pemasaran perniagaan

34
1 NOTA KULIAH STPD 2213 KEUSAHAWANAN SAINS DAN TEKNOLOGI TAJUK : PEMASARAN PERNIAGAAN PENSYARAH : DR NOR RISHAM BIN ISMAIL Apa itu Pemasaran ? Untuk kebanyakan orang pemasaran bererti iklan, atau lebih umum sebagai promosi dan membuat jualan. Namun semua itu merupakan sebahagian kecil dari pemasaran.Pemasaran merupakan falsafah perniagaan. Termasuk dalam tugas Pemasaran adalah bagaimana kita dapat menyelami keinginan pengguna ataupun calon pengguna dan bekerjasama dengan bahagian jualan, bagaimana produk atau perkhidmatan sampai dan dibeli oleh pengguna dan bagaimana mempromosikan sehingga dapat dipakai, dihargai dan mendapat posisi khusus dalam masyarakat secara meluas.

Upload: stpd2213

Post on 14-May-2015

5.318 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

nota stpd2213 pemasaran

TRANSCRIPT

Page 1: Pemasaran perniagaan

1

NOTA KULIAH STPD 2213KEUSAHAWANAN SAINS DAN TEKNOLOGITAJUK : PEMASARAN PERNIAGAANPENSYARAH : DR NOR RISHAM BIN ISMAIL  Apa itu Pemasaran ?

Untuk kebanyakan orang pemasaran bererti iklan, atau lebih umum sebagai promosi dan membuat jualan. Namun semua itu merupakan sebahagian kecil dari pemasaran.Pemasaran merupakan falsafah perniagaan.

Termasuk dalam tugas Pemasaran adalah bagaimana kita dapat menyelami keinginan pengguna ataupun calon pengguna dan bekerjasama dengan bahagian jualan, bagaimana produk atau perkhidmatan sampai dan dibeli oleh pengguna dan bagaimana mempromosikan sehingga dapat dipakai, dihargai dan mendapat posisi khusus dalam masyarakat secara meluas.

Page 2: Pemasaran perniagaan

2

Definisi Pemasaran

Persatuan PemasaranAmerika (AMA)

Satu sistem aktiviti perniagaan yang dibentuk utk merancang dan melaksanakan konsepsi,penentuan harga, promosi dan pengedaran produk untuk menggalakkan berlaku pertukaran yg dapat memenuhi keperluan pengguna dan pada masa yg sama mencapai objektif organisasi

Ibrahim Abdul HamidPrinsip Pemasaran

“satu aktiviti pembangunan dan pengagihan barangan serta perkhidmatan yang berkesan dan diusahakan untuk segmen pengguna terpilih”

“satu proses sosial ataupun pengurusan di mana individu atau kumpulan memperolehi apa yang dikehendaki dan diperlukan sama ada dengan menciptakannya sendiri ataupun melalui pertukaran produk atau nilai dengan pihak lain.”

Philip Kotler (1991)

The common theme is meeting needs and providing benefits.

Page 3: Pemasaran perniagaan

3

KONSEP ASAS PEMASARAN

KEPERLUAN

KEHENDAK

PERTUKARAN

PERMINTAAN

TRANSAKSI/ URUSNIAGA

Page 4: Pemasaran perniagaan

4

1. Keperluan

• Keperluan merujuk kepada keperluan manusia yang terhasil secara semula jadi dalam diri manusia tetapi boleh dipengaruhi oleh aktiviti pemasaran.

• Keperluan tidak dibentuk oleh pemasar kerana ia adalah perkara asas yang sangat dikehendaki bagi setiap manusia. Bila keperluan tidak dapat dipenuhi, seseorang akan mencari untuk mendapatkan keperluan tersebut atau cuba untuk mengurangkan keperluan tersebut.

• Contoh – Keperluan fisiologi (makanan, minuman, pakaian) keperluan keselamatan (ubat, tempat tinggal, kesihatan), keperluan sosial (kasih sayang dan kawan), keperluan penghargaan diri (perasaan ingin dihormati, mempunyai reputasi yang baik dan status dalam masyarakat), dan keperluan pencapaian diri (sesuatu yang dapat memenuhi hasrat hati).

Page 5: Pemasaran perniagaan

5

2. Kehendak

• Ia terhasil daripada keperluan asas manusia dan terbentuk dari persekitaran budaya atau personaliti seseorang melalui proses pembelajaran.

• Kehendak manusia hampir tiada hadnya tetapi ia dibataskan melalui sumber yang dimiliki yang selalunya terhad

Page 6: Pemasaran perniagaan

6

3. Permintaan

• Definisi - Kemahuan atau kesediaan seseorang untuk memiliki/membeli sesuatu barang atau perkhidmatan yang disertai dengan kemampuan untuk memilikinya.

• Kehendak dapat ditukar kepada permintaan bila disokong oleh kemampuan untuk memiliki

• Sumber kemampuan – contohnya wang.

Page 7: Pemasaran perniagaan

7

4. Pertukaran

• Definisi – Tindakan untuk memperolehi objek yang diingini daripada pihak lain dengan menawarkan sesuatu sebagai balasan.

• Definisi - Merupakan satu aktiviti di mana satu produk yang diperlukan oleh satu pihak akan ditawarkan untuk penukaran oleh satu pihak yang lain

Page 8: Pemasaran perniagaan

8

5. Transaksi/Urusniaga

• Wujud apabila berlaku pertukaran dua barangan antara pihak samada pertukaran wang dengan produk atau pertukaran antara barang dengan barangan lain (sistem barter)

Page 9: Pemasaran perniagaan

9

* konsep ini menyatakan pengguna akan menggemari keluaran sedia ada dan termampu dibeli mereka

* pengguna akan menerima apa sahaja produk yang dikeluarkan/penawaran akan menyebabkan

permintaan

* apabila keperluan tersebut melebihi daripada jumlah yang boleh dikeluarkan firma, ini mendorong firma untuk meningkatkan pengeluarannya

* apa yang lebih penting kepada pengilang ialah pengeluaran bukan pemasaran

EVOLUSI KONSEP PEMASARAN

1. Konsep Pengeluaran

Page 10: Pemasaran perniagaan

10

2. Konsep Produk

- Pengguna akan menggemari produk-produk yang menawarkan kualiti, prestasi dan ciri-ciri inovatif yang terbaik.

- Pengeluar menumpukan usaha ke arah penambahbaikan produk secara berterusan.

Page 11: Pemasaran perniagaan

11

* Falsafah berpegang kepada pengguna tidak akan membeli keluaran organisasi kecuali ia melakukan usaha jualan dan promosi secara besar-besaran

* Apabila semua pengilang meningkatkan pengeluaran, bekalan dan inventori turut meningkat melebihi permintaan sebenar daripada pengguna. Persaingan menjadi semakin sengit dan masalah untuk mendapatkan pasaran semakin kompleks.

* Pengusaha ingin meningkatkan volum jualan melalui usaha jualan dan promosi secara besar-besaran

dilakukan. Syarikat mengambil jurujual (jualan peribadi) utk mencari pasaran dan pengguna baru, serta membentuk iklan yang kreatif.

3. Konsep Jualan

Page 12: Pemasaran perniagaan

12

Konsep ini menyatakan bahawa pencapaian matlamat organisasi bergantung kepada usaha menentukan keperluan dan kehendak pengguna dan memberikan kepuasan yang dikehendaki dengan lebih efektif dan efisyen berbanding pesaing.

Pemasaran menjadi faktor penting dalam penjualan produk

Syarikat akan mengeluarkan produk yang dikehendaki oleh pengguna bagi memuaskan keperluan pelanggan dan mmperolehi keuntungan.

Produk yang berjaya adalah berasaskan kepada pemasaran yang efektif

4. Konsep Pemasaran

Page 13: Pemasaran perniagaan

13

5. Konsep Pemasaran Moden(Pemasaran Kemasyarakatan)

• Menyatakan bahawa organisasi patut menentukan keperluan, kehendak dan kepentingan pasaran sasar (pengguna) dengan memberikan nilai yang lebih baik melalui pengekalan atau memperbaiki kesejahteraan penguna dan masyarakat.

• Pemasar perlu menyeimbangkan antara keuntungan syarikat, kehendak pengguna dan kepentingan masyarakat.

• Pemasar tidak hanya mementingakan keuntungan jangka pendek tetapi juga keuntungan j/panjang.

Page 14: Pemasaran perniagaan

14

Fungsi / Peranan Pemasaran dalam Organisasi

1)Fungsi Urusniaga (Transactional Functions)

Melibatkan aktivitii) Pembelian • Pembelian melibatkan proses mencari dan menilai

pilihan produk

ii) Penjualan• Jualan melibatkan proses mempromosikan produk

melalui pengiklanan, jualan peribadi, publisiti dan promosi jualan

Page 15: Pemasaran perniagaan

15

2. Fungsi Logistik (logistical functions)

Melibatkan aktiviti:i) Penyimpanan (penstoran)• Membantu pengguna mendapatkan produk di tempat

dan masa yang mereka kehendaki

ii) Pengangkutan produk utk diagihkan• Saluran pengedaran yang ekstensif diperlukan bagi

menjalankan fungsi ini

Page 16: Pemasaran perniagaan

16

3.Fungsi Pemudahcara (Facilitating Functions)

Melibatkan Aktiviti:

i) Pembiayaan – Setiap syarikat harus membiaya pengeluaran termasuk bahan mentah, inventori dan pembelian barangan sebelum mendapat bayaran drp pelanggan

ii) Mengambil Risiko – risiko yg dihadapi oleh pengurus pemasaran apabila barang rosak atau tidak dapat dijual

iii) Mengumpul Maklumat Pasaran – termasuk kajian kelakuan pengguna, sistem maklumat jualan dan inventori

iv) Pempiawaian& Penggredan – memiawaikan penerangan terhadap ciri, saiz dan kualiti produk supaya elak kekeliruan pengguna dan memudahkan urusniaga

Penggredan membolehkan pengguna mengetahui kualiti produk tanpa melakukan pemeriksaan terhadap produk tersebut

Page 17: Pemasaran perniagaan

17

Aktiviti Pemasaran

1) Pembelian - mendapatkan bahan yang diperlukan bagi pengeluaran produk atau perkhidmatan

2) Penjualan-syarikat menjual produk kepada pengedar atau pembeli akhir

3) Pembiayaan/kewangan-untuk tujuan aktiviti pemasaran, pembelian dan penjualan

4) Pengangkutan-mengangkut/menghantar produk ke tempat pengeluaran dan kepada pengguna

Page 18: Pemasaran perniagaan

18

Aktiviti Pemasaran

5. Penyelidikan - kenalpasti pengguna, pasaran, corak DD dan strategi penentuan paduan pemasaran

6. Pergudangan - penyimpanan barangan utk pengeluaran dan barangan siap

7. Khidmat selepas jualan- perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna seperti menawarkan waranti, khidmat pemasangan, servis percuma dan lain-lain lagi

8. Penyeragaman/Pempiawaian - proses dan produk mesti menepati ciri/piawaian

Page 20: Pemasaran perniagaan

20

ELEMEN-ELEMEN UTILITI

• Keupayaan sesuatu barangan untuk memuaskan kehendak pengguna pada tempat-tempat tertentu

• Produk yang dikehendaki oleh pengguna boleh diperolehi di tempat yang pengguna itu kehendaki.

• Contoh - Jika pembeli ingin membeli kereta mereka tidak perlu ke Michigan, Detroit, Kyushu atau ke Stuttgart. Pengeluar kereta atau pengedarnya akan membawa kereta ke bilik-bilik pameran di bandar yang berhampiran dengan pelanggan

1. Utiliti tempat

Page 21: Pemasaran perniagaan

21

ii. Utiliti Bentuk

• Pengguna boleh memperolehi produk dalam ciri-ciri yang mereka kehendaki

• Contoh – gandum dapat memberikan utiliti yang rendah kepada pengguna yang sedang lapar berbanding kuih yang dihasilkan daripada gandum yang dikisar dan diadun supaya menjadi makanan.

Page 22: Pemasaran perniagaan

22

iii. Utiliti Masa

• Pengguna boleh memperolehi produk yang dikehendaki pada masa ia diperlukan

• Contoh - Payung – diperlukan pada masa hujan dan ubat – ketika sakit

Page 23: Pemasaran perniagaan

23

iv. Utiliti Pemilikan

• Pengguna boleh memiliki produk yang dikehendakinya.

• Contoh – Jika pasaraya memberikan kemudahan kredit kepada pelanggan, mereka boleh membeli dan memiliki barangan walaupun tidak mempunyai wang tunai.

Page 24: Pemasaran perniagaan

24

KEPENTINGAN PEMASARAN a) Kepada Individu

1. Pemenuhan utiliti– Memenuhi keperluan dan kehendak manusia

ii. Kehidupan yang lebih baik– Pemasaran sentiasa menkaji keperluan,kehendak dan

kemampuan pengguna menurut aliran semasa

iii. Memperbanyakkan pilihan produk di pasaran– Memberikan persaingan yang sihat melalui pelbagai alternatif

yang boleh dipilih oleh pengguna– Menjadikan sesuatu produk kompetitif dari segi mutu dan harga

iv. Memperbanyakkan peluang pekerjaan - pemasaran menyediakan pelbagai aktiviti profesional,

separa profesional dan tidak profesional dengan peluang pekerjaan kepada anggota masyarakat.

Page 25: Pemasaran perniagaan

25

b. Kepada Organisasi

i. Mempercepatkan Proses PertukaranAktiviti pemasaran mempercepatkan proses pertukaran produk atau perkhidmatan dengan wang atau sebarang faedah.

ii. Memantapkan dan Memanjangkan Usia perniagaan

Sentiasa mengadakan pengubahsuaian produk untuk memenuhi kehendak pelanggan

iii. Peluang Perniagaan Dalam Industri berkaitan

Menambah peluang pekerjaan dan perniagaan dalam aktiviti serta industri yang berkaitan dengan pemasaran.

Page 26: Pemasaran perniagaan

26

Persekitaran Pemasaran

KOTLER & ARMSTRONG (1989) mendefinisikan persekitaran pemasaran;sebagai mengandungi pihak dan kuasa di luar pemasaran yangmempengaruhi keupayaan pengurusan untuk membentuk dan mengekalkan kejayaan urusniaga dengan pengguna sasaran.

Persekitaran MIKRO/DALAMAN

Persekitaran MAKRO/LUARAN

Page 27: Pemasaran perniagaan

27

Persekitaran Pemasaran sesebuah syarikat

KUASA-KUASA DALAM PERSEKITARAN MIKRO/DALAM

Syarikat Pembekal Perantara Pemasaran Pengguna Pesaing dan Jaringan Masyarakat

KUASA-KUASA DALAM PERSEKITARAN MaKRO/LUARAN

Demografi ekonomi teknologi sumber semulajadi politik & perundangan sosiobudaya

PROGRAM PEMASARAN SYARIKAT

Page 28: Pemasaran perniagaan

28

Persekitaran Mikro- Merangkumi pihak yang rapat dengan syarikat yang mempengaruhi keupayaannya dalam melayan pelanggan syarikat, pembekal, syarikat saluran pemasaran pelanggan, pesaing dan masyarakat.

• Syarikat- Dlm merekabentuk rancangan pemasaran pengurus akan mengambil kira kumpulan syarikat yang lain seperti pengurus atasn, kewangan, penyelidikan dan pembangunan, pembelian, pengeluaran dan perakaunan

• Pembekal- menyediakan sumber-sumber yang diperlukan untuk mengeluarkan produk dan merupakan hubungan penting dlm’sistem menyampaikan nilai’

• Pengguna- individu atau organisasi yang menerima manfaat drp penggunaan sesuatu produk yang dikeluarkan oleh syarikat. Kejayaan syarikat bergantung kepada kejayaan memenuhi kehendak mereka

Page 29: Pemasaran perniagaan

29

• Perantara pemasaran- membantu syarikat mempromosi, menjual dan mengagih produk kepada pengguna akhir, contoh Peruncit, pemborong, agen dsg.

• Pesaing- syarikat pesaing yang menyediakan produk yang serupa kepada pengguna sasaran di mana syarikat mesti bersaing mendapatkan kelebihan strategik.

• Masyarakat- mana-mana kumpulan yang menganggap mereka mempunyai kepentingan terhadap kemampuan syarikat untuk mencapai objektifnya.

Page 30: Pemasaran perniagaan

30

Persekitaran Makro- Terdiri dari pihak luar yang akan mempengaruhi persekitaran mikro iaitu:

• Demografik - kajian tentang populasi dari segi saiz, kepadatan, lokasi, umur, jantina, bangsa, pekerjaan dan lain-lain statistik.

• Ekonomi - keadaan ekonomi menentukan tren permintaan dan perbelanjaan pengguna dan seterusnya mempengaruhi pelan pemasaran syarikat

• Teknologi - syarikat perlu sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini utk terus berdaya saing

• Sumber Semulajadi- sumber yang diperlukan sebagai input oleh pemasar atau yang dipengaruhi oleh aktiviti pemasaran

• Politik dan Perundangan- aktiviti politik sama ada dalaman atau luaran mempunyai kesan kuat terhadap perniagaan. Peraturan dan kawalan terhadap penggunaan satu barang memberi kesan kepada arah dan halatuju perniagaan

• Sosiobudaya - tren, gaya dan kaedah pemikiran sesuatu masyarakat serta tindakan mereka mempunyai kesan yang besar terhadap pengurusan dan pemsaran

Page 31: Pemasaran perniagaan

31

PADUAN PEMASARAN (Marketing Mix)

Definisi- kombinasi 4 komponen asas merangkumi produk, perletakan harga, promosi dan pengedaran.

1. Produk• Apa sahaja yang ditawarkan di pasaran untuk perhatian,

perolehan, kegunaan atau belian bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia (kotler 1996)

• Produk merangkumi barangan, perkhidmatan atau idea yang ditawarkan dan dapat memenuhi keperluan pengguna. (nyata dan tidak nyata)

• Pemasar harus mengambilkira faktor perubahan iaitu teknologi, keperluan dan kehendak pengguna dan persekitaran ekonomi.

Page 32: Pemasaran perniagaan

32

2. PENENTUAN HARGA

• Harga adalah nilai yang diletakkan ke atas sesuatu barangan ataupun servis yang dijual

• Pemilihan harga yang sesuai dengan sesuatu produk perlu mengambilkira semua kos yang terlibat.

• Faktor-faktor pengaruhi penentuan harga:pelanggan, kos, persekitaran, persaingan, keadaan pasaran dan permintaan, objektif pemasaran, strategi campuran pemasaran, ciri-ciri produk dan lain-lain.

Page 33: Pemasaran perniagaan

33

3. PROMOSI

• DEFINISI - Merupakan bentuk-bentuk komunikasi yang digunakan untuk memberitahu, mengingatkan dan juga memujuk pengguna mengenai sesuatu produk yang dikeluarkan ataupun dijual oleh sesebuah syarikat

– Objektif promosi: i) Menyampaikan maklumat

ii) Meningkatkan jualaniii) Menstabilkan jualaniv) Memposisikan jualanv) Membina imej

Alat-alat promosi termasuklah 1. Pengiklanan2. Jualan terus/peribadi3. Promosi jualan4. Publisiti5. Perhubungan awam

Page 34: Pemasaran perniagaan

34

4. Pengedaran

• Definisi - Proses memindahkan produk dari pusat pengeluaran kepada pengguna di lokasi dan pada masa yang dikehendaki mereka.

• mengelolakan sistem pengangkutan yg cekap supaya barangan keluaran dapat sampai kepada bakal pengguna tepat pada masa, tempat, dan jumlah yg dikehendaki.

• sistem yg digunakan mestilah pada tingkat kos yg paling minimum.

• Melibatkan saluran-saluran pengedaran, pengangkutan dan pergudangan