pemasaran antarabangsa.docx

24
SOALAN PERTAMA Nyatakan dan huraikan dengan ringkas LIMA (5) kepentingan pemasaran antarabangsa Pemasaran antarabangsa merupakan satu pelaksanaan aktiviti- aktiviti perniagaan yang mengarahkan aliran produk dan perkhidmatan sesebuah syarikat kepada pengguna di lebih dari sebuah negara bagi mendapatkan keuntungan. Ini bermakna, pemasar memasarkan produk atau perkhidmatan mereka melepasi sempadan sesebuah negara. Terdapat beberapa kepentingan pemasaran antarabangsa iaitu: i. Perubahan Gaya Hidup Kepentingan pemasaran antarabangsa dari aspek ini boleh dilihat dalam konteks pengguna dan pengeluar. Pengguna memperoleh faedah dari sudut pilihan barangan dan perkhidmatan yang lebih luas dengan kehadiran produk dari luar Negara. Tambahan pula dengan cirri-ciri kualiti yang tinggi pada harga yang mampu milik menjadikan tarf hidup pengguna akan meningkat. Faktor ini diperkuatkan lagi dengan kewujudan zon perdagangan bebas yang menjadikan pergerakan jual beli barangan antara Negara lebih cepat. Dalam konteks pengeluar pula, pegeluar dapat mejalankan pengkhususan dan pengeluaran dalam skala yang besar. Pasaran dunia yang luas memberikan peluang kepada pengeluar untuk menambahkan keluaran sekaligus meningkatkan hasil dan

Upload: zanki85

Post on 20-Oct-2015

97 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

International Marketing

TRANSCRIPT

Page 1: Pemasaran Antarabangsa.docx

SOALAN PERTAMA

Nyatakan dan huraikan dengan ringkas LIMA (5) kepentingan pemasaran

antarabangsa

Pemasaran antarabangsa merupakan satu pelaksanaan aktiviti-aktiviti perniagaan yang

mengarahkan aliran produk dan perkhidmatan sesebuah syarikat kepada pengguna di

lebih dari sebuah negara bagi mendapatkan keuntungan. Ini bermakna, pemasar

memasarkan produk atau perkhidmatan mereka melepasi sempadan sesebuah negara.

Terdapat beberapa kepentingan pemasaran antarabangsa iaitu:

i. Perubahan Gaya Hidup

Kepentingan pemasaran antarabangsa dari aspek ini boleh dilihat dalam konteks

pengguna dan pengeluar. Pengguna memperoleh faedah dari sudut pilihan

barangan dan perkhidmatan yang lebih luas dengan kehadiran produk dari luar

Negara. Tambahan pula dengan cirri-ciri kualiti yang tinggi pada harga yang

mampu milik menjadikan tarf hidup pengguna akan meningkat. Faktor ini

diperkuatkan lagi dengan kewujudan zon perdagangan bebas yang menjadikan

pergerakan jual beli barangan antara Negara lebih cepat. Dalam konteks

pengeluar pula, pegeluar dapat mejalankan pengkhususan dan pengeluaran dalam

skala yang besar. Pasaran dunia yang luas memberikan peluang kepada pengeluar

untuk menambahkan keluaran sekaligus meningkatkan hasil dan keuntungan di

samping pertukaran teknologi, sumber bekalan dan ilmu pengetahuan dari negara

lain.

ii. Pasaran Tepu

Keadaan pasaran yang tepu di mana permintaan adalah bersifat static dan tidak

bergerak menjadikan ia sebagai factor keperluan pemasaran antarabangsa.

Lebihan pengeluaran barangan dalam negara seperti keluaran yang berasaskan

perabot, minyak kelapa sawit, peralatan eletrik dan lain-lainmempunyai potensi

yang tinggi untuk dipasarkan ke luar negara terutamanya negara-negara Afrika

dan Asia Barat. Dalam pengeluaran makanan pula, Malaysia mempunyai

kepakaran untuk menjadikan negara ini sebagai hub halal peringkat global

khususnya di Asia Tenggara.

Page 2: Pemasaran Antarabangsa.docx

iii. Pendapatan

Apabila sesebuah negara menerokai pemasaran antarabangsa, ia menjadi

pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi. Melalui aliran

keluar masuk mata wang asing ke dalam negara menjadikan sumber pendapatan

negara di samping beberapa tariff yang dikenakan ke atas barangan import.

iv. Skala Bidangan (Economic of Scale)

Pasaran akan menjadi luas kerana gabungan permintaan dalam negara dan

permintaan di peringkat global. Permintaan yang tinggi akan menjadikan

pengeluar berusaha untuk mengeluarkan produk dalam skala yang besar.

Pengeluaran yang melibatkan skala yang besar akan memberikan kesan yang

positif dari aspek kos dan hasil yang akan diperoleh. Kos pengeluaran akan

menjadi rendah akan member kesan kepada harga jualan yang rendah. Dengan

kualiti yang tinggi, produk dapat dijual dalam skala yang besar dan memberikan

pulangan yang tinggi kepada pengeluar.

v. Persaingan

Persaingan akan wujud di dalam pasaran domestic mahupun pasaran global.

Persaingan di pasaran antarabangsa akan memihak kepada negara yang

pengeluaran dan produktivitinya meningkat berbanding kos pengeluaran yang

menurun. Persaingan ini dapat dilihat dalam beberapa konteks iaitu:

a) Persaingan produktiviti

Dalam konteks ini, industry tempatan perlu meningkatkan produktiviti,

kecekapan dan keupayaan inovasi untuk menghadapi persaingan

antarabangsa. Dengan itu, ia dapat menarik pelaburan asing ke dalam

negara dan dapat dimanfaatkan untuk tujuan tersebut.

b) Persaingan Domestik dengan Antarabangsa

Pemasaran antarabangsa membolehkan para pesaing global bersaing

dengan pasaran domestic dengan menawarkan produk dan perkhidmatan

Page 3: Pemasaran Antarabangsa.docx

yang lebih baik pada harga yang berpatutan. Pemasar tempatan pula

boleh memasarkan produk mereka ke luar negara dan mereka akan

menhadapi perasaingan di negara tersebut. Persaingan ini akan

mewujudkan keinganan pengeluar untuk mengeluarkan produk dan

perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan produk mereka dapat dijual

sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

c) Persaingan Penciptaan

Pengguna yang menjadi raja di dalam pasaran akan mewujudkan

kepelbagaian permintaan dan akan membuat pilihan terdahap produk yang

mereka mahukan. Persaingan yang secara tidak langsung mewujudkan

kualiti barang yang baik dengan kos pengeluaran yang rendah dapat

member pulangan yang besar kepada pengeluar.

d) Peluang dalam bidang baru

Dalam keadaan pasaran yang tepu, syarikat berpeluang meneroka pasaran

di negara-negara membangun dalam bidang yang baru berkembang maju

seperti tenaga, sains dan teknologi, pembangunan sumber manusia dan

lain-lain. Dalam meneroka bidang baru, asas eksport negara perlu

dipelbagaikan dengan hanya tidak bergantung kepada satu jenis produk

sahaja.

Page 4: Pemasaran Antarabangsa.docx

SOALAN DUA

Nyatakan dan bincangkan secara ringkas LIMA (5) jenis halangan kemasukan

produk import.

Halangan kemasukan produk import atau lebih dikenali sebagai sekatan perdagangan

adalah satu dasar perdagangan luar kerajaan dalam mengawal eksport dan import. Hal ini

bertujuan untuk melindungi kepentingan sesebuah ekonomi negara. Tanpa sekatan atau

halangan ini, negara mungkin akan mengalami defisit atau kerugian dalam imbangan

perdagangan dan inflasi yang diimport serta kemelesatan ekonomi yang berpunca

daripada negara-negara lain di samping dapat menjana pendapatan bagi negara. Terdapat

pelbagai bentuk halangan kemsukan produk import ke dalam negara. Ia terbahagi kepada

dua jenis yang utama iaitu tariff dan bukan tariff.

i. Tarif

Tarif ialah duti atau cukai import yang dikenakan terhadap barang import.

Apabila tariff dikenakan, hargaproduk import akan menjadi mahal berbanding

harga produk tempatan. Oleh yang demikian, permintaan terhadap barangan

import akan berkurangan. Terdapat dua jenis tariff iaitu tari ad valorem dan tariff

spesifik. Tariff ad valorem dikenakan mengikut nilai barang manakala tariff

spesifik dikenakan mengikut kuantiti barang yang diimport.

ii. Kouta

Kuota adalah sekatan ke atas jumlah barang yang boleh diimport dalam suatu

jangka masa tertentu. Kouta tidak mendatangkan apa-apa hasil kepada kerajaan

tetapi menaikkan harga. Apabila kuota dikenakan, penawaran barangan import

akan jatuh, kesannya kuantiti barangan import dalam pasaran tempatan akan

berkurangan sekaligus harga produk import akan meningkat. Sekatan kuota lebih

berkesan daripada tariff untuk mengurangkan persaingan dari luar negara apabila

permintaan tempatan terhadap barangan import tidak anjal.

iii. Embargo

Embargo ialah sekatan yang tidak membenarkan sesuatu barang diimport iaitu

sekatan sepenuhnya dikenakan ke atas produk tersebut. Embargo dikenakan ke

Page 5: Pemasaran Antarabangsa.docx

atas negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatic dengan sesebuah negara.

Emborgo yang juga dikenali sebagai dasar pemulauan bertujuan menyekat import

seterusnya melindungi industry muda daripada perasaingan dengan produk import

yang sama.

iv. Lesen Import

Pengimport perlu mendapatkan lessen kebenaran dalam mendapatkan hak untuk

mengimport sesuatu produk ke dalam negara. Hal ini mengelakkan pasaran untuk

tidak menjadi tepu dengan kemasukan barangan import yang terlalu banyak.

v. Anti lambakan

Lambakan sebagai menjual pada harga yang lebih rendah di bawah purata jumlah

kos dalam usaha untuk memperoleh syer dalam pasaran secara tidak wajar dalam

mengurangkan persaingan. Undang-undang ini sukar dinilai kerana jualan di

bawah harag kos sukar untuk dinilai.

Page 6: Pemasaran Antarabangsa.docx

SOALAN TIGA

Bezakan antara Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) dan Tabung Kewangan

Antarabangsa (IMF)

Aspek perbezaan di antara dua badan yang disebutkan di atas ialah:

i. Definisi

WTO merupakan perjanjian yang meliputi struktur semasa Persetujuan Am

Tentang Tarif dan Perdagangan (GATT) dan terbuka kepada atau kawasan lain

sebagai ahli pertubuhan tersebut. IMF adalah Institusi Kewangan Antarabangsa

yang berpusat di New York yang membuka keahliannya kepada semua negara

tanpa dipengaruhi oleh sebarang ideology politik.

ii. Tujuan

Tujuan WTO ditubuhkan adalah untuk membantu aliran perdagangan agar

menjadi lebih bebas dan bergerak licin manakala IMF pula satu organisasi yang

menyelia sistem kewangan dunia dengan mengikut polisi makroekonomi negara

anggota, terutama yang memberi kesan kepada kadar pertukaran

asing dan imbangan pembayaran. IMF juga memberi bantuan kewangan dan

teknikal kepada negara anggota yang menjadikan organisasi ini sebagai peminjam

antarabangsa terakhir.

Page 7: Pemasaran Antarabangsa.docx

SOALAN 4

Bincangkan DUA kesan geografi dan DUA kesan populasi global bagi produk yang

dipasarkan ke pasaran antarabangsa.

Geografi adalah satu topic pembelajaran tentang bentuk muka bumi, cuaca, benua,

negara, penduduk, industry dan sumber alam yang merupakan satu elemen yang tidak

dapat dikawal oleh setiap pemasar. Dua kesan geografi terhadap pasaran antarabangsa

boleh dilihat dari aspek ini iaitu:

i. Cuaca dan Topografi.

Cuaca dan topografi (bentuk muka bumi) merupakan salah satu elemen geografi

di mana aspek dan factor ini perlu dititikberatkan oleh setiap pemasar yang ingin

memasuki pasaran. “Altitude, humidity dan temperature” merupakan elemen yang

boleh memberikan kesan terhadap pemasaran. Ia akan mempengaruhi penggunaan

sesuatu produk atau alatan. Kawasan yang beriklim sejuk akan menggunakan

produk yang berbeza dengan kawasan yang beriklim panas.

ii. Sumber

Kebolehadaan sumber galian dan kebolehan untuk mengeluarkan tenaga

merupakan asas kepada teknologi moden. Lokasi, kualiti dan kebolehadaan

sumber akan mempengaruhi paten pembangunan ekonomi dan perdagangan

dalam abad millennium ini. Persekitaran semula jadi yang melibatkan sumber

semula jadi yang diperlukan oleh pemasar atau dipengaruhi oleh aktiviti

pemasaran ini akan mewujudkan trend-trend. Antaranya ialah trend kekurangan

bahan mentah. Oleh yang demikian, pemasar perlu menyedari dan bersedia

dengan trend persekitaran semula jadi ini.

Populasi global telah mengalami peningkatan yang kuran seimbang. Ia berlaku

disebabkan oleh perubahan populasi dari luar Bandar ke Bandar dan telah mengakibatkan

ketidakseimbangan peningkatan globalisasi dunia. Antara dua kesan populasi global

terhadap pasaran antarabangsa ialah:

i.

Page 8: Pemasaran Antarabangsa.docx

SOALAN 5

Bincangkan DUA keperluan kepada adaptasi.

SOALAN 6

Bincangkan DUA risiko dalam perniagaan global

Dalam perniagaan global, seorang pemasar akan menghadapi pelbagai risiko. Antara

risiko yang perlu dihadapi oleh pemasar adalah:

Page 9: Pemasaran Antarabangsa.docx

i. Risiko Politk

Risiko yang perlu dihadapi adalah seperti perampasan, pengambilan, domestikasi

dan sekatan politik. Perampasan merujuk kepada perampasan asset syarikat tanpa

sebarang bayaran. Pengambilan merupakan tindakan kerajaan menyita pelaburan

yang dilakukan tetapi pembayaran balik untuk asset dilakukan. Domestikasi pula

berlaku apabila negara hos secara perlahan memindahkan pelaburan asing ke

dalam kawalan dan milikan melalui beberapa siri dekri kerajaan yang

memberikan mandat pemilikan tempatan dan penglibatan nasional yang lebih

dalam pengurusan syarikat.

ii. Risiko Ekonomi

Risiko ekonomi boleh berlaku tanpa sebarang amaran atau tanda-tanda awal.

Sekatan ekonomi boleh berlaku atas alas an keselamatan nasional dalam

melindungi industry tempatan dan memelihara kadar pertukaran asing. Antara

risiko-risiko ekonomi adalah kawalan pertukaran, undang-undang kandungan

tempatan, sekatan import, kawalan cukai, kawalan harga dan masalah buruh.

SOALAN 7

Bincangkan perlindungan terhadap harta intelek.

Harta intelek merujuk kepada hasil kreativiti manusia yang merangkumi pelbagai perkara

seperti karya muzik, sastera dan seni; rekacipta; dan simbol, nama, imej dan reka bentuk

yang digunakan dalam perniagaan termasuk hak cipta, cap dagangan, paten dan hak-hak

Page 10: Pemasaran Antarabangsa.docx

lain yang berkaitan. Di bawah undang-undang harta intelek, pemegang salah satu dari

harta-harta yang bersifat abstrak ini mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk harta

intelek yang mereka cipta.

Harta intelek ini perlu dilindungi bagi memastikan keaslian dan kejituan sesuatu produk

yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat.. ia boleh dilindungi secara perundangan bagi

syarikat yang menghadapi ancaman cetak rompak dan pemalsuan. Kegagalan untuk

melindungi hak harta intelek di pasaran dunia boleh menyebabkan kerugian hak undang-

undang di dalam pasaran berpotensi besar. Antara kaedah yang berkesan dalam

melindungi harta intelek ini adalah dengan mewujudkan satu undag-undag khusus

berkaitan dengan perlindungan harta intelek. Di Malaysia, terdapat Dasar Harta Intelek,

Akta Cap Dagangan, Akta Hakcipta dan lain-lain yang bertujuan melindungi harta intelek

daripada dirompak dan dipalsukan.

SOALAN 8

Bincangkan dengan ringkas ENAM langkah dalam proses penyelidikan.

Menjalankan penyelidikan menyeluruh melibatkan perancangan yang sistematis dan

teratur supaya kerja-kerja penyelidikan dapat dijalankan tanpa banyak halangan. Pada

Page 11: Pemasaran Antarabangsa.docx

kebiasaannya, terdapat beberapa langkah yang boleh diikuti dalam membuat penyelidikan

menyeluruh. Langkah-langkah tersebut adalah:

i. Mendapatkan masalah atau tajuk

Penyelidikan bermula dengan masalah; iaitu, penyelidik melihat wujudnya

masalah di bidang yang hendak dikaji.

ii. Membentuk hipotesis

Ini merupakan kesimpulan sementara bagi masalah yang hendak dikaji.

iii. Memungut data

Pemilihan teknik-teknik yang sesuai bagi mendapatkan data sebagai bukti untuk

menerima atau menolak hipotesis.

iv. Analisis data

Dengan mengunakan teknik-teknik statistik yang sesuai, data dianalisis bagi

membolehkan penyelidik membuat interpretasi mengenai fenomena yang dikaji.

v. Mengemukakan kesimpulan

Berasaskan bukti-bukti yang telah dianalisis dan diinterpretasi, penyelidik dapat

membuat kesimpulan dan penyelesaian kepada masalah yang dikaji.

vi. Menulis laporan

Semua proses penyelidikan yang telah dijalankan perlulah dilaporkan dalam

bentuk penulisan atau karya.

SOALAN 9

Huraikan dengan ringkas konsep pasaran pelbagai negara

Konsep pasaran pelbagai negara adalah satu konsep di mana satu kerjasama beberapa

buah negara dalam pelbagai bidang seperti politik, social, budaya dan dalam bidang

Page 12: Pemasaran Antarabangsa.docx

ekonomi. Negara-negara yang menganggotai kerjasama ini akan mendapat kelebihan dan

manfaat yang lebih baik berbanding negara-negara yang tidak menganggotai kerjasama

tersebut. Antara manfaat yang diperoleh ialah seperti pengurangan atau penghapusan

cukai, pengurangan prosedur kastam dan lain-lain. Pertubuhan dalam kerjasama wilayah

ekonomi ini adalah seperti Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara

(NAFTA), Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA), Kerjasama

Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan lain-lain

SOALAN 10

Bincangkan ENAM langkah proses perancangan strategik pemasaran

Langkah di dalam proses perancangan strategic pemasaran ialah

i. Definisi Perniagaan

Page 13: Pemasaran Antarabangsa.docx

ii. Analisis situasi

iii. Penetapan objektif

iv. Reka bentuk strategi.

v. Reka bentuk taktik

vi. Kawalan dan penilaian

Definisi Perniagaan

Sebagai pemasar, beliau mestilah mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang

mendalam tentang perniagaan yang diceburinya. Jenis dan sifat perniagaan yang biasa

disebut sebagai “nature of business” mestilah diketahui oleh pemasar secara khusus bagi

memudahkan pemasar menjalankan proses perancangan seterusnya.

Analisis Situasi

Definisi yang jelas dan khusus seterusnya dapat membantu pemasar dalam menilai dan

mengalisis situasi. Situasi yang dimaksudkan adalah situasi dalaman perniagaan dan

situasi luaran perniagaan. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam

menganalisis situasi perniagaan. Antaranya ialah kaedah SWOT di mana menganalisis

kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman perniagaan. Kaedah lain yang boleh

digunakan adalah seperti Analisis MAtriks BCG, Matriks GE dan Grid Pembangunan

Pasaran-Produk Ansoff.

Penetapan Matlamat

Langkah ini memerlukan pemasar menetapkan sasaran jangka pendek iaitu objektif,

jangka sederhana (matlamat) dan jangka panjang (visi). Penetapan ini perlu dilakukan

mengikut dapatan yang diperoleh daripada analisis situasi bagi memastikan agar setiap

objektif dan matlamat memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki dan berkesan.

Mereka Bentuk Strategi

Strategi perlu dibentuk agar segala matlamat dan objektif yang telah ditetapkan dapat

dilaksanakan dengan berkesan. Strategi pemasaran merangkumi strategi pemetakan dan

campuran pemasaran (produk, harga, pengedaran dan promosi)

Mereka bentuk Taktik

Taktik yang dikenali sebagai program tindakan merupakan strategi pemasaran lebih

khusus yang perlu dilaksanakan oleh pemasar. Bagi memastikan strategi dapat

direalisasikan, pemasar perlu mereka bentuk beberapa taktik seperti menghasilkan

Page 14: Pemasaran Antarabangsa.docx

rekabentuk produk yang menarik dan unik dengan pilihan dan padanan warna yang

bersesuaian ditambah dengan aksesori pilihan yang terbaik dan dengan harga yang boleh

dimiliki.

Kawalan dan Penilaian Prestasi

Pemasar perlu melaksanakan mekanisme kawalan bagi memastikan setiap pelaksanaan

yang dilakukan di atas landasan yang tepat seperti yang dirancang. Pemasar perl

membuat kawalan ke atas semua proses yang terlibat di dalam pemasaran. Pemasar juga

perlu menilai setiap tindakan di dalam proses tersebut bagi mencari kelemahan dan

kekuarangan supaya dapat dibaiki dan dipertingkatkan agar pemasaran dapat

dilaksanakan dengan Berjaya.

SOALAN 11

Bezakan DUA perbezaan di antara perancangan strategi bagi pasaran dalam negeri

dan luar negara.

Perbezaan di antara perancangan strategi domestic dan antarabangsa dapat dilihat dalam

skop langkah analisis situasi yang mana situasi di dalam negara dan di peringkat

antarabangsa adalah berbeza. Pelan pemasaran domestic hanya perlu menilai dan

menganalisis situasi pemasaran di dalam negara sahaja ditambah dengan pengetahuan

Page 15: Pemasaran Antarabangsa.docx

dan maklumat yang mudah untuk diperoleh dan situasi politik ekonomi yang sudah

diketahui secara am. Namun, pemasar yang mahu menghasilkan plan pemasaran

antarabangsa, maka skop situasi pemasaran yang perlu dinilai dan dianalisis adalah lebih

besar yang merangkumi perbezaan dan persamaan ciri-ciri pasaran antara

negara,pengaruh silang budaya, undang-undang dan prosedur, penagruh kerjasama

ekonomi serantau, perundangan antarabangsa dan antara negara, dan pelbagai factor

situasi yang berbeza berbanding pasaran domestic.

SOALAN 12

Nyatakan dan bincangkan secara ringkas LIMA strategi kemasukan ke pasaran

antarabangsa.

Pemilihan strategi kemasukan ke pasaran antarabangsa dibuat berdasarkan kepada

keperluan dan persekitaran pemasaran pasaran asing yang hendak dimasuki oleh

pemasar. Lima startegi kemasukan ke pasaran antarabangsa tersebut ialah:

i. Pengeksportan

Page 16: Pemasaran Antarabangsa.docx

Eksport bermaksud memasarkan barangan dan perkhidmatan yang melepasi dan

merentasi sempadan negara. Terdapat dua jenis eksport iaitu eksport barang

Nampak dan eksport barang tak Nampak. Plan strategi dalam pengeksportan

boleh diklasifikasikan kepada dua perkara iaitu pengeksportan langsung dan

pengeksportan tidak langsung

ii. Organisasi Kontrak

Ia merupakan satu strategi kemasukan pasaran asing menerusi perjanjian yang

dikuatkuasakan oleh undang-undag. Pemasar akan menandatangani perjanjian

dengan pihak asing di peringkat global sama ada untuk menghasilkan, mengilang,

memasar, terlibat dalam pasukan pengurusan dan sebagainya. Terdapat empat

strategi untuk menggunakan strategi ini iaitu perlesenan, Francais, usaha sama

dan consortium.

iii. Pelaburan Asing

Strategi ini melibatkan penanaman modal atau pelaburan oleh pemasar di negara

asing yang dimasukinya. Pelaburan ini biasanya dilakukan dengan penubuhan

cawangan atau anak syarikat atau menerusi pembelian atau pengambilalihan

syarikat tempatan tanpa penglibatan pihak kedua di negara asing. Pemilihan

strategi ini lazimnya dilihat untuk memanipulasi dan mengeksploitasi sumber

manusia yang relative murah, mengelak dari dikenakan cukai yang tinggi.

Mengurangkan kos pengangkutan dan kos perolehan.

iv. Urusniaga Internet

Perniagaan di alaf baru ini lebih didominasikan oleh industry teknologi yang

berasaskan maklumat. Penggunaan urusniaga elektronik di dalam urusniaga

penjualan dan pembelian telah membuka satu lembaran baru bagi pemasar.

Pemasaran Internet Antarabangsa (IIM) merupakan pemangkin penggunaan

internet di kalangan pemasar yang terlibat dalam pemasaran global. Liputan yang

tiada sempadan dan kos yang jauh lebih rendah meruapak factor yang menarik

lebih banyak penglibatan pemasar antarabangsa terlibat dalam IIM. Antara

Page 17: Pemasaran Antarabangsa.docx

contoh syarikat yang telah menggunakan system online ini ialah Dell dan

Amazon.com.

v. Perikatan Strategik Antarabangsa

Perikatan strategic antarabangsa ini merupakan kerjasama atau hubungan

perniagaan yang diwujudkan antara dua atau lebih pihak untuk berusaha

memenuhi keperlua dan perkongsian risiko perniagaan. Menerusi perikatan ini,

pemasar yang terlibat bersetuju untuk berkongsi sama ada kepakaran, sumber atau

pasaran dalam memanfaatkan semua pihak yang terlibat dalam organisasi

kerjasama strategic.