e-pembelajaran@unimas pembelajaran di ipta (abstract).pdf · pembelajaran atas talian. tadbir urus...

1
BAB13 e-Pembelajaran@UNIMAS Chen Chwen Jen Sharifah Norizan Wan Zain Gabriel Tonga Noweg Pengenalan Pembentukan Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia (PPGM) sejak awal penubuhan Universiti Malaysia Sarawak (llNIMAS) telah menunjukkan perakuan pihak pengurusan tertinggi universiti terhadap kepentingan penggunaan ICT dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran atau lebih dikenali sebagai e-Pembelajaran di universiti ini. Pada peringkat awalnya, PPGM lebih memfokuskan kepada usaha penghasilan pelbagai perisian kursus multimedia. Seterusnya, pada tahun 2002, pembelajaran atas talian di UNIMAS mula diperkenalkan apabila sekumpulan staf di Unit e-Pembelajaran, PPGM menginisiatifkan pelaksanaan satu sistem pengurusan pembelajaran (LMS) yang dikenali sebagai Lotus Quickplace. Percubaan ini menunjukkan hasil yang positif apabila mendapat sambutan daripada staf akademik di UNIMAS dan seterusnya diguna pakai sebagai LMS rasmi di UNIMAS pada ketika itu. LMS ini seterusnya telah digantikan dengan dua LMS yang lain dalam usaha untuk memperkemas dan meningkatkan mutu pembelajaran atas talian. Tadbir Urus e-Pembelajaran Unit e-Pembelajaran yang bertanggungjawab terhadap pengurusan e-Pembelajaran di UNIMAS merupakan salah satu daripada empat unit yang diletakkan di bawah pentadbiran PPGM. Secara amnya, unit ini diketuai oleh Dekan dan

Upload: others

Post on 08-Mar-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: e-Pembelajaran@UNIMAS pembelajaran di IPTA (abstract).pdf · pembelajaran atas talian. Tadbir Urus e-Pembelajaran . Unit e-Pembelajaran yang bertanggungjawab terhadap pengurusan e-Pembelajaran

BAB13

e-Pembelajaran@UNIMAS

Chen Chwen Jen Sharifah Norizan Wan Zain

Gabriel Tonga Noweg

Pengenalan

Pembentukan Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia (PPGM) sejak awal penubuhan Universiti Malaysia Sarawak (llNIMAS) telah menunjukkan perakuan pihak pengurusan tertinggi universiti terhadap kepentingan penggunaan ICT dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran atau lebih dikenali sebagai e-Pembelajaran di universiti ini. Pada peringkat awalnya, PPGM lebih memfokuskan kepada usaha penghasilan pelbagai perisian kursus multimedia. Seterusnya, pada tahun 2002, pembelajaran atas talian di UNIMAS mula diperkenalkan apabila sekumpulan staf di Unit e-Pembelajaran, PPGM menginisiatifkan pelaksanaan satu sistem pengurusan pembelajaran (LMS) yang dikenali sebagai Lotus Quickplace. Percubaan ini menunjukkan hasil yang positif apabila mendapat sambutan daripada staf akademik di UNIMAS dan seterusnya diguna pakai sebagai LMS rasmi di UNIMAS pada ketika itu. LMS ini seterusnya telah digantikan dengan dua LMS yang lain dalam usaha untuk memperkemas dan meningkatkan mutu pembelajaran atas talian.

Tadbir Urus e-Pembelajaran

Unit e-Pembelajaran yang bertanggungjawab terhadap pengurusan e-Pembelajaran di UNIMAS merupakan salah satu daripada empat unit yang diletakkan di bawah pentadbiran PPGM. Secara amnya, unit ini diketuai oleh Dekan dan