20150520124337_topik 1 pengenalan kepada ekonomi

Upload: jessica-richard

Post on 06-Jul-2018

307 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    1/27

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    2/27

        TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 2

    Dalam topik ini, kita akan membincangkan ekonomi daripada segi konsep,definisi dan kepentingannya dalam pembuatan keputusan berkenaanpenggunaan sumber dengan cekap.

    SKOP DAN KAEDAH ILMU EKONOMI

    Sejak dari permulaan sistem bermasyarakat, individu telah berinteraksi antarasatu sama lain untuk memuaskan kehendak mereka. Masyarakat juga

     berinteraksi dengan alam sekitar untuk mendapatkan sumber alam semula jadisebagai keperluan penting dalam kehidupan mereka. Ekonomi adalah berkaitandengan aktiviti harian masyarakat dan individu yang berinteraksi antara satusama lain.

    Bidang ekonomi sebagai satu cabang ilmu wujud disebabkan oleh pertembunganantara sumber yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terbatas. Justeruitu, kedua-duanya perlu berlaku secara serentak. Sekiranya kedua-dua kehendak

    manusia dan sumber terbatas, maka tiada lagi masalah untuk membuat pilihandan ekonomi sebagai satu bidang juga tidak akan wujud.

    1.1.1 Kaedah Ekonomi

    Kaedah adalah cara yang sistematik dan tersusun untuk menghasilkan fakta baru yang mungkin tidak dapat dijelaskan sebelum ini.

    Ekonomi  biasanya didefinisikan sebagai kajian bagaimana masyarakatmenggunakan sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak mereka yangtidak terbatas. Kekurangan sumber atau sumber yang terhad merupakanpersoalan asas yang menjadi tunggak kepada bidang ekonomi.

    1.1

    Apa yang menyebabkan kewujudan bidang ekonomi? Adakah benar bahawa ianya muncul disebabkan oleh sumber terhad dan kehendakmanusia yang tidak terbatas? Bincangkan.

    AKTIVITI 1.1

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    3/27

      TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI   3

    Ekonomi dianggap sebagai salah satu bidang sains kerana dalam penyelidikanekonomi, kita menggunakan kaedah saintifik. Sebagai seorang ahli penyelidikekonomi, kita akan cuba membentuk hubungan antara pemboleh ubah atau

    kejadian dengan pemboleh ubah dan kejadian yang lain dengan membentukteori.

    Seterusnya, kita akan memastikan kesahihan sesuatu teori itu denganmenggunakan data yang telah diambil. Sekiranya data yang dianalisis

    mengesahkan teori tersebut, maka teori ekonomi itu akan bertukar menjadihukum ekonomi. Hukum ekonomi ini akan diguna pakai sehingga munculnyateori baru yang lain. Rajah 1.1 di bawah menerangkan proses penghasilan teoriekonomi.

    Rajah 1.1:  Proses pembentukan teori ekonomi

    Teori adalah kesimpulan yang dibuat melalui pemerhatian yang dilakukansecara umum.

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    4/27

        TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 4

    1.1.2 Mikroekonomi dan Makroekonomi

    Penyelidikan dalam bidang ekonomi kebiasaannya dipecahkan kepada dua

    kategori umum iaitu mikroekonomi dan makroekonomi. Seterusnya, kita akanmembincangkan maksud kedua-dua kategori ini.

    Rajah 1.2: Kategori penyelidikan ekonomi

    Berdasarkan kepada definisi di atas, penyelidikan ke atas permintaan dan hargaayam merupakan penyelidikan mikroekonomi. Begitu juga keputusan yang anda

     buat apabila anda memilih untuk menyambung pelajaran pada peringkat yanglebih tinggi kerana ia secara tidak langsung melibatkan penyelidikanmikroekonomi terhadap kos dan faedah yang akan anda diperoleh daripadakeputusan tersebut.

    Walau bagaimanapun, penyelidikan mikroekonomi tidak semestinya terasingdaripada penyelidikan makroekonomi kerana kedua-duanya melibatkan gelagatmasyarakat dalam membuat keputusan. Sebagai contoh, dalam membuat

    Makroekonomi  melibatkan sektor dan pemboleh ubah dengan skop yang

    lebih luas seperti pengeluaran dan pendapatan negara, permintaan danpenawaran agregat, pergerakan tahap harga umum dan isu sepertipengangguran dan inflasi.

    Mikroekonomi memberi tumpuan kepada operasi dan keputusan yangdibuat oleh unit pembuat keputusan seperti isi rumah, firma dan industri.

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    5/27

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    6/27

        TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 6

     Justeru, kekurangan yang merupakan masalah utama dalam ekonomi wujuddisebabkan oleh pilihan yang dilakukan oleh individu dan masyarakat.

    Kekurangan merupakan satu konsep yang relatif. Sebagai contoh, walaupunpengeluaran minyak adalah tinggi, minyak dianggap sebagai sumber yangterhad kerana setiap individu yang memerlukannya, tidak dapat memilikinyasebanyak yang mungkin secara percuma.

    Sebahagian daripada masalah kekurangan boleh diatasi dengan:

    (a)  Menggunakan sepenuhnya kesemua sumber yang ada;

    (b)  Menaik taraf keupayaan sumber dan teknologi;

    (c)  Menaik taraf tahap kecekapan sistem pengeluaran dan pengagihan; dan

    (d)  Mengagihkan semula barangan atau pendapatan dalam kalangan ahlimasyarakat.

    1.2.2 Pilihan dan Kos Melepas

    Berdasarkan kepada definisi ekonomi yang dibincangkan di atas, dua isu asasdalam ekonomi adalah:

    (a)  Keperluan untuk membuat keputusan; dan

    (b)  Mengenal pasti kos melepas apabila sesuatu keputusan diambil.

    Penilaian kos dan faedah adalah asas dalam membuat keputusan. Dalam bidangekonomi, penilaian kos dan faedah bukanlah suatu yang mudah kerana iamemerlukan pengukuran yang tepat. Walau bagaimanapun, konsep kos melepassesuai untuk digunakan sebagai satu kaedah yang tepat untuk mengukur kosdan faedah dalam bidang ekonomi. Kos melepas untuk sesuatu aktiviti yang

    Individu dan masyarakat perlu memilih antara beberapa pilihan yang ada;dan kos melepas adalah nilai pilihan terbaik yang tidak dipilih atau terpaksadilepaskan.

    Ekonomi adalah satu kajian tentang bagaimana individu dan masyarakatmemilih untuk menggunakan sumber yang terhad untuk memenuhikehendak material mereka yang tidak terbatas, dengan cara yang terbaik danpaling optimum.

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    7/27

      TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI   7

    dijalankan adalah faedah terbaik yang terpaksa dikorbankan apabila aktivititersebut dilakukan. Faedah yang dikorbankan atau dilepaskan ini adalah faedahyang mungkin boleh dinikmati sekiranya alternatif ini dipilih.

    Untuk mendapatkan faedah daripada sesuatu aktiviti terbaik, kita perlumengorbankan aktiviti terbaik yang lain. Kos melepas wujud untuk semuapilihan yang melibatkan pelbagai alternatif.

    Sebagai contoh, atas kejayaan cemerlang anda dalam pelajaran, ayah andamemberi anda pilihan sama ada untuk pergi melancong ke luar negara ataumembeli kereta baru sebagai hadiah. Memandangkan anda memang telah lamamengimpikan kedua-duanya, anda perlu membuat keputusan yang terbaik.Sekiranya anda memilih untuk melancong, maka kos melepas anda adalah nilai

    kereta yang mungkin dibeli oleh ayah anda; sekiranya kereta menjadi pilihananda, kos melepas yang anda terpaksa tanggung adalah peluang untukmelancong ke luar negara.

    LATIHAN 1.1

    Apakah yang dimaksudkan dengan masalah kekurangan, pilihan dankos melepas?

    SEMAK KENDIRI 1.1

    Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR B)  atauSALAH S). 

    1.  Makroekonomi memberi tumpuan kepada pemboleh ubahagregat seperti pendapatan negara, tahap guna tenaga daninflasi.

    2.  Sesuatu produk dianggap sebagai terhad sekiranya jumlah yangdiperlukan oleh masyarakat melebihi jumlah yang bolehdiperoleh masyarakat secara percuma.

    3.  Konsep harga tidak akan bermakna untuk masyarakat yangtidak menggunakan wang sebagai alat perantara pertukaran.

    4.  Apabila anda membuat keputusan untuk mempelajari prinsipekonomi, anda akan menanggung kos melepas.

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    8/27

        TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 8

      HAD PENGELUARAN

    Kita semua sedia maklum tentang masalah kekurangan sumber yang dihadapi

    oleh masyarakat yang menyebabkan mereka perlu membuat pilihan. Konsepkekurangan dan pilihan boleh diterangkan dengan lebih jelas denganmenggunakan konsep keluk kemungkinan pengeluaran KKP).

    Dalam bidang ekonomi, pelbagai model telah digunakan untuk mengkaji gelagatindividu. Keluk kemungkinan pengeluaran adalah model asas yang digunakanoleh ahli ekonomi untuk mengkaji konsep kekurangan, pilihan dan kos melepas.

    Sebelum kita membincangkan konsep keluk kemungkinan pengeluaran, kitaperlu terlebih dahulu membuat beberapa andaian untuk memudahkan analisis

    yang akan dilakukan. Pertamanya, kita andaikan bahawa ekonomi hanyamengeluarkan dua jenis barangan iaitu barangan pengguna dan baranganmodal. Keduanya, kita andaikan bahawa kedua-dua barangan tersebut bolehdikeluarkan dengan menggunakan sumber ekonomi yang sama. Ketiganya, kitaandaikan bahawa dalam jangka masa pendek, sumber yang diperuntukkan dantahap teknologi kekal pada tahap yang sama. Akhir sekali, kita andaikan bahawasumber ekonomi akan digunakan sepenuhnya dan secara cekap. Satu contohkeluk kemungkinan pengeluaran ditunjukkan dalam Rajah 1.3.

    Rajah 1.3: Contoh keluk kemungkinan pengeluaran

    1.3.1 Jadual Kemungkinan Pengeluaran

     Jadual kemungkinan pengeluaran menyenaraikan semua kombinasi output yang boleh dikeluarkan dengan sekumpulan input. Kos melepas boleh diukurdaripada jadual kemungkinan pengeluaran.

    1.3

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    9/27

      TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI   9

     Jadual 1.1 menunjukkan kombinasi output yang boleh dikeluarkan dalamsesebuah ekonomi.

    Jadual 1.1: Jadual Kemungkinan Pengeluaran

    Kombinasi Barangan Pengguna Unit) Barangan Modal Unit)

    A 0 15

    B 4 14

    C 7 12

    D 9 9

    E 11 5

    F 12 0

    Seperti yang ditunjukkan di jadual di atas, pada kombinasi A, semua sumberyang ada digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan barangan modal.Sebaliknya, pada kombinasi F, semua sumber digunakan untuk menghasilkan

     barangan pengguna. Pada kombinasi B hinggan E, kedua-dua jenis barangandihasilkan pada kuantiti yang berbeza. Sebagai contoh, sekiranya kombinasi Cdipilih, maka tujuh unit barangan pengguna dan 12 unit barangan modal akandihasilkan. Sekiranya kombinasi D yang menjadi pilihan, sembilan unit baranganpengguna dan sembilan unit barangan modal akan dihasilkan.

    Sekiranya kita andaikan yang kita berada pada titik kombinasi B, perubahan ketitik kombinasi C akan melibatkan kos melepas. Kos melepas yang perluditanggung apabila kita beralih dari titik B (empat unit barangan pengguna dan14 unit barangan modal) ke titik C (tujuh unit barangan pengguna dan 12 unit

     barangan modal) adalah (12-14)/(7-4) = -2/3. Dalam erti kata lain, untukmeningkatkan satu unit barangan pengguna, barangan modal perlu dikurangkansebanyak 2/3 unit. Sebaliknya, peralihan dari kombinasi D ke kombinasi E akanmelibatkan kos melepas sebanyak (5-9)/(11-9) = -2. Ini bermakna, untukmeningkatkan satu unit barangan pengguna, kita perlu mengurangkan barangan

    modal sebanyak dua unit. Contoh di atas menerangkan konsep hukum kosmelepas meningkat.

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    10/27

        TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 10

    1.3.2 Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP)

    Keluk kemungkinan pengeluaran adalah diagram yang diperoleh daripada

     jadual kemungkinan pengeluaran. Oleh itu, keluk kemungkinan pengeluaran boleh digunakan untuk menerangkan konsep kos melepas. Keluk kemungkinanpengeluaran menunjukkan output optimum yang boleh dihasilkan oleh sejumlahinput.

    Keluk kemungkinan pengeluaran yang ditunjukkan di Rajah 1.4 adalah berdasarkan kepada Jadual 1.1.

    Rajah 1.4: Keluk kemungkinan pengeluaran

    Berikut adalah ciri-ciri utama keluk kemungkinan pengeluaran:

    (a) Keluk kemungkinan pengeluaran sebagai had atau margin Keluk ini menunjukkan margin kapasiti pengeluaran sesuatu masyarakatdengan menggunakan institusi, sumber dan teknologi sedia ada. Sesebuah

    negara mungkin ingin memiliki lebih banyak kuantiti barangan yangwujud (seperti titik M pada Rajah 1.4) tetapi kehendak ini tidak bolehdicapai dengan menggunakan sumber dan teknologi yang sedia ada. TitikM menunjukkan masalah kekurangan yang dihadapi oleh sesebuah negara.

    (b) Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan pengeluaran maksimumyang boleh dicapai apabila semua sumber digunakan sepenuhnya dan

    dengan cekap Pengeluaran boleh dilakukan pada kawasan yang berada dalamlingkungan keluk kemungkinan pengeluaran. Namun dalam kawasan ini,

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    11/27

      TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI   11

    sumber tidak digunakan sepenuhnya dengan cekap. Sebagai contoh, titik Tdi Rajah 1.4 menunjukkan penggunaan sumber yang tidak cekap.

    (c) Keluk kemungkinan pengeluaran memiliki kecerunan yang negatifKecerunan yang negatif menunjukkan bahawa pengeluaran sesuatu barangan perlu dikurangkan untuk meningkatkan pengeluaran baranganyang lain. Ia juga menunjukkan bahawa setiap pilihan yang dibuat akanmelibatkan kos melepas. Untuk mendapatkan satu unit tambahan sesuatu

     barangan, kita perlu mengurangkan kuantiti barangan yang satu lagi.

    (d) Keluk kemungkinan pengeluaran beralih apabila pertumbuhan ekonomiberlaku

    Pertumbuhan ekonomi mungkin berlaku apabila jumlah dan kualitisumber meningkat atau apabila teknologi menjadi lebih baik. Peralihankeluk kemungkinan pengeluaran bergantung kepada jenis sumber yang

     berubah dan bentuk perubahan teknologi yang berlaku.

    Andaikan penaikan taraf teknologi berlaku dalam penghasilan baranganpengguna. Ini bermakna dengan menggunakan sumber yang sama,

     barangan pengguna boleh dihasilkan dengan lebih banyak (dua kali gandasebagai contoh). Ini akan menyebabkan pergerakan di paksi baranganpengguna seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.5.

    Rajah 1.5: Pergerakan keluk kemungkinan pengeluaran

    Sekarang, andaikan pula berlaku peningkatan dalam jumlah tenaga buruhdan pengeluaran barangan pengguna yang menggunakan lebih banyaktenaga buruh berbanding pengeluaran barangan modal. Ini akanmenyebabkan pergerakan keluk kemungkinan pengeluaran seperti padaRajah 1.6.

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    12/27

        TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 12

     

    Rajah 1.6: Pergerakan dalam keluk kemungkinan pengeluaran

    (e) Keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk cembung ke atasApabila keluk kemungkinan pengeluaran bercerun ke atas, kecerunannyaakan meningkat. Peningkatan kecerunan ini bermakna hukum kos melepasmeningkat akan berlaku. Peningkatan kos melepas berlaku apabila jumlahunit sesuatu barangan yang perlu dikorbankan untuk memperoleh satuunit tambahan barangan yang lain meningkat. Dalam Jadual 1.1., apabilakita bergerak dari kombinasi A ke kombinasi B dan kombinasi C, kos

    melepas untuk pengeluaran barangan pengguna akan meningkat.Sebaliknya, apabila kita bergerak dari kombinasi C ke kombinasi B dankombinasi A, kos melepas untuk barangan modal yang akan meningkat.

    Peningkatan kos melepas ini berlaku kerana jenis dan ciri-ciri sumber yangdigunakan adalah berbeza-beza. Sesetengah sumber adalah lebih produktifapabila digunakan untuk pengeluaran sesuatu barangan. Semasa kitamengukur kos melepas, kita tidak boleh membandingkan titik yang beradadi bawah lingkungan keluk kemungkinan pengeluaran (seperti titik T diRajah 1.4) dengan titik yang berada di atas keluk kemungkinanpengeluaran. Kombinasi di titik T tidak menggunakan sumber secaracekap. Justeru, ianya tidak boleh dianggap sebagai alternatif terbaik kepadakombinasi yang berada di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran.

    (f) Pilihan antara dua jenis barangan barangan pengguna dan baranganmodal) adalah penting untuk menentukan tahap pertumbuhan ekonomi

    Berdasarkan Rajah 1.7, kita dapat lihat masyarakat memilih kombinasi B dimana pengeluaran barangan pengguna lebih besar daripada pengeluaran

     barangan modal. Sebaliknya, Rajah 1.8 menunjukkan masyarakat memilihuntuk mengeluarkan lebih banyak barangan modal berbanding barangan

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    13/27

      TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI   13

    pengguna. Selepas tempoh masa tertentu, pertumbuhan ekonomi adalahlebih tinggi untuk keadaan yang digambarkan pada Rajah 1.8 berbandingpada Rajah 1.7. Ini berlaku kerana barangan modal akan lebih

    menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi berbanding baranganpengguna. Oleh itu, keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan bahawa masyarakat menghadapi masalah untuk memilih kombinasipengeluaran yang terbaik antara kedua barangan ini.

    Rajah 1.7: Kesan pemilihan lebih banyak barangan pengguna

    Rajah 1.8: Kesan pemilihan lebih banyak barangan modal

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    14/27

        TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 14

     

    PERSOALAN ASAS EKONOMI DAN SISTEM

    EKONOMIMasalah kekurangan sumber menyebabkan masyarakat terpaksa membuatpilihan. Terdapat tiga persoalan asas yang perlu dijawab dalam prosespembuatan pilihan. Rajah 1.9 di bawah menunjukkan ketiga-tiga persoalantersebut.

    1.4

    Terangkan bagaimana konsep kekurangan, pilihan dan kos melepas boleh digambarkan melalui keluk kemungkinan pengeluaran.

    SEMAK KENDIRI 1.2

    Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR B) atau SALAHS). 

    1.  Sekiranya ekonomi beroperasi di dalam lingkungan kelukkemungkinan pengeluaran, penambahan output boleh diperolehtanpa sebarang peningkatan kos.

    2.  Keluk kemungkinan pengeluaran boleh menerangkan konsepkekurangan, kos melepas, kecekapan dan pilihan.

    3.  Sesuatu masyarakat boleh bergerak sepanjang kelukkemungkinan pengeluaran tanpa perlu menanggung kosmelepas.

    LATIHAN 1.2

    Pada pendapat anda, bagaimanakah kos melepas mempengaruhi bentukcembung keluk kemungkinan pengeluaran? Bincangkan dengan rakankelas anda.

    AKTIVITI 1.2

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    15/27

      TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI   15

     

    Rajah 1.9: Persoalan asas ekonomi

    1.4.1 Persoalan Asas Ekonomi

    (a)  Apakah yang sepatutnya dikeluarkan?Masyarakat perlu menentukan apakah jenis barangan dan perkhidmatanyang dikeluarkan melalui sumber yang terhad untuk memaksimumkankepuasan mereka. Kombinasi barangan yang dipilih perlu berada di atas

    keluk kemungkinan pengeluaran kerana ianya adalah kombinasi yangcekap.

    Apabila jenis output yang diperlukan telah dikenal pasti, masyarakatseterusnya perlu menentukan jumlah pengeluaran bagi setiap output yangdipilih. Keluk puas sama masyarakat menunjukkan kepentingan relatifsetiap barangan daripada kaca mata masyarakat tersebut. Sekiranyamereka memilih untuk mengeluarkan lebih banyak barangan pengguna, ini

     bermakna penggunaan barangan pengguna memberi lebih kepuasankepada mereka berbanding barangan modal walaupun barangan modal

     boleh meningkatkan pengeluaran pada masa hadapan.

    (b)  Bagaimanakah ia patut dihasilkan?Setelah menentukan jenis dan kuantiti output yang akan dihasilkan,masyarakat seterusnya perlu menentukan bagaimana output tersebut patutdihasilkan. Di sini, kita memerlukan satu mekanisme yang membolehkankita untuk mengalihkan sumber daripada industri yang mempunyaipermintaan yang rendah kepada industri yang mempunyai permintaan

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    16/27

        TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 16

    yang tinggi. Dalam ekonomi pasaran bebas, peralihan ini akan berlakumelalui mekanisme pasaran.

    Sumber diagihkan melalui proses permintaan dan penawaran. Melaluiproses ini, sumber akan bergerak ke industri yang menawarkan bayaranyang tertinggi. Manakala firma yang berada di dalam industri berkenaanperlu menggunakan sumber ini dengan cekap untuk mengelakkandaripada berlakunya pembaziran.

    (c)  Untuk siapakah ia patut dihasilkan?Setelah sesuatu barangan dan perkhidmatan dihasilkan, ia perlu diagihkan.Barangan pengguna akan diagihkan kepada pengguna dan baranganmodal kepada pengeluar. Satu mekanisme patut wujud untuk tujuan

    pengagihan ini. Dalam ekonomi pasaran bebas, tugas ini dilakukan olehmekanisme harga. Sekiranya pengguna atau pengeluar mampu untukmembeli barangan pada harga yang ditawarkan, mereka akan dapatmemiliki barangan yang mereka perlukan.

    1.4.2 Sistem Ekonomi

    Sebelum ini, kita telah menyatakan bahawa masyarakat perlu menjawab tigapersoalan asas ekonomi iaitu apakah yang patut dikeluarkan, bagaimanakah danuntuk siapakah ianya patut dihasilkan. Bagaimana persoalan ini akan dijawab

     bergantung kepada jenis sistem ekonomi yang diamalkan oleh masyarakat

    tersebut. Seterusnya, kita akan membincangkan empat jenis sistem ekonomiyang asas. Walaupun sesetengah negara tidak boleh dimasukkan ke dalammana-mana kategori ini, kita masih lagi boleh mengkategorikan mereka

     berdasarkan kepada ciri-ciri utama ekonomi mereka. Keempat-empat sistem iniditunjukkan dalam Rajah 1.10.

    Sistem ekonomi merujuk kepada kaedah atau cara sesebuah negaramengurus tadbir ekonominya. Adakah benar bahawa campur tangankerajaan dalam aktiviti ekonomi berlaku disebabkan oleh kelemahan

    sistem ekonomi pasaran bebas? Bincangkan di dalam kelas tutorial anda.

    AKTIVITI 1.3

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    17/27

      TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI   17

     

    Rajah 1.10: Sistem ekonomi

    (a)  Sistem Tradisional Sistem ini adalah sistem yang tertua dan paling berpengaruh. Tamadundunia yang terawal kebanyakannya memiliki ciri-ciri sistem ini. Dalam

    dunia serba moden hari ini, kita mungkin tidak menyedari bahawa ketiga-tiga persoalan asas ekonomi boleh dijawab berdasarkan sistem ini.

    Sebagai contoh, di Kedah, kenapakah aktiviti penanaman padi masih lagikekal sebagai sumber utama pendapatan kebanyakan penduduknyawalaupun terdapat sektor lain yang lebih maju dan berdaya saing?Kenapakah masih lagi terdapat ramai penduduk yang menanam semulagetah walaupun mereka tahu yang harga getah tidak stabil dan seringturun naik? Situasi di atas berlaku kerana ia berkait rapat dengan tradisimasyarakat berkenaan. Kemungkinan besar, penanam padi dan getah teruskekal dengan aktiviti mereka kerana ianya adalah aktiviti tradisi merekadan bukannya kerana mereka mengikut permintaan pasaran.

    Begitu juga dengan corak penggunaan. Kenapakah kita masih lagi makannasi sekurang-kurangnya sekali sehari, walaupun ada pelbagai jenismakanan yang boleh memberikan zat dan nutrien yang sama atau lebih

     baik? Apa yang ingin ditunjukkan di sini adalah tanpa kita menyedarinya,sistem tradisional masih lagi memainkan peranan yang penting dalammenyelesaikan persoalan ekonomi sesebuah masyarakat.

    (b)  Sistem Pasaran Bebas atau Sistem Harga

    Sistem pasaran bebas atau sistem harga merujuk kepada sistem di manasemua keputusan yang diambil adalah berdasarkan kepada kehendakpasaran. Perkara seperti buruh, tanah, barangan dan perkhidmatan sertamasa, memiliki nilai dan harga pasaran mereka yang tersendiri. Di dalamsistem ini, ketiga-tiga persoalan ekonomi dijawab melalui mekanismepasaran. Sistem pasaran berfungsi dengan teratur walaupun tiada sebarangorganisasi yang menyelaraskan semua keputusan yang dibuat.

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    18/27

        TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 18

    Masyarakat menggunakan harga sebagai petunjuk kepada pengeluar untukmenentukan apa yang patut dikeluarkan. Persaingan harga pula akanmemastikan persoalan „bagaimanakah‰ dapat diselesaikan. Seterusnya,

    persoalan „untuk siapakah‰ dapat diselesaikan dengan harga keranamereka yang akan membeli adalah mereka yang memiliki wang danmempunyai kesanggupan untuk membeli.

    Kebanyakan kajian ekonomi yang akan anda temui kelak seperti teoripengguna dan pengeluar adalah berkaitan sistem harga. Namun, dalamkebanyakan kajian makroekonomi, peranan kerajaan akan jugadimasukkan disebabkan oleh kepentingannya dalam dunia sebenar.

    Berikut adalah ciri-ciri utama sistem pasaran bebas:

    (i) 

    Hak milik peribadi;

    (ii)  Kepentingan peribadi;

    (iii)  Tiada campur tangan kerajaan; dan

    (iv)  Sistem harga.

    Kebaikan sistem pasaran bebas adalah dari segi pengagihan sumber.Pasaran bebas akan menyebabkan sumber diagihkan dengan cekap. Ini

     berlaku kerana semua sumber akan diagihkan kepada sektor yang sanggupmembayar harga yang tertinggi.

    Namun, keburukan sistem ini adalah ia akan menyebabkan berlakunyapengagihan kekayaan yang tidak saksama. Akibatnya, mereka yang tidakmampu untuk bersaing akan ketinggalan. Sistem ini juga akanmenyebabkan barangan awam tidak dihasilkan kerana pengeluaran

     barangan ini tidak akan memaksimumkan keuntungan pengeluarnya.

    (c)  Sistem Perancangan BerpusatDi dalam sistem ekonomi perancangan berpusat, kesemua persoalanekonomi akan diselesaikan oleh kerajaan melalui satu badan perancangan

    pusat. Segala aktiviti ekonomi dan sosial akan dikawal selia oleh badantersebut.

    Ciri-ciri utama sistem ini adalah seperti berikut:

    (i)  Pemilikan harta oleh kerajaanSemua sumber ekonomi seperti tanah, sumber asli dan kemudahanawam seperti pengangkutan, sistem komunikasi dan perbankandimiliki sepenuhnya oleh kerajaan.

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    19/27

      TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI   19

    (ii)  Perancangan ekonomi berpusatSemua perancangan ekonomi ditentukan oleh kerajaan untukmemastikan kesejahteraan rakyat. Perancangan tersebut meliputi

    segala aspek seperti apa yang akan dikeluarkan oleh negara, bagaimana proses pengeluaran akan dilaksanakan dan bagaimanakesaksamaan dapat dicapai.

    (iii)  Kebebasan yang terhadPengeluar tidak memiliki kebebasan dalam memilih barangan danperkhidmatan yang mereka keluarkan kerana penggunaan sumberdikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, pengguna

     bebas untuk memilih barangan dan perkhidmatan yang telahdihasilkan.

    (d) 

    Sistem Ekonomi Campuran

    Kebanyakan negara di dunia kini mengamalkan sistem ekonomi campuran.Walau bagaimanapun, tahap campuran yang diamalkan bergantungkepada sejauh mana campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi.Sebagai contoh, Amerika boleh dianggap sebagai sebuah ekonomi yangmengamalkan sistem kapitalis. Namun, kerajaannya masih lagi memainkanperanan yang besar terutamanya dalam pelaksanaan sistem cukai dankebajikan. Semasa berlakunya serangan pengganas pada 11 September2011, penglibatan kerajaan Amerika semakin meningkat dan inimenunjukkan bahawa secara realitinya, Amerika tidak mengamalkansistem kapitalisme sepenuhnya.

    Tujuan utama kerajaan campur tangan dalam sistem ekonomi adalah untukmenampung kelemahan sistem pasaran bebas. Kerajaan akanmengeluarkan arahan dan peraturan untuk membolehkannya mengutipcukai dan memberi subsidi. Kerajaan juga boleh mengarahkan supaya

     barangan awam yang kurang mendapat sambutan pengeluar sepertielektrik, air dan pengangkutan dihasilkan. Selain daripada itu, kerajaan

     juga memainkan peranan yang penting dalam menstabilkan ekonomi danmenjana pertumbuhan ekonomi.

    Secara ringkas, terangkan melalui penulisan perbezaan antara dua sistemekonomi berikut:

    (a)  Sistem tradisional dan sistem pasaran bebas/sistem harga.

    (b)  Sistem perancangan berpusat dan sistem ekonomi campuran.

    AKTIVITI 1.4

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    20/27

        TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 20

     

    ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN DANPERBELANJAAN

    Dalam ekonomi pasaran, masyarakat dipecahkan kepada dua kumpulan utama:pengguna dan pengeluar.

     Jika anda masih ingat definisi ekonomi seperti yang dibincangkan pada awaltopik, pengguna boleh didefinisikan sebagai sekumpulan individu yang memilikikehendak dan keperluan yang tidak terbatas, manakala pengeluar adalah merekayang menggunakan sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak tersebut.Walau bagaimanapun, kedua-dua kumpulan ini bukanlah dua entiti yang berbezadan terpisah kerana pada masa yang sama, pengguna boleh menjadi pengeluardan sebaliknya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.11.

    1.5

    Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR B) atauSALAH S).

    1.  Dalam sistem pasaran bebas, semua keputusan ekonomi dilakukanoleh pasaran di mana harga dan produktiviti merupakan faktorutama dalam menentukan barangan apakah yang patutdikeluarkan, bagaimanakah untuk mengeluarkan barangantersebut dan untuk siapakah barangan tersebut dikeluarkan.

    2.  Dalam ekonomi perancangan berpusat, sumber pengeluarandimiliki oleh individu.

    3. 

    Kos melepas berkurangan menyebabkan keluk kemungkinanpengeluaran berbentuk cekung.

    LATIHAN 1.3

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    21/27

      TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI   21

     

    Rajah 1.11: Kumpulan masyarakat dalam ekonomi pasaran

    Konsep pengguna dan pengeluar adalah berkaitan dengan aliran pusinganpenggunaan iaitu penggunaan barangan akhir dan penggunaan sumber.Sebaliknya, di dalam aliran pusingan pendapatan, isi rumah dikategorikansebagai pembekal sumber dan pengeluar sebagai pembekal barangan pengguna.Isi rumah akan memperoleh pendapatan daripada jualan sumber seperti buruh,tanah dan modal kepada firma. Mereka seterusnya akan menggunakan

    pendapatan ini untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang dihasilkanoleh firma. Manakala firma pula akan memperoleh pendapatan daripada jualan

     barangan dan perkhidmatan yang seterusnya akan digunakan untuk membayarsumber yang digunakan. Aliran pusingan ini ditunjukkan dalam Rajah 1.12.

    Secara ringkasnya, isi rumah mengambil dua jenis keputusan. Pertama, ia perlumenentukan jumlah faktor pengeluaran yang dimiliki yang akan dijual dipasaran faktor pengeluaran untuk memperoleh pendapatan. Kedua, ia perlumenentukan kuantiti barangan dan perkhidmatan yang perlu dibeli denganmenggunakan pendapatan mereka. Manakala bagi firma, keputusan yang perlu

    dibuat adalah berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan yang perludikeluarkan dan jumlah input atau faktor pengeluaran yang perlu dibelidaripada isi rumah.

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    22/27

        TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 22

     

    Rajah 1.12: Aliran pusingan faktor pengeluaran dan barangan

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    23/27

      TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI   23

     

    Isikan tempat kosong.

    1.  Kekurangan wujud apabila permintaan yang _____________ bertemu dengan sumber yang ________________.

    2.  Tiga persoalan utama yang disebabkan oleh kekurangan dan yangperlu diselesaikan oleh sistem ekonomi adalah: _________ patutdikeluarkan, ____________ sumber yang digunakan dalampengeluaran dan ____________ yang akan memperoleh baranganyang dihasilkan.

    3.  Apabila ahli ekonomi berbicara tentang harga dan kos, apa yangdimaksudkan olehnya adalah nilai terbaik bagi ____________ yangterpaksa dilepaskan apabila sesuatu keputusan diambil. Konsepini dikenali sebagai ____________ atau kos alternatif. Kos iniwujud secara implisit dalam setiap keputusan yang diambil.

    4.  _____________ adalah kajian berkaitan dengan tahap guna tenaga,inflasi, cukai, kadar pertukaran, pendapatan negara dan lain-lainpemboleh ubah agregat. _____________ pula lebih tertumpukepada bagaimana pengguna dan firma membuat keputusan dan

     berinteraksi sesama mereka.

    5.  Interaksi yang berlaku antara isi rumah, firma dan kerajaanditunjukkan melalui model _____________.

    6.  Sekiranya kombinasi output yang dihasilkan berada di dalamlingkungan keluk kemungkinan pengeluaran, maka sebahagiandaripada sumber adalah _____________; manakala titik yang

     berada di luar lingkungan keluk kemungkinan pengeluaranadalah _____________.

    7.  Keluk kemungkinan pengeluaran yang normal berbentuk

    cembung kerana kos melepas adalah _____________. Kos untukmengeluarkan barangan meningkat apabila tahap pengeluaranmeningkat disebabkan oleh masalah pulangan _____________.

    8.  Peranan kerajaan dalam sistem kapitalisme adalah sangatminimum dan berdasarkan kepada dasar _____________. Tiadasebarang masyarakat yang mengamalkan sistem kapitalisme atausistem perancangan berpusat yang tulen. Kebanyakan negaramengamalkan sistem ekonomi _____________.

    LATIHAN 1.4

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    24/27

        TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 24

     

    Soalan Berstruktur Andaikan sebuah negara A yang mengeluarkan dua jenis barangan;

     barangan pengguna dan barangan pertanian. Andaikan juga yang kelukkemungkinan pengeluaran untuk negara A berbentuk cembung seperti

     biasa. Dengan meletakkan barangan pengguna di paksi Y dan baranganpertanian di paksi X, gambarkan kesan keadaan seperti di bawah kepadakeluk kemungkinan pengeluaran negara A. Lakarkan keluk bagi setiapkeadaan dalam diagram yang berbeza dengan mengandaikan keluk asaladalah sama sebelum berlakunya sebarang perubahan.

    (a) 

    Pertumbuhan teknologi berlaku di sektor pertanian sahaja.(b)  Pertumbuhan teknologi berlaku di sektor barangan pengguna

    sahaja.

    (c)  Tahap pendidikan semua pekerja meningkat dalam tempoh masatiga tahun.

    (d)  Pelaburan dalam barangan modal berkurangan selama satudekad.

    (e)  Beberapa juta ekar tanah pertanian berjaya diperoleh melalui

    tambakan laut.

    LATIHAN 1.5

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    25/27

      TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI   25

     

    Berdasarkan kepada rajah di bawah, tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR B) atau SALAH S). 

    (a)  Sekiranya kedua-dua negara memiliki sumber yang sama, negaraU akan memiliki teknologi yang lebih maju berbanding negara R.

    (b)  Kedua-dua negara menghadapi pulangan berkurangan dalampengeluaran kedua-dua jenis barangan.

    (c)  Pelaburan di negara R lebih tinggi pada titik d berbanding titik c.

    (d) 

    Sekiranya negara R berada pada titik a, ia boleh bergerak ke titikd.

    (e)  Titik a untuk kedua-dua negara menggambarkan ketidakcekapandan pembaziran sumber.

    (f)  Kos melepas adalah malar sepanjang keluk kemungkinanpengeluaran negara U.

    (g)  Penggunaan di negara R melebihi pelaburan pada titik d.

    (h)  Setiap negara boleh mengalami pertumbuhan yang pantasapabila mereka bergerak di sepanjang keluk kemungkinanpengeluaran ke arah barangan modal.

    (i)  Negara R boleh bergerak ke titik e dari titik c tanpa perlumenanggung sebarang kos.

    (j)  Sekiranya kedua-dua negara menggunakan tahap teknologi yangsama, negara R akan memiliki lebih banyak sumber berbandingnegara U.

    LATIHAN 1.6

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    26/27

        TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 26

     

      Berikut adalah peta konsep yang boleh membantu anda untuk

    menggambarkan isi kandungan yang dibincangkan di dalam topik ini.

      Ekonomi adalah satu cabang ilmu yang mengkaji bagaimana individu danmasyarakat mengagihkan sumber yang terhad untuk memenuhi kehendakyang tidak terbatas. Penyelidikan ekonomi memberi tumpuan kepada pilihanyang dibuat oleh masyarakat.

      Pilihan perlu dilakukan disebabkan oleh masalah kekurangan. Oleh itu,pilihan melibatkan kos melepas. Kos melepas merujuk kepada nilai alternatifterbaik yang terpaksa dilepaskan.

  • 8/17/2019 20150520124337_Topik 1 Pengenalan Kepada Ekonomi

    27/27

      TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI   27

      Masalah kekurangan muncul kerana sumber yang terhad dan kehendak dankeperluan yang tidak terbatas. Oleh itu, muncul persoalan apakah yang patutdihasilkan, bagaimanakah proses pengeluaran patut dijalankan dan siapakah

    yang patut memperoleh barangan yang dihasilkan. Ketiga-tiga persoalan inidiselesaikan berdasarkan kepada sistem ekonomi yang diamalkan olehsesebuah masyarakat.

      Penyelidikan ekonomi terdiri daripada penyelidikan mikro dan makro.Mikroekonomi melibatkan kajian berkenaan individu manakala kajianmakroekonomi melihat ekonomi secara keseluruhan.

      Terdapat empat jenis sistem ekonomi yang utama: Sistem tradisional, sistempasaran bebas, sistem perancangan berpusat dan sistem ekonomi campuran.

    Namun begitu, kebanyakan ekonomi mengamalkan sistem ekonomicampuran disebabkan oleh campur tangan dan peranan yang dimainkan olehkerajaan.

    Ekonomi

    Kekurangan

    Keluk kemungkinan pengeluaran(KKP)

    Kos melepas

    Makroekonomi

    Mikroekonomi

    Sistem ekonomi campuran

    Sistem pasaran bebas/sistem harga

    Sistem perancangan berpusat

    Sistem tradisional