ecn 2013 - pengenalan kepada ekonomi

29
PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Upload: sukhairi-husain

Post on 19-Jan-2015

621 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Page 2: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi?

What is economics is all about??

Dimanakah ekonomi ini berlaku? Where it happen?

Siapakah yang terlibat dengan aktiviti ekonomi?

Who involve in economics activity?

Page 3: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

Ekonomi adalah satu bidang sains sosial, dimana ianya bertujuan untuk menerangkan sesuatu mengenai masyarakat dengan mengkaji aktiviti-aktiviti pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan barangan serta perkhidmatan.

Istilah ekonomi datang dari yang gabungan perkataan Yunani Purba iaitu (oikonomia, "pengurusan rumahtangga, pentadbiran")

(oikos, "rumah") + (nomos, "adat" atau "undang-undang"), oleh itu, ianya disebut "peraturan rumah".

Ekonomi mempunyai sesuatu persamaan dengan bidang psikologi, sosiologi, dan sains politik.

Ekonomi

Page 4: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

“Ilmu sains sosial yang mengkaji tingkahlaku manusia dalam menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad ”

Ilmu Ekonomi

Page 5: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

Sumber -sumber terhad : Buruh,Tanah , Modal, Usahawan

1. Buruh: Tenaga fizikal atau mental yang disumbangkan oleh manusia Ganjaran : Upah

2. Tanah : alam semula jadi yang dianugerahkan tuhan Ganjaran : Sewa

3. Modal : Wang dan lain lain sumber kekayaan yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan Ganjaran : Faedah

4. Usahawan : Individu yang menggabungkan Buruh,Tanah dan Modal untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan

Ganjaran : Untung

Sumber-Sumber Ekonomi yang terhad

Page 6: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

Ekonomi adalah kajian pilihan di bawah syarat-syarat kekurangan.

Kekurangan sumber memaksa kita untuk membuat pilihan dalam semua masalah dalam bidang ekonomi, contohnya:

◦ Bagaimana orang memutuskan apa yang membeli.

◦ Berapa masa diperlukan untuk bekerja, berehat dan digunakan.

◦ Bagaimana firma membuat keputusan pengeluaran, berapa ramai pekerja untuk di upah.

◦ Bagaimana masyarakat memutuskan bagaimana untuk membahagikan sumber , melindungi alam sekitar, dan lain-lain

Page 7: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

Mikroekonomi datang dari mikros, perkataan Yunani, yang bermaksud "kecil.“

Mikroekonomi adalah berkenaan dengan tingkah laku pelaku individu pada aktiviti-ekonomi isi rumah, firma perniagaan, dan kerajaan.

Ia melihat pilihan yang mereka buat, dan bagaimana mereka berinteraksi antara satu sama lain apabila memperdagangan barangan dan perkhidmatan tertentu.

Mikroekonomi dan Makroekonomi

Page 8: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

Makroekonomi pula datang dari macros,juga perkataan Yunani yang bermaksud “besar”.

Makroekonomi melonggokkan semua barangan dan perkhidmatan bersama dan melihat jumlah pengeluaran ekonomi yang besar.

Makroekonomi memberi tumpuan kepada gambaran yang lebih besar dan mengabaikan perincian yang halus.

Makroekonomi menganalisis keseluruhan ekonomi dan isu-isu yang menyentuh perkara seperti pengangguran, inflasi, pertumbuhan ekonomi, dan monetari dan dasar fiskal.

Page 9: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

Ekonomi positif berkaitan dengan apa yang ada dengan bagaimana ekonomi itu berfungsi dan secara mudah.

Ekonomi yang positif berkenaan dengan hanya fakta.

Ekonomi normatif merupakan kajian subjektif tentang dirinya dengan apa yang sepatutnya.

Ekonomi normatif memerlukan kita untuk membuat pertimbangan nilai mengenai ekonomi, mengenalpasti masalah, dan membuat jalan penyelesaian.

Ekonomi Normatif dan Ekonomi Positif

Page 10: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

menerangkan bagaimana sistem ekonomi kita beroperasi, meramal masa depan ekonomi kita, dan mencadangkan cara-cara untuk menjadikan masa depan lebih baik.

Untuk menambah keyakinan diri

Untuk mencapai perubahan sosial

Bantu sediakan untuk kerjaya lain-lain

Untuk menjadi pakar ekonomi

Dengan mempelajari Ekonomi, kita dapat:

Page 11: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

1. Masalah kekurangan

◦ Masalah ini timbul berikutan daripada kehendak manusia yang tidak terhad berbanding dengan faktor-faktor pengeluaran yang terhad.

◦ Faktor-faktor pengeluaran yang tersedia ada hanya mampu memenuhi sebahagian kehendak-kehendak manusia sahaja

2. Masalah pilihan

◦ Disebabkan ketidakseimbangan di antara kehendak manusia dan faktor-faktor pengeluaran yang tersedia ada untuk memenuhinya, maka manusia atau masyarakat perlu membuat pilihan.

◦ Pilihan yang dibuat dengan cekap bertujuan untuk memaksimumkan kepuasan yang diterima darinya.

◦ Bagi pengeluar pula, pilihan yang cekap adalah penting untuk memaksimumkan keuntungan atau meminimumkan kos.

Konsep-konsep Asas Ekonomi

Page 12: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

3. Kos Melepas

◦ Apabila membuat pilihan, bermakna hanya boleh memperolehi satu benda ataupun benda lain tetapi bukan kedua-duanya.

◦ Ini menyebabkan kos melepas, iaitu jumlah barangan yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan sesuatu barangan yang dipilih.

◦ Masalah kos melepas tidak akan timbul sekiranya anda mempunyai jumlah wang/nilai dagangan yang tidak terhad.

Page 13: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

4. Keluk kemungkinan pengeluaran

◦ Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang boleh diwujudkan oleh masyarakat atau negara berasaskan faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada pada tahap teknologi yang tertentu.

◦ Bagi menerangkan keluk kemungkinan pengeluaran,beberapa andaian diperlukan seperti:

i. Ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh.ii. Ekonomi hanya menghasilkan dua jenis barang sahaja

iaitu barang perkilangan dan barang makanan.iii. Tahap teknologi adalah tetapiv. Jumlah faktor-faktor adalah tetap, tetapi gabungannya

boleh diubah untuk menghasilkan barangan yang sesuai dengan kehendak manusia.

Page 14: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

contoh Dua barangan: komputer & gandum. Satu sumber: buruh (diukur dalam jam) Ekonomi mempunyai 50,000 jam waktu buruh sebulan bagi tujuan pengeluaran. Penghasilkan satu komputer memerlukan 100 jam waktu buruh. Penghasilkan satu tan gandum memerlukan 10 jam waktu buruh

5,0000

4,000100

2,500250

1,000400

50,0000

40,00010,000

25,00025,000

10,00040,000

0500050,000

E

D

C

B

A

gandumKomputer

gandumkomputer

PengeluaranGuna waktu tenaga

buruh

Page 15: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

THINKING LIKE AN ECONOMIST

15

Point atas graf

Pengeluaran

komputer gandum

A 500 0

B 400 1,000

C 250 2,500

D 100 4,000

E 0 5,0000

1,000

2,000

3,000

4,000

5,000

6,000

0 100 200 300 400 500 600

Wheat (tons)

Computers

A

B

C

D

E

Page 16: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

Point pada Keluk Kemungkunan (seperti A - E) mungkin• cekap: semua sumber-sumber yang digunakan sepenuhnya

Mata ganjaran di bawah (seperti F)

• Mungkin tidak cekap: beberapa sumber yang tidak digunakan sepenuhnya (misalnya, pekerja yang menganggur, kilang terbiar

Mata di atas Keluk (seperti G)• tidak mungkin

Page 17: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

THINKING LIKE AN ECONOMIST

17

Keluk Kemungkinan Pengeluaran Dan kos melepas.

0

1,000

2,000

3,000

4,000

5,000

6,000

0 100 200 300 400 500 600

Computers

Wheat (tons)

–1000100

slope =

= –10

Disini , kos melepas bagi komputer adalah 10 tan gandum.

Page 18: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

Negara manakah kos melepas adalah rendah?

Aktiviti 1

0

100

200

300

400

500

600

0 100 200 300 400Cloth

Wine

0

100

200

300

400

500

600

0 100 200 300 400Cloth

Wine

FRANCE ENGLAND

Page 19: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

Pergerakan keluk kemungkinan pengeluaran boleh terjadi dalam bentuk garis lurus dan juga busur (bow-shaped).

Ianya berantung kepada kos melepas dimana perubahan pengunaan sumber ekonomi berubah dari satu industri ke industri yang lain.

◦ Jika kos melepas adalah malar, maka PPF adalah dalam bentuk satu garis lurus. (dalam contoh yang lepas,kos melepas sebuah komputer adalah malar iaitu 10 tan gandum)

◦ Jika kos melepas sesuatu barangan meningkat dimana pengeluaran barangan ekonomi meningkat, maka PPF adalah berbentuk busur (bow-shaped)

Bentuk Keluk Kemungkinan Pengeluaran (PPF)

Page 20: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

Faktor PPF menjadi bentuk busur (bow shaped)

Mountain Bikes

BeerApabila penggunaan

sumber ekonomi berubah dari pengeluaran beer ke mountain bike:

PPF menjadi semakin curam

Kos melepas mountain bike semakin bertambah

Page 21: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

APada titik A, kebanyakan pekerja bertumpu kepada pengeluaran beer, walaupun mereka lebih sesuai terlibat dalam pengeluaran basikal.

Mountain Bikes

Beer

pada titik A,kos melepas mountain bike adalah rendah

pada titik A,kos melepas mountain bike adalah rendah

Page 22: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

B

Pada titik B, kebanyakan pekerja bertumpu kepada pengeluaran basikal.

Ini memerlukan perubahan sumber pekerja yang banyak,maka akan menyebabkan kadar pengeluaran beer berkurangan. Mountai

n Bikes

Beer

pada titik B, kos pengeluaran mountain bike adalah tinggi.

pada titik B, kos pengeluaran mountain bike adalah tinggi.

Page 23: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

PPF adalah berbentuk busur apabila bilangan pekerja mempunyai kemahiran berlainan pada sesuatu masa, dan ini menyebabkan kos melepas dalam pengeluaran sesuatu barangan berbeza mengikut kadar perubahan sumber diantara pengeluaran barangan.

PPF juga boleh menjadi busur apabila terdapat sumber tambahan luaran dalam aktiviti pengeluaran

Page 24: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

THINKING LIKE AN ECONOMIST

24

Unsur yang merubah PPFDi dalam jangka masa panjang, keluk

kemungkinan pengeluaran akan mengalami perubahan iaitu beralih ke kanan dan ke kiri. Peralihan tersebut disebabkan oleh faktor-faktor seperti:

1.Perubahan Perolehan Sumber meningkat / peningkatan dalam kualiti perubahan

anjakan ke kanan menurun /Pengurangan dalam kualiti perubahan

anjakan ke kiri

2. Peningkatan jumlah Sumber pusat meningkat anjakan ke kanan menurun anjakan ke kiri

3. Perubahan teknologi penggunaan sumber dengan lebih berkesan dalam

pengeluaran.

Page 25: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

Perubahan Perolehan Sumber dan Peningkatan jumlah Sumber pusat

meningkat / peningkatan dalam kualiti perubahan anjakan ke kanan

menurun /Pengurangan dalam kualiti perubahan anjakan ke kiri

Page 26: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

Perubahan dalam teknologi Penggunaan sumber dengan lebih berkesan dalam pengeluaran.

Terbahagi kepada 3 kesan.

i. kemajuan teknologi hanya berlaku dalam barang perkilangan

ii. Kemajuan teknologi berlaku dalam pengeluaran barang makanan

iii. Kemajuan teknologi yang serentak berlaku dalam barang perkilangan dan makanan

Page 27: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

Secara amnya terdapat 5 sistem ekonomi:

Sistem-sistem Ekonomi

Sistem Ekonomi

Ciri-ciri

Sistem ekonomi saradiri

i. Setiap keluarga menghasilkan barang sendiri. ii. Output utamanya adalah makanan. iii. Kegiatan ekonomi dilakukan berasas kepada adat resam

dan kebekesanannya.

Sistem ekonomi pasaran bebas

i. Juga dikenali sebagai sistem ekonomi kapitalis atau Laissez-faire

ii. penglibatan kerajaan adalah minimum.\iii. Individu dan sektor swasta memainkan peranan yang

penting serta mempunyai kebebasan dalam menentukan aktiviti ekonomi yang hendak dilakukan.

iv. Kuasa permintaan dan penawaran berperanan sebagai mekanisma pasar dalam penentuan harga, jenis dan jumlah.

Sistem ekonomi perancangan pusat

i. Juga dikenali sebagai sistem ekonomi sosialisii. Kerajaan mengawal kegiatan ekonomi sepenuhnya dengan

memutuskan apa, berapa, bagaimana dan untuk siapa sesuatu barang itu dikeluarkan

iii. Lebih dikenali sebagai “command economy” atau “ekonomi perintah”

Page 28: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi

Sistem Ekonomi

Ciri-ciri

Sistem ekonomi campuran

i. Diamalkan di negara kita, Malaysiaii. Sistem ini merupakan gabungan diantara sistem pasaran

bebas dan sistem perancangan pusatiii. Peranan kerajaan adalah penting disamping pihak swastaiv. Campur tangan kawalan pihak berkuasa

Sistem ekonomi Islam

i. Berlandaskan kepada konsep Tauhid yang menjelaskan hubungan di antara manusia dan Tuhan

ii. Segala kegiatan ekonomi dilaksanakan mengikut syariat islam

iii. Pemilikan harta adalah bebas tetapi pengagihannya mestilah adil dan saksama dimana sistem zakat diwajibkan ke atas merekan yang berkemampuan supaya jurang pemisahan di antara golongan berada dengan golong3.

Page 29: ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi