mei - pengagihan ekonomi islam

Download Mei - Pengagihan Ekonomi Islam

Post on 09-Jul-2015

299 views

Category:

Documents

12 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

MAHYUDDIN KHALID

[email protected]

KANDUNGANM U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 2

PENGENALAN

KEPENTINGAN PENGAGIHAN

ETIKA AKTIVITI PENGAGIHAN

PERINGKAT PERKEMBANGA N PENGAGIHAN

MATLAMAT AKTIVITI PENGAGIHAN

HAK SEKUNDER TERHADAP HARTA

DEFINISI PENGAGIHANM U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M

Islam

Konvensional

Bagaimana pendapatan dan Bagaimana pendapatan dan kekayaan negara diagihkan kekayaan negara diagihkan di antara faktor pengeluaran di antara pelbagai faktor dan juga bukan faktor pengeluaran yang memberi pengeluaran sumbangan untuk mendapatkan kekayaan tersebut (pengagihan faktor/pengagihan fungsian)

3

KEPENTINGAN PENGAGIHAN Pengagihan sebagai suatu yang penting kerana ia memberi implikasi secara langsung kepada kebajikan manusia. supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orangorang kaya sahaja di antara kamu (surah al-Hasyr ayat 7)M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 4

ETIKA AKTIVITI PENGAGIHAN Aspek pengagihan dalam ekonomi Islam terikat dengan dua etika penting iaitu adl dan ihsan. Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adl dan berbuat ihsan (surah al-Nahl ayat 90).M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 5

Aspek keadilan perlu ditegakkan dalam memberi ganjaran kepada faktor-faktor pengeluaran agar sesuai dengan sumbangan masing-masing dalam aktiviti pengeluaran. Penekanan Islam terhadap aspek ihsan pula, sedemikian rupa hinggakan dalam sesetengah keadaan, penghayatan semaksimum mungkin terhadap konsep ini adalah dianjurkan seperti mana yang dapat dilihat anjuran al-Sunnah terhadap pemberian tanah untuk diusahakan oleh orang lain secara percuma.

ETIKA AKTIVITI PENGAGIHAN Kesan bagi pengamalan etika pengagihan: riba sebagai salah satu ganjaran untuk faktor pengeluaran dalam ekonomi konvensional tidak diterimapakai dalam ekonomi Islam. Kerana dilihat dari : i. Neraca keadilan, adalah tidak adil untuk memperolehi pulangan lebihan secara pasti terhadap modal yang dipinjamkan kepada pihak lain yang akan mengusahakan modal tersebut dengan tertakluk kepada risiko kerugian. ii. Neraca kebajikan, ia adalah merupakan penjelmaan amalan buruk mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lainM U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 6

MATLAMAT AKTIVITI PENGAGIHANMewujudkan sebuah sistem ekonomi yang praktikal Matlamat ini menekankan agar setiap individu akan mendapat bahagian masing-masing selaras dengan tenaga dan sumbersumber yang telah dicurahkanM U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 7

Setiap individu mendapat hak masing-masing Matlamat ini bertujuan untuk membolehkan setiap individu mendapat hak masing-masing. Ekonomi Islam tidak hanya memperuntukkan hak harta kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran sahaja malah juga kepada mereka yang ditetapkan Allah SWT sebagai rakan kongsi terhadap harta tersebut.

MATLAMAT AKTIVITI PENGAGIHANMembasmi penumpuan harta Islam amat memberi perhatian agar harta janganlah dibiarkan tertumpu kepada segelintir golongan manusia sahaja tetapi sebaliknya mestilah dibenarkan berkisar dalam masyarakat seberapa luas yang boleh supaya jurang antara yang kaya dan miskin boleh dirapatkan.M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 8

PRINSIP PENGAGIHAN Meletakkan sesuatu pada tempatnya Memberikan sesuatu pada yang berhak menerimanya Buruh upah Modal keuntungan/sewa Tanah sewa Usahawan keuntungan Belas kasihan daripada golongan kaya kepada golongan miskin (pengagihan kekayaan kepada bukan faktor pengeluaran) Zakat 8 asnaf Faraidh pewaris Cukai - umum

ADIL IHSAN

9

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M

HARGA FAKTOR DAN PENGAGIHAN PENDAPATANMereka Yang Mempunyai Hak Utama (Primer) Golongan ini merupakan faktor-faktor pengeluaran yang telah mengambil bahagian dalam proses pengeluaran. Hak ini terdapat dalam bentuk upah, sewa dan untung. Mereka Yang Mepunyai Hak Kedua (Sekunder) Golongan yang tidak terlibat secara langsung dalam pengeluaran. Hak mereka diperolehi melalui ketetapan-ketetapan yang telah ditetapkan Allah SWT ke atas pengeluar-pengeluar harta untuk jadikan mereka ini sebagai rakan kongsi terhadap harta pengeluar-pengeluar tersebut.M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M

10

PEMILIK HAK SEKUNDER HARTA Islam telah menggariskan satu senarai yang panjang berhubung dengan mereka yang mempunyai hak sekunder terhadap harta. Tanggungjawab untuk tujuan yang murni ini tidak sahaja dibebankan ke atas negara malah melibatkan ramai pihak. Bagi mencapai matlamat pengagihan peringkat kedua ini, Islam telah menetapkan satu sistem yang teratur dan kemas. harta secara prinsip, adalah hakmilik Allah SWT adalah Pencipta sebenar harta dan Dialah yang menganugerahkan harta tersebut kepada manusia akan hak pemilikan terhadap harta.M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 11

PEMILIK HAK SEKUNDER HARTA Meskipun manusia adalah pemilik terhadap ganjaran yang diperolehinya sebagai pulangan dari usahanya, hakikat sebenar ialah Allah SWT dengan limpah rahmatNya memberi kepada manusia keupayaan untuk berusaha dan Dialah juga yang mencipta harta. Dengan ini, manusia adalah tidak bebas sama sekali untuk menggunakan harta dengan sewenang-wenangnya dan ia terikat dengan perintah-perintah Allah SWT Manusia adalah bertanggungjawab untuk membelanjakan harta ini di tempat yang Allah SWT telah arahkannya.M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 12

PEMILIK HAK SEKUNDER HARTA Asas kefahaman mengenai perkara di atas sekaligus membawa kepada kedudukan golongan kedua yang turut berhak terhadap harta kerana kepentingan tertentu selain daripada faktor-faktor pengeluaran yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran. Menurut Islam, setiap individu dalam golongan kedua ini adalah juga berhak kepada harta yang dihasilkan kerana pemilik-pemilik hak utama atau primer terhadap harta mesti memberi harta tersebut ekoran dari terikat dengan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah Harta-harta dalam kategori hak sekunder: Zakat Nafaqah Faraid Sedekah sunat Kafarat dan lain-lainM U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 13

ZAKAT Definisi zakat: kadar tertentu yang diberikan kepada orang yang berhak menerimanya dengan beberapa syarat tertentu. Terdapat 2 jenis zakat iaitu: Zakat fitrah Zakat Harta Contoh Zakat Harta: Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Pertanian, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas / Perak dan lain-lain. 8 penerima zakat : Faqir, Miskin, Amil, Muallaf, Hamba, Orang Berhutang, Fi Sabilillah dan MusafirM U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 14

ZAKAT Peranan zakat: Menghapuskan kemiskinan Meluaskan pemilikan harta dan pendapatan Mewujudkan keseimbangan ekonomi di kalangan masyarakat Membersihkan jiwa individu dari sifat- sifat negatif seperti tamakM U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 15

NAFKAH Terbahagi kepada nafkah wajib dan nafkah sunat. Nafkah wajib termasuklah Nafkah di jalan Allah SWT untuk meninggikan agama Islam, zakat dan nafkah terhadap isteri Nafkah sunat termasuklah Sedekah dan lain-lain. Nafkah wajib boleh dikuatkuasakan oleh negara, manakala nafkah yang lain terpulang kepada hati nurani seseorang dan sejauhmana taqwa mereka kepada Allah SWTM U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 16

FARAID Menurut istilah syara, faraid adalah bahagian-bahagian yang telah ditetapkan oleh syara bagi ahli waris Ia adalah berkaitan dengan pembahagian harta pusaka yang ditinggalkan oleh seseorang yang meninggal dunia kepada orang-orang yang berhak menerimanyaM U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 17

WASIAT Wasiat adalah pemberian sesuatu hak yang disandarkan atau dikaitkan kepada sesudah mati Wasiat tidak boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya dan ia tertakluk kepada peraturan tertentu. Antaranya, wasiat tidak boleh dibuat untuk memperuntukkan harta kepada ahli waris yang berhak kepada harta pusaka dan wasiat tidak boleh melebihi satu pertiga daripada keseluruhan hartaM U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 18

SEDEKAH Sedekah sukarela sunat hukumnya pada setiap masa dan waktu Hadith: Sesiapa yang memberi makan seseorang yang lapar, Allah akan memberinya makan buahan di Syurga, sesiapa yang memberi minum seseorang Mukmin yang dahaga, Allah akan memberinya minuman Syurga Rahiq al-Makhtum pada Hari Akhirat, sesiapa yang memberi pakaian seseorang Mukmin yang tidak berpakaian, Allah akan memberi pakaian hijau di Syurga.M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 19

WAKAF Amalan wakaf amat besar ertinya dalam kehidupan sosio-ekonomi dan keagamaan. Islam juga meletakkan amalan wakaf sebagai salah satu macam ibadah yang amat digalakkan. Hadith : Apabila seseorang meninggal dunia, semua pahala amalnya terhenti, kecuali tiga macam amalan, iaitu: Sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak salih yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang tuanya. Yang dimaksudkan dengan sedekah jariyah (sedekah yang mengalir) ialah menyediakan harta yang tahan lama, untuk maksud-maksud kebaikan, hingga manfaatnya dapat terus dinikmati, meskipun orang yang bersedekah telah meninggal. Para ulama telah bersepakat bahawa yang dimaksudkan dengan sedekah jariyah itu tidak lain adalan amalan wakafM U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M 20

KAFARAH Islam mengenakan kafarah ke atas kesalahan-kesalahan tertentu yang dilakukan di dalam agama dengan memberi makan kepada golongan miskin. Misalnya, kafarah sumpah, kafarah zihar, diat membunuh tanpa sengaja dan sebagainya Denda-denda dibayar bukan dalam bentuk wang yang dibayar kepada mahkamah yang akan mengkayakan negara tetapi alQuran telah menentukan hukuman tertentu untuk faedah kemanusian misalnya membebaskan hamba abdi dan memberi makan kepada golongan miskin. Dengan cara ini, ia dapat menghapuskan penyakit-penyakit sosialM U A M

View more