penilaian

5
1.1 PENGENALAN Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid, peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali. Guru juga perlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedah atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan yang dijalankan. Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita. Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item

Upload: fuziah-zulkafli-fuziah-zulkafli

Post on 24-May-2015

406 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penilaian

1.1 PENGENALAN

Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid,

peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali. Guru juga

perlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil

pengukuran, menganalisis maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan

susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan, pengayaan atau aktiviti

pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedah atau prosedur yang boleh

digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan dengan sifat

seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Ujian juga

adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu

peperiksaan yang dijalankan.

Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat

pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian

akademik pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina

item/soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia

sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu kita untuk memilih jenis item

yang diperlukan ataupun jenis soalan yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-

pelajar kita.

Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah

dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk

digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut

dari segi kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu

sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item adalah

digalakkan untuk membuat analisis ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran

yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis – analisis ini akan menghasilkan indeks

yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks

Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian. Analisis - analisis ini perlu

dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan

tertentu.

Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah ditugaskan untuk

membentuk satu Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang meliputi salah satu sukatan

Page 2: Penilaian

pelajaran sekolah rendah, di mana melalui JPU berkenaan kami perlu menggubal

satu set instrument ujian aneka pilihan sebanyak 20 soalan dan mentadbirkannya

kepada sebuah kelas. Kemudiannya kami perlu menentukan indeks kesukaran,

indeks diskriminasi dan menghuraikan keberkesanan item yang telah dipilih.

Oleh yang demikian, bagi melaksanakan tugasan ini, kami telah memilih tajuk

“Mengenal Negara Kita” yang diambil daripada huraian sukatan matapelajaran

Kajian Tempatan Tahun 5. Berdasarkan tajuk ini kami telah membina satu unit JPU

bagi memudahkan kami untuk menggubal satu set soalan ujian aneka pilihan yang

akan kami tadbirkan di sekolah nanti. Setelah soalan ini siap dibina, kami telah

mentadbirkan soalan ini kepada pelajar-pelajar tahun 5 yang terdiri daripada 20

orang pelajar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Kerayong, Selangor.

Ketika pertama kali kami menerima tugasan ini, kami merasakan tugasan ini amat

berat dan sukar untuk dilaksanakan, terutamanya dalam menyediakan Jadual

Penentu Ujian ( JPU ). Ini kerana, kami berasa agak keliru untuk membina

soalan/item yang bersesuaian mengikut aras taksonomi Bloom seperti mana yang

dikehendaki di dalam JPU tersebut. Di samping itu, kami turut mengalami masalah

dan keliru dalam membahagikan soalan mengikut kemahiran dan aras kognitif

berdasarkan sukatan pelajaran yang telah kami pilih. Mujurlah, pensyarah kami iaitu

En.S.Thirugnana banyak membantu kami dalam menyediakan Jadual Penentu Ujian

( JPU ) serta dalam membina soalan yang bersesuaian agar kami tidak akan

menghadapi masalah dalam melaksanakan tugasan yang seterusnya. Di sini, kami

juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Rendah

Kebangsaan Bukit Kerayong, di atas kerjasama yang telah diberikan ketika kami

mentadbirkan soalan ini kepada murid – murid tahun 5 di sekolah tersebut.

Oleh yang demikian, kami merasakan tugasan yang telah diberikan ini banyak

memberi pengetahuan dan manfaat yang berguna kepada kami yang bakal menjadi

warga pendidik pada suatu hari kelak. Di samping itu juga, melalui tugasan ini, ia

memberikan pengalaman yang baru kepada kami terutamanya ketika kami

mentadbirkan soalan ini kepada pelajar di mana kami perlu mengawal suasana

kelas agar tugasan ini dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan serta tidak

menghadapi sebarang masalah. Akhir kata, kami berharap agar tugasan ini dapat

dikekalkan pada tahun – tahun yang berikutnya kerana ia banyak memberi manfaat

Page 3: Penilaian

kepada para pelajar sebagai persediaan untuk menjadi bakal guru dan sekali lagi

kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.S.Thirugnana dan juga kepada

warga pendidik SK.Bukit Kerayong di atas kerjasama yang telah diberikan. Sekian.

.

1.3 JADUAL PENENTU UJIAN ( JPU )

Menurut Kubiszyn dan Borich ( 2003 ), Jadual Penentu Ujian ( JPU ) adalah carta

dua – hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran.

Lajur carta ini menyenaraikan objektif – objektif pengajaran, sementara baris carta

ini pula menyenaraikan konsep – konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Antara

ciri – ciri yang terdapat pada Jadual Penentu Ujian ialah ia mengandungi kandungan

sukatan pelajaran, jenis item yang digunakan, kemahiran dan aras soalan mengikut

aras taksonomi bloom, nombor soalan serta jumlah keseluruhan soalan. JPU yang

dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan pembina

item/soalan ujian. Antara kepentingan JPU ialah, kertas ujian dapat digubal secara

teratur dan bersistematik, untuk menjamin kesahan dari segi persampelan sukatan

pelajaran, memberi keseimbangan terhadap taburan soalan mengikut tajuk yang

telah ditetapkan dan perlaksanaan ujian adalah meliputi keseluruhan sukatan

pelajaran yang telah dipelajari. Di samping itu juga, aras kesukaran ujian dapat

dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina soalan yang

berbeza.

Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah membentuk satu Jadual

Penentu Ujian ( JPU ) yang meliputi sukatan pelajaran bagi Tahun 5 sepertimana

yang terdapat pada Jadual 1.1 berikut. Berdasarkan JPU tersebut, kami telah

memecahkan tajuk ‘Mengenal Negara Kita’ kepada 3 topik kecil iaitu ‘Lokasi Negara

Malaysia’, ‘Negeri-negeri dalam Malaysia’ dan ‘Identiti Negara Malaysia’. Daripada

topik – topik ini kami telah membina I set instrument soalan aneka pilihan yang

meliputi kemahiran kognitif mengikut aras Taksonomi Objektif Domain Kognitif

Bloom. Soalan – soalan yang telah kami gubal adalah terdiri daripada 6 soalan aras

pengetahuan, 3 soalan aras kefahaman ,3 soalan aras aplikasi , 3 soalan aras

analisis, 2 soalan aras sintesis dan 3 soalan aras penilaian. Soalan – soalan yang

Page 4: Penilaian

dibina juga adalah terdiri daripada 10 soalan aras rendah, 5 soalan aras sederhana

dan 5 soalan aras tinggi