moral assignment presentation fully edit

Upload: anonymous-jarqth

Post on 03-Mar-2016

132 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

notes for ppismp

TRANSCRIPT

  • GPM 1083KUMPULAN 3NILAI DARI PERSPEKTIF PELBAGAI AGAMA DI MALAYSIA

  • Islam muncul setelah turunnya wahyu pertama pada tahun 610 Masihi.

    Asas kehidupan masyarakat Arab Jahiliah bersandarkan kepada semangat assabiyah yang melampau, manakala kehidupan masyarakat Islam bersandarkan kepada aqidah, syariat dan akhlak.LATAR BELAKANG AGAMA ISLAMKEPERCAYAAN MASYARAKAT ISLAMKepercayaan awal masyarakat melayu sebelum kedatangan agama adalah animisme, dimana mereka percaya semua benda di dalam dunia ini mempunyai roh atau semangat yang mempengaruhi kehidupan manusia sama ada baik atau buruk.

    Dengan ini timbulah konsep pantang larang, adat istiadat, undang-undang, kebudayaan dan sebagainya.

  • PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH MASYARAKAT ISLAMHARI RAYA AIDILFITRI

    Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut juga sebagai Hari Raya Puasa. Hari raya ini setelah menghabiskan kewajipan puasa pada bulan Ramadan.HARI RAYA AIDIL ADHA

    Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Haji merupakan perayaan agama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

    'Maulidur Rasul', bermaksud hari keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan di Tanah Suci Makkah pada 20 April tahun Masihi 571 bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah.

  • NILAI MASYARAKAT ISLAMMaarifah juga antara nilai yang diamalkan. Ia bermaksud pengetahuan yakin dan pengalaman yang membolehkan seseorang menjelas dan mengamalkan prinsip dan asas-asas Islam.Rasional bermakna boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata, mampu membuat pertimbangan, keputusan dan tindakan dengan cepat dan tepat berlandaskan ilmu naqli dan aqli Bercakap benar akan melahirkan kata-kata yang bernas, betul, dan jitu serta bertepatan dengan prinsip-prinsip Islam secara berhikmah untuk faedah semua

  • Adat resam dan kepercayaan agama hinduMelenggang perut diamalkan di kalangan keluarga diraja & juga rakyat jelata apabila kandungan ibu itu genap tujuh bulan. Diadakan kenduri-kendara dan upacara mencecahkan gula ke mulut kanak-kanakPakaian masyarakat India lebih dikenali dengan warna-warna terang & kaya dengan benang emas, perak, labuci dan juga batu-batu permata. upacara bertindik telinga juga antara adat resam yang dilakukan oleh masyarakat agama hindu

  • PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH MASYARAKAT AGAMA HINDUDEEPAVALIDeepavali atau Diwali dikenali juga sebagai pesta cahaya yang dianggap sebagai simbol kebaikan menumpaskan kejahatan, cahaya menumpaskan kegelapan. Depavali dikenali sebagai Pesta Cahaya kerana ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu.

    THAIPUSAMDianggap sebagai perayaan keagamaan Hindu dan lazimnya dirayakan oleh masyarakat Tamil iaitu ketika bulan penuh mengikut bulan Thai iaitu bulan Januari atau Februari. Manakala pusam pula merujuk kepada bintang yang terletak pada kedudukan tertinggi semasa perayaan ini. Perarakan Kavadi juga diadakan.

  • NILAI MASYARAKAT HINDUBhakti (berbakti, cinta pada Tuhan)Bhakti berasal dari urat kata BHAJ yang ertinya terikat kepada Tuhan. Dari urat kata ini terbentuk kata bhakti yang bererti kasih sayang kepada Tuhan Dari urat kata BHAJ terbentuk kata BHAJAN yang mengandung erti: bhakti sepenuh hati dan bhakti sambil bernyanyi (nyanyian suci kepada Tuhan).

    Asteya (tidak mencuri)Penganut agama Hindu dinasihati supaya tidak melakukan perkara-perkara seperti mencuri dan menghasut kepunyaan orang lain. Sesiapa yang melakukan kegiatan mencuri adalah melanggar prinsip Asteya.

  • Saucha (Kebersihan dari segi mental dan fizikal)Di bawah Saucha, penganut agama Hindu diarahkan sentiasa mewarisi sikap kebersihan dari segi mental dan fizikal. Ini bererti mereka mesti sentiasa menjaga tingkah laku dan perbuatan mereka agar tidak menjadi percakapan orang lain.

    Tepaha (sabar dan bantu-membantu)Tepaha mendorong penganut agama Hindu supaya memiliki sikap sabar dalam menghadapi segala cabaran hidup. Menurut Tepaha, seseorang itu perlu memiliki sikap sabar agar tidak terburu-buru dan cepat marah apabila menhadapi masalah. Tambahan pula, penganut agama Hindu juga perlu sentiasa bantu-membantu antara satu sama lain.

  • ADAT RESAM DAN KEPERCAYAAN AGAMA BUDDHADi Kedah agama Buddha terbahagi kepada dua mazhab iaitu Theravada dan Mahayana. Kedua-dua mazhab tersebut mengamalkan 5 rukun asas agama Buddha iaitu:

    Dilarang membunuh benda hidupDilarang berbohongDilarang mencuriDilarang berzinaDilarang minum arak atau mengambil dadah

    Orang Siam yang beragama Buddha mempercayai adanya hidup dan penjelmaan semula sesudah kematian. Orang yang mati di rumah akan di simpan selama tiga hingga tujuh hari. Dalam kes kematian di luar rumah pula, mayat akan dibawa terus ke kuil dan di bakar dalam masa seminggu. Sesetangah orang Siam membakar mayat dalam binaan mereka yang direka indah. Upacara pembakaran mayat hanya dilakukan oleh golongan yang berada.

  • PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH MASYARAKAT AGAMA BUDDHAHARI WESAKHari Wesakmerupakan hati terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras". HARI RAYA KATHINAHari raya Kathina merupakan upacara persembahan jubah kepada Sangha setelah menjalani Vassa. Jadi setelah masa Vassa berakhir, umat Buddha memasuki masa Kathina atau bulan Kathina.

  • NILAI MASYARAKAT BUDDHAJalan Lapan Lapis Mulia:

    1. Pandangan yang Betul2. Fikiran yang Betul3. Pertuturan yang Betul4. Perbuatan yang Betul5. Pekerjaan yang Betul6. Usaha yang Betul7. Kesedaran yang Betul8. Tumpuan yang Betul

    Panca Sila merupakan lima peraturan yang penting dalam ajaran Buddha.

  • AGAMA KRISTIANPeraturan Emas

    Undang-undang Tuhan yang terpenting ialah: mencintai Tuhan dengan sepenuh hati mencintai jiran seperti mencintai diri sendiri mencintai satu sama lain seperti mana Jesus telah mencintai umat manusia dengan merelakan diriNya menjadi korban untuk menebus dosa manusia.

    Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Jesus Christ telah dihidupkan kembali ("dibangkitkan") pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.

  • Suatu gerakan reformasi di india pada abad ke-15 , yang memprotes norma-norma ritual dalam agama dan takhayul. Gerakan ini lebih berintikan suatu etika peribadi dari pada suatu agama. Tidak mempunyai bentuk penyembahan dan tempat sembahyang yang tetap.

    Gerakan reformasi tersebut pada waktu itu belum mempunyai pemimpin yang dapat dijadikan penutun. Setelah lahir guru nanak beliau memperlihatkan suatu bakat untuk memimpin gerakan yang baru ini, yang kemudian menjadi penemu ajaran nilai-nilai baru yang pada akhirnya dikenal menjadi titik sejarah berdirinya agama hindu sikh.

    AGAMA SIKH

  • Dalam kepercayaan sikh, pemimpin agama atau guru, menduduki tempat kedua setelah tuhan. Kitab suci ini kemudian dideklarasikan menjadi guru granth sahib oleh guru gobind singh. Kitap suci itu berisikan ajaran-ajaran suci dalam bentuk asli yang ditulis oleh para guru sikh sendiriDalam agama sikh tidak ada kelas-kelas pendeta atau pun hirarki agama. Wanita dibenarkan mengambil bahagian dalam setiap upacara agama ataupun menjadi pemimpin upacara tersebut.Gurdwara merupakan rumah ibadah bagi umat sikh yang dilengkapi dengan ruang dapur umum yang disebut guru ka langgar yang menyiapkan makanan bagi setiap orang yang hadir tanpa memandang kedudukan social, kasta, jenis kelamin, pangkat mahupun agamanya.

  • AGAMA ANIMISMEKepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala

    Mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, ( seperti kawasan tertentu gua, pokok atau batu besar ), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka.

  • Kepercayaan animisme juga mempercayai bahawa roh orang yang telah mati boleh masuk ke dalam tubuh haiwanMuzium seni asia, universiti malaya, kuala lumpur telah mempamerkan amalan animisme menerusi pameran alam misteri yang telah diadakan pada hari 1 ogos hingga 14 september 2014. Perkara dan kuasa mistik sememamgnya wujud dan mampu bertindak balas dengan manusia kerana ia mungkin disebabkan perlakuan jin yang berasal dari alam ghaib yang tidak dapat dilihat manusia.

  • Mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, ( seperti kawasan tertentu gua, pokok atau batu besar ), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Kaum negrito yang tertumpu di bahagian utara semenanjung bersempadan thailand iaitu di hulu perak, baling, kedah dan jeli di kelantan, orang senoi pula tinggal di bahagian tengah terutama di kaki banjaran gunung termasuk di perak, kelantan, pahang dan selangor. Penganut agama animisme sedang memelihara kepercayaan dan tradisi mereka. Kita sebagai rakyat harus memberi sokongan dan dorongan untuk memperkembangkan tradisi mereka.

  • AGAMA TAOISMEAgama yang tertua di duna ini, yang diakui agama ini wujud sejak 7000 tahun lagi dan sebahagian besar orang tionghoa telah menganuti agama ini. Dikenalkan oleh wang di(2698 sm) dan dikembangkan oleh lao zi dan berkembang menjadi sebuah institusi keagamaan yang lengkap oleh zhang tao ling.

  • Menekankan pemahaman tao atau hukum alam semesta untuk hidup dengan harmoni dengan unsur-unsur semula jadi di dalam dunia ini Amalan membaca lao zi telah memberikan pengetahuan tentang agama tao melalui buku-buku wang di. Beliau sangat menyanjung keagungan alam yang memberikan kehidupan kepada semua makhluk hidup, termasuk manusia. Ajaran lao zi bersama-sama ajaran wang di digabung menjadi ajaran wang-lao yang dikenali oleh semua orang sampai sekarang.

  • Taifah-taifah taoisme telah mengembangkan beberapa seni silat yang kini amat popular , khususnya dengan orang-orang cina yang hendak memperbaik kesihatan mereka.Seni seni silat seperti tai chi, dan pelbagai qiqong kini menjadi semakin popular dengan orang-orang barat. Chi iaitu tenaga dalam badan bukan lagi dianggap sebagai primitif tetapi telah memperoleh pengiktirafan oleh perubatan barat sebagai suatu unsur yang benar-benar terjadi dalam badan. Ying dan yang dengan saintifiknya diterjemahkan sebagai negatif dan positif . setiap benda adalah dualisme, terdapat positif dan negatif.

  • AGAMA CONFUCIANISMEConfucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. Ajaran confucianisme juga telah menekankan teori lima hubungan dianggap asas atau panduan kepada sesuatu perhubungan yang akan membawa kepada kebahagiaan keluarga dan seterusnya menyumbang kepada kestabilan dan keharmonian sesebuah negara.

  • Insan yang baik dan akan kembali ke sifat yang baik. Mereka tidak memerlukan juru selamat tetapi yang dibutuhkan oleh umat manusia adalah guru yang berbudi dan melakukan dengan sungguh-sungguh ajarnya serta menjadi contoh teladan bagi orang-orang lain seperti yang telah diceritakan dalam analekta 2:13

    Setiap individu mempunyai tugasan dan tanggungjawab terhadap pihak lain. Sekiranya, setiap tanggungjawab dipatuhi masyarakat serta negara akan bersatu, tenteram dan harmoni

  • Dalam sesebuah negara kerajaan harus menimbulkan keyakinan rakyat, dan rakyat harus dijaga dengan mempunyai pasukan tentera yang kuat. Confucius mengatakan bahawa raja harus melindungi rakyatnya dan harus berperanan sebagai shang-ti.

    Confucianisme telah meresapkan nilai-nilai murni terus kepada penganutnya. Hal ini, dapat membentuk masyarakat yang harmonis dan sejahtera.

  • NILAI MASYARAKAT MALAYSIALazimnya sistem nilai dikaitkan dengan kepercayaan yang dipegang oleh seseorang atau sesebuah masyarakat.

    Bagaimanapun bagi mereka yang tidak menerima sistem nilai sebagai sesuatu yang bersifat supernatural seperti golongan naturalisme atau realisme, sistem nilai seseorang atau sesebuah masyarakat diasaskan kepada banyak faktor termasuk pemikiran, dan budaya sesebuah masyarakat.Maka lahirlah berbagai sistem nilai yang tidak berasaskan agama seperti utilitarianisme, hedonisme dan sebagainya.

  • Setiap individu atau kelompok kecil dalam sesebuah masyarakat itu mempunyai sistem nilai yang pelbagai sehingga sesuatu yang baik dianggap buruk oleh kelompok yang lain dan sesuatu yang buruk dianggap baik oleh kelompok yang lain.

    Konflik nilai yang seperti ini akan menyebabkan sesebuah masyarakat menjadi kacau-bilau malah boleh membawa kepada pertelingkahan.Lebih daripada itu, sekiranya situasi ini wujud maka perundangan dan peraturan dalam sesebuah negara tidak lagi bermakna.

    Masyarakat Malaysia yang menganut agama masing-masing sudah mewarisi nilai-nilai sepunya yang telah membina jati diri rakyat Malaysia.Sebagai contoh perlakuan tidak senonoh seperti berkelakuan lucah di khalayak ramai merupakan sesuatu buruk di sisi semua agama lebih-lebih lagi agama Islam.

  • Boleh dikatakan perkara-perkara seumpama ini diterima sebagai suatu prinsip nilai yang sejagat walaupun diamalkan secara berbeza bagi setiap kaum.Warisan seperti inilah yang telah membina jati diri masyarakat Malaysia selaras dengan hakikat sejarah yang membina bangsa dan negara.

  • ISU PERUBAHAN NILAI MASYARAKAT MALAYSIAKita mengakui bahawa masyarakat Malaysia telah berubah dari segi sosialnya.Keadaan ini boleh dikenal pasti melalui perubahan budaya kesan daripada pembangunan negara dari dulu hingga sekarang. Terdapat tiga peringkat perubahan sosial yang dialami oleh masyarakat Malaysia iaitu era pramoden, era penjajahan dan era pembangunan negara dan rancangan lima tahun.

    Perubahan era ini telah memecahkan kesepaduan nilai dari satu era ke era yang lain bergantung kepada proses perubahan yang hendak ditujui.

  • Pada masa ini, keamanan, kedamaian dan ketenangan menjadi keutamaan.Keadaan seperti ini dapat kita lihat dalam filem-filem Melayu klasik.Kedatangan British telah membawa nilai dan norma yang baru serta memecahkan tradisi nilai masyarakat sama ada secara terang atau tersembunyi.Masalah sosial mula timbul sejak mereka memerintah Tanah Melayu pada akhir kurun ke 19 hinggalah pertengahan kurun ke 20.Penghayatan nilai-nilai mumi oleh masyarakat majmuk perlu diteruskan dan dipupuk agar diamalkan bagi membendung serta mengatasi gejala sosial dalam masyarakat hari ini.Kesemua agama dan budaya masyarakat yang merupakan entititerbesardalam negara kita iaitu Melayu, Cina dan India menyeru serta mengajak penganutnya agar berakhlak mulia.

  • TERIMA KASIH