pemasaran ikan siakap

40
PELAN PEMASARAN IKAN SIAKAP 2003 – 2010 1. PENGENALAN Ikan siakap merupakan ikan ternakan yang popular dan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Hidup di pesisiran pantai, muara, teluk di kawasan tropika dan sub-tropika. Ikan siakap juga dikenali dengan nama Barramundi di Australia. Siakap dari Asia-Pasifik adalah dari spesis Lates carcarifer. Siakap banyak terdapat di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand. Ia dipelihara atau dikultur secara komersial sama ada dalam kolam atau sangkar air payau/masin atau air tawar. Malaysia merupakan salah sebuah negara penternak utama siakap di Asia. Terdapat beberapa spesis ikan diternak di dalam sangkar laut, terutamanya siakap (Lates calcarifer) Grouper (pinaphelus sp.) Snapper (Lutionuns johni) dan Rabbit fish (Sigenus sp.). Bagaimanapun, siakap adalah ikan yang biasa diternak kerana anak-anak ikan boleh dikomersilkan di tempat penetasan dan boleh diperolehi sepanjang tahun. 2. ANALISA SITUASI 2.1 Pengeluaran Ikan Siakap 2.1.1 Pengeluaran Dunia Pengeluaran ikan siakap berkembang dengan kadar 7.0 peratus setahun. Pengeluaran dunia ikan ini pada tahun

Upload: mohd-zaki-haron

Post on 04-Jul-2015

452 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: pemasaran ikan siakap

PELAN PEMASARAN IKAN SIAKAP 2003 – 2010

1. PENGENALAN

Ikan siakap merupakan ikan ternakan yang popular dan mempunyai nilai

ekonomi yang tinggi. Hidup di pesisiran pantai, muara, teluk di kawasan

tropika dan sub-tropika. Ikan siakap juga dikenali dengan nama

Barramundi di Australia. Siakap dari Asia-Pasifik adalah dari spesis Lates

carcarifer. Siakap banyak terdapat di Malaysia, Indonesia, Singapura dan

Thailand. Ia dipelihara atau dikultur secara komersial sama ada dalam

kolam atau sangkar air payau/masin atau air tawar.

Malaysia merupakan salah sebuah negara penternak utama siakap di Asia.

Terdapat beberapa spesis ikan diternak di dalam sangkar laut,

terutamanya siakap (Lates calcarifer) Grouper (pinaphelus sp.) Snapper

(Lutionuns johni) dan Rabbit fish (Sigenus sp.). Bagaimanapun, siakap

adalah ikan yang biasa diternak kerana anak-anak ikan boleh

dikomersilkan di tempat penetasan dan boleh diperolehi sepanjang tahun.

2. ANALISA SITUASI

2.1 Pengeluaran Ikan Siakap

2.1.1 Pengeluaran Dunia

Pengeluaran ikan siakap berkembang dengan kadar 7.0

peratus setahun. Pengeluaran dunia ikan ini pada tahun

Page 2: pemasaran ikan siakap

2

2000 ialah 96,247 MT. Pengeluaran ini termasuklah dari

sumber tangkapan dan ternakan. Indonesia merupakan

pengeluar utama ikan ini dengan keluaran sebanyak 75,390

MT mewakili 78% dari jumlah pengeluaran dunia ikan siakap

Asia, diikuti oleh Thailand (7%) dan Malaysia (5%). Jadual

1 menunjukkan aliran pengeluaran ikan siakap Asia mulai

tahun 1996 hingga 2000.

Jadual 1 : Pengeluaran Dunia Ikan Siakap (1996-2000) Negara 1996 1997 1998 1999 2000 Malaysia 3739 4361 7126 6607 5129 Indonesia 52711 58425 67232 70914 75390 Australia 2929 2843 3263 4164 4029 Singapore 305 301 275 269 346 Taiwan 6995 5682 5759 5026 3958 Philippines 3049 553 655 784 642 Brunei 72 69 74 41 32 China 144 72 71 34 82 Thailand 4087 4126 6844 6086 6630 TOTAL 74031 76432 91299 93925 96238

Sumber: FAO Year Book Unit : MT

Pengeluaran ikan siakap di Asia tidak hanya melalui ternakan

tetapi juga daripada sumber tangkapan. Malahan

pengeluaran dunia daripada sumber tangkapan masih

menguasai bekalan ikan siakap dunia. Dalam tahun 2000,

pengeluaran dunia bagi ikan siakap secara tangkapan ialah

76,181 MT iaitu 79% dari keseluruhan pengeluaran ikan

siakap . Rajah 1 menunjukkan kaedah pengeluaran ikan

siakap di Asia pada tahun 2000.

Page 3: pemasaran ikan siakap

3

Graf 1

KAEDAH PENGELUARAN IKAN SIAKAP PADA TAHUN 2000

21%

79%

Ternakantangkapan

Penternakan ikan siakap telah mula dibiak secara besar-

besaran di Thailand sejak tahun 70-an dan pengeluaran

semasa dunia bagi ikan siakap yang diternak adalah 20,000

MT di mana pengeluar terbesar ialah Thailand, Taiwan,

Malaysia dan Indonesia. Ikan siakap juga dikeluarkan

secara kecil-kecilan di Singapura, Brunei, Hong Kong dan

China. Jadual 2 menunjukkan aliran pengeluaran ikan siakap

secara ternakan mulai tahun 1996 hingga 2000.

Jadual 2 : Jumlah Pengeluaran Ikan Siakap Secara Ternakan (1996-2000)

NEGARA 1996 1997 1998 1999 2000

Malaysia 2417 3487 5246 5210 3428 Indonesia 4401 2483 2039 5741 4720 Australia 596 487 683 895 934 Singapore 266 243 236 240 305 Taiwan 6981 5673 5733 4979 3926 Brunei D.S 72 69 74 41 32 French Polynesia 10 2 1 0.5 9 China,Hong Kong SAR

144 72 71 34 82

Thailand 4087 4126 6844 6086 6630 JUMLAH 18974 16642 20927 23226.5 20066

Page 4: pemasaran ikan siakap

4

Sumber: FAO Year Book Unit: M. Tan

Malaysia mengeluarkan ikan siakap yang diternak dalam

jumlah yang besar berbanding dengan yang ditangkap.

Daripada statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan,

dalam tahun 2000, Malaysia mengeluarkan 3,428 tan siakap

yang diternak dan 1701 tan daripada sumber tangkapan.

Dalam jangkamasa di antara 1995 – 2000, pengeluaran

siakap ternakan telah meningkat dari 2,206 ton kepada

3,428 ton, dengan kadar pengeluaran tahunan sebanyak 11

peratus. Pengeluaran paling tinggi iaitu sebanyak 3,608 tan

dicatat pada tahun 1998. Bagaimanapun statistik FAO

mencatat data pengeluaran yang tinggi pada tahun 1999

iaitu sebanyak 5,210 tan menjadikan Malaysia sebagai

pengeluar ikan siakap kedua terbesar selepas Thailand.

Jadual 3 menunjukkan kaedah pengeluaran ikan siakap di

Malaysia pada tahun 1995-2000.

Jadual 3 : Pengeluaran Ikan Siakap Di Malaysia 1995-2000 KATEGORI 1995 1996 1997 1998 1999 2000

Tangkapan 1319 1322 879 1880 1397 1701

Ternakan 2206 2417 3485 5246 5210 3428

Jumlah 3525 3739 4364 7126 6607 5129

Sumber: FAO Year Book Unit: M. Tan

Page 5: pemasaran ikan siakap

5

Graf 2

PENGELUARAN IKAN SIAKAP MALAYSIA

0

1000

2000

3000

4000

5000

6000

1995 1996 1997 1998 1999 2000

TAHUN

M.T Tangkapan

Ternakan

2.1.2 Pengeluaran Ikan Siakap Eropah (European Seabass)

Terdapat lain-lain jenis ikan siakap di pasaran seperti

European Seabass (Dicentrerhus lebrex) dan Chilean

(Photogonian toofish). European seabass diternak

kebanyakannya di Selatan Eropah dan negara-negara

Mediterranean seperti Peranchis, Greece, Italy, Sepanyol,

Portugal dan Malta. Jadual 4 menunjukkan pengeluaran ikan

siakap Eropah dari tahun 1996-2000.

Page 6: pemasaran ikan siakap

6

Jadual 4 : Pengeluaran Ikan Siakap Eropah 1996-2000

Graf 3

Pengeluaran European seabass yang diternak adalah lebih

dari 51,000 tan pada tahun 2001 di mana Greece

mengeluarkan 50% daripadanya.

2.2 Analisa Produk

Hampir keseluruhan hasil tangkapan dan ternakan ikan siakap

dijual dalam bentuk hidup atau sejuk beku. Dari statistik

NEGARA 1996 1997 1998 1999 2000 Israel 66 - 30 26 150 Croatia 172 394 1152 1300 1300 Greece 11662 15193 18469 23935 26668 Italy 3800 4600 5850 7200 8100 Malta 621 720 720 80 234 Morocco 407 568 563 365 250 Portugal 327 511 513 719 653 Slovenia 53 29 54 35 46 Spain 693 511 936 1227 1837 Tunisia 200 565 551 254 202 Egypt 977 2238 3612 2725 11031 JUMLAH 18978 25329 32450 37866 50471

P e nge lua ra n Europe a n S e a ba ss Dun ia 1996-2000

010000

2000030000

4000050000

60000

1996 1997 1998 1999 2000

Ta hun

Jum

lah

Page 7: pemasaran ikan siakap

7

perdagangan FAO 2000, sebanyak 14% dari jumlah nilai eksport

ikan siakap yang didagangkan ialah dalam bentuk sejuk beku

(frozen), manakala 86%, dalam bentuk segar atau ‘chilled’.

2.2.1 Ciri-Ciri Biologi Ikan Siakap

a) Klasifikasi taksonomi siakap adalah seperti berikut:

Filum : Chordata

Sub-Filum : Vetebrata

Kelas : Pisces

Sub-Kelas : Teleostami

Order : Percomorphi

Famili : Centropomidae

Genus : Lates

Species : Lates carcarifer

Terdapat di perairan Pasifik Barat dan Lautan Hindi

(kawasan tropika dan sub tropika), Selatan Asia,

Utara Australia dan Barat Afrika. Bersifat durihalin

dan katadromus, ikan matang akan berada dalam

muara sungai (saliniti 30 – 32 ppt dan 10 – 15m).

Peringkat benih (15 – 20 hari atau 0.4 – 0.7 cm)

boleh didapati di sepanjang pantai dan kawasan air

payau. Benih-benih yang lebih besar (<1.0 cm) boleh

didapati di kawasan air tawar, contoh di tasik dan

bendang yang bersambung dengan sungai utama di

Page 8: pemasaran ikan siakap

8

mana ia akan membesar di air tawar dan membiak di

air masin.

2.2.2 Ekologi Pembiakan Ikan Siakap

Ikan siakap merupakan ikan air masin atau payau dan ia

merupakan spesis eurihalin dan katadromi. Ia membesar di

kawasan-kawasan sungai dan tasik yang bersambung

dengan laut. Ia boleh hidup di kawasan-kawasan air yang

berlainan kemasinan atau saliniti berbeza.

Pada peringkat-peringkat umur yang tertentu, ia boleh

didapati di kawasan-kawasan yang berlainan.

Ikan-ikan dewasa dan matang akan berhijrah ke kawasan

muara sungai untuk membiak. Kebiasaannya induk-induk

yang matang (saiz sekurang-kurangnya 3.0 kg) akan

menduduki kawasan pantai atau kawasan air masin dengan

saliniti antara 30 – 32 ppt (bahagian perseribu).

Kawasan ini biasanya tidak melebihi 5 km (3 batu) dari

pantai atau kedalaman air kurang 14m (8 depa) dan

biasanya berhampiran muara sungai dan kawasan bakau.

Induk-induk akan bertelur berpandukan kepada kitaran

bulan. Kebiasaannya ia akan bertelur pada waktu malam

antara pukul 8 hingga 11 malam dan bertepatan dengan

permulaan air pasang.

Page 9: pemasaran ikan siakap

9

Rega-rega yang menetas dari telur-telur akan dihanyutkan

oleh ombak dan arus air pasang ke kawasan muara sungai

dan kawasan hutan bakau (kawasan air payau) untuk

membesar.

Ikan-ikan akan menduduki kawasan ini sehingga ukuran

mencapai lebih kurang 200 mm (8 inci). Ikan-ikan dewasa

boleh juga didapati di kawasan-kawasan sungai air payau

atau air tawar dan akan berhijrah ke kawasan air masin

apabila sudah cukup matang.

2.2.3 Teknik Pengelauran Benih Ikan Siakap

a) Pengurusan Induk

Makanan : Ikan baja

1-2% berat badan

sekali sehari (tengah hari)

Tukar air : 100% setiap hari atau

Selang sehari

b) Pengeluaran Telur

Aruhan : Hormon HCG

500 UI/kg jantan

1000 UI/kg betina

Semula Jadi : 1 – 2 kali sebulan

Mingu 1 & minggu ke 3

Kalendar Islam

Page 10: pemasaran ikan siakap

10

3 – 4 hari sepanjang tahun

Asuhan Juvenil : Saiz tangki – 5 – 10 ton

Kepadatan – 5,000

ekor/tangki

Makanan (kenyang):Pellet (2 kali sehari hingga

kenyang)

Tukar Air : 100% atau lebih sekali sehari

Cuci Tangki : Setiap hari (semasa menukar

air)

Pengelasan Saiz : 7 – 10 hari sekali

2.2.4 Pelaburan Di Dalam Ternakan Ikan Siakap

Anggaran kos pelaburan yang diperlukan untuk pengusaha-

pengusaha tempatan menceburi di dalam bidang ternakan

ikan siakap adalah seperti di dalam jadual 5 berikut:

Page 11: pemasaran ikan siakap

11

Jadual 5 : Purata Kos Modal Pelaburan Per Meter Persegi Sangkar

(Purata keluasan = 480.17M²)

INFRASTRUKTUR JJUMLAH

KOS (RM/M²)

%

Struktur Rakit 66.15 57.47

Pukat/Jaring 19.93 17.32

Rumah 10.12 8.79

Pam Tekanan Tinggi 4.34 3.77

Pengisar Ikan 6.25 5.43

Bot/Sampan dan Injin Sangkut 7.03 6.11

Lain-lain Peralatan 1.28 1.11

Jumlah Kos Pelaburan 115.10 100.00

i. Kos Operasi

Benih

Makanan

Pekerja

Bahan api

Pemasaran/Pengangkutan

Pembaikan/Penyelenggaraan

Ubat-ubatan/Bahan Kimia

Susut nilai (disesuaikan dengan

pusingan ternakan)

Jumlah Kos Operasi

97.20

84.39

32.36

5.38

5.74

4.90

0.17

7.92

0.48

240.54

40.41

35.08

13.45

2.24

2.39

2.04

0.07

4.12

0.20

100

2.3 Analisa Pasaran

Pasaran semasa bagi ikan siakap Asia adalah terhad kepada Asia

Tenggara dan Asia Timur seperti Malaysia, Thailand, Singapura,

Taiwan, China, Hong Kong dan juga Korea Selatan. Australia juga

telah mula menternak ikan siakap untuk keperluan tempatan.

Page 12: pemasaran ikan siakap

12

Saiz pasaran ikan siakap Asia pada tahun 2000 dianggarkan

sebanyak 100,323 MT. Anggaran ini diperolehi dengan mengambil

kira data-data pengeluaran, pengimportan dan pengeksportan yang

diterbitkan oleh FAO. Indonesia merupakan negara yang

mempunyai saiz pasaran yang terbesar. Pada tahun 2000 sahaja,

negara ini menggunakan 75,390 MT ikan siapan Asia yang

merangkumi 75% dari jumlah saiz pasaran ikan siakap Asia. Ini

diikuti oleh Thailand (6.6%) dan Malaysia (5.3%). Jadual 5 di

bawah menunjukkan saiz pasaran ikan siakap Asia di negara-

negara pengguna utama.

Jadual 6

SAIZ PASARAN NEGARA PENGGUNA 2000

EKPORT IMPOT PENGELUARAN SAIZ PASARAN

CHINA 89 1724 82 1717HONG KONG 0 2130 0 2130TAIWAN 136 50 3958 3872MALAYSIA 67 213 5129 5275SINGAPURA 927 1180 346 599THAILAND 130 128 6630 6628AUSTRALIA 0 0 4029 4029INDONESIA 0 0 75390 75390LAIN-LAIN 0 0 683 683

JUMLAH 1349 5425 96247 100323UNIT: MT

Nota: Data Impot mungkin mengandungi data ikan siakap eropah kerana FAO tidak membezakan ikan siakap asia dengan ikan sikap eropah dan Chille.

Page 13: pemasaran ikan siakap

13

2.3.1 Malaysia

Selain daripada ternakan domestik, Malaysia juga

mengimport ikan siakap daripada negara jiran terutamanya

daripada selatan Thailand bilamana terdapat kekurangan

bekalan dan dalam masa yang sama mengeksport sejumlah

besar ikan siakap hidup ke Singapura.

Kebanyakan daripada hasil pengeluaran secara ternakan

dijual secara hidup terutamanya kepada pengusaha restoran

dan hotel. Saiz yang sesuai untuk ikan siakap hidup adalah

di antara 500 – 700 gm seekor. Dengan jumlah

pengeluaran ikan siakap yang diternak sebanyak 3,500 tan

dan yang ditangkap wild catch lebih kurang 1500 tan, adalah

dianggarkan saiz pasaran bagi ikan siakap di Malaysia adalah

sebanyak 3000 – 4000 tan setahun. Anggaran ini juga

mengambilkira jumlah import dan eksport ke dalam dan dari

Malaysia.

Data perdagangan bagi siakap adalah agak sukar diperolehi

terutamanya bagi siakap hidup kerana tiada statistik rasmi

yang dikeluarkan.

Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan merekodkan

bahawa Malaysia mengeksport 67.4 tan ikan siakap sejuk

beku frozen yang bernilai RM175,610 ke Singapura, Taiwan,

Australia dan Brunei pada tahun 2001.

Page 14: pemasaran ikan siakap

14

Pada masa yang sama, Malaysia juga mengimport 213 tan

bernilai RM7 juta ikan siakap beku daripada beberapa buah

negara termasuk dari Chile dan Amerika Syarikat. Walau

bagaimanapun, ianya dari jenis lain yan tidak dapat diternak

di kawasan tropika.

Namun begitu, tiada angka perdagangan (trade figure)

untuk ikan siakap hidup walaupun kebanyakan daripada

eksport dari Malaysia ke Singapura adalah dalam bentuk

hidup. Adalah dianggarkan bahawa jumlah eksport ikan

siakap hidup ke Singapura adalah lebih kurang 500 – 600

tan setiap tahun.

Pasaran tempatan bagi ikan siakap hidup telah berkurangan

dalam beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya dalam

sektor katering. Ini adalah disebabkan oleh kurangnya

permintaan dan juga persaingan daripada lain-lain jenis ikan

seperti talapia. Adalah didapati bahawa ikan talapia lebih

mudah diternak dan dikendalikan serta boleh disimpan lama

di dalam tangki. Dengan ini pengusaha restoran lebih

menyukai/memilih ikan talapia daripada ikan siakap.

Keadaan ini menyebabkan harga ikan siakap hidup yang

diternak menurun keparas yang rendah. Harga purata

borong telah menunjukan tren yang menurun iaitu dari RM

11.45 pada tahun 2000 kepada RM 10.65 pada tahun 2002.

Manakala harga purata runcit pula hanyalah di sekitar RM

13.88 sahaja sekilogram. Dengan berkurangnya permintaan

daripada sektor katering, lebih banyak ikan siakap kini dijual

dalam bentuk sejuk beku gutted chilled melalui pasaraya-

Page 15: pemasaran ikan siakap

15

pasaraya in tray packed dan dijual pada harga RM13 –

18/kg.

Jadual 7 : Aliran Harga Borong Ikan Siakap Malaysia Bagi Tahun 2000 – 2002 2000 2001 2002

Kuala Lumpur 11.40 11.53 10.84 Johor Bahru 12.25 10.63 8.35 Alor Star 11.33 9.02 8.45 Kota Bharu 12.08 13.51 15.60 Melaka 10.75 9.61 8.79 Kuantan 10.37 10.67 10.43 Ipoh 12.36 9.21 9.80 P.Pinang 11.08 11.28 11.63 K. Trengganu 0.00 12.00 12.00

PURATA 11.45 10.83 10.65 Sumber: LKIM Unit: RM/Kg

Jadual 8 : Aliran Harga Runcit Ikan Siakap Malaysia

Bagi Tahun 2000 – 2002 2000 2001 2002 Kuala Lumpur 13.55 13.75 13.30 Johor Bahru 16.92 15.15 11.59 Alor Star 12.67 12.38 9.88 Kota Bharu 15.46 16.30 18.00 Melaka 12.59 11.29 10.46 Kuantan 14.07 13.08 13.86 Ipoh 16.31 11.32 11.32 P.Pinang 14.33 14.32 15.00 K. Trengganu 14.49 13.00 15.25

PURATA 14.49 13.40 13.18 Sumber: LKIM Unit: RM/Kg

Page 16: pemasaran ikan siakap

16

Graf 4

Aliran Harga Borong/Runcit Ikan Siakap Di Malaysia

0.005.00

10.0015.0020.00

2000 2001 2002

Tahun

RM

/Kg PURATA

HARGABORONG

PURATAHARGARUNCIT

2.3.2 Singapura

Singapura adalah merupakan pasaran utama bagi

kebanyakan ikan ‘marine finfish’ seperti ikan siakap. Adalah

dianggarkan bahawa lebih dari setengah ikan hidup finfish

yang diimport oleh Singapura ialah ikan siakap di mana

Malaysia dan Indonesia adalah merupakan pembekal

utamanya.

Pada tahun 1999, jumlah ikan siakap yang dikeluarkan di

Singapura hanyalah 241 MT. Dan jumlah ini adalah rendah

berbanding dengan jumlah permintaan di pasaran. Baru-

baru ini terdapat pertambahan jumlah ikan siakap hidup

dieksport ke Singapura oleh Indonesia. Walau

bagaimanapun jumlah kuantiti sebenar tidak diketahui.

Page 17: pemasaran ikan siakap

17

Adalah dilaporkan bahawa NTUC – Fair Price iaitu sebuah

rangkaian pasaraya di Singapura telah memperkenalkan ikan

siakap sejuk beku sebagai hasil jualan di pasaraya mereka

dan adalah dianggarkan sebanyak 2.5 MT ikan siakap dibeli

setiap minggu. Dengan ini, adalah sukar untuk

menganggarkan saiz pasaran bagi ikan siakap di Singapura

dan daripada anggaran yang dapat dibuat, penggunaannya

adalah lebih kurang 1000 MT setahun.

2.3.3 Hong Kong

Hong Kong adalah merupakan pasaran utama bagi finfish

bernilai tinggi seperti red snapper, groupers dan juga ikan

siakap. Pengeluaran tempatan bagi ikan siakap adalah

kurang daripada 200 MT dan ikan siakap hidup

kebanyakannya diimport dari China, Taiwan, Indonesia dan

Malaysia.

Harga yang ditawarkan di pasaran Hong Kong juga adalah

lebih tinggi jika dibandingkan dengan Singapura dan

Malaysia. Walaupun data yang diperolehi bagi bekalan dan

pengunaan ikan siakap di Hong Kong, tetapi adalah

dianggarkan bahawa pasaran berkenaan akan berkembang

di masa akan datang memandangkan penggunaan

perkapitanya yang tinggi iaitu 40 kg setahun.

2.3.4 Korea Selatan

Korea Selatan merupakan satu lagi pasaran penting bagi

ikan siakap hidup di mana sebanyak 3,637 tan telah diimport

Page 18: pemasaran ikan siakap

18

pada tahun 2001. Walau bagaimanapun jumlah ini tidak

hanya melibatkan ikan siakap dari Asia tetapi juga lain-lain

spesis ikan siakap.

2.3.5 Australia

Australia juga adalah merupakan pasaran yang semakin

berkembang bagi ikan siakap Asia terutamanya dalam

bentuk fillet. Walaupun pengeluaran tempatan semakin

bertambah, terdapat juga ruang untuk ikan siakap yang

diimport. Malaysia mengeksport 1,680 kg bernilai RM3969

forzen seabass ke Australia dalam tahun 2001.

Purata harga borong bagi ikan siakap diternak bersaiz

sederhana di Australia telah menurun dari A$10.40/kg pada

bulan Januari kepada A$7.40/kg bulan Jun tahun ini.

Jadual 9 : Purata Harga Borong Ikan Siakap (Asean Seabass) Di Pasar Ikan Sydney, Australia 1999 – 2002 (A$/kg)

1999 2000 2001 2002

Ternakan

(chilled)

10.10 10.20 8.40 8.50

Tangkapan

(fillet)

16.80 17.60 19.10 17.40

1A$ = US$0.55 = RM2.10

Page 19: pemasaran ikan siakap

19

Graf 5

Senario yang sama mungkin akan berlaku bagi industri

Asean Seabass sekiranya fokus untuk meningkatkan

pengeluaran dibangunkan tanpa penyediaan pelan

pemasaran yang berkesan/teliti. Adalah didapati bahawa

trend penurunan harga Asean Seabass telah dapat dirasai di

Malaysia dan juga di Australia.

2.3.6 Eropah dan Lain-Lain Negara

Di pasaran antarabangsa, Asian Seabass mempunyai

pasaran yang sangat terhad dan kebanyakannya untuk

memenuhi pasaran kecil ‘oriental customer’ di Amerika

Syarikat, Eropah dan Asia Tengah.

Terdapat lain-lain jenis ikan siakap di pasaran ini seperti

European Seabass (dicentrerhus lebrex) dan Chilean Seabass

(Photogonian tootfish). European Seabass diternak

02468

101214161820

A$/Kg

1999 2000 2001 2002

Tahun

Aliran Harga Ikan Siakap Di Sydney, Australia

Ternakan(chilled)Tangkapan(fillet)

Page 20: pemasaran ikan siakap

20

kebanyakannya di Selatan Eropah dan negara-negara

Mediterranean seperti Peranchis, Greece, Italy, Sepanyol,

Portugal dan Malta.

Pengeluaran European Seabass yang diternak adalah lebih

dari 51,000 tan pada tahun 2001 di mana Greece

mengeluarkan 50% daripadanya. Memandangkan kepada

peningkatan yang tinggi bagi pengeluaran ikan siakap dan

pasaran yang terhad, harga pasaran bagi European Seabass

telah menurun sebanyak 60 – 70% daripada US$16/kg

sepuluh tahun lalu kepada hanya US$4 – 5/kg sekarang.

Jadual 10 : Harga CIF Ikan Siakap Eropah (Ternakan) di Italy Tahun Euro/Kg

Jan 1999

Mei 1999

Sep 1999

7.0

6.7

7.1

Jan 2000

Mei 2000

Sep 2000

4.6

5.0

4.9

Jan 2001

Mei 2001

Sep 2001

5.6

4.3

4.2

Jan 2002

Mei 2002

4.4

4.0

Page 21: pemasaran ikan siakap

21

Graf 6

2.4 Analisa SWOT

2.4.1 Kekuatan

a) Teknologi Pengeluaran

Jika dibandingkan dengan ‘marine finfish’ lain yang

dibiak/ternak, teknologi bagi ternakan ikan siakap

Asia telah lama berkembang/kukuh di Asia Pasifik

terutama Asia Tenggara termasuk di Malaysia di

mana ikan siakap dikeluarkan di pusat penetasan dan

makanan yang berkualiti mudah diperolehi baik dari

dalam mahupun dari sumber luar negeri.

Dengan adanya kemudahan sistem pengangkutan

yang baik, penghantaran ikan dapat dibuat dengan

cepat dan berkesan terutamanya bagi ikan siakap

Harga CIF European Seabass (Ternakan) di Italy, Negara Asal Greece

0.01.02.03.04.05.06.07.08.0

Jan-99

May-99

Sep-99

Jan-00

May-00

Sep-00

Jan-01

May-01

Sep-01

Jan-02

May-02

Bulanan

Euro

/kg

Page 22: pemasaran ikan siakap

22

hidup iaitu daripada pusat ternakan ke tempat

pasaran di seluruh negara dan juga ke Singapura.

b) Permintaan Tempatan Yang Tinggi Terhadap

Makanan Laut

Secara tradisional, makanan laut amat digemari oleh

masyarakat Malaysia dan ikan siakap adalah antara

yang mendapat pilihan. Dengan adanya permintaan

yang tinggi terhadap makanan laut di kalangan

masyarakat tempatan, ianya sedikit sebanyak dapat

membantu meningkatkan pengeluaran ikan siakap

dan seterusnya industri perikanan di Malaysia.

c) Sokongan Kerajaan

Sokongan yang berterusan daripada kerajaan untuk

meningkatkan sektor perikanan di dalam negara

adalah merupakan salah satu usaha yang

dilaksanakan untuk mengurangkan penggantungan

negara ke atas makanan laut yang diimport serta

dapat meningkatkan import.

Selain dari pembangunan dan penyelidikan (R&D)

ikan siakap yang berterusan oleh agensi-agensi

kerajaan, pengusaha-pengusaha juga menerima

bantuan di dalam bentuk khidmat nasihat dan

bekalan benih ikan siakap.

Page 23: pemasaran ikan siakap

23

Kaedah ini mengwujudkan persekitaran yang baik

bagi meningkatkan industri perikanan ikan siakap.

Selain daripada itu, bantuan kewangan juga mudah

diperolehi bagi membangunkan projek perniagaan

tani terutama daripada Bank Pertanian Malaysia.

d) Reputasi

Malaysia mempunyai reputasi yang baik di pasaran

antarabangsa bagi hasil makanan lautnya.

3.4.2 Kelemahan

a) Kos Pengeluaran

Kos pengeluaran bagi menternak ikan siakap di

Malaysia adalah di antara RM9.00 per kg. (US$2.4)

dan ia adalah lebih tinggi daripada kos pengeluaran di

Thailand (US$2.0). Walau bagaimanapun kos ini

adalah agak rendah jika dibandingkan dengan lain-

lain negara seperti Australia (US$4.2) dan Taiwan

(US$2.7). Dengan ini, industri ini secara puratanya

(comparatively) masih lagi berdaya saing dan dengan

adanya perningkatan dalam teknologi, kos ini akan

dapat dikurangkan lagi.

Page 24: pemasaran ikan siakap

24

Jadual 11: Kos Pengeluaran Ikan Siakap (Sangkar) Negara Kos/Kg (600g/seekor

Thailand US$ 2.0

Australia US$ 4.2

Taiwan US$ 2.7

Malaysia US$ 2.4

Sumber: Infofish

Graf 7

Kos Pengeluaran Ikan Siakap

0

1

2

3

4

5

Thailand Australia Taiwan Malaysia

Negara

US$

/Kg

b) Pasaran Yang Terhad

Pasaran bagi ikan siakap adalah terhad kepada

negara-negara jiran (rantau Asia) seperti Malaysia,

Singapura, Thailand, Hong Kong, Taiwan dan Korea di

mana kebanyakan daripada bekalan ikan di negara-

negara berkenaan diperolehi daripada dalam negeri.

Jumlah yang didagangkan hanyalah dalam kuantiti

yang kecil sahaja.

Page 25: pemasaran ikan siakap

25

Selain daripada itu, kebanyakan daripada ikan ini

didagangkan dalam bentuk hidup dan ini adalah

merupakan salah satu faktor yang menyukarkan

pasaran dikembangkan keluar daripada rantau ini.

Berbeza dengan ikan kerapu (groupers) yang dapat

dijual dengan harga mahal di pasaran Hong Kong,

ikan siakap tidak mendapat harga yang tinggi dan ini

menyebabkan adalah tidak menguntungkan untuk

menghantar ikan siakap hidup melalui kapal terbang

ke Hong Kong.

c) Caj Pengangkutan Udara Yang Tinggi

Adalah didapati bahawa tambang bagi hantaran

melalui udara yang ditawarkan oleh Malaysia Airlines

adalah tinggi untuk mengeksport ikan-ikan terutama

bagi ikan hidup dan yang disejuk beku ke luar negara

berbanding dengan lain-lain pengangkutan udara

seperti Thai Airways. Dengan kos hantaran yang

tinggi ini, adalah agak sukar untuk bersaing dengan

negara-negara pengeluar lain seperti Singapura dan

Thailand yang menawarkan harga yang lebih

kompetitif dan kemudahan yang baik.

Kos pengangkutan yang tinggi ini adalah merupakan

antara punca mengapa eksport bagi produk makanan

laut dari Malaysia tidak dapat dikembangkan dengan

baik.

Page 26: pemasaran ikan siakap

26

c) Produk/Pelanggan Yang Terhad

Luang pasaran/rangkaian pasaran untuk ikan siakap

terhad kepada sektor katering (restoran dan hotel

sahaja) di mana jumlah penggunaannya atau bekalan

yang diminta adalah sedikit. Manakala permintaan

daripada pengguna di rumah (persediaan makanan di

rumah) masih rendah. Ikan siakap adalah sejenis

ikan yang dibekal dalam bentuk hidup dan ‘gutted

fresh fish’ dan ini menyebabkan kebanyakan daripada

pengguna tidak gemar untuk menyediakannya di

rumah.

Produk nilai tambah daripada ikan siakap seperti fillet

mungkin dapat menarik minat pengguna tetapi bagi

membekalkannya, ia memerlukan ikan siakap yang

bersaiz besar iaitu lebih kurang 3 kilo seekor yang

sukar dicapai dalam masa yang singkat dan kos yang

rendah.

d) Kos Input Yang Tinggi

Jika dibandingkan dengan Thailand dan Indonesia,

kos pengeluaran di Malaysia bagi menternak ikan

siakap adalah masih tinggi di antara 15 – 20%.

Antara faktor yang menyebabkan kos yang tinggi

ialah kerana harga makanan ikan (ikan baja) dan

harga benih yang mahal berbanding dengan harga

makanan dan benih yang diimport terutama daripada

Thailand.

Page 27: pemasaran ikan siakap

27

e) Kekurangan Tenaga Mahir

Kekurangan tenaga kerja separa mahir dan buruh

kerana tandingan dengan lain-lain industri yang

menawarkan gaji dan suasana pekerjaan yang

menarik (bersih) dan tidak seperti di hatcheri atau di

kolam.

f) Pergantungan Bekalan Input Dari Luar Negara

Bekalan tempatan benih ikan dan makanan masih

tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan

daripada penternak ikan siakap. Dengan ini

sebahagian daripada input ini masih diimport daripada

negara luar terutamanya daripada Thailand. Selain

daripada itu, harga makanan yang semakin

meningkat dan kekurangan bekalan bagi ikan

murahan (trash fish) adalah merupakan antara punca

yang menghalang pembangunan industri ini.

3.4.3 Peluang

a) Pengeluaran Produk Baru/Diversified Produk

Pertumbuhan/Kadar yang besar bagi pengeluaran

ikan siakap yang diternak ialah antara 600 hinga 800

gm seekor di mana ia kebanyakannya dijual secara

hidup untuk industri katering (hotel dan restoran) dan

Page 28: pemasaran ikan siakap

28

‘gutted chilled products in tray-packed’ yang dijual di

pasaran runcit.

Untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar bagi

pasaran di dalam negara dan juga pasaran eksport,

adalah penting untuk mempelbagaikan produk ini

dalam bentuk yang mudah/sesuai (convenient form)

seperti fresh/chilled dan frozen fillets. Bagi

menghasilkan produk ini, maka saiz ikan yang perlu

dihasilkan (harvested) mestilah antara 2 – 3 kg.

seekor. Walau bagaimanapun teknologi sedia ada

tidak dapat mengeluarkan ikan siakap bersaiz besar

secara ekonomik dan berdaya maju.

3.4.4 Ancaman

a) Saingan Dari Negara Jiran

Indonesia dan Thailand merupakan negara pengeluar

ikan siakap yang berkos rendah. Pada masa ini

negara berkenaan memberi tumpuan kepada

permintaan tempatan. Walaubagaimanapun

keupayaan mereka mengeluar ikan siakap kian

bertambah dan akan menjejaskan pasaran tempatan

sekiranya mereka menumpukan pasaran eksport ke

Malaysia.

Page 29: pemasaran ikan siakap

29

b) Skim Akreditasi Negara Maju

Skim akreditasi yang dikenakan oleh negara maju

keatas keluaran pertanian dan makanan yang diimpot

akan menyukarkan keluaran pertanian dan makanan

negara menembusi pasaran negara berkenaan.

c) Liberalisasi Perdagangan

Liberalisasi perdagangan saperti WTO dan AFTA akan

membolehkan hasil pertanian dari negara-negara lain

memasuki Malaysia dengan mudah dan dengan kos

yang rendah. Sekiranya harga keluaran pertanian

negara tidak kompetitif dan berkualiti, dikhuatiri

pengguna di Malaysia akan memilih produk impot. Ini

akan menjejaskan industri tempatan dan tukaran

wang asing negara.

4. PENETAPAN ARAH TUJU

4.1 Jangkaan Pengeluaran

4.1.1 Jangkaan Pengeluaran Dunia

Pengeluaran dunia ikan siakap (Lates Carcarifer) dijangka

berkembang pada kadar 7% (peratus). Jangkaan

pengeluaran pada tahun 2005 ialah 152,228 metrik tan dan

meningkat kepada 242,690 metrik tan pada tahun 2010.

Page 30: pemasaran ikan siakap

30

Kebanyakan peningkatan pengeluaran ini adalah untuk

memenuhi permintaan tempatan. Pengeluar utama ikan

siakap Asia iaitu Indonesi akan berkembang pada kadar 10

peratus, Thailand; 13 peratus dan Australia; 8 peratus.

Jadual 12 : Jangkaan Pengeluaran Dunia Ikan Siakap 2003 - 2010

TAHUN 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010INDONESIA 100269 110069 121378 133440 147011 161335 180182195260THAILAND 9547 10807 12199 13790 15581 17636 19890 22476MALAYSIA 6429 6908 7456 8038 8534 9236 9939 10726

AUSTRALIA 5076 5479 5923 6406 6930 7454 8058 8703LAIN-LAIN 5221 5221 5272 5322 5373 5424 5474 5525

JUMLAH 126542 138484 152228 166996 183429 201085 223543242690Kadar Pertumbuhan pengeluaran ( tangkapan dan ternakan) : 7%

Unit: MT

Graf 8

ANGGARAN PENGELUARAN DUNIA IKAN SIAKAP (Lates Carcarifer)

0

50000

100000

150000

200000

250000

300000

2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010

TAHUN

M.T

AN INDONESIA

THAILANDMALAYSIAAUSTRALIALAIN-LAINJUMLAH

Page 31: pemasaran ikan siakap

31

4.1.2 Jangkaan Pengeluaran Malaysia

Secara keseluruhannya pengeluaran ikan siakap di Malaysia

dijangka akan berkembang pada kadar yang sederhana iaitu

7 peratus setahun. Seperti di negara-negara pengeluar

yang lain, pengeluaran ikan siakap di Malaysia adalah untuk

memenuhi permintaan tempatan dan sebahagian kecilnya

dieksport ke Singapura sama ada secara hidup atau sejuk

beku. Jangkaan pengeluaran pada tahun 2005 ialah 7,456

metrik tan, manakala pada tahun 2010 pula sebanyak

10,726 metrik tan. Kadar pengeluaran secara ternakan ialah

9 peratus adalah lebih tinggi berbandingkan secara

tangkapan iaitu pada kadar 5 peratus. Kadar pengeluaran

ikan siakap ini banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran

seperti kualiti air di kawasan muara, persaingan dengan

ternakan lain seperti ikan talapia, kos pelaburan dll.

Jadual 13 : Jangkaan Pengeluaran Ikan Siakap Malaysia 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010

Tangkapan 1973 2075 2177 2279 2398 2517 2637 2773Ternakan 4456 4833 5279 5759 6136 6719 7302 7953

Jumlah 6429 6908 7456 8038 8534 9236 9939 10726 Kadar Pertumbuhan Tangkapan Ikan Siakap : 5%

Page 32: pemasaran ikan siakap

32

Graf 9

JANGKAAN PENGELUARAN IKAN SIAKAP MALAYSIA 2003-2010

0

2000

4000

6000

8000

10000

12000

2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010

TAHUN

ME

TRIK

TO

N

TangkapanTernakanJumlah

4.2 Meletakkan Arah dan Objektif

Berdasarkan analisa di atas, industri penternakan seabass (siakap)

wajar mengikuti arahan di bawah bagi pembentukan masa

depannya.

4.2.1 Mencari pasaran yang lebih luas dan produk mudah

diperolehi yang mempunyai nilai tambah yang tinggi

terutama pasaran tempatan yang kian berkembang dan juga

pasaran eksport.

4.2.2 Mengurangkan kos pengeluaran dan dalam masa yang sama

meningkatkan saiz ikan yang dituai untuk menampung

segmen pasaran yang lebih luas.

Page 33: pemasaran ikan siakap

33

4.2.3 Meningkatkan teknik pengeluaran benih di hatcheri ke arah

pengeluaran benih multi species.

4.2.4 Menambah bilangan hatcheri supaya sentiasa seimbang

dengan bilangan nurseri dan sangkar-sangkar ternakan

supaya peluang pasaran benih tidak dimonopoli oleh

Thailand dan Taiwan sahaja di samping untuk mempastikan

pembangunan industri ternakan ikan ini terus mapan.

4.2.5 Memperbaiki tahap pengurusan dan aplikasi teknologi

hatcheri khususnya yang melibatkan aspek-aspek

pemakanan, penyakit, genetik, pengendalian benih dan lain-

lain untuk memperbaiki kualiti yang dikeluarkan supaya lebih

kompetitif.

4.2.6 Program pembangunan pasaran jangkamasa pendek dan

sederhana sewajarnya menumpukan kepada pembangunan

pasaran tempatan dengan tujuan untuk meneroka dan

melengkapkan segmen pasaran berikut:

a) Pertumbuhan pasaran runcit bagi barangan mudah

peroleh seperti fillet, steaks, breaded fillets dan

sebagainya.

b) Pertumbuhan restoran makanan segera yang banyak

menggunakan produk ikan yang diimport seperti hoki,

pollack dan lain-lain isi ikan putih.

Page 34: pemasaran ikan siakap

34

c) Restoran makanan laut segar yang akan berkembang

semula bila kaedaan ekonomi kembali pulih

sepenuhnya.

d) Segmen pasaran ikan segar tradisional/sejuk yang

masih belum diterokai sepenuhnya untuk seabass.

Sementara itu, mengembangkan pasaran antarabangsa akan

menjadi sasaran jangka panjang apabila industri

penternakan tempatan mampu memasarkan pelbagai bentuk

produk pada harga yang kompetitif.

Mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan saiz ikan

yang dituai adalah merupakan faktor penting jika industri ini

ingin mencari pasaran yang luas, tempatan dan

antarabangsa. Corak peningkatan pengeluaran dan

penurunan harga adalah merupakan senario biasa dalam

industri aquakultur seperti salmon, European Seabass,

talapia dan udang.

Sebagaimana yang telah disebut, kos pengeluaran semasa

bagi seabass yang diternak di dalam Malaysia adalah sekitar

RM8.00 – 9.00 sekilogram bagi ikan yang bersaiz boleh

pasar antara 600 – 800 gram. Berdasarkan senario semasa

bagi lain-lain spesis yang diternak, industri ini seharusnya

berusaha untuk mengurangkan kos pengeluaran sekitar

RM6.00 sekilo dan menghasilkan ikan 2 – 4 kg lebih besar.

Ini akan menjadikan kos pengeluaran fillet seabass, sebagai

contoh, antara RM15 – 18 sekilo. Pada tingkat harga/kos

sebegini, industri ini sudah tentu mampu untuk

mengembangkan pasarannya. Sebagai rujukan, harga

Page 35: pemasaran ikan siakap

35

pemborong bagi fillet seabass Asian (berkulit) di Australia

sekarang ini adalah pada harga sekitar A$15.10 atau

RM30.00 sekilo.

5. PELAN STRATEGI DAN TINDAKAN

5.1 Produk

5.1.1 Untuk menghasilkan ikan yang bersaiz lebih besar (2 – 3 kg)

bagi tujuan pemprosesan. Ini boleh dilakukan melalui

penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam teknik

perladangan, kualiti benih ikan (fingerlings) dan makanan

ternakan yang dibaiki.

5.1.2 Untuk menghasilkan pelbagai produk bernilai tambah seperti

fillet, steak dan lain-lain produk senang peroleh sedia untuk

dimasak dan dimakan.

5.1.3 Untuk mengurangkan kos pengeluaran melalui

pembangunan makanan yang lebih murah (30 – 50% kos

penternakan seabass adalah disumbangkan oleh makanan

ternakan); meningkatkan kecekapan pemakanan;

kejuruteraan genetik bagi menghasilkan jenis/strain baru

yang mempunyai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi dan

lebih tahan penyakit dan juga lebih berdaya tahan terhadap

perubahan persekitaran.

Page 36: pemasaran ikan siakap

36

5.1.4 Membaiki Pembungkusan Produk Proses Akhir

a) Pengagihan/Pengedaran

Membentuk industri yang lebih integrasi bermula dari

ladang hinggalah kepada pemasaran sebagaimana

ianya telah menjadi satu trend dalam industri

penternakan seperti salmon dan industri European

seabass. Hanya syarikat besar mampu berbuat

demikian, oleh itu perlunya kerjasama pelaburan

dalam industri ini.

b) Mengembangkan Rangkaian Pemasaran

Mengembangkan rangkaian pasaran melalui

supermarket, hypermarket, kedai ikan, restoran

makanan segera dan juga pasar basah.

c) Peningkatan Teknologi Pengendalian

Membaiki teknologi pengagihan dan peralatan ikan

segar, dengan ini menjadikan pengusaha restoran

lebih mudah dalam mengendalikan ikan.

d) Meningkatkan Jumlah Eksport

Meningkatkan eksport fillet segar/sejuk bagi

memenuhi kehendak pasaran yang meningkat.

Page 37: pemasaran ikan siakap

37

Sebagai sokongan, kargo udara yang murah dan

cekap menjadi faktor utama kejayaan.

5.2 Promosi

Asian seabass merupakan sejenis ikan yang terkenal di rantau

tersebut termasuklah Malaysia, tetapi ia secara umumnya banyak

digunakan melalui sektor katering (hotel dan restoran) dan secara

perbandingannya hanya sejumlah kecil yang dijual melalui sektor

runcit. Oleh itu, promosi bagi pasaran tempatan sewajarnya

menumpukan kepada permintaan yang semakin meningkat di

peringkat isi rumah dan pasaran yang semakin berkembang dalam

sektor katering, terutamanya mensasarkan pertumbuhan restoran

segera (laut) di negara ini.

Kejayaan mempromosikan seabass di pasaran tempatan amat

bergantung kepada kebolehupaya membekalkan pelbagai produk

akhir yang ditawarkan sepanjang tahun (segar, whole, gutted, fillet

dan steak dalam bentuk segar atau beku) dan pada harga yang

boleh bersaing dengan produk lain yang sama. Oleh itu,

keupayaan industri untuk menghasilkan saiz ikan yang lebih besar

pada kos yang lebih murah adalah penting.

Mempromosikan seabass ketika senario industri semasa tidak

banyak membantu dalam membaiki/memajukan permintaan kerana

industri hanya mampu menawarkan bekalan dan bentuk produk

yang terhad. Promosi boleh dilakukan melalui majalah wanita,

akhbar tempatan, iklan TV (kempen generic) atau melalui

Kementerian Pelancongan.

Page 38: pemasaran ikan siakap

38

5.3 Perkhidmatan Sokongan

Oleh kerana industri masih berada pada tahap awal pertumbuhan

pembangunan, sokongan penuh dari kerajaan adalah amat penting

terutama dalam bidang pembangunan dan penyelidikan (R&D),

membentuk persekitaran perniagaan yang menguntungkan dan

bantuan kewangan. Aspek utama R&D dalam penternakan seabass

adalah dalam kejuruteraan genetik bagi menghasilkan fingerlings

yang berkualiti tinggi yang membaiki dan memajukan teknik dan

makanan penternakan.

Untuk menarik lebih banyak pelaburan, kerajaan perlu

menyediakan persekitaran perniagaan yang menguntungkan

seperti streamlining licence procedures, memperbaiki koordinasi

antara agensi kerajaan yang terlibat, menyediakan ‘insentif’ kepada

industri (eg. infrastruktur yang lebih baik, perkhidmatan yang

berkesan, kadar kargo udara yang rendah dan sebagainya.

Sementara itu, bagi bantuan kewangan pula adalah dalam bentuk

pemberian pinjaman pada kadar faedah subsidi pelaburan yang

rendah dsb).

Page 39: pemasaran ikan siakap

39

6. KESIMPULAN

Industri penternakan ikan siakap tempatan adalah kebanyakannya

diusahakan secara berskala kecil dan pasaran semasa adalah tertumpu

kepada pasaran ikan segar, yang mana adalah hampir tepu di bawah

keadaan ekonomi semasa di Malaysia dan juga Singapura. Bagi

mengembangkan industri ini dengan lebih luas lagi, pasaran bagi bentuk

produk lain mesti dibentuk.

Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan agar diberi tumpuan yang

lebih terhadap pasaran domestik yang menawarkan potensi yang lebih

baik berbanding pasaran eksport. Tumpuan ini akan dapat membantu

mengurangkan kebergantungan terhadap import ikan (sebagai gantian

kepada produk import).

Pembangunan ekonomi di rantau tersebut akan mendorong penggunaan

ikan yang mana akan diisi oleh seabass. Bagaimanapun, promosi yang

berterusan dan giat diperlukan untuk mendorong permintaan domestik

khususnya di peringkat isi rumah.

Permintaan terhadap benih-benih ikan laut dijangka akan terus meningkat

dan dianggarkan akan melebihi 300 juta ekor setahun menjelang tahun

2010 sekiranya matlamat pengeluaran hasil ternakan sangkar berjaya

ditingkatkan sehingga 100,000 tan metrik setahun. Walau bagaimanapun,

dengan senario pembangunan industri pengeluaran benih ikan laut hari

ini, dijangkakan 80% atau lebih daripada pasaran benih tersebut akan

terus dikuasai oleh Thailand dan Taiwan. Dengan ini, projek

pembangunan industri pengeluaran benih ikan laut di Malaysia perlu

segera dimanfaatkan oleh pengusaha-pengusaha swasta tempatan secara

bersungguh-sungguh.

Page 40: pemasaran ikan siakap

40

Di samping itu juga, Malaysia juga boleh meneroka pasaran eksport ikan

segar/sejuk bernilai tinggi di EU, Timur Tengah dan mungkin di Jepun dan

Hong Kong. Bagaimanapun, segmen pasaran ini akan menghadapi

persaingan yang hebat dari produk ternakan lain seperti talapia, keli,

Eruopean seabass, Nile perch dan lain-lain.