ekonomi islam

14
Harta Tak Alih & Produk Mudharabah Bank Islam Ekonomi Islam

Upload: nur-ira-syakila

Post on 21-Feb-2016

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Harta Alih dan Harta Tak Alih

TRANSCRIPT

Page 1: Ekonomi Islam

Harta Tak Alih&

Produk Mudharabah Bank Islam

Ekonomi Islam

Page 2: Ekonomi Islam

Harta Tak Alih ( Iqar )Harta tidak alih ialah harta yang tidak boleh dipindah atau diubah dari tempat asalnya seperti bangunan dan bumi.

Harta alih ialah harta yang boleh dipindah atau diubah dari tempatnya sama ada bentuk dan keadaannya kekal dengan dipindahkan atau berubah bentuknya seperti wang ringgit, barangan perniagaan, haiwan dan lain-lain.

Terkadang harta alih bertukar menjadi tidak alih dan sebaliknya.

Contohnya pintu rumah, tingkap atau jendela akan menjadi tidak alih bila dipasang di bangunan yang tetap buat selamanya, sebaliknya runtuhan rumah atau bangunan, galian yang dikeluarkan dari perut bumi, batu dan tanah akan bertukar menjadi harta alih bila sahaja bercerai dari bumi.

Page 3: Ekonomi Islam

Menurut Imam Malik, harta alih ialah harta yang boleh dipindahkan tanpa merosakkan atau mengubah bentuk dan sifat asal benda tersebut. Sekiranya perpindahan tersebut mengakibatkan berlakunya sebarang perubahan, maka ia akan dikategorikan sebagai harta tak alih.

Namun demikian, tanaman, bangunan atau apapun yang terdapat di atas tanah, tidak boleh dikatakan sebagai iqar kecuali ia tetap mengikuti atau bersatu dengan tanahnya. Jika tanah yang terdapat bangunannya dijual, maka tanah dan bangunan tersebut merupakan harta 'iqar. Namun, jika bangunan atau tanaman dijual secara terpisah dari tanahnya, maka bangunan tersebut bukan merupakan harta 'iqar. menurut Hanafiyah, harta 'iqar hanya terfokus pada tanah, sedangkan manqul adalah harta selain tanah.

Page 4: Ekonomi Islam

Faedah Pembahagian Harta Kepada Harta Alih Dan Harta

Tidak Alih Mengikut Perbezaan Hukum-Hukum Fiqh

1. Hukum as-syuf`ah adalah sabit pada harta tidak alih sahaja dan tidak sabit pada harta alih.

2. Hukum jual janji adalah khusus bagi harta tidak alih sahaja. Erti jual janji ialah seseorang yang perlu pada wang maka dia jual harta tidak alih dengan syarat bila ia dapat wang maka akan diambil balik harta tidak alih yang telah dijual itu dengan membelinya semula dari orang yang membelinya ketika ia terdesak.

3. Pemegang amanah harta anak yatim tidak boleh menjual harta tidak alih yang dimiliki oleh anak-anak yatim melainkan dengan alasan yang dibenarkan oleh syara` seperti membayar hutang atau sangat-sangat perlu kepada perbelanjaan untuk anak yatim tetapi mesti mendapat kebenaran dari hakim atau qadhi. Adapun harta alih, maka pemegang amanah harta anak yatim boleh menjualnya bila ada sebarang maslahah pada jualan tersebut. 4. Segala hak yang berkaitan dengan jiran tetangga adalah bersangkut paut dengan harta tidak alih sahaja. 

Page 5: Ekonomi Islam

Produk Mudharabah Di Bank Islam

Mudharabah bermaksud emodal memberikan modalnya kepada peniaga supaya menjalankan perniagaan dan keuntungan dibahagikan di antara mereka berdua. Hukum Mudharabah asalnya harus dan sunnat jika berhubung dengan niat.

Di Bank Islam terdapat produk Mudharabah iaitu Akaun Simpanan-i MudharabahBank Islam menawarkan kemudahan Akaun Simpanan Mudharabah yang unik. Kemudahan ini berlandaskan kontrak Mudharabah yang melibatkan konsep perkongsian keuntungan. Anda akan menikmati perolehan keuntungan daripada pelaburan mengikut nisbah yang ditentukan sebelum itu.

Page 6: Ekonomi Islam

Ciri-CiriSimpanan Minimum Ketika Membuka Akaun

Rm 200.00

Baki Minimum Rm 50.00

Syarat Umur Terbuka kepada semua individu yang berumur 13 tahun dan ke atas

Jenis Akaun

Kontrak Mudharabah

Akaun Individu Bagi mereka yang berumur 13 tahun dan ke atas

Akaun Pengamanah (Pemegang Amanah)

Bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 13 tahun perlu membuka akaun bersama-sama seorang dewasa

Akaun Bersama Anda boleh membuka akaun bersama-sama individu lain

Page 7: Ekonomi Islam

MANFAAT

Nisbah perkongsian keuntungan yang menarik dan kompetitifKeuntungan interim bulanan yang dikreditkan terus ke akaun anda.Buku Simpanan Percuma (apabila diminta)Kemudahan BankcardKemudahan pengkreditan gaji & pindahan automatikKemudahan arahan tetapZakat atas simpanan yang dibayar oleh BankKemudahan-kemudahan lain:i. Perbankan SMSii. Perbankan Internetiii. Perbankan di meja

Page 8: Ekonomi Islam

Terma & Syarat - Akaun Simpanan-i Mudharabah1.0 Prinsip Al-Mudharabah

1.1 Saya / Kami bersetuju bahawa wang yang saya depositkan ke dalam Akaun Simpanan adalah berdasarkan prinsip al-Mudharabah (perkongsian keuntungan pemegang amanah) dan saya bersetuju membenarkan Bank untuk menggunakan atau melaburkan keseluruhan atau sebahagian jumlah wang tersebut dalam bentuk yang mana difikirkan berpatutan oleh Bank merangkumi pemberian pembiayaan Mudharabah. Sebarang keuntungan yang diperolehi daripada urusniaga atau pelaburan tersebut akan dibahagikan di antara Bank dan saya dengan nisbah yang ditawarkan oleh Bank dan akan dikreditkan ke dalam akaun pada setiap akhir bulan selagi akaun tersebut beroperasi.

1.2 Sekiranya keuntungan sebenar yang diisytiharkan adalah lebih tinggi daripada yang dijangka, pelanggan hendaklah mengetepikan haknya untuk menuntut perbezaan keuntungan dari Bank (tanazul). Bank berhak ke atas lebihan keuntungan tersebut. Sekiranya keuntungan sebenar yang diisytiharkan lebih rendah daripada yang dijangka, Bank tidak boleh menuntut perbezaan keuntungan tersebut daripada pelanggan.

Page 9: Ekonomi Islam

2.0 Pembukaan Akaun 3.0 Deposit

2.1 Saya akan terikat dengan segala Syarat dan Peraturan Menguasai Pengendalian Akaun Simpanan Mudharabah yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

2.2 Saya dikehendaki memberikan contoh tandatangan atau cap jari kanan, alamat terbaru serta butir-butir peribadi yang perlu kepada pihak Bank.

3.1 Amaun minima deposit permulaan sebanyak RM200.00 diperlukan untuk membuka akaun. Amaun minima yang boleh dimasukkan ke dalam akaun pada bila-bila masa ialah RM1.00. Saya akan mengekalkan baki minima sebanyak RM50.00 dalam akaun pada setiap masa.

Page 10: Ekonomi Islam

4.0 Pengeluaran 5.0 Buku Simpanan

4.1 Saya akan menyerahkan bukti simpanan beserta borang keluar yang telah dilengkapi dan ditandatangani semasa membuat sebarang pengeluaran

4.2 Saya tidak akan mengeluarkan wang kurang daripada RM1.00 melainkan akaun itu hendak ditutup.

4.3 Bank tidak bertanggugjawab ke atas sebarang entri tanpa kebenaran di dalam buku simpanan. Saya akan menyemak semula entri di dalam buku simpanan dan memaklumkan Bank berkenaan sebarang entri tanpa kebenaran sebelum meninggalkan perkarangan Bank.

4.4 Apabila Saya mengeluarkan kesemua baki di dalam akaun, akaun tersebut akan dianggap ditutup.

5.1 Saya akan menyimpan buku simpanan dengan cermat dan selamat pada setiap masa. Bank tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang berpunca daripada kecuaian saya di mana orang lain telah Berjaya mengeluarkan wang secara penipuan daripada buku simpanan tersebut.

5.2 Bank akan menggantikan dengan buku simpanan yang baru sekiranya buku saya telah luntur atau rosak.

5.3 Saya akan segera memberitahu pihak Bank secara bertulis sekiranya buku simpanan saya telah hilang atau musnah. Pihak bank akan mengeluarkan buku simpanan baru setelah saya mengemukakan bukti berkenaan dan menandatangani surat Lepasan Tanggungan yang diperlukan.

5.4 Saya akan membawa buku simpanan ke cawangan Bank yang terdekat untuk pengemaskinian sekiranya terdapat urusan tanpa buku simpanan telah dibuat.

Page 11: Ekonomi Islam

6.0 Penyata Baki Akaun - Akaun Simpanan

7.0 Pemberian Kuasa

6.1 Penyata baki akaun tanpa buku dikeluarkan setiap 3 bulan kepada pelanggan dan dihantar melalui pos. Penyata yang dipohon melalui cawangan dan melalui mesin pencetak penyata adalah tertakluk kepada caj : RM5.00 setiap mukasurat (melalui cawangan) dan RM1.00 bagi setiap permohonan (mesin pencetak penyata)

6.2 Penyata baki akaun simpanan akan dikeluarkan kepada pelanggan berdasarkan :-

i. Transaksi akaun simpanan pelanggan hendaklah bersamaan atau melebihi daripada 30 urus niaga dalam tempoh 3 bulan penyata akaun (tidak termasuk transaksi pembayaran keuntungan oleh Bank )

ii. Akaun simpanan yang mempunyai baki minimum sebanyak RM500 pada akhir tempoh penyata.

iii. .Untuk akaun dengan baki purata lebih daripada RM10,000 pada akhir tempoh penyata, penyata baki akaun akan dijana secara automatik tanpa mengira kekerapan urus niaga.

6.3 Bank tidak menghantar penyata akaun sekiranya akaun adalah dorman atau tidak aktif bagi tempoh yang ditetapkan oleh Bank. Bank juga boleh berhenti menghantar penyata akaun sekiranya penyata tersebut tidak dituntut atau tidak dapat dihantar atas sebarang sebab .

7.1 Semua cek, cek jurubank, draf Bank, “Negotiable Islamic Debt Certificate”, kiriman wang, kiriman pos, waran dan lain-lain instrumen yang didepositkan tetapi tidak dapat dijelaskan akan dipulangkan dengan tangan atau pos berdaftar ke alamat saya yang terakhir dimaklumkan kepada Bank di atas risiko dan perbelanjaan saya sendiri.

Page 12: Ekonomi Islam

8.0 Deklarasi Pemegang Akaun

9.0 Akaun Tidak Aktif dan Wang Tak Dituntut

8.1 Kami dengan ini bersetuju dan mengesahkan bahawa KESEMUA kami akan menguruskan Akaun Simpanan Mudharabah ini * (kecuali untuk pengendalian akaun di bawah klausa 7.2)

8.2 Kami dengan ini bersetuju dan mengesahkan bahawa SALAH SEORANG / MANA-MANA di antara kami akan menguruskan akaun tersebut dari semasa ke semasa atau pada bila-bila masa. SALAH SATU / MANA-MANA tandatangan pada mana-mana resit pengesahan, atau mana-mana dokumen adalah sah dan laku sebagai melepaskan tanggungjawab Bank bersangkutan dengan semua jumlah wang dan perkara-perkara berkenaan Akaun Simpanan Mudharabah ini. Jika berlaku kematian mana-mana seorang di antara kami, pihak Bank diberikuasa untuk membayar kepada sesiapa di antara kami yang masih hidup baki kredit dari Akaun Bersama ini sebagai pemegang amanah untuk waris si mati.

9.1 Saya akan berurusniaga sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Bank akan menganggap akaun saya sebagai doman sekiranya akaun tersebut tidak aktif dalam tempoh 1 tahun daripada tarikh urusniaga terakhir.

9.2 Jika akaun tersebut tidak diurusniaga oleh saya selama 7 tahun berterusan, baki dari akaun tersebut akan dikira sebagai Wang Tak Dituntut dan akan dipindahkan ke Pendaftar Wang Tidak DiTuntut selepas tempoh tersebut mengikut Akta Wang Tak dituntut 1965.

9.3 Caj perkhidmatan tahunan sebanyak RM10 akan dikenakan dan diambil daripada Akaun Simpanan selagi ianya kekal dorman.Caj perkhidmatan akan dikenakan sehingga baki akhir dihantar ke Pendaftar Wang Tidak Dituntut.

9.4 Sekiranya baki kredit di dalam akaun simpanan kurang daripada RM10, baki kredit tersebut akan ditolak sebagai bayaran caj perkhidmatan tahunan dan akaun simpanan tersebut akan ditutup.

Page 13: Ekonomi Islam

10.0 Pembekuan Dan Penutupan Akaun

10.1 Sekiranya pendeposit diiktiraf meninggal dunia,hilang akal atau muflis dan apabila mendapat notis,Bank akan mengenakan tindakan pembekuan akaun.Untuk Akaun Individu Bersama (item 7.1), sekiranya salah seorang daripada kami diiktiraf hilang akal atau muflis,akaun tersebut akan dibekukan.

10.2 Bank berhak menutup akaun pelanggan jika sekiranya jumlah Lebihan Penggunaan tidak dibayar lebih dari jangka masa yang ditetapkan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.

10.3 Sekiranya, pihak Bank mengesyakki akaun pelanggan di gunakan untuk atau terlibat dalam aktiviti penipuan, pihak Bank akan memberi notis bertulis kepada pelanggan untuk penerangan atau pengesahan transaksi tersebut. Sekiranya pelanggan gagal member penjelasan memuaskan Bank, pihak Bank berhak untuk menutup atau membekukan atau bebaliknya mengendalikan akaun pelanggan tersebut sebagaimana diperlukan oleh Bank.

Page 14: Ekonomi Islam

• 11.1 Bank berhak menambah,memansuh,meminda atau mengubah mana-mana Syarat dan Peraturan termasuklah nisbah dan Peraturan termasuklah nisbah pembahagian keuntungan pada bila-bila masa. Perubahan tersebut akan berkuatkuasa apabila ianya dipamerkan diperkarangan Bank atau melalui mana-mana cara penyampaian lain yang difikirkan sesuai oleh Bank.

11.0 Perubahan kepada Syarat dan Peraturan

• 12.1 Sekiranya saya/kami bertukar alamat,saya/kami akan memberitahu Bank dengan segera.Ini adalah mustahak supaya semua surat menyurat dari bank dapat disampaikan kepada saya/kami dengan segera.

12.0 Pertukaran Alamat

• 13.1 Saya/Kami dengan ini bersetuju memberi keizinan dan kebenaran kepada Bank untuk mendedahkan sebarang maklumat atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan akaun saya/kami kepada mana-mana organisasi/orang yang dikenalpasti oleh Bank untuk tujuan operasi keatas akaun tersebut.

13.0 Pendedahan Maklumat