penggunaan menurut ekonomi islam

43

Click here to load reader

Upload: mahyuddin-khalid

Post on 15-Jun-2015

11.608 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MUAMALAT & EKONOMI ISLAM

MAHYUDDIN KHALID [email protected]

PENGGUNAAN MENURUT EKONOMI ISLAM

Page 2: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

KANDUNGAN

DEFI NISI PENGGUNAAN

FALSAFAH PENGGUNAAN

PRINSIP-PRINSIP

PENGGUNAAN

GELAGAT PENGGUNA

KEPENTINGAN PENGGUNAAN

KESEDERHANAAN DALAM

PENGGUNAAN

OBJEKTIF PENGGUNAAN

2

Page 3: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

PENGENALAN

• Penggunaan adalah berkait rapat dengan permintaan seperti pengeluaran dan penawaran. Penggunaan mnenggalakkan individu membelanjakan pendapatan, dan mendorong untuk meningkatkan lagi pendapatan tersebut.

Page 4: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

DEFINISI PENGGUNAAN

• Dari segi bahasa:• Guna atau pakai

• Istilah:• Perlakuan mengguna barangan dan perkhidmatan bagi

memenuhi keperluan semasa.• Donald W. Moffat:• Penggunaan barangan dan perkhidmatan bagi memuaskan

kehendak-kehendak pengguna. Hasil dari penggunaan melahirkan niali faedah atau utility.

Page 5: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

DEFINISI PENGGUNAAN

• Pandangan Islam:• Berasal dari perkataan ‘istihlaq’, dinyatakan sebagai ‘itlaf

ain’iaitu melenyapkan zat dan menghilangkan faedahnya; mengguna pakai sesuatu benda atau barangan yang boleh memberi faedah bagi menghasilkan manfaat yang dikehendaki.

• Dr. Muhammad Abd. Mu’im Ghafar:• Menggunakan barangan dan perkhidmatan yang akan

memenuhi keperluan manusia dan citarasa mereka. Ia mempunyai tujuan dan matlamat penting dalam kegiatan ekonomi.

Page 6: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

FALSAFAH PENGGUNAAN

Pemilikan

Pengabdian

Amanah

Kemaslahatan

Page 7: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

PEMILIKAN

• Penggunaan sesuatu barangan hanya boleh berlaku setelah berlakunya pemilikan• “Iaitu pengkhususan seeorang terhadap sesuatu benda yang

memungkinkan untuk bertindak hukum terhadap benda itu(sesuai dengan keinginannya), selama tidak ada halangan Syarak”• Hak pemilikan juga tanda pengakuan Islam terhadap fitrah

semulajadi manusia untuk memiliki harta dan ingin menggunakanya

Page 8: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

PENGABDIAN

• Penggunaan adalah aktiviti kehidupan yang tidak terlepas daripada rangka tujuan pengabdian diri kepada Allah• Semua harta benda yang dimiliki oleh manusia serta

penggunaan, punca pendapatan, zat barangan dan perkhidmatan akan disoal di hari akhirat samada halal atau haram.• Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:• “ Bagaimana kamu memperolehi hartamu dan bagaimana

pula kamu membelanjakannya”.

Page 9: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

AMANAH

• Penggunaan adalah amanah Allah, dengan sebab itu gelagat pengguna dibentuk dengan baik serta mengawal kehendak yang tidak terbatas secara terpimpin berpandukan peraturan dan kawalan syarak. • Tujuan agar manusia dapat mengawal sifat dan kehendak yang

tidak terbatas berpandukan kepada peraturan Allah• Firman Allah yang bermaksud:• “Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit

dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”

Page 10: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

KEMASLAHATAN

• Keperluan manusia terhadap barangan bukan semata-mata berasaskan kehendak yang tidak terbatas tetapi berasaskan keperluan sebenar berasaskan maslahah. • Menurut Imam al-Syatibi terdapat lima perkara yang paling asas

yang mesti dijaga oleh setiap individu iaitu nyawa, agama, akal, harta dan keturunan.

Page 11: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN

Kebenaran

Kebersihan Dan Suci

KesederhanaanKemanfaatan

Dan Kemaslahatan

Kerohanian Dan Akhlak

Page 12: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

KEBENARAN

• Prinsip hanya membenarkan manusia menggunakan perkara-perkara yang diizikan oleh Allah, baik dari segi zat, cara, tujuan penggunaan tersebut. Arak, babi, barangan curi, barangan yang diperolehi secara penipuan dan penindasan adalah ditegah dalam Islam.• Begitu juga barangan halal akan menjadi haram apabila tujuan

penggunaannya bukan kerana Alllah, seperti penyembelihan untuk penyembahan dewa-dewa, jin syaitan dan sebagainya kerana arah penggunaan barang tersebut bukan di atas dasar yang hak. • Oleh itu semua perkara dan tujuannya hanyalah semata-mata

kerana Allah s.w.t.

Page 13: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

KEBERSIHAN DAN SUCI

• Barangan yang digunakan mestilah bersih dan suci, baik, berguna dan sesuai untuk dimakan(jika barangan makanan). Barangan haram, kotor, bercampur najis, busuk atau basi adalah barangan yang memudharatkan yang tidak boleh di gunakan atau dimakan.• Begitu juga persediaan barangan atau makanan seperti bekas

atau tangan yang digunakan untuk makan mestilah bersih dan suci daripada sebarang kekotoran atau najis. • Malah lebih jauh daripada itu, keburukan barangan atau bekas

barangan dan makanan juga dilihat kesannya kepada hati. Islam mengharamkan barangan kemas dan sutera bagi laki-laki.

Page 14: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

[i]

[ii]

KESEDERHANAAN

• Islam menganjurkan penggunaan setakat tingkat minimum supaya dapat mengawal dan menahan kehendak nafsu dan tidak berlebih-lebihan. Ini jelas dalam firman Alllah s.w.t yang bermaksud:• “Dan juga mereka(yang diredai Allah itu ialah) yang apabila

membelanjakan hartanya, tiada melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana diantara kedua-dua cara(boros dan kedekut) itu”. • Al-Quran, Surah al-Furqan, ayat. 67.

• Rasululullah s.a.w juga turut menjelaskan dengan sabdanya yang bermaksud:• “Tiada satupun daripada harta benda kamu (harta dan pendapatan)

menjdi kepunyaan kamu kecuali yang apa kamu makan dan gunakan untuk pakai dan apa yang kamu belanjakan untuk sedekah, pembalasan darinya akan disediakan untuk Kamu”. • Hadith riwayat Muslim dan Ahmad

Page 15: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

KESEDERHANAAN

• Penggunaan yang berlebihan adalah amalan yang dikeji kerana perbuatan ini merupakan israf(boros) dan tabzir.• Israf • Perbelanjaan secara berlebihan ke atas perkara-perkara yang

halal• Tabzir• Perbelanjaan yang salah atau yang haram atau perbelanjaan

yang membazir.

Page 16: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

KESEDERHANAAN

• Penekanan kepada pengunaan yang minimum mempunyai beberapa hikmah yang berikut:1. Berlebihan didunia akan hanya melalaikan. Kekeyangan akan

menjadikan banyak tidur, malas dan lemah fikiran.2. Bagi tujuan maslahah jenerasi akan datang yang perlu

dijamin survival dan penghidupan.3. Bagi merendahkan pusingan gantian barang tahan lama,

yang denganya pertandingan bagi bahan mentah berada pada tingkat yang rendah, harga juga rendah.

Page 17: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

KEMANFAATAN DAN KEMASLAHATAN

• Segala anugerah Allah yang halal tidak salah untuk digunakan selagi ia boleh memberikan manfaat dalam bentuk ketahan hidup(survival), pemulihan dan pembentukan kesihatan serta kesempurnaan dalam usaha mengabdikan diri kepada Allah.

• Malah dalam keadaan darurat barangan yang harampun dibolehkan asalkan tidak keterlaluan. Perkara ini selari dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:• “Sesungguhnya Allah akan mengharamkan kepada kamu memakan

bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih bukan kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa(memakannya kerana darurat) sedangkan ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas(pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.• Al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat. 173.

Page 18: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

KEROHANIAN DAN AKHLAK

• Penggunaan mesti dapat memenuhi etika, adat kesopanan dan kelakuan terpuji dengan mengenepikan sifat-sifat tercela. Sifat syukur, zikir, fikir dan sabar ada dalam masa penggunaan. • Bersyukur dengan pemberian yang ada sambil memikirkan nasib

mereka yang tidak mendapat peluang ini. Ingat kepada Allah yang memberikan kita kehidupan dengan melakukan sesuatu perbuatan dengan kalimah ‘Bismillah’.• Sabar atas nikmat dan ujian yang Allah hadapkan dan tidak

gelojoh dalam pengunaan nikmat yang ada. Kepenggunaan mesti dapat meningkatkan nilai-nilai kerohanian dan akhlak.

Page 19: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

KEPENTINGAN KEPENGGUNAAN

1. Bertepatan dengan kehendak Allah s.w.t2. Sederhana3. Etika4. Matlamat5. Sistematik

Page 20: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

BERTEPATAN DENGAN KEHENDAK ALLAH

• Aktiviti penggunaan memenuhi kehendak semualajadi manusia yang sememangnya telah ditentukan oleh Allah. Ia memerlukan ketekuanan bekerja dalam mengolahkan sumber kekayaan negara. Penghasilan yang banyak bukan sahaja memenuhi kehendak manusia tetapi menggalakkan juga pertumbuhan ekonomi. Perkara ini bersesuaian dengan firman Alllah s.w.t:• “Ia merayu lagi:”Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau

kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah”.• Al-Quran, Surah al-Qasas, ayat. 17

• Manusia berupaya membina kehidupan yang baik kalau meletakkan daya usaha sebagai asas kehidupan. Sebagimana firman Alllah s.w.t yang bermaksud:• “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada 9balasan) bagi seseorang melainkan

(balasan) apa yang diusahakan”.• Al-Quran, Surah al-Najm, ayat. 39.

Page 21: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

SEDERHANA

• Penggunaan secara sederhana turut merangsangkan tabungan serta meningkatkan pengeluaran baranagn kepada masyarakat.

• Ia mampu memenuhi permintaan orang kaya dan iskin dengan keperluan hidup yang munasabah pada masa sekarang dan akan datang.

• Perkara ini diperingatkan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud:• “Dan juga mereka (yang diredhai oleh itu ialah) yang apabila

membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu”.• Al-Quran, Surah al-Furqan, ayat. 67.

Page 22: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

ETIKA

• Penggunaan Islam menentukan tiga set etika atau norma, iaitu:• Mereka tidak menggunakan sumber untuk aktiviti haram seperti

zina atau arak• Mereka diminta menunjukkan kesederhanaan dalam

penggunaan dan dengan itu terhindarlah daripada perangai menunjuk-nunjuk atau sombong• Menerusi kesederhanaan dalam penggunaan dapat

menghapuskan masalah kekerungan akibat permintaan agregat serta mengelakkan berlakunya inflasi tarikan permintaan.

Page 23: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

MATLAMAT

• Matlamat penggunaan dalam ekonomi Islam adalah untuk memperolehi kepuasan atau utiliti bukan hanya di dunia tetapi di akhirat. • Pengguna boleh memaksimumkan utiliti tetapi tertakluk bukan

hanya kepada batasan belanjawan tetapi batasan syariah iaitu aqidah, fiqh dan akhlak

Page 24: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

MATLAMAT

Dari sudut aqidah

• Pengguna mestilah yakin bahawa rezeki daripada Allah s.w.t.

Dari sudut fiqh

• Mestilah menggunakan barang-barang yang dihalalkan dan memastikan barang-barang tersebut suci dan bersih serta diproses mengikut cara yang betul.

Dari sudut akhlak

• Pengguna mestilah mengamalkan sifat-sifat yang baik seperti syukur, ikhlas, jujur dan sebagainya, sekaligus menjauhi sifat-sifat yang buruk seperti hasad, dengki, penipuan dan sebagainya.

Page 25: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

SISTEMATIK

• Penggunaan juga dapat menentukan agihan kekayaan negara secara sistematik berasaskan dasar syariah. Islam tidak menyetujui agihan samarata dalam agihan kekayaan. • Iaitu kekayaan tidak tertumpu kepada segolongan kecil

masyarakat tetapi terus menerus beredar dalam pemilikan awam, disamping pelbagai faktor pengeluaran mendapat hak sewajarnya.• Ini berteraskan bentuk barangan yang menjadi keutamaan

seperti daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat.

Page 26: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

KEDUDUKAN KEHENDAK DAN KEPERLUAN MANUSIA

• Pembentukan Kehendak Manusia• Faktor-faktor terhadap pembentukan kehendak manusia:

1. Naluri tabii2. Tanggungjawab sosial3. Pengiklanan4. Pembangunan ekonomi5. Kesan demonstrasi

Page 27: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

CIRI-CIRI KEHENDAK MANUSIA

1. Kehendak tak terbatas2. Kehendak boleh dipenuhi.3. Kehendak berulang-ulang.4. Kehendak saling melengkapi5. Bersaing.6. Bertukar jadi tabiat.7. Berubah-ubah.

Page 28: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

KONSEP PENGGUNAAN

EKONOMI ISLAM EKONOMI KONVENSIONAL

• Menekan soal keperluan bukannya kehendak.

KONSEP KEHENDAK DAN KEPERLUAN

• Kehendak merujuk keperluan manusia yg disertai keinginan dan kuasa

• Kehendak yg berkesan ialah yg dapat dipenuhi.

• Mengutamakan keperluan berkesan drp permintaan DD berkesan.

MENENTUKAN JUMLAH PERMINTAAN (DD)

• Keinginan ekonomi melebihi kehendak sebenar yg diperlukan.

• Pencapaian al-falah melibatkan kejayaan dunia dan akhirat.

MOTIF & MATLAMAT PERLAKUAN PENGGUNA

• Keuntungan peribadi• Persaingan menjadi cara• Kebebasan menjadi

syarat

28

Page 29: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

PENENTUAN PEMILIHAN BARANGAN & PERKHIDMATAN

• Aspek Perihatin:• Sifat individualistik• Mengutamakan golongan kurang bernasib baik

Page 30: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

JENIS BARANGAN DAN PERKHIDMATAN YANG HARUS DIKELUARKAN

• Monzer Kahf telah menggunakan pendekatan konsep barangan dengan istilah al-Tayyibat dan al-Rizq.• Al-Tayyibat ialah barangan baik dan berkembang• Al-Rizq bererti anugerah dan pemberian Allah s.w.t.

• Yusuf Ali menggunakan secara tukar ganti lima kalimah yang berbeza iaitu good and pure thing, clean and pure things, good an wholesomething.. dan sustenance of the best, yang merujuk kepada barangan baik, suci, bersih, menyihat serta penting untuk penghidupan.

Page 31: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

KLASIFIKASI KEPERLUAN MANUSIA DALAM PERSPEKTIF KONVENSIONAL

• Ahli ekonomi konvensional pada abad ke-19 seperti Marshall dan penulis-penulis terkemudian seperti Bhende dan Fernando membahagikan kategori ini kepada keperluan asas, keperluan untuk keselesaan dan kemewahan.• Hyman telah memasukkan dua lagi lagi keperluan yang tidak

termasuk dalam pasaran barangan dan perkhidmatan tetapi diperlukan dalam keperluan kehidupan. Keperluan tersebut ialah perkhidmatan pendidikan dan perlindungan keselamatan yang dibekalkan oleh kerajaan.

Page 32: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

KLASIFIKASI KEPERLUAN MANUSIA DALAM PERSPEKTIF KONVENSIONAL

• Ini merupakan kehendak primer seseorang manusia.

• Tanpa keperluan asas ini, seseorang itu tidak berupaya untuk hidup secara sempurna malah mungkin tidak dapat meneruskan kehidupannya

Keperluan Asas

• Tahap ini merujuk kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan keselesaan dalam kehidupan.

• Ia menjadikan kehidupan lebih selesa seperti kemudahan kipas angin, set sofa di runag tamu dan sebagainya

Keperluan Untuk

Keselesaan

Page 33: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

KLASIFIKASI KEPERLUAN MANUSIA DALAM PERSPEKTIF KONVENSIONAL

• Keperluan ini merujuk kepada barangan yang mahal-mahal. Golongan yang berada biasanya menikmati barangan seperti ini, sebagi lambang kemegahan dan kedudukan dalam masyarakat.

• Harga barangan ini amat mahal berbanding manfaat yang dimiliki oleh pemiliknya, bahkan pengorbanan perbelanjaan terhadap barangan tersebut adalah melibihi kepuasan yang diperolehi daripada barangan atau perkhidmatan yang berkenaan

Keperluan Barang Mewah

Page 34: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

KLASIFIKASI KEPERLUAN MANUSIA DALAM PERSPEKTIF KONVENSIONAL

• Penulis-penulis Islam pandangannya boleh dilihat dalam beberapa kategori. Umpamanya M. A. Manan dan Muslehuddin hanya membahagikan tahap barangan keperluan kepada tiga, iaitu barangan keperluan asas, barangan keselesaan dan barangan mewah.• Afzalul-ur Rahman membahagikannya kepada empat iaitu

barangan iaitu barangan keperluan asas, barang keperluan kecekapan, barang keselesaan, dan barang mewah. • Sadeq pula membahagikan kepada lima kategori iaitu barangan

keperluan hidup, keperluan asas, barangan keselesaan, barangan mewah dan barangan membahayakan.

Page 35: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

PENGELUARAN BARANGAN DAN PERKHIDMATAN

• Penentuan pengeluaran sebahagianya adalah dipengaruhi oleh corak penggunaan. Penyesuaian penggunaan yang berlaku hasil pengambilan unsur-unsur Islam akan sedikit sebanyak mempengaruhi corak pengeluaran• Kesan penggunaan Islam ke atas corak pengeluaran ini

dirumuskan oleh Siddiqi sebagai berikut:• Barangan dan perkhidmatan yang terlarang sudah tidak lagi

diminta oleh pengguna, maka pengeluaran dan peruntukan sumber ke atas pengeluaran tersebut menjadi kosong.

Page 36: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

PENGELUARAN BARANGAN DAN PERKHIDMATAN

• Berikutan dari berkurangnya jenis dan kuantiti barangan mewah yang diminta, maka pengeluaranya juga jatuh dan peruntukan sumber ke atasnya akan turut berkurangan.• Berkembangnya industri keluaran barangan keperluan asas dan

barangan kesenangan comforts yang utama. Peruntukan sumber akan mengalir ke atas pengeluaran barang-barang tersebut.• Lebih banyak sumber ekonomi khususnya daya cipta buruh dan

kebolehan-kebolehan lain akan diarahkan kepada pengeluaran barangan dan perkhidmatan kultural.• Bertambahnya permintaan ke atas masa lapang dan kerja-kerja

di luar bidang pengeluaran akan menjadikan penawaran buruh, khususnya tenaga mentel dan tenaga khidmatnya bagi yang berada pada kumpulan berpendapatan tinggi akan jatuh.

Page 37: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

PERUBAHAN CORAK PENGELUARAN

• Di samping pengarauh penggunaan, corak pengeluaran itu sendiri pun mengalami perubahan; Di antara corak pengeluaran yang boleh berlaku adalah seperti berikut: 1. Keluaran yang menggangu dan merbahaya kepada kesihatan fizikal

dan rohani tidak akan dikeluarkan kerana ia terlarang.2. Keluaran yang boleh merosakkan nilai-nialai akhlak dan

kemanusiaan juga tidak dikeluarkan.3. Keluaran yang boleh meruntuhkan maruah dan kesejahteraan

manusia ditegah dikeluarkan.4. Keluaran yang boleh membawa manusia kepada kejahatan, dosa

juga tidak dikeluarkan5. Hanya keluaran yang baik, suci, berkualiti, membawa kesejahteraan

ramai dan meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan sahaja yang perlu dipergiatkan sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah.

Page 38: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

KESEDERHANAAN DALAM PENGGUNAAN

• Pendidikan Akhlak• Melatih pengguna muslim memahami akhlak Islam dalam

usaha mewujudkan perasaan kerjasama, kasih sayang, bantu membantu serta lindung-melindungi.

• Menyakini Rezeki Allah• Pengguna muslim dibentuk keimanannya bahawa penjaga

alam dan penghuninya serta pengurniaan rezeki adalah Allah• Allah memperjelaskan dalam firmannya yang bermaksud:• “Dan (ingatlah) berapa banyak bintang yang tidak membawa rezekinya

bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dialah jua Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengentahui”.• Al-Quran, Surah al-Ankabut, ayat. 60.

Page 39: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

KESEDERHANAAN DALAM PENGGUNAAN

• Menentukan matlamat hidup• Manusia bukan semata-mata makhluk ekonomi bahkan

mempunyai tanggungjawab mengajak diri sendiri dan indivisu lain melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran

• Budaya kendiri• Keperluan manusia seharusnya dijuruskan kepada keperluan

sebenar dan bukan keperluan yang diada-adakan agar keperluan itu dapat diminimakan sehingga menjadi praktikal dan nyata

• Pendidikan infaq• Selaras dengan ciri kesederhanaan dalam Islam, diwujudkan

aturan perbelanjaan terhadap lebihan harta untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan

Page 40: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

IMPLIKASI KESEDERHANAAN

• Implikasi kesederhanaan dalam aktiviti penggunaan:1. Penggunaan secara sistematik2. Keberkesanan pengagihan3. Mengawal inflasi4. Meningkatkan tabungan

40

Page 41: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

PERKARA-PERKARA YANG MEMPENGARUHI GELAGAT PENGGUNA

• Keyakinan pada hari akhirat.• Konsep kejayaan dlm Islam.• Konsep harta.• Konsep barangan dan perkhidmatan.• Etika dalam penggunaan.

Page 42: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

KESIMPULAN

• Penggunaan Islam merupakan aktiviti ekonomi yang mampu mewujudkan keseimbangan dlam sistem sosio-ekonomi masyarakat. Islam tidak sahaja melayani kehendak-kehendak man. Yang tak terbatas namun meseimbangkan kehendak material dan spritual man secara adil. Langkah utamakan barangan asas kemudian tahsiniyyat diikuti kamaliyyat adalah praktikal.

Page 43: Penggunaan Menurut Ekonomi Islam

MU

AM

ALA

T &

EK

ON

OM

I IS

LAM

TAMAT

43