individu.d) Membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam suatu bidang subjek dengan bidang lain.

e) Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.f) Untuk membuat jangkaan akan potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.g)Membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran

Page 20: Graf penilaian

mereka.

JENIS-JENIS UJIAN BAHASA

a) Ujian pencapaianb) Ujian penempatanc) Ujian bakatd) Ujian diagnostike) Ujian formatiff) Ujian binaan guru

BENTUK-BENTUK UJIAN

A. Ujian ObjektifB. Ujian Subjektif

UJIAN OBJEKTIF

Ujian yang pendek yang melibatkan proses menandakan, membulatkan, menggariskan, mengisi tempat-tempat kosong dan lain-lain gerakbalas ringkas.

Pelbagai jenis item objektif tetapi terdapat satu ciri yang serupa iaitu ia menghidangkan kepada pelajar tugas yang sangat terkawal dan membataskan jenis tindak balas yang boleh dibuat.

CIRI-CIRI UJIAN OBJEKTIF

a) Memerlukan pengambil ujian membuat pilihan atau menentukan jawapan-jawapan yang telah disediakanb) Dalam ujian jenis ini, banyak masa ditumpukan kepada membaca dan berfikirc) Kualiti ujian jenis ini juga bergantung kepada kemahiran dan kebolehan penubuhan bahan ujiand) Ujian ini dengan tepatnya menerangkan tugas-tugas yang diharapkan daripada pelajar-pelajar yang boleh menjadi asas nilaian pencapaian kemahiran bahasa pelajar itu.e) Keadilan sepenuhnya dalam permarkahanf) Padat dan ringkas

JENIS-JENIS UJIAN OBJEKTIF

a) Item jawapan pendekb) Item objektif jenis pilihan

Page 21: Graf penilaian

c) Item aneka pilihand) Item betul-salahe) Item padananf) Item key listg) Item aturan terbaikh) Item objektif Kloz

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN

KebaikanI. Mempunyai ojektif ujian tugas calon dan asas penilaian yang jelas dan tepat.II. Tidak menggalakan penipuan.III. Boleh di skor dengan tepat.IV.Pemeriksaan boleh dipercayai

KelemahanI. Kecendurungkan pelajar untuk meneka.II.Tidak dapat mengukur keaslian.

UJIAN SUBJEKTIF

• Selalunya dibuat dalam bentuk esei dan pelajar-pelajar diminta membuat huraian yang tepat dan jelas terhadap soalan-soalan yang diberi.• Peluang memberi gerka balas terhadap tulisan mereka sendiri.• Ujian ini meminta calon membuktikan kefahaman terhadap soalan yang dijawab.

CIRI-CIRI

a) Pengambil ujian terpaksa merancang dan seterusnya menghasilkan jawapan dengan menggunakan kebolehan bahasanya sendiri.b) Dalam ujian subjektif, pelajar menumpukan banyak masa berfikir dan menulis.c) Kualiti bentuk ujian jenis subjektif bergantung kepada kemahiran pemarkahan jawapan.d) Menjelaskan tugas-tugas yang diharapkan daripada pelajar yang boleh menjadi asas pencapaian kemahiran bahasa mereka.

JENIS-JENIS

a) Jenis gerak balas terhadb) Jenis gerak balas lanjutan

Page 22: Graf penilaian

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN

KEBAIKANI. Boleh dibina dengan mudah dan bilangan yang sedikit.II. Mengurangkan tekaan jawapan.III. Potensi mengukur keaslian.

KELEMAHANI. Nilai potensi diagnostik yang rendah.II. Pemeriksaan kurang dipercayai.III. Tidak boleh diskor dengan mesin dan memerlukan orang yang terlatih.

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA

a) Menyemak unit-unit yang diajar dan menentukan apa yang harus diuji (Jadual Penentu Ujian)

b) Menentukan objektif ujian dan menyediakan rangka ujian.c) Menulis soalan.d) Mentadbir ujian.e) Menganalisa keputusanf) Menilai pengajaran.g) Menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan.

PENILAIAN

satu aktiviti atau proses yang brsistematik bagi mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajran.

Terdapat dua proses penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.

PENILAIAN FORMATIF

Untuk mendapatkan maklum balas berhubung dengan kemajuan proses pengajaran oleh guru dan pembelajaran oleh murid.

Maklum balas ini akan memberi petunjuk-petunjuk kejayaan p&p serta kelemahan-kelemahan murid untuk diperbetulkan.

Penilaian Formatif

Oleh kerana penilaian formatif ini bertujuan untuk membantu dan memperbaiki proses p&p, keputusan penilaian biasanya tidak digunakan untuk pemeringkatan atau perbandingan di antara seseorang murid dengan murid lain.

PENIALAIN SUMATIF

Bertujuan untuk mengesan secara menyeluruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu

Page 23: Graf penilaian

pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada

seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.

LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN

Terdapat dua cara melaksanakannya :1.Informal-Seperti pemerhatian, soal jawab lisan atau kuiz.2.Formal-Seperti ujian pensel dan kertas.

Dalam ujian pensel dan kertas pelbagai jenis soalan hendaklah digunakan.

Semua aspek perkembangan murid yang merangkumi bidang-bidang kognitif, efektif dan psikomotor akan dinilai selaras dengan kehendak komponen-komponen kurikulum.

Semua aktiviti penilaian hendaklah direkodkan supaya penganalisaan prestasi murid-murid dapat dibuat dan kerja-kerja susulan dapat dirancangkan.

Dua jenis rekod perlu disimpan bagi setiap orang murid, iaitu rekod prestasi dan rekod profail..

DICATAT OLEH F IZ DI 08:37 0 ULASAN

TAKSONOMI DAN DOMAIN

PEMBELAJARAN KENDIRI MINGGU KEDUA

Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]

Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.

Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.

Terdapat tiga domain utama dalampendidikan iaitu :-Ø Domain KognitifØ Domain AfektifØ Domain PsikomotorØ Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.Ø Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.Ø Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

DOMAIN KOGNITIF

Page 24: Graf penilaian

Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.

Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.

Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.

Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.

APA ITU TAKSONOMI BLOOM?

Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).

Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

ARAS TAKSONOMI BLOOM1- Pengetahuan2- Kefahaman3- Aplikasi4- Analisis5- Sintesis6- Penilaian

ARAS PENGETAHUAN

Menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.

Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.

ARAS KEFAHAMAN

Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.

Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.

ARAS APLIKASI

Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip

Page 25: Graf penilaian

dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.

Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.

ARAS ANALISIS

Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.

Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.

ARAS SINTESIS Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-

idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.

Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.

ARAS PENILAIAN Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon

membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

APA ITU TOKSONOMI KRATHWOHL?

Diasaskan oleh, David R. Krathwohl Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.

Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.

Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

PENERIMAAN Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan

peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.

Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

Terdapat tiga perkara berhubung dengan arasini iaitu :(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.

Page 26: Graf penilaian

(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian

GERAK BALAS

Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.

Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

MENILAI Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah

dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika

kepercayaan itu boleh dipratikkan.

ORGANISASI Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai

digunakan.

Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

PERWATAKAN

Pelajar mematuhi sesuatu sistem nilai Sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

DICATAT OLEH F IZ DI 08:25 0 ULASAN

Langgan: Catatan (Atom)

S A T U R D A Y , J U L Y 4 , 2 0 0 9

Perbezaan pengujian, pengukuran dan penilaian

Pengujian

Pengertian: Proses menentukan perubahan tingkah laku.Tujuan : Menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu pembelajaranKegunaan : Untuk menempatkan pelajar-pelajar dalam kumpulan yang sesuai

Page 27: Graf penilaian

Bentuk : Pemerhatian, ujian, lisan dan bertulis Masa : Selepas sesuatu atau beberapa pelajaran Proses perlaksanaan :1-Persediaan ujian2.Pentadbiran3.Pemeriksaan

Pengukuran pengertian : Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan di antara pelajar.Tujuan : Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam penguasaan pembelajaran Kegunaan : Untuk pengelasan, pensijilan dan menempatkan pelajar dalam jurusan yang sesuai dan untuk penyelidikan Bentuk : Ujian bertulis dengan markah dan gred Masa : Selepas beberapa pelajaranProses :1. Proses pengujian2. Merekod markah/gred

Penilaianpengertian : Proses membuat analisis dengan mentafsir hasil pengukuran.Tujuan :Memberi maklumat mengenai pencapaian pelajar, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum.Kegunaan : Untuk membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan dan membuat ramalanBentuk : Jadual/gred berdasarkan teknik perangkaan.Masa : Sebelum, semasa dan selepas satu atau beberapa pelajaranProses perlaksanaan:1.Proses pengukuran2.Proses penganalisisan3.Proses interpretasi4.Melapor5.Tindakan

POSTED BY ASSYIDAH AT 3:38 AM

0 C O M M E N T S :

Post a Comment

Page 28: Graf penilaian

Newer Post Older Post Home

Subscribe to: Post Comments (Atom)

S A T U R D A Y , J U L Y 4 , 2 0 0 9

pengertian penilaian

Di dalam buku Education Evaluation and Decision Making yang disunting oleh D.Stufflebearn, penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya.

Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti=aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.

Prosedur penilaian5 peringkat iaitu:1. Peringkat persediaan ujian2. Peringkat pentadbiran ujian3. Peringkat pemeriksaan dan pengukuran4.Peringkat analisis5.Peringkat interprestasi dan tindakan

S A T U R D A Y , J U L Y 4 , 2 0 0 9

pengertian pengujian

Mengikut R.M Gangne dalam bukunyona The Condition of Lerning, pengujian ialah suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu. Di dalam sesebuah kelas, pengujian ini digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran pelajar-pelajar. Ia merupakan sebagai sesuatu alat pengukuran dengan tujuan mendapat maklumat tentang pencapaian pelajar-pelajar daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor atau afektif.

Pengujaian ini memerlukan pelajar menunjukkan secara eksplisit, seperti menjawab secara lisan atau bertulis atau mendemonstrasikan, perubahan tingkah laku berkaitan dengan perkara-perkara yang telah dipelajarinya.

Page 29: Graf penilaian

Oleh itu, di dalam proses pengujian, pemerhatian dan ujian formal biasanya digunakan sebagai alat pengukuran.

Proses pengujian lazimnya dimulakan dari peringkat persediaan, diikuti dengan peringkat perlaksanaan (pentadbiran) dan diakhiri dalam peringkat pemeriksaan. Melalui proses pengujian ini, seseorang guru akan mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah berjaya menguasai kemahiran atau memperolehi ilmu pengetahuan yang telah dipelajari.

http://janalujianajana.blogspot.com/2009/07/jadual-spesifikasi-ujian-jsu.html

K H A M I S , 2 0 0 9 J U L A I 2 3

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

MINGGU 3

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknyamewakili

keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan.

Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran/objektif pengajaran.

Pengubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan JSU, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian.

Akhir sekali, sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata pelajaran tertentu.

Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil (Hale, 1980).

Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran.

Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.

Dengan demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar.

Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JSU seharusnya dibina seawal mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran.

Langkah Pembinaan JSU:

Page 30: Graf penilaian

Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu:(1) mengkaji sukatan pelajaran,(2) menganalisis objektif pengajaran,(3) menentukan jenis soalan, dan(4) menentukan bilangan soalan.

1. Mengkaji Sukatan Pelajaran

Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina.Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya.Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:

1. skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk; 2. pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk;

3. kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain;

4. kompleksiti sesuatu tajuk; dan

5. masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2. Menganalisis Objektif Pengajaran

Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji.

Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya, seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini.

Maklumat-maklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina.

Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina.Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama, iaitu:

i. Paksi Kandunganii.Paksi Objektif Pengajaran

Kandungan Pengetahuan• Tajuk• Tajuk kecilObjektif Kognitif

Kandungan Kemahiran• Tajuk• Tajuk kecilObjektif Psikomotor

Kandungan Afek/Perasaan• Tajuk

Page 31: Graf penilaian

• Tajuk kecilObjektif Afektif

Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan, yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanya ditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan.

3. Menentukan Jenis Soalan

Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur.

Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Struktur ayat” pada peringkat “Aplikasi”, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis “Objektif” yang berbentuk “melengkapkan ayat” atau soalan jenis “Subjektif” yang berbentuk “menggubal ayat-ayat”.

Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.

4. Menentukan Bilangan Soalan

Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur.

Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian.

Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut.

Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.

Perkara-perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.

Kepentingan JSU:

JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan Pembina item/soalan ujian. Antara kepentingannya ialah:

kertas ujian dapat digubal secara sistematik; kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;

taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;

ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan

aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina lain.

LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIAN:

Terdapat lima (5) langkah am pembinaan item ujian, iaitu menyediakan JPU, menulis item ujian,

Page 32: Graf penilaian

menyemak item ujian, menilai item ujian, dan membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.

1. Menyediakan JSU Langkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JSU seperti yang dijelaskan

sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan.

Tujuan utama penyediaan JSU ialah supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan.

Perancangan awal ini dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat mengukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang kita ingin pelajarpelajar kita kuasai.

Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada kita tentang bentuk soalan yang akan digunakan.

Sebagai contoh, soalan berbentuk penyelesian masalah perlu dibina sekiranya kita ingin mengukur keupayaan pelajar kita menyelesaikan masalah matematik.

Sekiranya kita ingin pelajar memahami kesan sejarah ke atas perpaduan kaum, misalnya, mungkin soalan subjektif berjawapan panjang adalah lebih sesuai daripada soalan objektif.

Seterusnya, jika pelajar dikehendaki mengingat tarikh penting dalam sejarah, mungkin soalan beraneka pilihan/mengisi tempat kosong adalah lebih sesuai.

2. Menulis Item Ujian Sebaik sahaja anda siap menyediakan JSU (yang sebaiknya mengandungi jenis dan bilangan

item ujian bagi setiap tajuk dan objektif pengajaran), anda telah bersedia untuk membina/menulis item-item ujian.

Walaupun terdapat bentuk item ujian, seperti item beraneka pilihan (multiple-choice item), item mengisi tempat kosong (fill-in-the-blank item), item berjawapan pendek (short-answer item), item betul-salah (true-false item), item padanan (matching item) atau item esei (essay item), terdapat beberapa prinsip pembinaan item yang sama, yang boleh digunakan untuk menulis item-item ini.

Prinsip-prinsip tersebut dijelaskan dalam bahagian berikut.

a. Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan mudah difahami pelajar, misalnya, “Sila isikan ruang kosong dalam soalan berikut dengan satu perkataan sahaja”.b. Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu pelajar memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan.c. Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/kemahiran yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan/ kepintaran am.d. Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang “benar”, tetapi ada kalanya kita meminta mereka memberi jawapan yang “tidak benar”. Dalam keadaan ini, arahan menjawab hendaklah jelas, seperti menggunakan huruf besar.e. Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yang dikehendaki. Contohnya, unit ukuran dalam meter dan tepat kepada dua titik perpuluhan.

3. Menyemak Item Ujian

Page 33: Graf penilaian

Selepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semula item-item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:

a. Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudah difahami pelajar.b. Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar dan mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.c. Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif pengajaran.d. Soalan yang diberi, terutama soalan jenis objek, tidak mengandungi petanda (clue) kepada jawapan yang dikehendaki.

4. Menilai Item Ujian: Selepas semua item ujian disemak oleh pembina/penulisnya, item-item ini perlu disemak dan

dinilai oleh pakar mata pelajaran. Semakan dan penilaian ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara yang hampir sama

dengan apa yang disebut di atas, iaitu:

a. Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan adalah mudah difahami pelajar.b. Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.c. Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan semimbang untuk mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.d. Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mengikut kehendak soalan dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan.

5. Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran, sebaiknya, kajian rintis

dibuat terhadap keseluruhan item/kertas ujian. Kajian rintis di sini bermaksud kajian awal tentang kesesuaian item-item kepada pelajar yang

setara dari segi keupayaan dengan pelajar sasaran.

Biasanya, kajian rintis tidak dibuat untuk menjaga kerahsiaan ujian.

Bagaimanapun, kajian rintis perlu dibuat untuk soalan-soalan yang ingin disimpan dalam bank soalan.

Kajian rintis begini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:

a. Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat difahami pelajar dan tidak ada kesilapan ejaan/istilah yang digunakan.b. Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.c. Soalan-soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan pelajaran yang diajar guru dan tidak ada soalan yang “terkeluar” daripada kandungan tersebut.d. Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan mengikut kehendak soalan.

DICATAT OLEH JANA DI 09:09

Page 35: Graf penilaian

B L O G A R C H I V E

▼ 2009 (10)

o ► Oktober (6)

MINGGU 10

MINGGU 9

MINGGU 8

MINGGU 7

MINGGU 6

MINGGU 5

o ▼ Julai (4)

PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

TAKSONOMI DAN DOMAINNYA

Konsep Penilaian, Pengukuran dan Pengujian

P E N G I K U T

C A R I B L O G I N I

Page 36: Graf penilaian

powered by

 PENGERTIAN PENILAIAN

Apakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti,

memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. <!--[endif]-->

Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. <!--[endif]-->

Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.

Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. <!--[endif]-->

Dari segi pengajaran dan pembelajaran, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dicapai.

Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal.

Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian.

Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran guru.

Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di universiti adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. <!--[endif]-->

Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih,

Page 37: Graf penilaian

tekal, telus dan boleh dipertahankan.

Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.

Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian <!--[endif]-->

Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan kualifikasi.

Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar. <!--[endif]-->

Kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak.

Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh dipercayai sangat diperlukan bagi membuat penilaian. <!--[endif]-->

Keperluan ini adalah kerana setiap keputusan yang dibuat melibatkan risiko.

Bukti empirikal membantu kita membuat keputusan dengan risiko yang kecil. <!--[endif]-->

Semakin tepat pensyarah mengukur pencapaian pelajar, semakin tepat penilaian guru terhadap keberkesanan pengajarannya.<!--[endif]-->

PENGERTIAN PENGUKURAN

Kesahan bukti empirikal yang digunakan bagi penilaian sangat bergantung kepada sejauh mana pensyarah berupaya mengkuantifikasikan dengan tepat kewujudan atribut atau ciri penguasaan pelajar yang digunakan sebagai asas penilaian.

Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. <!--[endif]-->

Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam

Page 38: Graf penilaian

pengajaran dan pembelajaran di universiti, kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu isi kursus yang diajar oleh pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian.

Penguruan membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian.

Pengukuran membawa definisi sebagai "suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik tentang sebanyak mana individu mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu.

Dalam erti kata lain, pengukuran adalah proses menentukan sejauh mana seseorang individu miliki ciri-ciri tertentu.<!--[endif]-->

Pengukuran boleh dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang boleh di ukur melalui pemerhatian sementara pengetahuan dan sikap boleh diukur melalui temubual.

PENGERTIAN PENGUJIAN

<!--[if !supportLists]-->Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti.

Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus.

Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. <!--[endif]-->

Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Pengujian dianggap sebagai proses penyerahan ser soalan yang piawai yang perlu dijawab atau satu set instrumen bersama satu prosedur yagn sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang pelajar.

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat.

Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh

Page 39: Graf penilaian

dipertahankan.

Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.<!--[endif]-->

Kesimpulannya, pengesanan hasil pembelajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian pengukuran dengan tepat yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah.

Justeru kecekapan guru terhadap kurikulum diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran,.

Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran <!--[if !supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]-->

<!--[if !supportLists]-->Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran di universiti.

Penilaian di bilik kuliah dan makmal boleh membantu para pensyarah menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar.

Selain matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan pelajar.

<!--[if !supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]-->Diagnosis

<!--[if !supportLists]-->Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Diagnosis pengajaran diperlukan bagi mengesan sejauhmana pengajaran guru berkesan.<!--[endif]-->

Sekiranya berkesan,guru akan lebih yakin untuk meneruskan strategi dan kaedah pengajarannya.<!--[endif]-->

Sekiranya tidak berkesan, guru boleh menganalisis dan mengesan kelemahan yang ada supaya strategi dan kaedah pengajaran guru boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan.

Diagnosis terhadap pembelajaran pelajar pula diperlukan bagi mengesan sejauhmana pembelajaran berlaku. <!--[endif]-->

Sekiranya berkesan, kita boleh meneruskan strategi dan gaya pembelajaran sedia ada.

Sekiranya tidak berkesan, kita perlu menganalisis dan mengenal pasti apakah kelemahan yang berlaku supaya strategi dan gaya pembelajaran pelajar boleh diubahsuai, diperbaiki dan

Page 40: Graf penilaian

dipertingkatkan.<!--[endif]-->

Pengredan

<!--[if !supportLists]-->Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. <!--[endif]-->

Guru boleh mengred pencapaian pelajar kepada kategori ‘lulus’ atau ‘gagal’, ‘lemah’, ‘sederhana’ atau ‘cemerlang’ atau gred ‘A’, ‘B’ ‘C’, ‘D’ atau ‘E’.

Melalui pengredan pelajar, kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang prestasi akademik pelajar khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain.

Dengan adanya maklumat gred, Guru dan ibu bapa boleh memainkan peranan membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses pendidikan pelajar.

Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat, sokongan, bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan pelajar khususnya ibu bapa sangat penting bagi meransang kemajuan dan pembangunan pelajar di universiti.<!--[endif]-->

Pemilihan dan Penempatan <!--[endif]--> Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran

kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajarnya mengusai pengatahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang diajar.

Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai,seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. <!--[endif]-->

Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.<!--[endif]-->

Selain itu, guru perlu memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesautu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. <!--[endif]-->

Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu.

<!--[if !supportLineBreakNewLine]--><!--[endif]-->Kaunseling dan Bimbingan

<!--[endif]-->

Page 41: Graf penilaian

<!--[if !supportLists]-->Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar supaya berdaya maju.

Berasaskan keputusan ujian, para guru boleh membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing supaya program dan tindakan intervensi dilakukan bagi memperbaiki keadaan pelajar.

Keputusan ujian juga membantu guru untuk memberi khidmat bimbingan.

Penilaian yang dijalankan dari masa ke masa dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar lebih gigih bagi mendapatkan pencapaian terbaik mereka.

Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan terus berusaha untuk mengekalkan prestasi mereka. <!--[endif]-->

Sebaliknya pelajar yang lemah akan dapat mengenalpasti kelemahan mereka dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka.

DICATAT OLEH JANA DI 07:18

0 U L A S A N :

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Laman utama