falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

25
Falsafah Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECS 1123) Nama Pensyarah: Haji Mohamed Ayob Bin Haji Sukani Tokoh-tokoh Teori Pendidikan Awal Kanak- kanak

Upload: kasmiyati-andreas

Post on 23-Jun-2015

1.634 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Tokoh-tokoh teori PAKK.

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

Falsafah Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECS 1123)

Nama Pensyarah: Haji Mohamed Ayob Bin Haji Sukani

Tokoh-tokoh Teori Pendidikan Awal Kanak-kanak

Page 2: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

B.F SkinnerLev Semennovich

Vygotsky

Page 3: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

Biografi B.F Skinner

• Nama sebenar B.F Skinner ialah Burrhus Frederic Skinner.

• Beliau dilahirkan pada 20 Mac 1904, di bandar kecil Pennsylvania Susquehanna dan meninggal dunia pada 18 August 1990.

• B.F.Skinner di gambarkan oleh rakan sepermainan beliau ketika kecil di Pennsylvania seorang yang peramah. 

• Bapanya adalah seorang peguam, dan ibunya seorang suri rumah yang kuat dan bijak.

Page 4: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

Sambungan…

• Beliau suka ke sekolah dan sentiasa yang pertama tiba setiap pagi.

• Sebagai kanak-kanak dan remaja, beliau berminat dalam mencipta perkara-perkara seperti gerabak, rakit, Lastik, dan kapal terbang model.

• Beliau juga berminat dalam tingkah laku haiwan. Beliau membaca banyak tentang haiwan dan memelihara jenis haiwan seperti penyu, ular, cicak dan katak.

Page 5: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

Latar Belakang Pendidikan

• B.F Skinner menerima Ijazah Kesusasteraan Bahasa Inggeris pada tahun 1926 dari Kolej Hamilton dan meluangkan masa menjadi penulis sebelum beliau menjumpai hasil penulisan Watson dan Pavlov.

• Beliau mendapat inspirasi dari penulisan dua tokoh ini dan membuat keputusan untuk melepaskan kariernya sebagai penulis novel dan mengamabil ijazah kedoktoran(Ph.D) dalam  bidang psikologi di Universiti Harvard.

Page 6: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

Sambungan…

• Menerbitkan buku berjudul Behavior of Organism yang mengandungi huraian-huraian prinsip-prinsip utama pelaziman operan berdasarkan kajian-kajian beliau yang telah dijalankan pada tahun 1930-an.

• Selepas tamat pengajian, Skinner telah menjalankan penyiasatan makmal, terutamanya dengan tikus, pada tingkah laku adaptif kepada rangsangan alam sekitar dikawal di Harvard sehingga tahun 1936.

Page 7: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

Teori Pelaziman Operan oleh B.F Skinner

• Teras kepada semua behaviorisme adalah andaian bahawa tingkah laku manusia dan haiwan ditentukan oleh pembelajaran dan pengukuhan.

• Dari pemerhatian Skinner, tingkah laku yang terhasil tidak mengikut urutan kemunculan tingkah laku selepas rangsangan, sama ada terlazim atau tak terlazim, tetapi ianya berlaku kerana kesan daripada rangsangan yang berkenaan.

Page 8: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

Teknik Pelaziman

Operan Skinner

Tingkah laku operan

Tingkah laku

responden

Page 9: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

• Tindak balas dirangsang oleh rangsangan tertentu.

• Berlaku secara automatik dan tidak perlu dipelajari.

• Pembelajaran secara pasif.

• Contoh: apabila tangan terkena air panas, ia akan bertindak balas secara automatik.

Tingkah laku responden

• Tingkah laku berlaku secara spontan @ boleh dijangkakan.

• Gerak balas yang di hasilkan (emitted) dari diri sendiri.

• Pembelajaran secara aktif.

• Contoh : Bayi menangis hendak ibu bapa datang kepadanya.

Tingkah laku operan

Page 10: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

Peneguhan

Peneguhan Positif• Kebarangkalian

berulangnya tingkah laku operan yang diingini (atau tidak diingini) ditambah.

Peneguhan Negatif• Kebarangkalian

berulangnya tingkah laku operan ditambah dengan memindahkan, melupuskan atau menghapuskan stimuli yang menganggu.

Page 11: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

Sesuatu kemahiran yang telah dikuasai dan tidak dipraktikan dalam sesuatu tempoh lama akan dilupakan.

Keadaan kehilangan sesuatu yang telah lama dipelajari.

Kelupaan

Proses dimana kewujudan tingkah laku bertambah kurang apabila peneguhan diberikan dalam satu tempoh yang agak lama.

Kelenyapan ialah percubaan untuk mengikis sesuatu yang dipelajari.

Kelenyapan

Page 12: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

Pelepasan dan Pengelakan

Pelepasan Percubaan untuk melupakan diri dari

peneguhan negatif itu cara yang tidak diingini.

PengelakanPercubaan untuk melarikan diri daripada

peneguhan yang tidak seronok.

Page 13: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

Implikasi dalam P&P

• Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran dapat dikukuhkan

• Penggunaan peneguhan positif yang membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negetif yang membawa kesakitan.

• Prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini.

Page 14: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

• Membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi.• Merancang dan melaksanakan peneguhan berterusan

dan peneguhan berkala.• Peneguhan negatif pula sesuai digunakan untuk

mendapat tingkah laku yang sesuai.

Page 15: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

Biografi Lev semennovich Vygotsky

• Lev Vygotsky Semennovich telah dilahirkan di Barat Rusia (Belorussia) pada tahun 1896 dan meninggal dunia pada tahun 1934.

• Bapa beliau adalah seorang banker.• Beliau dibesarkan di bandar, di mana beliau

memperoleh kedua-dua pendidikan awam dan swasta.• Beliau merupakan seorang psikologi berbangsa

Rusia. • Beliau juga seorang guru dan sarjana sastera. • Beliau telah menulis buku tentang ‘Pemikiran dan

Bahasa’ dan ‘Fikiran Masyarakat’.

Page 16: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

Latar Belakang Pendidikan• Mendapatkan pendidikan awal daripada ibunya sendiri yang

merupakan seorang guru dan mempunyai seorang tutor peribadi yang bernama Solomon Ashpiz.

• Beliau meneruskan pengajian sekolah menengahnya di sebuah sekolah persendirian. 

• Menamatkan pengajian sekolah menengahnya dengan anugerah medal emas. 

• Beliau menamatkan pengajian di Moscow State University pada 1917. 

• Setelah tamat pengajian, beliau bekerja di beberapa tempat. Antaranya ialah Institut Psikologi pada pertengahan 1920 dan di beberapa pusat pendidikan di Moscow, Lerningrad dan Kharkow di mana beliau bekerja keras menyatakan ideanya tentang perkembangan kognitif.

Page 17: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

Teori Sosiobudaya Vgotsky

• Teori ini mencadangkan bahawa interaksi sosial membawa kepada perubahan langkah-demi-langkah berterusan dalam pemikiran dan tingkah laku kanak-kanak yang boleh berbeza dari budaya ke budaya (Woolfolk, 1998).

• Vgotsky menyatakan bayi lahir dengan beberapa “fungsi asas mental” (elementary mental function), iaitu perhatian, sensasi, persepsi dan memori.

Page 18: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

Sambungan…

• menyatakan bahawa perkembangan kanak2 bergantung kepada interaksi kanak2 dengan orang ada di sekitarnya yang menjadi alat penyampaian sesuatu budaya yang membantu mereka membina pandangan tentang sekelilingnya.

• Kanak-kanak akan lebih tinggi tahap pemikiran dan tingkah lakunya apabila berinteraksi dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya.

• Teori Vygotsky ini merupakan teori gabungan antara kognitif dengan persekitaran sosial.

Page 19: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

Kognitif

• Merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan keintektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti pemyelesaian masalah memahami, menganalisa dan pemahaman tentang dirinya.

• Teori PKK Vgotsky mempunyai dua faktor utama:

- Interaksi sosial

- kemahiran berbahasa

Page 20: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

• Pemikiran kanak-kanak berkembang akibat dari pergaulan dengan orang lain.

• Pergaulan dan interaksi yang bermakna ini selalunya di antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan.

• Kanak-kanak akan bergaul dengan masyarakat sekelilingnya dan kemudianya akan menggunakan maklumat yang diperolehi dalam berinteraksi yang lain iaitu mungkin semasa bermain atau berdepan dengan situasi yang hampir sama di masa akan datang.

Interaksi SosialKemahiran Berbahasa

Page 21: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

Perkembangan Kognitif

• Peringkat sosial yang mana maklumat yang diperoleh hasil daripada interaksi antara dua individu seperti ibu bapa, rakan-rakan dan jiran.

• Peringkat individu iaitu kebolehan menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu.

Page 22: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

Zon Perkembangan Proksimal

• Kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.

• Dalam zon perkembangan proksimal terdapat had atas dan had bawah.

• Had atas ialah kemahiran yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir

Page 23: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

Konsep perencah (scaffolding)

• Mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan dan berkait rapat dengan zon perkembangan proksimal.

• Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses perencah untuk mendapat konsep-konsep baru dan lebih sistematik.

Page 24: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

Sambungan…

• Menurut Vgotsky, berkomunikasi dengan diri sendiri juga boleh dijadikan salah satu perkembangan kanak-kanak yang bagus kerana dapat mengawal tingkah lakunya sendiri. Malah kanak-kanak yang sering bercakap dengan diri sendiri lebih cekap dalam kemahiran sosial berbanding kanak-kanak yang tidak bercakap sendiri.

Page 25: Falsafah pendidikan awal kanak kanak ( pp) (2)

Tamat..Sekian terima kasih

Disediakan oleh: Harniati Binti Alimin (4123014336)

Kasmiyati Binti Andreas (4123014331)