aa301 –sistem ekonomi islam

Click here to load reader

Post on 24-May-2015

2.566 views

Category:

Education

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. SISTEM EKONOMI ISLAM EKONOMI Disediakan oleh :Asnuurien Najma Binti Ahmad Pensyarah Unit Pendidikan Islam & Moral Jabatan Pengajian Am Politeknik Merlimau ANAJ [email protected]

2. Pengertian Ekonomi Islam Menurut pandangan Islam : suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan tuntutan syariah sama ada pada peringkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat, dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapatkan keredhaan Allah. Asas pemikiran ekonomi Islam bertaut dalam konsep segi tiga iaitu Allah SWT sebagai Pencipta & Penguasa, manusia sebagai hamba yg menerima, mematuhi perintah & menikmati anugerah Maha Pencipta & kekayaan alam yang mesti dimanfaatkan oleh manusia menurut hukum dan peraturan Yang Mencipta. 3. Konsep Segitiga ALLAHMANUSIAKEKAYAAN ALAM 4. Tafsiran lain Abd Rahman Yusri dalam kitabnya Ilmu al Iktisadi al-Islami ekonomi Islam ialah ilmu yang mengkaji penggunaan sumber-sumber manusia dan bukan manusia yang dikurniakan Allah kpd sesebuah masyarakat dgn cara yang akan membantunya mengeluarkan sebanyak mungkin barangan dan perkhidmatan yang halal untuk memenuhi keperluan yang wajar bagi anggotanya masa kini & masa depan. 5. Menurut Abdullah Abd al-Mohsin alTariqi Dalam kitabnya al Iqtisadu al-Islamu Ususan Wa Mubadiu Wa Ahdafu iaitu satu disiplin ilmu yang mengarah kegiatan ekonomi dan mengaturnya sejajar dengan prinsip Islam dan polisi-polisi ekonominya. 6. Pakar ekonomi Barat menyatakan ekonomi ialah suatu disiplin ilmu yang mengkaji sarana- sarana kekayaan bangsa-bangsa dgn memuasatkan perhatian secara khusus tentang sebabsebab kebendaan daripada kemakmuran. 7. Ilmu tentang kehidupan manusia berhubung persoalan bagaimana manusia memperoleh pendapatan dan bagaimana pula mereka menggunakannya. 8. Definisi Konvensional Ilmu yang mengkaji tingkah laku manusia sebagai suatu hubungan di antara matlamat sumber terhad yang mempunyai pelbagai kegunaan. Menyerahkan manusia untuk menentukan matlamat hidupnya serta menguruskan sumbersumbernya. Kebebasan ini melahirkan pelbagai sistem ekonomi dengan dasar dan polisi yang berbezabeza mengikut fahaman politik atau pemerintah. 9. Terpisah daripada agama hanya datang dari sumber akal yang boleh berubah-ubah mengikut masa. Berlandaskan kepada kebebasan individu dalam pelbagai aspek. Mementingkan pengumpulan modal & harta dengan mengetepikan soal halal & haram. Terdapat unsur riba, gharar (ketidakpastian) & maisir (pertaruhan). Mementingkan kekayaan material sematamata & mengikis sifat tolong-menolong. Mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira hak asasi orang lain (monopoli) Kezaliman& Penindasan 10. Pembaziran / Pemborosan Tidak menjaga keseimbangan antara hak individu dan hak sosial. Aliran dalam sistem ekonomi konvensional antaranya feudalisme, kapitalisme, sosialisme & komunisme. Semua sistem ini gagal untuk mengatasi krisis ekonomi dari semasa ke semasa kerana tidak memenuhi kehendak semula jadi manusia & hak masyarakat. 11. Ekonomi Islam lahir dari sumber wahyu (AQ & AS) Sebahagian daripada keseluruhan sistem hidup Islam yg lengkap, sempurna & mampu utk menyelesaikan masalah hidup manusia. Kepentingan individu & masyarakat dlm ekonomi Islam akan sentiasa diseimbangkan. Walaupun bersifat kebendaan, tetapi ia tidak terpisah dari aspek kerohanian. Sentiasa sesuai sepanjang zaman & masa kerana sifatnya yg tetap & dinamik. Kepentingan individu dan masyaraat diseimbangkan. 12. Sistem Ekonomi Islam tidak membunuh hak individu sebagaimana Allah SWT nyatakan dalam surat Al-Baqarah ayat 29 bahawa semua yang ada di bumi diciptakan untuk semua orang. Namun pada saat yang sama tetap memelihara hak sosial dengan seimbang, Di samping itu, tetap menjaga hubungan dengan negara sebagaimana diperintahkan dalam surat An-Nisaa ayat 59 yang mewajibkan ketaatan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW serta Ulil Amri yang dalam hal ini boleh diartikan penguasa (pemerintah) selama taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. 13. 1. Untuk menjamin kepentingan umum : Mengharamkan milik perseorangan pada yang menjadi milik kepentingan umum & memasukkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Mengharamkan dari mencari dan memiliki harta dengan cara yg tidak diingini oleh syarak & mengharamkan harta-harta seperti itu dimasukkan dalam tabung-tabung umum. 2. Diharuskan pemerintah mengambil milik perseorangan untuk dijadikan milik bersama. 14. 3.Pemerintah boleh mengambil apa sahaja yang dianggap melahirkan perimbangan ekonomi antara golongan masyarakat. 4. Menyempitkan bidang hak berkekalan pada milik perseorangan dgn tujuan menjamin keadilan dlm pembahagian harta kekayaan & mengelakkan dari terkumpulnya harta kekayaan dalam tangan-tangan tertentu. 15. 5. Menyempitkan kebebasan mengurus pada milik perseorangan dengan tujuan untuk memelihara dari kemudaratan pada orang lain dan untuk melahirkan kemaslahatan umum. 6. Menunaikan kewajipan & tanggungjawab kewangan seperti zakat, cukai, denda & sedekah menurut kemampuan masingmasing. 16. Skop ekonomi Islam EKONOMI MASYARAKAT 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.Zakat Fitrah Sedekah / Derma Wakaf Baitul Mal Hutang / Qardhu Hassan Lain-lain sumber kebajikan 17. EKONOMI PERDAGANGAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.Jual beli Mudharabah Musyarakah Jual salam Pembekalan Jual dgn bayaran harga tertangguh Jaminan Gadaian Sewa menyewa/ upah mengupah Wakil Pemindahan hutang Jual janji Tukaran matawang Lain-lain yang mendatangkan keuntungan secara halal 18. EKONOMI KENEGARAAN Matawang Al Anfal Al Fai Al Ghanimah Al Jizyah Al Kharaj Usyur Membangunkan tanah terbiar Harta pusaka Perlombongan / galian Lain-lain yang menjadi hak negara. 19. Perbandingan sistem kapitalisme dgn ekonomi Islam KapitalismeIslamPemilik mutlak terhadap harta yg dimilikiHarta Allah yg diamanahkan kpd manusia utk dibelanjakan mengikut garis panduanTidak ada orang yg berhak campur tgn trhdp hrta yg menjadi miliknya.Org lain ada hak trhadp harta yg dimiliknya.Bebas menyimpan keuntungan & bebas pula menggunkannyaMendorong utk mengeluarkn harta nagi kepentingan umum & menggunakan harta mengikut cara yg dihalalkanBebas memilih jalan utk mencari keuntungan termasuk makan ribaMengakui milik dengan cara yg halal sahajaTidak melarang monopoliMelarang sebarang monopoli 20. Perbandingan sistem sosialisme dgn ekonomi Islam SosialismeIslamHarta benda menjadi hak milik negaraAllah memberi harta kpd manusia sebagai amanahPengawasan yg kuat melalui undang2 negaraPengawasan dari dalam diri sendiriHanya memikirkan tntng dunia sahajaMemikirkan kebaikan di dunia dan juga di akhirat.Membataskan hak milik perseorangan @ menghapuskan hak milik sama sekaliTidak membataskan hak milik perseoranganTerlibat dengan ribaBekerja untuk mendapatkan harta dengan cara yg halal sahaja 21. Perbandingan sistem komunisme dgn ekonomi Islam KomunismeIslamHak milik individu dihapuskan (perampasan hak asasi manusia) kebebasan mengumpul harta.Alam adalah milik Allah dan manusia bebas memiliki harta tetapi pemilikantesbut hendaklah melalui cara yang halal Ekonomi Islam berdasarkan kepada ciri-ciri tertentu supaya tidak terkeluar dari landasan Islam Hak-hak pusaka dibahagikan kepada waris-warisnyaPenolakan terhadap agama kerana menjadi faktor kemunduran dan menghalang untuk produksi Hak-hak pusaka dihapuskan 22. Perbandingan sistem feudalisme dengan ekonomi Islam KomunismeIslamPerwujudan kelas atau status kedudukan golongan hamba dan bangsawan tinggal di penempatan yang berasingan. Golongan hamba tidak dapat menyuarakan idea atau pendapat kecuali golongan yg berkedudukan atau bangsawan, golongan hamba bekerja sebagai petani utk raja, bangsawan atau pun tuan.Semua manusia adalah sama, yang membezakan anatara individu dengan individu yang lain hanya dari segi ketaqwaan kepada Allah Manusia bebas bersuara asalkan tidak melampaui batas. 23. PENGURUSAN HARTA 24. KONSEP PENGURUSAN HARTA Dalam Islam, mengurus harta dan membelanjakan harta adalah antara amanah Allah SWT. Bertujuan utk mencapai kehidupan yang diberkati. Merupakan ujian buat manusia yg akan menentukan seseorang itu mencapai kebahagiaan di dunia & akhirat. 25. ASPEK PENGURUSAN HARTA SECARA ISLAM Penghasilan Harta Pengumpulan Harta Perlindungan Harta Pengagihan Harta Penyucian Harta 26. Penghasilan Harta Islam galakkan umatnya berusaha mencari harta tetapi tidak melalaikan kewajipan mereka terhadap Allah SWT. Cara yang diharamkan seperti judi, rasuah, eksploitasi dan cara-cara lain yang bertentangan dengan Islam adalah tidak dibenarkan. 27. Pengumpulan HartaHarta yang diperoleh wajar dikembangkan melalui pelaburan & simpanan di institusi kewangan yang menepati kehendak syarak. 28. Perlindungan Harta Perlindungan harta merupakan suatu tuntutan syarak yang termasuk dalam Dasar Tamadun Islam. 29. Pengagihan Harta Islam peruntukkan beberapa cara atau kaedah untuk pengagihan harta sebelum atau selepas mati. Antaranya adalah wakaf, hibah, wasiat, sedekah, faraid dan sebagainya. 30. Penyucian Harta Kita tidak sewenangnya membelanjakan atau mempergunakan harta mengikut kehendak hawa nafsu. Perlu keluarkan zakat dan amal jariah serta sedekah