assignment p moral

Upload: sitti-khadeeja

Post on 06-Jan-2016

337 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ASSIGNMENT P MORAL

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN22.0 PENGENALAN33.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN43.1 REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO104.0 PETA MINDA135.0 KESIMPULAN156.0 RUJUKAN167.0 LAMPIRAN18

1.0 PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kursus Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral, Ustadz Mohd Lutfi bin Ahmad dan Ustazah Fatihah binti Shafie atas tunjuk ajar dan garis panduan yang telah diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar pensyarah sebagai pembimbing, tidak mungkin kerja kursus ini dapat disiapkan dengan jayanya.Selain itu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penulis-penulis buku kerana menulis buku yang telah menjadi bahan rujukan yang berguna kepada saya. Sesungguhnya segala maklumat yang diperoleh dalam buku-buku tersebut amat penting dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.Tambahan, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak membantu dari segi kewangan dan sokongan moral. Sesungguhnya tanpa restu dan dorongan daripada kedua ibu bapa, segala usaha ini menjadi sia-sia.Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang begitu banyak memberi sumbangan yang berbentuk idea untuk menyempurnakan lagi kerja kursus ini. Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu secara langsung atau tidak langsung. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin saya mampu menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Sesungguhnya segala bantuan yang telah diberikan amatlah dihargai.

2.0 PENGENALAN

Di Malaysia satu sistem pendidikan yang menyeimbangkan pembangunan dan kemajuan ilmu dengan pembangunan dan kemajuan nilai murni insan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah diolah dengan baik melalui mata pelajaran Pendidikan Moral. Tujuan Pendidikan Moral adalah untuk membentuk individu yang berperibadi mulia dan bertanggungjawab melalui pemupukan,penghayatan, dan amalan nilai murni masayarakat Malaysia.Pada peringkat awal saya telah diberi tugasan untuk menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Moral bagi tahun 5. Tema yang telah ditetapkan bagi Tahun 5 ialah Masyarakat Setempat yang telah memberikan penekanan kepada 14 nilai, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, dan toleransi. Kemudian, saya telah mendapat tajuk Kerajinan dalam unit 4 di dalam Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Pendidikan Moral Tahun 5. Tujuan persediaan Rancangan Pengajaran Harian ialah supaya ia dapat menjadi satu panduan kepada guru-guru tentang topik yang hendak disampaikan. Selain itu, ia dapat mengelakkan guru terpesong atau terkeluar dari tajuk yang hendak diajar.Bahkan ia juga, dapat membantu guru menentukan pendekatan strategi, kaedah dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang sesuai dengan objektif,pengalaman murid, kehendak sukatan dan resos P&P. Secara tidak lansung ia juga membantu guru seperti saya menyediakan bahan dan alat bantu mengajar.Penekanan dalam P&P diberikan kepada objektif pembelajaran berdasarkan standard pembelajaran pembelajaran yang dipilih. Objektif pembelajaran dilihat dari segi kognitif, afektif dan perubahan tingkah laku yang berlaku pada murid.

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kerajinan

PENGENALANNilai KERAJINAN adalah Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara bagi meningkatkan kualiti kehidupan dan mampu meringankan beban orang lain serta membahagiakan mereka. Nilai KERAJINAN ini harus diamalkan oleh setiap insan untuk melahirkan masyarakat yang maju dan berdaya saing seklai gus dapat meningkatkan tahap intelek dan membentuh sahsiah diri murid. Ia juga selaras dengan hasrat merealisasikan 1 Malaysia di samping memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

STANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARANTAHAP PENGUASAAN

11. Kerajinan Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara

11.1 Menunjukkan sikap rajin dalam masyarakat setempat

11.1.1 Mengilustrasikan perlakuan rajin dalam masyarakat setempat

11.1.2 Menjelaskan kepentingan bersikap rajin dalam masyarakat setempat

11.1.3 Mengutarakan perasaan apabila bersikap rajin dalam masyarakat setempat

11.1.4 Mempraktikkan sikap rajin dalam masyarakat setempat

1Murid menggambarkan cara bersikap rajin dalam masyarakat setempat.

2Murid menceritakan kepentingan bersikap rajin dalam masyarakat setempat

3Murid menunjukkan cara bersikap rajinl dalam masyarakat setempat dalam sesuatu situasi dengan bimbingan

4Murid menunjukkan cara bersikap rajin dalam masyarakat setempat dalam pelbagai situasi

5Murid mengamalkan sikap rajin dalam masyarakat setempat dalam kehidupan seharian

6Murid mengamalkan sikap rajin dalam masyarakat setempat dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANPENDIDIKAN MORAL TAHUN 5

Kelas: 5 CEMPAKA Bilangan murid : 20 muridMasa: 8.45pg 9.45pagi (60 minit)Nilai Utama:KerajinanNilai sampingan: Bertanggungjawab, bekerjasama dan tolong-menolongTajuk: Hero MasyarakatStandard Kandungan: 11.1 Menunjukkan sikap rajin dalam masyarakat setempat .Standard Pembelajaran: 11.1.1, 11.1.2, 11.1.3 dan 11.1.4Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat;1. Penaakulan:Menyenaraikan tiga jenis akiviti membantu masyarakat setempat .2. Perasaan: Menceritakan perasaan apabila rajin membantu masyarakat setempat .3. Perlakuan: Mendemontrasikan cara melakukan membantu masyarakat setempat dengan cara kaedah lakonan.EMK: Kreatif dan Inovatif TMKBBM: Video Kad Gambar Lembaran KerjaKaedah dan Strategi : Simulasi dan Kemahiran BerfikirPendekatan Pendidikan Moral : Penjelasan NilaiPenilaian: Lembaran Kerja (individu) dan Pembentangan (kumpulan)

LANGKAH P&P:

LANGKAH PENGAJARAN /MASAPENERAPAN / ELEMEN

Set Induksi (5 minit)Kemahiran Berfikir

Guru membuat gimik pengajaran dengan menjatuhkan fail-fail Murid menonton tayangan video/gambar situasi bergotong-royong, yang ditunjukkan oleh guru. Murid mengenalpasti nilai yang terkandung dalam video/gambar tersebut. Guru menyoal dan mengaitkan isi pelajaran/ nilai yang akan dipelajari.Contoh soalan:1. Apakah yang kamu dapat lihat/tonton dalam gambar/video ini?2. Apakah sifat-sifat yang ada dalam video yang ditayangkan?3. Adakah kamu mengamalkan nilai tersebut dalam aktiviti harian anda?

Langkah 1( 10 minit ) Kemahiran Berfikir

Kemahiran Berbahasa

Objektif : 1 & 2

Guru menerangkan nilai kerajinan dan mengaitkan dengan masyarakat setempat. Murid diminta untuk berkongsi cita-cita mereka kepada rakan sekelas. Murid berkongsi pendapat mereka tentang cara untuk membantu masyarakat mereka melalui cita-cita mereka.

Langkah 2(15 minit)Kemahiran Berfikir

Kemahiran Berbahasa

Objektif : 1 & 2

Guru mengagihkan murid kepada kumpulan mengikiut cita-cita mereka. Setiap kumpulan perlu melakonkan situasi tentang cara-cara membantu masyarakat setempat berdasarkan situasi diberikan mengikut cita-cita mereka.Contoh Situasi: 1. Doktor merawat orang sakit.2. Polis menangkap penjenayah.

Langkah 3(10 minit)Kemahiran Berfikir

Kemahiran Berbahasa

Objektif : 1, 2 & 3

Guru memberi penerangan dan arahan berkaitan aktiviti ( Peta Alir Cara Mencapai Cita-Cita) mengikut kumpulan. Guru memberikan satu kertas manila kad kepada setiap kumpulan. Murid membuat satu Peta Alir mengenai cara mencapai cita-cita mereka.Contoh Aktiviti: Murid mengaplikasi carta alir dengan menyenaraikan cara-cara mencapai cita-cita mereka.. Guru membuat pentaksiran/penilaian

Aktiviti Pengukuhan / Pengayaan / Pemulihan(10 minit)

Guru memberikan lembaran kerja kepada murid. Murid menjawab lembaran yang diedarkan. Guru menilai hasil kerja murid.

Penutup/ Rumusan:(5 minit)

Murid melihat tanyangan video nyanyian. Murid menyanyikan lagu yang sama dengan video tersebut.

3.1 REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO

NAMA : SITTI KHADIJAH BINTI BACHONO KAD PENGENALAN : 940914-12-6444

Kekuatan yang amat ketara dalam pengajaran mikro kali ini ialah dari segi pemilihan video yang menarik bagi sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada kali ini. Melalui tayangan video tersebut, murid-murid dapat memahami dengan mudah tentang tajuk yang hendak saya ajarkan. Isi di dalam video yang saya pilih juga jelas dapat menyampaikan objektif pengajaran saya. Selain itu, rasional saya untuk memilih menayangkan video bagi set induksi ialah kerana ingin menerapkan kemudahan Teknologi Maklumat kerana melalui video ini, saya mampu menarik perhatian murid saya. Dengan menggunakan video tersebut, murid-murid saya dapat mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan cergas sekaligus menepis tanggapan yang menyatakan bahawa proses pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Moral adalah membosankan kerana hanya bergantung kepada papan tulis dan kertas semata-mata. Oleh yang demikian, murid telah melibatkan diri secara aktif dan dapat mewujudkan interaksi dua hala yang sudah semestinya mampu melancarkan lagi proses pengajaran guru.Seterusnya, kekuatan kaedah pengajaran saya juga ialah saya mengetengahkan penghayatan nilai-nilai murni terhadap murid-murid saya. Sebelum menyayangkan video, saya telah membuat gimik dengan menjatuhkan fail dan kertas-kertas saya. Di sini, saya ingin menguji sikap murid-murid saya yang ringan tulang untuk membantu saya mengutip semula fail dan kertas-kertas tersebut. Alhamdulillah, terdapat ramai murid yang tampil untuk membantu. Secara tersiratnya melalui gimik tersebut, saya ingin pelajar saya menghayati erti kerajinan melalui gimik yang mereka dapat lihat sendiri bahkan dapat meneladani sikap murid yang rajin membantu tersebut. Tambahan, saya juga telah memberi peneguhan positif berbentuk pujian kepada murid saya yang sudi mengutip fail dan kertas yang terjatuh supaya mereka mengekalkan tingkah laku positif itu. Kemudian, saya juga telah mengemukakan beberapa soalan untuk menguji penghayatan nilai-nilai kerajinan dalam diri mereka dengan meminta mereka memberikan contoh sikap kerajinan yang mereka telah lakukan.Kekuatan pengajaran mikro yang berikutnya adalah dari aspek kelantangan suara saya berinteraksi dengan murid-murid. Saya berupaya mengemukakan soalan dengan jelas dan respon murid juga agak menggalakkan. Soalan yang saya kemukakan dapat didengar dengan jelas dan ini memudahkan proses pengajaran diteruskan tanpa perlu membuat pengulangan langkah pengajaran. Kelantangan suara ini jelas menunjukkan bahawa saya optimis dalam menyampaikan isi pelajaran. Lantaran itu, murid telah memberi perhatian yang sepenuhnya dan ini memudahkan pencapaian objektif pembelajaran yang saya telah rancangkan dengan rapi. Murid-murid juga tidak bertindak mengganggu rakan lain sepanjang proses pengajaran mikro ini. Keadaan ini juga memperlihatkan sikap murid-murid yang hormat kepada guru sebagai seorang pendidik yang menyampaikan ilmu pengetahuan. Setiap kekuatan pasti ada kekurangan yang dan tidak dapat dinafikan bahawa pengajaran mikro ini mempunyai kelemahan yang tersendiri. Setelah habis sesi pengajaran saya dapat mengenal pasti beberapa kelemahan murid. Kelemahan ini memberi sedikit cacat celanya kepada kekuatan pengajaran mikro ini. Antara kelemahan yang dikenal pasti semasa menjalankan mikro ini ialah masalah dalam pemantauan kelas. Saya hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau murid di bahagian belakang kelas. Saya seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat.Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran mikro ini, penambahbaikan yang perlu saya lakukan ialah saya harus memperbaiki pemantauan kelas dalam sesi P&P akan datang. Saya tidak seharusnya berdiri di hadapan kelas semasa menyampaikan pengajaran, sebaliknya saya perlu sentiasa bergerak bagi memantau setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Aktiviti pemantauan ini dapat membantu saya mengawal disiplin murid di dalam kelas sama ada mengawal tingkah laku murid atau membantu ke tidak fahaman murid terhadap pelajaran secara serta merta.Secara keseluruhan pengajaran mikro saya agak berjaya untuk menarik minat murid sebelum ke satu langkah pengajaran yang seterusnya. Penghayatan nilai moral kerajinan yang jelas dapat disampaikan hanya melalui video pada set induksi amat berkesan. Nilai-nilai yang terdapat di dalam video itu juga dapat memberikan idea kepada murid tentang pembelajaran mereka ketika itu. Langkah mencungkil idea ini adalah salah satu langkah yang sangat penting sebelum pembelajaran di mulakan bagi mencungkil pengetahuan sedia ada dan minat murid.

ULASAN GURU PEMBIMBING :

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

4.0 PETA MINDA NILAI KERAJINAN

1. Menentukan nilai yang akan dipupuk. Cerita-Murid menceritakan cara untuk menolong masyarakat melalui cita-cita mereka.

2. Mengenalpasti taraf penghayatan yang dikehendaki.

3. Menentukan objektif-objektif pelajaran. Lakonan-Murid melakonkan situasi mereka menolong masyarakat berdasarkan cita-cita mereka.

4. Memilih teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai:

5. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

6. Menilai pengajaran pembelajaran

Pendekatan Pemupukan Nilai

Pendekatan pemupukan nilai merujuk kepada penerapan nilai budi pekerti yang baik pada diri kanak-kanak. Oleh sebab pendekatan ini digunakan secara sedar dan tidak sedar, maka ia menjadi pendekatan paling luas yang digunakan dalam pengajaran moral sekolah rendah. Objektif pendekatan ini adalah untuk menanam nilai tertentu yang dianggap baik dan patut dimiliki oleh murid-murid. Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada pelajar memahami, menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima dan menghayati nilai tersebut yang berlandaskan kepada prinsip moral.Pendekatan pemupukan nilai boleh dilaksanakan dengan cara mengambil contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan atau luar negara, pengukuhan positif apabila perlakuan yang baik ditunjukkan dan dendaan yang sesuai apabila berlakunya tingkah laku negatif serta memberi penjelasan atau memanipulasi pengalaman yang dialami oleh murid-murid untuk menerima dengan baik suatu nilai yang dikehendaki.

5.0 KESIMPULAN

Untuk menjadikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, maka guru perlu menentukan tajuk atau topik yang hendak disampaikan. Persediaan Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu tugas wajib seorang guru. Langkah ini bukan sesuatu bebanan tetapi membantu guru menyusun dan mementukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik P&P yang sesuai dengan objektif yang hendak dicapai, pengalaman sedia ada murid, kehendak sukatan dan juga sumber P&P. Malahan dengan kecanggihan yang ada sekarang, guru boleh menyediakan bahan multimedia yang dapat membantu guru mengajar dengan baik dan murid belajar sesuai mengikut zaman dan keperluan murid. Pada pendapat saya, apapun bahan atau alat yang digunakan, guru perlu sentiasa berusaha untuk memastikan perancangan P&P yang dibuat adalah berkesan dan sesuai mengikut tahap murid.

6.0 RUJUKAN

Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan moral. Teori etika dan amalan moral. Serdang: University Putra Malaysia.Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011). Kurukulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Moral Tahun 5, Kuala Lum[ur : Kementerian Pelajaran Malaysia.Bahagian Pembangunan kurikulum (2013). Draf Dokumen Standard dan Prestasi Sekolah Rendah Pendidikan Moral Tahun 5, Putrajaya : Kementerin Pelajaran Malaysia Chang Lee Hoon (2001). Penggunaan vignette dalam kajian penaakulan moral di kalangan pelajar tingkatan empat. Dalam Marohaini Yusoff (ed.). Penyelidikan kualitatif: pengalaman kerja lapangan kajian (m.s. 155 187). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.Dr Chan Lee Hoon, Pendekatan Dalam Pendidikan Moral,http://pendidikanmoral.um.edu.my /uploads/rujukan/pendekatan%20pendidikan%20moral.pdf di muat turun pada 15 Ogos 2015 Instituit Pendidikan Guru (2012) Modul ELM3102 Kurikulum dan kaedah Pengajaran Pendidikan Moral, Cyberjaya : Kementerian Pelajaran Malaysia . Kaladevi, Mageswari, Vishalache & Abdullah (2010). Pendidikan Moral Tahun 1, Sekolah Kebangsaan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Nucci, L. P. (2001). Education in the moral domain. Cambridge: Cambridge University Press. Prillaman, A.R., Eaker, D.J. & Kendrick, D.M. (eds.) (1994). The tapestry of caring: education as nurturance. Norwood, N.J.: Ablex Publishing Corporation.Pusat Perkembangan kurikulum (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.Rahmad Sukor Bin Abd Ab Samad (2009) (OUM) HBME1103Pengenalan Pendidikan Moral, Universiti Terbuka MalaysiaRest, J., Narvaez, D, Bebeau, M., Thoma, S. (1999). Postconventional moral thinkihg: A neo-Kohlbegian approach. Mahwah: NJ, Erlbaum.Shanmugan Velu, Mohd Zaki( 2013). Pendidikan Moral Tahun 4 Sekolah Kebangsaan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

7.0 LAMPIRAN

BAHAN BANTU BELAJAR (BBB):1. VIDEO DAN SLAID POWERPOINT

BAHAN BANTU BELAJAR (BBB):2. KERTAS MANILA KAD

CARA MENCAPAI CITA-CITA

Latihan 1:Nama: Tarikh:1.Bulatkan pada binatang-binatang yang bersikap rajin.

2. Senaraikan amalan-amalan yang rajin:a. __________________________________________________b. ___________________________________________________c. ___________________________________________________d. ___________________________________________________e. ___________________________________________________

3.Carikan perkataan yang tersembunyi: rajintekungigihusaha

guefajkpae

trtvcsghjl

eqrajinuca

kewrtygcut

uqazsdcfsj

nertbnmkad

asxcderthy

qgigihtjaf

zxwergfdsq

eetydvnmko

4. Tuliskan nilai-nilai kerajinan yang pernah anda lakukan pada badan hero di bawah.

Latihan 2 ( Pengayaan) :Nama : __________________________Unit 4 : Kerajinan A. Pengorbanan Demi Kejayaan Arahan : Tulis [RAJIN] bagi individu yang sanggup berkorban demi kejayaan dan [MALAS] bagi sebaliknya.

No.CONTOH SITUASIRAJIN / MALAS

1.Shafiq suka menolong bapanya memetik lada di kebun.RAJIN

1. 2.Hisham menonton televisyen setiap malam tanpa mengulang kaji pelajarannya.

2. 3.Suzy berjaya memasuki universiti apabila memperolehi 10 A dalam ujian SPM hasil usaha gigihnya belajar.

3. 4.Ong suka ponteng kelas tambahan yang diadakan di sekolah.

4. 5.Aidil sering bertanya kepada guru tentang masalah Matematik yang tidak difahaminya.

5. 6.Encik Halim melakukan dua pekerjaan dalam sehari untuk menambahkan pendapatan keluarganya.

6. 7.Ah Meng tidak mahu menolong ibunya menjaga kedai semasa ibunya sedang sakit.

7. 8.Siva membiarkan kasut sekolahnya kotor dan tidak mahu mencucinya.

8. 9.Siti menggosok baju sekolahnya sendiri sebelum turun ke sekolah.

10.Nani asyik berkaraoke dengan kawan-kawannya dan mengabaikan kerja rumah yang diberi oleh guru.

10 11.Hafiz berlatih bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan nyanyian itu.