pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Download Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

If you can't read please download the document

Upload: nazie-war

Post on 31-May-2015

1.184 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 1. PENGENALAN KEPADA PEMASARAN

2. PENGERTIAN PEMASARANMaksud Pemasaran1. Pemasaran ialah aktiviti-aktiviti perniagaanyang dilakukan untuk menyalurkan barang-barang atau perkhidmatan daripada pengeluarkepada pengguna terakhir. 3. 2. Melalui aktiviti pemasaran, barang-barangdan perkhidmatan dapat diagihkan daripadapengeluar kepada pengguna untuk memberikepuasan kepada pengguna dengan memenuhikeperluan dan kehendak pengguna. 4. 3. Pemasaran mempunyai sifat-sifat yang berikut :a) Ia berhubung dengan tugas-tugas pengurusan dalam memperdagangkan keluaran.b) Ia mengalirkan barang-barang dan perkhidmatanc) Keluaran adalah untuk mencapai matlamat keuntungan atau faedah kepada pengeluar dan pengguna. 5. Permintaan Sesuatu Produk dengan keperluan dan kehendak1. Manusia mempunyai banyak keperluan dan kehendak manusia, pelbagai produk telah dikeluarkan oleh pengeluar.2. Maka pengeluaran sesuatu produk adalah berorientasikan permintaan pengguna.3. Hubungan antara konsep permintaan dengan keperluan dan kehendak dapat ditunjukkan oleh rajah di bawah. 6. Keperluan dan Kehendak -> mewujudkanPermintaan -> mewujudkan Pengeluaran4. Oleh itu, untuk memastikan produk yangdikeluarkan dapat memenuhi keperluan dankehendak pengguna, para pengeluar perlumengkaji gelagat pengguna. 7. 5. Misalnya pengeluar perlu mematuhia) Apakah produk yang diminati pengguna?b) Di manakah pengguna membeli?c) Apakah harga yang sanggup dibayar oleh pengguna?d) Bagaimana menarik pengguna untuk membeli?e) Berapa banyakkah pengguna membeli?f) Bilakah pengguna membeli?g) Mengapakah pengguna membeli? 8. Perbezaan antara Jualan danPemasaranJualan1. Jualan adalah aktiviti pertukaran hak milik sesuatu produk antara penjual dan pembeli.2. Tujuan jualan adalah mendapat keuntungan yang maksimum. Oleh itu, penjual akan berusaha untuk melariskan produknya.3. Jualan tidak mementingkan kualiti barang. 9. Pemasaran1. Pemasaran ialah kegiatan menyalurkan barang-barang atau perkhidmatan daripada pengeluar dan pengguna.2. Pemasaran lebih tertumpu kepada memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Oleh itu, pengguna akan membeli barang atau perkhidmatan jika pengeluar dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka. 10. 3. Pemasaran mementingkan kualiti barang.4. Perbezaan antara jualan dengan pemasaran : Aspek JualanPemasaran a) Definisi Pertukaran hakKegiatan milik barang antara menyalurkan penjual denganbarang atau pembeli.perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir. b) Tujuan Memaksimumkan Memenuhi keuntungan. keperluan dan kehendak pengguna. c) Kualiti barang Tidak Mementingkan mementingkankualiti barang. kualiti barang 11. Fungsi Pemasaran1. Pemasaran memainkan peranan dalammemasarkan produk. Tanpa pemasaran, produktidak dapat sampai ke pengguna akhir.2. Dua fungsi pemasaran :a) Membantu pengeluar mewujudkan sistempasaran yang cekapi) Pemasaran mengandungi rangkaian perniagaanyang terdiri daripada pengeluar, pemborong, danpeniaga dalam memasarkan produk kepadapengguna. 12. ii) Semakin luas rangkaian perniagaan ini,semakin ramai pengguna dapat mengetahuitentang sesuatu produk di pasaran, maka secaratidak langsung ia akan mewujudkan satu sistempemasaran yang cekap. 13. b) Meningkatkan jualan atau permintaani) Pemasaran yang berkesan dapatmeningkatkan permintaan produk kerana iadapat memenuhi keperluan dan kehendakpengguna.ii) Peningkatan permintaan pengguna dapatmeningkatkan jualan dan keuntunganpeniaga. 14. Mengenal Pasti Fungsi Pemasaran1. Fungsi pemasaran melibatkan bidang yang luas. Rajah di bawah menunjukkan fungsi pemasaran. Fungsi PemasaranKonsep TeknikPemasaranPemasaran Strategi Peranan AgensiPemasaran Pemasaran 15. a) Konsep pemasaran memberi gambaran umum tentang bagaimana sesuatu produk dipasarkan.b) Strategi pemasaran meliputi sasaran pasaran dan campuran pemasaran. Ia melibatkan kebolehan pengeluar meneliti faktor-faktor yang mempengaruhi strategi pemasaran.c) Teknik pemasaran merujuk kepada cara yang sesuai untuk memasarkan sesuatu produk.d) Peranan agensi pemasaran pula menerangkan peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan dan swasta dalam aktiviti pemasaran. 16. Objektif dan Aktiviti Pemasaran1. Objektif pemasaran adalah satu pernyataan yang menentukan apakah yang perlu dicapai melalui aktiviti pemasaran.2. Setiap pengeluar barang atau perkhidmatan mempunyai satu set objektif atau matlamat yang hendak dicapai. 17. Objektif Pemasaran1. Menawarkan barang atau perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.2. Memaksimumkan keuntungan.3. Mengharapkan produk berada lama di pasaran. 18. 4. Objektif pemasaran perlu juga menyatakantempoh masa pencapaian objektif tersebut.5. Strategi pemasaran yang dijalankan haruslahmempunyai matlamat yang sama denganobjektif pemasaran. 19. Aktiviti Pemasaran1. Jadual di bawah menerangkan aktiviti pemasaran. Aktiviti pemasaranPenerangan a) Perniagaan Kegiatan membeli dan menjual untuk mendapat keuntungan b) PergudanganKegiatan menyimpan barang dalam gudang atau stor. Melibatkan aktiviti akhir seperti menimbang, , menggred, membungkus, menjenama, dan melabel barang. c) Pengangkutan Kegiatan mengagihkan barang dari suatu tempat ke tempat yang memerlukannnya. d) PromosiKegiatan memperkenalkan barang melalui aktiviti pengiklanan, promosi jualan, jualan langsung dan publisiti. 20. Masalah Pemasaran1. PesaingPengeluar menghadapi pesaing-pesaing yangmengeluarkan barang-barang yang sama untukdipasarkan.2. Contohnya pengeluar telefon bimbit mempunyai banyak pesaing seperti Nokia, Motorola, Sony Ericson, dan sebagainya.3. Pengeluar harus memahami aktiviti dan kelebihan pesaing supaya berupaya membentuk strategi pemasaran yang berkesan. 21. 4) Antara strategi yang boleh dilakukan adalahmereka bentuk produk yang berkualiti, menjualpada harga yang berpatutan, menjalankanpromosi secara menyeluruh, dan memberikanperkhidmatan selepas jualan bagi menarikpengguna untuk membelinya. 22. 2. Keadaan Ekonomia) Keadaan ekonomi sama ada melambung atau meleset akan mendatangkan kesan kepada aktiviti pemasaran.b) Semasa ekonomi negara melambung, pendapatan pengguna meningkat, maka kuasa beli pengguna turut meningkat. Hal ini akan meningkatkan jualan perniagaan. Pengeluaran yang dilakukan pada masa ini akan menarik pelanggan untuk membeli. 23. c) Sebaliknya, ketika ekonomi negara meleset,pengangguran meningkat, pendapatanpengguna menurun. Hal ini menyebabkan kuasabeli pengguna jatuh. Kesannya, pengguna akanmengurangkan pembelian barangan dan ini akanmenjejaskan jualan perniagaan. Pengeluaranbarangan pada masa ini tidak akan dapatsambutan daripada pengguna. 24. Masalah laina) Kehendak tidak terhad : Terdapat had bagi seseorang pengeluar untuk memenuhi kehendak pengguna yang tidak terhad.b) Bercanggar tujuan : Memuaskan kehendak satu golongan masyarakat, pengeluar ada kalanya menimbulkan ketidakpuasan kepada golongan yang lain.c) Barangan tidak tahan lama: Sesetengah barang seperti sayur-sayuran dan buah-buahan tidak tahan lama dan perlu dipasarkan dalam jangka masa yang singkat. 25. d) Cita rasa : Cita rasa pengguna sentiasaberubah mengikut perubahan masa sepertifesyen pakaian.e) Ketidakstabilan harga : Harga sesetengahbarang tidak stabil, iaitu sering berubah samaada naik atau turun. 26. Strategi Pemasaran1. Strategi Pemasaran ialah usaha atau perancangan yang dijalankan untuk mencapai objektif pemasaran secara lebih baik dan berkesan.2. Strategi pemasaran melibatkan perancangan pemasaran yang strategik dan dinamik.3. Dua faktor penting dalam pelaksanaan strategi pemasaran ialah :a) Sasaran pasaranb) Campuran pemasaran 27. 4. Dalam pelaksanaan strategi pemasaran,sasaran pasaran(marketing target) merupakankumpulan pengguna yang mempunyai ciri-ciridan kehendak yang sama.5. Dengan adanya pengetahuan tentang ciri-ciridan kehendak pengguna, pengeluar dapatmemasarkan keluarannya dengan lebihberkesan. 28. 6. Campuran pemasaran yang terdiri daripada produk, harga, promosi, dan tempat memainkan peranan yang penting untuk menjayakan sesuatu perniagaan.7. Promosi yang berkesan dan tempat yang sesuai dapat membantu meningkatkan jualan sesuatu produk.8. Penentuan harga yang sanggup dibayar oleh pengguna akan dapat meningkatkan permintaan terhadap sesuatu keluaran. 29. Sasaran Pasaran1. Sasaran pasaran ialah usaha untuk mendapatkan bakal pelanggan bagi sesuatu produk.2. Pengeluar akan memecahkan pasaran yang terdiri daripada individu-individu yang mempunyai keperluan dan kehendak yang berlainan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai ciri-ciri dan kehendak yang sama. 30. 3. Misalnya sasaran pasaran mungkin terdiridaripada kumpulan kanak-kanak, orang dewasa,orang tua, kumpulan wanita, lelaki dan sebagainya.4. Para pengeluar mendapati adalah sukar untukmenarik semua orang dengan suatu produk atauperkhidmatan. Sebaliknya aktiviti pemasaran lebihmudah dijalankan dengan membahagikan pasarankepada kumpulan tertentu. 31. 5. Contohnya, sasaran pasaran bagi barangkosmetik ialah kumpulan wanita. Untuk menarikkumpulan ini membeli produk kosmetik,pengeluar boleh membuat pengiklanan dalammajalah wanita.6. Para pengeluar perlu menentukan sasaranpasaran terlebih dahulu sebelum menjalankanaktiviti pemasaran yang lain. 32. 7. Sasaran pasaran akan menentukan strategipemasaran yang lain serta kejayaan ataukegagalan strategi pemasaran yang lain. 33. Campuran Pemasaran1. Campuran pemasaran juga dikenal sebagai 4P kerana setiap elemen pemasaran bermula dengan huruf P dalam Bahasa Inggeris, iaitu product, price, place dan promotion.2. Campuran pemasaran ialah gabungan empat komponen pemasaran, iaitu produk, harga, tempat, dan promosi. 34. 3. Untuk memastikan kejayaan perniagaan, parapengeluar perlu membuat perancangan yangrapi terhadap campuran pemasaran yang bakaldigunakan untuk mencapai matlamat mereka,iaitu keuntungan dan kepuasan pengguna yangoptimum. 35. Elemen Campuran Pemasaran1. Empat elemen campuran pemasaran:a) Produkb) Hargac) Tempatd) Promosi 36. Produk1. Produk merangkumi barang-barang berbentuk fizikal dan bukan fizikal(perkhidmatan).a) Produk berbentuk fizikal adalah seperti alat- alat elektrik dan pakaian.b) Manakala produk berbentuk bukan fizikal terdiri daripada perkhidmatan seperti perkhidmatan guru, doktor dan guaman. 37. 2. Produk mesti mempunyai ciri-ciri yang dapatmemenuhi kehendak pengguna supaya adapermintaan terhadapnya di samping memberikeuntungan yang maksimum kepada perniagaan.3. Ciri-ciri produk yang baik :a) Kualitii) Kualiti produk meliputi ketahanan,kebolehpercayaan produk, kemudahanpenggunaan, dan pembaikan serta lain-lain sifatyang bernilai yang terdapat pada sesuatu produk. 38. ii) Produk yang berkualiti tinggi akan menarikminat pembeli untuk membeli dan memberilebih kepuasan kepada pengguna yangmembelinya.iii) Produk yang berkualiti tinggi dapatmenjamin pasaran kerana pengguna tetap akanmembelinya walaupun harga produk lebih tinggiberbanding dengan produk yang kurangberkualiti. 39. b) Jenamai) Jenama adalah nama atau identiti sesuatu produk. Ia terdiri daripada perkataan, simbol, reka bentuk, atau gabungan kesemua ini.ii) Jenama sesuatu produk dapat membezakan produk pengeluar dengan produk yang lain di pasaran.iii) Penjenamaan produk adalah penting kerana pengguna melihat jenama sebagai salah satu faktor dalam membuat pemilihan barang. 40. iv) Jenama produk yang sudah terkenal biasanyaakan memberi nilai tambah kepada produkberkenaan. Contoh jenama yang terkenal ialahRolex(jam tangan), Prada(kasut dan beg), Coca-cola(minuman), dan Mercedes(motokar). 41. c) Pembungkusani) Pembungkusan merujuk kepada aktivitimembungkus produk untuk menambah dayatarikan produk dan memberi perlindungankepada produk tersebut.ii) Antara ciri pembungkusan yang baik adalahia mestilah menarik, tidak mudah pecah,mudah diangkut dan disimpan, sertamengandungi semua maklumat tentangbarang tersebut. 42. iii) Kaedah pembungkusan yang biasa digunakanadalah menggunakan kertas, plastik, kotak,bekas tin, dan sebagainya.iv) Pembungkusan yang menarik akan memikatpengguna dan seterusnya mempengaruhimereka untuk membeli. 43. d) Jaminan dan khidmat sampingani) Jaminan merujuk kepada tanggungjawabpengeluar terhadap produk yang dihasilkan.Pengguna akan berasa lebih selamat dan yakinapabila produk tersebut mempunyai jaminanpengeluar.ii) Khidmat sampingan ialah perkhidmatantambahan yang diberi oleh pengeluar danpenguna seperti perkhidmatan selepas jualan,perkhidmatan penyenggaraan berkala,perkhidmatan pembaikan, dan sebagainya. 44. iii) Jaminan dan khidmat sampingan yangditawarkan oleh pengeluar juga membolehkanpengguna membuat pertanyaan atau aduanapabila berlaku masalah terhadap penggunaanproduk tersebut. 45. Perbezaan pemasaran barang dengan perkhidmatan :BarangPerkhidmatan1. Produk dalam bentuk fizikal, iaitu 1. Kemahiran atau kebolehan diri.boleh dilihat.2. Harga biasanya berasaskan faktor 2. Biasanya berasakan kepada kemahiranseperti kos, persaingan dan permintaan. dan pengalaman.3. Promosi - Cara promosi adalah banyak 3. Cara promosi adalah terhad dan adaseperti pengiklanan, jualan langsung, sesetengah perniagaan profesionalpemberian sampel dan demonstrasi. seperti doktor dan guaman tidakdibenarkan mengiklankan langsung.4. Agihan ada pelbagai jenis saluran4. Ada hubungan terus antara pemberiagihan yang sesuai mengikut jenis perkhidmatan dengan pengguna.keluaran. 46. Harga1. Harga merupakan kos kepada pembeli untuk memiliki barang-barang atau perkhidmatan.2. Harga yang ditentukan seharusnya berpatutan kerana jika menetapkan harga terlalu tinggi akan mengurangkan jualan manakala harga yang terlalu rendah akan menjejaskan keuntungan. 47. 3. Dalam penetapan harga, faktor yang perludipertimbangkan oleh pengeluar ialah :a) Permintaan Penggunai) Jika permintaan pengguna terhadapsesuatu produk adalah tinggi, maka pengeluarboleh menjual produk tersebut dengan hargayang tinggi supaya untung dapatdimaksimumkan. 48. ii) Sebaliknya, jika permintaan penggunaterhadap sesuatu produk adalah rendah, strategipeletakan harga yang sesuai ialah menjual padaharga yang rendah.b) Kosi) Harga sesuatu barang dipengaruhi oleh kos.Kos yang tinggi akan meningkat harga jualan dansebaliknya kos yang rendah akan menurunkanharga jualan. 49. ii) Biasanya sebelum harga jualan seunitditentukan, kos pengeluaran seunit perludihitung terlebih dahulu.iii) Pengeluar biasanya menetapkan jualanberdasarkan peratus keuntungan yangdikehendaki.Harga = Kos Pengeluaran seunit + % keuntungan 50. c) Persaingani) Persaingan antara pengeluar di pasaran akan menetapkan suatu paras harga yang diterima umum oleh semua pengeluar.ii) Harga pasaran ini akan menjadi panduan kepada pengeluar untuk menetapkan harga jualannya.iii) Pengeluar boleh memilih untuk meletakkan harganya mengikut harga pasaran, lebih tinggi ataupun lebih rendah daripada harga pasaran. 51. Mesej pentingDi Malaysia, barang kawalan seperti beras,tepung, gula, dan minyak tertakluk kepada AktaKawalan Harga 1946. Para pengguna tidak bolehmenjual barang tersebut dengan harga yanglebih tinggi daripada harga yang ditetapkan olehkerajaan. 52. 4. Dalam proses penentuan harga, pengeluarharus membuat keputusan sepertin yang berikut:a) Tingkat hargab) Kadar diskaunc) Tempoh bayarand) Syarat-syarat kredit 53. Kesalahan lazimx (Salah) (BetulMurid menganggap kesan harga psikologi Harga psikologi yang diletakkan pada RMseperti harga RM 59.90akan memberi 59.90 adalah lebih berkesan kerana bakalkesan yang sama kepada pembeli.pembeli akan menyatakan tak sampai enam puluh ringgit 54. Tempat1. Pemilihan tempat yang sesuai untuk memasarkan produk adalah penting kerana kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan amat bergantung kepada faktor ini.2. Tempat yang dipilih haruslah strategik, senang dikunjungi dan selesa.3. Antara faktor yang perlu dipertimbangkan oleh pengeluar sebe;um menentukan tempat perniagaan yang sesuai ialah: 55. a) Jenis Perniagaani) Jenis perniagaan akan mempengaruhi keputusan memilih tempat perniagaan.ii) Misalnya perniagaan runcit besar-besaran perlu dijalankan di kawasan bandar yang mempunyai ramai penduduk.iii) Perniagaan yang melibatkan pasaran luar negara biasanya ditempatkan di kawasan yang berhampiran dengan pelabuhan. 56. b) Modali) Pengusaha perniagaan yang mempunyaimodal yang besar boleh menjalankanperniagaannya di kawasan yang strategikseperti di pusat bandar yang menjaditumpuan orang ramai.ii) Jika modal perniagaan adalah kecil,perniagaan mungkin tidak dapat dijalankandi kawasan-kawasan di mana kos sewa dangaji pekerja adalah tinggi. 57. c) Perniagaani) Persaingan adalah faktor penting dalampemilihan tempat perniagaan. Oleh itu,peniaga harus mengetahui kebolehannyauntuk bersaing dengan peniaga-peniaga laindi tempat tersebut.ii) Tempat yang mempunyai persaingan yanghebat memerlukan strategi pemasaran yangdapat menarik pelanggan. 58. iii) Antara faktor yang perlu dikaji ialah bilanganpesaing, promosi yang dijalankan oleh pesaing,kelebihan dan kekurangan pesaing. 59. d) Jenis Pelanggani) Pelanggan adalah berbeza dari segi jantina, agama, budaya, umur, persepsi, tingkat pendidikan dan pendapatan.ii) Perbezaan ini akan mempengaruhi seseorang pelanggan membuat keputusan untuk membeli.iii) Oleh itu, faktor pelanggan perlu dikaji dan dikenal pasti sebelum memilih tempat perniagaan supaya keperluan dan kehendak pengguna dapat dipenuhi. 60. e) Kemudahan infrastukturi) Tempat perniagaan yang baik perlumempunyai kemudahan infrastruktur sepertitempat letak kereta, bekalan air, elektrik,serta sistem pengangkutan dan komunikasi.ii) Kemudahan-kemudahan ini akanmemudahkan peniaga dan pelanggan. 61. f) Undang-undang dan peraturani) Pihak berkuasa tempatan biasanya akanmenetapkan undang-undang dan peraturanyang perlu dipatuhi oleh peniaga.ii) Maka segala aktiviti perniagaan yangdijalankan haruslah mematuhi undang-undang dan peraturan tempat tersebut. 62. Promosi1. Promosi merupakan usaha yang dijalankan oleh pihak penjual untuk mewujud, melariskan, dan mengekalkan pasaran bagi sesuatu keluaran.2. Promosi yang berkesan bagi sesuatu produk akan menentukan kejayaan produk tersebut di pasaran. 63. 3. Antara matlamat promosi adalah seperti berikut:a) Memberitahu pelanggan tentang produk baru.b) Memujuk pelanggan membeli produknya.c) Meningkatkan penggunaan produk yang telahlama berada di pasaran.d) Meningkatkan dan meluaskan jualan dipasaran.e) Mengekalkan imej produk di pasaran.f) Mengatasi pesaing-pesaing yang menjualbarang yang sama. 64. 4. Cara promosi:a) Pengiklanani) Pengiklanan ialah bentuk persembahanyang dapat menyampaikan mesej produkdengan menggunakan pelbagai media sepertisurat khabar, majalah, poster, radio, televisyen,papan iklan, dan internet. 65. ii) Pengiklanan boleh diulangi beberapa kalisupaya para pembeli mengenali jenama danproduk pengeluar dengan mudah.iii) Pengiklanan dapat dibahagikan kepada:a) Iklan peneranganb) Iklan memujukc) Iklan mengingat. 66. Iklan Penerangan Menyampaikan penerangan atau maklumat tentang sesuatu jenis barang atauperkhidmatan. Tidak bertujuan mempengaruhi pengguna untuk membeli. Contoh : Iklan kerajaan Jauhi Dadah.Iklan Memujuk Menggunakan pelbagai cara untuk memujuk pengguna supaya mereka membeliproduk yang diiklankan. Menunjukkan kelebihan produk yang diiklankan. Contoh : Iklan kosmetik Krim ini akan nmenjadikan kulit anda putih dan halusmacam kulit bayiIklan Mengingat Mengingatkan pengguna tentang sesuatu produk di pasaran supaya merekamengekalkan penggunaan barangan tersebut. Contoh : iklan ubat gigi Baik untuk gigi anda. 67. b) Jualan Langsungi) Dilakukan oleh tenaga jualan pengeluar secara terus kepada pelanggan dengan mengunjungi rumah atau pejabat pelanggan.ii) Latihan dan teknik memujuk akan diajar kepada jurujual sebelum mereka menjumpai pelanggan.iii) Jualan langsung membolehkan pengeluar menjalin hubungan yang erat dengan pelanggan dan pelanggan boleh memberi maklum balas secara langsung kepada jurujual. 68. c) Promosi Jualani) Promosi jualan merupakan insentif untukmenggalakkan pembelian sesuatu produk.Promosi jualan yang biasa dilakukan adalahseperti memberi kupon, hadiah percuma,pemberian diskaun dan cabutan bertuah.ii) Promosi jualan dapat meningkatkan jualan. 69. d) Publisitii) Publisiti merujuk kepada promosi sesuatu produk yang dilakukan oleh pihak tertentu seperti pakar dalam bidang produk itu tetapi tidak ada kepentingan dengan pengeluar.ii) Publisiti boleh dilakukan oleh pakar tersebut dalam bentuk rencana, sesi dialog atau berita.iii) Publisiti dapat meningkatkan jualan kerana pengguna lebih percaya kepada pakar daripada pengeluar. 70. 5.5.4.Kepentingan CampuranPemasaran1. Elemen campuran pemasaran memainkan peranan yang penting kerana setiap elemen campuran pemasaran dapat membantu peniaga mencapai matlamatnya.2. Antara kepentingannaya ialah :a) Memperkenalkan produkAktiviti promosi yang bersesuaian dapatmemperkenalkan produk kepada pelanggan danseterusnya menggalakkan jualan dan keuntungan. 71. b) Menarik minat pembeliProduk yang berkualiti dengan jenama yang sudahdikenali ramai, serta pembungkusan yang menarikmampu menarik minat pembeli untuk membeli produktersebut.c) Meningkatkan jualan.Tempat yang strategik dan selesa, mudah menjaditumpuan pelanggan.d) Keuntungan yang tinggiPerletakan harga produk yang bersesuaian dengan kualitiproduk dapat menggalakkan pembelian dan melariskanjualan. 72. 5.5.5 Tempat yang sesuai untuk memasarkan sesuatu produk1. Lokasi memasarkan produk adalah amat penting kerana ia dapat menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan.2. Antara ciri tempat perniagaan yang strategik adalah seperti berikut :a) Berhampiran pelanggani) Tempat perniagaan yang berhampiran dengan pelanggan memudahkan pelanggan mengunjungi. 73. ii) Pelanggan lebih suka membeli-belah ditempat yang berhampiran berbanding tempatyang jauh kerana dapat menjimatkan masa dankos pengangkutan. 74. b) Kemudahan infrastrukturi) Tempat perniagaan perlu dilengkapi dengansegala kemudahan asas untuk memudahkanpelanggan.ii) Contohnya tandas, tempat letak kereta,tangga bergerak, hawa dingin, telefon awam,dan sebagainya. 75. c) Kemudahan pengangkutani) Tempat perniagaan yang dilengkapi dengankemudahan pengangkutan memudahkanpelanggan mengunjungi.ii) Jaringan jalan raya yang baik dapatmemudahkan proses pemasaran danmenjayakan usaha pemasaran. 76. 5.5.6 Memilih Cara Promosi yangsesuai untuk Tujuan Pemasaran1. Faktor-faktor yang menentukan pemilihancara promosi adalah:a) Jenis Produki) Pemilihan jenis promosi bergantung kepadajenis dan sifat produk tersebut.ii) Barang-barang seperti pakaian wanita,kosmetik dan alatan suri rumah tanggaadalah sesuai diiklankan di majalah wanita. 77. iii) Barang-barang yang bersifat teknikal danpenggunaannya perlu dibantu oleh jurujual ataujuruteknik adalah sesuai dipromosikan dipameran atau ekspo untuk barangan yangberkesan. 78. b) Kos mempromosii) Kos promosi merupakan faktor penting danperlu dipertimbang terlebih dahulu sebelummenjalankan sesuatu promosi.ii) Kos promosi yang tinggi akan mengurangkanuntung jualan manakala kos promosi yangrendah mungkin akan menyebabkanmatlamat promosi tidak dapat dicapai. 79. iii) Produk yang mempunyai pasaran luas, danpengeluarnya mempunyai modal yang besar patutmemilih jenis promosi yang lebih mahal di manasebaran mesejnya adalah lebih meluas sepertiradio, majalah, dan suratkhabar.iv) Sebaliknya, bagi produk yang pasarannya terhad,kos promosi haruslah haruslah dikawal supayakeuntungan perniagaan tidak terjejas oleh aktivitipromosi. 80. c) Saiz perniagaani) Perniagaan yang bersaiz besar mampumempromosikan produknya denganmenggunakan media-media yang mahalseperti televisyen, radio, dan internet.ii) Sebaliknya bagi perniagaan yang bersaiz kecilakan memilih media yang lebih murahseperti poster dan risalah. 81. d) Sasaran penggunai) Pengeluar perlu menentukan sasaranpengguna untuk produknya dan promosihendaklah dituju kepada golongan tersebut.ii) Misalnya bagi alat-alat permainankanak-kanak, sasaran penggunanya ialah kanak-kanak dan ia harus dipromosikan menerusitelevisyen semasa program khas untukkanak-kanak. 82. e) Tujuan mempromosii) Cara promosi yang dijalankan haruslahbersesuaian dengan tujuan promosi.ii) Tujuan promosi mungkin inginmemperkenalkan produk baru, memujukpengguna untuk membeli ataumeningkatkan jualan keluaran yang telahlama berada di pasaran. 83. iii) Jika tujuannya adalah untuk memujukpengguna membeli, maka iklan memujuk bolehdigunakan. Jika tujuan promosi adalah untukmemperkenalkan produk, baru, makapemberian sampel produk kepada orang ramaiuntuk mencubanya boleh digunakan.