laporan pengurus pemasaran

34

Upload: andromendas

Post on 14-May-2015

36.455 views

Category:

Business


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan pengurus pemasaran
Page 2: Laporan pengurus pemasaran

8.0 LAPORAN PENGURUS PEMASARAN

8.1 Profil Pengurus Pemasaran

ENCIK MUZAKKIR IHSAN BIN YANG RAZALI

Pengurus Pemasaran bermula 4 Februari 2010 sehingga 30 Oktober 2010

Encik Muzakkir Ihsan bin Yang Razali, warganegara

Malaysia, berumur 17 tahun, menjadi salah seorang Ahli

Lembaga Pengarah sejak 4 Februari 2010 sehingga 31

Oktober 2010. Beliau juga diberikan kepercayaan

mengendalikan Jabatan Pemasaran selaku Pengurus

Pemasaran.

Sebelum ini beliau pernah menjawat jawatan

sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar(MPP)

.Beliau juga telah dilantik menjadi ahli MPP

sejak 2007. Beliau telah memegang jawatan

Penolong Ketua Biro Ekonomi pada tahun

2010. Seterusnya, pada tahun 2011 beliau

telah diamanahkan untuk memegang

jawatan sebagai Ketua Biro Ekonomi

Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan

Shah pada 2011. Sepanjang berada dalam

biro ini beliau ditugaskan untuk

meningkatkan ekonomi Majlis Perwakilan

Pelajar.

Beliau mula menjinak-jinakkan diri dalam dunia

perniagaan sejak tiga tahun kebelakangan ini

setelah dilantik menjadi salah seorang ahli Lembaga Koperasi sekolah. Sepanjang

penglibatan sebagai ahli Lembaga Koperasibeliau telah dilantik menjadi Ketua Biro

Pemasaran dan Promosi.

Page 3: Laporan pengurus pemasaran

Pasukan beliau telah menjadi johan bola baling bagi kategori bawah 14 tahun. Seterusnya,

beliau juga telah memenangi pertandingan bola sepak peringkat daerah bawah 15 tahun.

Semasa berada di tingkatan 5, beliau telah memenangi Pertandingan bola baling peringkat

daerah. Beliau juga telah dipilih untuk menjalani pemilihan untuk mewakili daerah bagi

pertandingan bola sepak bawah 18 tahun. Akhir sekali, beliau juga telah terpilih mewakili

pasukan KFC Perak bagi Pertandingan Catur Bistari peringkat kebangsaan di PICC

Putrajaya pada tahun 2010.

Page 4: Laporan pengurus pemasaran

SIJIL DAN PENGHARGAAN YANG DIPEROLEHI

Sijil Penyertaan Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah

Sijil Penyertaan Kursus Penyediaan Laporan dan Pembentangan Syarikat

Page 5: Laporan pengurus pemasaran

8.2 Tinta Pengurus Pemasaran

Salam keusahawanan,

Saya telah diberi tanggungjawab sebagai Pengurus Pemasaran Syarikat I‟ExCeL

Sdn. Bhd. Alhamdulillah, pertama dan selamanya, marilah kita mengucapkan sepenuh

kesyukuran kita kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan rahmat dan keizinan-Nya maka saya

dapat menyiapkan laporan seadanya.

Tugas sebagai Pengurus Pemasaran adalah amat penting dalam mengatur strategi

bagaimana untuk memasarkan produk syarikat. Hasil bimbingan dan dorongan yang padu

daripada semua pihak, beberapa strategi yang kukuh dan mantap dapat dirangka untuk

bahagian pemasaran syarikat ini. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih ditujukan kepada guru

pembimbing Persatuan Usahawan Muda SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Encik Saharizal

bin Mohd. Baharuddin.

Akhir kata, semoga Allah membalas segala penat lelah seluruh warga kakitangan

syarikat serta pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan laporan tahunan syarikat ini,

Insya Allah, jasa kalian tidak terbalas dan akan dikenang sampai bila-bila.

“Usahawan penjana ekonomi”

Wassalam dan terima kasih.

………………………………...................

(MUZAKKIR IHSAN BIN YANG RAZALI)

Pengurus Pemasaran Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.

Page 6: Laporan pengurus pemasaran

8.3 Tugas dan tanggungjawab

Sebagai seorang pengurus pemasaran , tanggungjawab utama adalah memastikan produk

dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat dapat dipasarkan dan boleh menyaingi pasaran

sedia ada. Antara tugas lain adalah seperti berikut :

Memasarkan hasil keluaran dan perkhidmatan syarikat supaya setiap projek berjalan

lancar serta memenuhi kehendak pelanggan .

Mengetahui sasaran pembeli yang akan membeli produk keluaran dan akan

menyertai setiap pertandingan yang akan dianjurkan

Mengenalpasti kelemahan pesaing dan mengatasinya serta mengetahui kelebihan

produk yang dimiliki supaya dapat mengatasi saingan pesaing.

Memastikan setiap aktiviti dan jualan yang dianjurkan oleh syarikat mendapat

sambutan.

Merancang strategi syarikat untuk menarik minat para pembeli untuk membeli produk

daripada syarikat.

Merancangkan aktiviti jualan seperti kaedah pengagihan, penghantaran dan galakan

jualan

Mengawal dan mengesan aktiviti jualan setiap ahli syarikat seterusnya menyimpan

rekod jualan.

Menyimpan rekod pemasaran syarikat dan menyediakan laporan jualan.

Memastikan projek-projek yang dirancang oleh syarikat dijalankan mengikut jadual

yang telah ditetapkan.

Page 7: Laporan pengurus pemasaran

8.4 Penilaian Prestasi Syarikat

PENETAPAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)

Sebagai seorang Pengurus Pemasaran yang mempunyai wawasan dan matlamat sendiri,

beliau sentiasa menetapkan halatuju syarikat dan sasaran yang perlu dicapai di akhir

operasi syarikat. Sebagai Penrus Pemasaran beliau telah menetapkan Key Performance

Index (KPI).KPI ini merupakan petunjuk prestasi utama yang perlu dicapai oleh Pengurus

Pemasaran.

- Melaksanakan strategi pemasaran terbaik

- Menembusi pasaran luar dan mendapat sambutan

- Meningkatkan produktiviti syarikat

KEBERHASILAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)

Melalui pengambilan salah satu prinsip umum yang yang diterapkan guru pengelola iaitu

“Cekal menghadapi masalah dan kesulitan (Preserverance in the face of adversity)”,

beliau telah berjaya melaksanakan segala tugas seorang Pengurus Pemasaran. Berikut

merupakan rajah matlamat beserta keputusan Key Performance Index (KPI).

MATLAMAT KEPUTUSAN CATATAN

Melaksanakan strategi

pemasaran terbaik Tercapai

Pelbagai strategi dan promosi dapat diatur

dengan baik sepanjang proses penjualan

produk.

Menembusi pasaran luar

dan mendapat sambutan Tercapai

Sentisa menerima pelbagai tempahan baju

dan juga makanan.

Meningkatkan

produktiviti syarikat Tercapai

Produk yang berkualiti berjaya dikeluarkan

oleh syarikat sehingga menarik minat para

pelanggan.

Page 8: Laporan pengurus pemasaran

PRESTASI PEMASARAN SYARIKAT

Strategi pemasaran yang berkesan dan efektif adalah amat penting. Ini kerana

strategi pemasaran yang baik membolehkan perkhidmatan dan produk yang

diberikan oleh syarikat mendapat respons dan sambutan daripada pelanggan.

Untuk melaksanakan strategi pemasaran yang berkesan, setiap ahli syarikat

telah bekerjasama antara satu sama lain dan membanting tulang untuk

mempromosikan setiap perkhidmatan dan produk yang ditawarkan dengan

menggunakan setiap kemudahan yang ada.

Sebagai seorang pengurus pemasaran, kerjasama ahli-ahli syarikat dan

sokongan serta dorongan amatlah penting. Ini akan menjamin kejayaan dalam

memasarkan sesuatu produk mahupun aktiviti yang dijalankan oleh syarikat

kami.Ahli-ahli syarikat yang menganggotai jawatankuasa pemasaran terdiri

daripada:

Pada awal operasi perniagaan, syarikat kurang mendapat sambutan dalam

memasarkan produk dan perkhidmatan. Masalah yang dihadapi pada awal operasi

adalah seperti berikut:

Kelewatan mendapat bekalan

Kesuntukan masa perniagaan (tempoh operasi singkat)

Menghadapi persaingan yang berbagai

Setelah dikenalpasti masalah yang dihadapai, syarikat mengatur semula

strategi pemasaran yang lebih sistematik dan efisyen. Seluruh ahli syarikat terlibat

sama memastikan pemasaran produk dan perkhidmatan pernigaan mendapat

sambutan dan menjadi pilihan utama pelanggan. Keuntungan syarikat bertambah

baik dan mencapai tahap optimum mulai bulan april hingga berterusan ke akhir

operasi pada bulan Oktober 2010.

Page 9: Laporan pengurus pemasaran

8.5 Prinsip Dan Matlamat Pemasaran

DEFINISI PEMASARAN

Pemasaran ialah rangkaian aktiviti perniagaan yang melibatkan pemindahan barangan atau

perkhidmatan dari pengeluar kepada pengguna untuk memenuhi kehendak pengguna, dan

dalam masa yang sama mencapai objektif syarikat.

Pemasaran juga dapat didefinasikan sebagai usaha yang dijalankan bagi melariskan

serta meningkatkan hasil jualan dan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam pasaran selagi

ianya tidak berlawanan dengan hukum-hukum agama

PRINSIP PEMASARAN

Dalam perniagaan , nilai – nilai murni diterapkan agar perniagaan yang dijalankan mendapat

kepercayaan para pelanggan kerana ini menjadi lambang kejujuran syarikat kami dalam

berurusan dengan masyarakat.

Di antara amalan dan prinsip yang menjadi pegangan Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. dalam

pemasaran ialah :

Amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Memastikan penghantaran cekap, selamat, dan teratur.

Tidak mengamalkan rasuah sesama ahli syarikat dan orang lain.

Informasi tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan tepat.

Pengedaran dan penghantaran barang dibuat dengan cekap, selamat, dan bersistematik

MATLAMAT PEMASARAN

Syarikat I‟ExCel Sdn. Bhd bermatlamat untuk mengorientasikan kepuasan pelanggan

dengan produk terbaik, memberikan perkhidmatan yang memuaskan, menghasilkan produk

kreatif yang dapat menembusi pasaran dan meningkatkan jual beli barang pada tahap yang

paling cemerlang agar syarikat dapat memperoleh keuntungan yang maksimum dan

meletakkan syarikat setaraf dengan syarikat yang berjaya.

Page 10: Laporan pengurus pemasaran

PROSES PEMASARAN

PRODUK

TINJAUAN

PERMINTAAN

STRATEGI

PEMASARAN

TINJAUAN KEPERLUAN KEPERLUAN PELANGGAN

LOKASI (PLACE)

TINJAUAN HARGA PASARAN

PENGUBAHSUAIAN

JUALAN

PENETAPAN

HARGA(PRICE)

PROMOSI

(PROMOTION)

MASALAH

TINJAUAN

PESAING

SASARAN PELANGGAN

(PEOPLE)

Page 11: Laporan pengurus pemasaran

8.6 Tinjauan Pemasaran

Tinjauan Pemasaran dibuat adalah bertujuan untuk membuat ramalan yang boleh

menentukan potensi pasaran berdasarkan keperluan pelanggan, permintaan pasaran dan

keunikan produk dan pesaing-pesaing luar.

Aspek yang perlu dititik beratkan boleh dibahagikan kepada lima perkara iaitu

keperluan dan permintaan pasaran, pesaing terdekat, sasaran pasaran, kekuatan dan

kelemahan produk sedia ada dan syer pasaran.

A. KEPERLUAN DAN PERMINTAAN PASARAN

Aliran perkembangan pemasaran syarikat dikenalpasti samada prestasi jualan

meningkat atau menurun, stabil atau berkembang serta mengenalpasti statistik

pengeluaran dan permintaan pengguna.

Perubahan citarasa dan keinginan semasa pengguna sentiasa mengalami

perubahan. Syarikat seharusnya peka dengan keperluan pengguna dengan

melakukan kaedah soal-selidik untuk mengetahui permintaan tertinggi semasa.

Selain itu, ramalan permintaan, citarasa dan keinginan pengguna pada masa

depan juga boleh dilakukan seterusnya dapat membantu syarikat memenuhi

kehendak pelanggan sepanjang masa.

B. PESAING TERDEKAT

Menganalisa keadaan pasaran semasa untuk melihat prestasi perniagaan

sedia ada di sekitar lokasi terdekat.

Mengenalpasti kemampuan pesaing dari segi kualiti produk yang dihasilkan,

harga yang ditawarkan dan kapisiti pengeluaran produk semasa.

Agen pemasaran ditugaskan untuk memerhatikan pesaing yang mengeluarkan

produk yang sama seperti pengeluaran produk syarikat.

Syarikat dapat mempelbagaikan variasi produk yang sedia ada dipasaran

dengan lebih kreatif dan mengatasi pasaran semasa.

Pesaingan dalam perniagaan menjadi salah satu cabaran bagi sesebuah

syarikat untuk dijadikan pemangkin semangat dan meningkatkan prestasi

syarikat.

Page 12: Laporan pengurus pemasaran

C. SASARAN PASARAN

Analisa pengguna produk diperjelaskan dengan teliti untuk mengetahui sejauh

mana produk dapat menembusi pasaran. Mengenalpasti siapakah pengguna

produk dengan jelas mengenai profil pengguna yang disasarkan berasaskan

demografi iaitu umur, jantina, pendapatan, pekerjaan, taraf pendidikan, serta

bilangan ahli keluarga.

Selain itu, kaedah psiko garafik juga boleh dilakukan iaitu keinginan, citarasa,

ego, dan status.

Potensi pasaran untuk satu-satu kawasan dan dalam suatu jangka masa

tertentu diambilkira untuk melihat siapa sasaran pengguna tertinggi yang

mengguna produk syarikat.

Syarikat dapat menentukan kadar pengeluaran produk mengikut jumlah

pengguna pada satu-satu masa seterusnya menentukan pengguna setia dan

menjadikan produk syarikat pilihan utama.

D. Kekuatan dan Kelemahan Produk Sedia Ada

Produk yang berada dipasaran tidak semestinya menjadi pilihan utama

pelanggan. Faktor Harga dan Kualiti sesuatu produk merupakan jaminan untuk

pengguna memilih produk pilihan mereka.

Faktor kesukaran mendapatkan produk di sekitar lokasi perniagaan dan

jaminan kualiti diambil kira untuk membolehkan harga yang ditawarkan adalah

berbaloi-baloi.

Kualiti produk dikenalpasti dari segi pembungkusan, material atau bahan

ramuan, tarikh luput serta memenuhi kepuasan pengguna.

E. Syer Pasaran

Dalam perniagaan aspek pesaing mengambil kira syer pasaran sebagai aspek

utama untuk melihat naik-turun prestasi peniagaan. Bilangan pengguna untuk

setiap pesaing dilokasi perniagaan diambilkira bagi mengira kadar peratus(%)

syer pasaran

Oleh itu, syarikat perlu mempengaruhi pengguna untuk memilih produk

syarikat seterusnya menguasai syer pesaingan pasaran.

Page 13: Laporan pengurus pemasaran

8.7 Strategi Pemasaran

Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. sentiasa berusaha bagi menghasilkan suatu produk, barangan

dan perkhidmatan yang memuaskan hati para pelanggan. Sebelum sesuatu perniagaan

dijalankan, pelbagai strategi perniagaan telah dirangka. Strategi ini dirangka bagi

melicinkan perniagaan tanpa sebarang kesulitan yang akan dihadapi oleh setiap ahli.

Selain itu, strategi yang diperkenal juga perlu untuk memperkenalkan nama syarikat yang

mempunyai strategi pemasaran yang terbaik dan berkesan. Antara strategi yang telah

iatur oleh pihak pemasaran ialah

1. Sentiasa mencari peluang yang terbaik untuk memasarkan barangan dan

produk keluaran syarikat.

2. Memperbaharui segala teknik pemasaran mengikut aspek-aspek pemasaran

yang terkini untuk menggantikan teknik pemasaran yang lama supaya lebih

efektif bagi kepentingan pemasaran syarikat.

3. Memasarkan barangan atau produk yang bermutu dan berkualiti tinggi.

4. Memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan setiap produk yang telah

dijual

5. Memastikan hasil keluaran syarikat mendapat nilai tempat yang tertinggi dalam

pasaran.

ASAS STRATEGI PEMASARAN

Rangka asas dalam membentuk strategi pemasaran adalah bergantung kepada

tinjauan pemasaran yang telah dibuat. Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. perlu memastikan

strategi yang digunakan dapat melengkapi dan mengatasi masalah yang dihadapi

dalam perniagaan. Hasilnya pengurus Pemasaran telah memperkenalkan asas

strategi perniagaan kepada lima bahagian penting iaitu STRATEGI 5P

STRATEGI PEMASARAN

PRODUCT (Produk)

PRICE (Harga)

PEOPLE

(Pengguna)

PLACE (Lokasi)

PROMOTION (Promosi)

Page 14: Laporan pengurus pemasaran

8.8 Pembahagian Strategi

Berdasarkan asas Strategi Pemasaran 5P Syarikat I‟ExCel Sdn Bhd telah menyediakan

pembahagian strategi pemasaran dengan menitik beratkan kualiti produk, kepuasan

pengguna dan keuntungan syarikat

STRATEGI PRODUK

Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. menjadikan asas strategi untuk menghasilkan produk dan

menyediakan perkhidmatan yang berkualiti untuk memberikan manfaat kepada para

pengguna.

Syarikat telah merekabentuk dan membungkus produk secara kreatif di mana dapat

menarik perhatian para pelanggan Setiap produk dan perkhidmatan mempunyai kelebihan

dan keistimewaan tersendiri untuk menarik minat dan mendapat sambutan yang

menggalakan.

Bil Projek/Produk/Perkhidmatan Ciri Kelebihan/Keistimewaan

1. I`ExCeL IQ CHALLENGE Cabaran Soduku Spell It Right Rubic Cube Qhat Writing Chess Challenge

Ciri-ciri

Berbentuk “Games” menguji minda

Diminati golongan pelajar/remaja

Permainan yang mudah

Sambutan yang ramai

Yuran penyertaan yang murah

Tiada pesaingan dari pesaing terdekat

Modal yang rendah

Faedah Pengguna :

pengguna boleh menguji tahap permainan

individu dalam pertandingan

pengguna boleh mempertingkatkan kemahiran

dalam permainan

pemenang menerima hadiah lumayan yang

ditawarkan.

2. I`ExCeL Sports

Basketball Bowling

Ciri-ciri

diperkenalkan untuk pengguna yang ingin

mempelajari

mendapat sambutan yang ramai

menjemput jurulatih yang diiktiraf

Modal yang rendah

Faedah Pengguna

Dapat menguji kemahiran dan membina

kecergasan

Belajar teknik permainan yang betul

Page 15: Laporan pengurus pemasaran

3. I`ExCeL Access

Kemudahan Internet Surfing Printing Binding Graphic Designer Montage Designer

Ciri-ciri

Mendapat sambutan yang ramai selaras

dengan keperluan pelajar celik IT

Pelajar tidak perlu pergi ke Kafe Siber diluar

Kerjasama dengan Penyelaras ICT sekolah

Kelengkapan 20 buah komputer

Tiada modal pembelian komputer

Keuntungan melalui komisyen dan khidmat

kemahiran individu

100% pengguna adalah pelajar.

Faedah pengguna

Tidak perlu keluar sekolah

Menikmati Internet berkelajuan tinggi

Kadar bayaran yang murah

Memudahkan menyiapkan kerja atau tugasan

yang diberikan di sekolah.

4. Seratas`s Hostel Open Day

Persembahan Silat Jualan Buku Terpakai Jualan Aiskrim Jualan Rojak/Buahan Game Corner -Melempar gelung - Boling Kelapa

Ciri-ciri

Pertandingan keceriaan antara dorm

Sambutan daripada pelajar dan guru

Jemputan VIP

Kos yang rendah

Menarik perhatian pengunjung luar

Faedah pengguna

Menikmati makanan khasiat buah-buahan

Pesaingan sihat antara dorm

Impak kepada sekolah menerima Anugerah

Asrama terbilang

Pelajar seronok bermain permainan rakyat

5. Jualan Hari Kebudayaan Islam

Tayangan Filem - Ayat-ayat Cinta - Syurga Cinta Jualan Button Badge Jualan Makanan Halal Permainan Tradisional - Congkak -Batu Seremban - Galah Panjang - Sepak Raga Jualan Tafsir Al-Quran

Ciri-ciri

Minat dalam permainan Tradisional

Menerapkan nilai agama dan moral

Sambutan pengguna yang kumpulkan koleksi

„button badge‟

Menarik perhatian pelajar yang gemar

menonton wayang bercirikan islam

Kadar bayaran yang murah

Sambutan paling ramai dalam permainan

tradisional

Tiada pesaingan

Faedah pengguna

Menjalinkan ukhwah islamiah lebih erat

Memahami konsep islam dalam berniaga

Cintai Islam dapat dipupuk

Halal dan Haram ditekankan dalam Jualan

Makanan

Memupuk nilai rohaniah lebih kukuh

Mengenal permainan tradisional melayu

Page 16: Laporan pengurus pemasaran

6. Delicious Pizza And Cakes

Jualan Kek Jualan Pizza

Ciri-ciri menyediakan bahan makanan yang 100%

halal untuk pengguna disediakan tanpa bahan pengawet atau bahan

pewarna harga yang berpatutan Tiada pesaingan terdekat

Faedah Pengguna Harga yang murah Halal dimakan tanpa was-was Tidak perlu caj khidmat penghantaran Puas hati dengan khidmat layanan

7. I`ExCeL Ex_Design

Tempahan T-Shirt Jualan rekaan t-shirt Tempahan “Batch T-shirt” Merekabentuk T-shirt

Ciri-ciri

Pereka yang kreatif Harga berpatutan Pilihan corak yang pelbagai Boleh ditempah dengan kuantiti yang sedikit Tiada pesaingan konsep

Faedah Pengguna

Puas hati Harga yang murah Berkualiti tinggi Pilihan menarik

8. I`ExCeL`s Menu

Jualan Makanan setiap minggu

Ciri-ciri

memberi kemudahan kepada pelajar untuk mendapatkan keperluan yang diingini ketika berada di asrama

memenuhi kehendak pelajar menjana keuntungan syarikat kurang pesaingan

Faedah Pengguna

menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk memenuhi kehendakan pelajar asrama harga yang berpatutan

Secara keseluruhannya, Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.menetapkan satu piawaian kualiti

produk yang dihasilkan untuk dipasarkan berlandaskan cirri-ciri berikut :

a) Pembuatan : Syarikat menghasilkan, memperkemaskan pembuatan setanding

dengan jenama seumpamanya di pasaran.

b) Harga :Syarikat meletakkan harga yang berpatutan pada setiap produk dengan

keuntungan minimum.

c) Pembungkusan : Pembungkusan produk yang baik memberi tarikan pembelian

hampir 95%.Pembungkusan yang menarik boleh mendapat sambutan yang

menggalakan.

d) Kualiti : Syarikat memastikan produk yang dihasilkan terjamin dan berkualiti.

Page 17: Laporan pengurus pemasaran

STRATEGI HARGA (PRICE)

Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd menawarkan produk yang berkualiti dan harga yang berpatutan.

Harga kos setiap produk mengikut kemampuan pelanggan. Oleh itu, harga yang ditawarkan

merupakan nilai sebenar yang harus dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan produk

atau perkhidmatan. Antara strategi penetapan dan penawaran harga yang perlu

dipertimbangkan adalah :

1. Membuat tinjauan harga pasaran

Tinjauan harga berasaskan :-

jenis produk dan kualiti produk

tarikan produk yang serba guna

2. Tawaran harga dari pesaing luar

Kadar harga pasaran dari luar lokasi perlu diambil kira untuk melihat kos

pengangkutan pengguna (pelajar) untuk mendapatkan produk boleh dikira sebagai

harga kos produk.

3. Tawaran harga daripada pembekal

Harga daripada pembekal yang paling minimum dipilih untuk menjadi

pembekal utama dalam penawaran produk jualan.

Permintaan sebut harga produk di minta terlebih dahulu sebelum pemilihan

pembekal dibuat. Penawaran harga daripada pembekal yang paling minimum

adalah pilihan utama syarikat.

4. Penurunan harga

Harga produk perlu mengambil kira ketahanan produk dan tempoh luput

produk tersebut. Produk makanan terutamanya, perlu ditentukan tarikh

keluaran dan tempoh sebelum luput.

Penurunan harga perlu dibuat untuk memastikan barangan habis terjual.

5 Penilaian harga semula (stok akhir)

Harga setiap produk yang tidak habis dijual perlu dibuat penilaian semula

berdasarkan harga pasaran, kualiti asas dan keperluan pelanggan.

Sekiranya harga kos sesuatu produk ini telah tercapai keuntungan yang

diharapkan, harga produk diturunkan sehingga ke harga kos produk tersebut.

Page 18: Laporan pengurus pemasaran

Secara keseluruhannya harga pemasaran bagi semua produk jualan Syarikat I‟ExCeL Sdn.

Bhd. adalah berpatutan dan menarik. Syarikat sentiasa memberikan harga yang selaras dan

berpatutan daripada pihak saingan syarikat dengan memberikan penekanan pada mutu,

kualiti dan mesra pelanggan.

Tawaran harga diskaun juga diberi sekiranya pelanggan diambil

kira sebagai pelanggan tetap syarikat, sekali gus menarik minat

pelanggan untuk terus menjadi Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. pilihan utama

pelanggan.

Bagi penjualan Produk Kreatif dan Perkhidmatan Syarikat

pula, margin keuntungan yang diambil adalah mengikut kepada

kreativiti produk yang dijual. Bagi kedua-dua aktiviti ini, syarikat

boleh menerima sehingga 90% margin keuntungan syarikat.

STRATEGI PELANGGAN (PEOPLE)

Syarikat I‟ExCeL Sdn Bhd. mensasarkan pemasaran produk

keseluruhannya kepada warga SM Sains Raja Tun Azlan Shah,

pelawat atau pengunjung, ibu bapa dan komuniti sekitar premis

perniagaan merupakan pelanggan Syarikat I‟ExCeL Sdn.

Berdasarkan prestasi jualan produk dan pilihan perkhidmatan yang

ditawarkan Syarikat I‟ExCeL Sdn. Berikut adalah Carta Analisa

mengikut produk dan perkhidmatan I‟ExCeL Sdn. Bhd.

I’ExCeL IQ Challenge

90%

8%

2%

Carta Pelanggan

Pelajar SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH

Ahli Syarikat

Anak-anak Guru

Page 19: Laporan pengurus pemasaran

I`ExCeL Sports

I`ExCeL Access

I`ExCeL`s Menu

85%

15%

Carta Pelanggan

Pelajar SM Sains Raja Tun Azlan Shah

Lain-lain

100%

Carta Pelanggan

Pelajar

100%

Carta Pelanggan

Pelajar

Page 20: Laporan pengurus pemasaran

I`ExCeL Ex_Design

Delicious Pizza And Cakes

Seratas`s Hostel Open Day

58%23%

10%

9%

Carta Pelanggan

Pelajar SM Sains Raja Tun Azlan Shah

Guru

Staf

Lain-lain

100%

Carta Pelanggan

Pelajar

94%

5% 1%

Carta Pelanggan

Pelajar SM Sains Raja Tun Azlan Shah

Guru

Lain-lain

Page 21: Laporan pengurus pemasaran

Jualan Hari Kebudayaan Islam

Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. telah mensasarkan segala pekhidmatan dan aktiviti jualan yang

diadakan kepada semua pelajar SMS Raja Tun Azlan Shah. Selain itu, pihak pemasaran

juga mensasarkan perniagaan kepada guru-guru, dan juga kakitangan SMS Raja Tun Azlan

Shah.

Sambutan daripada kesemua pelanggan amat menggalakkan. Hal ini telah

menaikkan semangat setiap ahli supaya bekerja lebih gigih dan seterusnya dapat

menaikkan imej syarikat.

95%

5%

Carta Pelanggan

Pelajar SM Sains Raja Tun Azlan Shah

Lain-lain

87%

10%

3%

Carta Pelanggan Keseluruhan

Pelajar SM Sains Raja Tun Azlan Shah

Guru

Lain-lain

Page 22: Laporan pengurus pemasaran

STRATEGI PROMOSI (PROMOTION)

Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. mengadakan kaedah promosi yang berkesan seperti strategi

berkomunikasi antara syarikat dan pengguna untuk memudahkan syarikat menyampaikan

mesej kepada pengguna dan mengetahui maklum balas dari pengguna.

Promosi boleh merangkumi dari segala aspek seperti pengiklanan, promosi jualan,

dan juga diskaun yang telah diberikan. Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. juga telah menampal

iklan di setiap papan kenyataan untuk memberitahu sesuatu

perkara kepada pelajar.

Promosi adalah salah satu aspek penting dalam pasaran.

Kurang melakukan promosi ataupun memberi maklumat yang salah

semasa promosi sedang dijalankan akan menjejaskan jualan serta akan

mengakibatkan kerugian.

PENGIKLANAN

Pengiklanan adalah kaedah yang mudah, murah dan efektif. Semua maklumat mengenai

jualan boleh dipaparkan didalam iklan. Strategi pengiklanan yang menarik perhatian

pelanggan mengandungi ciri-ciri seperti berikut :-

tulisan yang jelas dan bahasa yang mudah difahami.

paparan produk yang jelas mengikut spesifikasi produk sebenar.

mengandungi maklumat yang tepat seperti harga, lokasi dan waktu operasi.

cetakan berwarna lebih menarik perhatian pelanggan.

CONTOH IKLAN YANG TELAH DIPAMERKAN PADA PELANGGAN

Iklan ditampal di papan kenyataan yang sesak dikunjungi pelanggan. Di edarkan dari bilik

kebilik seperti berbentuk edaran risalah. Menggunakan laman social seperti facebook atau

weblog yang memudahkan paparan seperti gambar produk ataupun video iklan.

Page 23: Laporan pengurus pemasaran

PROMOSI JUALAN

Kaedah promosi berbentuk “JUALAN PROMOSI” selalu diamalkan oleh syarikat yang

berhasrat untuk menghabiskan stok akhir. Promosi kaedah ini lebih banyak menarik

perhatian pelanggan yang suka membeli produk penghabisan stok.

Jualan ini selalunya dilakukan pada musim akhir tahun. Dalam istilah lain, ia

dipanggil sebagai jualan penghabisan stok. Walaubagaimanapun, tujuan utama jualan ini

diadakan adalah untuk menarik minat para pelajar khususnya untuk membeli di premis

perniagaan kami.

Harga yang ditawarkan juga rendah, istilah atau propaganda seperti “SALE”, “YES”-

Year End Sale dan Jualan Harga Runtuh sering digunakan untuk menarik perhatian

pelanggan.

Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. tidak terlepas peluang mengadakan promosi jualan

penghabisan stok pada 23-24 Oktober 2010 yang diadakan untuk menghabiskan stok T-

Shirt dan produk yang lain.

Page 24: Laporan pengurus pemasaran

PENGUMUMAN

Membuat pengumuman serta penerangan yang lebih terperinci selepas

waktu solat jemaah di surau dan waktu perhimpunan asrama. Selain itu,

pihak syarikat juga membuat pengumuman melalui alat pembesar suara

yang terdapat di bilik warden dan asrama yang telah disediakan oleh pihak

pengurusan asrama.

Kaedah pengumuman sering dilakukan sebelum syarikat

mengadakan jualan. Kaedah ini sering digunakan oleh pihak pemasaran

kerana lebih mudah tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos.

Pengumuman selalunya akan dibuat setiap kali selepas sahaja waktu PREP tamat

Pengumuman di buat di surau selepas solat jemaah

DISKAUN

Promosi ini adalah strategi syarikat yang dapat menarik minat para pembeli untuk membeli

produk syarikat. Strategi ini dijalankan setiap kali sebelum cuti persekolahan untuk

menghabiskan stok. Namun pihak syarikat tetap berhati-hati semasa memberikan diskaun

supaya syarikat tidak mengalami sebarang kerugian.

Page 25: Laporan pengurus pemasaran

STRATEGI LOKASI (PLACE)

Lokasi Perniagaan merupakan peranan penting untuk memudahkan pelanggan

membeli dan mendapatkan produk jualan syarikat.

Namun demikian, Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. tidak bergantung kepada satu

tempat jualan sahaja. Pembukaan gerai-gerai kecil ditempat yang sering dikunjungi

pelanggan juga diadakan.

Lokasi perniagaan yang strategik meningkatkan jualan kerana pelanggan

mudah mendapatkan barangan jualan sekiranya lokasi berdekatan dengan tempat

tumpuan ramai.

Kaedah jualan langsung juga diadakan menjaja barangan jualan

menggunakan bakul atau beg plastik dari dorm ke dorm, dari kelas ke kelas.

Page 26: Laporan pengurus pemasaran

8.9 Laporan Ringkas Aktiviti Pemasaran

PERKHIDMATAN I`EXCEL

Syarikat I`ExCeL Sdn Berhad mengadakan perkhidmatan

I`ExCeL IQ Challenge pada bulan Februari. Idea ini telah

ditimbulkan oleh Pengurus Pemasaran,Muzakkir Ihsan bin

Yang Razali setelah melihat kegilaan pelajar sekolah

Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah bermain permainan

`Rubic Cube‟.

Oleh itu, pihak syarikat telah memutuskan untuk

mengadakan beberapa pertandingan terbuka kepada semua pelajar. Bahagian pemasaran

telah mengadakan hebahan melalui cara mengadakan pengumuman dan juga menampal

iklan di papan kenyataan.

Bahagian pemasaran juga menyediakan yuran yang berpatutan bagi menarik minat

pelajar untuk menyertainya Pelajar yang ingin menyertai pertandingan yang diadakan perlu

menyediakan yuran sebanyak RM1.00 bagi setiap penyertaan. Antara pertandingan-

pertandingan yang diadakan ialah:

`Spell It Right‟

Cabaran Sudoku

Rubic Cube

Catur

Jawi`s writing

Syarikat telah menyediakan pelbagai hadiah yang lumayan untuk menarik minat

peserta

Strategi Pemasaran :

Produk : Permainan Menguji Minda

Harga : Yuran Penyertaan serendah RM 1.00

Pelanggan : Minat pelajar bermain permainan menguji minda

Promosi : Hadiah Lumayan ditawarkan

Lokasi : Tempat awam yang efektif untuk pelanggan gemar mempamerkan bakat.

Page 27: Laporan pengurus pemasaran

I`ExCeL Sports

Syarikat I`ExCeL Sdn Berhad bukan sahaja menumpukan kepada penjualan semata-mata,

namun membentuk perkembangan modal insan bagi

melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi fizikal dan

mental. Oleh itu, Syarikat I`ExCeL telah mengadakan

perkhidmatan I`ExCeL Sports.

Syarikat telah mengadakan pertandingan 3 on 3

basketball. Permainan ini telah dimainkan di gelanggang bola

keranjang Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah.

Setiap peserta perlu mendaftar nama terlebih dahulu dan

membayar yuran terlebih dahulu sebelum menyertai permainan

ini. Satu lagi permainan yang dianjurkan adalah permainan

bowling. Syarikat menyediakan perkhidmatan permainan

bowling kepada para pelajar dan juga terbuka kepada guru-

guru. Mana-mana individu mahupun kumpulan yang ingin

menyertai akan dikenakan bayaran sebanyak RM20.00 bagi setiap individu. Pengurus

pemasaran telah mengadakan pengumuman pada setiap hari sebelum pertandingan

bermula.

Strategi Pemasaran :

Produk : Permainan Menguji Kemahiran dan Fizikal

Harga : Yuran Penyertaan RM 20.00

Pelanggan : Kemudahan prasarana yang disediakan

Promosi : Hadiah Lumayan ditawarkan

Lokasi : Tempat awam yang efektif dan sesuai

I`ExCeL Access

Syarikat I`ExCeL turut menyediakan perkhidmatan penggunaan komputer kepada para

pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Tujuan diadakan perkhidmatan ini

adalah para pelajar di sekolah sering menggunakan komputer bagi tujuan pendidikan dan

menyiapkan tugasan seperti kerja kursus dan folio. Pelajar menghadapi kesukaran untuk

keluar ke bandar hanya semata-mata untuk mencari kafe siber. Namun ada kalanya kafe

siber di luar juga turut sesak dengan pengguna lain. Jadi kami mengambil kesempatan

bekerjasaman dengan Penyelaras ICT untuk menyediakan perkhidmatan yang diberi

Page 28: Laporan pengurus pemasaran

jenama I`ExCeL Access. Perkhidmatan ini telah banyak membantu pelajar dalam

menyiapkan tugasan mereka. Bayaran dikenakan berdasarkan tempoh masa pelajar-pelajar

menggunakan komputer tersebut. Syarikat menyediakan sebanyak 20 komputer kepada

pelajar supaya tidak berlaku kesesakan terutama ketika ingin menyiapkan kerja-kerja yang

penting. I`ExCeL`Access ini dibuka pada setiap hujung minggu bagi semua pelajar. Berikut

merupakan bayaran yang dikenakan bagi perkhidmatan yang disediakan.

Perkhidmatan Bayaran

Internet 1.50 sejam

Printing 20sen

Printing berwarna 50sen

Binding 50sen

Photostat 20sen

Strategi Pemasaran :

Produk : Kemudahan penggunaan komputer

Harga : Bayaran serendah RM 1.50 /jam

Pelanggan : Pelajar dalam kawasan sekolah

Promosi : Khidmat lain seperti cetakan berwarna dan fotokopi

Lokasi : Tempat yang berdekatan dengan asrama.

Aktiviti Jualan Aktiviti jualan merupakan penyumbang utama pendapatan syarikat.Syarikat I`EcXeL Sdn.

Bhd. mula menjalankan aktiviti jualan pada 4 Februari 2010. Aktiviti jualan syarikat syarikat

terbahagi kepada 4 aktiviti sepanjang operasi syarikat pada tahun 2010 iaitu:

Jualan Hari Sekolah

Jualan Hari Mingguan

Jualan Hari Peristiwa

Jualan Penghabisan Stok

Jualan hari sekolah tertakluk pada jualan semasa persekolahan iaitu umumnya hari

Isnin hingga Jumaat yang melibatkan masa petang,dan malam sahaja. Masa operasi

syarikat dijalankan sekitar 30 minit sehingga 2 setengah jam. Manakala Jualan Hari

Mingguan dijalankan pada hari minggu yang melibatkan hari Sabtu dan Ahad dan juga cuti-

cuti umum yang jatuh pada hari bekerja.

Page 29: Laporan pengurus pemasaran

Syarikat I`ExCeL Sdn. Bhd. menjalankan Jualan Hari Peristiwa sebanyak 5 kali

sepanjang tempoh pengoperasian dan Jualan Penghabisan Stok dilakukan pada hujung

masa operasi bagi menghabiskan dan melariskan stok-stok makanan, minuman dan

barangan yang tinggal.

Strategi Pemasaran :

Produk : Produk makanan yang sukar didapati di asrama

Harga : Harga barangan berbaloi

Pelanggan : Pelajar dalam kawasan sekolah

Promosi : Iklan dan Pengumuman /Jualan murah

Lokasi : Tempat yang berdekatan dengan asrama.

Jualan Hari Kebudayaan Islam

Syarikat I`eXcEl menerapkan unsur-insur islamik dalam menjalankan

perniagaan.Maka dari situlah telah tercetusnya idea daripada ahli lembaga syarikat. pihak

syarikat telah mengadakan jualan semasa Hari Kebudayaan Islam. pihak syarikat telah

mengadaka pertandingan permainan tradisional seperti galah panjang. selain itu, pihak

syarikat juga turut mengadakan jualan air penawar, kismis, kurma, tafsir al-quran, button,

dan sebagainya. pihak syarikat juga telah mengadakan tayangan berkaitan cerita islam yang

ditayangkan di dewan kuliah.

Strategi Pemasaran :

Produk : Produk makanan yang Halal

Harga : Harga barangan berbaloi

Pelanggan : Pelajar dalam kawasan sekolah

Promosi : Iklan dan Pengumuman /Jualan murah

Lokasi : Tempat yang berdekatan dengan asrama.

Page 30: Laporan pengurus pemasaran

Delicious Pizza And Cakes

Syarikat I‟ExCeL telah mengadakan jualan pizza dan kek. Jualan ini telah diadakan pada

setiap hujung minggu. Pihak Syarikat telah mengambil kesempatan keluar ke bandar pada

hujung minggu dengan setelah mengambil tempahan dari pelanggan secara pukal. Borang

tempahan diedarkan dan dikumpulkan sehari sebelum barangan dibeli. Berikut butiran

barangan tempahan yang dijual dalam perkhidmatan ini.

Makanan Kuantiti

Piza 25 unit kotak

Kek 100 potong

Kerepek 300 bungkus

Strategi Pemasaran :

Produk : Produk Makanan

Harga : Harga Pasaran + Harga Perkhidmatan

Pelanggan : Pelajar dalam kawasan sekolah

Promosi : Iklan dan Borang tempahan

Lokasi : Tiada lokasi – Pengedaran dibuat berdasarkan tempahan.

Page 31: Laporan pengurus pemasaran

Persaingan

Koperasi

Sekolah

Jualan

Individu

Persatuan

Kelab

8.10 Faktor Mempengaruhi Pemasaran Produk

PERSAINGAN

Setiap perniagaan yang diwujudkan pastinya terdapat persaingan. Hal ini kerana ,

sesuatu perniagaan yang tidak mempunyai pesaing pastinya akan berada pada prestasi

yang sama dan tidak akan melangkah kehadapan.Syarikat kami menghadapi persaingan

daripada beberapa pihak antaranya jualan persatuan dan kelab lain, koperasi sekolah serta

jualan individu. Oleh itu, syarikat kami sentiasa akan membuat penambahbaikkan untuk

memajukan syarikat.

Pihak syarikat juga menjadikan persaingan sebagai pemangkin semangat setiap ahli

syarikat supaya lebih gigih dalam menjalankan jualan dan aktiviti. Selain itu persaingan yang

dihadapi juga untuk melatih setiap ahli lembaga pengarah memainkan peranan masing –

masing semasa sedang menjalankan tugas yang diamanatkan.

RAKAN NIAGA DAN PEMBEKAL

Perniagaan dalam sesebuah syarikat tidak akan sepenuhnya berjaya tanpa adanya

usahasama daripada rakan-rakan niaga yang terlibat secara langsung mahupun tidak

langsung.Dengan adanya kerjasama seperti ini,syarikat akan berjaya mencapai keuntungan

yang lebih maksima daripada apa yang disasarkan. Pihak rakan niaga yang memberi

pertolongan merupakan nadi kepada sesebuah syarikat.

Page 32: Laporan pengurus pemasaran

Sehubungan dengan itu, Syarikat I`ExCeL Sdn.Berhad. menjalinkan hubungan

perniagaan dengan beberapa agensi rakan niaga bagi mencapai sasaran jualan yang telah

ditetapkan.

1. Boon Beng Sdn Berhad

2. Dirt-Tee Sdn Berhad

3. Best One Frozen Product Enterprise

4. Seven Eleven

5. Nestle Sdn Berhad

6. City Fruits and Vegetables Supplier Sdn Bhd

7. Nilai Sports Sdn Berhad

8. Brotherhoodarts.Sdn Berhad

9. Koperasi Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah Sdn Bhd

10. Yui Hong Trading Sdn. Bhd

Agensi rakan niaga inilah yang menjadi tulang belakang dalam perancangan syarikat

yang lebih optimistik. Namun peranan ahli lembaga syarikat yang bersama-sama membantu

dalam proses mendapatkan barangan mentah dan barangan siap bagi menjamin

perkhidmatan dan pengeluaran produk yang terbaik.

STRATEGI PEMASARAN YANG EFEKTIF

Keistimewaan Produk

Harga yang munasabah dan berpatutan dapat memenuhi kehendak dan keinginan

pengguna kerana mereka memilih barangan yang bersesuaian dengan kehendak dan

citarasa semasa mereka.

Faedah Kepada Pelanggan

Pelanggan membayar harga untuk nilai nilai faedah yang dipercayai dapat dinikmati

melalui barangan yang dibeli itu. Jika terdapat kerosakan pada barangan tersebut, maka

kepercayaan para pelanggan akan mula goyah dan perkara sebegini seharusnya menjadi

keutamaan bagi pihak organisasi syarikat. Kita selaku penjual seharusnya menganggap

pembeli adalah raja dan kita sewajarnya menukarkan dengan barangan yang baru.

Page 33: Laporan pengurus pemasaran

Terus Kepada Pelanggan

Hasil produk syarikat hendaklah diagihkan kepada para pelanggan secara terus

pada masa dan tempat yang telah ditetapkan. Selain itu, perkhidmatan yang pihak syarikat

sediakan juga terus kepada pelanggan.

Harga Berbaloi-baloi

Pembeli mengharapkan barangan yang dibeli itu boleh memberikan kepuasan yang

maksimum jika dibandingkan dengan harganya. Tidak berguna sekiranya membeli barangan

yang murah tetapi kualitinya jauh di sebalik harga.

Daya Tarikan Promosi

Susunan dan peragaan barangan yang teratur telah menarik perhatian pengunjung.

Di samping itu juga, produk yang dihasilkan dengan daya kreatif yang tinggi dan inovatif

telah menjadi tarikan kepada pelanggan untuk membeli.

Page 34: Laporan pengurus pemasaran

8.11 Pengesahan

Berkat kerjasama para pemegang saham yang sentiasa memberi komitmen yang terbaik

dan komited dengan kerja yang diamanahkan telah membuahkan impak yang positif.

Hasilnya, kebanyakan hasil jualan dan perkhidmatan syarikat berjaya dikomersialkan ke

dunia luar.

Selain itu,sektor ini telah menjalankan kajian ke atas pelanggan mengenai cita rasa

dan kehendak mereka,Segala maklumat disalurkan terus kepada bahagian pengeluaran

bagi mengeluarkan atau memberi perkhidmatan mengikut kehendak pelanggan.

Keberkesanan strategi pemasaran yang dijalankan oleh Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.

menunjukkan bahawa syarikat ini merupakan sebuah organisasi yang kukuh dan mantap

untuk menghadapi persaingan dalam bidang perniagaan.

Laporan yang dibentangkan ini adalah benar dan menepati syarat dan kehendak

syarikat sepanjang tempoh operasi bagi tahun 2006.

Disediakan oleh,

.................................................................

(MUZAKKIR IHSAN BIN YANG RAZALI)

Pengurus Pemasaran,

Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.