penglibatan keluarga dalam pendidikan awal kanak-kanak

21
1.0 PENGENALAN Sumber manusia yang berkualiti sangat diperlukan bagi penyelesaian pelbagai masalah bangsa dan pencapaian kemajuan bangsa dan negara. Sumber manusia yang berkualiti akan lebih mudah dibentuk bila pembinaannya dimulakan sejak usia kanak-kanak. Di masa hadapan kanak-kanak ini akan menjadi generasi penerus yang unggul dalam semua aspek kehidupan dan mampu bersaing di era informasi ini. Menurut National Early Childhood Development Forum atau NECDF (2004), ada empat alasan mendasar mengapa semua pihak perlu mempercepatkan peningkatan kualiti sumber manusia secara maksima, iaitu untuk menghadapi era globalisasi yang tidak dapat dielakkan, mengejar ketinggalan daripada negara lain, menguasai teknologi dan ilmu pengetahuan. Untuk menguruskan sumber semula jadi dengan tepat dan untuk menghadapi kerosakan alam persekitaran yang disebabkan oleh tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab. Berdasarkan kepada pernyataan tersebut, pembentukan sumber manusia yang unggul merupakan hal yang mendesak dan tidak dapat dinafikan lagi. Pembentukan sumber manusia ini tidak hanya untuk meningkatkan kemampuan bagi tujuan ekonomi, tetapi justeru pembangunan peribadi yang tertumpu kepada kemampuan otak dan merujuk kepada kemahiran, sikap, perilaku mandiri, memiliki kemampuan untuk bersaing yang tinggi dan ketahanan terhadap perubahan global. Apabila dikaitkan dengan keupayaan otak, para pakar perkembangan otak menyatakan bahawa usia lima tahun pertama ialah masa keemasan (golden age) kerana perkembangan otak yang sangat cepat. 1

Upload: muhammad-fakhruddin

Post on 26-Dec-2015

115 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

tugasan KKBI semester 6 PISMP Prasekolah tentang penglibatan ibu bapa di prasekolah serta kertas kerja aktiviti yang melibatkan ibu bapa dan guru

TRANSCRIPT

Page 1: Penglibatan Keluarga dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

1.0 PENGENALAN

Sumber manusia yang berkualiti sangat diperlukan bagi penyelesaian pelbagai masalah

bangsa dan pencapaian kemajuan bangsa dan negara. Sumber manusia yang berkualiti akan

lebih mudah dibentuk bila pembinaannya dimulakan sejak usia kanak-kanak. Di masa hadapan

kanak-kanak ini akan menjadi generasi penerus yang unggul dalam semua aspek kehidupan

dan mampu bersaing di era informasi ini.

Menurut National Early Childhood Development Forum atau NECDF (2004), ada empat

alasan mendasar mengapa semua pihak perlu mempercepatkan peningkatan kualiti sumber

manusia secara maksima, iaitu untuk menghadapi era globalisasi yang tidak dapat dielakkan,

mengejar ketinggalan daripada negara lain, menguasai teknologi dan ilmu pengetahuan. Untuk

menguruskan sumber semula jadi dengan tepat dan untuk menghadapi kerosakan alam

persekitaran yang disebabkan oleh tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan kepada pernyataan tersebut, pembentukan sumber manusia yang unggul

merupakan hal yang mendesak dan tidak dapat dinafikan lagi. Pembentukan sumber manusia

ini tidak hanya untuk meningkatkan kemampuan bagi tujuan ekonomi, tetapi justeru

pembangunan peribadi yang tertumpu kepada kemampuan otak dan merujuk kepada

kemahiran, sikap, perilaku mandiri, memiliki kemampuan untuk bersaing yang tinggi dan

ketahanan terhadap perubahan global. Apabila dikaitkan dengan keupayaan otak, para pakar

perkembangan otak menyatakan bahawa usia lima tahun pertama ialah masa keemasan

(golden age) kerana perkembangan otak yang sangat cepat.

Bloom (1964) menyatakan pada usia 4 tahun, perkembangan intelek seorang kanak-

kanak telah mencapai 50 peratus daripada perkembangan intelek seorang dewasa. Pada masa

ini ibu bapa mempunyai peluang terbaik untuk membantu anak-anaknya berkembang secara

maksima dalam semua aspek yang mencakupi aspek intelek, sosial, rohani dan fizikal. Masa ini

adalah masa yang paling tepat untuk memulakan pembangunan sumber manusia yang

berkualiti dan pembinaannya dimulakan daripada pembangunan otak sejak awal, bahkan sejak

di dalam rahim ibu. Selain itu kecerdasan kanak-kanak juga ditentukan oleh stimulasi yang

diterima dari alam persekitaran (Hunt, 1961). Stimulasi yang seronok bagi kanak-kanak akan

membentuk jalur belajar di otak, yang menjadi asas yang kuat bagi proses pembelajaran di

peringkat yang lebih tinggi atau usia yang lebih tua.

1

Page 2: Penglibatan Keluarga dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

Dalam keadaan masyarakat sekarang ini, khasnya di Malaysia, sebahagian besar ibu

bapa bekerja sehingga mempunyai waktu yang sangat terhad bagi merangsangkan anak-

anaknya di rumah. Ibu bapa dari keluarga kurang bernasib baik kurang memperhatikan tentang

pentingnya stimulasi pada usia awal ini. Menurut Rohaty (1994) dalam kajiannya di Malaysia,

seringkali keadaan di rumah kurang merangsang pembelajaran di persekitaran mereka.

Sedangkan ibu bapa daripada golongan berada biasanya sibuk bekerja dan kurang dapat

meluangkan masa melayan anak-anak mereka ke arah penyediaan pengetahuan dan

kemahiran yang menjadi syarat kejayaan di sekolah. Jadi ibu bapa kehilangan peluang untuk

mengembangkan anak-anaknya secara maksima.

Pendidikan prasekolah boleh menjadi institusi yang membantu ibu bapa menyelesaikan

permasalahan ini. Menurut Rohaty (2003) masa prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas

kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu.

Pendidikan prasekolah bertujuan membantu ibu bapa untuk meningkatkan perkembangan

kanak-anak secara holistik (Essa, 1992) melalui pengalaman belajar yang bermakna dan

menyeronokkan serta persekitaran yang diperkaya bagi menstimulasi otak mereka.

Pendidikan prasekolah dapat memberikan pengalaman yang mungkin tidak boleh

dibekalkan di rumah sekalipun keluarga itu serba mencukupi (Rohaty, 1994). Pendidikan

prasekolah yang berkualiti memberikan stimulasi secara holistik kepada kanak-kanak sehingga

dapat meningkatkan fungsi kognitif, konsep kendiri yang positif, harga diri, kemandirian dan

kemahiran sosial. Ia juga mengembangkan emosi kanak-kanak yang seimbang, pemahaman

nilai agama dan spiritual sejak awal serta pemahaman nilai kesihatan dan keselamatan. Maka

dapat disimpulkan bahawa pendidikan prasekolah mempunyai peranan yang penting dalam

pembentukan sumber manusia yang unggul.

Dalam tugasan yang kami laksanakan ini pendidikan prasekolah merujuk kepada

pendidikan yang disediakan oleh prasekolah kerajaan bagi kanak-kanak yang berumur 4

sampai 6 tahun. Namun kejayaan pendidikan kanak-kanak di prasekolah ditentukan oleh

penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah. Banyak kajian membuktikan kesan

penglibatan ibu bapa terhadap kejayaan pembelajaran kanak-kanak dan sekolah (Conway

(2003; Mc Allister, 1993).

2

Page 3: Penglibatan Keluarga dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kajian yang dilakukan oleh National Center for Family & Community Connections with

Schools (2002), yang membuat ulasan daripada 51 kajian tentang penglibatan ibu bapa

menyimpulkan bahawa ditemukan hubungan yang positif dan meyakinkan antara penglibatan

ibu bapa dan kesannya terhadap sekolah, keluarga dan pelajar daripada semua sosio ekonomi

status, bangsa, latar belakang pendidikan dan umur.

Hampir semua prasekolah kerajaan dan swasta dan Sekolah Rendah di Amerika

Syarikat telah menyediakan kesempatan bagi ibu bapa untuk terlibat. (Huntsinger dan Jose,

2009). Guru dan pengetua perlu menyokong penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di

prasekolah dan menyamakan persepsi antara pengetua dan para guru mengenai penglibatan

ibu bapa. Ibu bapa pun perlu memahami kepentingan pendidikan prasekolah bagi kehidupan

kanak-kanak mereka di masa hadapan, sehingga penglibatan mereka di prasekolah boleh

ditingkatkan. Penglibatan ibu bapa merupakan manifestasi daripada persepsi ibu bapa terhadap

pendidikan prasekolah. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan di prasekolah merupakan topik

utama daripada tugasan ini.

1.1 KONSEP PENGLIBATAN KELUARGA DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

1.1.1 Definisi Penglibatan

3

Penglibatan dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama

atau saling bantu-membantu antara dua pihak ataupun

beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan

kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan

perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan

kejayaannya.

Page 4: Penglibatan Keluarga dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

1.1.2 Definisi Keluarga

1.1.3 Definisi Pendidikan Prasekolah

4

Keluarga merupakan isu utama kepada perbincangan

berkaitan dengan berfungsinya sesebuah keluarga sebagai satu

entiti kepada masyarakat. Ibu bapa sebagai nadi utama dalam

menyediakan persekitaran yang sihat kepada sesebuah keluarga.

Komunikasi dalam kalangan keluarga dan adik-beradik juga

didapati memberi kesan kepada penglibatan ibu bapa terhadap

pendidikan anak-anak di rumah.

Prasekolah (pre-school) merupakan pilihan

pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah.

Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem

pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia

menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan

kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki

persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak

daripada golongan berpendapatan rendah.

Page 5: Penglibatan Keluarga dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

1.2 PENGURUSAN PENDEKATAN PENGURANGAN KETAKUTAN DAN PENDEKATAN

GURU DAN IBU BAPA

Pengurusan pendekatan pengurangan ketakutan lebih berfokus kepada cara untuk

mengurangkan ketakutan dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak terdedah dengan

pelbagai perkara baharu dan orang ramai serta persekitaran yang bervariasi. Mereka

memerlukan keyakinan dan keberanian untuk menghadapi hari-hari seterusnya.

Justeru,peranan ibu bapa dan guru adalah sangat besar dalam membantu mereka menghadapi

hari dewasa dengan baik dan sempurna.

              Ibu bapa adalah insan yang paling hampir dengan kanak-kanak. Ibu pula adalah insan

yang lebih hampir daripada bapa. Dari sejak dalam kandungan lagi, ibu memberikan ransangan

kepada bayinya untuk memupuk pengetahuan awal perkembangan bayi. Sehinggalah bayi itu

lahir, ikatan ibu bapa dan anak akan terus berkembang. Aktiviti menukar lampin, menyusu

anak, mengurut anak dan sebagainya adalah antara contoh ‘attachment’ yang memberi kesan

kepada kedua-dua pihak ini. Kelebihan dan kekurangan sangkutan atau ‘attachment’ akan

memberi kesan kepada anak umumnya. Antara kesan kelebihan sangkutan adalah ketakutan

yang bermaksud kanak-kanak akan menghadapi satu fenomena enggan berjauhan dengan ibu

bapa. Kekurangan sangkutan juga akan menyebabkan kanak-kanak tidak yakin kepada diri

sendiri serta self-esteem yang rendah.

              Hasil pembacaan dari internet dan buku saya ingin merumuskan di sini bahawa,

terdapat beberapa pendekatan yang dapat mengurangkan ketakutan kanak-kanak dan

pendekatan atau hubungan guru dengan ibu bapa. Orang dewasa boleh mengurangkan

ketakutan kanak-kanak dengan cara menyentuhnya mereka dengan cara lembut di samping

menyelami perasaan mereka. Orang dewasa umumnya ibu dan bapa haruslah mengeluarkan

tutur kata yang baik serta nada yang lembut. Ibu bapa dan guru boleh menyentuh bahagian

bahu, kepala(mengusap) sambil mengeluarkan kata-kata semangat. Berikan keyakinan kepada

mereka agar sentiasa berfikiran positif.

              Aktiviti rutin kanak-kanak hendaklah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Aktiviti rutin

yang dimaksudkan adalah seperti makan, mandi, bermain dan tidur. Ramai ibu bapa yang

berpendapat bahwa waktu adalah waktu untuk ibu bapa berehat daripada melayan kerenah

anak-anak. Ini bermakna ibu bapa telah melepaskan peluang mendekati anak pada waktu ini.

5

Page 6: Penglibatan Keluarga dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

Ibu bapa perlu menemani anak seblum tidur dengan cerita tauladan, sirah Nabi dan penerapan

nilai-nilai murni. Jangan sesekali menceritakan sesuatu perkara yang boleh membuatkan

mereka takut seperti cerita hantu dan tahyul. Kesannya mereka akan takut untuk tidur seorang,

takut gelap, tidak yakin dengan diri sendiri dan ada yang sehingga menyebakan kencing malam

kerana takut ke tandas.

              Bercerita sebelum anak tidur dapat mendekatkan diri anda dengan anak serta

mengurangkan rasa takut. Jangan memarahi anak dengan suara yang lantang dan memekik

kerana ini hanya akan menambah rasa takut mereka kepada sesuatu benda. Peluklah anak jika

mereka sedih, bimbang dan takut. Mereka akan lebih merasa dekat dan selamat dengan orang

dewasa jika dipeluk erat dan mesra. Kanak-kanak juga dahagakan pujian dan perhatian. Pujilah

mereka dengan kejayaan yang mereka lakukan. Berilah semangat seperti “kamu boleh,Aiman.

Cikgu percaya kamu boleh melakukannya”. Ini dapat meningkatkan self esteem mereka

daripada mengeluarkan kata-kata seperti ini “Takkan lah benda senang macam ini tak boleh

buat. Bodoh betul Aiman ni!”. Kata-kata seperti ini hanya merendahkan harga diri mereka serta

menyebabkan mereka takut untuk melakukan sesuatu meskipun perkara yang betul. Mereka

akan takut dimarahi atau ditertawakan.

Selain itu, ibu bapa dan guru haruslah menyelami fikiran dan perasaan kanak-kanak ini.

Cungkillah sebanyak mana masalah dan perasaan yang dialami dengan cara bertanya, menilai

hasil kerja dan melihat interaksi sosial mereka melalui bermain contohnya. Jangan memaksa

mereka menceritakan tentang apa yang ditakuti oleh mereka. Sebaliknya gunalah cara yang

lebih halus seperti memberi mereka kertas dan pensil untuk menconteng. Di sinilah mereka

akan bercerita melalui lukisan. Dan kemudian minta mereka bercerita teantang lukisan tersebut.

Berilah pujian tentang lukisan itu dan berilah mereka ganjaran seperti masak makanan

kegemarannya atau membawa mereka berjalan-jalan.

Selain itu, aktiviti senaman dan pergerakan fizikal dapat memberikan keyakinan kepada

kanak-kanak. Saya pernah menonton rancangan “Nona” yang mengupas aktiviti renang dan

pemainan kasut roda untuk kanak-kanak.      Permainan ini adalah untuk membina semangat

dan keberanian mereka terhadap perkara yang mereka takuti seperti jatuh. Begitu juga aktiviti

air yang dikenali sebagai “water confident”. Aktiviti ini adalah aktiviti lanjutan selepas kanak-

kanak diajak untuk masuk ke dalam air dan menyelam. Orang dewasa dan jurulatih khas akan

mengajar dan mengawasi pergerakan mereka. Kanak-kanak trauma dan takut dengan air

6

Page 7: Penglibatan Keluarga dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

mungkin disebabkan pengalaman lemas dan sebagainya. Mereka akan dibawa bermain air,

mandi, meyelam dan membuat water confident dengan bimbingan orang dewasa. Ini dapat

menyakinkan kepada mereka tentang sesuatu yang tidak sepatutnya mereka takut.

            

Di rumah, aktiviti bermain boleh mengeratkan hubungan keluarga dengan anak.

Bermain dapat mengurangkan tekanan, kebimbangan dan keresahan. Proses bermain dapat

membantu mewujudkan ketenangan, membina harga diri serta sikap positif. Ibu bapa

berperanan sebagai pembimbing dengan memberikan pelbagai soalan yang dapat meransang

pengetahuan anak. Ibu bapa yang mesra dan menyeronokkan akan menambah rasa selesa

dan senang dalam hati kanak-kanak. Menurut Vygotsky, (1966), main merupakan satu cara

kanak- kanak belajar apa yang tidak boleh diajar oleh orang lain. Di prasekolah pula guru

berperanan penting menyediakan aktiviti yang dapat membina keyakinan dan keberanian

murid. Belajar sambil bermain adalah pendekatan utama yang dapat membina interaksi sosial

dalam kemahiran komunikasi seharian. Murid akan bermain secara koperatif dan kolaboratif. Di

sini mereka akan belajar berkawan dan seterusnya dapat bercerita tentang pengalaman

mereka. Melalaui aktiviti berkawan, mereka dapat berkongsi cerita dan perasaan serta

semangat yang positif.

Contohnya Amira adalah seorang yang takut pada ketinggian (gayat). Dalam situasi

permainan gelongsor, rakannya Lily akan memujuk Amira untuk bermain bersama. Secara tidak

langsung Amira akan cuba bermain demi untuk berkawan dengan Lily. Lily akan memimpin

Amira dan menggelongsor bersama-sama. Jika keadaan ini berlaku, Amira akan kurang berasa

takut bermain gelongsor yang tinggi. Aktiviti ini seterusnya akan diaplikasikan dengan situasi

aktiviti yang lain dalam kehidupan harian. Aktiviti sukaneka juga dapat mengeratkan hubungan

ibu bapa, sekolah dan murid. Ibu bapa akan dijemput bersama-sama menyertai permainan

sukaneka. Aktiviti sukaneka ibu bapa dan anak dapat menyemai rasa kasih sayang serta

kerjasama dalam sesuatu pasukan. Anak akan berasa ibu bapalah kawan terbaik mereka.

Waktu inilah mereka berbangga kerana memiliki ibu bapa yang hebat dan berbakat. Secara

tidak langsung harga diri seorang anak akan tinggi dan berasa disayangi.

Hari kreativiti juga boleh dilaksanakan di sekolah. Perkongsian idea dan kolaborasi

antara anak dengan ibu bapa akan menghasilkan satu karya kebanggaan mereka. Karya-karya

ini akan dijadikan hiasan di rumah sebagai kenangan dan tanda kasih sayang hasil penglibatan

ibu bapa dan anak. Prasekolah juga boleh mengadakan Hari Bakat. Murid-murid akan dilatih

7

Page 8: Penglibatan Keluarga dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

mempersembahkan drama, nyanyian atau puisi di sekolah. Ibu bapa yang datang ke Hari Bakat

semestinya teruja dan gembira melihat bakat dan kebolehan anak mereka yang tidak pernah

ditonjolkan di rumah. Murid akan berasa dihargai atas keadiran dan tepukan semangat daripada

ibu bapa mereka. Hari Ibu juga dapat disambut bersama-sama sekolah. Guru boleh

menganjurkan Hari Ibu Ratu Hatiku di sekolah dengan aktiviti menyolek ibu dan dedikasi khas

untuk Ibu serta nyanyian lagu untuk Ibu masing-masing. Pemenang akan dikalungkan kain

selempang dan hadiah seperti “Miss World”. Pasti ini akan menjadi sejarah kepada pasangan

ibu dan anak di samping menyulam kasih antara keluarga.

           

Banyak lagi aktiviti yang dapat dijalankan antara kerjasama ibu bapa, murid dan guru seperti

bengkel penyediaan makanan berkhasiat, lawatan, konvokesyen, kebun sains, gotong-royong,

sambutan Hari Jadi, Mari Membaca dan tautan kasih.  Perkara yang amat penting ingin

ditekankan di sini adalah hubungan kanak-kanak, ibu bapa dan guru sangat penting dalam

membina jati diri kanak-kanak itu sendiri. Ketiga-tiga pihak mesti bekerjasama dalam usaha

menjadikan kanak-kanak seimbang dari segi JERIS bagi membina insan yang syumul kelak.

           Kesimpulannya, semakin tinggi bonding yang diberikan kepada kanak-kanak semakin

tinggilah attachment yang ada pada kanak-kanak. Attachment akan membina kanak-kanak

yang mempunyai harga diri yang tinggi, merasa diterima keluarga, merasa diterima oleh rakan

sebaya dan merasa diterima oleh masyarakat. Ini semua akan memberikan kesan seumur

hidup kepada kanak-kanak.

8

Page 9: Penglibatan Keluarga dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

1.3 ANALISA PROGRAM PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PRASEKOLAH SEMASA

PRAKTIKUM

Saya ditugaskan untuk menjalani Praktikum selama dua bulan di Sekolah Kebangsaan Nibong

Tebal, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Kedudukan sekolah ini yang merupakan sekolah Bandar

amat strategik dan berhadapan Klinik Kesihatan Nibong Tebal dan berhampiran dengan

bandar.Kebanyakan ibu bapa murid prasekolah bekerja sebagai pegawai kesihatan, jururawat

dan pekerja kilang.Hal ini memudahkan penglibatan ibu bapa dalam program yang

dilaksanakan di prasekolah SK Nibong Tebal.

Prasekolah SK Nibong Tebal terbahagi kepada dua iaitu Prasekolah Arif dan Prasekolah

Bestari. Saya ditugaskan mengajar prasekolah Arif yang terdiri daripada 6 orang murid enam

tahun dan 15 orang murid berusia 5 tahun. Semasa praktikum berlangsung, kami sempat

menyertai dan membantu mengajurkan beberapa program yang melibatkan ibu bapa iaitu

Sambutan Majlis Jamuan Hari Raya dan Hari Kecemerlangan Sekolah.

1.3.1 Sambutan Majlis Jamuan Hari Raya

Sambutan Majlis Jamuan Hari Raya telah diadakan pada hari rabu, 8 Ogos 2014 pada

peringkat Sekolah. Sambutan Majlis Jamuan Hari Raya ini diadakan bertujuan merapatkan

silaturahim antara guru prasekolah dan murid-murid disamping memberi gambaran kepada

murid tentang suasana sambutan hari raya selaras dengan standard kandungan Kurikulum

Standard Prasekolah Kebangsaan.

Jamuan yang diadakan pada peringkat sekolah ini telah dihadiri oleh sekurang

kurangnya 40 tetamu daripada kalangan ibubapa murid sendiri. Walaupun diadakan pada hari

kerja, ibubapa komited datang ke prasekolah untuk menyambut program jamuan makan

dengan murid-murid. Dari segi kehadiran, sambutan ibubapa di sini amatlah memuaskan. Hal

ini berkemungkinan kebanyakan ibubapa bekerja sendiri seperti meniaga, penoreh getah dan

ada juga yang bekerja sebagai pegawai kesihatan yang tiada masalah untuk datang ke

prasekolah kami kerana kedudukan Klinik Kesihatan berhadapan dengan sekolah.

Banyak kekuatan dan kelemahan dalam majlis ini. Antara kekuatan yang saya dapat

lihat ialah objektif majlis tercapai dimana ibubapa dapat bermesra dan berhubung dengan guru-

guru prasekolah dan berbincang tentang perkembangan anak mereka di sekolah. Selain itu,

ibubapa dapat melihat sendiri tingkahlaku dan perangai anak-anak mereka disekolah disamping

dapat melihat kelemahan-kelemahan dalam struktur pendidikan sekolah dan kemudahan

9

Page 10: Penglibatan Keluarga dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

prasekolah yang perlu ditegur atau diberi sumbangan untuk di naik taraf. Hal ini dapat dilihat

ketika murid membuat persembahan, terdapat masalah dalam sIstem pembesar suara

sehinggakan ibubapa turut menolong dalam membaiki masalah teknikal. Ibu bapa juga telah

melatih anak-anak mereka di rumah untuk persembahan pada hari tersebut. ini adalah kerana

guru meminta ibu bapa untuk melatih dan memantau supaya murid prasekolah berjaya

membuat persembahan dengan jayanya dan lancar. Ibu bapa juga berbual dan berbincang

antara guru dan ibubapa lain mengenai masalah dan hal-hal yang membentuk kemesraan. Ini

dapat dilihat apabila ibubapa sendiri datang membawa bekas kuih raya dan bekalan makanan

untuk dikongsi bersama.

Dari segi kelemahan program ini, saya dapat lihat antaranya ialah bilik makan

prasekolah kami tidak dapat menampung tetamu yang hadir.Adakalanya tetamu daripada kaum

bapa duduk di kerusi luar dan makan di luar.Ini menyebabkan komunikasi terhalang antara guru

dan ibubapa. Mungkin pada masa depan, penambahbaikkan perlu dijalankan iaitu menyusun

semula meja makan agar menjadikan bilik makan lebih luas dan dapat menampung tetamu

yang hadir.

Disamping itu, kelemahan lain ialah ibubapa bertanya mengenai persembahan anak

murid mereka yang tidak terpilih untuk membuat persembahan. Kebiasaannya kami memilih

murid yang berbakat dan semangat untuk membuat persembahan dan murid yang tidak terpilih

hanya goyang kaki sahaja.Hal ini mungkin menyebabkan ibubapa merasakan kahadiran

mereka sia-sia sahaja kerana anak mereka tidak dapat membuat persembahan.Ibu bapa juga

tidak dapat menilai perkembangan dan bakat anak mereka. Hal ini perlu dibaiki pada masa

hadapan iaitu memperbanyakkan lagi persembahan murid, dimana murid yang tidak terpilih

boleh mengambil bahagian misalnya murid yang tidak dapat menyanyi dapat

mempersembahkan sajak untuk persembahan lain.

1.3.2 Sambutan Hari Kecemerlangan Sekolah

Pada setiap tahun, walaupun prasekolah berbeza daripada arus perdana, sekolah kami turut

melibatkan murid prasekolah dalam program hari kecemerlangan dalam kehadiran penuh murid

dan persembahan murid. Hampir 10 orang ibubapa murid prasekolah hadir untuk melihat

persembahan anak mereka dan menerima hadiah kehadiran penuh murid.Ibubapa yang hadir

ini kebanyakkannya ibubapa yang mempunyai anak di arus perdana (tahun 1,2,3,4, dan 5) dan

daripada ibubapa yang bekerja sendiri dan surirumah.

10

Page 11: Penglibatan Keluarga dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

Banyak kelemahan dan kekuatan dalam program ini antaranya dari segi kelemahan,

saya dapat lihat program ini kurang sesuai untuk prasekolah kerana kurangnya input dan

penyertaan untuk prasekolah. Murid prasekolah hanya terlibat dengan penyampaian hadiah

untuk kehadiran penuh dan persembahan pada majlis tersebut. Selebihnya murid hanya duduk

diam dan tidak buat apa-apa. Hal ini menjadikan murid kurang mendapat input dan faedah

berguna sepanjang program tersebut. Selain itu, kelemahan lain termasuklah kurang hubungan

antara ibubapa dan pihak sekolah. Ibubapa hanya datang dan melihat anak mereka mengambil

hadiah dan membuat persembahan dan mendapat sedikit kudapan.Tiada peluang diberikan

kepada ibubapa untuk berhubung dengan guru kelas atau guru prasekolah disebabkan

kesempitan masa.Mungkin pada masa hadapan, jamuan kudapan perlu diadakan bersama-

sama dengan guru kelas dan mungkin ibubapa dan anak mereka juga boleh menerima hadiah

bersama-sama dalam sesi penyampaian hadiah.

Dari segi kekuatan ialah murid secara tidak langsung mendapat pendedahan awal

situasi kelas arus perdana atau lebih dikenali dengan nama program transisi daripada

prasekolah ke sekolah. Murid dapat mengalami sendiri pengalaman bercampur dengan rakan-

rakan darjah 1, 2, 3 dan 4 disamping mengenali guru-guru sekolah arus perdana. Ini membantu

mereka dalam persediaan ke tahun 1 dan mengelakkan kejutan budaya di tahun 1. Ibubapa

juga dapat melihat kesediaan anak mereka juga disamping menilai tingkahlaku dan

perkembangan mereka apabila bergaul dengan rakan-rakan.

11

Page 12: Penglibatan Keluarga dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

SEKOLAH KEBANGSAAN NIBONG TEBALJALAN KLINIK, TAMAN NURI,

NIBONG TEBAL, 14300 PULAU PINANGNO.TEL: 04-593 1419

KERTAS KERJAMAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PRASEKOLAH

SK NIBONG TEBAL

TARIKH:6 Ogos 2014

TEMPAT:PRASEKOLAH SK NIBONG TEBAL

ANJURAN:PRASEKOLAH ARIF DAN BESTARI,

SK NIBONG TEBAL

1.0 PENGENALAN

Aktiviti kokurikulum merupakan salah satu elemen penting dalam melengkapkan lagi

kecemerlangan menyeluruh setiap murid. Bagi memenuhi keperluan ini, kelas prasekolah

dengan kerjasama pihak sekolah SK Nibong Tebal akan melaksanakan Majlis Jamuan Aidilfitri

untuk murid-murid prasekolah SK Nibong Tebal dan ibu bapa murid. Program ini bertujuan

untuk memupuk semangat cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat dan juga

diharap dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan murid, ibu bapa dan juga guru.

2.0 OBJEKTIF 

i) Melahirkan murid yang seimbang dari segi JERIS 

ii) Menerapkan nilai-nilai murni, semangat cintakan negara, berdisiplin dan kerjasama 

iii) Melahirkan murid yang kreatif

12

Page 13: Penglibatan Keluarga dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

iv) Membentuk jati diri dan disiplin murid

v) Membentuk hubungan baik antara ibu bapa dan pihak sekolah.

3.0 TEMPAT DAN TARIKH

Tempat : Prasekolah Sk Nibong tebal

Tarikh   :  6 Ogos 2014

4.0    JUMLAH PESERTA

Jumlah peserta adalah terdiri daripada 25 orang murid prasekolah SK Melangkap dan ibu bapa

murid.

5.0 PENGISIAN PROGRAM

Aktiviti kokurikulum merupakan salah satu elemen penting dalam melengkapkan lagi

kecemerlangan menyeluruh setiap murid. Bagi memenuhi keperluan ini, kelas prasekolah

dengan kerjasama pihak sekolah SK Nibong Tebal akan melaksanakan program kemerdekaan

untuk murid-murid prasekolah SK Nibong Tebal. Program ini bertujuan untuk memupuk

silaturahim antara pihak guru dan ibubapa serta memberikan gambar situasi sebenar sambutan

perayaan Aidilfitri terutama kepada murid prasekolah yang meruakan dari pelbagai kaum.

6.0     TENTATIF PROGRAM

Hari          :  Khamis

Tarikh      :  6 Ogos 2014

Tempat    :  Prasekolah SK Nibong Tebal

Masa        :  9.00 -11.50 am

13

Page 14: Penglibatan Keluarga dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

BIL MASA ACARA CATATAN

1 9.00 – 10.00 Pagi Ucapan Guru Besar dan Guru Prasekolah 

2 10.00 – 10.30 Pagi Persembahan Murid (Nyanyan lagu Hari

raya)

3 10.30-11.30 Pagi Jamuan Makan dan Kudapan

4 11.30-11.50 Pagi Sesi Fotografi

5 11.50 -12.00 Pagi Bersurai

7.0       AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI                      : PN. JAMNAH BINTI HASSAN

TIMBALAN PENGERUSI   : PN. HAFIZAH BINTI ZAINAL ABIDIN

NAIB PENGERUSI 1          : EN MUHAMMAD FAKHRUDDIN BIN BAKRI

SETIAUSAHA                    : EN MUHAMAD RIDHWAN BIN HASHIM

BENDAHARI                      : PN. SUSAN BINTI ABD. RAHMAN

AJK JAMUAN : CIK DAYAH BINTI TASNIM

8.0       ANGGARAN PERBELANJAAN 

BIL PERKARA KOS (RM)

1 JAMUAN

MURID 43 X RM 10

IBU BAPA 80 X RM 10

GURU 30 X RM 10

VIP 5 X RM 15

RM 430

RM 800

RM 300

RM 255

14

Page 15: Penglibatan Keluarga dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

2 Peralatan dan pentas

Alat Persembahan (Props)

Dekorasi Pentas

Penyelenggaraan

RM 300

RM 50

RM 15

3 Protokol

Kad jemputan (RM 0.50 × 85 keping)

Cenderamata VIP (RM 10 × 5 buah)

Cenderamata Ibu Bapa (RM 8 x 80)

RM 42.50

RM 50

RM 640

   RM 2882.50

9.0           PENUTUP 

Diharapkan agar Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2014 ini dapat dijalankan dengan lancar dan

mendapat kerjasama daripada semua pihak serta mencapai objektif yang telah digariskan.

      Disediakan oleh:                                                        Disahkan oleh:

………………………………                                         ……………………………

(MUHAMMAD RIDHWAN BIN HASHIM)                    (PN JAMNAH BT HASSAN)

Setiausaha Majlis Jamuan Aidilfitri                             Guru Besar , SK Nibong Tebal

Prasekolah, SK Nibong Tebal                                      Nibong Tebal, Pulau Pinang

15

Page 16: Penglibatan Keluarga dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

BIBLIOGRAFI

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2010. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

Pusat Perkembangan Kurikulum

Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2008. Kurikulum Permata. Pusat Penyelidikan

Perkembangan Kanak-kanak Negara

Atan Long.1979. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramlah Jantan dan Mahani Razali. 2004. Psikologi Pendidikan – Pendekatan Kontemporari

Edisi Revisi. Perak: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd

16