edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

27
BAB 5 PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA 5.5 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Upload: lee-hua

Post on 23-Jun-2015

1.762 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

BAB 5PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

5.5 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Page 2: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Pembinaan persekitaran bilik darjah mesra budaya banyak bergantung kepada pengurusan pengajaran dan pembelajaran.

Page 3: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Pengurusan P&P yang berkesan akan mencapai matlamat pembelajaran dan hasil pembelajaran seperti yang dihasratkan.

Page 4: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Pengurusan P&P dalam kalangan murid pelbagai etnik perlu mengambil kira perkara-perkara yang berikut:

i. Kepelbagaian Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang berasaskan Perbezaan Budaya Murid;

ii. Pemupukan Nilai dan Budaya Murid;iii.Pengurusan Sumber Pengajaran dan

Pembelajaran Mesra Budaya;iv.Susun Atur Bilik Darjah;v. Kemudahan dan Peralatan Pengajaran dan

Pembelajaran;vi.Penaksiran dan Penilaian Prestasi Pelajar

Page 5: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

I. KEPELBAGAIAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERASASKAN

PERBEZAAN BUDAYA MURIDMenurut Malta Fulop dan Ference

Maton (2003), kajian empirikal menunjukkan perbezaan antara budaya ada kaitan dengan jangkaan pembelajaran dan pengetahuan, ontologikal dan epistomologikal yang mempengaruhi cara berfikir dan cara bertindak serta mendorong ke arah perbezaan pencapaian pendidikan.

Page 6: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Contohnya:

a)Masyarakat Melayu lebih menumpukan pencapaian dalam keagamaan. Murid Melayu akan dihantar ke kelas agama pada waktu petang.

Page 7: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

b) Masyarakat bukan Melayu lebih mengutamakan pencapaian akademik yang membolehkan anak mereka menjadi profesional dalam kerjaya masa depan. Murid bukan Melayu akan dihantar ke kelas muzik atau balet.

Page 8: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

c)Masyarakat orang Asli lebih tertumpu pada kehidupan yang ringkas dan selesa dengan persekitaran mereka yang terpinggir atau terpencil. Motivasi yang rendah meyebabkan kadar buta huruf dalam kalangan orang Asli tinggi.

Page 9: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Guru perlu sentiasa mengambil kira faktor ini dalam merancang dan mengurus P&P bagi memastikan murid daripada kelompok etnik yang berbeza-beza menerima peluang pembelajaran yang sama.

Page 10: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Antara tindakan-tindakan guru dalam hal ini termasuklah:

Memilih murid daripada pelbagai etnik untuk aktiviti berkumpulan ----menggalakkan perkongsian idea, pandangan dan pendapat.

Melayan kerenah murid dengan adil tanpa membeza-bezakan etnik dan keturunan murid.

Page 11: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Memupuk nilai menghargai budaya etnik lain dengan menonjolkannya melalui aktiviti pembelajaran.

Mengadakan lawatan ke destinasi untuk menyikap sejarah dan budaya yang dimiliki oleh sesuatu etnik. Cth: muzium, perkampungan orang Asli dsb.

Memberikan contoh negara yang musnah akibat drpd persengketan dan perpecahan etnik. Cth: menayangkan filem.

Page 12: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

II. PEMUPUKAN NILAI DAN BUDAYA MALAYSIA

Malaysia menjunjung Rukun Negara yang meletakkan kepercayaan kepada Tuhan sebagai rukun pertama.

Semua agama menyuruh penganutnya hidup berbaik-baik tanpa permusuhan.

Murid perlu diasuh mengamalkan nilai-nilai murni yang diajar oleh semua agama.

Page 13: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Murid perlu diasuh menumpukan taat setia kepada raja dan negara.

Semua murid tanpa mengira etnik menerima sistem beraja sebagai suatu sistem yang menyeruluh dan kesetiaan perlu ditumpahkan kepada raja dan negara.

Page 14: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Murid juga perlu ditegaskan dengan keluhuran perlembagaan negara Malaysia yang perlu dipatuhi oleh seluruh rakyat Malaysia.

Guru perlu menerangkan perlembagaan yang perlu dihormati tanpa mempertikaikannya.

Page 15: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Murid perlu dibimbing agar menghormati dan mematuhi undang-undang negara.

Kepelbagaian etnik tidak akan mengancam kesejahteraan negara seandainya semua rakyat mendaulatkan undang-undang negara.

Page 16: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Murid hendaklah diasuh menggunakan bahasa yang santun, mengamalkan perlakuan yang tertib dan beradab serta menjalinkan hubungan yang mesra dan sepakat.

Sekiranya rakyat Malaysia mematuhi dan mentaati Rukun Negara, persekitaran pembelajaran mesra budaya pasti dapat diwujudkan.

Page 17: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

IIIPENGURUSAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MESRA BUDAYA

Pemilihan bahan sumber untuk aktiviti P&P memainkan perana penting dalam memastikan murid pelbagai etnik dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan.

Page 18: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Guru patut meraih peluang dalam mempelbagaikan sumber P&P melalui pelbagai budaya dan etnik muridnya.

Kepelbagaian sumber yang berlatarbelakangkan budaya dan amalan hidup yang berbeza-beza dapat menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran tanpa rasa jemu.

Page 19: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Selain menjadikan proses P&P menyeronokkan, murid bukan sahaja dapat melihat perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik, sebaliknya turut mencari persamaan yang dapat dikongsi bersama-sama.

Page 20: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Antara tindakan guru termasuklah:

a)Memilih sumber pembelajaran yang mengandungi ciri-ciri budaya sesuatu etnik bagi memupuk pmahaman dan perkongsian nilai budaya.

Cth: makanan, sdat resam, pantang larang, sistem panggilan.

Page 21: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Menggalakakan murid mencari bahan seperti cerita-cerita rakyat, lagu-lagu rakyat serta artifak-artifak milik sesuatu etnik untuk dikongsi semasa pembelajaran.

Cth: lagu hari raya.

Memilih bahan atau sumber pembelajaran yang menonjolkan kepentingan hubungan kemanusiaan tanpa mengira perbezaan etnik.

Cth: lagu, klip video dan foto.

Page 22: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

IV. SUSUN ATUR BILIK DARJAH

Susun atur bilik darjah melibatkan kerusi meja tempat duduk murid.

Persekitaran bilik darjah mesra budaya akan wujud apabila murid ditempatkan di tempat duduk yang dikelilingi oleh rakan-rakan daripada pelbagai etnik.

Page 23: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

V. KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Minat murid terhadap pembelajaran mampu dibina sekiranya pengajaran guru dibantu dengan pelbagai peralatan dan kemudahan yang menarik.

Penggunaan pelbagai multimedia akan mendorong pembelajaran yang tidak membosankan malahan pembelajaran juga menjadi lebih berkesan.

Page 24: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Kemudahan dan peralatan pembelajaran yang mencukupi dapat gunakan dan dikongsi bersama-sama mendorong murid melalui pembelajaran dalam suasana gembira dan bersatu-padu.

Penggunaan multimedia memudahkan murid memahami ciri-ciri perbezaan dan persamaan yang wujud dalam kehidupan yang mendorong persefahaman dan persepakatan.

Page 25: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

VI. PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PRESTASI PELAJAR

Penilaian berbentuk sumatif boleh digunakan bagi menilai hasil pembelajaran secara holostik.

Murid boleh dinilai dengan cara memberi murid kebebasan sewaktu menjalankan aktiviti P&P serta penaksiran.

Page 26: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Guru boleh menyediakan pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan semua murid. Semua aktiviti ini dapat dinilaikan secara berterusan oleh guru.

Cth: kolaj, poster, temu-bual, menulis dan membentangkan laporan, syarahan, bercerita dsb.

Page 27: Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Guru perlu menyediakan rubrik pemarkahan bagi memastikan setiap yang dinilai dan ditaksirkan menepati hasil pembelajaran yang mencakupi domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Guru perlu memaparkan sikap terbuka, menerima perbezaan murid sebagai sesuatu yang istimewa.