pengenalan ekonomi islam

15
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI ISLAM Oleh: Dr. Fatimah Salwa Abd. Hadi

Upload: haniz-zainal

Post on 16-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ekonomi islam

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN ekonomi islam

BAB 1: PENGENALAN KEPADA

EKONOMI ISLAM

Oleh:Dr. Fatimah Salwa Abd. Hadi

Page 2: PENGENALAN ekonomi islam

ISLAM Asal: ‘Aslama’ : sejahtera, damai, tunduk,

patuh dan menyerah diri. Islam ialah agama yang mendasarkan

kepatuhan dan penyerahan diri sepenuhnya kepada kehendak Allah.

Hasil: Kedamaian dan kesejahteraan jasmani dan akal.

Page 3: PENGENALAN ekonomi islam

IMAN, AMAL & AKHLAK Iman:

- bahasa: mengaku dengan hati.

- syarak: percaya (mengaku) dengan hati, berikrar dengan lidah dan beramal dengan anggota.

Iman dan amal:

- beriringan & tidak terpisah.

- amal ialah hasil daripada iman & iman tidak sempurna tanpa amal.

Page 4: PENGENALAN ekonomi islam

IMAN, AMAL & AKHLAK Akhlak: merupakan sifat yang bersemi dalam

diri seseorang yang daripadanya terbit perbuatan yang baik, elok dan terpuji.

- Contoh: redha, sabar, tabah, adil, hormat, pemurah, cermat dan lain-lain.

Page 5: PENGENALAN ekonomi islam

CIRI ASAS ISLAM1. Ketuhanan.

2. Cara hidup yaang sempurna.

3. Kesejagatan dan kemanusiaan.

4. Mudah, rasional, realistik dan praktis.

5. Keseimbangan dan kesaksamaan.

6. Memelihara kemaslahatan manusia.

7. Tetap dan dinamik.

8. Rekod ajaran yang terpelihara.

9. Balasan dunia & akhirat.

10. Hubungan yang erat antara akidah & kehidupan.

11. Keharmonian antara syariat dengan hakikat hidup.

Page 6: PENGENALAN ekonomi islam

ISLAM & EKONOMI Oleh kerana Islam bererti ‘tunduk dan menyerah diri’

kepada Allah, maka kegiatan ekonomi dalam Islam juga mestilah berlangsung dalam konteks penyerahan diri kepadaNya.

Hukum:

- wajib (mesti dilaksanakan)

- sunat (digalakkan untuk dilaksanakan)

- harus (boleh dilakukan atau ditinggalkan)

- makruh (digalakkan untuk ditinggalkan)

- haram (mesti ditinggalkan)

Page 7: PENGENALAN ekonomi islam

EKONOMI SEBAGAI IBADAH Kegiatan ekonomi akan menjadi ibadah dan diberi pahala

sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut: 1. Akidah yang betul: yakin EI adalah satu-satunya sistem yang

diiktiraf oleh Allah.

2. Niat yang betul: hanya kerana Allah.

3. Kerja yang sesuai dengan tuntutan Islam: digalakkan & dihalalkan dalam Islam.

4. Cara melakukan kerja yang sesuai dengan ajaran Islam: cth=sabar, tekun, amanah, bertanggungjawab.

5. Natijahnya betul & membawa faedah kepada orang ramai: zakat & sedekah.

6. Tidak meninggalkan ibadat wajib yang khusus: cth=solat & puasa.

Page 8: PENGENALAN ekonomi islam

EKONOMI ISLAMTakrif: Akram Khan (1984): kajian al-falah manusia melalui

pengurusan sumber bumi berasaskan kerjasama dan penyertaan.

Hasan-uz-Zaman (1984): ilmu pengetahuan & penggunaan perintah & peraturan syariat demi melindungi ketakadilan dalam perolehan & penggunaan sumber asli bagi tujuan memenuhi kepuasan manusia & bagi membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah & masyarakat seluruhnya.

Page 9: PENGENALAN ekonomi islam

EKONOMI ISLAM Masudul Alam Choudhury (1986): kajian sejarah,

empirik dan teori bagi menganalisis keperluan manusia & masyarakat berasaskan panduan sistem nilai Islam.

Mannan (1980): ilmu sains sosial yang mengkaji masalah ekonomi yang berpegang pada nilai Islam.

Kesimpulan: ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan kehendak syariat sama ada dari segi memperoleh, mengguna atau mengurus sumber asli untuk kebaikan diri dan masyarakat secara kebendaan dan kerohanian demi mendapat keredhaan Allah (Hassan, 1990).

Page 10: PENGENALAN ekonomi islam

FALSAFAH EKONOMI ISLAM1. Konsep Tauhid: merangkumi hubungan manusia &

pencipta + manusia & manusia.

2. Konsep Rububiyyah: Allah penguasa yang membuat peraturan.

3. Konsep Tazkiyyah: kesucian jiwa dan ketinggian akhlak.

4. Hari pembalasan.

5. Manusia sebagai khalifah.

6. Kesamaan & persaudaraan manusia.

7. Konsep hak milik.

8. Matlamat kegiatan ekonomi: al-falah

Page 11: PENGENALAN ekonomi islam

CIRI EKONOMI ISLAM1. Berasaskan al-Quran & al-Sunnah.

2. Menjadi sebahagian daripada keseluruhan sistem kehidupan Islam yang lengkap.

3. Menyeimbangkan kepentingan individu dan masyarakat.

4. Bersifat kebendaan tetapi masih bercorak kerohanian.

5. Sesuai sepanjang zaman dan masa kerana sifatnya yang tetap dan dinamik.

6. Asas hukum: al-Quran & al-Sunnah.

Page 12: PENGENALAN ekonomi islam

SUMBER HUKUM EKONOMI ISLAM- Sumber utama:

> al-Quran: terpenting dan utama.

> al-Sunnah: ucapan, perbuatan dan pengakuan Nabi Muhammad SAW.

- Sumber-sumber rujukan:

> Ijmak: kesepakatan ulama’ mujtahidin (mereka yang benar2 mendalami & menghayati ilmu agama) tentang sesuatu hukum dan peraturan agama.

Page 13: PENGENALAN ekonomi islam

SUMBER HUKUM EKONOMI ISLAM

> Kias: suatu hukum agama yang telah tetap tentang sesuatu perkara dan dijadikan hukum untuk sesuatu perkara yang lain apabila kedua-duanya dianggap mempunyai sebab atau sifat yang sama.

> Ijtihad: usaha seorang faqih untuk mendapat hukum syariat yang belum terdapat dengan jelas sama ada dalam al-Quran atau al-Sunnah. Ianya hanya boleh dilakukan oleh individu tertentu sahaja iaitu mujtahid.

Page 14: PENGENALAN ekonomi islam

SUMBER HUKUM EKONOMI ISLAM- Sumber-sumber lain:

> pendapat para sahabat: hampir setaraf dengan al-Sunnah kerana mereka hidup sezaman dengan Nabi Muhammad SAW.

> Istihsan: meninggalkan pendapat yang terhasil drp penggunaan kaedah kias, sebaliknya merujuk pendapat yang disokong oleh dalil yang lebih kuat.

> Istislah: tindakan melarang atau mengizinkan sesuatu perkara semata-mata kerana maslahat (faedah).

> Istishab: menjadikan hukum yang sabit pada waktu yang lalu tetap berlaku sampai sekarang sehingga ada dalil yang mengubahnya.

> Uruf: nilai, adat atau kebiasaan masyarakat, selagi tidak bercanggah sebaliknya selaras dengan kehendak Islam.

Page 15: PENGENALAN ekonomi islam

PERBEZAAN EI DAN KONVENSIONAL

Ekonomi Islam Aspek Ekonomi Konvensionaal

Al-Quran & al-Sunnah

Sumber Manusia

Al-falah (dunia & akhirat)

Tujuan kehidupan Kejayaan dunia

Sebagai jalan untuk mencapai ketenangan kehidupan di dunia dan akhirat

Harta sebagai wasilah

Harta yang banyak menjadi matlamat hidup

Allah hak milik mutlak & manusia sebagai pemegang amanah

Hak milik harta Manusia sebagai pemilik mutlak