assignment moral sem4 copy
TRANSCRIPT
KERJA KURSUS 1.
Soalan 1:
Berikan definisi bagi moral, akhlak dan etika dengan memberi contoh-contoh untuk membezakan tiga istilah ini.
Soalan 2:
Senaraikan tiga contoh perbuatan atau tingkahlaku dikalangan rakan sejawat anda yang anda anggap sebagai beretika dan tidak beretika.
Soalan 3:
Berikan 10 ciri-ciri seorang insan yang bermoral.Bincangkan ciri-ciri tersebut dari perspektif pemikiran barat, timur dan Islam.
1
(PGSR MATEMATIK NOVEMBER 2008)-ELM 3101
Soalan 1:
Berikan definisi bagi moral, akhlak dan etika dengan memberi contoh-contoh untuk membezakan tiga istilah ini.
Dalam pergaulan hidup bermasyarakat dan bernegara hinggalah pergaulan hidup
diseluruh dunia, di perlukan suatu sistem yang mengatur bagaimana seharusnya
manusia bergaul. Sistem pengaturan pergaulan tersebut menjadi saling menghormati
dan dikenal dengan sebutan sopan santun, tatacara prilaku, protokol dan lain-lain.
Pengertian moral:-
Daripada perkataan Greek : mores;
Tingkahlaku yang sesuai dengan tatasusila atau peraturan masyarakat
setempat di mana masyarakat sebagai penentu .
Moral secara mudah boleh dikatakan sebagai cara atau berbagai-bagai cara
untuk melihat dan mempersoalkan berbagai-bagai isu berhubung dengan
perbuatan atau tingkah laku.
Moral juga merupakan persoalan betul atau salah, benar atau tidak dan apakah
yang perlu dibuat atau yang harus ditinggalkan terhadap sesuatu perkara dalam
satu-satu keadaan.
Contoh moral:-
Seseorang yang berpegang pada pandangan yang tertentu akan
mempengaruhi cara fikiran dan hidupnya dan seterusnya melahirkan insan
yang berbeza dari aspek kemoralan. Cara seseorang guru atau ibu bapa
2
(PGSR MATEMATIK NOVEMBER 2008)-ELM 3101
mendidik murid atau anak akan dipengaruhi oleh pandangannya terhadap
konsep moral.
Pengertian akhlak :-
Akhlak dari segi bahasa didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi, adab,
sifat semula jadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang.
Istilah akhlak berasal dari bahasa Arab iaitu khuluq yang bererti budi pekerti,
adat, perangai, tingkah laku atau tabiat.
Dari segi istilah yang lain : Akhlak bermaksud kejiwaan yang darinya akan terbit
tingkah laku dan perbuatan manusia
Islam membahagikan akhlak kepada dua iaitu akhlak terpuji (akhlak mahmudah)
dan akhlak tercela (akhlak mazmumah).
Oleh itu ada yang menafsirkan akhlak sebagai ilmu yang menyarankan cara-
cara membersihkan jiwa dengan tumpuan kepada apakah itu kebaikan dan
keburukan.
Contoh Akhlak:-
Jika keadaan jiwa melahirkan perbuatan yang baik ( akal dan syarak) à
dinamakan akhlak yang baik, jika sebaliknya àakhlak yang buruk.
3
(PGSR MATEMATIK NOVEMBER 2008)-ELM 3101
Pengertian etika :-
Etika dari segi istilah ialah disiplin falsafah yang memberi perhatian khusus
kepada penilaian kritikal terhadap norma dan piawai yang mewajarkan kelakuan
perseorangan serta antara individu.
Pengertian etika juga merupakan sebagai satu set peraturan tingkahlaku
keterbatasan dalam ruang lingkup yang menjadi panduan hidup manusia.
Contoh etika:-
‘Etika perubatan’ (medical ethics) – bermaksud suatu kod (susunan undang-
undang) yang dapat mengatur dan memberikan panduan tingkah laku kepada
para doktor dalam perubatan antara mereka dan juga dengan para pesakit.
‘Etika perniagaan’ (bisuness ethics) adalah suatu kod yang dapat mengatur
tindak-tanduk ahli-ahli perniagaan terhadap pelanggan, pekerja dan rakan-rakan
seperniagaan mereka”.
Soalan 2:
4
(PGSR MATEMATIK NOVEMBER 2008)-ELM 3101
Senaraikan tiga contoh perbuatan atau tingkahlaku dikalangan rakan sejawat anda yang anda anggap sebagai beretika dan tidak beretika.
Kod etika pada suatu kerjaya adalah sifat-sifat atau ciri-ciri vokasional, ilmiah dan
aqidah yang harus dimiliki oleh seorang pengamal untuk berjaya dalam kerjayanya.
Lebih ketara lagi ciri-ciri ini jelas pada kerjaya keguruan.
Berikut adalah contoh perbuatan yang tidak beretika dikalangan guru.
Kes 1 : Selaku guru kelas, saya sering menerima aduan daripada beberapa orang
murid saya mengenai seorang guru yang bersikap tidak adil dan pilih kasih di antara
mereka. Perbuatan guru tersebut telah saya selidik dan didapati adalah benar.Sebagai
seorang guru, beliau sepatutnya perlu prihatin terhadap pelajar dan juga bersikap adil
kepada semua pelajar serta mewujudkan suasana muhibah tanpa melihat kepada
perbezaan kaum,agama dan status ekonomi di kalangan pelajarnya serta memahami
Kod Etika Perguruan Malaysia.
Seperti makna firman Allah S.W.T dalam surah al Maidah ayat ke 8,
"Janganlah kamu terpengaruh oleh keadaan suatu kaum sehinga kamu tidak adil.
Berbuat adillah, sebab itulah yang lebih dekat kepada taqwa. Bertaqwalah kepada
Allah, sebab Allah Maha Mengetahui apa yang kamu buat".
Kes 2 : Salah seorang guru di sekolah saya,sering meminta izin keluar kawasan
sekolah bagi menyelesaikan urusan peribadi seperti mengambil anak dari sekolah lain
untuk dihantar pulang dan menyelesaikan bil-bil .Sebagai seorang kakitangan awam
beliau sepatutnya merancang hal-hal peribadi iaitu mempunyai perancangan waktu di
mana beliau sepatutnya menumpukan masa pada kerja-kerja yang produktif.
Kes 3: Seorang guru, selain mengajar disekolah beliau juga mengajar dipusat tuisyen
berbayar. Malangnya belau sering membocorkan soalan ujian dan peperiksaan kepada
murid-murid dipusat tuisyen beliau.Ini menyebabkan terdapat aduan daripada ibu bapa 5
(PGSR MATEMATIK NOVEMBER 2008)-ELM 3101
murid.Sebagai seorang guru, beliau sepatutnya amanah dalam menjalankan tugas
kerana di antara sifat amanah ialah sentiasa menjalankan kerja yang diberikan dengan
penuh tanggungjawab tanpa penyelewangan dan cuai.
Berikut adalah contoh perbuatan yang beretika dikalangan guru.
Kes 1: Guru kaunseling disekolah saya merupakan guru yang beretika kerana beliau
merupakan tempat semua murid mencurahkan masalah berkaitan dengan pelajaran
mahupun peribadi, ini adalah disebabkan beliau menghormati pandangan murid serta
menghormati maklumat sulit pelajar .Selain itu beliau sering memotivasi murid yang
lemah serta menambahkan keyakinan diri murid.
Kes 2: Guru Matematik serta merangkap ketua panitia merupakan guru yang menjadi
model kepada guru-guru lain kerana beliau merupakan guru yang begitu prihatin
dengan pemasalahan murid terutama murid yang lemah dalam penguasaan konsep
asas matematik. Beliau sering mengadakan kelas tambahan pada setiap hari Jumaat
dan Sabtu bagi mengatasi masalah murid yang gagal.Beliau dianggap mempunyai
tingkahlaku beretika kerana tidak memerima apa-apa bayaran daripada murid untuk
pengajaran tambahan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah.
Kes 3: Guru displin disekolah merupakan guru displin yang beretika kerana beliau
sering mengambil tindakan yang sepatutnya dalam menjatuhkan hukuman yang
melibatkan kesalahan murid setelah melakukan soalselidik dan bukti-bukti yang
nyata .Beliau mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid
tidak kira bangsa, warna kulit, agama,kepercayaan politik, asal keluarga,intelek dan
lain-lain status.
Soalan 3:
Berikan 10 ciri-ciri seorang insan yang bermoral.Bincangkan ciri-ciri tersebut dari perspektif pemikiran barat, timur dan Islam.
6
(PGSR MATEMATIK NOVEMBER 2008)-ELM 3101
Ciri-ciri insan yang bermoral.
Moral boleh di takrfikan sebagai sikap, perbuatan dan percakapan baik yang
merupakan terjemahan daripada pandangan dan keyakinan sesuatu masyarakat atau
individu mengenai perkara-perkara asas dalam kehidupan yang di perolehi samada
daripada sumber keagamaan atau pengamatan atau pengalaman atau eksperimen. Di
antara ciri-ciri insan yang bermoral ialah:-
1.Berpegang teguh kepada agama.
2.Mentaati dan menghargai ibubapa.
3.Mampu mengawal hawa nafsu.
4.Menghiasi diri dengan sikap dan percakapan yang baik.
5.Ikhlas.
6.Menjaga amanah.
7.Tidak menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan agama.
8.Berhemah tinggi dan berakhlak.
9.Kesederhanaan.
10.Pemaaf.
Pertama, insan yang bermoral harus berpegang teguh kepada agama . Melaksanakan kewajipan agama (religious responsibilities) dan mengingati Pencipta
mereka iaitu Allah SWT dalam hidup mereka setiap hari mereka akan sedaya upaya
mentaati apa yang di suruh dan manjauhi apa yang di larang oleh agama. Dengan cara
ini akan memudahkan mereka menghayati dan melaksanakan sikap, perbuatan dan 7
(PGSR MATEMATIK NOVEMBER 2008)-ELM 3101
perkataan yang baik sebagaimana yang di ajar oleh agama mereka. Bad habits atau
kebiasaan yang buruk seperti berbohong, tidak amanah, memperkecilkan sumbangan
orang lain, merasakan dirinya hebat atau riya’, menfitnah dan memburukkan orang lain
tidak adil dalam membuat keputusan, sombong, mempermainkan kelemahan orang
lain, mementingkan diri sendiri dan sebagainya akan di jauhi sebagaimana yang di
kehendaki oleh agama. Hari ini kita lihat bagaimana kebiasaan yang buruk ini
merosakkan masayarakat dan organisasi dan ramai manusia menghadapi
kesengsaraan dan kerugiaan. Oleh itu, haruslah mulai daripada sekarang
membiasakan diri dengan sikap, percakapan dan perbuatan yang baik dan menjauhkan
diri daripada kebiasaan dan perkara yang terlarang agar mereka mampu memberi
sumbangan yang positif dan dalam masyarakat dan organisasi di mana mereka berada.
Kedua ialah mentaati dan menghargai kedua ibu bapa. Insan yang bermoral
tidak harus melupakan jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka yang telah
membesarkan mereka sehingga mereka berjaya dalam hidup. Mentaati ibu bapa juga
merupakan salah satu daripada kewajipan agama. Insan yang bermoral haruslah
membuktikan kepada ibu bapa mereka bahawa segala pengorbanan dan jasa yang
telah mereka curahkan bukanlah satu yang sia-sia dengan memastikan kejayaan
cemerlang dalam pelajaran mereka serta tidak melakukan perbuatan yang boleh
memalukan keluarga mereka. Jauhkanlah diri daripada lembah kehinaan agar kita tidak
menyesal di kemudian hari. Pengamatan saya menunjukkan begitu ramai pelajar IPT
luar dan dalam negeri yang terjerabak dalam perkara-perkara yang merosakkan diri
mereka dan akhirnya mengalami kekecewaan serta gagal dalam pelajaran . Ibu bapa
akan kecewa dan malu atas perbuatan mereka itu.
Ketiga ialah mampu mengawal nafsu. Nafsu sentiasa mendorong kita kepada
perkara-perkara yang tidak baik sekiranya tidak di kawal. Kaedah yang betul untuk
mengawalnya ialah melalui penghayatan ajaran agama Islam, mendekatkan hubungan 8
(PGSR MATEMATIK NOVEMBER 2008)-ELM 3101
kita dengan Maha Pencipta kita dan menanam perasaan malu dalam diri kita-malu
kepada Maha Pencipta, ibubapa, rakan dan pensyarah kita. Manusia terdiri daripada
jasad dan ruh. Untuk mampu mengawal nafsu, ruh manusia haruslah di berikan
pengisian yang sewajarnya agar sikap, percakapan dan perbuatannya tidak
bercanggah dengan norma-norma dan prinsip-prinsip yang di tentukan oleh agama dan
masyarakat. Untuk menguatkan ruh ini, manusia haruslah sentiasa mengingati
Penciptanya, membaca dan memahami Al-Quran (bagi orang Islam), melakukan
perkara-perkara yang baik dan menjauhi segala yang di larang.
Keempat, insan yang bermoral ialah insan yang sentiasa menghiasi dirinya dengan sikap, percakapan dan perbuatan yang baik samada dalam hubunganya
dengan Penciptanya, dengan ibubapanya, dengan pensyarahnya, dengan rakannya
atau dengan orang lain yang di perkenalkan kepadanya. Kita dapati orang yang
mempunyai sikap, percakapan dan perbuatan yang baik akan di hormati dan di sayangi
oleh orang lain. Dia menjadi contoh dan inspirasi kepada orang lain dalam menjalani
kehidupan ini yang penuh dengan onak dan duri sehingga dia mampu secara tidak
langsung menjadi kaunselor kepada rakan-rakan nya yang bertemu dengannya dan
membantu menyelesaikan masalah mereka. Mereka berkewajipan menjadikan
Rasulullah sebagai contoh tauladan dalam hidup mereka sebagaimana yang di sebut
dalam Al-Quran
`Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi nya iaitu
bagi orang yang mengharapkan(rahmat) Allah dan (kedatangan) hari akhirat dan dia
banyak menyebut Allah(Surah Al-Ahzab, 21)
Kelima, insan yang bermoral ialah insan yang tegas dengan prinsipnya dan tidak bersedia untuk menggadaikan prinsipnya untuk kepentingan dirinya atau orang lain, atau memenuhi kehendak nafsunya dengan kata lain ikhlas. Ikhlas itu
bermaksud murni atau bersih, tidak ada campuran. Ibarat emas yang tulen, bersih
tanpa campuran daripada lain-lain bahan seperti perak, tembaga dan sebagainya.
Maksud bersih di sini ialah, bersihnya sesuatu pekerjaaan dari campuran motif atau
9
(PGSR MATEMATIK NOVEMBER 2008)-ELM 3101
tujuan seperti ingin dipuji orang, ingin mendapat nama dan sebagainya. Mungkin
manusia sekelilingnya akan menolaknya kerana sikap tegasnya tetapi lama kelamaan
melalui perjalanan masa dan pengalaman, sikapnya akan di terima oleh masyarakat
dan menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang bermoral. Hanya dengan
cara ini, masyarakat dan organisasi yang dia berada akan mencapai matlamat unggul
yang di gariskan oleh pimpinannya. Pengalaman dan pengamatan membuktikan suatu
masyarakat dan organisasi tidak dapat berfungsi dengan betul dan tidak akan bertahan
lama sekiranya kebiasaan yang buruk(bad habits) di amalkan oleh anggota-anggotanya
dan tidak ada usaha untuk membasmikannya.
Keenam, insan yang bermoral ialah insan yang menjaga amanah. Di antara
sifat amanah ialah sentiasa menjalankan kerja yang diberikan dengan penuh
tanggungjawab tanpa penyelewengan dan cuai.Menggunakan masa dengan sebaiknya
dan menyiapakan kerja dalam tempoh yang ditetapkan serta tidak menggunakan
kuasa dan kedudukan. Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah
institusi masyarakat atau pekerjaan; sebuah syarikat misalnya. Bayangkan jika
seseorang pekerja atau pegawai tidak mempunyai sifat amanah; segala urusan tidak
akan berjalan sempurna dan membawa kepada kehancuran institusi atau syarikat
tersebut. Sifat amanah dalam kerja yang telah diamanahkan tentunya akan
menghasilkan nilai-nilai keperibadian seorang pekerja yang baik. Peranan ketua-ketua
bahagian atau majikan amat penting dalam membanteras gejala tidak amanah dalam
kerja.
Ketujuh, insan yang bermoral ialah insan yang tidak menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan agama . Mereka haruslah memikirkan, melibatkan diri dan
melaksanakan aktiviti yang mampu meningkatkan 4 perkara iaitu minda, spiritual, fizikal
dan emosi mereka agar mereka menjadi insan yang seimbang. Aktiviti yang boleh
memudharatkan 4 perkara ini haruslah di jauhi kerana ia di anggap merosakkan
seseorang insan itu dan juga orang lain dan tergolong dalam perkara-perkara yang
tidak bermoral. Kita juga tidak harus bersubahat dalam aktiviti-aktviiti ini. Apa yang kita
harus lakukan ialah memastikan wujudnya suasana yang kondusif untuk membentuk
10
(PGSR MATEMATIK NOVEMBER 2008)-ELM 3101
mahasiswa/ yang bermoral melalui aktiviti-aktiviti yang terancang dan bermoral.. Begitu
juga kem-kem kepimpinan, aktiviti kerohanian, jungle trekking, kaunseling, lawatan-
lawatan, riadhah asalkan ia tidak di campuri dengan unsur-unsur yang bercanggah
dengan agama bagi memastikan matlamat setiap program ini tercapai.
Sebab itu, pakar atau `guru’ pengurusan, Dr Stephen Covey menekankan
pentingnya `the change must come from within’ dan pengurus serta pemimpin yang
`principle-centred’.
Kelapan, insan yang bermoral ialah insan yang berhemah tinggi dan berakhlak.. Akhlak merupakan teras pembentukan etika kerja professional. Akhlak
mulia yang dimiliki oleh seseorang pekerja mahupun ketua menjadi lambang ketinggian
peribadi dan kualiti individu terbabit. Apalah gunanya seorang yang berpendidikan tinggi
dan kemudiannya menjawat pekerjaan yang bagus jika berakhlak buruk. Akhlak buruk
di sini contohnya mengamalkan rasuah, dasar pilih kasih dalam kerja, dan tidak komited
dalam kerja manakala ciri-ciri insan yang berhemah tinggi ialah mempunyai tingkahlaku
yang mulia, berbudi bahasa, menjaga perlakuan, pertuturan dan tindakan dalam apa
jua situasi.Mereka sentiasa berhati-hati dan berwaspada agar segala perbuatan mereka
tidak menyinggung perasaan orang lain.Sifat berhemah tinggi yang terdapat dalam
ajaran Confucious ialah sikap pemaaf dimana sikap ini merupakan pelengkap kepada
amalan kebaikan. Begitu juga dengan ahli fikir yang lain seperti Imam al-
Ghazali,Socrates dan Swami Vivekananda mereka mempunyai nilai hemah tinggi dari
segi cinta pada ilmu yang dapat menyumbangkan kepada sesebuah masyarakat dan
negara yang aman berilmu.
Kesembilan, insan yang bermoral ialah insan yang mempunyai sifat kesederhanaan. Tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan
samada dalam pemikiran,pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan
diri sendiri dan orang yang merupakan sifat kesederhanaan.Contoh perlakuan positif
yang menunjukkan nilai kesederhanaan ialah sederhana dalam hidup,berpakaian,tidak
boros berbelanjan,perbuatan dan mendahului perkara yang penting.
11
(PGSR MATEMATIK NOVEMBER 2008)-ELM 3101
Ciri-ciri nilai kesederhanaan ialah mengikut perspektif Agama Islam ialah menggalakkan
umatnya tidak bersikap tamak,mengejar kebendaan dan kemewahan.Agama Islam
mengajar umatnya bersifat kesederhanaan dan mempercayai bahawa pembaziran ialah
amalan syaitan yang amat dikutuk oleh Tuhan. Penganut agama Hindu percaya
kepada hukum karma dan kelahiran semula selepas mati.Mereka terpaksa
mengorbankan kemewahan duniawi untuk mencapai Nirvana dimana mereka perlu
mengamalkan konsep kesederhanaan dalam hidupnya akan dilahirkan semula dalam
kasta yang lebih tinggi bergantung kepada kehidupan sebelumnya.Bagi ajaran agama
Budha pula,seseorang perlu memahami Empat Kebenaran Mulia untuk memahami
kehidupan.Kesakitan dan kesengsaraan akan hilang jika manusia dapat mengawal
hawa nafsu mereka.Ajaran agama Sikh menekankan kehidupan yang
sederhana.Seseorang tidak boleh menunjuk-nunjukkan kuasa atau
kekayaannya.Jesteru nilai kesederhanaan harus diamalkan oleh semua penganut
agama Sikh demi kesejahteraan hidup.Ajaran Kristian juga menekan nilai kesederhaan
contohnya:
Kolose 3:23 menyebut ‘Apa saja yang kamu kerjakan,kerjakanlah dengan sebulat-bulat
hati,seolah-olah kamu mengerjakannya bagi Tuhan dan bukan manusia’.
Ini bermakna seseorang tidak harus menunjuk-nunjuk, tetapi harus sederhana dalam
tindak-tanduknya.
Kesepuluh, insan yang bermoral ialah insan yang mempunyai sifat pemaaf.Selain daripada Sembilan sifat-sifat moral di atas, sifat pemaaf merupakan
tuntutan bagi setiap agama.Yang berikut disenaraikan suruhan bermaafan mengikut
pelbagai agama. Agama Islam dalam ayat Al Quran;-
Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang membuat kebaikan serta jauhilah diri
dari orang yang jahil. Al-A’raf, ayat 199
12
(PGSR MATEMATIK NOVEMBER 2008)-ELM 3101
Bagi agama Hindu;
Berpuasa dapat menebus dosa,tetapi memaafkan orang yang bersalah
mendapat lebih pahala. Kural 160
Bagi agama Buddha;
Kepada sesiapa yang menyebabkan anda merana, jangan menyakitnya malah
memaafkannya. Dhammapada
Agama Kristian;
Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadap kamu,kamu pun akan
diampuni disyurga nanti. Matilus 6:14
Agama Sikh:
Hilangkan dendam daripada hati kamu sendiri dan semua insan akan menjadi kawan
kamu. Guru Granth Sahib Ji.
Kesimpulan:
Moral adalah satu elemen penting dalam kehidupan manusia yang selalu di
perkatakan orang tetapi tidak ramai yang bersedia mempraktikkannya secara konsisten.
Ini ialah kerana perlaksanannya memerlukan satu bentuk hubungan diantara insan dan
Penciptanya iaitu Allah SWT sehingga dia merasakan kehadiranNya setiap masa dan keyakinan kepada hari Akhirat(the day of Judgment). Moral atau akhlak dalam
13
(PGSR MATEMATIK NOVEMBER 2008)-ELM 3101
peribadi kita lebih penting daripada reputasi kita. Reputasi adalah pendapat orang lain terhadap kita tetapi peribadi kita adalah siapa kita yang sebenarnya. Bertol menyebut `Character is a diamond that scratches every other stone’ .
Selain itu, Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para
profesional atau ahli teknokrat supaya mereka dapat menggunakan segala
pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk
mencapai tujuan ini tidaklah dinafikan bahawa etika kerja professional memainkan
peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya.
Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu
melangkaui etika professional. Ini kerana terdapat banyak faktor yang boleh
mempengaruhi dan menentukan tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang
dibuatnya. Oleh itu, faktor-faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup,
penguatkuasaan undang-undang, pendidikan agama, budaya kerja dan lain-lain perlu
diambil kira supaya mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang sentiasa
mendorong seseorang individu melakukan sesuatu yang hanya mendatangkan faedah
dan kebaikan semua pihak.
Etika kerja professional bukanlah merupakan jalan penyelesaian masalah yang
kompleks, tetapi ianya tetap penting dan mempunyai peranannya yang tersendiri untuk
mengawal tingkahlaku para professional. Etika kerja professional telah menentukan
asas-asas hubungan di antara para professional dengan masyarakat, majikan,
pelanggan dan rakan sekerja.
Refleksi:-
Bersyukur dengan izin-Nya, saya Fatimah bt Abustan dapat menyiapkan
tugasan ini. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Encik Eow Boon Hin yang
14
(PGSR MATEMATIK NOVEMBER 2008)-ELM 3101
telah memberi tunjuk ajar, memberi nota dan panduan dalam menyiapkan tugasan
Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral (ELM 3101)
Pada peringkat awal, saya masih lagi kabur untuk memulakan tugasan ini.
Namun hasil dari maklumat yang dapat saya kumpulkan iaitu berdasarkan pada bahan-
bahan rujukan sama ada dari buku rujukan,jurnal dan internet , maka terhasillah
tugasan ini dengan sempurna dan jayanya serta memberi manfaat kepada diri saya
untuk menjadi seorang guru yang beretika dan berdedikasi.
Selain itu, dapatlah saya membuat rumusankan bahawa,kualiti manusia diukur
bukan saja kepada maklumat atau kemahiran yang diterima dan dikuasai,tetapi kepada
nilai yang dipegang dan diamalkan.Nilai menjadi amat penting kerana darinya terletak
ukuran baik, buruk atau salah benar sesuatu.Nilai bukan sahaja membentuk watak dan
tingkahlaku manusia,tetapi ia memandu dan menterbitkan manusia.Nilai-nilai
amanah,adil,benar,bijaksana,jujur,bertimbangrasa,sabar,gigih,tekun dan lain-lain
adalah nilai-nilai yang bukan sahaja murni tetapi akan terlihat kemurniaannya sekiranya
dihayati.
Akhir sekali saya berharap agar tugasan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua
sebagai ilmu pengetahuan dalam menyediakan bahan pengajaran untuk melahirkan
generasi yang berkualiti selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Bibliografi.
Majid Fakhry (1994). Ethical Theories In Islam. New York. E.J. Brill.
15
(PGSR MATEMATIK NOVEMBER 2008)-ELM 3101
Abdul Rahim M.Ali (2001). Ilmu Pendidikan DPM, Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd.
Eow Boon Hin (2000). Pendidikan Moral, Kuala Lumpur: Pearson Education Malaysia Sdn Bhd.
Abdul Rahman Md.Aroff (1999).Pendidikan Moral: Teori etika dan amalan moral.Serdang: Penerbitan Universiti Putra Malaysia
Sidek Baba.(1994).Nilai-nilai Murni Dalam Pembentukan Masyarakat Bermoral dan
Penyayang. Wawasan, 9(4), 32-38.
http://myoum.wordpress.com/2008/05/02/oumm-3203-%E2%80%93-etika-profesional
http://mydiped2001.tripod.com/etikaguru.htm
http://permai1.tripod.com/moral1.html
http://ace.upm.edu.my/~on9notes/NK_EDU3001.pdf
16
(PGSR MATEMATIK NOVEMBER 2008)-ELM 3101
17
(PGSR MATEMATIK NOVEMBER 2008)-ELM 3101
LAMPIRAN