pengenalan pemasaran

14
PENGENALAN KEPADA PEMASARAN Pemasaran adalah merupakan salah satu aspek penting dalam memulakan sesebuah perniagaan. Pemasaran juga mempunyai pelbagai definisi yang diutarakan oleh beberapa tokoh misalnya Philip Kotler, pemasaran adalah kegiatan manusia yang diarahkan untuk memenuhi kebutuhan dan keinginan melalui proses pertukaran. Mengikut beliau pemasaran adalah satu proses untuk menyelesaikan masalah secara proses bersistem. Seterusnya, menurut Philip Kotler dan Amstrong pemasaran adalah sebagai suatu proses sosial dan pengurusan yang membuat individu dan kelompok memperoleh apa yang mereka butuhkan dan inginkan lewat penciptaan dan pertukaran timbal balik produk dan nilai dengan orang lain. Kerjasama antara Philip Kotler dan Amstrong telah mewujudkan satu definisi yang cenderung kepada spesifik proses pemasaran iaitu pemasaran adalah suatu sistem total dari kegiatan perniagaan yang dirancang untuk merencanakan, menentukan harga, promosi dan menghasilkan barang- barang yang dapat memuaskan keinginan dan mencapai pasar sasaran serta tujuan perusahaan. Tambahan pula, menurut W Stanton, pemasaran adalah sistem keseluruhan dari kegiatan usaha yang ditujukan untuk merencanakan, menentukan harga, mempromosikan dan mengagihkan barang dan jasa yang dapat memuaskan kebutuhan pembeli mahupun pembeli potensi.

Upload: muhammad-syafiq

Post on 25-Jul-2015

212 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN PEMASARAN

PENGENALAN KEPADA PEMASARAN

Pemasaran adalah merupakan salah satu aspek penting dalam memulakan

sesebuah perniagaan. Pemasaran juga mempunyai pelbagai definisi yang diutarakan

oleh beberapa tokoh misalnya Philip Kotler, pemasaran adalah kegiatan manusia yang

diarahkan untuk memenuhi kebutuhan dan keinginan melalui proses pertukaran.

Mengikut beliau pemasaran adalah satu proses untuk menyelesaikan masalah secara

proses bersistem.

Seterusnya, menurut Philip Kotler dan Amstrong pemasaran adalah sebagai

suatu proses sosial dan pengurusan yang membuat individu dan kelompok memperoleh

apa yang mereka butuhkan dan inginkan lewat penciptaan dan pertukaran timbal balik

produk dan nilai dengan orang lain.

Kerjasama antara Philip Kotler dan Amstrong telah mewujudkan satu definisi

yang cenderung kepada spesifik proses pemasaran iaitu pemasaran adalah suatu

sistem total dari kegiatan perniagaan yang dirancang untuk merencanakan,

menentukan harga, promosi dan menghasilkan barang- barang yang dapat memuaskan

keinginan dan mencapai pasar sasaran serta tujuan perusahaan.

Tambahan pula, menurut W Stanton, pemasaran adalah sistem keseluruhan dari

kegiatan usaha yang ditujukan untuk merencanakan, menentukan harga,

mempromosikan dan mengagihkan barang dan jasa yang dapat memuaskan kebutuhan

pembeli mahupun pembeli potensi.

Mengikut ketiga-tiga definisi tersebut, mereka semua sepakat bahawa

pemasaran adalah satu kegiatan dalam kelompok manusia untuk menghasilkan satu

produk untuk menyelesaikan masalah dan memenuhi keinginan pengguna.

1

Page 2: PENGENALAN PEMASARAN

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi tentang pemasaran, terlebih dahulu kita

hendaklah memahami konsep pemasaran. Intipati konsep pemasaran adalah meliputi

kebuntuhan, keinginan, permintaan, produksi, keperluan, nilai dan kepuasan,

pertukaran, transaksi dan hubungan pasar dan pemasaran. Kita dapat membezakan

antara kebuntuhan, keinginan dan permintaan.

Kebuntuhan adalah suatu keadaan yang tidak mempunyai kepuasan dasar

tertentu. Keinginan adalah kehendak yang kuat akan pengguna yang spesifik terhadap

kebuntuhan-kebuntuhan yang lebih mendalam. Selain itu, permintaan adalah keinginan

akan produk yang spesifik yang didukung dengan kemampuan dan kesediaan untuk

membelinya.

Konsep pemasaran mengatakan bahawa kunci untuk mencapai tujuan

organisasi terdiri daripada penentuan kebuntuhan dan keinginan keutamaan pasaran

serta memberikan kepuasaan yang diharapkan secara lebih efektif dan efisien

dibandingkan dengan para pesaing.

Secara umumnya,pemasaran adalah satu proses dalam kegiatan seharian

manusia untuk menhasilkan satu produk bagi menyelesaikan masalah yang timbul dan

juga memenuhi kepuasan manusia tidak kira dari keperluan harian,makanan, mahupun

keperluan ringan.

Dalam pemasaran terdapat pelbagai proses yang penting dalam menjayakan

sesuatu produk untuk diperkenalkan secara meluas dan terdapat pelbagai aspek

penting yang menjadi intipati ataupun tunjang kepada permulaan pemasaran .

Pemasaran dikaitkan dengan kepuasan pelanggan,oleh itu pemasaran adalah

sesuatu yang subjektif kerana pemasaran adalah satu strategi untuk meningkatkan

mutu produk dan memenangi hati pelanggan berdasarkan kepuasaan pelanggan.

2

Page 3: PENGENALAN PEMASARAN

PEMASARAN PRODUK

Kami telah membuat beberapa kajian tentang produk yang berpontensi dan

berdaya saing untuk diperkenalkan di pasaran. Kami mendapati bahawa terdapat tiga

produk yang sesuai dan mudah untuk dipasarkan. Produk tersebut adalah kepingan

coklat, Kuih Lapis Sarawak, dan Kerepek Ubi.

Kepingan Coklat

Pada umumnya, coklat mula dihasilkan di negara-negara barat terutamanya di

negara Sepanyol. Coklat kemudiannya diperkenalkan di Perancis, Belanda dan

Inggeris. Perkembangan ini telah menjadikan coklat sesuatu yang di sukai oleh kanak-

kanak, remaja, mahupun orang dewasa. Selain daripada rasanya yang lazat, coklat

ternyata berkhasiat terutamanya dalam membuat umur seseorang itu menjadi lebih

panjang.

Namun pun begitu, negara kita iaitu negara Malaysia juga berupaya untuk

menghasilkan kepingan coklat yang tidak kurang hebatnya dengan negara-negara luar.

Oleh yang demikian, kami menyokong pengeluaran produk hasil buatan Malaysia

mengikut kemampuan dan kreativiti kami sendiri.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan coklat mudah untuk dipasarkan di

Malaysia. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Universiti Havard, coklat

mengandungi Trytophan iaitu bahan yang digunakan oleh otak untuk menghasilkan

neurotransmitter serotonin yang boleh mendatangkan rasa gembira. Faktor ini

dikukuhkan lagi menerusi citarasa peminat-peminat coklat di Malaysia yang

mengutamakan khasiat dan kualiti coklat tersebut.

3

Page 4: PENGENALAN PEMASARAN

Seterusnya, penghasilan kepingan coklat ini juga tidak memakan belanja yang

besar kerana pokok koko yang menghasilkan coklat tersebut boleh ditanam di Malaysia.

Tambahan pula, pengeluaran buatan tempatan juga lebih sesuai dan selamat untuk

dimakan oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Berbanding dengan coklat import, coklat tempatan terutamanya yang dihasilkan

oleh usahawan Muslim tidak perlu diragukan dari segi halal haram kerana tidak

menggunakan alkohol yang merupakan suatu amalan biasa dalam kalangan pengeluar

coklat luar negara. Dari segi harga pula, coklat tempatan adalah lebih murah jika

dibandingkan dengan coklat luar negara. Hal ini disebabkan oleh bahan-bahan yang

diperlukan untuk menghasilkan coklat tersebut boleh didapati di negara sendiri Dan

tidak perlu import dari negara luar.

Selain itu, pemasaran coklat tempatan juga mempunyai potensi dalam

meningkatkan lagi peratus keuntungan atau pendapatan disebabkan permintaan yang

meningkat ketika cuti persekolahan atau musim perkhawinan kerana perubahan cita

rasa menyebabkan ada yang menggantikan bunga telur dengan coklat. Malah, coklat

juga sesuai dijadikan hadiah untuk hari tertentu seperti hari kekasih dan hari jadi.

Kek Lapis Sarawak

Kek lapis Sarawak adalah salah satu kuih tradisional orang Malaysia yang

digemari Potensi pengeluaran kek lapis Sarawak tidak terhad kepada musim

perayaan,hal ini kerana kek lapis Sarawak merupakan hidangan pencuci mulut yang

popular dalam majlis kahwin,mesyuarat rasmi,dan pelbagai majlis lagi.

Keenakan dan bentuk kuih kek ini amatlah digemari dan sesuai dijadikan

santapan ringan.Kek lapis Sarawak juga diangkat taraf sebagai kek yang boleh

menyaingi kek yang terkenal di Malaysia ,sebagai contoh Kek keju dan kek coklat.Kek

lapis berdiri sebaris dengan kek yang terkenal di eropah.

4

Page 5: PENGENALAN PEMASARAN

Bidang perniagaan makanan malaysia telah mendapat permintaan tinggi dalam

serta luar Negara.Pemasaran kek lapis Sarawak adalah satu daripada pemasaran

makanan,oleh itu untuk memulakan pemasaran kek lapis Sarawak haruslah mengkaji

potensi dan keperluan masyarakat setempat. Menentukan jenis produk dan mengetahui

keperluan pengguna,kehendak,permintaan,dan produk juga antara teras yang penting

dalam memulakan pemasaran.Keperluan produk kek lapis Sarawak hendaklah selaras

dengan permintaan masyarakat setempat.

Antara objektif strategik ialah meluaskan perniagaan kek lapis Sarawak ,dalam

mencapai objektif terdapat banyak proses yang terlibat ,antaranya ialah

pengiklanan,jualan dan pengenalan kepada kek lapis Sarawak melalui badan kerajaan

seperti Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa).

Melalui badan tersebut lebih mudah untuk memasarkan produk melalui karnival

yang diadakan seperti Karnival Desa Malaysia.Selain itu,penetapan harga haruslah

dibuat untuk menyenangkan para pelanggan dan memenuhi teras pemasaran yang

diperlukan.

Pencampuran pemasaran adalah penting kerana konsep ini merupakan aspek

penting dalam strategi pemasaran,antara campuran yang boleh dibuat ialah

pencampuran bahan seperti kek lapis dicampur dengan keju ataupun coklat.Kelainan

yang dibuat boleh mewujudkan permintaan yang lebih tinggi dan haruslah bersedia

dengan kehendak pelanggan .Selain bahan , bentuk kek juga boleh diubah mengikut

citarasa pelanggan dan menawarkan pelbagai jenis tempahan kepada para pelanggan.

5

Page 6: PENGENALAN PEMASARAN

Kerepek

Kerepek merupakan makanan yang digemari oleh masyarakat semenanjung.

Ianya dihasilkan di Johor. Pada zaman pemerintahan Jepun, makanan lain seperti nasi

telah dihadkan. Masyarakat pada zaman itu mengambil inisiatif untuk menanam ubi dan

membuat makanan harian. Pada zaman sekarang, ubi dijadikan kerepek.

Ia mempunyai pelbagai jenis kerepek ubi seperti kerepek ubi basah, pedas dan

lada hitam. Kerepek ini dimakan pada bila-bila masa sahaja. Walaupun Negara lain

telah menghasilkan kerepek yang lebih sedap, namun ramai rakyat Malaysia

menjadikan kerepek Malaysia sebagai pilihan utama kerana murah dan mempunyai

pelbagai citarasa.

Pokok ubi mudah didapati di tanah semenanjung kerana ianya mudah ditanam

dan sesuai ditanam. Kebiasaannya, kerepek ini menjadi tarikan pelanggan apabila

tibanya hari raya. Selain itu, kerepek ubi ini dijadikan sebagai cenderahati kepada

tetamu yang hadir pada hari perkahwinan.

Proses yang diambil untuk memasarkan kerepek ini dengan cara mengiklankan

di media cetak. Tambahan pula, ia juga boleh dibuat secara promosi jualan murah

dengan cara borong agar pembeli dapat membeli dengan cara yang murah. Kandungan

dalam iklan mestilah mempunyai tarikan yang menarik dan yang boleh diterima oleh

setiap pelanggan.

Jika hendak memulakan pererniagaan, cara memasarkan ialah dengan cara

memberi tahu kepada masyarakat setempat supaya mendapat pelanggan di kawasan

sendiri. Jika permintaan terhadap kerepek tinggi, pengusaha hendaklah meningkatkan

lagi produk dan dapat membekalkan produk ke luar daerah.

Proses campuran pemasaran ialah dengan memcampurkan kerepek ubi dengan

kerepek pisang. Ini lagi dapat mempelbagaikan juadah kerepek. Selain itu juga,kerepek

ubi ini boleh dibuat kerepek sambal, lada sula dan kerepek kering.

6

Page 7: PENGENALAN PEMASARAN

PEMILIHAN PRODUK

Pada pendapat kami, antara ketiga-tiga produk yang kami utarakan tadi dan

mengikut dari kemudahan prasarana pemasaran, produk yang paling berpontensi

adalah kerepek ubi. Sebagaimana yang kita tahu, produk kerepek ini telah lama

bertapak kukuh dalam ekonomi makanan ringan Malaysia di bawah kelolahan Angkatan

Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa).

Permintaan yang tinggi terhadap makanan ringan Malaysia luar serta dalam

negara telah meningkat secara drastik selama lima tahun sejak kebelakangan ini.

Sebagai contoh, antara produk yang telah mendapat tempat dalam pasaran ialah

perniagaan kerepek. Hal ini demikian, pembekal bahan mentah untuk kerepek senang

untuk didapati. Misalnya, ubi kayu, pisang, ubi manis dan sebagainya.

Antara aspek-aspek yang perlu ada dalam pemasaran kerepek ialah penetapan

produk, penyelarasan harga, keberkesanan promosi, dan kesusuaian tempat.

Penetapan produk diperlukan untuk memberi kemudahan kepada pelanggan untuk

mengenalpasti apa yang hendak dipasarkan mengikut citarasa pelanggan.

Penyelarasan harga pula digunakan untuk memudahkan urusan transaksi

ataupun urusniaga. Ini merupakan transaksi yang amat penting berdasarkan

persetujuan kedua-dua pihak dari segi nilai barang yang ditukarkan dan juga

penyelarasan inilah yang membolehkan pertukaran tersebut berlaku.

7

Page 8: PENGENALAN PEMASARAN

Keberkesanan promosi juga dikenali sebagai komunikasi pemasaran untuk

disasarkan kepada pengguna ataupun dipopular dalam kalangan pengguna. Promosi

bertujuan untuk mendapatkan perhatian mengajar, memujuk, dan meyakinkan

pengguna.

Kesesuaian tempat ini adalah berkait rapat dengan sosiobudaya sesuatu tempat.

Ini juga merupakan salah satu strategi pemasaran untuk mempengaruhi keputusan

belian konsumer. Hal ini kerana wujudnya sub-budaya dalam masyarakat heterogen

iaitu di mana terdapat pelbagai bangsa dan etnik yang bersesuaian sekali dengan

negara Malaysia.Secara kesimpulannya, promosi ini merupakan pendekatan terus

kepada masyarakat konsumer.

CAMPURAN PEMASARAN 4P

Produk kerepek ubi adalah salah atu produk yang sudah lama bertapak dalam

ekonomi Malaysia. Oleh itu, satu perubahan haruslah dibuat kepada produk untuk

memperbaharui pandangan masyarakat terhadap kerepek ubi. Secara kebiasaanya,

kerepekubi dibungkus dalam plastik lutsinar.

Perkara ini menimbulkan kebosanan kepada pelanggan sebelum marasainya.

Akn tetapi jika dibungkus secara elok dan menarik seperti makanan ekslusif maka

pandangan para pelanggan terhadap makanan tersebut akan berubah seterusnya

menambat hati para pelanggan.

Penentuan harga bagi produk ini adalah elemen yang paling penting kepada

pembeli dan penjual. Penentuan ini juga dapat mengukur tahap kualiti kerepek ubi yang

dijual di pasaran. Sebelum diberi harga, akan diadakan sistem penentuan harga

tertentu untuk mencapai sesuatu kualiti. Kerepek ubi akan ditentukan harganya

mengikut jenis dan rasa yang ditambah pada kerepek tersebut.

8

Page 9: PENGENALAN PEMASARAN

Harga bagi produk ini dipelbagaikan kerana pembeli boleh membeli terus melalui

borong dalam 1Kg, 5Kg, 10Kg dan seterusnya . Produk ini juga boleh dijual dalam pek

kecil dalam lingkungan 50g hingga 1Kg. Harga bagi setiap paket atau borong

mempunyai harga yang berbeza. Harga bagi paket yang kecil ialah RM 1.00 bagi berat

50g dan RM2.00 bagi paket 100g dan seterusnya. Jika dibeli secara borong harganya

lebih murah bergantung kepada jenis dan berat produk.

Pengedaran produk ini akan melalui beberapa proses pengagihan seperti

penyelidikan pemasaran, perancangan produk, perkhidmatan pelanggan, dan

pembelian. Pengedaran juga akan dilakukan mengikut pengeluar, pemborong dan

peruncit untuk menghasilkan satu sistem bersepadu. Antara aspek penting dalam

pengedaran ialah sistem logistic yang berkait rapat dengan pengangkutan,

pemprosesan pesanan, penggudangan, dan kawalan inventori. Sermua aspek ini

mempunyai kualiti yang menyeluruh.

Pengeluaran produk ini dibuat melalui industri kecil, iaitu diusahakan secara

kecil-kecilan kerana ubi merupakan salah satu makanan tempatan yang tidak begitu

menyerlah di pasaran. Hal ini menyebabkan kebanyakan pengusaha tidak mengambil

ubi sebagai sumber pendapatan mereka. Produk ini biasanya diedarkan kepada

peniaga kecil seperti kedai runcit dan pasar borong. Walaupun begitu, kerepek ubi ini

mempunyai permintaan yang tinggi dalam kalangan orang tempatan terutama sekali di

kawasan desa atau kawasan-kawasan luar Bandar.

Promosi kerepek ubi adalah mudah ini kerana kerepek ubi merupakan

perniagaan pemakanan dan ia boleh dipromosikan melalui pengiklanan, promosi jualan,

jualan peribadi, pemasaran langsung, dan perhubungan awam. Secara amnya, kami

akan mempromosikan kerepek ubi kami ini melalui karnival desa Malaysia yang

memberi pendekatan terus terhadap makanan ringan buatan Malaysia.

9

Page 10: PENGENALAN PEMASARAN

Karnival ini memberi ruang kepada para pelanggan untuk merasai dan menikmati

kerepek ubi yang dipasarkan sekaligus menyasarkan pembelian yang tinggi melalui

promosi tersebut. Seterusnya, kami akan mengiklankannya dalam majalah-majalah

terutama sekali dalam majalah makanan-makanan ringan. Proses-proses promosi ini

akan kami lakukan dengan lebih teliti agar memberi kesan yang maksimum.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, terdapat tiga falsafah dalam pengurusan pemasaran,

iaitu pendekatan pengeluaran, pendekatan penjualan, dan pendekatan pemasaran

moden. Selain itu, terdapat juga tiga komponen utama dalam pendekatan strategik

pemasaran iaitu mendefinisikan misi syarikat yang sebenarnya, membentuk objektif

atau matlamat syarikat, dan menganalisis jenis portfolio perniagaan yang sedang

dijalankan.

Proses pemasaran pula meliputi menganalisis peluang-peluang pemasaran,

memilih sasaran pasaran, membentuk campuran pemasaran, dan mengurus usaha-

usaha pemasaran. Gelagat pengguna dapat dilihat melalui Model Kotak Hitam Pembeli.

Tambahan pula, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna.

Antaranya ialah faktor persekitaran atau sosial, dan faktor dalaman atau psikologi.

Seterusnya, campuran pemasaran merangkumi produk, pengedaran, penentuan

harga dan promosi. Semua elemen ini penting bagi meningkatkan kualiti pemasaran

sesuatu produk seperti produk kerepek ubi yang kebiasaannya dianggap sebagai

makanan sampingan. Secara tidak langsung, dengan mempratikkan semua aspek

dalam pemasaran maka produk kerepek ubi akan menjadi suatu makanan eklusif

setanding dengan makanan-makanan yang lain.

10