pengurusan pembelajaran

41
Pengurusan Penasihatan Murid 1 PENGURUSAN PEMBELAJARAN (KPS 3014) FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA MODUL PEMBELAJARAN PENGURUSAN PENASIHATAN MURID NAMA 1. SYAZWANI BINTI ABD MUTALIB (D20131064137) 2. ABANG SULAIMAN BIN ABANG HUSAINI (D20131064134) 3. MUHAMAD AZAMUDDIN BIN MAT SOKHIH (D20131064126) 4. ABDUL RAZIF ABDUL SHUKUR (D20131064168) 5. MARLINA BINTI MOHD SUJAK (D20131064109) 6.SITI NORAIN MOHD JAFRI (D20131064156) PENSYARAH DR ROSMA BINTI OSMAN

Upload: azamdorayakie

Post on 21-Dec-2015

85 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

PENGURUSAN PEMBELAJARAN (KPS 3014)FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIAMODUL PEMBELAJARAN PENGURUSAN PENASIHATAN MURID NAMA 1. SYAZWANI BINTI ABD MUTALIB (D20131064137)2. ABANG SULAIMAN BIN ABANG HUSAINI (D20131064134)3. MUHAMAD AZAMUDDIN BIN MAT SOKHIH(D20131064126)4. ABDUL RAZIF ABDUL SHUKUR (D20131064168)5. MARLINA BINTI MOHD SUJAK (D20131064109)6.SITI NORAIN MOHD JAFRI (D20131064156)PENSYARAH DR ROSMA BINTI OSMANTARIKH 05 DISEMBER 2014ISI KANDUNGAN TAJUK MUKA SURATPENDAHULUAN 3-4OBJEKTIF BIMBINGAN PENASIHATAN 5KONSEP BIMBINGAN 6-7KEPENTINGAN,BIMBINGAN, PENASIHATAN DAN MENTORING 7-11PIHAK YANG BERPERANAN SEBAGAI PEMBIMBING DAN PENASIHAT PELAJAR SELAIN GURU 12PERBEZAAN PERANAN 13IMPLIKASI PERLAKSANAAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN DI SEKOLAH 14-18PROSES BIMBINGAN PENASIHATAN 19MENTORING 20-22PENDEKATAN HUMANISTIK 23-29KESIMPULAN 30RUJUKAN/BILBIOGRAFI 311.0 PENDAHULUANGuru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam agenda arus perdana untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur menjelang tahun 2020. Mereka merupakan agen pelaksana yang akan membentuk generasi pewaris negara ini. Dalam usaha untuk mencapai wawasan tersebut guru akan berhadapan dengan pelbagai cabaran mendatang terutamanya yang melibatkan muridnya. Bagi menyahut cabaran tersebut, guru perlulah melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dapat memperkemaskan sahsiah yang sihat serta memperkembangkan potensi murid untuk berjaya dalam pelbagai bidang penghidupan.Perdana Menteri mencadangkan semua guru sekolah diberi latihan kemahiran kaunseling, penasihatan dan mentoring supaya mereka dapat sama menangani permasalahn disiplin pelajar yang semakin serius. Pada masa ini nisbah satu atau dua guru kaunseling untuk lebih 1,000 murid adalah tidak mencukupi dalam menghadapi tugasan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Menteri Pelajaran juga turut menyarankan agar pentadbir sekolah mengambil perhatian terhadap permasalahan disiplin di sekolah dan tidak cuba menyorokkan kes salah laku di kalangan pelajarnya. Di sekolah, guru sebagai pendidik dan pembimbing perlulah mengambil inisiatif untuk mendampingi dan mendekati muridnya kerana melalui cara inilah mereka dapat memahami anak didik mereka dengan lebih mendalam. Dengan perkataan lain, guru yang dapat mewujudkan suasana yang mesra serta mengambil berat perihal pelajarnya akan dapat mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh anak didik dan sekaligus dapat membantu pelajar yang berkenaan ke arah perkembangan diri yang positif. Bagi mewujudkan kesediaan di kalangan guru dalam mendidik serta membimbing pelajar ke arah kecemerlangan akademik serta pembentukan sahsiah yang positif maka aspek bimbingan serta pensihatan perlu diberi perhatian. Bimbingan dan penasihatan merupakan satu lagi kemahiran yang boleh digunakan oleh guru dalam membantu pelajarnya. Kefahaman para guru dalam bidang bimbingan dan penasihatan akan dapat membantu guru dalam menolong pelajar di sekolah, dapat menjalinkan perhubungan interpersonal dengan semua pelajarnya terutama ketika menangani permasalahan akademik serta perkembangan diri pelajar. Guru-guru juga memperolehi kemahiran untuk mendekati pelajar supaya pelajar boleh membina kesedaran kendiri dan kecemerlangan diri. Secara umumnya guru-guru bukan sahaja bertanggungjawab dalam pengajaran tetapi juga boleh memikirkan keperluan pelajar di sekolah dan di luar sekolah dalam berbagai-bagai aspek perkembangan seperti perancangan masa depan, kesejahteraan dan pembangunan diri, disiplin, kestabilan emosi, kesihatan, keselamatan , moral , agama dan aspek lain yang berkaitan. 2.0 OBJEKTIF BIMBINGAN PENASIHATAN Bimbingan dan penasihatan mempunyai objektif yang sama berbanding mentoring.Di sini merupakan objektif bimbingan dan penasihatan.1. Memberi pengetahuan tentang konsep bimbi

TRANSCRIPT

Page 1: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 1

PENGURUSAN PEMBELAJARAN (KPS 3014)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

MODUL PEMBELAJARAN

PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

NAMA 1. SYAZWANI BINTI ABD MUTALIB

(D20131064137)

2. ABANG SULAIMAN BIN ABANG HUSAINI

(D20131064134)

3. MUHAMAD AZAMUDDIN BIN MAT SOKHIH

(D20131064126)

4. ABDUL RAZIF ABDUL SHUKUR

(D20131064168)

5. MARLINA BINTI MOHD SUJAK

(D20131064109)

6.SITI NORAIN MOHD JAFRI

(D20131064156)

PENSYARAH DR ROSMA BINTI OSMAN

TARIKH 05 DISEMBER 2014

Page 2: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 2

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

PENDAHULUAN 3-4

OBJEKTIF BIMBINGAN PENASIHATAN 5

KONSEP BIMBINGAN 6-7

KEPENTINGAN,BIMBINGAN, PENASIHATAN DAN MENTORING

7-11

PIHAK YANG BERPERANAN SEBAGAI PEMBIMBING DAN PENASIHAT PELAJAR

SELAIN GURU12

PERBEZAAN PERANAN 13

IMPLIKASI PERLAKSANAAN BIMBINGAN

DAN PENASIHATAN DI SEKOLAH

14-18

PROSES BIMBINGAN PENASIHATAN 19

MENTORING 20-22

PENDEKATAN HUMANISTIK 23-29

KESIMPULAN 30

RUJUKAN/BILBIOGRAFI 31

Page 3: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 3

1.0 PENDAHULUAN

Guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam agenda arus perdana untuk menjadikan

Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur menjelang tahun 2020. Mereka

merupakan agen pelaksana yang akan membentuk generasi pewaris negara ini. Dalam

usaha untuk mencapai wawasan tersebut guru akan berhadapan dengan pelbagai cabaran

mendatang terutamanya yang melibatkan muridnya. Bagi menyahut cabaran tersebut, guru

perlulah melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dapat

memperkemaskan sahsiah yang sihat serta memperkembangkan potensi murid untuk

berjaya dalam pelbagai bidang penghidupan.

Perdana Menteri mencadangkan semua guru sekolah diberi latihan kemahiran kaunseling,

penasihatan dan mentoring supaya mereka dapat sama menangani permasalahn disiplin

pelajar yang semakin serius. Pada masa ini nisbah satu atau dua guru kaunseling untuk

lebih 1,000 murid adalah tidak mencukupi dalam menghadapi tugasan bimbingan dan

kaunseling di sekolah. Menteri Pelajaran juga turut menyarankan agar pentadbir sekolah

mengambil perhatian terhadap permasalahan disiplin di sekolah dan tidak cuba

menyorokkan kes salah laku di kalangan pelajarnya.

Di sekolah, guru sebagai pendidik dan pembimbing perlulah mengambil inisiatif untuk

mendampingi dan mendekati muridnya kerana melalui cara inilah mereka dapat memahami

anak didik mereka dengan lebih mendalam. Dengan perkataan lain, guru yang dapat

mewujudkan suasana yang mesra serta mengambil berat perihal pelajarnya akan dapat

mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh anak didik dan sekaligus dapat membantu

pelajar yang berkenaan ke arah perkembangan diri yang positif.

Bagi mewujudkan kesediaan di kalangan guru dalam mendidik serta membimbing pelajar ke

arah kecemerlangan akademik serta pembentukan sahsiah yang positif maka aspek

Page 4: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 4

bimbingan serta pensihatan perlu diberi perhatian. Bimbingan dan penasihatan merupakan

satu lagi kemahiran yang boleh digunakan oleh guru dalam membantu pelajarnya.

Kefahaman para guru dalam bidang bimbingan dan penasihatan akan dapat membantu

guru dalam menolong pelajar di sekolah, dapat menjalinkan perhubungan interpersonal

dengan semua pelajarnya terutama ketika menangani permasalahan akademik serta

perkembangan diri pelajar. Guru-guru juga memperolehi kemahiran untuk mendekati pelajar

supaya pelajar boleh membina kesedaran kendiri dan kecemerlangan diri.

Secara umumnya guru-guru bukan sahaja bertanggungjawab dalam pengajaran tetapi juga

boleh memikirkan keperluan pelajar di sekolah dan di luar sekolah dalam berbagai-bagai

aspek perkembangan seperti perancangan masa depan, kesejahteraan dan pembangunan

diri, disiplin, kestabilan emosi, kesihatan, keselamatan , moral , agama dan aspek lain yang

berkaitan.

Page 5: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 5

2.0 OBJEKTIF BIMBINGAN PENASIHATAN

Bimbingan dan penasihatan mempunyai objektif yang sama berbanding

mentoring.

Di sini merupakan objektif bimbingan dan penasihatan.

1. Memberi pengetahuan tentang konsep bimbingan, penasihatan,dan kauseling.

2. Mendedahkan kepentingan bimbingan dan penasihatan dalam perhubungan

menolong

3. Memberi pendedahan tentang perbezaan konsep di antara bimbingan,penasihatan

dan kaunseling

4. Memahami peranan guru sebagau pembimbing dan penasihat yang berkesan

Page 6: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 6

3.0 KONSEP BIMBINGAN

Crow dan crow (1960)- Menyatakan bimbingan ialah bantuan oleh seseorang baik lelaki

atau perempuan yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang

individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan

hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri. Shertzer

dan stone (1971)-Mendefinisikan bimbingan sebagai 1 proses menolong individu untuk

memahami diri dan alam sekelilingnya. Bimbingan dilihat sebagai usaha memberi

perkhidmatan yang normal. Aubrey (1975)-Bimbingan dilihat dari 3 perspektif

I) Aspek bantuan , bimbingan diberi kepada individu untuk membuat pilihan dan

penyesuaian yang bijak .

Ii) Dalam konsep pendidikan, merupakan perancangan aktiviti dalam membantu pelajar

mengalami cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka.

Iii) Dibentuk sebagai satu fungsi perkhidmatan dan memperkembangkan peribadi dan

psikologinya.

Page 7: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 7

3.1 KONSEP PENASIHATAN

Zuraidah (1994)–Berpendapat memberi nasihat adalah strategi menyelesaikan masalah

tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Strategi ini merupakan 1 cara yang

mudah untuk mengelakkan diri daripadamemahami,memeriksa,dan menjelajah masalah

yang dihadapi. Gibson dan Mitchell (1999)–Menyatakan nasihat digunakan bagi

menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. Ia juga mengajar bagaimana untuk

berfikir dan bertindak. Kamus Dewan (1994)–Nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik,

peringatan, mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang

pelbagai hal.

4.0 KEPENTINGAN BIMBINGAN, PENASIHATAN DAN MENTORING

Sebagai insan setiap individu memerlukan bimbingan dan nasihat sejak dilahirkan sehingga

kita meninggalkan dunia. Dalam konteks petugas sebagai guru yang berhubung rapat

dengan usaha mendidik anak muridnya, pasti ia tidak terlepas daripada member bimbingan

dan nasihat. Bagi pihak pelajar pula, keperluan menerima bimbingan dan nasihat daripada

gurunya adalah sesuatu yang sangat diharapkan.

Pelajar berdisiplin merupakan pra syarat pembelajaran yang berkesan dan wajarlah pelajar

yang bermasalah dibimbing dan ditolong supaya mereka dapat melihat laluan yang berguna

di dalam kehidupan mereka ( Suradi,1997 )

Keperluan memberi bimbingan dan nasihat daripada situasi guru kepada pelajarnya dapat

dilihat daripada beberapa faktor. Pelajar-pelajar pada masa ini mempunyai kebebasan untuk

memilih dan menerima pendidikan. Pilihan-pilihan tersebut sama ada atas dasar

kehendaknya sendiri atau kehendak bersama dalam situasi keluarganya. Pelajar mungkin

ingin memilih pendidikan di sekolah bercorak keagamaan atau di sekolah bercorak

Page 8: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 8

vokasional biasa. Dalam membuat pilihan tersebut, pelajar berkemungkinan juga meminta

bimbingan dan nasihat daripada gurunya di samping mendapat pandangan , pendapat dan

dorongan daripada pihak keluarga.

Selain itu, bimbingan,nasihat serta mentoring bukan sahaja dari sudut pelajaran. Kadang-

kadang ada juga yang merasakan guru ini orang yang paling terdekat dengannya dan dia

memilih seorang guru untuk dijadikan tempat luahan rasa hati dan perasaan. Jadi, guru

sangat memainkan peranan yang penting bukan sahaja dari segi seorang guru malah ibu,

kakak atau kawan kepada anak muridnya.

Dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran, para pelajar seperti juga dengan

ahli masyarakat lain tidak akan terlepas berhadapan dengan perkembangan teknologi.

Sebagai contoh, palajar pada masa kini bukan sahaja boleh menerima pelajarannya

daripada mulut seorang guru tetapi juga boleh didapati melalui alat teknologi maklumat

seperti CD computer dan internet. Pembelajaran dapat dilakukan dengan usaha pendidikan

jarak jauh . walaupun usaha-usaha untuk belajar sendiri dapat dilaksanakan, pelajar

berkemungkinan memerlukan bimbingan dan nasihat daripada aspek pengurusan alat-alat

komunikasi yang digunakan atau penghuraian lanjut mengenai apa-apa maklumat yang

diperolehinya.

Pada masa ini wujud berbagai-bagai bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh individu

pelajar. Setiap bidang berkenaan ada hubung kait dengan program pendidikan yang

terlebih dahulu ada hubung kait dengan program pendidikan yang terlebih dahulu perlu

dilalui oleh pelajar. Dalam menuju kea rah pilihan kerjaya tersebut pelajar perlu membuat

pilihan pendidikan yang betul. Bimbingan dan nasihat diyakini dapat membantu pelajar

dalam proses membuat pilihan ke dalam program pendidikan yang betul. Bimbingan,

penasihatan dan mentoring diyakini dapat membantu pelajar dalam proses membuat pilihan

ke dalam program pendidikan yang betul. Seorang pelajar yang berminat dan berpotensi

dalam kerjaya perubatan, perlu dibimbing dan berpotensi dalam kerjaya perubatan, perlu

Page 9: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 9

dibimbing mengikuti program pendidikan beraliran sains. Pelajar juga memerlukan

pendedahan berkenaan proses perkembangan kerjaya terutama sekali pada peringakat

pertumbuhan dan penerokaan,dengan menggunakan cara yang membolehkan pelajar

tersebut memperoleh pengetahuan tentang dirinya ,kebolehan,minat dan keperluannya dari

satu aspek dan pengetahuan tentang alam pekerjaan dari aspek yang lain. ( suradi,1997 )

Keadaan pemahaman terhadap agama dan status moral dalam masyarakat majmuk di

negara ini juga, memungkinkan ramai pelajar memerlukan bimbingan dan nasihat daripada

mereka yang berwibawa contohnya dalam konteks guru. Interaksi pelbagai corak fahaman

agama dan moral dan pengaruh peradaban dunia secara global menyebabkan pelajar

mengalami kekeliruan dalam mengamalkan mana yang betul dan mana yang salah.

Bercumbu-cumbuan dan berdua-duaan dalam masyarakat tanpa ikatan yang sah, adakah

merupakan sesuatu yang baik dan betul bagi sesetengah masyarakat dan bagaimana pula

dengan masyarakat yang lain. Atau sama ada persoalan seperti ini terpulang kepada diri

individu berkenaan.

Pelajar-pelajar juga dalam keadaan hari ini memerlukan bimbingan dan nasihat serta

mentoring memandangkan cara sosial pergaulan kompleks. Ikatan sosial kekeluargaan

semakin longgar. Cara berkomunikasi di antara satu tahap status sosial dengan status

sosial berkumpulan yang lain mungkin berbeza. Cara pergaulan mereka yang berada dalam

golongan koperat adalah berlainan daripada mereka yang berada dalam golongan

perkhidmatan awam. Perbezaan wujud mungkin daripada segi cara mereka berbincang, stail

kerja dan membuat keputusan. Keadaan ini ditambah lagi jika wujud perbezaan dari segi

ekonomi sesuatu keluarga ataupun masyarakat.

Page 10: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 10

4.1 Ciri-ciri bimbingan dan penasihatan :-

Bimbingan penasihatan

Merupakan satu aktiviti yang

dirancang

Berfokus kepada permasalahan yang

dihadapi, bukan kepada diri individu

yang bermasalah.

Proses membantu individu atau

kumpulan

Berbentuk arahan atau suruhan

daripada seorang yang dianggap

lebih berautoriti kepada seorang yang

lain

Diberikan kepada individu yang

memerlukan bantuan

Memberi nasihat adalah strategi yang

paling cepat untuk mengatasi

permasalahan jika nasihat itu

meninggalkan Kesan

Bimbingan dan penasihatan ini boleh dikatakan cirinya hamper sama tetapi ada

perbezaannya dari segi individu yang bermasalah dan cara nasihatnya.

Page 11: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 11

4.2 PERBEZAAN DI ANTARA BIMBINGAN,PENASIHATAN DAN KAUNSELING

Kesimpulannya, bimbingan dan penasihatan mempunyai persamaan tetapi berbeza dari

segi kaunseling.

Page 12: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 12

5.0 PIHAK YANG BERPERANAN SEBAGAI PEMBIMBING DAN PENASIHAT PELAJAR

SELAIN GURU

Di dalam bimbingan, penasihatan dan mentoring terdapat segelintir pihak yang penting dan

sangat berperanan selain guru iaitu, kaunselor, pembimbing rakan sebaya (PRS) dan

pentadbir sekolah seperti guru besar dan penolong kanan. Pihak ini juga sangat berperanan

dalam membantu dari segi penasihatan bimbingan dan mentoring.

Selain itu, fungsi kaunselor ialah membantu guru pembimbing dalam tugas yang meliputi

khidmat inventori dan rekod, khidmat memberikan maklumat; khidmat bimbingan kelompok,

kaunseling, dan rundingan. selain itu, pembimbing rakan sebaya sangat penting dalam hal

ini. Pembimbing rakan sebaya memberi peranan sebagai agen pembantu kepada guru

pembimbing dan kaunselor untuk mendekati pelajar. Contohnya, jika seseorang itu

menghadapi masalah, dan dia malu untuk bertemu dengan guru maka pembimbing rakan

sebaya ini berfungsi untuk membantu pelajar tadi yang ada dalam kesusahan untuk

mendengar masalahnya. Mungkin pembimbing rakan sebaya dapat menjadi orang tengah di

antara murid tadi dan guru. Ini kerana ada pelajar yang malu untuk berhadapan dengan

guru. Walaubagaimanapun, pemilihan untuk pembimbing rakan sebaya mestilah dari

kalangan yang boleh dipercayai dan baik. Dalam memilih guru harus menitikberatkan soal

peribadi pelajar yang ingin menjadi pembimbing rakan sebaya tersebut.

Di samping itu juga, pentadbir sekolah(pengetua/guru besar dan penolong kanan

berperanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Murid.Contohnya,golongan atau

pihak ini perlu mengambil berat tentang hal pelajar mereka. Mereka merupakan ketua dalam

soal bimbingan, penasihatan dan mentoring.

Page 13: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 13

6.0 PERBEZAAN PERANAN

Kesimpulan dari gambar rajah di atas ialah terdapat perbezaan dari segi peranan

pembimbing, penasihat, kaunselor dan guru disiplin.

Page 14: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 14

7.0 IMPLIKASI PERLAKSANAAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN DI SEKOLAH

Dalam melaksanakan bimbingan dan penasihatan serta mentoring di sekolah sudah pasti

terdapat implikasinya yang tersendiri. Implikasi yg di maksudkan adalah yang akan dihadapi

oleh pelajar, guru dan sekolah.

Implikasi yang akan dihadapi oleh pelajar seperti bimbingan akan membantu pelajar menjadi

lebih cekap dan berkesan dan akan memperolehi manfaat di sekolah. Selain itu , pelajar

boleh memahami perseitaran sekolah , memahami dirinya dan orang lain, dan dapat

membuat pilihan dengan bijak dan tepat

Di samping itu, dari sudut guru pula, guru akan dapat mewujudkan hubungan yang mesra di

antara guru dan pelajar. Guru juga dapat mempelajari bagaimana mewujudkan strategi untu

menjadikan bilik darjah lebih ceria dan persekitaran sekolah menjadi lebih kondusif ang

menggalakkan pertumbuhan pelajar.

Seterusnya, dari aspek sekolah pula, sekolah akan dapat mewujudkan suasana

pembelajaran yang positif di dalam sekolah. Suasana persekolahan semakin murni dengan

pelajar akan menghormati kepelbagaian hak orang lain, kemerosotan disiplin pelajar dapat

di atasi dan prestasi akademik pelajar di sekolah dapat dipertingkatkan.

Page 15: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 15

7.1 Terdapat lima fasa dalam proses bimbingan dan penasihatan :

Fasa pertama : kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar

Fasa pertama berkait rapat dengan kesedaran guru dan pihak yang terlibat sebagai

pembimbing dan penasihat pelajar. Pihak pengurusan iaitu guru perlu terlebih dahulu

menerima konsep ini. Namun demikian, penekanan perlulah diberikan kepada guru yang

mengajar mata pelajaran program kerana mereka tentunya lebih rapat dan arif dengan

pelajar mereka berbanding guru-guru yang lain. Selain itu, lazimnya, guru yang mengajar

mata pelajaran program akan meluangkan lebih banyak masa bersama pelajar, hal ini

secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan guru. Pihak

pelajar juga harus disedarkan tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan, penasihatan

dan mentoring sebagai pengelola dan sumber rujukan model. Guru juga perlulah

mempunyai sikap kerahsiaan bagi memastikan kepercayaan pelajar terhadap guru. Teori

kung fu tze ada menyatakan bahawa sesuatu pendidikan harus berasaskan kepada prinsip

kebenaran dan segala aspek kebaikan.

Fasa kedua : menguasai kemahiran asas bimbingan dan penasihatan

Guru sebagai penasihat dan pembimbing perlulah terlebih dahulu menguasai kemahiran

bagi memudahkan untuk mereka berkomunikasi melalui kaedah yang paling baik dengan

pelajar. Pada tahap ini, guru-guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas

bimbingan, penasihatan dan mentoring melalui kursus, seminar dan bengkel khas. Selain

itu, kemahiran ini secara tidak langsung akan memudahkan guru untuk menyelami masalah

pelajar dan mencari jalan bagaimana ingin menyampaikan nasihat yang terbaik mengikut

tahap penerimaan dan emosi pelajar. Antara beberapa kemahiran yang dicadangkan ialah

seperti kemahiran perkembangan personaliti, kemahiran melayan dan mendengar,

Page 16: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 16

kemahiran lisan dan bukan lisan, kemahiran mengenal pasti pelajar yang bermasalah, dan

kemahiran asas teori dan teknik kaunseling dalam proses menolong. Melalui teknik ini, guru

akan lebih mendalami latar belakang hidup pelajar dan akan mencuba untuk meneroka

dunia pelajar. Kemahiran melayan dan mendengar akan lebih memudahkan guru untuk

berkomunikasi dengan pelajar seandainya guru memberi lebih perhatian kepada pelajar.

Komunikasi bukan sahaja boleh berlaku dalam bentuk lisan, malah ia juga boleh ditonjolkan

melalui bahasa isyarat dan sebagainya. Penguasaan kemahiran awal dalam proses ini boleh

dijalankan secara berperingkat untuk memudahkan penerapan kemahiran.

Bruce dan Grimsley (1987) dan Glickman et al. (1998), dapat merumuskan bahawa terdapat

dua jenis utama kemahiran yang diperlukan bagi penyeliaan pelajar, iaitu:

Kemahiran hubungan manusia (human relations skill) atau kemahiran interpersonal

iaitu keupayaan berkomunikasi dan bekerjasama dengan pelajar dan memotivasi

mereka agar mereka berusaha untuk memperoleh prestasi baik.

Kemahiran teknikal dan pengurusan iaitu pengetahuan dan keupayaan khusus yang

diperlukan untuk melaksanakan tugas-tugas utama sebagai penyelia merangkumi

aktiviti merancang, mentaksir, membuat pemerhatian, dan menilai program

pengajaran.

Fasa ketiga : proses mengenali pelajar

Pada tahap ini, pihak guru dapat mengaplikasikan kemahiran asas kaunseling dan mampu

mengenalpasti pelajar yang memerlukan bimbingan dan penasihatan. Secara amnya,

pelajar yang memerlukan bimbingan ini dapat dibahagikan kepada tiga katogeri utama iaitu

pelajar yang datang secara sukarela, pelajar yang di bawah pemerhatian dan pelajar yang

dikenalpasti sendiri oleh guru memerlukan bimbingan melalui pemerhatian dan ujikaji.

Pelajar yang datang secara sukarela untuk mendapat bimbingan daripada guru lazimnya

merupakan pelajar yang tidak agresif. Manakala pelajar yang berada di bawah pemerhatian

Page 17: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 17

pula merupakan mereka yang memerlukan perhatian dari pihak-pihak tertentu. Terdapat

juga dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah dan tidak mempunyai kesedaran

untuk meluahkan kepada orang lain. Guru haruslah bijak membantu menyelesaikan

masalah pelajar. Dengan berusaha membantu orang lain, sebenarnya kita sedang

membantu diri kita dalam mencapai matlamat (afred adler).

Fasa keempat : proses membimbing pelajar

Pelajar perlulah dibimbing oleh guru dengan teknik dan kaedah yang betul dalam

menentukan kehendak serta perkara yang perlu dicapai oleh pelajar. Hal ini disebabkan

mengikut teori psikologi individu yang dipelopori oleh Afred Adler, kehendak seseorang itu

mempengaruhi setiap tindakan yang dilakukan berlandaskan pengalaman yang dilalui masa

lalu.Tanggungjawab guru sebagai pembimbing dan penasihat adalah membebaskan pelajar

dari belenggu masa lalu dan memastikan mereka berada pada konsep yang betul bagi

mencapai sesuatu yang ingin dicapai. Dalam proses bimbingan, secara khususnya guru

akan membimbing pelajar dalam tiga keadaan iaitu bimbingan secara individu, kelompok

dan juga konsultansi. Namun begitu, secara purata guru lebih dapat mendekati pelajar

denagn lebih terperinci melalui bimbingan secara individu kerana dalam proses ini guru

hanya perlu memberi sepenuh perhatian hanya kepada seorang pelajar. Manakala,

bimbingan secara kelompok pula melibatkan ramai pelajar yang bermasalah. Teknik

sebegini membolehkan pelajar saling meluahkan dan berkongsi masalah dengan rakan-

rakan yang lain. Hal ini secara tidak langsung mendidik pelajar untuk lebih empati dan

belajar memahami akan perasaan orang lain.

Di samping itu, dalam konsep penasihatan juga, hubungan penasihatan antara  guru  dan

pelajar  adalah  interaksi  yang  berbentuk interpersonal yang memerlukan penekanan

terhadap aspek kemanusiaan. Kemahi ran interpersonal ialah kemampuan seseorang

dalam memahami dan membezakan perasaan,keinginan hati, hasrat dan tabiat orang

lain. (Suppiah Nachiappan, 2009:156). Guru perlu berkemampuan dalam

Page 18: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 18

mendalami emosi pelajar dan harus bijak dalam membina hubungan yang

mesra dengan pelajar agar pelajar dapat membentuk rasa kepercayaan yang

tinggi terhadap guru bimbingan. Selain itu, setiap individu itu pastinya

mempunyai kelainan yang tersendiri dan mempunyai potensi untuk bergerak ke

arah kebaikan. Rogers berpendapat semua manusia boleh berkembang dan berpotensi

asalkan inidividu itu dapat menerima dirinya dan orang lain dengan cara ‘hubungan positif

tanpa syarat’.

Penerokaan dalam permasalahan pelajar akan dilakukan oleh guru setelah hubungan antara

guru dan pelajar sudah mesra dan saling mempercayai. Seterusnya, masalah utama mula

dikenal pasti dan pihak guru pembimbing juga akan mencari alternatif untuk menyelesaikan

masalah pelajar. Tindakan akan dilaksanakan melalui perbincangan dan perancangan yang

ditetapkan.

8.0 PROSES BIMBINGAN PENASIHATAN

Langkah pertama di dalam proses bimbingan ialanh pemerhatian. Melalui proses ini, guru

hendaklah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar terlibat. Kita hendaklah

menyiasat faktor-faktor yang menyebabkan mmasalah tersebut. Selain itu kita perlulah

mengetahui latar belakang mereka.

Yang kedua, perancangan,setelah mengetahui masalah dan punca utamanya berlakunya

masalah tersebut, kita bolehlah merancang kaedah atau cara pendekatan yang sesuai untuk

menangani masalah tersebut samada melalui kaedah bimbingan atau penasihatan. Kita

hendaklah menyediakan dan menyenaraikan langkah-langkah yang perlu dilaksanaan.

Seterusnya, perlaksanaan. Selepas membuat perancangan yang teliti, ia perlulah

dilaksanakan dengan serta merta. Selepas proses pelaksanaan, kita hendaklah melihat hasil

yang berlaku. Akhir sekali, selepas melihat hasil yang kita dapati, kita perlulah menukar

Page 19: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 19

kaedah yang dilakukan kepada yang lebih efektif. Jangan berputus asa jika tidak mendapat

hasil yang memberansangkan. Guru yang penyayang membina pelajar yang berdisiplin.

8.1 CIRI-CIRI/SIFAT-SIFAT POSITIF GURU SEBAGAI PEMBIMBING DAN

PENASIHATAN

Ciri-ciri utama yang positing yang sangat diperlukan untuk menjadi pembimbing yang

berkesan menurut Rogers (1967) ialah pertama ketulenan. Ketulenan membawa maksud

sesuatu yang asli. Seseorang guru perlulah bersifat asli dan tidak menjadi orang lain. Selain

itu, cirri positif lain juga ialah penerimaan tanpa syarat. Guru perlulah menerima pandangan

orang lain juga dan tidak hanya mengikut kehendak sendiri. Seterusnya, kemesraan. Guru

perlulah mewujudkan suasana yang mesra dengan pelajarnya agar pelajar tidak rasa takut.

Kerahsiaan juga adalah sifat positif guru sebagai pembimbing. Maksud kerahsiaan di sini

ialah guru haruslah menyimpan rahsia anak muridnmya jika mereka menceritakan hal

peribadi mereka terhadap kita. Ini kerana, apabila pelajar itu menceritakan kepada kita

maknanya dia sudah meletakkan kepercayaan terhadap kita iaitu guru.

Guru juga perlu ada cirri seperti mempunyai ilmu kepakaran dalam kemahiran kaunseling.

Masudnya, seseorang yang menjadi guru kaunseling perlulah dari orang yang berkelayakan.

Guru juga perlu bersifat amanah, jujur dan ikhlas. Sifat ini wajib ada bagi setiap guru bukan

sahaja guru kaunseling.

8.2 CIRI-CIRI/SIFAT-SIFAT NEGATIF GURU SEBAGAI PEMBIMBING DAN

PENASIHATAN

Page 20: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 20

Apabila ada positif sudah tentu ada negatifnya. Ciri-ciri negatif guru sebagai pembimbing

dan penasihat ialah sombong. Guru tidak harus sombong kerana sifat ini sendiri memang

sangat negative dan tidak elok. Selain itu, ada juga guru yang tidak perihatin terhadap

pelajarnya. Selalu bersangka buruk terhadap pelajar atau rakan seerja adalah cirri negatif

guru yang ada. Seterusnya, sesetengah guru ada yang bersifat pilih kasih. Mana-mana

pelajar yang dia suka dia akan saying dan tumpukan lebih perhatian kepada pelajar itu. Hal

ini tidak patut berlaku. Ciri-ciri lain seperti mementingkan diri, pemarah, pemalu dan tidak

bertolak ansur merupakan cirri negatif seorang guru yang tidak seharusnya ada.

9.0 MENTORING

9.1 Konsep

Mentor adalah untuk menyokong dan menggalakkan orang ramai untuk

menguruskan pembelajaran mereka sendiri dalam perintah bahawa mereka boleh

memaksimumkan potensi mereka, membangunkan kemahiran mereka, memperbaiki

prestasi mereka dan menjadi orang yang mereka mahu." Eric Parsloe, Sekolah Oxford

Kejurulatihan & Mentor

Mentoring adalah proses yang dilaksanakan oleh mentor terhadap mantee. Dalam

konsep mentoring, mentor perlu membimbing mantee untuk menjadi individu yang mampu

mengembangkan potensi diri, sikap, dan memberi panduan kepada mantee dalam mencari

arah panduan yang betul dan siapa yang boleh membantu mereka dalam menyelesaikan

sebarang konflik yang dihadapi sama ada akedemik mahupun personal. Selain itu, pelbagai

kaedah boleh dilakukan oleh mentor sebagai panduan untuk mencapai objektifnya. Antara

aktiviti yang boleh dilakukan dalam proses mentoring adalah aktiviti yang terancang di dalam

dan di luar bilik darjah, permainan serta membentuk kumpulan kecil untuk membincangkan

sesuatu topik atau permasalahan.

Page 21: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 21

Di samping itu, motif utama dalam proses mentoring adalah memberi peluang

kepada mentee untuk menimba, mencuba dan menggunakan kemahiran yang mungkin

kurang didedahkan dalam bilik darjah untuk panduan kepada mereka yang menjalani

kehidupan sebagai pelajar yang bertanggungjawab serta membolehkan mantee untuk

meneroka idea-idea baru dengan yakin.

9.1.1Ciri-ciri mentoring

Mentoring merujuk kepada proses pembelajaran yang aktif buat mantee. Proses ini

mementingkan personal dan profesional yang berterusan untuk mencapai matlamat yang

diinginkan. Selain itu, proses ini juga memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku

perkembangan positif. Ia bertindak balas terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan

mentor dan mantee. Tambahan pula, proses ini akan membentuk kesedaran kepada pelajar

agar bertimbang rasa dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan serta menerima

kesilapan yang boleh diterima dan sebaliknya.

9.1.2 Proses mentoring

Menjalin perhubungan.

Perhubungan antara mentor dan mantee adalah aspek penting yang perlu dijalin semasa

proses mentoring berlaku. Walaubagaimanapun, langkah ini tidak boleh dilakukan secara

tergopoh-gapah dan tidak pula boleh ditinggalkan. Mentor haruslah bijak dalam usaha untuk

membina hubungan dan meningkatkan komunikasi antara mentor dan mantee. Mentor dan

mantee juga perlu menggunakan masa yang sesuai untuk mengenali satu sama lain supaya

timbul perasaan saling mempercayai antara mereka dan jika ini berlaku, proses mentoring

akan menjadi satu aktiviti yang mudah dan bermakna.

Page 22: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 22

Merunding persetujuan.

Mentor dan mantee perlu sama-sama menjana persetujuan ketika melaksanakan sesi

mentoring dan dalam masa yang sama, mereka perlu mematuhi perjanjian yang telah

ditetapkan. Perjajian meliputi penyediaan jadual untuk sesi mentoring, mengenalpasti

batasan serta cara dan teknik mentoring. Kerjasama yang terbina, akan mewujudkan

perhubungan yang harmoni antara mereka.

Perkembangan profesional mantee

Proses ini merupakan langkah utama dalam sesi mentoring kerana ia melibatkan fungsi dan

peranan mentoring itu sendiri. Pada ketika ini kedua-dua mentor dan mantee perlulah

menentukan matlamat mentoring, menjana senarai latih tubi dan aktiviti mentoring supaya

objektifnya tercapai. Mentor dan mantee perlu berusaha untuk mencapai objektif serta

mengekalkan suasana yang harmoni.

Menamatkan perhubungan

Proses mentoring berakhir apabila matlamatnya tercapai di mana ia dinilai oleh mereka yang

berkenaan. Perhubungan mentoring hendaklah berakhir dengan tahap pencapaian yang

positif iaitu satu transformasi berperingkat kepada perhubungan yang kasual. Mentoring

tidak sepatutnya berakhir dengan tiba-tiba tetapi perlulah mengikut perancangan.

Page 23: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 23

10.0 PENDEKATAN HUMANISTIK

   Latar Belakang Teori  Pendekatan Humanistik

Aliran humanistik merupakan salah satu aliran dalam psikologi yang muncul pada tahun

1950-an, dengan akar pemikiran dari kalangan eksistensialisme yang berkembang pada

abad pertengahan. Pada akhir tahun 1950-an, para ahli psikologi, seperti : Abraham

Maslow, Carl Rogers dan Clark Moustakas mendirikan sebuah asosiasi profesional yang

berupaya mengkaji secara khusus tentang berbagai keunikan manusia, seperti tentang : self

(diri), aktualisasi diri, kesehatan, harapan, cinta, kreativitas, hakikat, individualitas dan

sejenisnya.

Maslow menyebutkan aliran humanistik sebagai "koalisi berbagai sempalan psikologi ke

dalam suatu filsafat tunggal". Esensi filsafat tunggal itu, sebagaimana disebutkan Maslow,

berwujud pengakuan bahawa golongan manusia memiliki ciri-ciri dan kesanggupan-

kesanggupan yang unik ; terdapat nilai-nilai utama universal yang menjadi bahagian dari

alam biologis manusia, naluri dan tidak dipelajari ; tujuan utama segenap upaya manusia

adalah realisasi diri atau aktualisasi diri, yakni pengungkapan dan penggunaan

kemungkinan-kemungkinan dan kesanggupan-kesanggupan secara penuh.

Konsep Utama Pendekatan Humanistik

Pandangan Tentang Manusia

Page 24: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 24

Humanistik memandang manusia sebagai makhluk yang memiliki otoriti atas kehidupan

dirinya. Asumsi ini menunjukkan bahawa manusia adalah makhluk yang sedar, pelaku aktif

yang dapat menentukan (hampir) segalanya. Manusia adalah makhluk dengan julukan “the

self determining being” yang mampu sepenuhnya menentukan tujuan-tujuan yang paling

diinginkannya dan cara-cara mencapai tujuan itu yang dianggapnya paling tepat.

Pendekatan eksistensial humanistik berfokus pada manusia. Pendekatan ini terutama

adalah suatu sikap yang menekankan pada pemahaman atas manusia. Ada beberapa

konsep utama dari pendekatan eksistensial, iaitu:

a.    Kesedaran diri

Manusia memiliki kesanggupan untuk menyedari dirinya sendiri, suatu kesanggupan yang

unik dan nyata yang memungkinkan manusia mampu berpikir dan memutuskan.

b.    Kebebasan, tanggung jawab, dan kecemasan.

Kesadaran atas kebebasan dan tanggung jawab dapat menimbulkan kecemasan yang yang

menjadi atribut dasar bagi manusia.

c.    Penciptaan makna

Manusia itu unik, dalam erti bahawa dia berusaha untuk menemukan tujuan hidup dan

menciptakan nilai-nilai yang memberikan makna bagi kehidupan. Manusia memiliki

keperluan untuk berhubungan dengan sesamanya dalam suatu cara yang bermakna, sebab

manusia adalah makhluk yang rasional.

ü Ciri-Ciri Pendekatan Humanistik

Pendekatan humanistik dapat difahami dari tiga ciri utama, iaitu:

a.    Pendekatan humanistik menawarkan satu nilai yang baru sebagai pendekatan baru untuk

memahami sifat dan keadaan manusia.

b.    Pendekatan humanistik menawarkan pengetahuan yang luas akan kedah penyelidikan

dalam bidang tingkah laku manusia

Page 25: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 25

c.    Psikologi humanistik menawarkan cara yang lebih luas akan kaedah-kaedah yang efektif

dalam pelaksanaan psikoterapi.

ü Asumsi perilaku bermasalah Kaunseling Humanistik

Peribadi yang bermasalah menurut pandangan eksistensial-Humanistik iaitu tidak mampu

memfungsikan dimensi-dimensi dasar yang dimiliki manusia, sehingga kesedaran tidak

berfungsi secara penuh. Diantaranya , negatif, tidak dapat dipercaya, tidak dapat memahami

diri sendiri, bermusuhan dan kurang produktif.

Asumsi perilaku bermasalah Kaunseling Humanistik dipengaruhi oleh tidak terpenuhinya

aspek-aspek sebagai berikut:

1. Kesadaran Diri

Berhubungan dengan kemampuan manusia untuk menyedari diri dan menjadikan dirinya

mampu melampaui situasi sekarang dan membentuk aktiviti-aktiviti berpikir. Dengan

demikian, meningkatkan kesadaran bererti meningkatkan kesanggupan seseorang untuk

mengalami hidup secara penuh sebagai manusia. Tidak jarang manusia yang tidak memiliki

kesadaran akan dirinya akan mengalami masalah-masalah dalam kehidupannya.

2. Kebebasan dan tanggung jawab

Manusia adalah makhluk yang menentukan diri dn memiliki kebebasan untuk memilih

diantara alternatif-alternatif. Masalah akan timbul jika manusia tidak bisa mengatur

kebebasannya dan mengarahkan hidupnya.

Page 26: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 26

3. Keterpusatan dan keperluan akan orang lain

Meliputi masalah-masalah yang berkaitan dengan kehendak dari luar dirinya sendiri, iaitu

untuk berhubungan dengan orang lain dan alam. Kegagalan dalam berhubungan dengan

orang lain dan dengan alam menyebabkan manusia kesepian, mengalami aliensi,

keterasingan, dan depersonalisasi.

4. Pencarian makna Hidup

5. Kecemasan sebagai syarat hidup

6. Kesadaran atas kematian dan Non-ada

C.    Tujuan Pendekatan Humanistik

 Menurut Gerald Corey (2010) ada beberapa tujuan konseling Eksistensial humanistik iaitu:

a.    Agar klien mengalami keberadaannya secara otentik dengan menjadi sedar atas

keberadaan dan potensi – potensi serta sadar bahawa ia dapat membuka diri dan bertindak

berdasarkan kemampuannya. Keotentikan sebagai “urusan utama psikoterapi” dan “nilai

eksistensial pokok”. Terdapat tiga karakteristik dari keberadaan otentik:

·       Menyedari sepenuhnya keadaan sekarang

·       Memilih bagaimana hidup pada saat sekarang

·      Memikul tanggung jawab untuk memilih.

b.    Meluaskan kesadaran diri klien, dan kerananya meningkatkan kesanggupan pilihannya

yakni menjadi bebas dan bertanggung jawab atas arah hidupnya.

c.    Membantu klien agar mampu menghadapi permasalahan sehubungan dengan tindakan

memilih diri, dan menerima kenyataan bahawa dirinya lebih dari sekadar mangsa kekuatan-

kekuatan deterministic di luar dirinya.

D.    Proses Konseling Humanistik

·      Adanya hubungan yang akrab antara kaunselor dan konseli.

Page 27: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 27

·      Adanya kebebasan secara penuh bagi individu untuk mengemukakan masalah dan apa

yang diinginkannya.

·      Kaunselor berusaha sebaik mungkin menerima sikap dan keluhan serta perilaku individu

dengan tanpa memberikan sanggahan.

·      Unsur menghargai dan menghormati keadaan diri individu dan keyakinan akan

kemampuan individu merupakan kunci atau dasar yang paling menentukan dalam hubungan

kaunseling.

E.     Teknik Pendekatan Humanistik

Konseling humanistik tidak memiliki teknik-teknik yang ditentukan secara ketat. Prosedur-

prosedur kaunseling boleh dipungut dari beberapa teori konseling lainnya separti teori

Gestalt dan Analisis Transaksional. Tugas konselor disini adalah menyadarkan pelajarnya

bahawa ia masih ada di dunia ini dan hidupnya dapat bermakna apabila ia memaknainya.

Hal-hal yang harus diperhatikan adalah:

1.    Membina hubungan baik (good rapport)

2.    Membuat pelajar menerima dirinya dengan segala potensi dan keterbatasannya.

3.    Merangsang kepekaan emosi pelajar

4.    Mencari cara untu menyelesaikan masalah sendiri.

5.    Mengembangkan potensi dan emosi positif pelajar atau kliennya

F.     Sikap Konselor dalam Proses Pendekatan Humanistik

Yang paling diutamakan oleh konselor eksistensial  humanistik adalah hubunganya dengan

pelajarnya. Apbila dua orang bertentang mata iaitu kaunseling dan pelajarnya akan

terjadinya perubahan yang positif. Konselor percaya bahwa sikap dasar mereka terhadap

pelajar, karakteristik pribadi tentang kejujuran, integritas dan keberanian merupakan hal-hal

yang harus ditawarkan. Konseling merupakan perjalanan yang ditempuh konselor dan

pelajar, suatu perjalanan pencarian menyelidiki kedalam dunia seperti yang dilihat dan

dirasakan pelajar.

Page 28: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 28

Konselor berbagi reaksi dengan pelajarnya disertai kepedulian dan empati yang tidak dibuat-

buat sebagai satu cara untuk memantapkan hubungan terapeutik. May dan Yalom (1989)

menekankan peranan krusial yang dimainkan oleh kapasiti konselor untuk disana demi

pelajar selama beberapa jam terapi yang mencakup hadir secara penuh dan terlibat secara

intens dengan pelajarnya. Sebelum konselor membimbing pelajar untuk berhubugan dengan

orang lain, maka pada mulanya harus akrab berhubungan dengan pelajarnya.

G. Kelebihan Dan Kekurangan Konseling Humanistik

Kelebihan Konseling Humanistik adalah:

a.    Selalu mengedepankan akan hal-hal yang berkaitan demokratis, partisipatif-dialogis dan

humanis.

b.     Suasana pembelajaran yang saling menghargai, adanya kebebasan berpendapat,

kebebasan mengungkapkan gagasan.

c.    Keterlibatan peserta didik dalam berbagai aktiviti di sekolah, dan lebih-lebih adalah

kemampuan hidup bersama (komunal-bermasyarakat) diantara peserta didik yang tentunya

mempunyai pandangan yang berbeza-beza.

Kekurangan Konseling Humanistik adalah:

1.    Teori humanistik tidak bisa diuji dengan mudah.

2.    Banyak konsep dalam psikologi humanistik, seperti misalnya orang yang telah berhasil

mengaktualisasikan dirinya, ini masih buram dan subjektif.

3.       Psikologi humanistik mengalami pembiasan terhadap nilai individualistis

Model Kaunseling Sekolah

Objektif utama model kaunseling sekolah adalah melahirkan pelajar cemerlang akedemik

dan cemerlang sahsiah diri.Terdapat lima bidang tumpuan akademik iaitu psikososial dan

kesihatan mental, kerjaya, keibubapaan, masalah pelajar .

 Model pendekatan 4P

Page 29: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 29

Model pendekatan 4P terdiri daripada pendekatan krisis, pendekatan pemulihan,

pendakatan pencegahan dan pendekatan perkembangan.

•       Pencegahan adalah usaha untuk menghalang masalah sebelum ianya terjadi, contohnya

mengadakan ceramah, kempen motivasi jaya diri dan lain-lain.

•       Pemulihan adalah memberi fokus kepada usaha untuk memberi pemulihan kepada

kekurangan yang dapat dimkenal pasti dari masa ke semasa. Ia juga dijalankan dengan

harapan dapat mengubah masalah tingkah laku yang dihadapai, contohnya merokok

•  Pendekatan krisis; mengendalikan krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan

perhatian serta tindakan segera kaunselor. Kaunselor boleh bertindak sebagai orang tengah

atau perunding bagi mengatasi krisis yang berlaku, pendekatan ini bertujuan untuk

menangguhkan tindakan yang boleh memudaratkan klien.

•    Perkembangan; adalah usaha untuk mengenal pasti kebolehan dan keperluan pelajar di

alam persekolahan,institusi, individu spt psikososial, seksual, agama, moral vokasional

/kerjaya, kognitif dan afektif .

Page 30: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 30

11.0 KESIMPULAN

Suasana pembelajaran sekolah boleh meninggalkan kesan secara positif apabila semua

pihak termasuk guru , kaunselor, pentadbir dan pelajar bekerjasama. Apa yang penitng

adalah setiap guru menghayati etia-etika sebagai pembimbing dan penasihat di dalam

melasanakan tugas mereka sepenuhnya sebagai seorang pendidik. Justeru, dalam usaha

untuk melaksanakan tugas-tugas dengan baik, guru bimbingan hendaklah memahami dan

memastian apakah yang boleh dan tida boleh dilaukannya. Apabila guru bimbingan

dihormati di sekolah, dia boleh menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan lebih

beresan di sekolah.

Selain itu, generasi muda khususnya para pelajar sekolah merupakan asset yang amat

bernilai dalam pembangunan Negara. Sebagai pendidik, guru memainkan peranan penting

untuk melahirkan generasi muda yang berkualiti tinggi. Program bimbingan dan kaunseling

sesebuah sekolah amat penting dalam usaha institusi terbabit untuk melahirkan modal insan

yang berminda kelas pertama seterusnya akan dapat menerajui tampuk kepimpinan Negara

dengan baik pada masa hadapan.

Page 31: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 31

12.0 RUJUKAN/BILBIOGRAFI

1. Mizan adiliah Ahmad Ibrahim,( 1992), perlaksanaan perkhidmatan bimbingan

dan kauseling di sekolah, dicetak oleh Percetakan Naz sdn.bhd.

2. Amla Salleh. (2006), bimbingan dan kaunseling sekolah, dicetak oleh

Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Modul penuh program mentor mentee-jpwp kl,di muatturun 22 november

2014 jam 9.00pm, pwpkl.moe.gov.my/index.php/.../33-mentor-

mentee?...mentor-mentee

4. Arthur P.Lloyd Aminah Hj.Hashim, (1992), Bimbingan dan Kaunseling di

Malaysia, dewan bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

5. S. Nasution, (1995), Berbagai pendekatan dalam proses belajar dan mengajar, Singapore : BUMI AKSARA.

6. Dennis Lines, (2007) Brief Counselling in Schools. Australia : SAGE Publication.

7. Gootman E. Marilyn, (1997), Caring Teacher’s Guide to Discipline, New Delhi: SAGE Publication.

Page 32: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Pengurusan Penasihatan Murid 32

8. Muhd Mansur Abdullah, S. NordinarMohd Tamim. (2003). Proses Kaunseling. Selangor : Perpustakaan Negara.