penilaian

3

Upload: rubini-devi-mutthusamy

Post on 01-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

praktikum

TRANSCRIPT

REKOD ANEKDOT MURID PRASEKOLAH

Nama Murid: Nur Syafiqah Zulaika binti MD ZaidiUmur: 6 TahunTarikh: 20 Ogos 2014Masa: 9.00 pagiNama guru: Cik Rubini DeviItem : Kebolehan membacaCatatanUlasan

Semasa menyampaikan pengajaran tentang tema minggu ini, iaitu cuaca, murid-murid prasekolah cuba untuk membaca ayat tunggal yang ditunjukkan mengikut kaedah suku kata. Namun, disebabkan mereka masih tidak mahir membaca tiga huruf suku kata seperti KVK. Walau bagaimanapun, Zulaika cuba untuk membacanya sebelum guru memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Murid-murid lain mendengar Zulaika membaca. Walaupun cara Zulaika membaca kurang betul, tetapi dia yakin dan membacanya dengan mengaplikasikan apa yang telah diajari sebelum ini. Zulaika mendapat pujian guru. Zulaika tersenyum dan menerima tunjuk ajar guru dengan rela hati. Zulaika anak bongsu dalam keluarganya. Dia mempunyai bakat kepimpinan dan keyakinan yang tinggi.

Dia merupakan murid yang aktif dan sering mendengar arahan guru.

Dia cuba membaca perkataan atau suku kata walaupun masih belum mahir membaca suku kata tiga huruf, seperti KVK.

REKOD ANEKDOT MURID PRASEKOLAH

Nama Murid: Muhammad Syamir Izwan Bin Dicky ShafarinUmur: 6 TahunTarikh: 19 Ogos 2014Masa: 9.45 pagiNama guru: Cik Rubini DeviItem : Kebolehan membacaCatatanUlasan

Semasa mengikuti sesi bacaan bersama guru kelas, Syamir dipanggil untuk membaca perkataan dalam buku bacaan harian. Fatin menarik tangan rakannya Aiman Fadli untuk membaca bersama-sama. Syamir dapat membaca perkataan dengan mengeja perkataan tersebut mengikut suku kata walaupun suku kata seperti KVK. Cikgu memuji sambil bertepuk tangan. Syamir dan Aiman Fadli senyum. Syamir adalah anak kelapan dalam keluarganya dan sangat rapat dengan Aiman Fadli.

Syamir seorang pemalu dan pendiam.

Syamir dapat membaca dengan rakannya.